Monday, May 7, 2012

Penawar Rindu Buat Pembaca Penyelamat Cinta (PC) Part 3


Penyelamat Cinta special

Sedutan buat penawar rindu.

Sedutan semasa Epul dan Miza nak kahwin.

Peluh sudah mula merenik membasahi dahinya. Dia membetulkan baju Melayu putih krim yang melekat di tubuh tanpa henti. Haji Mukhri memerhati perbuatan Saifullizan dari tadi.
"Epul, kenapa asyik betulkan baju tu. Dah okey dah tu. Tak payah nak dibetulkan lagi. Sudah-sudahlah tu. Kamu tengah gemuruh ke?"
"Tak, tok. Cuma, baju ni macam ketat je kat badan."
"Ketat? Atuk tengok nampak baik je di badan kamu tu. Atuk rasa atuk tahu kenapa kamu jadi tak tentu ni." Saifullizan menelan liur perlahan. Dia cuba berdalih tidak mahu mengiyakan kata atuknya itu.
"Atuk pun pernah muda dulu. Atuk pun pernah merasa jadi raja sehari ni. Dah memang macam tulah kebiasaannya lelaki bila nak jadi suami orang. Hai...atuk tak sangka, bukan main lagi kamu menolak hajat atuk ni. Tengok-tengok kamu yang terlebih excited pulak ye?" Sindir Haji Mukhri pada cucunya. Saifullizan mencebik. Dia tahu dirinya disindir. Mana tidaknya, dia menerima Karmiza pun gara-gara diugut oleh atuknya.
Dia masih menanti di ruang tengah ruang tamu rumah banglonya. Ramai yang sudah duduk keliling mereka. Menunggu saat ketibaan pengantin perempuan.
Dengan perlahan, Karmiza duduk bersimpuh di atas bantal kecil yang telah disediakan. Dia tunduk malu. Dadanya berdebar saat dirinya yang bakal menjadi isteri orang.
Saifullizan berjabat tangan dengan tok kadi. Lelaki tua di depannya berkalih memandang Karmiza yang masih menunduk.
"Pengantin perempuan, will you marry this guy?" Seloroh tok kadi itu dengan loghat bahasa Inggerisnya. Makin gamat ruang tengah itu bila mendengar jenaka dari tok kadi. Saifullizan menjeling ke arah Karmiza. Karmiza panggung kepala. Saifullizan tergamam saat memandang wajah Karmiza. Jantungnya bagai terhenti saat memandang wajah bakal isterinya itu.
"Mestilah saya nak kahwin, tok kadi!" Jawab Karmiza tanpa segan. Makin riuh rumah banglo tersebut dengan jawapan lagak ngeri daripada Karmiza. Karmiza tersengih dan menekur ke lantai semula. Mukanya mula membahang panas. Malu! Sebaik mendengar kata-kata Karmiza tadi, sudah lama wajah Saifullizan kemerah-merahan. Dia jadi kelu mendengar jawapan lagak berani bakal isterinya itu.
Di saat lafaz akad nikad disebut, Saifullizan tergagap seketika.
"Oh, tak sah lafaznya. Sekali lagi."
"Erk..Baiklah..." Sekali lagi Saifullizan melafazkan akad nikah, namun masih belum sah lafaz akadnya. Terdengar bunyi keluhan dari bibir Karmiza. Mata Karmiza juga sudah mencerlung memandang Saifullizan.
'Amboi! Mata tu, kalau boleh nak dibulatkan lagi walaupun dah sedia bulat. Ish! Tak menyabar punya bini!' Rungut Saifullizan.
Bila Saifullizan bertambah yakin, akhirnya barulah dia berhasil melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz. Bukan sekali, dah banyak kali dah pun.
Kamera mula memancar ke arah mereka. Ingin menangkap momen bahagia bagi pasangan yang baru sahaja bergelar suami isteri.
"Erm...Encik Saifullizan, rapat sikit dengan isteri awak tu. Takkan nak malu-malu lagi. Dah sah pun!" Jurugambar menyakat kedua-dua pasangan itu. Saifullizan berdeham dan menjeling pada jurugambar perempuan yang asyik menyakat mereka dari tadi. Dengan rasa terpaksa, dia memegang tangan Karmiza dan Karmiza menunduk mencium tangannya. Tiba-tiba hatinya rasa tersentuh dengan kucupan lembut dari bibir Karmiza di tangannya. Ada sesuatu perasaan aneh mengetuk hatinya. Dia terkesima.
"Eh, takkan tu je Encik Saifullizan. Bagilah, kiss kat forehead isteri awak tu."
"Erk.."
Tanpa teragak-agak, Karmiza menarik tangan Saifullizan dan menghadiahkan satu ciuman lembut di pipi Saifullizan. Karmiza tersenyum lebar.
"Awak ni lambat sangatlah! Tengok tu, diorang asyik menyakat kita dari tadi? Awak nak ke kena sindir dengan kakak jurugambar tu?" Bisik Karmiza di telinga. Saifullizan terpempan.
"Hah! Tu, pose tu. Jangan bergerak. Awak berdua kena pandang satu sama lain. Lepas tu, shot tadi, tak sempat nak ambik. Wah! Daring benar cik Karmiza ni ye? Eh! Bukan, Puan Karmiza," Karmiza hanya tersenyum kecil. Matanya berpadu ke mata Saifullizan. Dia mendekatkan wajahnya pada Saifullizan.
"Terima kasih kerana menjadi penyelamat saya tempoh hari. Kalau tidak, mungkin saya tak jadi isteri awak dah sekarang. Mungkin dah jadi arwah barangkali," tutur Karmiza perlahan. Berubah terus wajah Saifullizan mendengar kata-kata Karmiza.
'Aku, penyelamat? Aku nak bunuh kau, kau tahu tak!?' desis hatinya. Entah kenapa, dia rasa terbeban dan hatinya menjadi tak tenang saat mendengar luahan dari Karmiza tadi. Dia rasa bersalah yang teramat bila perkataan penyelamat itu disebut oleh Karmiza.
Saifullizan terasa pinggangnya dipeluk. Saifullizan menunduk sedikit dan tergamam saat matanya memandang tepat pada wajah Karmiza yang begitu dekat dengannya. Tangan gadis itu erat memeluk pinggangnya. Dia jadi gugup.
"Terpaksalah kita jadi mangsa diorang ni. Tapi, tak apa. Saya suka kena gambar. Lebih-lebih lagi dengan awak." Ucap Karmiza dan sempat dia mengenyitkan mata pada suaminya. Saifullizan menjadi tak keruan dibuatnya. Terasa pipinya mahu meletup dek rasa malu bila diusik oleh Karmiza.

8 comments:

  1. Karmiza pulak yg buat mcm tu bknnya Saifullizan. Suka3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...Kan? Karmiza ni mmg nkal jgak org nyerr.. hehe...

      Delete
  2. Alahai Saifullizan pulak yang malu2..#^_^.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... die kn kuat blushing? hehe... ^-^

      Delete
  3. aik? bukan diorang dah kawin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. YANA...mmg diorg da kawen..ni special part...part imbas smula...hehe...tp part2 ni sume,mmg xde dlm mna2 bab yg sy da postkn...so ni kra special part la...khas wat pngubat rndu.. ^-^

      Delete
  4. HAHAHA apalah tok kadi tu... boleh pulk dia bt lawak antarabangsa time2 orng tengh gemuruh tuh. Karmiza, like you lah!! Hehe spotting giler Karmiza. tanpa segan silu dia pi cium pipi dn peluk pinggang Epul depn2 orng ramai. Pergh! tabik spring kat Karmiza. Kalau sy tu dah tang-tang muka tebal 10 inci. Kuikui bajet ayu gitu. ;P

    Epul pun sweetlah. shy-shy cat pulk Epul ni. Hehe comel ! >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ainaa Azlan...Hehehe...mmg ada tok kadi cm tu..saja nk usik2 bkal pngantin..haha..dah tu, Karmiza mmg bwat slamba je..Hehe..Epul mcm bese, ego je lbh tp tergugat gak ble Miza wat cm tu...hehehe.. ;)

      Delete