Bab 10
Kertas kerja dihempas di atas meja.Hmph!
Banyak songeh betul bos syarikat aku ini.Semuanya pasti tak betul.Geram!Dah
penat aku kerah kan otak,tingkatkan kesabaran dalam diri ini demi melayan
kerenah orang-orang atasan aku.
Aku
pun manusia jugak bukannya robot! Apabila berdepan dengan customer dari luar
Negara,pasti plan kertas kerjaku menjadi tidak kena. Kertas kerja kena reject
dari orang atasan, siapa yang tak bengang?
Customer
orang asing ni pun satu.Memang suka buat aku kerja lebih masa.Memang tak pernah
fikir pasal orang lain.Semuanya untuk kepentingan diri sendiri.Nak untung je
tau!Menyampah!
Walaupun
sudah 3 tahun berkhidmat di syarikat swasta ini,aku masih tidak tahu siapa CEO
nya.Kata pak cik saudaraku,syarikat ini merupakan salah sebuah cawangan bagi
syarikat induk yang terkemuka di semenanjung ini, NB Gali Sdn Bhd. Makanya,
boss bagi cawangan ini bukanlah dikatakan boss besar.Rupa-rupanya ada orang
lain yang lebih tinggi pangkatnya
berbanding bos aku di sini.
Datuk
Sri Nik Bakhtiar Ramli Bin Datuk Sri Haji Nik Bakhtisyar Idham. Hah!Kan panjang
namanya tu.Agak-agaknya lah,orang kaya-kaya ni mesti punya nama yang panjang
meleret-leret.Nanti aku nak jugak lah bagi nama anak aku panjang sampai 5 patah
perkataan.Tak terkira kayanya tu nanti.Hah, sudah!Berangan lagi aku ni!
Itu
lah nama boss aku di sini.Pernah juga aku terserempak dengan dia.Jarang juga
aku berurusan dengan dia kerana aku di bawah jagaan pak cik saudaraku. Pak cik
saudaraku pun orang penting juga dalam syarikat cawangan ini. Jadi senang kalau
ada apa-apa masalah,aku akan refer pada pak cik ku yang aku gelar cik Taufik.
Selalunya
yang berurusan dengan Datuk ialah Afiq atau abang.Bertuahlah 2 orang itu.Aku ni
pangkat rendah je.Sekadar melukis plan design di dalam computer sudah!
Aku
menjeling rakan sekerjaku di sebelah cubicleku. Kak Hasnah yang merupakan
setiausaha bagi pak cik saudaraku.Hari ini dia memakai baju kot berwarna merah
dan berseluar slack.Cantik orangnya.Aku memanggil namanya.
“Kak
Hasnah!” aku sedikit menjerit.
“Hah,apa
dia Risya? Dierang tak puas hati lagi ke?” Aku mengangguk dan buat muka tak
puas hati.
Kak
Hasnah sudah lama bekerja di sini.Jadi dia tau lah segala tentang kerja-kerja
di sini.Dia jugak lah menjadi tukang kepoh kat dalam pejabat ni. Yang menyebar
gossip di dalam pejabat ini,memang kerja dialah.Tapi, secara senyap-senyap.Dia
bukannya nak tunjuk belang dia depan boss besar.
“Hmph!Memang
pun.Lebih-lebih lagi kalau berurusan dengan wakil-wakil mamat-mamat salleh.
Bukan main lagi, semuanya nak perfect! Dari USA lah katakan.” Kak Hasnah sering
juga bersemuka dengan mereka.Dasar mat salleh! Memang sentiasa nak pandang
rendah pada orang-orang Malaysia.
Kalau
aku ceritakan tentang mat salleh-mat salleh dari syarikat tertentu kepada
ayahku.Senang-senang je ayahku menjawab.
“Nak
turutkan sangat mat salleh bodoh tu kenapa?!”Memang secara terang-terang ayahku
menyampah dengan orang-orang putih ini.Bukanlah ayahku menentang sangat dengan
mereka.Tetapi cuma menyampah dengan sikap mereka yang aku kira kurang ajar dan
mengada-ngada bila berdepan dengan orang-orang melayu macam kita.Senang-senang
sahaja mereka memijak-mijak kita.Itu yang ayahku tidak gemar.
Ingatanku
kembali semula kepada kak Hasnah yang sudah mula dengan cerita panasnya itu.
“Hah,kau
tak tau lagi Risya.Aku dengar-dengar,nanti ada mesyuarat tergempar nak diadakan
di sini.Akak dengar lagi, boss besar dari cawangan induk tu, nak datang ke sini.Nak
jenguk-jenguk keadaan syarikat dia ini kat KLCC ni.”Celoteh pula aku dengar kak
Hasnah bercerita tentang keadaan syarikat ini.Yalah,nama lagi setiausaha kan?Memang
semuanya dia tahu.
“Tambah
lagi Risya. Datuk Sri Nik Bakhtiar nak bawa anak saudaranya untuk mengendalikan
syarikat ni.Mungkin juga dia dah nak pencen kot.”Tercengang juga aku apabila
mendengar tentang Datuk Sri yang ingin pencen. Awalnya nak pencen. Umurnya mungkin
sekitar 67 tahun.Sudah mahu pencen orang tua itu?Rupa dia pun tak macam orang
tua sebenarnya.Masih nampak hensem lagi.Badan pun bukannya gempal sangat.
“Anak
saudara?”Soal ku.
“Ha’ah,tapi
akak tak pernah pula tengok muka anak saudara dia.Tapi akak pasti mesti dia
hensem kan? Macam Datuk Sri jugak” Seloroh kak Hasnah.Memang sah kak Husnah ni,
ada sedikit menggatal juga perempuan sorang ni. Dengan Datuk Sri pun dia nak
ke? Ish ish ish…Umur kak Hasnah sudah 32 tahun dan masih belum
berpunya.Pelik,kak Hasnah ni cantik juga orang nya.Kenapa tiada yang berkenan?
Malas nak mengambil tahu pasal dia dan juga gosip-gosip yang entah betul ke
tidak,aku beredar ke sebelah balik ke tempat cubicleku.
Aku
duduk memandang kertas kerja yang dipenuhi dengan warna pen merah.Aku
mengurut-urut dahiku, ingin meredakan peningku ini. Dari ekor mataku,aku dapat
melihat kak Hasna duduk di kerusinya sambil menyorong-nyorong kerusinya ingin
duduk disebelahku.Aku memandang melihat dirinya disebelah.Lalu dia mengambil
kertas kerja dari tanganku tadi.
“Hmph!Sah!Banyak
beno songeh dierang ni.Nasib baiklah aku ni bukan engineer.Mahunya pening
kepala aku ni.Ish ish ish.”Ucapnya.
“Risya,
dari tadi sampai sekarang,pak cik kau tak ada pun nak panggil aku ni.Agaknya
sibuk benar dia terpaksa melayan kerenah mereka ya?Kesian aku tengok korang
ni.”
“Dah
nama kerja kak.Dengan siapa yang kita deal, kita kena banyak bersabar jugak.
Tak kira lah dia tu mat salleh ke, mat bangla kah, asal duit jalan, okay lah
tu.Kita ni kuli saja,kena ikut arahan orang atasan.Tak dapatlah nak
melawan.”Jawabku.
“Cakap
pasal orang atasan tu,akak ni pun akan sibuk minggu depan. Betul Risya.Disebabkan
mesyuarat tergempar tu diadakan minggu depan.Tak menang tangan ni kena sediakan
kertas kerja mereka untuk difotostatkan.”
“Kak,
Datuk Sri Nik Bakhtiar tu tak ada anak ke?” baru sekarang aku menanya tentang
hal peribadi CEO bagi syarikat cawangan ini.
“Oh,ada
tu ada.Cuma seorang saja.Anak dia perempuan tapi dengar-dengar anaknya tak mahu
mengambil alih syarikat ini.Yalah bukan bidangnya.”
“Apa
bidangnya kak?”tanyaku lagi.Busy body pula aku ni,gumamku dalam hati.
“Fesyen.Dia
pun model jugak. Terkenal juga dia tu dalam bidang permodelan.Dalam majalah ada
je muka dia.Kalau akak ni tinggi sikit,memang sah akak pun jadi model.Akak pun
boleh tahan apa.” Satu lagi perangai perempuan ini yang aku tak minat,perasan
sendiri.Haii,orang yang selalu nya ada rupa ni,memang rata-ratanya perasan
habislah kan? Tapi kadang-kadang aku pun turut sama menjadi orang perasan
ni.Hehehe.
“Oh…”
Belum sempat aku nak cakap apa-apa lagi, tiba-tiba terdengar bunyi hentakkan
kasut.Kasut perempuan.Terkocoh-kocoh Kak Hasnah balik ke cubicle nya.
“Hah!Korang
ni tak tau nak buat kerja kah? Nak bergosip je kerja korang!”Jerkah si pemilik
suara dari jauh. Siapa lagi kalau bukan ketua akauntan di pejabat
ini.Perangainya mengalahkan boss.Tau lah jawatan dia tu tinggi juga.Tapi,sedar-sedar
lah jugak,kau tu makan gaji sama macam kami ni.Memang aku tak minat dengan yang
seorang ni.Heishh!Bala-bala.
Habis
orang di sekeliling ditempelak nya.Dan dengan sikapnya yang tak digemari oleh
semua orang itu,dia sudah diberi gelaran ‘witch’ dari pekerja-pekerja di
sini.Memang tau sangat perangai nya macam lady boss tu.Aku terus menatap kertas
kerja tadi.Malas mau melayan kerenah witch yang masih bising mengarah
pekerja-pekerja bawahannya.Mentang-mentanglah dia tu kenalan rapat dengan Datuk
Sri.Sukahati dia mengarah aje.
Alamak!
Terpaksa lah aku bersekang mata menghabiskan kerja ini.Tidak mahu aku
menangguhnya.Tidak mahu hari minggu aku bertimbun dengan kerja-kerja yang masih
belum disiapkan lagi.Tambahan pula, final year projek yang perlu aku selesaikan
juga masih ada di rumah.
Tahun
ini, aku akan menghabiskan masterku dalam bidang bisnes. Selalunya, engineer
sepertiku pasti akan ada master dalam bidang bisnes. Kalau nak ambil master
dalam bidang engineer juga,aku rasa aku tak mampu.Berat rasanya.Senior-senior
aku di UiTM pun mengesyorkan aku mengambil master dalam bidang bisnes.Memang
susah katanya kalau ambil bidang engineer jugak.
Dan
Alhamdulillah,aku mampu membahagikan masa dalam pembelajaran dan juga
kerja.Pada awalnya, aku memang rasa stress dan tension gila.Irah lah tempat aku
luahkan rasa yang terbuku di dalam hati ini.Dia tetap juga menjadi pendengar
yang setia bagiku.
Setelah
selesai salah satu kertas kerja,aku melihat jam di mejaku.Wah!Sudah pukul 6.00
petang rupanya. Aku berdiri dan melihat sekeliling,sudah ramai yang
berkemas-kemas ingin balik.Jadi aku pun ingin turut sama. Sebelum balik, aku
ingin menunaikan solat Asar.
Selesai
bersolat, aku keluar dari surau yang berdekatan dan secara kebetulan nya aku berjumpa
dengan ‘appa’.
“Afiq!”
Aku memanggil. “Sabtu ni kau free tak?”
“Kenapa?”
“Irah
ada bagitau kau ke pasal aktiviti hari sabtu ini?”
“Tau,
tapi, sorryla Risya,aku tak dapat pergi. Ada appointment with dealerlah.”
“Oh…”
“Irah
aku rasa,dia boleh temankan kau.” Ucapnya seperti orang bersalah pula, “Em…Tak
apa,”balasku, “Lagipun ada juga rakan-rakan sepejabat kita yang akan ikut
menolong.”
“Baguslah
kalau macam tu.” Jawabnya. “Okaylah Risya.Aku balik dulu ya.” Afiq memberi
salam dan aku menjawabnya.Aku beredar ke cubicle dan aku ambil segala barang-barangku.Slim
beg aku pautkan ke bahuku dan aku meninggalkan pejabatku dan menekan butang
lif.
Apabila
sudah sampai menuruni lif,aku menyimpan segala barang-barang kerjaku ke dalam
keretaku.Namun,slim beg tetap di bahu.Aku menutup pintu kereta dan aku beredar
menuju ke lif sekali lagi.Pejabat aku berdekatan dengan pusat membeli-belah
suria KLCC.Jadi,aku mengambil keputusan untuk mengambil angin di tasik KLCC
itu.
Aku
berjalan-jalan di kawasan tasik KLCC tersebut.Aku mendongak ke atas.Tersergam
indah menara berkembar tertinggi di dunia ini.Menara ini lah menjadi mercu
tanda Malaysia dan menjadi kebanggaan buat rakyat Malaysia.Aku menyambung
perjalananku menuju ke bangku berdekatan dengan kolam renang di taman KLCC ini.
Sempat
lagi aku mengimbau kembali kenangan ketika aku masih kanak-kanak Ribena.Aku
pernah berenang di kolam ini. Dan kalau korang nak tau,aku pernah accident kat dalam
kolam itu.Maksudku,kakiku pernah terluka dek terkena lubang tajam di dalam
kolam tersebut.Tergelak aku apabila mengingatkan tentang insiden tersebut.
Aku
hanyut lagi ke dalam kenangan lama bersama Iz. Di sini, aku, dia dan
rakan-rakanku yang lain,pernah pergi ke Aquaria bersama-sama. Melihat ikan-ikan
yang jarang ditemui di Malaysia ini, membuat aku teruja.
Apabila
memasuki terowong akuarium,sempat lagi aku menangkap beberapa gambar untuk
dijadikan kenangan.Pada masa itu,harga untuk masuk ke dalam Aquaria itu agak
mahal juga.Jadi,tidak mahu melepaskan peluang,aku menangkap gambar seberapa
banyak yang boleh dengan menggunakan telefon bimbit.
Tidak
puas hanya menangkap gambar ikan-ikan di situ,aku meminta bantuan abangku untuk
mengambil gambarku seorang.
“Okay
adik,dah sedia?”Soal abangku dengan memegang handphoneku.
“Dah,abang
tekan butang tengah tu okay.”Aku menerangkannya cara menangkap gambar
menggunakan telefon bimbitku itu.Lalu ditekannya.
Setelah
gambarku diambil, aku memusing kepalaku ke sebelah kiri.Tanpaku
sedar,rupa-rupanya si Iz yang berdiri di sebelahku.Amboi!Lelaki ini sempat juga
mengada-ngada berdiri di sebelahku ketika gambarku sedang diambil.
Aku
menuju ke arah abang,ingin melihat hasil gambar tersebut.Memang sah!Gambar aku
dan Iz bersama di dalam telefon bimbitku.
“Iz!”Jeritku
sedikit.
“Hehehe,sorry sorry kacau line,”jawabnya
sambil tersengih. Aku memuncungkan mulutku.
Telefon
bimbit ditangan dan tertera gambar aku dan Iz.Aku mengamati gambar
tersebut.Merembes juga air mataku.Cepat-cepat aku mengelipkan mataku.Tidak mahu
kalau ada orang lain melihat aku buat adengan drama menangis di sini.Apa kata
orang nanti.
“Hello,”
terdengar suara dari belakang.Siapa pula yang terhello-hello dekat aku ni?Aku
menoleh ke belakang. Ada seorang lelaki yang berkulit hitam memakai cermin mata
berdiri di depanku.Dia kah yang menegurku tadi?
“Hello,”jawabku
juga dan aku terus memandang kolam renang di depan.Malas mahu melayan warga
asing itu.
“Hello,
kamu sorang-sorangkah? I’ve seen you alone here,” ucap lelaki kulit hitam
itu.Apasal dengan lelaki negro di sebelah ni.Sekodeng aku ke apa dari tadi?Aku
masih berdiam diri.
“Emmm…I’m
with my friend but they are not here,somewhere in the park I guess,” tipuku.
Resah juga hati ini apabila tiba-tiba je orang asing menegurku.Bahaya jugak
ni,tapi aku tetap buat-buat cool je.Padahal takut sebenarnya.Hish,kacau daun
betul laki hitam ni. Baru nak buat adengan tangkap leleh.
“Oh,really
because I saw you from that bridge,and I think you are lonely right?I know it
from your face.Kamu sorang-sorang,kamu nampak sedih.”Pandai jugak lelaki kulit
hitam ini bertutur bahasa Melayu.
Eh!
Kejap! Dia cakap dia nampak aku dari jambatan? Jambatan mana?Tertanya-tanya
juga di dalam hati.
Sempat
memandang sekeliling mencari jambatan yang dikatakan oleh warga asing
itu.Rupa-rupanya jauh juga jambatan itu daripada sini.Macam mana dia boleh
ternampakku di sini.Adakah sebab warna bajuku atau tudung kuning yang dipakaiku
ini? Menyerlah sangat agaknya diriku apabila memakai tudung dan baju blouse
berwarna kuning ini.
Kata
ibu, aku yang berkulit cerah kuning langsat ini sesuai memakai apa-apa baju
yang berwarna kuning.Katanya aku akan nampak berseri-seri. Mungkin sebab itu
kot.Sempat lagi aku memuji diri sendiri di dalam hati. Ahaks!
“I
heard that you can speak in Malay.”ucapku.
“Yes,
I have been here very long time.I work here,emmm…I am a business man.I have a
lot of money,” ada aku kira kau tu ada banyak duit ke tak?Sempat lagi aku
mengumpat lelaki hitam disebelah aku. Kalau pasal money, aku pun ada lah! Tapi
tak adalah banyak. Cukup nak sara hidup sendiri dan familyku.
“I
think you look lonely,you know.You look so sad, I saw you from there.Maybe you
would hang out with me,we have fun together? Sayang you look beautiful,don’t be
sad.”Amboi,senang-senang je dia panggil aku ni sayang?Beautiful?Haii,puji je
lebih ingin nak pancing diri aku lah ni? Kalau nak pancing, pergi pancing kat
tasik KLCC tu. Ada juga faedahnya. Eh! Kat tasik KLCC tu ada ke ikan? Sukahati
mak bapak aku je cakap tasik buatan tu ada ikan. Hehehe…
“How
old are you?”
“Emmm…fifteen,”
jawabku. Hish!Liar liar pants on fire!!
“You
still school?”
“Yes,
I am a high school student,” terus dia menjawab, “where is your hometown? Where
is you school?”
“Klang,
sekolah Meru,” aku jawab.Sukahati aku je tipu dia aku sekolah kat mana.Padahal
aku ni dah bekerja.Macam mana boleh aku fikirkan nama sekolah di sini, padahal
aku bersekolah di Miri, Sarawak? Sepupu akulah.Mereka masih bersekolah dan
sekolah mereka ialah sekolah Meru.Jadi aku gunalah nama sekolah tu ingin menipu
lelaki ini.
Tidak
pula aku ingin berlari menjauhkan diri.Sebabnya, nanti apa pula dia fikir pasal
orang Malaysia. Dia ni asyik puji orang Malaysia,puji orang kat sini
peramah.Aku pula hanya memberi senyuman palsu.Ada juga dia cakap dia ingin memiliki
girlfriend yang berasal dari Malaysia.Hish!Dan target dia ialah aku lah?Dia ni orang
entah agama apa,datang-datang macam nak melamar aku.Eeee….Tak ingin aku!!
“Do
you have boyfriend? If not you can be with me?Saya bayar kamu,saya banyak
duit.Duit RM.”Tau lah aku duit Malaysia dalam ringgit Malaysia bahlul!Takkanlah
aku ni tak belajar,bentakku dalam hati.
“Yes
I have a boyfriend and I don’t want your money.I’m still a student and I want
to have my own money.After I finish my school I will work.I will gain my own
money from there on.” Pasal boyfriend pun aku tipu kaw-kaw punya kat lelaki
kulit hitam ini. Takut dia bertindak di luar kawalan pula. Aku masih
mententeramkan diri dan bersikap seperti biasa.Aku tidak menggelabah.Orang
seperti ini perlu kena pandai dilayan dengan betul.
“Marilah.I
think I have fall for you my dear.You look very pretty and lonely.Why don’t you
come with me to the club.We will having a full of fun there.I know you are
Muslim and you cannot drink right? I know I know,I have Muslims friends too.
Come have some fun with me.I will pick you up.” Hmph!Punyalah dia ingin
mengambil hatiku.Dipuji-pujinya aku ni.Tolong sikit.Orang puji,aku tak
percayalah!Lebih-lebih lagi orang macam kau,bongok!Terus-terusan aku menyumpah-nyumpah
orang asing itu yang aku rasa agak biadap juga dan tak faham bahasa.Dah aku
bertutur Inggeris,masih lagi tak faham dan masih lagi merayu. Jadi nak aku guna
bahasa apa? Bahasa isyarat ke? Kang orang cakap aku bisu pulak.Heish!!
“Its
okay.Although you know that I am a Muslim and we can’t drink,but still, we are
not allowed to go to the club.Its forbidden!And it is still a sins for us!”
Hah!Terkejut kau dengan alasan aku?
Jadi,
untuk tidak melengahkan masa.Aku menunjukkan senyuman manis palsu ku dan
memberitahunya bahawa ibubapaku sudah memanggilku dan ingin mengambilku balik.
“I’m
sorry I have to go.”
“I
know, you don’t want to be my friend right? Kamu tidak mahu berkawan dengan
saya?”
“I’m
sorry I have to go,”jawabku segera.
“Love,don’t
leave me,I will miss you.”Miss miss miss, aku cepok kau karang baru kau tau!!Tak
ada miss miss lagi kau!Dah bye bye jadi nya karang!Bentakku lagi dalam hati.
“Okay,have
a nice trip, I love you,I’m gonna miss you” Eeee…Geli aku mendengarnya lalu aku
terus meninggalkannya.
Mula-mula
aku berjalan dengan perlahan-lahan, kemudian selepas sudah sedikit jauh
daripada tempat tersebut,aku terus berlari tergesa-gesa.Tidak mahu memandang
belakang,takut pula dia tahu yang aku cuba melarikan diri. Orang lain pandang
aku pelik kah, aku dah tak kira.Yang pastinya,aku kena jauhkan diri dari lelaki
itu.
Apabila
sudah berjauhan,berdekatan dengan air pancut yang berdepan dengan pintu masuk
pusat beli-belah Suria KLCC itu, larianku masih belum berhenti.Pelarian
memboloskan diri daripada dikejar lelaki asing!
Aku
menoleh ke belakang dan tidak semena-menanya,bukk!! Aku melanggar satu badan
yang lebih tinggi dan sedikit besar berbanding diriku yang kecik ini.Dapat aku
rasakan pautan daripada tangan orang yang dilanggarku tadi.
Muka
aku sudah memang ditutup dengan dadanya.Erat sahaja pelukkannya aku
rasa.Mungkin tidak mahu aku jatuh kali,anggapku.Sempat lagi aku mencium bau
bajunya itu.
Wangi!Sedap
sahaja bau badan nya.Agaknya dia pakai minyak wangi jenama apa
ya?Tertanya-tanya juga aku.Tidak sedar yang aku masih dalam pelukkannya.
Badannya
pula tegap.Tegap?!Lelaki ke?Aduh, adengan lagi ni.Dalam beberapa kali,ada saja
adengan yang membuat aku malu gila.Kali ini,siapa pula lelaki yang memeluk aku
ini?
Dengan
pantas apabila menyedari hakikat bahawa yang memelukku itu adalah seorang
lelaki,lalu aku tolakkan badannya sekuat mungkin.
Terkejut
bukan main lagi apabila aku melihat lelaki yang berdiri tegak di depanku
ini.Terlopong mulutku.Ternganga mulut ini sebesar boleh.Rasa nak jatuh pula
rahang aku ini bila tahu siapa lelaki ini. Nasib tak ada lalat nak masuk mulut.
Mungkin sebab mulut aku berbau wangi sangat kot. Hehehe…Sukahati aku je.
Nick!Desus
hatiku.Tak ada orang lain ke?Kenapa lah adengan semuanya berlaku bila aku
dengan Nick sahaja?Cuba lah dengan Lee Min Ho ke, Kim Bum ke,Hyun Bin ke,kan
syok peluk mereka tu.Sempat lagi berangan perempuan ni.Hehehe.
Nick
juga sepertiku, terkejut kot.Nampak ekspressi dimukanya yang jelas.Walaupun
sudah ditolak badannya tadi,tangan masih belum melepaskan diriku sepenuhnya.
Ish,ni yang geram ni.Dia tak nak lepas pulak. Ni dah kes ambik kesempatan!
Pada
masa yang sama, air pancut di kolam buatan tersebut memancut dengan derasnya.
Kami berdua sama-sama menoleh di sebelah, melihat air pancut di kolam tersebut
sudah mula berfungsi.Aik?Tadi tak pula mereka ni nak bukak air pancut
ni.Sekarang timing yang betul pula dengan adengan yang terjadi macam ini.Air
pancut tu nak buat cerita ni nampak macam romantik pula.Sempat lagi aku
membebel dalam hati.
Ketika
air pancut tersebut memancut lagi, terdengar suara seorang perempuan menjerit,
sama kuat dengan bunyi air pancut yang deras tersebut.Dan ketika itu juga lah
Nick seperti tersedar,makin ditariknya rapat badan ini.Aku tercengang-cengang
dibuatnya.Tak dapat nak buat apa.Lelaki ni kuat sangat.Mak aih,macam tak
bernafas pula aku dibuatnya.Lalu aku berbisik kepadanya,
“Awak
buat apa ni?”Geram dengan perbuatan dia yang aku kira tidak senonoh itu.
“Remember,you
owe me.”jawabnya pula.Terkedu aku dibuatnya.
“Nick!Awak
buat apa dengan perempuan tu?!” Dan ketika itu aku yang tadi berusaha untuk
melepaskan diri,akhirnya dilepaskan juga.Tetapi, dia tetap tidak melepaskan
diriku sepenuhnya.Tangannya dialih pula dengan memegang bahuku.Apa lagi yang
nak dibuat si Nick ni?!
“Yes,as
you seen it.Awak pun tahu kan apa yang kami buat ni.”Aku ingin melarikan diri
daripada mereka.Tidak mahu menyampuk dalam pergaduhan kedua-dua pasangan kekasih
ini. Girl friend yang ke berapa, aku pun tak tahulah. Mungkin dah yang ke 1000
kot.Ish! Hentam sajalah labu.Seraya itu, tangan Nick dialih pula ke bahuku. Dia
sudah kuat mencengkam bahuku ini.Heish!Memang tak nak suruh aku lari lah ni.
Tersenyum-senyum kat sebelah. Nanti aku bagi sekali, monyok sedepa baru padan
muka!
“Nick!Sampai
hati you!You nak perempuan macam ni?Perempuan macam minah kampung ni?”Hui…Ni
yang aku tak tahan ni.Adakah patut dia cakap aku ni minah kampung,kira aku ni
tak ada standard lah kalau digandingkan dengan Nick.Alah,dia tu,aku tengok lagi
teruk dari minah kampung.Macam pelacur je aku tengok.Pakai baju macam tak ada
baju.Bogel!Ketat nak mampus!Seksi habis!Aku mengetap gigiku, kegeraman. Mata
aku ni dah berapi, nak telan je aku rasa perempuan kat depan ni. My eyes on
fire beb!
“If
I say yes?” soal Nick.Jadi aku ni dipergunakan lah?Tahu sangat dengan perangai
kasanova lelaki di sebelah ini.Ini pasti nak break up lagi.Tak habis-habis
lelaki seekor ni.Dasar Mat Gajah Gatal!
“Nick,
I can’t believe this.This is nonsense!I ask you again.You pilih dia or I?”Senyap
seketika. Orang cakap malaikat tengah lalu kalau tiba-tiba senyap. Habislah,
malaikat tu dah catit dosa aku ni. Haddoii…Ya Allah, aku ni mangsa, maafkanlah
hambaMu ini.
“Dia!”
pantas Nick menjawab.Terbeliak mataku apabila mendengar pilihan Nick.Dia pilih
aku daripada perempuan yang aku kira memang cantik juga ni?Lelaki ini sewel ke
apa? Otak dah mereng kot sebab dah syok sangat tengok perempuan seksi, terdedah
sini sana. Jadi otak dia dah tak betul, sebab tu pilih aku ek?
“Yes,I
will choose her, rather than you.”Tidak semena-mena, perempuan di depan kami
ini menjerit sekuat hatinya.Terkejut aku mendengar suara perempuan
tersebut.Hampir seluruh dunia boleh dengar jeritannya ni.Haddoi!Macam hiperbola
pula.
“I
hate you Nick!I hate you!”
“My
pleasure.” Mak aih..memang mamat romeo betul lah lelaki ini.Tak ada rasa
kasihan langsung. Selepas itu, perempuan itu beredar dari situ. Aku yang
tercengang-cengang melihat adengan tadi dan secara tidak langsung terlibat
sama,terus cuba melepaskan diri daripada pautan Nick.
Berhasil
memboloskan diri, aku memandang dirinya.Aku merenung mata Nick dengan renungan
yang tajam,ingin menunjukkan yang aku geram dan marah bila dia mengambil
kesempatan terhadapku.
“Dah
puas?Dah puas gunakan saya?”
“Oh,yeah,thanks
ye.” Terkedu seketika dengan jawapan Nick lalu aku mengukirkan senyuman.
“Oh,my
pleasure.But I think you need something too.”Ucapku.
“What
is it?”Soalnya.
“This!”
Lalu kakinya dipijakku dengan sekuat hati.
“Awwwww!!!”Menjerit
juga mamat romeo ni.Sama kuatnya dengan jeritan daripada ‘bekas kekasih’ nya
tadi. Padan muka!Semente lah aku guna kasut bertumit tinggi hari ini. Memang
mamat romeo betul dia ni.Nah,rasakan! Aku berlalu dari situ dengan rasa bengang
dan puas hati.
Di dalam ruang tamu yang besar,luas dan
elegen. Nick mengaduh kesakitan.Menjerit-jerit macam monyet pula.
“Kau
ni tak habis-habis lagi ke?Suka cari pasal.Entah minah mana yang bagi ‘flying
kick’ kat kau.
“Bukan
‘flying kick’ lah! Dia step aku guna kasut dia, dah lah high heels.Memanglah
sakit.”
“High
heels berapa inci dia pakai?”
“Emmm…kira-kira
2 inci kot.”
“Alah,setakat
2 inci je kot.Tu pun kau dah terlolong macam orang nak beranak aku dengar.”
Haris menolong Nick meletakkan sedikit krim di atas kakinya.
“Aww
aww…Lembut-lembut lah beb!” lalu Haris menjawab, “heish!Banyak songeh betul
mamat sorang ni.Kau nak lembut-lembut, kau suruh lah mana-mana girlfriend kau
tolong sapukan.Tak payahlah panggil aku datang sini semata-mata nak tolong
sapukan untuk kau!”
“Alah,aku
nak bermanja dengan kau pun tak boleh ke?” soal Nick pula sambil tersengih.
“Eeee…geli
aku.Kau tu kan ada banyak gf,ni kau nak bermanja dengan aku pula?Dengan lelaki
pula tu?!Aik, takkan dah bosan dengan perempuan kot? Gay!!”Tercetus juga ketawa
Nick bila mendengar gurauan dari sahabatnya.
“Thanks
bro. Eh, lepas ni kau nak pergi mana? Lepaklah dulu kat rumah aku ni.”
“Malas
aku nak layan kau.Berdua-duaan dengan kau pula tu.Eeee….Naik bulu roma
aku.Kawan aku dah cari spesis lain dah.” Lalu Nick menepuk buntut Haris apabila
Haris sudah berdiri.
“Woi!!Agak-agak
lah!Aku straight okay!Faham sikit kat kawan kau yang sorang ni.Aku masih nak
jadi ‘virgin’ lagi tau.”
“Kau
ingat aku nak rogol kau ke? Bangang!Dah pergi blahlah.” Nick masih ketawa
melihat gelagat sahabatnya.
Setelah
melambai Haris di depan pintu rumahnya,pintu tersebut dikuncinya.Nick beredar
ke ruang tamu kembali dan duduk di sofa.Dengan perlahan-lahan,dia meluruskan
kakinya dan menyandarkan badannya pada bantal.
Suasana
di dalam ruang tamu itu senyap sepi.Nick melihat sekelilingnya, dan teringat
tentang kejadian yang berlaku tadi. Terukir senyuman pada lelaki yang mempunyai
darah mat salleh ini.
“Peliklah
perempuan tu. Adakah patut dia bagi ‘love kick’ kat aku. Tak pula dia bagi
‘love bite’ kat aku masa tengah peluk tadi” Sempat juga memikirkan benda-benda
yang tak senonoh.Nick memandang kesan lebam pada kakinya setelah dipijak Risya
tadi.
Baginya,
susah benar ingin memikat hati perempuan sebegitu.Memang sesuatu yang lain
daripada lain. Persis Azura!
Azura?
Teringat ketika zaman persekolahan.Perempuan yang bernama Azura itulah menjadi
pujaan hati.Namun, cinta yang baru mula berputik sudah ditolak mentah-mentah.
“Aku
yang kau nak?!Tolong sedar diri tu ye? Kau tu dahlah mamat nerd! “Terimbau
kembali ketika Nick inging melamar Azura sebagai teman wanitanya.Pada waktu
itu, mereka masih berumur 15 tahun.
Mendengar
kata-kata Azura tadi, terguris sedikit hatinya.
“Aku
tak nak bersama lelaki macam kau.Maaf ya,aku dah ada orang lain.Orang lain yang
nampak lebih bergaya dari kau!Yang lebih sesuai dengan aku. Kalau nak
digandingkan dengan kau,macam langit dengan bumi, kau tau tak?”
Azura
tidak menerima Nick kerana diri Nick yang dikira macam budak ‘nerd’ itu.Tidak
sesuai dengan dirinya yang cantik dan lebih bergaya.Sombong betul minah sorang
ni. Pentingkan rupa daripada hati seseorang.
Azura
memandang Nick dengan pandangan menyampah.
“Eh,kau
dengar baik-baik ya budak nerd!Kau jangan nak berangan-angan jadi bf aku.Kau
tak layak dan tak akan menjadi pilihan hati aku!Dan kalau boleh,aku tak nak
nampak batang hidung kau pun.Kau faham!”
Azura
yang sering dipuja-pujanya di dalam hati, sekarang sudah di hina-hinanya.Sampai
hati kau perempuan!Bentak hatinya.
Sebelum
itu, Nick sering memandang Azura dari jauh.Baik pekerti perempuan
itu.Lemah-lembut orangnya.Pernah sekali,Azura di pikat lelaki lain tetapi
ditolak secara baik.Selama 2 tahunlah Nick memendam perasaan dan hanya
memerhatikan Azura dari jauh.
Azura
bagaikan burung merpati.Apabila diberi makanan, burung tersebut pasti
datang.Namun, apabila didekati, ianya pasti terbang.Itulah tanggapan Nick
terhadap Azura.Tetapi sekarang tidak lagi.Di sumpah seranahnya perempuan yang
berada di depan matanya apabila sudah tahu sikap sebenar perempuan yang bernama
Azura ini.Benci!
Disebabkan
kejadian itulah dia berubah.Daripada budak ‘nerd’, Nick menjadi kasanova yang
‘hot’! Nick tidak mahu tunduk pada mana-mana gadis hatta menyukai seorang
perempuan dengan serius pun. Semua hanya dipermainkan sahaja. Selepas kejadian
itu, Nick terus berpindah ke US dan menetap di sana.Ditinggalnya bumi
Malaysia.Hatinya yang sakit dibawa pergi dan dia menjalankan kehidupan yang
baru bersama arwah mummynya.
Dalam
pada itu, ada masa dia balik ke Malaysia bersama arwah mummynya untuk melawat
keluarga di sini. Tetapi disebabkan terlalu terpengaruh dengan kehidupan di US,
sikap playboynya menjadi-jadi.Dalam hati, dia nekad tidak mahu tunduk pada
manusia yang bernama perempuan. Tetapi tidak pula pada perempuan yang bernama Risya
ini.Dia baru mengenali budak mentah itu, tetapi pasti ada yang menarik hatinya.
Segala
tentang Risya memang lain benar berbanding perempuan lain.Malah berbeza
daripada Azura! Kini Risya sering hadir dalam mimpinya.Apabila dia bekerja di
pejabat, muka Risyalah yang sering diingatnya.
Pernah
sekali dia tersalah tegur, di mana, dia melihat setiausahanya bagai melihat
Risya di depan mata. Merah padam mukanya apabila tersilap menegur orang. Apa
kena dengan dia ya?
Nick
hanya menggeleng-geleng kepala, lalu diambil nya telefon bimbit di atas meja.
Nick menekan-nekan skrin telefon dan ingin melihat gambar. Tertera wajah Risya
yang tengah ketawa bersama mak cik-mak cik ditaman. Lama Nick merenung gambar
tersebut.
‘Hai…Cik
adik dah buat apa pada ‘pak cik’ ni?’ gumamnya. Telefon bimbit ditangan diletak
pula pada dada.Berdegup-degup jantungnya.Semenjak dua menjak ini, hanya Risya
sering berada dalam fikirannya.
‘Aku
sudah tersungkur pada gadis yang bernama Risya ini ke?’ soal Nick dalam hati
sambil memejamkan matanya membayangkan rupa Risya yang comel seperti
keanak-anakkan itu.
Ramai
perempuan yang sudah ditemunya. Macam-macam ragam dan kerenah yang terpaksa
dilayannya. Tidak kiralah dengan gadis yang selalu menggedik ke,yang sudah
matang ke, semuanya sama sahaja.Tetapi tidak Risya. Risya lain daripada mereka.
Sesuatu yang berlainan tentang dia.
Semua
kenangan bersama Risya dikenang semula. Dari pertemuan pertama sehinggalah
pertemuan secara tidak sengaja di KLCC tadi.Adakah semua itu satu kebetulan
atau takdir?
No comments:
Post a Comment