Bab 13
ALINIYA
membawa Radhuan ke taman bunga di luar rumah banglo. Setelah dia merasakan
keadaannya sedikit baik, Aliniya mengajak Radhuan untuk berbual di situ.
Baginya tak manis pula kalau berdua di dalam bilik.
“Kan
saya dah cakap, Niya mesti okay lepas makan bubur tadi. Awak ini Niya dari dulu
buat saya risau,” luah Radhuan tanpa sedar. Aliniya terkedu. Terkebil-kebil
matanya memandang wajah Radhuan sebaik lelaki itu berkata begitu.
Perasan
akan perubahan pada air muka Aliniya, Radhuan menggaru kepala yang tak gatal.
“Emmm...
Awak jangan salah faham pulak. Risau saya ini as a doctor with my patient,” Radhuan
cuba menutup perasaan malunya. Dia berpaling ke tempat lain dan sempat pula
bibirnya digigit.
“Tapi...
Saya bukan lagi pesakit awak, doktor. Kalau masih pesakit itu, lain pula
jadinya,” Aliniya tersenyum kecil. Dia seakan dapat mengagak bahawa lelaki itu
punya perasaan terhadapnya. Namun, perasangka itu ditepisnya jauh.
Radhuan
tergelak kecil. “Betul juga. But, I know it’s okay if I care about you as a
friend kan?”
Aliniya
merenung anak mata lelaki itu. Dia dapat lihat sinar keikhlasan pada kata-kata
lelaki itu dari di sebalik anak mata bundarnya. Tatkala direnung sebegitu, Radhuan
rasa tak keruan. Anak mata Aliniya mampu membuat mana-mana lelaki goyah,
walaupun gadis itu hanya merenung seketika.
Bibir
gadis itu mula tersenyum lebar dan dia mengagguk.
“Ya.
Walaupun saya bukan lagi pesakit awak, tapi saya tahu yang sejak dulu sampai
sekarang, awak jelah satu-satunya teman dan kawan yang saya ada. Saya betul-betul
berterima kasih pada awak, Radhuan,” Radhuan tergamam di saat gadis itu
memanggilnya dengan nama dan sedikit sebanyak hatinya juga terharu mendengar
kata-kata Aliniya.
“Saya
tak tahu siapa diri saya yang sebenar dan saya tak ingat siapa rakan saya.
Lepas sedar saja, apa yang saya dapat tahu tentang diri saya ialah sikap keji,
kejam saya pada orang. Disebabkan sikap saya yang dulu, saya tak rasa yang saya
mempunyai kawan. Jadi...” Aliniya berjeda seketika. Dia menarik nafas dalam dan
sebuah senyuman ikhlas dihadiahkan pada Radhuan.
“Saya
rasa saya bertuah dapat mengenali seorang jejaka seperti awak, Radhuan,” dari
pendengaran Radhuan, dia dapat rasakan ada bunyi sebak di sebalik kata-kata
Aliniya. Dia rasa bersimpati dengan keadaan Aliniya yang serba tidak tahu
tentang asal-usul dan juga siapa dirinya.
“Niya,
saya ada untuk awak kalau awak perlukan seorang teman untuk mendengar luahan
hati. Lagipun, saya kan doktor psycology dan seorang kaunselor. I can be both,
as your friend and your personal counselor. Free of charge!” Tercetus gelak
kecil Aliniya mendengarnya. Radhuan pandai mengambil hatinya.
“Thank
you, Radhuan,”
“It’s my
pleasure, Mrs Hardee,” air wajah Aliniya sedikit berubah sebaik nama lelaki itu
disebut. Namun, cepat-cepat dia menayangkan senyuman kecil pada Radhuan, tidak
mahu lelaki itu perasan.
Radhuan
dapat menangkap ekspresi gadis itu. Di sebalik senyuman itu, dia tahu ada
sesuatu yang terjadi pada gadis itu. Bila nama suami Aliniya disebut, gadis itu
seakan-akan dirundung dengan perasaan sedih. Tetapi, Radhuan tidak mahu memaksa
Aliniya untuk meluahkan perasaannya. Dia mahu gadis itu memberitahunya dengan
rela hati.
“Saya
rasa saya kena pergi dulu. Takut ada yang mencari saya di hospital itu,”
“Oh!
Okay. Awak bawa kereta itu baik-baik ya? Semoga selamat sampai,”
“Yes
mem!” Radhuan tabik pada Aliniya dan pamit. Aliniya melambai pada lelaki itu
dan anak matanya mengikut langkah lelaki itu sehingga hilang kelibatnya.
Aliniya berpaling ingin kembali ke dalam rumah, namun kakinya terhenti di saat
anak matanya terpandang bunga berwarna merah jambu yang berguguran banyak di
rumput tidak jauh dari tempat dia berdiri. Aliniya tunduk dan mengambil bunga
tersebut. Dia seakan-akan pernah melihat bunga ini, tetapi dia tidak ingat di
mana.
Lama
matanya memandang bunga tersebut. Di saat fikirannya cuba mengingat kembali di
mana pernah dia melihat bunga tersebut, tiba-tiba satu bayangan kabur muncul di
mindanya. Dia seakan-akan melihat sebuah taman yang penuh dengan pokok yang
dihiasi dengan bunga yang dipegangnya tadi. Sekali pandang, dia seakan-akan
merasakan dirinya berada di luar negara. Pokok yang penuh dengan bunga yang
berwarna merah jambu itu nampak seperti pokok bunga Sakura. Aliniya berasa
kagum dengan ciptaan Allah itu.
“Macam
bunga Sakura kan?” Aliniya tersentak dan bayangan tadi hilang serta-merta.
Pantas dia berpaling dan memandang wajah gerangan yang menegurnya. Dia
mengangguk dan kembali memandang bunga di tangannya itu.
“Bunga
itu digelar sebagai bunga kertas tisu. Nama sebenarnya Tekoma atau Tabebuia.
Selalunya bunga ini akan mekar masa musim kemarau macam sekarang ini. Bunga dia
juga cepat gugur. Sebab itulah banyak sangat bunga dia dekat rumput itu,” jelas
Ema. Aliniya mengangguk lagi.
“Kalau
ditanam banyak mesti cantik, seolah-olah kita berada di luar negara,”
“Ha’ah,
Puan. Tapi sebenarnya tak perlu pergi jauh-jauh pun. Dekat Malaysia ini, ada je
yang tanam pokok ini di taman atau di tepi jalan. Bila dia berbunga lebat,
memang cantik sangat. Salah satu tempat yang banyak tanam pokok ini ada di
Kedah. Tempat kampung saya,” Aliniya diam. Dia teringat kembali bayangan tadi.
Adakah tempat di dalam bayangannya itu ada di Kedah?
“Kalau
saya berkesempatan, saya nak juga tengok keadaan di situ. Mesti seronok bila
tengok keindahan ciptaan Allah. Tak dapat pergi ke luar negara, dapat tengok
dekat situ pun jadilah,” ujar Aliniya berharap agar satu hari nanti dia dapat
ke sana melihat dengan sendiri pemandangan di Kedah yang penuh dengan pokok
tersebut.
“Inshaa
Allah, Puan. Puan mesti ke sana tau?” Aliniya senyum lebar dan mengangguk.
HARDEE memandu tanpa arah tujuan. Lama dia memandu
sehingga dia tersedar bahawa sekarang dia berada di Putrajaya. Dia mencari
parking di sekitar kawasan itu dan memberhentikan keretanya.
Setelah
berhenti, lama Hardee duduk termenung memikirkan perkara yang terjadi tadi.
Apabila teringat akan kemesraan di antara Aliniya dan juga doktor yang
merawatnya itu, Hardee serasa seperti geram dan marah. Marah apabila melihat
gadis itu tampak begitu bahagia bila bersama Radhuan. Geram juga bila
memikirkan perasaan aneh yang timbul di saat matanya melihat kedua-dua insan
itu.
‘Kenapa
aku perlu mempunyai perasaan seperti ini? Rasa macam duduk tak senang pula,’
‘Itu
sebab ada satu perasaan dah mula timbul dalam hati kau itu, Hardee,’ Hati dan
akal fikiran mula berperang.
‘Kau
cemburu lepas tengok isteri kau dengan orang lain. Maksudnya kau tak dayus. Itu
normal,’
“Normal?”
Tanpa sedar Hardee menyoal dirinya sendiri.
‘Normal
bila perasaan kau berubah dari benci ke sayang,’
“Mengarut!
Itu lagi tak normal. Takkan baru beberapa hari aku bawa dia kembali ke rumah,
aku dah sayang dekat dia. Itu memang tak betul,”
‘Kau tak
sedar Hardee. Sebenarnya selama kau menjadi suami dia, hati kau itu dah ada
pada dia,’
“Tak!
Aku takkan pernah sayang pada perempuan yang dah hancurkan hidup aku dan
keluarga aku. Aku takkan dapat maafkan dia, inikan pula sayang dekat dia,”
‘Dia dah
jadi isteri kau selama 7 tahun. Walaupun selama 6 tahun kau tak berada di
samping dia dan dia gila disebabkan keguguran anak kau, kau tetap takkan dapat
lupa selama satu tahun ketika dia masih normal.’ Perasaan Hardee mula bergolak
sendiri.
Hardee
menumbuk stereng keretanya melepaskan perasaan geram. Dia betul-betul benci
bila keliru dengan perasaan sendiri. Padanya, 7 tahun yang lalu adalah tahun
yang takkan pernah dia lupa di saat dia mengenali perempuan bernama Aliniya
itu.
Dek rasa
kepala yang berserabut, Hardee keluar dari perut kereta dan bersandar di daun
pintu keretanya. Kepala yang tidak gatal digaru dan matanya mula memandang
sekeliling. Pada saat itu, dia terlihat rimbunan pokok bunga Tabebuia yang
banyak ditanam di situ. Bunganya begitu lebat dan ada juga kelihatan sudah
gugur di tepi jalan. Lama dia memandang pemandangan di situ. Sememangnya dia
terpegun melihat pokok bunga tersebut yang seakan-akan seperti cherry blossom
itu. Masalahnya seolah-seolah dapat dilupakan seketika dan melihat saja
bunga-bunga itu, hatinya berasa sedikit tenang.
Hardee
tersentak di saat telefon bimbitnya berbunyi meminta untuk disambut. Dia
mengambil telefon pintar itu dari poket seluarnya dan membaca sebaris nama yang
tertera pada skrin telefon. Dia melarikan jari pada skrin ingin menjawab
panggilan.
“Har,
lepas balik kerja kau free tak?” Soal satu suara sebaik panggilannya disambung
ke talian.
“Kot ya
pun, berilah salam dulu,” sindir Hardee pada si pemanggil. Sindirannya disambut
dengan tawa kecil si pemanggil.
“Okay-okay.
Assalamualaikum, Har. Kau ada masa tak untuk aku lepas balik kerja? Aku nak
luangkan masa lama sikit dengan kau, boleh?” Pinta si pemanggil lagi.
“Tak
perlulah nak minta kebenaran aku bagai, Fie. Kejap lagi aku jumpa kau,”
“Aik? Belum
pukul 5 kot. Ini baru pukul 4 petang. Kau dah habis kerja ke?” Soal Rafie
hairan.
“Aku
ambil half day. Kau dekat mana? Aku ambik kau. Kita date dekat court nak?” Soal
Hardee kembali.
“Okey.
Set! Ambil aku dekat rumah aku. Kau masih ingat kan rumah keluarga aku dekat
mana?”
“Ingat.
Okey, nanti dah sampai aku kol kau balik,” Hardee memutuskan panggilan sesudah
mendapat kata sepakat daripada Rafie. Dia mahu membuang jauh perasaan yang
bergolak di hatinya dengan membawa rakannya itu bermain badminton bersama.
Mujurlah dia ada menyimpan baju dan kasut sukan serta beg raket di dalam
kereta. Sudah seminggu dia tidak ke badminton court ingin mengeluarkan peluh.
Semuanya disebabkan insiden yang berlaku gara-gara isterinya. Mujurlah kakinya
sudah mula baik.
Pantas
Hardee membuka daun pintu keretanya dan memandu terus ke rumah rakannya itu.
RAFIE mengambil botol air mineral yang baru dibelinya dan
diteguknya dengan rakus. Sudah lama dia tidak beraksi di medan pertempuran
bersama sahabatnya itu. Sewaktu persekolahan, mereka sering bermain badminton
bila ada masa terluang.
“Baru
first match, takkan dah pancit kot?” Sindir Hardee bila melihat Rafie yang
sudah keletihan selepas melawannya tadi.
“Aku dah
lama tak main, bro. Dekat Australia, tak ramai geng aku yang minat badminton,”
jawab Rafie sambil tangan sebelahnya mengelah peluh dengan tuala. Dia
menghulurkan sebotol lagi botol mineral yang dibelinya kepada Hardee. Hardee
membuka botol mineral tersebut dan meneguknya rakus.
“Lepas
ini, kau akan selalu bertarung dengan akulah nampak gayanya. Nak aku latihkan
kau balik pun boleh,” Rafie tersenyum panjang.
Mereka
membersihkan diri dan mula beredar dari situ. Hardee membawa Rafie ke masjid
sementelah sudah masuk waktu maghrib. Selesai solat, Hardee membawa Rafie ke
tempat makan.
Hardee
membawa Rafie ke salah sebuah restoran yang menyajikan ayam penyet yang menjadi
kegemaran ramai.
“Sedap
ke ayam penyet dekat sini?”
“Aku
dengar ayam penyet dia boleh tahan jugaklah. Berbaloi juga dengan harga dia,”
jelas Hardee pada rakannya itu. Rafie mengangguk dan mereka memesan 2 set ayam
penyet bersama jus oren dan jus tembikai.
Mereka
berbual sambil menanti makanan sampai.
“Har,
kalau aku nak tanya boleh?”
“Kau
ini. Nak tanya, tanya jelah. Buat apa nak tanya aku boleh ke tidak?” Hardee
tergelak kecil melihat kerenah Rafie yang seakan-akan terlebih sopan itu.
“Kau tak
ada girlfriend ke sepanjang aku dekat Australia?” Hardee tergamam mendengar
soalan sahabatnya itu. Dia tahu sangat perangai Rafie yang suka selidik soal
peribadinya. Sudahnya, Hardee jawab
dengan hanya gelengan.
“Lepas
Hafeez meninggal, aku memang tak ada hati nak cari perempuan untuk jadikan
sebagai teman wanita aku. Nak-nak lagi bila bapa aku meninggal. Jadi, aku cuma
fokus pada syarikat jelah. Lagipun banyak benda yang nak diuruskan dekat ofis
itu. Mana nak handle projek lagi, mana nak handle hotel lagi. Macam-macam,”
Hardee cuba untuk berdalih. Tidak mahu sahabatnya tahu akan rahsia yang
disimpannya selama ini.
“Jawapan
cliche!” Balas Rafie sambil mencebik. “ Takkan tak ada seorang pun wanita yang
dapat memikat hati hot bachelor macam kau ni?” Soal Rafie masih ingin mengorek
rahsia rakannya itu. Hardee hanya tersenyum dan menggeleng. Tiba-tiba seraut
wajah muncul di mindanya. Hardee berjeda.
Melihat
Hardee yang berkhayal, Rafie melihat hairan. Lalu, dikejutnya rakannya itu agar
kembali ke realiti. Rafie tersengih-sengih melihat kerenah Hardee yang
seakan-akan seperti lelaki yang mempunyai masalah dalam percintaan. Inilah
simptomnya. Kuat berangan!
“Kau
cakap apa tadi?”
“Aku tak
tanya kau apa-apapun, bro. Kau itu tiba-tiba je berkhayal. Awat? Ingat bini
dekat rumah ke?” Sekali lagi Hardee terkedu dengan tebakkan sahabatnya itu.
Gugup juga dibuatnya. Dari mana lelaki itu tahu tentang isterinya?
“Hah?
Bi... bini?”
“Aku
main-main jelah. Kau nampak pucat sangat kenapa? Ada benda yang kau simpan
daripada aku ke?”
“Eh! Tak
adalah. Mana ada,” sehabis boleh Hardee berdalih. Sebaik air minuman mereka
sampai, Hardee segera menyedut air oren jusnya. Rafie menggeleng sambil
tersengih.
“Har,
kau akan gelabah bila kau ada masalah dan ada benda yang kau simpan daripada
aku. So, yang mana satulah agaknya ya?”
“Aku
okey. Cuma...”
“Cuma?”
Rafie jongket kening sebelah. Masih menanti Hardee untuk menyelesaikan ayatnya.
Hardee pula teragak-agak untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.
“Tak
ada. Macam ini. Aku nak tanya pendapat kaulah. Ini sebenarnya masalah yang
dihadapi oleh seorang kawan aku ini,”
“Okey,
seorang kawan. Lagi, teruskan teruskan.” Umpan Rafie dah mula mengena. Dia
pasti Hardee akan luahkan kepada dia apabila lelaki itu dirundung masalah.
“Kawan
aku tu sebenarnya ada seorang kenalan. Kenalan dia itu dah buat kesalahan yang
sangat besar sampai dosa yang kenalan dia itu buat tak boleh dimaafkan langsung.
Pendek kata, apa yang kenalan itu dah buat memang dah hancurkan kehidupan dia,”
“Kenalan
itu lelaki ke perempuan?” Pintas Rafie menyoal. Hardee mencebik. Dia memang
tahu, Rafie begitu suka bila bab itu dikemukakan. Kalau perkara tersebut
berkaitan dengan perempuan, lagilah dia suka.
“Perempuan,”
jawab Hardee malas.
“That
sounds more interesting. Dah tu kenapa dengan perempuan itu? Apa dah dia buat
sebenarnya?”
“Aku tak
tahulah. Cuma kawan aku cakap, dia memang tak boleh nak maafkan perempuan itu,”
Hardee masih tetap dengan pendiriannya. Biarlah apa yang berlaku itu hanya dia
yang tahu.
“Then,
ada sesuatu yang terjadi dekat perempuan itu sampai perempuan itu jadi gila,”
“What?!
Serius sangat je masalah kawan kau ini. Dah tu apa jadi?” Rafie terkejut
mendengar cerita Hardee. Dia dah mula berminat ingin mengetahui kesudahannya.
“Perempuan
itu gila selama 6 tahun dan selama 6 tahun itu juga kawan aku tak jumpa
langsung dengan dia. Sehinggalah dia dapat berita yang perempuan itu dah waras
dan dah sihat balik. Perempuan itu tak ingat apa-apa bila dah sedar. Tapi, oleh
kerana ada benda yang tak boleh nak elakkan, kawan aku kena juga tolong dia.
Cuma itulah, hati dia masih benci dekat dia sebab apa yang perempuan itu dah
buat pada dia,” jelas Hardee panjang.
“Dah
itu. Apa masalah dia?” Soal Rafie lagi.
“Kawan
aku cuma keliru dengan perasaan dia sekarang. Walau macam mana sekalipun,
perempuan itu memang memerlukan pertolongan dia dan kawan aku ini pula tak tahu
kalau dia boleh terus menolong perempuan itu dengan melupakan segala perkara
yang terjadi antara dia orang atau membalas perbuatan ke atas perempuan itu di
saat perempuan itu tengah dalam keadaan macam itu,”
“What I
can see right now, your friend is in a complicated situation. Dah tahu tak suka
buat apa nak tolong kan?” Persoalan Rafie membuatkan Hardee terdiam tidak tahu
mahu membalas apa.
“Cuma
kita perlu ingat satu benda ini, Har. Dendam itu semua tak ke mana. Memanglah
perempuan itu dah buat kesalahan yang besar pada kawan kau. Tapi, at the end
perempuan itu mendapat pembalasan dari Allah. Dia tak ingat apa-apa tapi dia
perlukan pertolongan kawan kau. Kita bukanlah nabi, perfect! Tapi, kita sebagai
umatnya boleh cuba untuk mengikut jejaknya dengan cara, memaafkan orang yang
dah buat salah. Jangan dibalas dan biarlah hanya Allah yang memberi
pembalasannya. Siapa tahu, bila kita maafkan orang itu, dia dapat berubah
menjadi lebih baik.” Hardee terkebil-kebil mendengar nasihat sahabatnya yang
serupa satu tazkirah tak berbayar itu.
“Ookey...”
Kali ini Hardee melihat Rafie dengan pandangan yang semacam. Sejak bila pula
kawannya menjadi Pak Ustaz tak bertauliah ini? Rafie tersenyum bersahaja. Dia
tahu, pasti Hardee pelik dengan sikapnya.
“Semenjak
aku dapat berita tentang penyakit bapa aku, aku tersedar yang masa kita dekat
dunia ini bukanlah lama. Sikit-sikit, aku cuba berubah dan aku ambil keputusan
untuk kembali di samping keluarga,” jelas Rafie tanpa menanti Hardee untuk
bertanyanya dengan lebih lanjut.
“Apa
yang aku boleh simpulkan, kita ini sebagai manusia tak pernah ada yang
sempurna. Apa yang akan kita lalui cumalah perubahan sepanjang kita masih
hidup. Jadi, tak salah kalau kawan kau itu beri peluang dekat perempuan itu dan
bantu perempuan itu dengan hati yang ikhlas,” kata-kata Rafie membuatkan Hardee
mula berfikir panjang. Sememangnya apa yang dikatakan oleh Rafie ada betulnya.
Jadi, adakah dia masih mahu meneruskan rancangan untuk membalas dendam terhadap
wanita itu atau hanya biarkan saja semuanya berlalu?
No comments:
Post a Comment