Bab 16
ALINIYA
segera menyimpan semua baju yang diperlukannya ke dalam beg bagasi. Dia hanya
akur dengan arahan suaminya selaku Encik Majikannya itu. Memang pelik pula dia
melihat kerenah suaminya beberapa hari ini. Dulu kata benci sekarang boleh pula
lelaki itu membawanya ke Melaka. Apa sudah jadi? Takkan lelaki itu juga sudah
menjadi seperti dia yang ‘gila’ dulu?
Setelah
habis mengemas, Aliniya teringat akan sesuatu. Dia hanya membawa beg bagasi
sahaja. Tiada dompet atau beg tangan. Dia terfikir, mana perginya dompet
miliknya. Kalau ada pasti di dalamnya ada kad pengenalan yang boleh memberi
petunjuk akan siapa dirinya dan di mana asalnya sebenar. Tetapi, tidak pula dia
menjumpai dompet tersebut atau Hardee telah menyembunyikannya?
Tok tok
tok.
Kedengaran
ketukan pintu dan Aliniya membuka daun pintu. Wajah Ema kelihatan tersenyum
kecil.
“Nah!
Ini untuk Puan,” Ema menyerah sesuatu pada Aliniya. Kening Aliniya berkerut dan
matanya melihat benda yang berada di tangan Ema. Aliniya menarik nafas lega
sebaik melihat barang yang sememangnya diperlukannya sekarang. Diambilnya
dompet tersebut daripada Ema.
“Terima
kasih Ema. Memang inilah yang saya cari-cari tadi,”
“Sebenarnya
saya terlupa nak serahkan dompet ini pada Puan. Tapi, oleh kerana Puan nak
temankan Tuan Hardee, jadi barulah saya teringat nak berikan balik. Lagipun,
saya rasa memang Puan perlukan dompet ini kalau berada di luar. Senang kalau
jadi apa-apa,” jelas Ema tentang dompet Aliniya yang disimpannya selama wanita
itu sedang menjalani rawatan di hospital.
“Puan
dah siap mengemas? Atau Puan nak saya bantu?”
“Eh! Tak
apa. Saya dah siap dah pun,” Aliniya pantas menegah. Dia tidak mahu menyusahkan
sesiapa. Lagipun, dia masih boleh buat semuanya sendiri.
“Cuma
saya nak kemaskan rambut ini dulu sebelum keluar,” sambung Aliniya lagi. Ema
hanya mengangguk dan meminta diri untuk ke dapur. Sebaik Ema menghilang ke
dapur, Aliniya kembali menutup daun pintu dan membuka dompet di tangan. Benda
pertama yang dia mahu lihat adalah kad pengenalannya. Ditariknya kad berwarna
biru tersebut dan dia membaca butiran tentang dirinya. Namun, keningnya bertaut
sebaik melihat alamat pada kad pengenalan.
“Damansara?
Ini bukan ke alamat rumah ini? Habis macam mana aku nak tahu asal usul aku?”
Soal Aliniya dengan rasa sedikit kecewa. Dia masih juga tidak tahu di mana
tempat tinggalnya yang sebenarnya. Aliniya menghembus nafas lemah. Dengan
perasaan kecewa, Aliniya menarik beg bagasinya dan membuka daun pintu tanpa
perasan akan kehadiran Hardee yang berada di depannya sekarang. Dia hanya
tunduk sahaja.
“Aku nak
bawa kau ke Melaka pun kau tak bersemangat?”
“Huh?”
Langkah Aliniya terhenti dan sebaik dia mendongak, wajahnya begitu dekat dengan
wajah Hardee. Tinggal beberapa inci saja lagi pasti bibir mereka bersentuhan.
Aliniya yang kaget serta-merta melompat ke belakang membuatkan Hardee tergelak
kecil.
“Asal
tengok aku je kau melompat. Dah sama macam katak dekat kolam di depan itu,”
seloroh Hardee. Aliniya menjeling tajam. Muncung saja bibirnya bila disamakan
dengan katak.
“Haa..
Eloklah tarik muka depan aku. Tak pasal-pasal jadi itik pulak karang,” kali ini
Hardee menggelarnya sama seperti itik pula. Aliniya mendengus sahaja. Tak dapat
nak kata apa. Hardee tersenyum dalam diam. Entah kenapa, hatinya suka pula
melihat watak ‘Aliniya’ yang baru ini.
“Jomlah.
Kata dah lambat,” segera Aliniya menarik bagasinya dan bergerak ingin keluar
dari bilik. Namun, laluannya disekat oleh Hardee. Aliniya mendecit. Hardee
menjongket kening sebelah.
“Dah
boleh melawan Tuan majikan kau ya?”
“Mana
adalah. Jomlah. Bila pula kita nak berangkat? Nanti lewat pula awak nak jumpa klien,”
“Kau
ingat aku nak jumpa klien ke? Suka hati dia je. Dah. Kau pergi bawa beg aku
dekat depan pintu itu dan simpan ke dalam kereta,” arah Hardee pada Aliniya.
Sengaja dia membawa wanita itu bersamanya kerana mahu menguji Alinya yang baru
ini.
Hardee
memberi laluan dan melihat saja gelagat wanita itu. Aliniya menarik bagasi
Hardee sekali dan dibawanya ke kereta. Mujurlah mereka ke sana selama dua hari
dan barang milik dia dan Hardee tidak terlalu banyak. Maka, senang baginya
menyimpan dua bagasi tersebut ke dalam bonet kereta.
Tanpa
menunggu Hardee, Aliniya masuk terus ke dalam kereta dan langsung tidak mahu
memandang wajah lelaki itu. Hardee hanya menggeleng. Seronok juga menyakat
perempuan ini, bisiknya.
“Kak
Zah, nanti pesan dekat Pak Rahim untuk bertugas malam nanti. Apa-apa hal
beritahu dekat saya ya?” ucap Hardee pada kak Zah yang baru muncul ingin
menutup pintu.
Sekali-sekala
saja dia menyuruh Pak Rahim untuk menjaga rumah. Dek melihat Pak Rahim yang
tidak terlalu sihat, Hardee menyuruh lelaki tua itu untuk banyak berehat di
rumah yang telah disediakannya di belakang rumah banglo tersebut. Pak Rahim
hanya datang mengikut masa yang telah ditetapkan. Cuma malam ini saja dia mahu
pengawal keselamatan itu berjaga ketika ketiadaan dia di situ.
Kak Zah
mengangguk dan melambai pada mereka berdua sebaik Hardee masuk ke dalam kereta.
Dilihatnya kereta milik Tuan majikannya keluar dari perkarangan banglo dan
segera menutup daun pintu ingin kembali melakukan tugasnya.
Hardee
memandu dengan tenang tanpa bersuara. Dari pandangan sisi, dia nampak Aliniya
hanya memandang ke luar langsung tidak mahu menolehnya. Sudahnya, dia membuka
radio. Suara DJ mula kedengaran memecahkan suasana senyap di antara mereka.
Tatkala
DJ radio ingin memutarkan lagu, Hardee menguatkan suara radio. Lagu nyanyian
daripada artis Indonesia menjadi pilihan.
Tak pernah
terbayang akan jadi seperti ini pada akhirnya
Semua waktu
yang pernah kita lewati bersamanya telah hilang dan sirna
Hitam Putih
berlalu
Janji kita
menunggu
Tapi kita
tak mampu
Seribu satu
cara kita lewati untuk dapati semua jawaban ini
Bila memang
harus berpisah
Aku akan
tetap setia
Bila memang
ini ujungnya
Kau kan
tetap ada di dalam jiwa
Tak bisa tuk
teruskan
Dunia kita
berbeda
Bila memang
ini ujung nya
Kau kan tetap
ada di dalam jiwa
Memang tak mudah tapi ku tetap menjalani kosong nya hati
Dulula
mimipi kita yang pernah terjadi tersimpan tuk jadi history
Hitam putih
perlu
Janji kita
menunggu
Tapi kita
tak mampu
Seribu satu
cara kita lewati tuk dapati semua jawaban ini
Bila memang
harus berpisah
Aku akan
tetap setia
Bila memang
ini memang ujungnya
Kau kan
tetap ada di dalam jiwa
“Kau kan tetap di dalam jiwa,”
“Kau cakap apa?” Aliniya tersentak apabila ditegur oleh
Hardee. Tidak sedar bahawa di kala mendengar lagu tersebut, Aliniya turut juga
menyanyi dalam suara kecil.
“Tak ada apa-apa,” dalih Aliniya. Dia kembali berpaling
ke tingkap, malu. Boleh pula dia tidak sedar terungkap sebaris lirik itu.
Pelik! Bagaimana boleh dia menghafal lagu tersebut sedangkan lagu ini baru saja
didengarinya. Aliniya pantas teringat akan doktor Radhuan.
“Salah satu rawatan yang elok untuk kurangkan stress
adalah mendengar lagu. Semasa rawatan awak, saya memang akan bukakan lagu untuk
tenangkan fikiran awak bila awak tengah dalam keadaan yang tidak menentu,”
Mungkin lagu ini salah satu lagu yang dimainkan oleh
doktor Radhuan ketika dia berada di hospital tersebut. Tak sangka pula dia
mampu mengingat lirik lagu tersebut.
Oleh kerana tiada langsung perbualan di antara mereka,
anak mata Aliniya mula terasa memberat. Yalah. Dia tidur pun hanya beberapa jam
sahaja. Bangun pun awal demi melaksanakan tugas sebagai pembantu rumah si
suami. Sudahnya, dia terlelap dan tidak sedar langsung.
No comments:
Post a Comment