Friday, October 28, 2011

Cinta yang tiada kepastiannya Chap 12

28 OCT 2011

Bab 12


Sebelum masa beralih memasuki hari yang baru, aku sudah berfikir semasak-masaknya. Aku sudah membuat keputusan. Aku harus memberitahu perkara sebenar kepada dirinya.Aku pasti! Pasti untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati ini. Aku sudah tidak mempedulikan kesan daripada tindakan yang akan aku buat nanti. Lantaklah! Asalkan aku lega dan semuanya sudah diluahkan, hati ini pasti akan tenang.

“Dah sampai pun.” Iz sudah memberhentikan keretanya di depan rumah flatku. Aku masih berdiam diri. Berdebar hati ini apabila memikirkan keputusan yang akan aku buat ini. Ya Allah, kuatkan hati ini untuk melakukannya.

“Risya, ada apa-apa yang kau nak cakap ke? Macam tak nak turun je dari kereta aku.” Aku memandang dirinya disebelah.

“Iz, ada sesuatu yang aku nak bagitahu kat kau.”

“Apa dia?Cakap je lah.”Dia masih tenang disebelah, namun aku pula sebaliknya.Dup dap dup dap! Tak tahan! Jantungku berdegup dengan pantas. Nak cakap ke tak ya?

“Aku memang nak bagitahu kau sesuatu, tapi…tapi, entahlah.Benda ni susah untuk aku bagitahu.”

“Laaa…cakap jelah.Apa dia? Kalau tak nak cakap, tak pe lah. Pergilah balik.”Aik? Macam menghalau je lelaki ni.

“Tapi aku nak cakap jugak!”Tegasku.

“Haaa…cakap je lah. Apa dia? Terus-terang je.” Aku menelan air liurku apabila dia memberitahuku begitu.

“Okey, fine. Tapi, aku akan bagitahu benda ni, bila dah pukul 12 nanti.” Aku memandang jam di dashboard. Iz juga turut memandang dashboard.

“Okey, ni tinggal 4 minit lagi.”

“Tapi, kalau kau rasa tak nak tunggu. Tak apalah. Aku tak perlu bagitahu.”Dalihku pula.

“Tadi, nak sangat bagitahu aku sesuatu. Tak apa, aku tunggu. Ni dah tinggal 3 minit.” Gelisah aku melihat jam. Alamak! Betulkah tindakan aku ni? Diri ini sudah mula berpeluh, sementelah Iz sudah memberhentikan enjin kereta dan membuka pintu. Mungkin nak save minyak kot.

“Eh, tak apalah. Tak perlulah.Kesian pula aku tengok kau kena tunggu.” Aku masih belum pasti lagi sebenarnya. Hangat-hangat tahi ayam je, ingat nak luahkan perasaan kat dia.

“Okey, so, bye-bye.” Ucapnya pula. Hish! Lelaki ini boleh pula cakap macam tu. Sampai hati!

“Tapi, aku rasa, aku tunggu je lah. Aku tetap nak bagitahu juga.” Iz sudah mengangkat keningnya dan memandangku hairan. Rasa-rasanya mesti dia menganggap aku ni pelik. Memang pun. Tadi macam yek ye ee je nak bagitahu, lepas tu cakap tak perlu cakap,lepas tu lain pula jadinya. Pelik betul aku ni kan?

Aku berasa sangat gelisah apabila melihat jam yang sudah hampir pukul 12 tengah malam itu. Tanda pertukaran hari ke hari yang bertarikh, 5.5.2005! Aku membuka pintu kereta dan bergerak ke luar. Aku mundar mandir di depan longkang kecil di depan kereta Iz. Macam kucing hilang anak je!

Iz cuma memerhatikan diriku dari dalam kereta. Dalam otakku masih ligat memikirkan cara untuk memulakan sesi luahan hatiku nanti. Macam-macam ayat yang aku reka dan aku bercakap seorang diri. Aku ni macam orang gila pun ada. Hish! Nauzubillah.

“Dah pukul 12 dah!” ucap Iz setelah beberapa minit sudah berlalu. Tersentak mendegar kata-katanya, lalu aku mendekati pintu keretanya. Aku memegang pintu kereta tersebut, Iz memandangku sambil tersenyum selamba.

“Hah, cakaplah.Apa dia?”

“Ermmm…kau baliklah. Sebenarnya aku nak cakap, terima kasih je tadi.” Aku masih berdalih, masih tidak mahu memberitahu perkara sebenar. Apalah bengap sangat aku ni!

“Tu je? Dah tak ada benda lain lagi nak cakap?”

“Tak.”

“Betul ni?” soalnya.

“Ha’ah.Tu je lah.”

“Okey, sama-sama, nak balik ni, bye.” Dia menarik pintu kereta dengan perlahan. Belum sempat pintu kereta Iz tutup, aku menghalangnya.

“Tak,sebenarnya…ermmm…sebenarnya, memang ada benda yang aku nak bagitahu.” Iz menunggu dengan sabar. Terdengar juga keluhan kecil darinya.Aduh! Cakap je lah Risya.

“Apa dia? Aku tunggu ni. Dari tadi aku tunggu. Kalau kau tak nak cakap, aku balik je lah. Kalau tak, baik cakap.” Dia nampak seperti sudah tidak tahan dengan permainanku ini.

Okey, dengan ucapan bismillah, aku duduk mencangkungkan dan menghadapnya. Macam melutut pula aku ni. Macam orang nak melamar pun ada.Aku memandang ke atas dan dengan tak malunya aku bersuara.

“ Sebenarnya, benda yang aku nak bagitahu ni, mungkin buat kau terkejut. Aku… Aku suka kau.” Hah! Aku dah luahkan. Akhirnya, terlepas sudah beban. Lega rasanya apabila sudah meluahkan segala apa yang terbuku dihati ini.

Iz terkedu mendengar luahan hati dari mulutku. Tetapi, Iz mengawal dirinya. Dia tenang sahaja mendengar ucapan ku tadi. Walaupun, dari pandanganku, nampak jelas Iz terkejut mendengar luahanku tapi, dia tetap buat-buat ‘cool’. Iz hanya berdiam diri.

“Jadi….tu je lah yang aku nak cakap.”sambungku lagi.

“Tu je kan?” Iz seperti malu-malu pula.

“Yup, tu je. So…”

“So, bye…” ucapnya pula. Aik? Tu je respon dia? Tak nak cakap apa-apa ke lelaki ini? Tak kan cakap bye je kot?

“Bye je?” tanyaku tak puas hati.

“Haaa…tu je lah. Bye, Risya.” Iz menarik pintu kereta.

“Betul tak nak cakap apa-apa?” Aku sempat menghalang pintu kereta Iz dari ditutup.

“Nak cakap apa lagi?”

“Betul tu je ke?”masih tidak berpuas hati.

“Ermmm…terima kasih, assalamualaikum.” Iz seperti malu untuk memandang mukaku ini. Aku pula yang terhegeh-hegeh ingin tahu responnya. Tidak tahu respon apa yang aku inginkan darinya tetapi aku tetap masih tidak berpuas hati.

Tahu diri ini seperti memaksanya pula, jadi aku melepaskan tanganku dari menghalang pintu keretanya.

“Okey, bye, waalaikummussalam. Take care, bawa kereta elok-elok.” Iz mengangguk dan aku melambai dirinya dari luar. Begitulah cara aku meluahkan perasaan kepada Iz. Memori itu sempat hadir dalam mimpiku. Dalam mataku terpejam, air mata tetap mengalir menggelongsori pipi.

“Apa yang korang dah buat hah?!” Aku terdengar suara seseorang yang mengamuk. Terdengar juga bunyi orang mengetuk-ngetuk sesuatu. Suara itu seperti pernah didengar. Aku cam suara ini. Macam suara…

Aku terus membuka mata. Sempat aku menyeka air mata yang sudah mengalir tadi.Terasa sesuatu yang berat menghempap kepalaku. Aku membiarkan sahaja. Masih mamai. Masih tidak pasti di mana aku berada. Mataku meliar memandang sekeliling. Dalam beberapa minit kemudian, segala peristiwa yang berlaku malam tadi diingat kembali. Alamak!

Aku memandang ke bawah dan aku melihat kaki seseorang melunjur ke depan yang berada disebelahku. Hah! Barulah aku sedar, kepalaku seperti terlentok dibahu seseorang. Bahu Nick! Jadi kepala yang menghempap kepalaku ialah… Kepala Nick! Lalu cepat-cepat aku mengangkat kepalaku dari bahu Nick. Terkejut Nick dibuatnya. Mata Nick pun sudah terbuka dan nampak responnya yang sedikit terperanjat dikejut oleh reaksiku tadi.

Nick memandangku kembali. Kami sama-sama terkedu. Tiba-tiba terbit rasa malu apabila mengingatkan perkara yang berlaku tadi. Aku tertidur dibahunya malam tadi. Terasa panas muka ini menahan malu.

“Korang tak malu ke dengan perbuatan yang dah korang buat ni?” Terdengar suara seseorang yang menjerit dari luar. Tahu suara itu suara milik tok Idham lalu aku segera berdiri dan melihat keadaan diluar melalui tingkap.Begitu juga dengan Nick.

Aku pantas menuju ke pintu stor dan aku melihat tombol pintu yang sudah rosak dek kerana ditukul oleh seseorang dari luar. Tok tok tok. Orang di luar masih menukul tombol tersebut dan dalam beberapa minit kemudian tombol tersebut tertanggal. Habis berlubang pintu stor dan pintu tersebut ditolak dari luar. Terjengul kepala abang Jamal. Aku memandang Nick disebelah yang masih membisu.

“Korang berdua okey tak kat dalam bilik stor ini semalaman?” Abang Jamal tersenyum-senyum memandang kami berdua.

“Ke ada sesuatu yang dah berlaku malam tadi?” Sambungnya lagi. Hish! Abang Jamal ni pun satu, sama species dengan orang yang berada disebelah aku. Yellow brain!

“Abang Jamal jangan nak fikir yang bukan-bukan. Tengok kami berdua ni, elok je. Kami tak buat benda-benda pelik pun.” Aku masih menahan rasa malu. Memanglah, pasti sahaja ada yang memikirkan perkara yang tak betul bila hanya tinggal kami berdua sahaja yang berada di dalam stor ini. Syukurlah tak ada apa-apa yang berlaku. Cuma tadi, adengan lentok tu je lah yang aku tak suka. Kalau aku lentok kat bahu Lee Min Ho tak ape lah jugak. Ni, dengan lelaki bernama Nick, kena dua tiga kali nak fikir. Sempat lagi berangan.

Apabila keluar dari bilik stor tersebut, aku melihat Pak Mail,Pak Li, Pak Muthu dan Pak Ong tengah tunduk mendengar semburan tok Idham. Muka mereka berempat macam orang bersalah yang dah terkantoi pulak. Aik?Apa kes ni? Apa dah jadi sebenarnya.

“Sebab kamu 4 nilah, aku terpaksa menahan malu. Kamu tu bukannya budak lagi.Dah jadi atuk dah pun, dah ada cucu pun. Perangai tak ubah macam kanak-kanak Ribena.” Nick menahan gelaknya disebelah. Aku juga begitu. Tetapi kesian pula aku tengok orang-orang tua itu yang dikatakan macam kanak-kanak Ribena. Adakah patut tok Idham samakan mereka dengan kanak-kanak Ribena? Tak logik betul. Masing-masing hanya berdiam diri.

“Tok, apa sebenarnya dah jadi ni?” Mak Imah terus datang menerpaku. Mak Imah memelukku. Aik?Apa ke halnya ni? Ada pula adengan tangkap leleh ke? Aku duk dalam stor boleh buat orang lain tangkap leleh ke? Aku sudah terpinga-pinga tanpa tahu kejadian sebenar.Mak Imah merenggang pelukannya dan aku lihat matanya sudah berair. Haddoii…Apa dah jadi sebenarnya ni?

“Isha, kamu tak apa-apa kan? Syukurlah. Tak ada apa-apa yang berlaku malam tadi kan? Nick, kamu tak buat apa-apa kat Isha kan?” Nick pula ikut sama terpinga-pinga.

“Kenapa Mak Imah? Saya ada buat something ke kat Risya ni? Mak Imah tak pandang ke Risya yang elok je saya tengok sekarang. Mak Imah mesti fikir yang bukan-bukan kan?” Nick bersuara setelah lama berdiam diri. Ada pula dia cakap macam tu. Nak kena sekeh lelaki sorang ni. Aku menjelingnya dan dia hanya tersengih-sengih. Tahu apa yang telah terjadi tadi. Bangun-bangun je aku dah kena tangkap lentok kat dia. Ceh!Gatal!

“Kamu tu bukan boleh dipercaya sangat Nick!” Tumpuan tok Idham sudah beralih ke Nick pula. Hahaha…Siap lah kau kena sembur oleh tok Idham pula. Aku menyembunyikan senyumanku darinya.

“ Tapi itu tak bermakna aku lepaskan korang berempat ni. Ni, memang konco-konco yang suka buat masalah.” Ucap tok Idham sedikit keras.

“Tok, apa yang kecoh pagi-pagi ni tok? Saya dan Nick terkunci dalam stor dari malam tadi. Ni dah dapat keluar dari stor tu, dah kira bersyukurlah. Tak adalah sampai satu hari dalam stor tu. Lagipun salah kami juga,tak bawak kunci stor ni.Kalau tak, tak adanya terperangkap dalam stor semalaman.” Aku menerangkan perkara sebenar. Tiada kaitan pun dengan keempat-empat orang tua itu.

“Kamu tak tahu Isha. Kamu terperangkap dengan Nick dalam stor pun sebab kamu dah masuk perangkap mereka berempat ni.Kamu berdua dah diperangkapkan.” Berbelit-belit pula kata-kata tok Idham ni.Terperangkap, perangkap dan diperangkapkan. Haii…Aku ni bukan hebat sangat dalam bahasa Melayu ni. Pening-pening. Dah nama ratu blur, satu benda pun aku masih tak dapat tangkap apa yang dimaksudkan oleh tok Idham tadi. Muka blur dah terpampang kat muka aku ni siap ada tertulis ‘Aku ratu blur mana aku faham’ dekat dahi ini.

“Apa? Tak fahamlah tok.” Jawabku.

“Oh, faham-faham.” Nick pula yang menyampuk. Ek? Apa yang dia faham? Terkebil-kebil aku melihat muka orang sekelilingku.Apalah kau Risya, memang ratu blur tahap gaban betul!

“Syukurlah Isha tak apa-apa. Takut mak Imah dibuatnya. Lepas gotong-royong, mak Imah rasa penat sangat. Lepas solat malam tadi,mak Imah terus tidur tak tunggu Isha. Maafkan mak Imah Isha. Mak Imah tak tahu. Bangun-bangun je masa nak solat subuh, mak Imah tengok katil kat sebelah kosong. Cuma ada beg pakaian Isha dan telefon yang terletak kat atas katil. Mak Imah pun terkejut dan terus repot kat tok Idham.” Jelas mak Imah.

“Jadi, apa kaitannya pasal Isha dengan mereka berempat?” masih kurang jelas dengan situasi yang sebenar.

“Mereka nilah yang buat kamu tu terkunci dalam bilik stor dengan Nick ni. Mereka yang rancang. Kononnya nak buat kamu berdua tu berbaik-baik.Jadi, dikuncinya kamu berdua. Pintu stor tu dikunci dari luar. Mereka ingat nak kurung kamu berdua sekejap sahaja. Tengok-tengok, tukang mastermind tu tak ingat mana dia letak kunci stor tu. Malam tadi pun hujan lebat, mereka ni terus tinggalkan kamu berdua semalaman tanpa bagitahu kat tok. Nilah hasil kerja mereka ni.” Jadi, rupa-rupanya, pintu stor yang aku ingat tertutup disebabkan angin sebenarnya dikunci oleh konco-konco ini lah. Haddooiii…Memang bijak benar orang-orang tua ni. Mahu tergelak aku mendengar plan tak menjadi mereka berempat. Sebab nak suruh aku berbaik dengan Nick, kunci stor pun tak tahu letak kat mana lepas tu. Nasib baik ada yang tahu aku dan Nick terkurung kat dalam stor tu.Kalau tak, memang ada lah khazanah arkeologi dalam stor tu. Eh,melampaulah pula.Hihihi..

Sudah faham perkara sebenar, aku mengangguk-angguk. Aku memandang muka mereka berempat. Kesian pula dengan mereka ni. Tujuan mereka cuma nak tengok aku berbaik-baik dengan Nick. Tapi cara mereka tu salah.

“Sudah lah tok. Saya dengan Nick ni pun tak apa-apa. Kami berdua okey je ni. Janganlah risau. Biarkanlah mereka berempat. Lagipun, saya pun bersalah juga dalam hal ni. Saya sepatutnya tanya juga pasal kunci stor tu sebelum masuk stor. Lupakanlah tok. Isha tak kisah pun.” Tok Idham sudah mendengus.

“Kamu berempat patut berterima kasih kat Isha. Baik hatinya nak maafkan kamu semua. Kalau aku, mahu dilapor kat polis. Baru kamu tahu.” Mereka berempat sudah tertunduk-tunduk, ngeri melihat rupa tok Idham bila sudah naik angin. Aku hanya menggeleng-geleng sahaja. Tok Idham berlalu dari situ termasuk abang Jamal yang menjadi penonton setia drama babak terkunci dalam stor ini.

“Tak apalah, pak Mail, pak Li, pak Ong, pak Muthu, saya tak salahkan pak cik semua. Terima kasih sebab perihatin sangat tentang saya dengan Nick ni. Tapi, takut tok Idham mengamuk lagi,jadi baik jangan buat lagi tau.” Mereka seperti kanak-kanak pula aku tengok. Sedih bila kena sembur dengan tok Idham. Alahai…Aku tersenyum memandang mereka. Mereka hanya mengangguk dan membalas senyumanku.

“Maafkan kami ya Isha. Kami tak buat lagi.Jangan risau.” Ucap pak Li. Mereka berempat sudah beredar bersama mak Imah. Hanya tinggal aku dan Nick yang masih berdiri di depan stor tersebut.

“Ehemm….” Nick berdeham. Aku berpaling melihatnya.Tersenyum-senyum macam orang gila ni kenapa? Sempat lagi aku mengutuk Nick disebelah, dalam hati je lah.

“Jadi, kita nak buat apa sekarang?” manalah aku tahu nak buat apa. Aku hanya menjawab di dalam hati. Aku pandang dirinya dan mataku sudah beralih ke bahunya. Ternyata bajunya itu sudah lecun basah. Alamak! Teringat tentang kejadian lentok tadi. Aku menangis dibahunya ketika aku masih tidur. Lalu aku menengkup mulutku.

Dahi Nick sudah berkerut melihat reaksi Risya.Apa hal pula minah ni?

“Kenapa awak tutup mulut tiba-tiba ni?” soalnya. Tersedar yang Nick sudah berasa hairan dengan reaksiku ini. Lalu aku cuba memikirkan cara untuk mengelak dia tahu tentang perkara sebenar. Aku tak mahu kalau dia tahu yang aku ni menangis time aku tengah syok tidur sampai termimpi-mimpikan Iz malam tadi. Jadi,aku terfikirkan sesuatu.

Aku masih menengkup mulutku dengan tangan.Tidak mahu melepaskannya.

“Awak ni dah kenapa? Sakit ke sebab tidur kat bahu…ehemm…saya?” Nick sempat nak mengusikku. Sempat lagi dia mengenyitkan mata kepadaku. Hish! Tayang muka gatal dia lagi. Mengada-ngada betul!

“Taklah.Tak sakit pun. Saya tahu awak yang rasa sengal-sengal bahu bukan saya.”tangan masih tak lepas dari menutup mulutku.

“Habis yang dok tutup mulut tu kenapa? Tok se la gitu.” Keluar pelat Kelantannya.

“Saya tutup mulut ni bersebab tau.” Memang pun aku ada sebab kenapa aku tutup mulut ni. Aku mengangkat lagi tanganku sebelah dan aku tutup mulut serta hidungku sekali.

“Apa sebabnya?”soal Nick yang masih tak tahu apa-apa.

“Sebabnya…” belum habis aku menyudahkan ayatku, aku terus berlari meninggalkannya yang terpinga-pinga. Tidak jauh dari situ aku berhenti dan aku berpaling memandangnya semula.

“Sebabnya, mulut awak tu berbau! Tak gosok gigi dari malam tadi. Tak tahan bau air liur basi awak tu.Eeee…bucuk!” Berubah muka Nick mendengar kata-kataku itu. Nampak mukanya sudah kemerahan menahan malu ditegur aku tadi. Aku sudah tergelak dan aku terus berlari memasuki rumah kebajikan. Takut kepala aku yang kena sekeh olehnya sebab berkata demikian. Hihihi….

Melihat Risya yang sudah berlari meninggalkan dirinya sorang-sorang di depan stor membuatkan dirinya tergelak. Pandai perempuan itu mengenakannya. Sempat dia menengkup mulut dan hidung lalu dihembusnya nafas. Nak cium bau mulut sendiri punya pasal lah! Tersenyum melihat gelagat Risya tadi. Tangan yang menengkup mulut tadi beralih ke bahunya sendiri. Eh, kenapa baju nya basah? Ish! Tak kan lah Risya tu dah beri air ubat dari mulut dia kot? Ni air liur basi dia ke? Nick teragak-agak untuk mencium baju dibahunya itu. Tapi, tak ada pula bau air liur basi. Jadi bajunya basah sebab apa pula? Nak kata sebab air hujan malam tadi, dia tak terasa tempias hujan pun. Jadi datang dari mana air ni? Risya menangis dalam tidur ke? Nick tertanya-tanya dan sepanjang perjalanan ke bilik, dia masih belum tahu jawapannya.

Segar rasanya setelah mandi. Harum sikit badan ni. Dari malam tadi aku rasa dah macam bau dalam kandang kambing pula. Nasib badanlah terkurung kat dalam stor itu. Dahlah ponteng solat subuh tadi. Heish! Tangkap lentok punya pasallah. Lentok kat bahu Nick pula tu! Selesai makan pagi, aku terus pergi ke taman bunga. Nak menikmati suasana landskap yang baru diubah semalam. Cantik! Kreatif betul mereka di sini. Kagum dengan kebolehan orang-orang tua di sini, terutamanya tok Idham dan Mak Imah yang memang bersemangat nak mengubah taman ini.

Aku duduk dibangku yang berdekatan dengan air terjun buatan di dalam taman itu. Aku menghirup udara yang segar. Wah! Segarnya. Aku sempat merenggangkan otot-otot badan. Nak buat senaman sedikit. Tapi belum apa-apa, ada seseorang memanggilku dari belakang. Aduh! Siapa yang kacau daun lagi ni? Tak ada ke yang nak kacau pokok ke, bangku ni ke, mesti nak daun jugak ke? Heish! Aku berpaling ke belakang. Aku memandang makhluk di depan aku. Termengah-mengah macam tak cukup oksigen.

“Abang Jamal, cubalah bawa-bawa bertenang. Yang termengah-mengah macam orang baru ikut join marathon tu kenapa? Cuba tarik nafas, hembuskan. Tarik lagi dan hembuskan.” Macam instructor aerobic pula dah. Orang kat depan aku ni nak juga ikut cakap aku. Bagus-bagus, good boy!

Setelah Abang Jamal nampak sedikit tenang. Dia terus bersuara, memang tak menyempat betul!

“Tu…tu…” sejak bila abang Jamal jadi orang gagap ni? Ke kena Parkinson? Hehehe…

“Tu…tu…tu…tupai ke?” aku cepat-cepat menjawab kata-katanya.

“Bukanlah! Tu kat depan tu. Risya patut tengok apa ada kat depan tu.”

“Apahal pula kena tengok kat depan? Memang saya tengah tengok kat depan sekarang ni bang Jamal. Yang ada kat depan saya ni, abang Jamallah,siapa lagi? Mana ada saya tengok kat belakang pula. Lainlah kalau saya buat gimnastik boleh pusing tengok ke belakang terus. Siap boleh buat split lagi tu.” aku buat loyar buruk.

“Hish! Maksud abang Jamal.Risya patut pergi kat depan. Tengok apa benda yang terjadi kat depan tu. Dekat parking lot depan rumah kebajikan ini. Cepat-cepat!” Aik?Lain macam je bunyi nya. Apa yang ada kat depan tu? Ish!

Aku segera beredar ke depan berdekatan dengan parking lot. Aku tercengang-cengang melihat beberapa orang tua yang berkumpul di situ. Aik? Ada apa ni? Aku sudah terlihat kelibat tok Idham yang sudah bercekak pinggang. Ni apa kes ni? Ada accident ke? Mak Imah juga ada di situ. Perasan tentang kehadiranku, mak Imah sudah mendekatiku, tersenyum-senyum. Ek? Tadi tangkap leleh, sekarang happy go lucky pulak?

“Apa dah jadi mak Imah? Abang Jamal tu tergesa-gesa panggil saya, kenapa?”

“Kamu tak nampak ke? Cuba tengok tu.” Mak Imah memuncungkan mulutnya ke arah parking lot. Terus pandanganku berkalih ke arah yang dimaksudkan oleh mak Imah. Terkebil-kebil aku melihat benda yang berada di depan mataku. Ya Allah! Tahu sangatlah ni kerja siapa. Siapa lagi kalau bukan mat gajah gatal tu!

Teringat kata-kata sindiran yang aku ungkapkan kepadanya malam tadi.Kini menjadi kenyataan. Tengoklah apa yang ada kat depan mata aku ni. Mat Gajah Gatal dah GILA!! Yang pi bawa lori tu jugak buat apa?Hish!!

Siapa pemandunya? Mesti lah lelaki tu! Bersungguh-sungguh lelaki ni nak aku maafkan dia. Entah dari mana dia angkut lori tersebut. Tak pernah-pernah aku terfikir ada orang yang ambil serius kalau nak maafkan seseorang kena bawa lori. Dia memandu lori kontena yang bersaiz sederhana kecil macam lori kontena yang bawa ais dan mara mendekatiku. Kereta lori tersebut membelok ke kiri dan berhenti. Aku masih setia melihat situasi tersebut, termasuk juga yang lain. Tok Idham sudah tidak berhenti-henti memicit dahinya. Tengah pening! Aku pun turut sama pening. Pening dengan perbuatan mat gajah gatal yang tak masuk dek akal. Dia nak buat apa dengan bawa lori tu ke sini? Bengang betul!!

Pintu pemandu sudah terbuka, Nick keluar dan bergerak ke pintu belakang kontena tersebut. Dia tercegat di situ dan memandangku.

“Kau nak buat apa dengan lori kontena tu Nick? Suka sangat buat masalah. Tak habis-habis lagi ke masalah menimpa aku ni? Dahlah malam tadi, mereka berempat tu yang buat hal.Sekarang kau pula ke? Addooiii… Pening kepala aku ni melayan kerenah mereka ni. Tua, muda sama saja!”Nick masih tersengih-sengih memandangku tanpa menghiraukan tok Idham yang sudah mula membebel. Malas mahu melayan kerenah Nick itu, aku terus berpaling dan ingin beredar dari situ. Pusing…pusing tau tak?!

“Risya!” Terdengar suara Nick memanggilku dari belakang. Aku sudah mencebik tanpa melihatnya. Apa lagi ni? Tak kanlah dia nak bawa aku jalan-jalan pakai lori tu kot? Tak ada klas betul! Entah ada ke tak lesen memandu lori budak tu? Kang tak pasal-pasal masuk lokap. Hish!!

Tanpa memandangnya aku bersuara, “Nick, awak nak apa dari saya? Siap bawa lori tu lagi. Tak ada kerja sangatlah awak ni ye? Ke awak ni kerja bawa lori?”

Aku terdengar bunyi pintu belakang lori kontena itu dibuka. Aku memusing ingin memandangnya dan seraya itu, mulut yang celoteh ni terus terdiam. Siap ternganga lagi. Tunggu lalat je yang nak masuk.

Bermacam-macam warna belon dikeluarkan dari perut lori kontena itu. Kesemua belon tersebut tertulis ‘I’m sorry’. Banyak pula tu dan dilepaskan ke udara. Belon-belon itu sudah bebas melayang ke udara.Lelaki ni dah bosan sangat ke sampai belon-belon tu dibelinya? Dah sewel ke lelaki ni, ke nak jadi kanak-kanak riang balik? Haddoiii!!

Sekali lagi Nick mengeluarkan belon-belon yang baru tetapi diikat dengan tali. Dia mengambil lagi ikatan tali yang lain pula. Kedua-dua tangannya sudah memegang tali yang diikat dengan belon-belon yang pelbagai bentuk. Tapi yang banyaknya, bentuk heart. Macam tukang jual belon pula aku tengok. Tapi ni lagi klas lah. Tukang jualnya lelaki hensem celup orang putih. Macam muka Zain Saidin tu!!

Terdapat satu kain yang terlipat ditengah-tengah tali yang dikaitkan bersama belon-belon yang dipegangnya. Senyuman merekah dibibirnya dari tadi.

“Abang Jamal, tolong saya. Tarik tali yang ada kat tengah-tengah ni.” Abang Jamal mendengar arahan Nick dan ditariknya tali tersebut. Kain yang terlipat tadi sudah terbuka dan terdapat kata-kata yang tertulis pada kain tersebut.

“ Maafkan saya wahai Risya si budak kecik yang comel.” Aku membaca dalam nada perlahan. Tergamam seketika setelah membaca kata-kata pada kain itu. Memang tujuannya untuk membawa lori ini semata-mata untuk meraih kemaafan dariku. Selebet betul lelaki ni. Adakah patut nak minta maaf, dia bawa lori tu jugak. Siap puji aku lagi tu. Ingat aku cairlah baca kata-kata pujian dari kau? Jangan harap!

“Awak cakap yang awak maafkan saya kalau saya bawa lori ni?” Dia bersuara sedikit menjerit. Aku belum pekak lagi lah bengong, sempat lagi mengutuk dirinya.

“Bila masa pula saya cakap macam tu? Tak betul! Tu fitnah! Tipu tipu tipu.”

“Dah awak cakap, sorry sorry naik lori.” Dia tetap masih belum berputus asa, padahal terang tang tang, aku cakap lain, dia pi buat benda lain.

“Saya cakap naik lori bukan bawa lori. Lagipun tu cuma nak meng ‘anjing’ awak. Yang awak angkut lori siapa punya tah, ke sini tu buat apa?”

“Sebab saya nak awak maaf kan saya.” Nick sudah menayangkan muka seposennya. Lelaki ni nak kata dia tak faham bahasa melayu tak juga. Dia tu ada juga darah melayu, tapi bengap! Ish ish ish…Anak siapo lah ni. Aku sudah berpeluk tubuh sambil memikirkan sesuatu. Dia dah buat muka kesian dia. Haaa…ni yang aku menyampah ni. Tahulah dia tu hensem, yang buat-buat muka 1 kupang tu kenapa? Nak minta simpatilah tu.

“Please…? Forgive me.” Ujarnya.

“Awak memang sengaja nak buat adengan kat sini kan? Nak malukan saya depan-depan mereka ni semua kan?”

“Lagi satu, yang awak nak sangat minta maaf dari saya ni kenapa? Setahu saya, awak dah dapat kemaafan daripada saya. Apa pun benda yang terjadi tu, yang memang salah awak, saya dah maafkan. Saya tak suka marahkan orang lama-lama ni. Nanti bertambah-tambah dosa saya. Dosa lama belum tentu diampunkan. Ni nak tambah dosa baru, hish! Tak maulah saya. Tapi kalau pasal kat KLCC hari tu. Saya belum ada kata putus lagilah. Apa yang awak buat tu memang melampau juga.”

“Jadi, maafkan saya?”

“Apa yang kamu berdua cakap ni?” tiba-tiba tok Idham sudah menyampuk.

“Kalau cakap pasal maaf-maaf ni, tak payah lah sampai nak bawa segala benda ni semua. Bawa je berbincang kan senang. Nick, kau suka sangat nak membazir duit bapak kau kan?” Aku mengerut dahi. Nampak gayanya, tok Idham seperti sudah lama mengenali lelaki di depan aku ini. Apa hubungan mereka ye?

“Tok, disebabkan dia masih belum nak maafkan sayalah, saya buat semua ni.” Tak pernah-pernah dalam hidupnya dia memujuk perempuan dengan taktik yang save bajet itu. Kalau selalu, dia hanya mempamerkan gelang, rantai dan segala barang kemas yang mahal bagi mencairkan hati para wanita. Tetapi lain pula caranya untuk memikat hati perempuan di depan matanya. Risya tidak seperti mereka! Sempat lagi fikirannya melayang mengingatkan kejadian yang berlaku pagi tadi setelah dikeluarkan dari stor.

Nick menelefon Haris pada pagi itu. Dalam beberapa minti kemudian, baru lah dijawab.

“Apa kes ni Nick? Pagi-pagi buta kau dah cari aku kenapa?”

“Pagi-pagi buta wak lu! Dah pukul 10 pagi ni, kau baru bangun ke? Heish! Apa nak jadi orang bujang sorang ni?”

“Rilek luu…. Hari ni kan hari Ahad. Hari tidur panjang sedunia tu. Esok dah kena masuk pejabat, bangun awal. Bagilah aku rilek sikit bos.” Nick merupakan sahabatnya merangkap bosnya. Sudah lama mereka berkenalan. Semenjak dari sekolah rendah lagi. Namun, hubungan mereka terputus apabila Nick terpaksa berpindah ke US. Sekali sekala, Nick balik ke Malaysia melawat keluarganya, maka kesempatan itulah menemukan dirinya dengan Nick. Selepas itu, mereka tetap berhubung sehinggalah mereka bekerja di tempat yang sama. Di mana, Nick lah bosnya dan Nick lah sahabat sejatinya.

“No! Ni aku nak beri tugas penting untuk kau. Tak nak tangguh-tangguh. Aku nak kerja ni bereh dalam masa 30 minit dari sekarang.”

Terbuka luas mata Haris yang awalnya mengantuk kini sudah segar setelah mendapat arahan daripada Nick.

“30 Minit? Kau nak aku buat apa dalam masa 30 minit tu?”

“Aku nak kau carikan aku sebuah lori. Dan jangan lupa, kau carikan belon-belon sekali, siap gantungkan kain rentang. Kau tuliskan mesej kat kain tu. Nanti aku bagi mesej kat kau, nak tulis apa kat kain tu nanti.”

“Yang kau beria-ia sangat nak cari lori ni apasal? Sejak bila pula si Nick kasanova dah ubah taktik nak pikat perempuan ni? Kalau selalu, kau beli je perhiasan mahal bagi kat girlfriend-girlfriend kau dah cukup. Ni sampai nak cari lori segala tu kenapa? Are you finally meet someone special?” Nick terdiam. Betul ke aku dah jumpa seseorang yang istimewa buat ku? Entah lah, diri ini belum ada kepastian dalam hal sebegitu.

“Entahlah. Aku pun tak tahulah Haris. Yang aku tahu, she’s different than the others. Dia tu unik sikit dan pelik. Dia tu, emmm…somethinglah. Aku pun tak tahu nak cakap apa-apa.”

“Hooo…Wah!! Ni patut masuk kat dalam berita ni. Nik Emil sudah angau. Kasanova dah jadi mat setia. Fuyooo…Gempak seh!!”

“Sudah aa Haris. Yang penting, aku nak semua kerja selesai. Dan, lori tu nanti, kau bawa ke rumah kebajikan ni. Nanti bila dah selesai kerja aku nanti, aku call kau suruh orang ambik balik lori tu.”

“Heish…nak pujuk punya pasal lah ni. Lori juga kau nak angkut. Siap ada belon lagi tu. Sweet nye…”

Nick tersenyum-senyum mengimbas kembali perbualan di antara dirinya dan sahabat setianya.

Merah padam mukaku apabila mendegar kata-katanya. Tok Idham hanya menggeleng-geleng kepala.

“Sukahati kamu lah Nick. Lepas ni, jangan lupa buang segala sampah yang dah kamu buat ni. Yang paling aku tak nak tengok, tu, lori tu jangan nak menyemak kat sini. Buat semak kepala aku je tengok lori yang kau angkut ni. Isha, Isha uruskanlah semua ni ya. Tok tak nak budak ni tinggal apa-apa barang kat sini.” Tok Idham berlalu dan memasuki rumah kebajikan. Yang lain turut sama mengikut jejak tok Idham. Kini hanya tinggal aku, abang Jamal dan Nick di tempat parking tersebut.

Nick masih menunggu jawapan dariku. Dari tadi tali belon dipegangnya. Aku membaca lagi kata-kata pada kain rentang itu. Dia pujuk aku ke ni? Kalau selalu, aku tengok dia pujuk girlfriend dia dengan barang-barang perhiasan, benda-benda mahal semuanya. Tapi, dia pujuk aku dengan berdozen-dozen belon dan sehelai kain rentang yang ditulis menggunakan tangan. Ceit!! Kalau kau bagi aku perhiasan tu, sejuklah sikit hati ini. Hahaha…Mengada-ngada pula aku ni. Demanding betul!

Mataku berkalih memandang dirinya semula. Dia masih tercegat ditengah-tengah parking lot dan mukanya sudah berkerut-kerut menahan kepanasan di bawah sinaran cahaya matahari. Adui…Ni yang malas ni. Kesian tengok lelaki mat salleh ni. Merah padam mukanya sebab kepanasan. Aku memeluk tubuh dan mencebik.

“Apa lagi Isha, maafkan lah mat salleh ni. Kesian abang tengok dia. Susah-susah aje dia bawa belon dan lori segala. Kau pula dera dia berpanas kat situ sambil pegang tali belon tu. Kau tak rasa kesian ke? Heii…Bertuah betul kau kan Isha? Kalau aku jadi perempuan, dalam panas-panas macam ni, mahu cair lebur aku dibuatnya bila ada lelaki buat macam ni. Sweet siot!” Aku menjeling tajam abang Jamal yang masih dalam tawanya.

“Kalau drama ni dah habis, nanti kau panggil abang Jamal ya Isha. Mana tahu, kena bantu apa-apa yang patut, kan?” aku mengigit bibir menahan geram.Sempat lagi abang Jamal mengusikku. Nick pula tersenyum-senyum kambing. Heish! Kambing lagi hensem dari dia!

“Nur Erisya Binti Kamal, sudikah awak memaafkan perbuatan saya tempoh hari. Kalau awak masih belum memaafkan saya, saya sudi dan rela untuk berpanas di bawah cahaya matahari yang terik ini. Saya akan tahan sehingga awak memaafkan saya. Kalau muka saya ni dah sunburn, dah tak hensem lagi dah sampai semua peminat saya pun lesap, maka, saya nak awak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas diri saya.” Cies!! Aku yang kena bertanggungjawab pula? Yang nak sangat berpanas kat situ tu kenapa? Kang tak pasal-pasal aku tinggalkan kau kat sini sorang-sorang baru padan muka. Nak juga aku tengok muka kau sebiji macam orang kulit hitam yang aku jumpa hari tu. Rasa-rasanya, kau lagi hensemlah berbanding orang asing hari tu. Ahakss…Sempat lagi aku memuji lelaki hensem kat depan aku ni.

Kesian melihat dirinya lalu, aku pergi ke dalam meninggalkan dirinya yang sudah tercengang-cengang. Biarlah aku dera dia sekejap. Syok juga dera orang ni.Hahaha…Tanduk kat kepala dah mula naik dah.

Nick terkedu melihat Risya yang tidak mengendahkan segala kata-katanya tadi. Jadi,dia tidak mahu memaafkan diriku ke? Alamak! Jadi aku kena berpanaslah kat sini.Adoii!!Ni yang masalah ni. Harap ayat je lebih, tapi, buat nya, tak mahu sebenarnya. Ditariknya tangan ke bawah. Tali belon masih tergenggam. Lenguh tangannya memeggang tali belon tersebut. Hai, taktik pujuk murahan aku ni tak menjadi ke? Lupa nak suruh Haris bawa sunblock. Tak pasal-pasal aku dah kena sunburn.Jatuh saham aku!Terasa kecewa sedikit dengan tindakan Risya itu, lalu dia mengeluh panjang.

Dalam beberapa minit, aku keluar semula. Aku mengintipnya dari jauh. Tangannya sudah ke bawah.Lenguh lah tu. Cakap sanggup tahan, sanggup berpanas. Ceh! Muka dah merah macam ayam panggang, sanggup ke tu? Tetapi disebalik rupanya itu, terkesan raut kekecewaannya.Nampak sedih saja. Dia kecewa?

Aku menghampiri dirinya. Tersedar ada seseorang yang menghampiri dirinya, lalu tangannya terus di angkat semula. Sah nak buat taktik kotor. Macam budak sekolah yang kena denda pula. Aku menyembunyikan senyuman.

“Ceh! Sanggup tahan konon! Sanggup ke berpanas kat sini? Kalau saya tak nak maafkan awak sampai malam juga, macam mana? Sanggup awak tak mandi dan berdiri kat tengah-tengah parking lot ni?”

“Sanggup!” Ceh! Memang pandai betul mengayat orang.Ya lah, itu kan kepakarannya. Mengayat perempuan dengan janji-janji manis. Entah betul ke tak dia sanggup tunaikan janji-janji manisnya. Aku menggeleng.

“Awak tak nak maafkan saya ke?” mukanya sudah berubah muram.

Seraya itu aku mengeluarkan payung yang aku sembunyikan dibelakang supaya tidak terkesan oleh Nick dan aku bukakan payung tersebut. Aku nampak mukanya yang terkejut. Mungkin terharu kot.

“Kalau saya masih tak maafkan awak, awak tetap juga berdegil kan? Saya rasa, awak sanggup juga buat kerja bodoh ni. Tengok lah sekarang, siap dengan kain rentang tu sekali. Belon-belon tu awak nak buat macam mana? Dahlah belon tadi awak lepaskan macam tu je. Kalau tak, mesti saya dapat jual balik kat budak-budak. Dapat juga untungnya.” Nick sudah tersengih memandangku.

“Kira, saya dah dapat kemaafan dari gadis yang bernama Nur Erisya Binti Kamal lah ni?”

“Kan saya dah cakap tadi, saya tak suka marah-marah orang ni. Buat tambah dosa je.” Aku membalas senyumannya. Senyuman itu kan sedekah? Nak tambahkan pahala. Aku tunjuklah senyuman ni kat dia. Tak salah kan?

“Thanks Risya. Pasal belon ni, saya rasa, saya tahu apa yang patut saya buat.”

“Awak nak buat apa dengan belon-belon ni? Nak buang ke?”

“ Nope.” Tidak sempat aku bertanya apa-apa, dia terus melepaskan kedua-dua tali ditangannya. Eh! Sayangnya belon-belon tu.

“Kenapa lepaskan tali tu?”

“Biarlah belon tu dilepaskan. Biar ia bebas. Saya nak semua orang tahu yang cik Nur Erisya sudah memaafkan saya.”

“Hish! Awak ni buat malu saya lah. Kalau ya pun nak lepaskan tali tu, bukakan dulu ikatan kain tu. Malulah! Kalau ada orang yang tengok belon tu kat udara, mereka mesti baca ayat kat kain tu jugak.”

“Hahaha..biarlah, tu belon yang saya belikan. Padan muka awak, N A Nasiblah.” Aku mencebik dan menjeling dirinya. Tanganku masih memegang payung.

“Panaslah. Jom masuk dalam. Saya dah lapar ni.”ujarnya. Kami masih belum berganjak dari tempat parking itu.

“Awak ni tak menyempat betul! Ni baru pukul berapa? Orang belum masak lagi. Ke awak belum breakfast lagi?”

“Oh, baru saya ingat. Betul lah tu, saya belum breakfast lagi. Jom temankan saya.”

“Eh, saya pula yang kena temankan awak?”

“Yup, supaya awak tak lari kejar belon-belon tu.”

“Ceh! Ingat saya ni nak sangat ke belon-belon tu?”

“Laa…awakkan budak kecik. Sedih sebab tak dapat belon-belon tu. Siap sanggup kejar belon tu.”

“Hish! Tak ada kerja langsung! Tak mahu lah.” Lalu aku meninggalkan dirinya.

“Risya, tunggulah saya.” Nick menarik tangan Risya.

Aku memandang bawah. Hah sudah! Baru je bermaaf-maafan sesama insan, dia dah mula balik dah. Dia juga turut memandang bawah.

“Oopss…Sorry sorry. Tak sengaja.” Dia segera melepaskan tanganku.

“Yelah tu.”

“Meh, bak sini payung tu.Biar saya pegang.” Payung tadi sudah bertukar tangan.

“Jom puteri lilin, kita masuk ke dalam ya?”

“Ceh! Siapa yang puteri lilin ni? Correction, putera lilin ye.” Kami masuk ke dalam.

“Eh, kejap! Tok Idham dah pesan, dia tak nak tengok lori tu ada kat depan mata dia. Awak, apa lagi? Pi letak lori tu kat tempat asalnya.”

“Small matter.” Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar jeans. Dia menekan-nekan skrin telefon I-phonenya dan ditekapkan ke telinga.

“Haa…Kerja aku dah bereh ni. Mu pi ambik lori tu balik ye. Mission success!” Mata aku sudah terjengil mendengar kata-katanya. Dia hanya tersengih-sengih disebelah. Cis! Ni yang malas melayan lelaki player macam budak senget kat sebelah ni.

Aku memandang lelaki yang duduk di depanku. Mak aih… Kuat beno dia makan. Macam tak makan 1 minggu. Ke ni disebabkan kes terkunci kat dalam stor malam tadi? Eh, tak kan sebab tu dia makan macam orang kebulur?

“Burrrppp…” terkeluar bunyi yang tak enak didengar dari mulut nya.

“Hish!! Tak senonoh betul. Busuk lah.” Dalam hati sebenarnya, aku pun selalu jugak sendawa depan-depan orang. Kuat jugak bunyinya. Lebih kuat daripada Nick pula tu. Hehehe…Sekali sekala tunjuk keperempuanan sikit. Padahal…

“Hehehe…sorry sorry, tak sempat nak control. Mana dapat control benda-benda macam ni kan?”

“Oh, jadi kalau bab-bab angin ni, awak memang tak control lah? Hish! Macam mana lah girlfriend- girlfriend awak boleh bertahan dengan perangai awak tu?”

“Eh, yang tu lainlah. Saya control macho sikit. Depan awak, nak control macho buat apa?”

“Selebet! Jadi, kalau awak nak terkentut, awak kentut kat depan saya?”

“Kalau tak ada aral melintang, saya akan tunaikan hajat saya tu jugak.”

“Eee… Memang tak senonoh betul!” dia tersengih-sengih.

“ Alah, kentut saya berbau harum tau.”

“Kepala ‘hot’ awak bau harum. Mahu pengsan awek-awek awak kalau diorang cium tu.”

“Tak apa, itu kepala ‘hot’ saya yang punya. Muka saya pun ‘hot’ jugak apa. Tetap laku walaupun diorang dah tercium bau-bauan yang harum semerbak dari saya. Tak mati pun. Hahaha..” dia terkekek-kekek ketawa. Suka sangat masuk lif tekan butang sendiri. Hish! Apasal lah semua orang yang aku kenal suka sangat ada penyakit perasan ni. Tahap kritikal ni!

“Isha, boleh akak minta tolong sikit?” Aku terdengar suara kak Sirah dari belakang. Aku berpaling.

“Akak nak minta tolong apa?” soalan dijawab dengan soalan juga.

“Barang-barang dapur semua dah nak habis. Jadi, akak ingat nak minta tolong Isha belikan barang-barang tu semua. Sementara masih belum makan tengah hari lagi, jadi, Isha tolong belikan barang-barang ni boleh?” Kak Sirah memberi kertas kecil yang penuh dengan senarai barang-barang yang perlu dibeli. Mak aih…Banyaknya. Macam mana nak bawa semua barang ni?

Seperti tahu-tahu sahaja apa yang bermain di dalam fikiranku, kak Sirah berkalih memandang Nick.

“Hah, Nick, sementara kamu belum nak balik lagi, baik kamu tolong Isha ni.Banyak juga benda yang perlu dibeli tu.”

“Haiii,dari tadi saya tunggu akak cakap macam tu. Memang dah agak dah.Budak kecik macam dia ni, mesti kena ada ‘pak guard’ juga.” Sempat lagi menyindirku.

“Ceh! Saya tak perlu kan ‘pak guard’ lah. Saya tahu apa nak buat. Saya boleh minta abang Jamal temankan. Awak nak balik, pergi balik.”

“Nope! I won’t let you go with abang Jamal alone! Kak Sirah dah suruh saya temankan, jadi saya kena bertanggungjawab ke atas awak.” Macam lain je bunyi dia. Ingat dia tu suami aku ke cakap macam tu? Simpang malaikat 44. Kalau ada laki playboy macam mamat ni, akibatnya, banyaklah ‘madu-madu’ aku nanti. Hish! Tak nak aku!

“Sukahati kamu berdua lah. Nanti kalau ada benda lain yang akak perlukan, akak inform kat Isha ye.” Kak Sirah meninggalkan kami berdua di ruang makan itu. Tanpa berlengah, aku terus berdiri meninggalkan Nick. Nak lari daripada dia. Janganlah kau ikut aku.

Aku menuju ke luar dan berjalan melalui taman bunga ingin beredar ke tempat parking. Tiba-tiba, handphoneku berbunyi.

“Hello, abang, kenapa?” aku menjawab panggilan daripada abangku.

“Tak ada saja je tanya khabar adik.Adik okey tak kat situ malam tadi?”Okey ke aku malam tadi? Kalau aku cakap aku tak okey, nanti banyak pula soalan yang diajukan oleh nya. Tak okey sebenarnya. Terasa sengal-sengal badan ini kerana terpaksa tidur secara duduk. Siap lentok kat Nick pula tu.

“Okey je bang. Macam tak biasa pula. Hahaha…Abang kat mana ni?” Tidak mahu dia menanya tentang kejadian malam tadi. Habislah kalau dia tahu.

“Abang ada kat rumah je. Nanti nak jumpa my gf.”Aku mengangguk-angguk. Tersedar yang perbuatan aku ni tak mungkin dapat dilihat oleh nya, jadi aku terus bersuara.

“Oh, ni call adik pagi-pagi ni sebab rindu kat adik ke? Dah nak jumpa dengan gf, tapi dok sibuk call adik ye?”

“Hahahaha…Adik ni, perasan tau. Abang rindu gf abang lebih.”

“Eleh, tak nak mengaku lah tu. Dah tau dah, abang call adik sebab risaukan adik.”

“Haaa…tahu pun. Okeylah adik, my gf is on the other line. Nanti abang call adik lagi ye.”

“Alah, tak payah call pun tak apa.Tak heran pun.Hehehehe…”

“Sampai hati adik cakap macam tu. Tacinglah macam ni.”

“Aik,memang sampai kat hati ni pun. Abang tacing, adik tak nak pujuk pun.Hua hua hua.”

“Hahahaha…comel je adik ni.” Dia sering memujiku. Nasib baiklah aku ni dah biasa dengan pujian daripadanya. Tak ada lah hidung ni kembang semacam.

“Okey, bye adik. Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.” Aku menekan skrin handphone untuk menghentikan perbualan. Belum sempat aku menyimpan telefon bimbitku ke dalam slim bag, telefon tadi dirampas seseorang dari belakang.

“Hmmm… Borak dengan pak we ke?” Mataku sudah terjengil melihat perbuatan Nick yang boleh dianggap biadap itu.

“Awak nak lancarkan perang lagi ke ni? Tak pasal-pasal ada yang jadi udang galah bakar berdiri di tengah-tengah parking lot tu nanti.” Dia tidak menghiraukan kata-kataku, malah, dia masih mencerobohi privacyku. Dia menekan-nekan skrin handphoneku.

“Hey,bak lah balik!Nick!” Aku terlompat-lompat ingin merampas balik handphone dari tangannya. Macam kangaroo tak cukup umur pula aku ni. Dia ni tinggi sangat! Makin dijauhnya handphoneku supaya aku tidak mampu menggapainya. Hish! Selebet alam betul!

“Oh, call Hazif rupanya. Call abang kesayangan lah tadi ye?”

“Hish! Yang awak sibuk tu kenapa?” Aku terlompat-lompat lagi. Aku hampir-hampir mencapai handphone daripada tangannya tetapi dia sempat menarik. Seraya itu, mukanya didekatkan ke mukaku. Aku terus terhenti melompat.

“Sukahati sayalah nak sibuk ke tak. Awak nak handphone awak, baik awak dengar cakap saya. Kecik-kecik dah ada handphone canggih macam ni ye? Heii, menyusahkan mak bapak betul. Mahal pula tu. Apa lah budak kecik ni.” Dia terus menekan-nekan skrin telefonku. Terdengar bunyi ringtone dari telefon bimbit yang lain. Tercari-cari juga bunyi ringtone tersebut. Ada orang hilang phone ke?

Nick mengeluarkan telefonnya dari saku seluar jeans. Dia memberi balik telefonku. Dia melihat skrin telefon I-phonenya. I-phone 4 tu!!

“Akhirnya dapat juga nombor awak budak kecik. Meh, kita pi beli barang. Pegi awal, bereh awal, ye dok?” dia sudah mula bertutur Kelantan kepadaku. Aku tahulah sikit-sikit pasal bahasa orang Kelantan ni. Ibu dan ayah Irah orang Kelantan, jadi aku tahu juga serba sedikit. Sempat lagi aku menjeling dirinya yang sudah terukir senyuman diwajahnya. Lebar beno senyuman itu. Rasa-rasa boleh sampai ke dahi. Orang dah tak main senyum sampai ke telinga dah.

Kami bergerak ke parking lot. Di situ terdapat beberapa kereta sahaja. Salah satunya sudah tentu kereta aku. Nick bergerak menuju ke arah kereta Lexus. Aku hanya mengikutinya. Eh! Kejap! Ni macam ada yang tak kena. Nick mengeluarkan kunci kereta dan menekan butang kunci tersebut. Lampu kereta Lexus menyala seketika. Otakku mula mengingatkan sesuatu. Kereta Lexus yang pernah aku hampir-hampir langgar. Dalam erti kata lain, aku yang hampir-hampir dilanggar kereta tu. Jadi, pemilik kereta lexus ini ialah orang yang tengah berdiri tersengih-sengih macam kambing tak cukup umur di sebelah aku ni? Aku mengerling dirinya. Tak sangka! Terasa tak puas hati. Tapi bila difikirkan balik, masa itu pun salah aku jugak. Tapi, kalau ya pun aku bersalah jugak, dia yang bawa kereta patutnya bertimbang rasa sikit. Agak-agaklah wei!! Tiba-tiba terfikir nak buat jahat kat kereta dia. Geram!

“Awak tak nak masuk ke?” Nick menegurku. Dia sudah duduk di tempat pemandu.

“Ke awak nak saya tunjuk gentleman kat awak?”

“Tak payah! Saya boleh buka sendiri.”

Di dalam kereta, kami langsung tidak bersuara. Nick menumpukan sepenuh perhatiannya pada pemanduan. Nak ke mana aku pun tak tahu. Setelah mengetahui pemilik kereta ini, mood aku dah berubah jadi seorang pendiam pula. Dari ekor mata, Nick asyik menjelingku.

“Kenapa senyap sahaja? Tadi bukan main bising mulut awak.” Aku membiarkan dirinya berbicara. Aku hanya memandang di luar tingkap. Tengah berfikir.

“Awak marah kat saya ke? Ada apa-apa yang saya salah cakap?” Malas mahu memanjangkan perang dingin ini, aku memandang dirinya disebelah.

“Siapa cakap saya marah kat awak?”

“Habis tu yang diam je dari tadi, tak marah ke tu? Ke awak buat perang dingin dengan saya?”Macam tau-tau je apa yang aku tengah fikirkan. Ni ambik ayat aku ni.

“Saya bukan tentera yang nak pergi berperang dingin dengan awak. Ni kita nak ke mana ni?” aku cuba mengubah topik. Tidak mahu melayan mood swing aku. Nanti sepanjang perjalanan tu aku jadi bad mood. Orang yang jadi mangsa tu, orang kat sebelah aku. Baru berbaik, dah mula gaduh.

“Sabarlah. Nanti awak tahu lah kita ke mana.”

“Dah jauh benar kita ni. Jangan cakap awak nak culik saya pula.”

“Apa kejadahnya saya nak culik budak hingusan macam awak ni? Daripada culik awak, baik saya culik minah rempit tu.” Sempat lagi dia memuncungkan mulut ke arah perempuan yang membonceng motorsikal kat tepi kereta. Ketika itu, lampu isyarat berwarna merah. Sempat aku menganalisa perempuan yang disebutnya tadi. Mak ai!! Seksi siut!! Baju punya ketat, pakai legging hitam. Fuh!! Meleleh air liur kaum Adam ni. Buntut tu pula sudah tertonggek. Bagi free show lah pulak minah ni. Buat posing maut tu! Hish! Apa nak jadi perempuan zaman sekarang ni?

“Lain lah kalau awak pakai baju macam tu. Mahu terliur saya. Kalau tengok je, mahu saya angkut terus masuk dalam kereta. Fuh!!” Cis! Mata bola keranjang betul laki ni. Nasib baiklah mata cantik. Aik?Apa kaitan?

“Gila? Saya buka silat kang baru tahu.” Dalam hati, mana aku tau benda-benda silat ni. Suka suki geli hati aku je.

“Tak apa, saya tunjuk black belt saya kat awak. Lagipun, saya tak perlu angkut awak, awak memang dah ada dalam kereta saya sekarang.” Terangkat-angkat keningnya ingin mengusikku. Hish! Aku menjelir lidah dan terus berpaling memandang luar. Gatal!

Dalam beberapa minit, kami memasuki parking di Aeon Bukit Tinggi. Punya jauh dia bawa aku pergi membeli barang. Beli kat kedai runcit pun boleh. Ni lain pula. Bukannya aku pergi bershopping pun. Setakat nak beli barang dapur je. Buang tabiat betul Mat gajah gatal ni.

“Nampaknya, kedai runcit dah kekurangan stok sangatlah sampai kita kena pergi kat sini ya? Laku benar kedai runcit tu, sampai sanggup pergi jauh-jauh semata-mata nak beli barang-barang dapur.”

“Kat sini banyak choice. Dah jangan membebel. Jom!” Laju dia meninggalku. Lagaknya persis Iz. Laju benar berjalan, sanggup tinggalkan aku di belakang. Tapi orang cakap, kalau lelaki yang berjalan di hadapan, itu menunjukkan lelaki tersebut dapat memimpin perempuan, sepertimana, seorang suami perlu memimpin isterinya. Entah betul ke tidak. Yang pastinya, aku yang kena tinggal. Aku segera menyainginya. Suka sangat buat aku berlari terkedek-kedek ni. Tahulah kaki aku ni cute sangat!

Dia mengambil troli dan terus memasuki pasaraya Jusco. Heish! Laki tu tahu ke nak beli apa? Ni main redah masuk je. Aku berhenti dan membiarkan dirinya berjalan sorang-sorang dengan membawa troli. Dalam beberapa minit, dia berhenti dan terus memandang belakang. Hah! Tahu pun nak berhenti. Ingatkan dah masuk dalam dunia lain. Dunia yang hanya ada dirinya sahaja. Tak fikir orang lain dah. Aku berpeluk tubuh dan dia bergerak menghampiriku.

“Apahal tercegat kat situ pulak?”

“Tahu ke nak beli apa? Jalan macam tak ingat orang. Kalau nak sangat pergi beli, baik saya tak payah ikut je. Awak pergi beli sendiri.”

“Laaa…Tacing ke kena tinggal? Dah agak dah, awak memang nak saya berjalan sebelah awak kan?” Aku menjeling dirinya.

“Perah santan, naik lif tekan sendiri!”

“Eh, nak perah santan macam mana kalau belum beli bahannya? Nak naik lif pun memang lah kena tekan sendiri. Tak kan nak suruh awak pulak kot.” Jawabnya sindir.

“Ceh!” Tiba giliran aku pula meninggalkan dirinya. Aku mempercepatkan langkahku. Biar padan mukanya. Tinggalkan aku, aku pun tinggalkan dia balik!

“ Awak! Tunggu lah saya!” Dia menjerit. Sempat lagi aku memandang belakang. Nampak Nick turut mengejarku. Macam main kejar-kejar dalam cerita Hindustan pulak. Tapi, adengan dekat dalam Jusco lah. Hish! Aku ni memang macam kanak-kanak riang. Tak sedar umur betul!

“Awak, kejap lah! Tunggu saya.”

“Tak nak! Padan muka, siapa suruh tinggalkan saya tadi. Sekarang giliran awak pula.” Sempat lagi berhenti dan membalas kata-katanya.

“ Jangan sampai saya dukung awak dan letakkan awak ke dalam troli ni.”

“Cubalah kalau berani!” aku berpaling lagi dan menjelir lidah.

Nick mendongkol geram. Sambil membawa troli, dia mempercepatkan langkahnya mengejar Risya.

‘Hish! Nak kena budak ni. Siap lah kau.’

Serta merta, kaki panjangnya melangkah laju. Diletaknya troli di tepi. Langkah Risya sudah mula perlahan dan dengan pantas dia menarik lengan Risya, lalu dicepung badan kecil itu.

‘What the…’ Aku tercengang-cengang dan terasa badanku kaku apabila tadinya kaki yang mencecah bumi, sekarang sudah berada di awangan. Ceh! Ayat tak boleh blah. Lelaki ni yang tak boleh blah!

Nick memandang Risya yang sudah mengeras. Hah! Tahu pun! Pantang datuk nenek moyang aku kalau kena cabar ni.

Badan aku sudah diletakkan ke dalam troli. Terkebil-kebil memandang sekeliling. Nasib baiklah tak banyak sangat orang ketika itu. Masih awal lagi, tetapi ada juga mata-mata yang melihat babak drama tanpa pengarah yang dilakonkan oleh kembar Zain Saidin ni. Aku sudah tertunduk malu.

Nick sudah tersenyum menang. Sempat lagi dia melirik sekeliling. Orang sudah mula ramai memasuki pasaraya Jusco. Nick sudah terfikir sesuatu helah untuk menutup pandangan orang dengan adengan yang dilakukannya tadi.

‘Kau ni Nick, memang suka sangat buat adengan dalam cerita tak berapa nak betul ni.’bisik hati Nick.

“Adik ni, janganlah berlari. Bahaya, kaki tu baru je baik kan? Alah, jangan merajuk. Nanti abang belilah barang tu nanti. Adik duduk dalam troli ni baik-baik ya. Takut pula kaki tu retak balik lepas ‘accident’ hari tu.”

Kurang hasam punya Nick! Kau memang saja nak bakar hati aku ni kan? Ada pula cakap kaki aku ni dah retak. Punya elok aku berlari tadi. Siap boleh buat larian marathon lagi.Memang tak masuk the brain betul! Aku memandang sekeliling lagi, mata-mata yang tadinya memerhatikan kami sudah mula beredar. Cis! Taktik bengong laki ni boleh pula diterima orang ramai.

“Nak cover punya pasal, kaki saya jadi alasan ya?” Aku memandangnya tajam. Suka betul cari pasal dengan aku.

Nick mengangkat bahu, “Siapa suruh? Awak juga yang cakap, kalau berani cubalah.” Nick mengajukan kata-kataku tadi.

“Tapi bukan bermakna saya suruh awak buat betul-betul! Main-main pun tak boleh ke? Buat malu betul!” Ayat terakhir tadi aku bisikkan pada diri sendiri. Ya Allah, ampunkan lah dosaku yang bertimbun-timbun. Cerita dah suruh buat macam ni, aku tak tahu nak buat apa. Aku mangsanya.

“Padan muka! Cabar saya lagi, saya memang akan buat betul-betul.” Malas mahu melayan lelaki sorang ni. Memang sah, banyak yang mengutuk aku tadi. Tambah pahala aku. Eh! Dosa aku. Aku memeluk tubuh dan mengunci mulutku.

“Dah! Jangan pula merajuk. Kang abang bagi ‘sweet kiss’ baru tahu.”

“Hish! Nak senyap sahaja pun tak boleh ke?”

“Awak diam je memang nampak macam orang merajuk, mestilah saya kena pujuk awak dengan ‘sweet kiss’ saya.” Aku mengetap gigi dan masih mahu melancarkan mogok ke atasnya.

“Betul-betul merajuk ni? Nak kena kiss ke?”

“Tak! Tak merajuk! Saya tengah bergembira ni, tak nampak ke?” sindirku. Nick memang bukan seorang yang senang dicabar. Dia pasti akan melakukannya tanpa rasa malu.

“Hah! Kan elok tu. Adik abang tak merajuk lagi dah.”

“Siapa cakap awak abang saya? Pak cik lah!”

“Okey. Sekarang mana senarai barang-barang yang perlu dibeli. Kita beli sekarang.” Aku menyerahkan kertas kecil kepada Nick. Aku cuba untuk turun daripada troli tersebut. Baru sahaja ingin berdiri, troli tersebut ditolak menyebabkan aku terduduk semula ke dalam troli tersebut.

“Apa ni?! Saya nak turunlah! Saya bukan ‘baby’ okey?!”

“Nope! Awak tak boleh turun dari troli ni sampai kita beli semua barang ni. And yes, you are my ‘baby’.”Ayat tu macam pelik sedikit. Nick menyebut ‘baby’ dengan suara yang lembut dan menggoda. Otak lelaki ini memang sah tak betul. Sekali lagi, aku berdiri dan dia menolak troli. Buk!! Mak aii…Sakit buntut ni dibuatnya.

“Hish!” Aku mendengus geram.

“ ‘Baby’ dok diam-diam ye. Nanti pak cik tolong tolakkan troli. Ye sayang.” Menyampah dan meluat bila mendengar ayat yang terkeluar dari mulutnya. Kalau boleh, nak je aku ambil stapler, biar mulut tu tak berkata-kata manis. Memang suka mengayat betul playboy ni. Laa…dah nama playboy, mestilah! Dan setiap kali dia memberhentikan troli, setiap kali itulah aku cuba untuk melepaskan diri tetapi tetap tak berjaya. Malah disorongnya troli dengan laju supaya aku tidak keluar dari troli tersebut.Sudahnya, aku terpaksa duduk berkepit bersama barang-barang yang diletakkan ke dalam troli.

“Awak ada apa-apa nak beli tak?”soal Nick dari belakang.

“Emmm…Saya nak coklet.”

“Saya pilihkan untuk awak ya.” Jawabnya.

“Sukahatilah. Tapi saya tak makan dark coklet. Pahit sangat.”Nick menyorong troli ke tempat rak coklet. Dia membelek satu persatu.

Selesai mendapatkan semua bahan, aku terus berdiri. Alamak! Buat malu je. Kaki ni dah lah pendek, nak turun pun susah jugak. Aku memandang Nick yang masih membelek-belek coklet yang dipegangnya. Dengan perlahan-lahan, aku turun. Bukk!! Adoi!! Berkerut-kerut wajah ini menahan sakit di buntut. Nasib baik tak kena hempap dengan troli. Tu satu hal pula. Nick sudah menekan-nekan perut mentertawakan aku.

“Tu lah, tak sabar-sabar, nak turun sangat. Kan saya dah cakap tadi, nanti saya tolong awak turun dari troli tu. Degil!”

Mulut aku sudah muncung sedepa. Tanpa melengahkan masa, aku berdiri. Sempat lagi, mengibas-ngibas belakang. Padahal bukannya jatuh atas tanah pun. Ni sebab nak cover malu sebenarnya. Gelak gelak je dia tahu. Aku terus meninggalkan dirinya.

“Awak nak pergi mana tu? Temankan saya pergi bayar semua barang ni.” Ucapnya sedikit menjerit. Aku terus berpaling ke belakang.

“Tak mau! Awak pergi bayar semua tu sendiri. Awak kan berduit. Guna duit awak tu dulu, nanti saya beri duit yang Kak Sirah bagi tadi. Saya nak keluar dari ‘penjara’ troli tu. Susah-susah saya keluar dari troli tu, sakit buntut ni dibuatnya. Baik saya pergi beli ais krim! Nak sejukkan suhu buntut saya ni.”

“Kat mana?” soalnya. Nampak mimik mukanya sedikit risau.

“ Mana-mana yang saya sukalah! Sibuk je! Kalau tak dapat cari saya, maknanya, saya dah berjaya larikan diri daripada awak.”

“Seriuslah. Awak nak beli ais krim kat mana? Ke awak nak makan ais krim batang je? Tu kat sana, pergi ambik. Nanti saya bayarkan sekali.”

“Tak nak! Nak ais krim lain. Dah, cao cin cao!” Aku keluar dari pasaraya Jusco dan pergi ke tingkat atas menuju ke bahagian baju-baju wanita. Sebenarnya, memang aku nak larikan diri daripadanya. Larikan diri daripada ditenung oleh orang ramai apabila dari tadi aku hanya duduk di dalam troli tersebut. Dah besar panjang tapi dilayan macam ‘baby’. Dengan bangganya, si Nick tu menyorong troli ke hulu ke hilir. Memang langsung tak ada perasaan malu.

Aku memandang baju-baju yang disangkut di tempat gantung. Tiada satu pun yang menarik. Aku ni lain sikit, bila hati terasa nak membeli baju baru. Pasti akan ku tuntutkan jua niat itu. Dan semestinya, baju-baju yang aku beli, harganya pun boleh tahan juga. Tetapi, bila tiada hati untuk membeli sebarang baju, memang hanya akan dipandang kosong sahaja.

“Bosan!” bisikku.

“Sayang, cuba tengok baju ni cantik tak? Abang rasa warna baju ni sesuai untuk sayang.” Terkedu mendengar suara yang sering bermain dimindaku. Rindu untuk mendengar suara itu. Suara yang bisa membuat hati ini bergetar, suara yang bisa membuat aku gelisah. Aku terus memusing ke belakang, ingin menatap wajah orang yang dicintai selama ini. Dapatku rasakan, kelopak mata yang sudah terasa panas. Ya! Orang yang selama ini aku dambakan berada di depan mataku. Namun pautan tangan dari perempuan lain membuatkan hati ini retak terluka. Kini, Iz bersama isterinya tengah berbahagia. Timbul rasa cemburu melihat kemesraan kedua-dua insan tersebut.

Tidak mahu Iz tahu tentang kehadiranku di situ, aku melangkah menjauhi mereka. Terasa sesak nafas ini dan aku terus beredar keluar dari tempat tersebut. Aku meletakkan tanganku pada dada yang sudah berdegup dengan pantas. Ya Allah, tolonglah aku untuk melupakan dirinya. Dirinya sudah menjadi milik orang lain. Berdosa bagiku untuk mendambakan seseorang yang sudah berumahtangga. Aku bergerak lemah menuju ke bangku. Air mata yang ditahan tadi sudah gugur.

Dari jauh, Nick mengamati wajah gadis yang muram itu. Perit rasanya apabila melihat Risya yang sudah berendam dengan air mata. Orang yang lalu lalang tidak diendahnya. Kenapa dia menangis? Lama Nick menjadi pemerhati. Terasa pilu hatinya. Kenapa perlu dia berasa pilu? Segala kesedihan yang dialami oleh Risya, juga dapat dirasakan sama. Ingin sahaja dipeluknya gadis itu. Namun, ditahannya, tidak mahu emosi Risya terganggu. Troli yang dipegang di tolaknya menuju ke lif. Dia perlu berbuat sesuatu. Ingin menenangkan hati Risya. Teringat tentang hajat Risya yang ingin membeli ais krim. Pasti dia belum membelinya, detik hatinya. Nick segera menyimpan segala barang yang sudah dibeli tadi ke dalam bonet kereta. Laju sahaja langkahnya memasuki lif semula.

“Nah.” Aku memandang tangan yang menghulurkan ais krim kepadaku. Dari tadi, aku hanya duduk dibangku. Mata yang sudah kering mendarat ke wajah Nick.

“Tadi ada budak kecik tu cakap nak ais krim sangat. Jadi pak cik belikan, tak nak budak ‘baby’ ni merajuk lagi.” Aku tidak menyambut pemberiannya. Niat untuk membeli ais krim tadi, terbantut.

“Tak apa lah. Saya tak nak makan dah.”

“Aik? Tadi nak sangat, sekarang dah tak nak pula.”

“Awak makan je lah.” Aku menolak huluran itu.

“Tapi saya beli dua. Satu untuk awak, satu untuk saya. Susah-susah saya cari awak tadi tau. Nak je saya buat pengumuman kat kaunter pertanyaan kat bawah tu. Sesiapa yang ada terjumpa seorang gadis yang tingginya macam pokok bongsai yang tak cukup umur , silalah hantar dia ke kaunter pertanyaan.” Tercetus juga tawa kecilku mendengar kata-katanya. Pandai juga dia memujukku.

“Jom balik.” Ucapnya.

“Ambiklah ais krim saya yang tak seberapa ni.” Sambungnya. Aku mendongak memandang dirinya yang sudah berdiri. Aku mengambil ais krim dari tangannya. Aku menyuap sedikit ais krim McFlurry Oreo ke dalam mulut.

“Haa…Dah sejuk dah buntut awak tu lepas makan ais krim?”

“Dah!” aku menyimpan senyum dan berlalu meninggalkan dirinya.

“Tunggulah saya. Oh! Bila dah dapat ais krim, terus tinggalkan orang ya.” Lega hati Nick bila melihat tiada lagi mendung diwajah Risya.

“Haii..Kucing kalau dah dapat ikan, dia bawa diri terus. Orang lain dia dah tak pandang dah.”

“Sejak bila bongsai dah jadi kucing ni?” Soalnya.

“Sejak dapat ais krim McFlurry!” ucapku sedikit jerit dan terus berlari anak menuju lif. Nick hanya menggeleng dan tersenyum memandang gelagat Risya. Dia melajukan langkah menyaingi Risya.