Bab 15
GENGGAMAN
tangan bagai terhenti sebelum mengena pada daun pintu. Niat ingin mengetuk
pintu bilik Hardee jadi terbantut apabila ingatan malam tadi diimbau semula.
Aliniya menarik semula tangannya. Lalu, kukunya digigit.
“Nak
ketuk ke tak nak? Nak redah ke tidak?” bisik Aliniya sendiri. Selalu saja dia
mengalami dilema setiap kali mahu masuk ke bilik lelaki itu. Dia mengutuk diri.
‘Niya
yang dulu boleh masuk sesuka hati saja. Berani! Sedangkan Niya yang sekarang,
masih tercegat dekat depan pintu ni macam seorang pengecut. Haih!’
“Esok...
bangun awal pagi sesudah subuh. Aku nak kau...”
Aliniya
memejam mata sebaik kata-kata itu diingatnya lagi. Dia menggeleng-geleng kepala.
Aliniya berpaling ke belakang tidak mahu menghadap pintu bilik Hardee. Berharap
bila dia berbuat demikian, bayangan Hardee ketika malam tadi dapat turut
hilang. Aliniya menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan. Dia menyandar
pada daun pintu dan matanya memandang jam dinding berdekatan.
Sudah pukul 5 pagi. Awal benar dia bangun sedangkan malam
tadi dia tidur lewat. Kali ini Aliniya mengeluh pula.
“Sebab dialah aku tak dapat tidur lena. Nak buat macam
mana? Ikut sajalah arahan dia itu. Ini memang betul-betul dikatakan bersemangat
nak kerja. Niya Niya...”
Dalam pada Aliniya melayan diri, rupa-rupanya Hardee
sudah bangun bersiap. Hari ini dia mahu ke Melaka ingin melawat tapak pembinaan
hotel barunya di sana. Mungkin dia akan berada di sana selama 2 hari dan
terpaksalah dia menangguhkan ‘plan’nya dulu. Namun, dia tetap tidak mahu
membiarkan Aliniya terlepas daripada genggamannya. Jadi, dia mahu melihat
sejauh mana wanita itu akur akan arahannya. Lagipun, bukan ke wanita itu tetap
terima apapun balasan yang dia akan lakukan pada wanita itu selama wanita itu
masih belum ingat apa-apa.
Hardee mengemas barangnya dan dia berpaling ke sekeliling
ingin memastikan tiada barang yang dia lupa. Pada saat itu, matanya menangkap
satu bayangan di bawah daun pintunya. Pasti bayangan itu milik Aliniya. Bibirnya
mula tersenyum herot. Bagus! Satu petanda yang baik, fikirnya. Lalu, dia
bergerak ke daun pintu dan pantas membukanya tanpa tahu yang Aliniya tengah
menyandar di pintu.
“Mak!” Tubuh Aliniya yang sudah tidak seimbang pantas
disambut oleh Hardee sebelum wanita itu jatuh ke lantai. Kedua-duanya terpaku
dan tergamam. Membulat mata Aliniya disaat wajah lelaki itu dilihat begitu
dekat di depannya sekarang. Hardee turut terkedu dengan situasi mereka
sekarang. Dalam diam, dia merenung ke dalam anak mata wanita itu.
‘Cantik!’ persisnya. Dia mula terpukau dengan anak mata
bundar milik Aliniya. Hardee bagaikan dirasuk sesuatu sehingga tanpa sedar dia
mendekatkan wajahnya pada wajah Aliniya. Aliniya yang mula sedar akan perbuatan
lelaki itu, pantas berdeham dan menjauhkan diri daripadanya. Hardee
terkebil-kebil seketika dan tak lama selepas itu dia pula berdeham ingin
menutup rasa malu. Dia menggaru kepala yang tidak gatal dan mula bersuara.
“Maaf,”
“Terima kasih,” ucap mereka serentak. Sudahnya,
masing-masing terdiam pula. Keadaan sedikit janggal. Tidak mahu membiarkan
situasi itu berlalu lama, Aliniya terus masuk ke dalam bilik Hardee tanpa
meminta kebenaran. Laju saja kakinya melangkah ke bilik air ingin mengambil bakul
baju. Walaupun hatinya berkocak laju, tetapi pesanan Hardee pada malam tadi
masih diingatnya dengan jelas. Bukan ke lelaki itu mahu dia membersihkan semua
baju kotor sebagai tugasan pertama dia sebagai pembantu rumah?
Hardee yang masih kaku di depan biliknya hanya melihat
saja kelakuan wanita itu. Matanya mengikut saja ke mana gadis itu pergi.
Tatkala wanita itu keluar dari bilik air bersama bakul baju kotornya, pantas
dia menahan wanita itu sebelum wanita itu jejak keluar dari biliknya. Hardee
menghalang laluan Aliniya. Bila wanita itu ke kiri, Hardee turut ke kiri. Bila
Aliniya ke kanan, dia juga berganjak ke kanan. Aliniya yang menunduk kepala
dari tadi terus mengangkat kepalanya dan merenung tajam pada wajah Hardee.
Aliniya menjegil mata. Kening Hardee terangkat.
“Apa kena dengan pandangan kau itu? Are you mad at your
boss?”
“Apa?” Soal Aliniya kembali. Dia cuba berlagak biasa.
Matanya dialih dari memandang wajah lelaki itu. Dia tidak mahu Hardee tahu akan
perasaan yang dirasanya sekarang. Dia malu.
Hardee akui, tercuit juga hatinya melihat gelagat Aliniya
yang baru ini. Dia tersenyum kecil.
“Tak sangka Aliniya yang baru ini tahu rasa malu juga,”
merah padam wajah Aliniya bila ditegur sebegitu. Matanya kembali memandang
wajah Hardee yang sudah tergelak kecil. Aliniya mengetap gigi. Kurang asam!
Nampak sangat ke dia tengah malu sekarang? Macam mana lelaki itu boleh membaca
air mukanya? Ada perkataan ‘malu’ dekat atas dahinya sampai lelaki itu tahu ke?
“So totally
different. Something new,” Hardee mengungkap dalam bahasa Inggeris.
Fikirnya pasti wanita itu tidak faham apa-apa, sementelah wanita itu tengah
hilang ingatan. Aliniya menjeling tajam dan mencebik. Bukan sekali mereka
berada dalam kedudukan sebegitu dekat seperti tadi, namun kali ini Alinya benar-benar
berasa malu bila hampir-hampir saja bibirnya dijamah lelaki itu.
“Boleh tak kalau jangan halang laluan saya? Nanti Encik
sendiri yang bising kalau baju tak dibasuh,” rungut Aliniya, geram.
“Saya halang bersebab. Itu, awak lupa?” Hardee menunjuk di
arah belakang Aliniya. Dahi Aliniya berkerut dan dia berpaling ke belakang.
Matanya mencari-cari barang apa yang ditunjuk oleh lelaki itu tadi. Ada baju
kotor yang belum diambil ke?
Hardee tersenyum herot dan mula mendekati wajah ke sisi
wajah Aliniya dari belakang. Dia masih mahu menyakat wanita itu.
“Apa bendanya? Ada baju yang saya terlup...” Aliniya yang
mengalih kepalanya ingin menghadap Hardee tergamam dan terpaku. Membuntang
matanya di saat bibirnya sudah selamat
mendarat di pipi Hardee. Hardee juga terkedu dengan aksi Aliniya, namun pantas
saja dia berlagak biasa. Niatnya cuma mahu mengacah wanita itu, tetapi
sebaliknya dia mendapat habuan percuma. Tanpa sedar, hatinya merasa sedikit
bahagia.
Aliniya yang terkejut dengan aksi tidak sengajanya pantas
melompat kecil menjauh dari Hardee. Dadanya bagai dipalu geruda. Kali ini,
wajahnya benar-benar terasa membahang.
“Ma... maaf Encik. Saya tak sengaja,” spontan Aliniya
mengungkap maaf. Makin tersengih Hardee melihat kelakuan Aliniya yang sudah
gelabah. Hardee melangkah ke arah kerusi study
dan diambilnya kain pelikat yang disidainya di situ. Warna kain pelikatnya yang
seakan warna kerusi tersebut menyebabkan Aliniya tidak perasan akan benda itu
di situ.
“Ini...” Hardee menyerahkan kain pelikat tersebut pada
Aliniya. Aliniya yang masih tercegat di tempat tadi pantas menggigit bibir.
Bagaimana dia boleh terlepas pandang pada kain itu? Dalam hati berbakul-bakul
kutukan diluah pada diri sendiri.
‘Apesal kau
bodoh sangat, Niya? Kain itu pun kau tak nampak ke? Takkan kena renjatan tadi
dah terus buat kau buta?’ Aliniya menyalahkan dirinya.
Aliniya mendekati Hardee. Diletaknya bakul yang penuh
dengan baju kotor Hardee di atas lantai dan diambilnya kain tersebut dari
tangan lelaki itu. Kain pelikat itu diletaknya ke dalam bakul. Aliniya ingin
segera beredar dari situ, tetapi kakinya terhenti di saat terpandangkan beg
baju di atas katil Hardee. Dia memandang wajah Hardee.
Hardee yang seakan-akan faham akan pandangan yang
dihantar oleh Aliniya pantas menjawab.
“Saya akan ke Melaka selama dua hari. Jadi, awak pesan
pada kak Zah dan yang lain bila mereka dah bangun nanti. Boleh?” Hardee
berpesan. Aliniya hanya menjawab dengan mengangguk. Entah kenapa hatinya berasa
sedikit sedih sebaik mendengar lelaki itu ke Melaka selama dua hari.
Aliniya ingin menyambung kerjanya dan mengambil kembali
bakul baju. Dia mahu keluar dari bilik tersebut. Melihat wajah Aliniya yang
tiba-tiba berubah mendung, sekali lagi lelaki itu menahannya. Lengan Aliniya
ditarik mahu wanita itu menghadapnya. Aliniya terpinga-pinga.
“On second thought,
you’re coming with me,”
“Huh?” Sekali lagi, Aliniya mendapat satu kejutan lain
pula. Apa maksud lelaki itu?
:)..nice N3. Sambung cepat2 ye.. haha,aku pula yang berdebar debar. Sweet je Alinyia tu. Thanks sis.
ReplyDeleteWelcome sis.. hehe.. Bwk2 brsbr ya.. tq sbb stia dgn DS.. :D
ReplyDelete