Monday, May 7, 2012

Penawar Rindu Buat Pembaca Penyelamat Cinta (PC) Part 2





Sedutan buat penawar rindu...
Adengan lepas kaki Saifullizan kena kaca masa Gedeng cuba membunuh Karmiza dan Saifullizan kat site.

Saifullizan berjalan terjengket-jengket.
"Awak nak saya papahl tak ni?"
"Tak payah!" Saifullizan menepis tangan Karmiza yang belum sempat mendarat memegang bahunya. Karmiza tersentak. Dia terdiam memandang Saifullizan yang beredar meninggalkannya di belakang. Karmiza mencebik.
'Hmph! Ego! Tak apa, nanti kita tengok siapa yang merengek minta tolong!' bisik Karmiza di dalam hati.
Belum pun kakinya melangkah ingin mendaki tangga, jeritan kuat dari tingkat atas mengejutkannya. Lantas, laju kakinya mendaki tangga dan menolak daun pintu bilik. Karmiza melopong sebaik melihat apa yang terjadi di depan matanya.
Saifullizan terduduk di atas lantai dan mengerang kesakitan sambil tangannya memegang ibu jari kaki yang mula berdarah kembali.
"Apa dah jadi ni?" Soal Karmiza cemas. Karmiza mendekati suaminya. Berkerut dahi lelaki itu menahan rasa sakit.
"Kaki aku tersepak kaki katil. Tengok-tengok dah berdarah semula."
"Tulah...Orang nak tolong tak mahu. Ni tengok apa dah jadi? Hah! Nak sangat ikutkan keras kepala dia tu. Padan muka!"
"Amboi! Kau sedar tak kau bercakap dengan siapa sekarang?"
"Sedarlah! Lainlah orang tu..tak sedar diri tu sakit, masih lagi tak sedarkan diri. Dah tu, main tepis-tepis tangan orang pulak tu. Orang adh cukup baik nak tolong dia, dia pi main sep sep tangan."
"Sep sep tangan?"
"Awak tak pernah main ke sep sep tangan ni? Alah..permainan masa kecik-kecik dulu tu. Sep sep sep, sep atas sep bawah...Sep satu dua tiga, sep golong-golong tangan!" Ujar Karmiza siap bagi tunjuk cara nak main sekali. Saifullizan menggeleng dan menjeling ke atas.
"Kau ingat aku ni budak kecik ke? Siap tunjuk kat aku cam mana nak main lagi tu."
"Dah awak tak pernah main, tak tahu main permainan ni. Saya tunjuklah kat awak!"
"Aku tengah sakit sekarang ni, kau boleh main-main lagi?"
"Saya nak tolong awaklah ni..."
"Tak payahlah. Sibuk je dengan permainan kanak-kanak dia tu!" Saifullizan ingin mengangkat punggungnya. Namun begitu, dia tergamam saat Karmiza menarik dan memeluk pinggangnya membantu dia berdiri. Dipapahnya Saifullizan ke atas katil dan dia menuju ke almari ingin mengambil kotak kecemasan. Ditangannya ada kapas dan juga ubat antiseptik serta bandage ingin menutup luka yang berdarah kembali itu. Saifullizan membiarkan sahaja Karmiza meletakkan ubat pada ibu jari kakinya. Ada masanya dia mendecit kerana tidak tahan rasa sakit dek terkena kapas. Karmiza menyapu ubat dengan penuh cermat sekali. Dalam diam-diam, Saifullizan mencuri pandang isterinya. Tiba-tiba, mindanya terfikir ingin membuli Karmiza. Setelah siap dipasangkan bandage, Saifullizan menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Dia tiba-tiba merengek.
"Aduh! Sakitnya kaki ni. Rasa cam nak patah pulak. Yelah, kita dah selamatkan orang tu dari terkena batang besi tadi. Alih-alih, badan ni yang rasa sakit-sakit sengal-sengal."
"Badan awak yang sengal ke, awak yang memang sengal?"
Dush! Terkena sebijik. Saifullizan mengetap bibir bila isterinya mengenakannya kembali.
"Kau nak tolong aku ke tak nak?"
"Awak nak saya tolong apa?"
"Picit kaki aku ni. Rasa macam nak patah dah ni." Karmiza mencebik. Perlahan-lahan, dia meletakkan tangannya ke kaki Saifullizan dan mula memicit. Saifullizan tersengih bila idea mengenakan isterinya menjadi.
Terasa sedap pula diurut sebegitu. Saifullizan menutup mata mahu berehat.
"Jangan berani kau berhenti selagi aku tak suruh kau berhenti mengurut."
"Hah?"
"Ini arahan aku. Jadi, selagi aku tak suruh kau berhenti mengurut, selagi tulah kau tak boleh berhenti. Kalau tidak, siaplah kau." Karmiza membuntangkan matanya dan bibirnya sudah muncung macam itik. Saifullizan kembali menutup mata dan tersenyum lebar.
Walaupun dibuli sebegitu, Karmiza tetap rasa bahagia. Dia tetap mengurut kaki suaminya sehinggalah matanya terasa berat. Urutan sudah semakin perlahan dan matanya sekejap-kejap tertutup. Bila kepala sudah tersengguk-sengguk, Karmiza menggeleng dan meneruskan urutan. Dia akur akan arahan suaminya. Dia cuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri daripada tertidur. Tetapi, apakan daya. Dia juga penat mengikut Saifullizan ke pejabat dan site. Akhirnya, kepala Karmiza terbaring di paha Saifullizan. Langsung, dia tidak sedar pun kepalanya sudah mendarat di atas peha suaminya itu. Lena benar tidurnya kerana terlalu penat. Saifullizan terkejut bila merasakan satu objek jatuh ke atas pehanya secara mengejut. Matanya pantas terbuka dan dilihatnya kepala Karmiza yang sudah terbaring di situ. Tangannya mahu menolak bahu gadis itu, namun terhenti saat matanya jatuh pada wajah tenang Karmiza. Dia terleka sebentar melihat wajah comel yang nyenyak tidur di atas pehanya itu. Lalu, dibiarkan saja Karmiza begitu. Tidak sampai hati pula ingin mengejutkan gadis itu. Akhirnya, Saifullizan turut sama tertidur ditemani Karmiza yang baring di atas pehanya.

4 comments:

  1. hye.. fyka ^_^
    hehehe.. p'yelamt cinta blm da n3 lg kha??
    xsbar ne nak tahu pa jd dgn karmiza n saifullizam.. plesss cepat larh smbung... (^_~)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...Saifullizam? Hehe...Saifullizan...hua3~~...Sorry ye lmbt skt..Sbb test sy blm stat lgi..So, sy ltak sdutan skt2 je ni..Smbngn tu, kne tggu hbs test brula sy post n3 bru..Sorry tau... hrp brsabar.. ^-^

      Delete
  2. hai kak Fyka,
    hehehe..best lah n3 ni..
    cian kat karmiza..
    saifullizam ni cam garang jer..
    tpi tgk muke isteri comel, lembut terus hati dia..
    sweet ar kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik...Saifullizan la..hehe...Saifullizan tu ego..tp die akn cpat lmah dgn Karmiza..hehe... thanx.. :D

      Delete