Sunday, October 16, 2011

Cinta yang tiada kepastiannya Chap 11

16 Oktober 2011

Bab 11


Semua nampak sibuk hari sabtu itu. Aku mengotakan janjiku pada tok Idham dengan membawa beberapa kawanku untuk turut menolong dalam aktiviti gotong-royong ini.

Ada beberapa orang rakan sepejabatku degan rela hatinya ingin menolong.Nasib baiklah kertas kerjaku sudah siap.Aku hanya menunggu arahan daripada orang atasan sahaja untuk kertas kerja yang seterusnya. Kira-kira dalam 11 orang rakan sepejabatku yang datang ikut serta dalam aktiviti ini.Semuanya sudah diberi tugas masing-masing.

Irah pula masih di pejabat.Dia sudah memesan kepadaku bahawa dia akan datang lewat sedikit kerana ada urusan yang perlu diurusnya pada hari ini. Manakala Afiq, tidak dapat hadir kerana terpaksa pergi menguruskan kerjanya di pejabat induk di Pulau Indah. Ada perbincangan bersama dealer di sana. Buat masa ini, aku ditemani oleh Nurul dan juga abangku.

“Richa, aku pergi tolong mak cik-mak cik kat dapur tu tak pe ke? Terpaksa tinggalkan kau dengan abang kau kat taman ni?” Nurul menyoalku dengan nada serba salah.

“Alah, tak kisahlah.Kau tu yang aku kisah.Aku yang patut tanya dekat kau.Kau okay ke kalau tolong mak cik-mak cik kat dapur tu?”

“Aku tak kisah.Aku suka je.Dapat tolong masak.Nanti bolehlah aku buat macaroon untuk dierang.”Nampak jelas muka excited si Nurul ni.

“Haa…Sudah.Nak mula lah tu.Kau bagi macaroon kat diorang, diorang mana tau makanan tu.”Ucapku. Abang yang berdiri di sebelahku hanya diam sahaja.

“Alah, biarlah.Bagi mereka rasa macaroon yang aku buat.”

“Manislah Nurul!Diorang tu dah tua, mana dapat makan benda-benda manis ni.” Jawabku pula. Nurul sudah mula monyok apabila mendengar jawapanku.Haddooiii…Dah mula dah.Mesti dah ‘tacing’ dengan jawapan aku tadi.

“Yelah Nurul.Merekakan ada yang berpenyakit,ada yang kencing manis.Kita tak boleh jugak nak beri makanan macam tu.Apa kata, Nurul buatkan kek batik ke?Kurangkan gula sikit.Bolehlah tu.” Abang sudah memberi idea dan dalam erti kata lain, ingin memujuk kawanku yang sorang ni.

Tiba-tiba terukir senyuman Nurul setelah mendengar idea bernas daripada abangku.

“Boleh jugak kan.Lagipun tu kek yang mereka tahu.Bolehlah aku tolong buatkan.Aku buatkan sedap-sedap untuk korang.” Aku senyum dan mengangguk.Fuh!!Nasib baik mood budak ni berubah. Kalau tak, sepanjang harilah mulut dia tu muncung je.Mesti orang-orang tua di sini rasa pelik pula. Mereka pun sudah kenal Nurul dan Irah serta Iz. Iz… aku menyebut namanya dalam hati. Agak-agaknya, apalah dibuatnya sekarang? Pasti tengah berseronok bersama dengan isteri tercinta.

Tiba-tiba tudungku yang sudah elok, kemas dipakai, diganggu oleh satu tangan. Tudungku menjadi ‘spoil’. Tersedar dari lamunan, aku memandang atas melihat tudungku. Heish!Ni lagi sorang yang suka buat aku geram.

“Abang!” sedikit menjerit. “Habis tudung adik.Dah cantik jadi macam ni pula,”ucapku sambil membentuk balik tudungku itu. Aku memandang abangku dengan padangan tajam.Dia hanya tergelak melihat reaksiku.

“Adiklah.Siapa suruh berkhayal. Tu tok Idham dah panggil.Suruh kita adjust sikit taman tu.Jom dik.” Aku memandang ke arah tok Idham yang tengah sibuk mengangkat pasu-pasu bunga. Konco-konconnya pun turut sama mengangkat. Aku segera beredar dari situ dan mengambil pasu-pasu bunga tersebut.

Sempat lagi aku melihat sekeliling.Ramai juga orang yang hadir hari ini.Mungkin ada orang-orang kerani membawa keluarga mereka untuk turut sama menolong, detikku. Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatianku ketika itu.

“Nick!” aku berbisik pada diri sendiri. Pada masa itu juga, Nick memandangku. Tiada senyuman yang terukir diwajahnya.Serius sahaja aku tengok.Mamat sorang ni apa hal pula? Nak cari pasal dengan aku lagi ke setelah apa yang dilakukannya pada tempoh hari?Tidak mahu mengingatkan kembali kejadian itu, aku menyibukkan diri dengan menyapu daun-daun kering di taman tersebut.

Aku mengumpulkan daun-daun kering tersebut dan aku mencari penyeduk.Alamak! Mana perginya penyeduk ni? Aku berpaling ke belakang, mana aku letakkan penyeduk tadi?Heish! Aku ni jenis pelupa juga, nilah masalah yang sering dialamiku. Senang cepat lupa. Mungkin sebab terlalu banyak semut yang aku makan kot. Eh! Bila masa pula aku makan semut. Aku termakan je, tak ingin pun makan semut.Tak kenyang pun.

Aku pandang bawah.Aik!Rupa-rupanya penyeduk tadi kena timbun dengan daun-daun kering yang aku kumpulkan.Hahaha…Aku tergelak sorang diri dan aku tunduk.

Ketika ingin mengutip penyeduk, tiba-tiba ada daun kering yang jatuh dari atas.Eh! Daun kering tu gugur lagi ke?Mula-mula hanya 2 helai daun kering yang jatuh, tapi lama-lama makin banyak pula.Seperti dalam cerita ‘Autumn in My Heart’ pula sekarang. Aku memandang ke atas. Rupa- rupanya, abang aku yang mengacauku.

Dia mengambil lagi daun-daun kering yang dikumpulnya dan di lepaskan daun-daun tersebut ke atasku. Abang ingin mengusikku. Aku berdiri dan aku mengutip daun-daun yang sudah bersepah itu.

“Abang, penat adik kumpul daun kering tu, abang buat sepah balik.Penat la.” rungutku. Dia mengambil lagi daun-daun kering itu dan di tikamnya ke udara. Aku yang pada asalnya geram dengan perbuatan abang, terpegun melihat daun-daun kering berguguran. Memang seperti berada di oversea pula.

Abang tersenyum melihatku dan aku membalas balik senyuman tersebut.

“Abang kemaskan balik.Adik dah penat-penat sapu, abang buat macam ni pula.Cepat kemaskan, sebelum tok Idham nampak.”

“Yelah-yelah.Abang kemaskan.” Abang mula mengutip balik daun-daun kering tadi. Terdetik pula dalam hati ini, ingin mengusik abangku.Aku menggenggam daun-daun kering dan menunggu abang menoleh ke arah ku. Aku memanggilnya dan aku menikam daun-daun kering ke mukanya.Aku tergelak melihat reaksinya.Yes! Kena balik.

“Hahaha… Padan muka, siapa suruh kacau tudung adik tadi. Kan dah kena balik.”

“Adik nak main-main dengan abang ye?”Alamak! Kena cabut lari ni.Aku memandang abangku yang sudah tunduk mengutip daun-daun kering ingin membuat serangan balas.

Cepat-cepat aku melarikan diri meninggalkan abangku itu. Aku menuju ke belakang rumah kebajikan tersebut,jauh sedikit daripada pandangan orang lain.

Apabila sudah berada jauh sedikit daripada abangku, ada suara yang menegurku dari belakang.

“Erisya!” Terperanjat aku apabila mendengar suara yang memanggilku itu.Aku toleh ke belakang. Terkedu melihat orang yang sudah berdiri tegak di depanku.Apa lagi si Nick ni nak?

“Awak menjerit nama saya tu kenapa?Ada benda yang tak puas hati ke?” Aku pandang bawah, dan aku lihat kakinya dibalut dengan bandage.

“Saya tak panggil awak sebab tu lah.” Dia merenungku serius.

“Jadi nak apa?” Tanyaku malas.Aku toleh ke tempat lain,malas mahu melihat mat salleh di depanku ini. Rakan-rakan sepejabatku masih melakukan tugas mereka membersih kawasan tersebut.

Aku lihat ada yang membersih longkang, mengangkat pasu-pasu bunga, ada yang memotong rumput, ada yang tengah membubuh baja dan mak Imah juga turut sama menolong tok Idham mengubah suai taman tersebut. Becok sahaja mulut mak Imah mengarah rakan-rakanku.Pasti ada yang tak kena.Tok Idham hanya mengeleng-geleng kepala bila melihat mak Imah yang sentiasa tidak puas hati.

Melihat gelagat mereka dari jauh membuatku ketawa. Tapi cepat-cepat aku tahan bila mata telah beralih melihat Nick yang masih galak memandangku.Bila dah berubah serius, nampak garang juga mamat ni. Seram sejuk pula aku rasa, nanti tak pasal-pasal, dia tayang penampar kat aku,naya!

“Awak dengar ke tak apa yang saya cakap tadi?” seperti tahu aku tidak memberi perhatian sepenuhnya, lalu dengan selamba aku menjawab, “tak, saya tengok benda lain tadi.” Dia mengetap giginya. Heish, rilek luuuu….Nak marah-marah ni kenapa pula?Peliklah dia ni.

“Saya ulang sekali lagi.Lelaki dengan awak tu siapa? Awak jawablah. Nampak mesra je tadi.” Kau nak tahu sangat tu apasal? Sukahati aku lah nak bermesra dengan abang aku, kata-kata itu aku hanya luahkan dalam hati.

“Awak diam sahaja kenapa?”

“Apa masalah awak sebenarnya? Lelaki tu siapa, atau saya nak bermesra dengan siapa, itu tak penting pun. Jadi, lebih baik kalau awak buat kerja awak, dan saya nak buat kerja saya. Tak pasal-pasal tok Idham marah kat saya pula sebab curi tulang. Tahulah saya, awak ni desperate sangat nak curi tulang, lapar sangat ye sampai tulang pun awak nak curi? Makanan belum siap lagi.Sabar ya, nanti ada lah sup tulang satu untuk awak.” Ucapku seperti sedikit menyindir.

“Awak boleh tak jangan buat lawak tak laku buat masa sekarang ni?Saya serius.”

“Bila masa pula saya buat lawak? Saya sendiri pun tak gelak, apatah lagi nak buat awak gelak kan? Saya cakap benda betul.”

Ketika mereka berdua masih berbual, bertekak antara satu sama lain, ada mata-mata yang melihat mereka dari jauh.

“Kenapa dengan budak 2 orang tu pak Li? Nampak macam bergaduh je?” ucap pak Mail.

“Manalah aku tau diorang tu tengah bergaduh ke berbual ke. Kau pergilah jenguk diorang, pi tanya sendiri.” Jawab pak Li pula.

“Tu apa macam aaa…Macam kucing sama anjing saja. Hari itu, saya tengok dia olang baik-baik saja. Gelak ketawa sama-sama, macam happy couple. Ni apa macam sudah putus.Hayyoo…manyak susah remaja zaman sekarang.” Pak Ong pula menyampuk.

“Appoo,bila masa mereka couple? Saya tengok, mereka macam orang asing saja. ”Pak Muthu pula menyibuk sambil memandang kedua-dua pasangan tersebut.

“Ni tidak boleh jadi, kita perlu buat satu-satu plan.” Pak Ong meyusulkan ideanya.

“Heish, kamu ni Ong, bukan satu-satu lah,sesuatu. Kamu nak buat apa nya? Jangan ganggu mereka lah. Biar mereka selesaikan sendiri.” Ucap pak Li. Pak Mail disebelah hanya mengangguk sahaja. Tidak mahu kalau ‘plan’ yang dirancang oleh pak Ong itu bakal diketahui oleh tok Idham. Habislah detik hatinya.

“Kita 1 Malaysia, perlu aman. Peace, tak mahu gaduh-gaduh. Itu Isha, jangan buat dia sedih-sedih. Saya rasa kasihan sama dia, ada orang cari pasal sama dia. Kita perlu sama-sama bantu dialah. Ong, mahu buat apa?” Pak Muthu sudah tertarik dengan idea Pak Ong.

Mereka berempat merupakan konco-konco yang sentiasa membuat kecoh di rumah kebajikan tersebut. Walaupun sudah tua, tetapi kerenah mereka pasti membuat tok Idham pening. Namun tanpa mereka, rumah kebajikan tersebut pasti tidak ceria.

Dahulu, ketika menyambut hari jadi tok Idham, merekalah yang turut sama memberi idea. Ingin membuat kejutan untuk tok Idham.

“Kita mahu 1 Malaysia ma? Kita mau aman ma? Kita buat mereka jangan gaduh-gaduh apa macam?” Semua memandang antara satu sama lain. Sudah pasti ada sesuatu yang bakal berlaku, gara-gara melihat Risya dan Nick yang sedang bertekak itu. Mereka beredar dari tempat tersebut dan meninggalkan Risya dan Nick.

Risya memandang kosong sahaja. Malas mahu melayan kerenah Nick. Lelaki tersebut masih menagih jawapan daripadanya. Kenapa dia terlalu ingin tahu pasal diriku?Pelik betul.

“I don’t care. You just answer my question and I will let you go. That’s it, easy right?”

“Awak ni peliklah. Kenapa nak tahu sangat? Penting bagi awak nak tahu siapa dia ke?”

“Kalau saya cakap ya, then baru awak bagitahu?” Berkerut wajahku apabila mendengar kata-katanya. Pelik!

“You don’t have to know about that! He’s got nothing to do with you, and my life is none of your business. Now, saya nak buat kerja, malas nak layan awak.” Aku segera beredar, tetapi ditahan olehnya apabila lenganku sudah ditariknya.

“Let me go! Awak ni dah kenapa? Kena rasuk setan gatal ke? Dari hari tu masih tak puas lagi ke? Nak saya pijak kaki awak yang satu lagi?” Aku sudah tidak tahan dengan kerenah dia yang tak masuk dek akal ini.

“Try me, kalau awak nak pijak kaki saya, saya kiss awak nak?” terbeliak mataku apabila mendengar kata-katanya.

“Saya ada black belt tau.Cuma hari tu saya tak focus sangat. Kalau awak nak ‘step’ sekali pun, saya boleh elak.” Sambungnya lagi. Ceh! Ada black belt konon. Nampak sangat menipu. Ikut gaya Usup wilcha pulak dah. Belum sempat aku membalas kata-katanya, dia memegang kedua-dua lenganku dan dia menolak badanku ke dinding. Terkedu aku dibuatnya. Ya Allah, lelaki ini nak buat apa kat aku?

“Awak nak buat apa hah?”ucapku sedikit menjerit.

“Kiss your lips?” Dia tersenyum sumbing. Senyuman gatal! Lalu mukanya ditunduk dan didekatkan ke mukaku. Aku tidak dapat melepaskan diri lebih-lebih lagi tenagaku sangat lemah berbanding dengan tenaganya. Aku memejamkan mata dan mengalih mukaku supaya bibir ini tidak dicemari oleh lelaki gatal yang bernama Nick ini.

Nick hanya melihat wajah Risya, tidak tergambar rasa bahagianya ketika itu. Memandang Risya dengan dekat dan memegang kedua-dua lengannya. Risya seperti ketakutan, tidak sampai hati pula ingin mengusik perempuan kecil di depannya. Lama dia merenung Risya. Berdegup jantungnya melihat gadis itu.

Tiada apa-apa yang berlaku pun? Aku tertanya-tanya. Mataku yang dipejam tadi, dibukakan. Mak aih, dekat gila muka lelaki ini denganku. Hampir juling aku dibuatnya. Aku melirik ke mata birunya. Lama kami sebegitu. Sama seperti kejadian di hotel dulu.

“Awak nak kalau saya jerit?” amaranku sedikit keras.

“If you dare, then I dare to kiss your lips. I just want an answer and I will let you free then.” Lembut sahaja ucapnya. Terbuai seketika dengan ucapannya itu. Eh, kenapa dengan aku ni? Dah kena ayat-ayat ke? Ayat-ayat apa pula ek? Ayat-ayat cinta? Hish! Merapu je.

“He’s my friend, that’s it.” Jawabku. Aik,senang-senang je aku jawab soalan dia. Dia dah jampi apa kat aku ni?

Dia melepaskan genggamannya dan menjarakkan sedikit badannya. Mukanya sudah berubah muram.

“Just friend haa? It doesn’t look like ‘just a friend’.” Bunyi suara kedengaran sedih sahaja.Kenapa ya?

“Saya dah lama kenal dia. And not just a friend, he’s like a brother to me.” Kenapa perlu aku jelaskan semuanya kepada dia? Awat dengan hang ni Risya? Lelaki cakap lembut je dah cair ke? Ingatkan keras, tapi lembut juga hatiku ni.

Dia masih terdiam dan memandangku seperti inginkan kepastian. Aku hanya memandang dirinya kosong.

“Risya.” Terdengar suara seseorang memanggilku dari jauh. Aku menoleh ke belakang, seperti suara abang. Rasa-rasanya abang tidak tahu aku berada di mana. Aku menolehnya kembali.

“If you dare do that again, I’m sure I will report that to tok Idham.” Tegasku lalu beredar dari situ.

“Abang, cari Risya ye?” setelah berjaya menjauhkan diri dari Nick. Aku tinggalkan Nick begitu sahaja.

“Adiklah, lari daripada abang. Jahat biar abang sorang-sorang kutip daun tu. Tok Idham pun cari adik tadi, nak tanya pendapat adik tentang landskap taman yang dah diubah tu.Cantik tau adik.”

“Adik memang cantik pun, abang tak tahu ke?”Aku mengusik abang.

“Hahaha, ada-ada jelah adik abang ni. Abang dah bersihkan daun-daun kering tu.Dah jangan lari daripada abang lagi. Tadi Irah baru je sampai, dia tengah lap tingkap kat depan tu. Pergilah jumpa dia, tadi dia cari adik juga.” Aku mengangguk dan segera beredar ingin berjumpa Irah terlebih dahulu dan barulah berjumpa dengan tok Idham selepas itu.

Irah sedang mengelap tingkap di depan rumah. Aku mendekatinya.

“Kau balik rumah ke tadi?” soalku apabila melihat baju pejabatnya tadi sudah berubah dengan T-shirt hitam berlengan panjang dan berseluar jeans sedikit lusuh.

“Ha’ah. Baliklah, takkan aku nak pakai baju pejabat tu pulak. Dengan pakai seluar slack lagi, lepas tu terus lap tingkap, macam tu?”

“Manalah tau kan? Kau malas nak ulang-alik,kau terus pakai baju pejabat tu.”

“Tak ada faedahnya.Baju tu dahlah mahal. Nurul mana? Aku tak sempat pula nak tanya mak cik kat sini. Datang-datang, aku terus buat kerja.”

“Dia kat dapur, tengah masak. Nanti ada lah kek batik, kek favourite kau tu.

Irah tersenyum mendengar kata-kataku. Sudah pasti dia tersenyum apabila ada orang membuat kek kesukaannya.

“Nurul mesti buat kek batik ikut resepi aku kan?” Dua orang ni memang minat dalam bab-bab membuat kek atau biskut. Lainlah aku yang tidak tahu apa-apa dalam hal tu. Memasak makanan-makanan manis memang aku kurang sikit. Kalau memasak biasa-biasa, bolehlah sikit-sikit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Hish! Salah guna peribahasa ni.

“Mana aku tau.Kau check lah sendiri dekat dapur tu. Kau jenguk-jenguklah apa budak tu dah buat kat dapur. Tadi, ada pula dia nak buat macaroon. Nak bagi kat orang-orang tua kat sini.” Tersembur ketawa Irah. Dia menggeleng-geleng. Abang pula masih dengan dirinya yang hanya diam sambil mendengar perbualan orang lain.

“Okaylah, aku nak jumpa tok Idham dulu. Kau dengan abang bersihkan tingkap-tingkap tu.”

“Sejak bila pula kau jadi ‘mem’ kat rumah kebajikan ni?” soal nya, lalu aku menjawab, “sejak tok Idham anggap aku macam cucu dia sendiri.” Aku menjelir lidahku, dan Irah mengeleng lagi. Abang sudah tersenyum dengan kerenah kebudak-budakkanku.

Aku menuju ke arah taman ingin berjumpa tok Idham. Di samping tok Idham, mak Imah masih lagi bertungkus lumus membubuh baja pada pokok bunga di taman. Di sebelahnya pula, ada Nick yang turut menolong.

Sempat lagi Nick menjeling ke arahku. Memang masih tak puas hati lagilah tu. Dah baik-baik aku bagitahu dia hal sebenar, dia masih tak berpuas hati.Habis jawapan apa lagi yang dia nak kalau itulah kenyataan yang sebenarnya? aku merungut di dalam hati.

“Tok, ada apa-apa yang Isha boleh bantu ke?” Tok Idham berpaling ke arahku dan seraya berkata, “Hah, kat mana kamu tadi? Tok dah banyak kali cari kamu.” Kat mana? Mana lagi kalau bukan kena cekup dengan mat salleh sorang tu, ucapku dalam hati.Aku pun membalas jelingan tajamnya. Main jeling-jelinglah pula aku ni. Nanti karang boleh jadi juling pula. Hish! Tak nak aku!

“Tak ke mana tok. Tadi jumpa Irah sekejap.” Tok Idham mengangguk.

“Kamu tengok keadaan taman ni. Perubahan yang dibuat kami ni, okey tak?”

“Okey je tok. Tapi kalau boleh, gantungkan pokok orkid kat pagoda tu. Baru nampak ceria sikit.”Aku memberi sedikit idea.

“Baiklah, bagus juga idea tu. Pandainya Irah.” Macam bunyi iklan susu pula aku dengar.

Aku menolong menggemburkan tanah dan aku melihat Nick beredar ke stor. Fuh! Lega sedikit hati ini bila dia beredar ke tempat lain. Aku berasa rimas kerana dari tadi, Nick asyik merenungku. Aku pula buat-buat tak tahulah.

Aku mendongak ke atas dan melihat langit. Panas juga cuaca hari ini. Tok Idham yang sudah lama di taman masuk ke dalam dan merehatkan diri sebentar. Panas ni lain macam pula aku rasa. Bahangnya boleh buat aku pening kepala. Mungkin tak lama lagi nak hujan kot.

Setelah lama berpanas di taman, aku beralih ke tempat teduh. Aku duduk sebentar melepaskan penatku.

Belum sempat nak hembus nafas, ada tangan yang menghulurkan gelas yang berisi air sejuk. Aku menoleh ke atas dan orang yang menghulurkan gelas tadi tidak lain dan tidak bukan, Nick.

“Minumlah.Saya tahu awak rasa panas. Lain macam je panas ni. Tak lama lagi nak hujan kot.” Macam tahu-tahu je apa yang ada dalam fikiran ni. Aku mengambil gelas dari tangannya dan meneguk sedikit air sejuk tersebut.

“Terima kasih.” Ucapku.Nick sudah duduk di sebelahku.

“Can I trust you?” Aku sudah terkebil-kebil mendengar soalannya.

“Trust about what?” soalku kembali kerana tidak memahami hala tuju soalan tersebut.

“About the guy that you call ‘abang’.” Aku menoleh memandangnya.

“Suka hati awaklah nak percaya atau tidak. Itu tak penting pun. Kalau awak fikir lain, saya tak dapat nak buat apa pun.” Aku memandang gelas yang masih berisi sedikit air. Aku menghabiskan air dan ingin berdiri.

“Boleh tak kalau awak jangan lari bila saya masih belum habis cakap lagi?” Wajahnya sudah berkerut serius. Apa lagi lelaki ni nak? Bengang betul!

“Awak tak cakap apa-apa pun.Jadi saya blahlah!” Spontan aku menjawab kata-katanya.

Dia yang masih duduk menarik lenganku supaya duduk. Aku ingin mengelak dari genggamannya tetapi tidak sempat dan genggaman itu semakin kuat mencengkamku.

“Boleh tak kalau tak buat macam ni? Saya tak suka tau tak.Lepaskan tangan awak tu dari lengan saya.”

“Duduk!” Aku mengeluh dengan arahannya. Aku memang tak suka orang mengarah aku ni.Geram betul.

“Ye Encik Nick, ada apa-apa lagi ke?”soalku dalam geram.

“Maafkan saya. Pasal tadi tu saya…” belum sempat menghabiskan ayatnya, aku sudah mencatas kata-katanya, “pasal tu saya tak minat nak dengar. Okey saya maafkan. Puas?” Aku menarik lenganku agak kasar dan aku terus ke dapur. Semasa itu, ada mata-mata yang menyaksikan adengan mereka berdua. Pak Mail, Pak Li, pak Muthu dan Pak Ong hanya menggeleng-geleng.

“Kita mesti selesaikan ‘plan’ malam ini juga,” ucap Pak Ong. 3 yang lain hanya bersetuju.

Segala kerja pembersihan sudah selesai dan semua yang membantu tadi sudah menikmati hidangan makan tengah hari. Semua nampak berpuas hati dengan hidangan yang telah disediakan. Suasana di ruang makan menjadi riuh-rendah.

Irah menyiku lenganku di sebelah.

“Apa dia?” sedap-sedap aku tengah makan, ada pula orang kacau daun. Minah sorang ni memang suka cari pasal denganku.

“Dari tadi aku tengok kau punya kawan sepejabat asyik melekat dengan Nick.” Aku memandang ke arah Nick dan kak Hasnah. Hmph!Memang macam belangkas. Yang sorang tergedik-gedik bila dah jumpa mat jambu, sorang lagi memang melayan mana-mana perempuan yang ada di depan mata. Asalkan cantik semua dia nak sapu. Hish!!

“Tapi kan, walaupun Nick melayan juga kak Hasnah tu, mata dia tak pernah nak berhenti dari pandang kat arah sini. Entah-entah dia pandang aku tak?” Ceh!Memang macam minah angkut bakul sendiri. Perasan betul.

“Eh, mana ada Irah. Kau perasan tu.Dia pandang aku yang ‘hot’ ni,” Nurul menyampuk pula. Mereka berdua ni memang dua kali lima sepuluh! Malas mahu melayan kerenah orang-orang perah santan, aku berkalih ke sebelah. Haddoii! Abangku dengan focusnya makan tak bercakap langsung.Memang tabiat dia dari dulu. Tak sampai 10 minit, nasi dipinggan sudah habis, licin pulak tu. Siap menjilat jari.

“Abang ni kebuluran ye kat Thailand hari tu?” Abang di sebelah sudah buat muka seposennya. Tangannya diangkat untuk merosakkan tudung aku yang dah memang tak betul ni. Aku mengelak tangannya.

“Abang! Tak habis-habis lagi,jangan lah, tudung ni dah lah tak betul, abang nak rosak kan lagi?” Aku memukul bahunya. Abang disebelah sudah tergelak-gelak.

Dari jauh, Nick hanya memandang geram melihat adengan antara ‘adik-beradik’ itu.

“You, I nak minta nombor telefon boleh?” Hasnah sudah mula naik ‘gatal’ nya. Pantang bila ada mamat jambu di depan mata. Pasti menggedik.

“Sure, what is your number? I save kat dalam phone I. Nanti I miss call you.” Nick melayan juga perempuan yang boleh dikategorikan sebagai ‘hot’ disebelahnya. Senyuman tetap terukir dibibir. Memang dasar playboy! Mana-mana perempuan pasti dilayannya. Namun matanya ke lain juga. Tak habis-habis pandang Risya. Heish, apa nak jadi dengan kau ni Nick? Sempat dia merungut di dalam hati. Terdetik rasa cemburu apabila melihat Risya dan abang angkatnya itu. Tidak pernah di dalam hati dia berasa sebegitu. Geram, dan marah, kalau boleh setiap kali Hazif mengusik Risya, dia rasa nak sepak je muka lelaki itu. Hazif pula boleh tahan hensemnya. Alih-alih, dia hanya mampu berdiam diri dan melihat sahaja dari jauh.

Petang itu, langit sudah mula gelap. Petanda hari nak hujan. Rakan-rakan sepejabatku sudah pulang. Hanya beberapa pekerja di rumah kebajikan tersebut masih ada di situ. Masih ada tugas yang perlu diselesaikan setelah bertungkus-lumus melakukan gotong-royong tadi.

Ketika itu, aku duduk di pangkin taman tersebut. Dari jauh aku melihat Kak Hasnah melambai-lambai Nick. Selepas melambai, Kak Hasnah menunjukkan isyarat tangan dan ditekapkan pada telinga menyuruh Nick untuk menghubunginya. Ni mesti dah dapat apa yang dia nak. Nombor telefon Nick! Kalau mereka ni disatukan, aku tak tahulah apa akan jadi selepas itu. Dua-dua menggatal. Aku menggeleng kepala. Nick juga membalas lambaian kak Hasnah.

“Kau geleng-geleng tu kenapa?” Terkejut mendegar teguran dari seseorang. Aku mengurut-urut dadaku. Nasib baik tak melatah. Aku berkalih ke belakang.

“Irah, kau memang nak tengok aku mati sebab sakit jantung ye?”

“Kau nak ke?” soalnya kembali. Nurul disebelah sudah tergelak melihat reaksiku tadi. Aku mendengus.

“Hah, tau pun. Cakap macam tu lagi. Kau tau tak setiap apa yang kau cakap tu doa tau.”

“Baiklah amma tersayang.” Aku memandang Nurul yang sudah berhenti ketawa. Aku mencebik.

“Kau nak balik dengan siapa? Aku masih ada benda lagi nak dibuat kat sini, ke kau nak tunggu aku?” soalku pada Nurul.

“Aku nak balik rumah kat Langat. Jadi aku minta tolong Hazif hantarkan.”

“Irah kau nak ke mana pula?”

“Encik Afiq aku nak jumpa aku. Nak jumpa parents aku kejap. Hmmm…nampak gayanya, tidur awallah aku hari ni. Rasa penat sangatlah. Entah-entah aku tidur kat rumah parents aku kot.”

“Habis, aku tinggal soranglah kat rumah? Mak dengan Mira belum balik dari seminar ke? Ke diorang balik rumah masing-masing juga?” Alamak, nampak gayanya aku terpaksa bermalam di rumah kebajikan ini. Hari pun dah lewat, lebih-lebih lagi hari nak hujan. Nasib baik aku ada membawa beberapa pakaian bersih untuk ditukar dengan bajuku yang sudah busuk bermandikan air peluh.

“Nampak gayanya macam tu lah. Jadi, kau balik rumah sewa ke tak? Ke kau balik rumah mak cik kau kat Aman perdana?”

“Tak naklah kacau mereka. Lagipun hari dah lewat, aku tidur kat sini je lah. Aku ada bawa baju lebih.Esok aku baliklah.”

“Adik tidur kat sini ke?” Abang menyampuk dari belakangku. Aku berkalih pula memandang abang.

“Ha’ah. Tak pe, abang jangan risau. Adik dah biasa tidur kat sini.” Abang hanya mengangguk.

“Okeylah, kitorang balik dulu ye, Richa. Jaga diri baik-baik tau. Jangan lupa bagitau kat mak kau. Tak pasal-pasal dia cari aku pula.” Aku tersengih dan melambai mereka dari jauh.

Masih terasa penatnya. Aku sampai di sini awal pagi tadi, dan hari ini aku terpaksa tidur di sini juga. Langit sudah mendung, walaupun masih pukul 6 petang. Aku menghirup udara petang. Wah, sedapnya kalau tidur waktu ini. Aku memejamkan mata dan menikmati udara yang nyaman di taman itu.

Klik! Nick mengambil gambar Risya secara senyap-senyap menggunakan telefon bimbitnya. Sayang betul, kalaulah aku bawa camera canon tadi kan bagus. Tidak puas kalau hanya melihat gambar melalui telefon berbanding camera DSLR nya. Dia belum pulang lagi ke? Soalan tersebut hanya mampu diluahkan dalam hati. Matanya tetap memandang Risya yang masih menutup matanya. Tidur ke apa minah ni?

“Kau buat apa tercegat kat situ? Dah buang tabiat nak ganggu anak dara orang? Tak habis-habis lagi dengan perangai buaya darat kau tu.” Kus semangat. Rasa nak gugur jantungnya apabila disergah oleh tok Idham. Tok Idham sudah bercekak pinggang.

“Dah tak ada kerja lain nak mengintip anak dara orang? Kau nak kacau anak dara orang lain aku tak kisah, jangan nak naik gatal kau kat Isha.”

“Bila masa saya naik gatal tok? Saya baru je terpacak kat sini. Bulu roma saya yang naik bila kena sergah dengan tok.” Bila mendegar kata-kata Nick, tok Idham mengangkat tangannya seperti ingin memukulnya. Belum sempat berbuat apa-apa, Nick sudah cabut lari. Melihat reaksi spontan Nick itu, tok Idham tersengih dan mengeleng kepalanya.Macam-macam budak sorang ni, ujarnya dalam hati. Dia memandang Risya. Aik? Budak sorang ni dah tidur ke? Dia hanya menggeleng kepala dan beredar masuk ke dalam rumah kebajikan itu.

Usai solat Isyak, aku beredar ke dapur. Makan malam sudah disiapkan oleh pekerja-pekerja di sini. Aku mengambil makanan dan menuju ke ruang makan yang luas itu. Ada beberapa warga emas yang masih menikmati makan malam mereka. Sempat lagi aku menyapa mereka.

“Isha!” Aku ditegur oleh Pak Mail.

“Ada apa pak Mail?” Pak Mail duduk di depanku. Dia seperti teragak-agak untuk bersuara.

“Kenapa ni pak Mail? Ada apa-apa masalah ke?”

“Ni, emm…tok Idham…emmm… suruh kamu pergi ke stor belakang rumah. Dia suruh simpan barang-barang dekat taman tadi.”

“Oh, okey. Lepas saya dah habis makan ni, saya tolong simpan kan.”

“Tapi tok Idham suruh Isha pergi simpan sekarang. Katanya, hari dah lewat.Nanti sunyi pula stor kat belakang rumah tu.”

“Kenapa tadi peralatan-peralatan tu tak disimpan? Setahu saya, Abang Jamal yang bawa tadi kan?”

“Emmm…tak, masih ada yang tertinggal. Dia terlupa kot.” Pelik, bukan tadi Abang Jamal simpan semua peralatan di taman tadi kan? Aku pula yang tertanya-tanya.

“Okeylah. Kejap, saya nak letak pinggan ni kat sinki dulu.”

“Pergi cepat tau, nanti lewat pula.”

Pada masa yang sama, Nick juga dipanggil oleh Pak Ong. Pak Ong menyatakan bahawa barangnya hilang di dalam stor. Oleh kerana matanya rabun, jadi dia meminta Nick untuk menolongnya mencari barang tersebut.

“Uncle Ong, barang uncle memang ada kat sini ke? Mana tau barang tu jatuh kat tempat lain.”

“Saya memang pasti, cermin mata saya mesti ada di sini. Petang tadi saya buka cermin mata itu, saya letak sini. Saya pasti memang dia ada di sini. Saya sudah tua tapi otak saya masih ingat mah.” Tersengih Pak Ong melihat Nick yang berusaha untuk membantunya. Padahal, Nick sudah memasuki perangkap yang dicipta oleh mereka berempat. Terbongkok-bongkok Nick mencari cermin mata orang tua cina itu. Terlalu banyak barang yang diletakkan di dalam stor itu. Sukar baginya mencari cermin mata milik Pak Ong yang sudah hilang.

“Nick, kamu tolong cari kan ya? Saya mau masuk dalam dulu.Mau makan tu ubat. Ubat perlu makan ikut jam.Kalau sudah jumpa,bagitau sama saya ya.” Pak Ong sudah meninggalkan Nick keseorangan di dalam stor tersebut.

Aku mengambil cangkul yang tertinggal di taman itu. Aku mendongak ke atas melihat langit. Memang betullah ramalanku petang tadi. Cuaca yang mendung memberi pertanda hari nak hujan di malam hari. Aku menadah tangan, dan terdapat beberapa titisan air hujan jatuh ke atas telapak tanganku. Angin di luar pun sudah mula kencang. Seram pula bila berdiri di situ. Aku mesti masuk ke dalam dengan segera. Aku mengorak langkah ke stor di belakang rumah.

Pak Mail sudah tiada bersamaku. Mungkin sudah beredar ke bilik. Tidak mengapalah, biar dia berehat. Setakat menyimpan cangkul, tenaga perempuanku masih mampu membawanya.

Apabila sudah berdekatan dengan stor, aku memberhentikan langkahku. Suasana di belakang rumah kebajikan ini agak sunyi dan seram. Ni yang aku tak suka ni. Dalam hati, aku banyak-banyak berdoa. Janganlah ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku. Nauzubillah. Aku ni agak penakut juga tetapi aku memberanikan diri dan menyambung langkahku. Angin semakin kuat bertiup. Terasa begitu sejuk ditambah dengan hujan yang sudah mula lebat.Aku berlari-lari anak dan memasuki stor.

Nick sudah bercekak pinggang. Mana pergi cermin mata orang tua ni? Susah benar nak cari.

“Awak buat apa di sini?” ada seseorang menegurnya dari belakang. Terangkat sedikit bahunya mendengar teguran seseorang. Nick terkejut lantas memusing ke belakang. Dia melihat Risya yang memikul cangkul di bahunya. Macam gangster pun ada.

Pelik melihat Nick yang turut berada di dalam stor ini.Apa dia buat kat sini? Lelaki di depan ku mengurut-ngurut dadanya tanda dia terkejut dengan teguran aku tadi. Hahaha…Dah cuak rupanya.Padan muka! Aku menyembunyikan sengihanku dan buat-buat muka serius.

“Awak ni tak pandai nak bagi salam ke? Main sergah orang buat apa?”jawabnya dalam bentuk soalan juga.

“Oh, Assalamualaikum.” Ucapku dengan suara yang sedikit kuat.

“Ish!Saya tak pekak lagilah. Waalaikummussalam. Awak ni menjerit-jerit macam beruk awak tau. Saya tak sangka pula, bongsai dah ada revolution jadi beruk.”

“Awak pernah tak makan sup kasut size 4?”

“Size 4? Keciknya. Dada pun kecik, kaki pun sama kecik ye?”Dia menyindirku.

“Awak nampak cangkul kat bahu saya ni? Jangan sampai saya cangkulkan mulut awak tu.”

“Fuyyoo…Takutnya. Beruk nak jadi pembunuh guna cangkul macam gangster.”

“Yah!!!” Aku menjerit geram. Gaya menjeritku sama seperti gaya pelakon korea menjerit dalam drama. Serentak dengan jeritanku, pintu stor tertutup. Aku terperanjat dan mataku terarah ke pintu stor. Aku pandang Nick pula. Nick sama sepertiku, masih dalam keadaan terkejut. Tidak lama selepas itu terdengar bunyi guruh berserta pancaran kilat dari luar. Kami sama-sama terdiam. Hujan sudah semakin lebat, angin sudah bertiup dengan kencang. Aku meletakkan cangkul dan disandarkan ke dinding.Tanpa melengahkan masa, aku menuju ke pintu stor ingin keluar dari situ.

Aku memulaskan tombol tetapi berkunci. Alamak!Aku terlupa membawa kunci, sementelah tadi pintu stor memang terbuka dan orang yang ada di dalam stor ini ialah Nick. Nick menghampiriku.

“Kenapa? Berkunci ke?” Nick memegang tombol dan cuba memusingnya. Masih tidak berjaya.

“Terkunci. Awak ada bawa kunci stor tak?”Nick menyoalku.

“Awak tanya saya pula. Sepatutnya saya yang tanya soalan tu. Awak ada bawa kunci tu tak?”

“Kalau saya tanya awak dulu maksudnya tak adalah tu. Awak ni blur betul. Awak ni kanak-kanak lembab ye?” Kurang asam betul mamat ni. Adakah patut aku ni dikatakan kanak-kanak lembab. Aku mendengus marah.

“Pintu ni hanya boleh dibuka dan dikunci menggunakan kunci sahaja kan?”

“Awak yang terlebih bijak pandai tanya pula kat kanak-kanak yang lembab macam saya ni?”sindirku balik.

“Saya nak pastikan je.”

“Dah terang-terang tombol ni hanya boleh dibuka guna kunci, tak kan masih tak pasti kot. Tu bukannya lembab, tu dah jadi bebal namanya.” Aku membalas balik ucapannya dengan menyindirnya kembali. Hahaha… Nak lawan aku konon, dia tu sama saja bengong, bebal. Dah tahu bertanya pula.

Nick mengetap giginya, dia yang ingin mengenakan Risya sudah terkena balik. Perempuan ini bukan calang-calang perempuan, detik hatinya.

“Awak kalau tak loyar buruk dengan saya boleh tak? Malas nak layan loyar-loyar buruk awak tu. Awak ada bawa handphone tak?”

“Awak tak bawa ke?”

“Orang tanya dia, dia tanya kita balik. Hish…Apa nak jadi anak dara sorang ni.” Aku memuncungkan mulutku dan menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Aku menyeluk saku seluar track. Mak aih, aku terlupa! Tadi aku tinggalkan handsetku di atas meja di dalam bilik mak Imah.Aku menepuk dahi.

“Tak bawa lah tu.”ucapnya.

“Awak tu tak bawa juga kenapa?”

“Saya chargekan telefon saya kat dalam bilik tetamu. Battery dah kong!”

“Habis, nak buat macam mana?” Aku mengetuk-ngetuk pintu dan menjerit.

“Ada sesiapa kat luar ke? Kami terkunci kat dalam ni.” Tiba-tiba kepalaku ditolak lembut.

“Hey!”Jeritku.

“Awak ni, terjerit-jerit kat sini. Hampir nak pecah gegendang telinga saya ni dengar tau. Awak melolong kat dalam ni, mana orang nak dengar. Yang diorang dengar, tu petir, guruh. Siap boleh tidur nyenyak lagi tu dengan hujan lebat macam ni. Tak ada masa nak dengar suara speaker pecah awak tu.”

“Habis, awak nak kita terkunci kat dalam stor ni? Hujan lebat, petir, guruh, kilat, macam mana sekalipun, awak nak biarkan kita stuck kat sini, begitu?”

Nick menjongket bahu, “ Nak buat macam mana lagi? Dah nasib. Kita tunggu je lah dalam ni. Kita berdua duduk kat dalam stor ni, tunggu sampai hujan tu reda. Lepas tu, awak sambunglah menjerit.”

Hah?! Aku dan dia, menunggu hujan reda di dalam stor ini? Berdua-duaan? Hatiku sudah mula beristighfar dan berdoa. Ya Allah, biarlah hujan ini cepat-cepat reda. Aku tak nak berdua-duaan dengan lelaki yang bukan muhrimku. Nanti ada pula yang kena tangkap basah dengan mat Gajah gatal ni. Minta-minta dijauhkan. Aku menggeleng-geleng kepala, takut memikirkan perkara-perkara buruk yang mungkin akan terjadi apabila hanya berduaan bersama lelaki ini.Nick memerhatiku.

“Hah, yang tergeleng-geleng kepala tu kenapa? Haa…Ni mesti fikir yang bukan-bukan kan?”

“Soalan tu yang patut saya tanyakan kepada awak. Awak tu dahlah yellow brain, dasar lelaki pervert!” Teringat kembali kejadian tengah hari tadi.

Senyuman sudah merekah dibibir merah Nick. Matanya pula sudah memandangku semacam. Seram sejuk aku dibuatnya. Habislah, apa lagi lelaki ni nak buat? Aku sudah mula terkumat-kamit membaca apa-apa doa yang terlintas dalam fikiranku. Nick tergelak melihat reaksi Risya. Penakut juga budak kecik ni.

Nick masih ingin mengusik Risya. Nick mendekatkan dirinya padaku. Ah,sudah!Dia dah buat perangai dah. Aku mula berundur dan badanku sudah tersandar pada pintu stor.

“Aaa…awak, jangan nak buat perangai ya. Awak nampak tak tu, cangkul, emm… sabit, semua benda-benda yang berbahaya.”

“So?” Soalnya pula. Sebelah tangannya sudah diangkat dan diletakkan ke dinding.

“So, awak jangan nak main-main dengan saya. Kalau saya ambik barang-barang tu untuk dijadikan sebagai bahan untuk membela diri, habis awak.” Nick tergelak mendengar kata-kataku.

“Memang sah, awak yang yellow brain. Nak mengata orang pula. Saya takkan ganggu awaklah, jangan risau. Saya bukannya desperate nak kacau budak bawah umur macam awak ni.”

Ceh! Aku budak bawak umur kau kata? Aku ni dah tua juga kau tau tak. Dah bekerja pun.

“Penatlah berdiri, awak tak nak duduk ke? Ke awak ada bisul? Sebab tulah asyik berdiri dari tadi ye?” Mulut lelaki ini memang tak ada insurans betul. Dia menjarakkan dirinya dari ku, dan duduk di atas lantai. Aku menghela nafas panjang. Nasib baik dia masih waras lagi.

Nick mendongak ke atas dan memandang wajahku. Aku masih lagi berdiri di sebelahnya. Masih ada rasa ragu-ragu lagi.

Aku terasa pergelangan tanganku digenggam. Aku memandang ke bawah. Nick memegang tanganku lalu ditariknya supaya aku turut sama duduk di sebelahnya.

“ Duduklah!” arahnya.

Aku cuba melepaskan pergelangan tanganku dari genggamannya. Namun, genggamannya lebih kuat dan sukar bagiku untuk melepaskan diri.

“Ish! Awak ni, sakit lah! Eii, lepaslah. Taulah saya bila nak duduk.” Lalu aku duduk di sebelahnya dan dia melepaskan tangannya dari menggenggam tanganku. Aku menggosok-gosok pergelangan tangan.

“Tahu pun nak duduk. Ingatkan nak kena ajar lebih-lebih tadi.” Aku menjeling tajam.

“Awak ni, memang susah nak berbaik dengan saya ya?”

“Dah orang tu selalu buat perangai, mana tak nya.”

“Buat perangai? Saya tak buat apa-apa pun.”

“Habis, yang peluk saya kat KLCC hari tu tak buat perangai ke? Awak ingat saya sama macam girlfriend awak yang lain?Senang-senang je nak dipeluk.” Kami terdiam seketika. Tiada seorang pun yang bersuara selepas itu.

“Sorry…” dia meminta maaf dariku.

“Apa sorry-sorry? Pergi naik lorilah.” Tersembur ketawa Nick apabila aku berkata demikian.

“Okey, kalau saya naik lori, awak maafkan sayalah? Nanti ya, saya bawakan lori khas untuk awak supaya awak maafkan saya.” Menganjing lah tu. Aku menoleh ke sebelah dan memberi pandangan tajam kepadanya.

“Huish. Tahulah mata awak tu bulat. Awak besarkan lagi mata tu, makin bertambah-tambah bulat saya tengok. Comel aje.”

“Macam tu ye awak ngorat girlfriend awak? Ayat tak boleh blah! Manis betul. Ingat saya ni cair dengar ayat tu?”

“Hmmm…manis ke? Tak tahu pula saya, kalau semua ayat yang keluar dari mulut saya ni ada perisa manis, ke bibir saya ni yang manis? Awak nak rasa?” Terbeliak mataku apabila melihat Nick memuncungkan bibirnya seperti ingin memberi ciuman.

“Hish! Tak senonoh betul. Awak ni, cubalah bawa-bawa beringat. Cuba bertaubat sikit.”

“Bertaubat sikit je?” tanya Nick.

“Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?” Ini menyalahgunakan peribahasa namanya.Suka sangat nak rosakkan bahasa.

“Hahaha… Lawaklah cik adik ni.” Dia mengerling ke sebelah. Bibirnya tetap terukir senyuman manis. Terkedu melihat senyuman manis itu. Aku memang pasti, sesiapa yang melihat Nick pasti akan cair. Patutlah dia mempunyai ramai peminat. Hanya dengan menayangkan senyuman dibibir, mampu memikat sesiapa sahaja. Aku berpaling ke arah lain. Tidak mahu tersungkur apabila melihat senyuman tersebut. Aku tidak mahu menjeratkan diri bagi mana-mana lelaki buat waktu ini.

“Awak ni, asal dari mana ya? Bunyi percakapan awak seperti bukan orang sini. Sabah?Sarawak?”

“Sarawak.” Jawabku.

“Jauhnya. Awak sanggup datang dari jauh ke sini? Best ke belajar kat sini?” tanyanya.Aku memandangnya kembali. Best sangat! Di sini, aku mengenal erti kehidupan berdikari. Di sini, aku mengenal erti persahabatan dan makna cinta. Banyak pengalaman berharga yang aku perolehi di sini. Tambah pula, di sini, aku dapat mengenal erti kekecewaan dan patah hati.Kata-kata itu hanya mampu diluahkan dalam hati.

Aku mengeluh lemah sebelum menjawab soalannya. “Syok juga belajar kat sini. Banyak pengalaman yang saya perolehi.”

“Bunyi macam tak best je.” Aku tersenyum lemah. Di luar, hujan masih lebat dan tiada tanda-tanda ingin berhenti. Sampai bilalah aku dan Nick terkurung di dalam bilik stor ini?

Malas nak menerangkan lebih lanjut, maka, aku mengambil keputusan untuk berdiam diri. Tiada kata-kata yang terbit dari bibir mungil gadis tersebut.

“Saya pernah belajar kat KL ni. Lama juga. Dari tadika sampai lah form 3. Disebabkan arwah mummy nak berada dekat dengan family di US,arwah mummy and Papa ambil keputusan untuk menetap di US. Lepas tu saya ikut arwah mummy balik US. Kadang-kadang, saya balik sini juga, menjenguk family di Malaysia ni. Disebabkan bisnes di Malaysia tak ada siapa yang nak handle, jadi papa terpaksa berjauhan dari arwah mummy. Bila tiada urusan di Malaysia, dia balik lah ke US. Tak nak tinggalkan arwah mummy lama-lama. Walaupun, didedahkan dengan kehidupan orang barat, tapi saya masih tak lupa tanah air saya di sini. Arwah mummy pandai masak masakan melayu juga tau.” Nick cuba mengeluarkan topik untuk dibualkan, tidak mahu membiarkan kami membisu.

Aku mengetahui dirinya serba sedikit berdasarkan kisah hidupnya. Punya ibu yang berketurunan mat salleh dan bapanya pula merupakan orang Melayu, Nick, memang dilahirkan sempurna. Ada rupa yang kacak, berharta dan segala-galanya. Tentang ilmu agama juga dia tahu. Bapanya tidak pernah lupa untuk mengajarnya dan ibunya tentang agama Islam. Menarik juga kisah hidupnya ini. Aku terleka seketika mendegar kisah hidupnya.

“Menarik juga kisah hidup awak tu. Awak tetap tak lupa pada asal usul awak, tentang agama awak. Papa awak sudah buat yang terbaik dalam membimbing arwah mummy awak yang pada asalnya beragama lain. Saya respect pada papa dan arwah mummy awak. Cuma, awak ni ada terpesong sedikitlah.” Nick mengangkat keningnya.

“Terpesong? Maksud awak?”

“Lelaki playboy macam awak, memang bebas dalam bab-bab pergaulan lelaki perempuan ni kan? Awak kurang dalam bab itu.”

“Tapi saya tak pernah melanggar prinsip saya. Saya tak pernah pun menghancurkan mana-mana perempuan yang pernah bersama dengan saya. Walaupun awak tengok saya ni dikelilingi perempuan, tapi, saya tak pernah nak merampas mahkota mereka. Kalau awak nak tahu, ada perempuan yang sanggup nak hilang dara semata-mata nakkan saya. Ish! Perempuan macam tu nak dibuat bini? Memang saya rejeklah.” Tergelak aku mendegar pengakuan dirinya. Langsung tak terlintas pun difikiran yang playboy mat salleh macam dia memang menjaga perempuan dengan baiknya.

Ketawaku terhenti apabila melihat Nick merenungku. Renungannya itu membuat diriku resah. Tidak suka ditenung sebegitu lalu aku berdiri menuju ke tingkap. Di luar masih gelap, hujan masih belum reda-reda juga. Hanya bertemankan satu lampu tiang, belum mampu menerangkan kegelapan malam di luar. Tambahan pula, stor ini terlalu jauh ke belakang. Memang tiada seorang pun yang berani pergi ke stor pada malam-malam begini. Aku cuba menutup tingkap apabila terasa tempias air hujan.

Ketika menutup tingkap, tiba-tiba, aku terpegang sesuatu. Aku tidak tahu apa benda yang disentuhku. Terasa seperti licin dan sedikit lembut, dan benda itu mempunyai ekor. Aku tergamam dan badanku kaku.

“Aaaaaahhhhhhh!!!!!” aku menjerit sekuat hati. Nick yang masih duduk dilantai, berdiri dan segera menghampiriku.

“Apa?! Kenapa?! Awak ni kenapa? Dah kena sampuk ke?” Aku menarik tanganku dari menyentuh binatang itu. Cicak jahanam! Binatang yang paling aku geli dan benci. Aku tidak takut pada binatang itu, tetapi aku geli apabila melihat binatang tersebut. Lagi-lagi apabila sudah tersentuh binatang yang merupakan musuh nabi itu.

Aku bergerak ke belakang Nick. Terasa geli dengan tanganku sendiri. Kurang asam betul cicak jahanam! Badanku sudah menggigil kegelian.

“Laaa…Awak takut cicak ke?”

“Bukan takutlah, geli tau tak. Eeee…Rasa jijik dengan binatang tu. Uhuhuhu….” Aku sudah merengek seperti budak-budak.

“Tak sukalah! Tak ada tempat lain ke nak menyorok? Dasar binatang pengikut setan!” Aku menyumpah-nyumpah cicak tadi di dalam hati. Badanku masih lagi menggigil kegelian. Naik bulu roma aku dibuatnya. Aku ingin kembali duduk di atas lantai tadi dan mententeramkan diri. Belum sempat merebahkan diri di atas lantai, cahaya kilat memancar berserta bunyi dentuman guruh yang kuat. Lampu di dalam stor tidak menyala. Gelap gelita.

Aku berdiri tegak dan memandang sekeliling.Penglihatanku sudah kabur dan hanya terdapat sedikit cahaya yang terpancar dari tiang lampu di luar stor. Aku mengecilkan mataku dan hanya mampu melihat bayang-bayang Nick.

“Awak, awak okey tak? Tak nampaklah.Awak kat mana?”aku mendengar suara Nick yang mungkin hampir denganku.

“Saya okey je pak cik. Kenapa? Ingat saya takut sangat ke? Dah namanya kita bergelap di dalam bilik stor ni, memanglah tak nampak apa-apa pun dan saya tak jauh dari awak. Besar mana pun stor ni.Nak lari dari awak pun susah.”Aku sudah mula meraba-raba tanpa dapat melihat apa-apa seperti orang buta.

Nick bercekak pinggang. Budak ni sempat pula menjawab kata-katanya dengan sindiran. Jika didengar dengan jelas, suara Risya berada di belakangnya dan dia memusingkan badannya ingin menghadap Risya. Tercari-cari kedudukan Risya yang sebenarnya dalam kegelapan itu.

“Nick, awak senyap je. Cubalah bersuara, dapat saya tahu kedudukan awak sekarang.”

“Awak, awak nampak tak cahaya lampu dari luar dekat tingkap tu. Kita ke sana, baru nampak sikit.”

Dengan perlahan-lahan aku bergerak ke tingkap tadi. Nampak sedikit wajah Nick yang sudah berdiri di depan tingkap itu. Aku menghampirinya. Tiba-tiba, kakiku terlanggar sesuatu dan menyebabkan badanku sudah tidak seimbang. Belum sempat badanku terdorong ke depan ingin mencium lantai, aku terasa bahuku dipaut Nick.

“Hati-hatilah!” Nick menegurku.

Tergamam dengan reaksinya dan terperanjat dengan tegurannya yang sedikit keras.

“Awak ni, cuba jalan hati-hati. Dahlah gelap, mana nampak.” Terkebil-kebil aku mendengar kata-katanya.

“Kalau saya tak sempat nak halang awak dari terjatuh tadi, tak pasal-pasal, muka ni kena cop lantai.”

“Dah saya tak nampak, manalah saya tahu. Saya main lalu je la.”

Bunyi guruh berdentum dengan kuat secara tiba-tiba. Aku terperanjat dan tanpa memikirkan apa-apa, aku menyebamkan wajahku ke dadanya. Takut mendegar guruh yang terlalu kuat.

Nick pula yang terkedu dengan aksi spontan Risya yang menyembunyikan wajahnya ke dada sasanya. Dengan perlahan-lahan, tangannya menepuk-nepuk lembut belakang Risya.

Nampak benar Risya ketakutan ketika itu. Terukir senyumannya melihat gelagat Risya. Jantungnya berdegup dengan pantas secara tiba-tiba. Apa dah jadi dengannya? Sudah ramai perempuan dipeluknya dan tiada satu pun yang mampu mengocakkan jiwanya sebegini. Nick mengeratkan lagi pelukan supaya dapat mententeramkan hati Risya. Terasa dirinya amat diperlukan pada saat ini. Tenanglah Risya, bisiknya lembut.

“Shhhh…Don’t worry, I’m here, dear.” Nick membisik lagi. Lembut suaranya bisa membuatku tenang tapi…Eh!!Astaghfirullahalazim. Apa yang sudah ku buat ini? Aku tersedar dan menolak sedikit badan Nick. Merah padam mukaku. Nasiblah keadaan masih gelap, tidaklah Nick nampak rupaku sekarang. Nick sudah meleraikan pelukannya dariku.

“Maaf, saya terkejut tadi. Saya ni takut juga bila dengar guruh kuat sangat.” Aku menggaru kepala yang tidak gatal seraya membetulkan tudungku yang sudah senget. Aku terus duduk dan menyandarkan diri pada dinding. Nick juga sudah duduk disebelahku.

“Agak-agaknya, sampai bilalah hujan ni nak berhenti?”soal Nick.

“Entahlah, saya pun tak tahu. Saya bukan tukang ramal cuaca. Manalah saya tahu hujan nak berhenti bila.”

Terasa sedikit dingin. Aku menggosok-gosok tanganku untuk mengurangkan rasa kesejukan. Macam duduk kat oversea pula.

“Sejuk?” soal Nick. Aku mengerling ke sebelah dan mengangguk.

Aku hanya memakai baju T-shirt berwarna hitam dan jaket berlengan panjang, serta berseluar track. Aku memeluk tubuh bagi mengurangkan sedikit rasa sejuk. Aku memandang Nick disebelah. Dia hanya memakai baju t-shirt berwarna coklat berlengan panjang dan seluar track sahaja. Nampak sempoi penampilannya. Aku mengamati dirinya di dalam kegelapan dibantu oleh sedikit pancaran cahaya dari luar stor.

“Awak tengah renung saya ke tu?” Nick mengusikku.

“Mana ada. Perasan! Saya cuma nak pastikan sama ada awak ni manusia ke atau lembaga. Manalah tahu kan.”

“Jadi, keputusannya? Saya ni manusia ke lembaga?”

“Haaa…nak tahu jawapannya, kita tunggu sehingga cahaya lampu dari mentol di atas bercahaya semula.”

“Boleh pula macam tu ye?” Dalam samar-samar, aku dapat melihat Nick yang tersenyum dan aku juga turut membalas senyumannya. Tapi, itu pun kalau dia mampu melihat senyuman aku ni dalam gelap. Hai…Sampai bilalah hujan ni nak berhenti? Terasa berat mata ini. Ditambah pula cuaca sebegini, memang sedap kalau tidur. Semakin lama mataku sudah menjadi kuyu, dan akhirnya mataku terpejam jua.

Nick berasa sedikit pelik bila serta-merta tiada bunyi suara dari budak kecik disebelah. Dia menoleh ke sebelah. Dalam samar-samar, dia melihat Risya sudah tertidur.

“Laaa…dah tidur rupanya budak ni.” Nick mengamati wajah Risya. Dia mengusap lembut pipi Risya. Lalu kepala Risya ditarik perlahan-lahan dan dilentokkan ke bahunya.

“Sweet dream my dear. This is our first night together.” Nick merebahkan kepalanya dan dilentok pada kepala Risya juga.

Nick merasakan inilah malam yang paling indah buatnya, walaupun berada di dalam stor yang gelap bertemankan cahaya lampu nilon dari luar. Namun, asalkan bersama Risya, hatinya tetap bahagia.Good night dear, bisiknya dalam hati.

No comments:

Post a Comment