Friday, October 7, 2011

Cinta yang tiada kepastiannya Chap 11 preview





Sempat lagi aku melihat sekeliling.Ramai juga orang yang hadir hari ini.Mungkin ada orang-orang pejabat membawa keluarga mereka untuk turut sama menolong, detikku. Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatianku ketika itu.
“Nick!” aku berbisik pada diri sendiri. Pada masa itu juga, Nick memandangku. Tiada senyuman yang terukir diwajahnya.Serius sahaja aku tengok.Mamat sorang ni apa hal pula? Nak cari pasal dengan aku lagi ke setelah apa yang dilakukannya pada tempoh hari.





Belum sempat aku membalas kata-katanya, dia memegang kedua-dua lenganku dan dia menolak badanku ke dinding. Terkedu aku dibuatnya. Ya Allah, lelaki ini nak buat apa kat aku?
“Awak nak buat apa hah?”ucapku sedikit menjerit.
“Kiss your lips?” Dia tersenyum sumbing. Senyuman gatal! Lalu mukanya ditunduk dan didekatkan ke mukaku.


Nick hanya melihat wajah Risya, tidak tergambar rasa bahagianya ketika itu. Memandang Risya dengan dekat dan memegang kedua-dua lengannya. Risya seperti ketakutan, tidak sampai hati pula ingin mengusik perempuan kecil di depannya.


Pelik melihat Nick yang turut berada di dalam stor ini.Apa dia buat kat sini? Lelaki di depan ku mengurut-ngurut dadanya tanda dia terkejut dengan teguran aku tadi.


Nick berasa sedikit pelik bila serta-merta tiada bunyi suara dari budak kecik disebelah. Dia menoleh ke sebelah. Dalam samar-samar, dia melihat Risya sudah tertidur.

“Laaa…dah tidur rupanya budak ni.” Nick mengamati wajah Risya. Dia mengusap lembut pipi Risya. Lalu kepala Risya ditarik perlahan-lahan dan dilentokkan ke bahunya.


No comments:

Post a Comment