Aku melabuhkan punggung atas katil dan aku baring sepuas-puasnya. Ya Allah penatnya. Setelah mengikuti aktiviti yang dah dirancang oleh pihak syarikat untuk ‘family day’ ini, aku terus menuju ke bilik semula tanpa menghiraukan orang lain. Ingatkan nak escape, alih-alih, aku kena jugak ikut sama. Cis! Dari tadi aku tak nampak pun kelibat kak Hasnah. Ija ada pula.
“Ija, kak Hasnah mana?”
“Dia keluar tadi. Dengan Encik Haris tak silap. Mungkin Encik Haris nak bawa dia ke klinik kot. Katanya pening kepala.” Aku berasa hairan. Sejak bila Haris semakin rapat dengan kak Hasnah? Setahu aku, kak Hasnah tak boleh berjumpa dengan Haris. Ada-ada saja pertengkara mulut. Malah, aku terkejut bila mendengar bahawa Haris sanggup membenarkan kak Hasnah naik keretanya. Entah-entah ada sesuatu yang berlaku antara mereka yang aku tak tahu.
Sepanjang aktiviti dijalankan, aku ada juga ternampak Nick yang turut sama melibatkan diri. Sesiapa yang menang dalam sesuatu pertandingan, syarikat akan memberikan hadiah yang lumayan kepada pemenang. Nick menjadi hakim bagi setiap pertandingan tersebut.
Aku juga tidak ketinggalan bermain bersama rakan kerja yang lain. Sempat juga aku mencuri pandang Nick. Tapi dia tak pernah pun nak pandang aku. Ceh! Sukahati kaulah nak jadi musuh aku lepas ni. Malas nak layan dia dah!
Tok tok tok. Aku terdengar bunyi ketukan pintu. Ni mesti Farina. Aku segera bergerak ke pintu dan membukanya.
Aku sangkakan Farina tapi minah semput ni pulak yang muncul.
“Kak Hasnah? Tadi pergi mana? Awat datang ke bilik Risya?”
“Aik? Kakak tak boleh ke melawat bilik hang? Akak baru balik dari klinik. Pening lah.”
“Macam mana tahu bilik Risya kat sini?” soalku ingin tahu.
“Nick yang bagi bilik ni.” jawabnya seperti berbisik.
“Apa?” aku tak dapat dengar dengan jelas.
“Hah? Oh, tak. Tadi akak tanya kat Niko kat lobi. Dia cakap dia tengok Risya masuk ke sini. Jadi akak ketuk lah pintu. Tak sangka, akak tak silap bilik.” Dalih Hasnah yang cuba ingin menyimpan rahsia.
Keningku sudah terangkat mendengar kata-kata kak Hasnah. Ada something wrong somewhere ni. Macam mana lah kak Hasnah boleh betul-betul pasti yang ni bilik aku? Entah-entah diorang ni merancang sesuatu. Tapi aku hanya simpan segala andaian dalam hati. Tak nak pula di katakan tukang buat fitnah.
Sekali lagi terdengar bunyi ketukan di tambah dengan bunyi bell. Ni mesti minah sewel ni.Aku segera mencapai tombol pintu dan ternyata sangkaanku betul.
“Hoi, minah! Aku lapar lah.”Itulah ayat yang terkeluar dari mulut munggil itu sejurus sahaja aku buka pintu.Tak menyempat betul!
“Ngek! Aku tahu lah perut kau tu ada banyak cacing kerawit. Rilek lah dulu.Kau ni tak penat ke lepas bermain tadi? Aku pekerja syarikat tu, terpaksa bergadai tenaga pergi ikut aktiviti tu. Aku pun lapar jugak tau.” Mulut munggil sudah monyok. Di bawanya beg roda dan diletaknya di tepi sofa.
Mulut yang tadinya monyok sudah terlopong melihat bilik suite ini. Dia menggoyangkan bahuku. Rasa nak tercabut bahu ni dibuatnya.
“Kau ni, agak-agaklah kalau tengah ‘culture shock’ tu!” aku menepis tangannya dari bahuku.
“Besar gila beb! Macam istana.” Aku menolak pipinya lembut.
“Istana kepala lutut kau. Dah kenyang makan angin ke? Asyik terbuka je mulut tu. Nanti tak payah makan barbeque ngan kitorang.”
“Hah?! Apa? Bab satu tengah que?” jawab Farina yang masih galak memerhatikan sekeliling. Aku ketawa kecil. Kenapalah otak sepupu aku ni agak mereng ya?
Kak Hasnah keluar dari bilik master dan menghampiri kami berdua.
“Ni ke cousin Risya yang Risya cerita tu?” soal Kak Hasnah. Mata yang tadinya menjalar ke seluruh pelusuk bilik sudah tepat memandang kak Hasnah.
“Ya, saya. Saya Farina, sepupu, aka kawan kak Risya juga. Tak sangka Kak Risya buat Farina ni terasa famous je.” Farina menghulurkan tangannya menyalami kak Hasnah. Kak Hasnah tersenyum melihat gelagat Farina. Aku menggeleng-geleng.
“Dah, Farina. Kau pergi letak beg tu kat dalam. Aku tak nak barang kau mencacatkan ruang tamu bilik aku ni. Buat semak je.”
“Amboi, mentang-mentang lah dapat bilik suite dari big boss, dah mula tunjuk lagak! Blahlah kau.” Hasnah menggigit bibirnya. Alamak, macam mana sepupu Risya boleh tahu ni? Hasnah sudah tak keruan kalau semua plannya tak jadi. Gamaklah kalau dia kena marah dengan Nick.
Sofea menghenyakkan punggungnya dengan kasar. Sepanjang aktiviti itu dia asyik mendengus geram. Dia ada terdengar khabar-khabar dari rakan sekerjanya tentang Risya yang diberi bilik presidential suite oleh bekas kekasihnya, Nick.
Ketika bersama dengan Nick dulu, Nick tidak pernah melayannya sebegitu. Dia cemburu dengan cara Nick mengejar Risya. Bukan nya dia tak tahu siapa yang ada dihati Nick. Sering kali dia melihat Nick memerhati Risya. Namun, Risya tidak pula membalas pandangan itu. Dia benci cara Nick memandang Risya. Benci!
Dia masih tidak lupa bagaimana Nick mengakhiri hubungan mereka. Ketika itu dia masih setia menunggu Nick di restoren yang sering menjadi tempat pertemuan antara mereka berdua. Baginya restoren itu ialah tempat yang paling sentimental. Tempat di mana pertama kali dia terserempak dengan Nick.
“Sorry, lambat.” Pohon Nick terasa bersalah.
“Its okay. I sanggup tunggu sampai bila-bila pun. So, kenapa you ajak keluar makan malam ni?” Soal Sofea dengan rasa hairan. Sudah acap kali dia mengajak Nick keluar bersamanya, tetapi Nick sering mengelak. Bertambah-tambah hairan Sofea apabila malam ini dia mendapat panggilan daripada Nick dan Nick mengajaknya makan bersama.
‘Apalah mimpinya hari ni? Kalau selalu ada-ada saja alasannya.’ Rungut Sofea.
“I think we should order our meal first. Lepas tu kita makan, then I will tell you.”
Dalam setengah jam kemudian, Nick berusaha bertentang mata dengan Sofea. Nick teragak-agak untuk memberitahu perkara sebenar. Tetapi, hatinya sudah menjadi milik Risya. Dia benar-benar mencintai seseorang sekarang. Dia ingin berhenti mempermainkan perasaan wanita yang tidak dia cintai.Cukuplah dengan dosa semalam. Dia ingin taubat.
“Sofea, I nak beritahu sesuatu yang mungkin akan buat you sedih, sakit hati dan benci pada I. Tapi, I nak beritahu you awal-awal sebelum terlambat. I tahu I salah, I tak patut buat you macam ni.” Nick memulakan bicaranya dalam berat hati.
“Wait, Nick, sayang, apa you cakap ni? Bunyi you macam orang nak mati je. Are you okay honey?” Sofea mengalihkan tangannya dan memegang tangan Nick. Nick terkedu dan serta-merta dia melarikan pegangan Sofea dari tangannya.
Sofea terkejut melihat reaksi Nick itu. Makin, resah hatinya bila Nick yang berada di depan tidak seperti Nick yang dulu tanpa segan silu mencium tangannya dan membisik kata-kata romantis.
“This is wrong Sof.”
“Apa yang you merepek ni,Nick? Why you larikan tangan you dari tangan I? Sebelum ni you tak pernah buat macam ni. Kenapa ni?” Ujar Sofea sabar yang masih mahu meraih penjelasan.
“Sofea, I’m sorry for what I have done to you. I tipu you. I cakap I cintakan you, but the fact is, I’m not in love with anyone. I sedar sekarang yang I tak patut mempermainkan perasaan wanita, perasaan you. I benar-benar bersalah. I tak matang lagi masa dulu. I...”
“I, what?! You nak cakap yang cinta you pada I tu tak betul? Semua kata-kata manis you kat I tu semuanya tipu semata-mata?!” Sofea sudah mencerlung marah. Nick mengeluh lemah.
“Selepas I kena puk...Emm,kena kaca hari tu, I tersedar bahawa hidup kita ni tak lama Sofea. Banyak dosa kita yang mungkin Allah belum ampunkan. I nak bertaubat.”
“Nick, what is wrong with you?! Kenapa tiba-tiba cakap pasal Tuhan, cakap pasal taubat?! Is your head really hurt that much?”
“No, Sofea. I betul-betul nak bertaubat. I nak berhenti mempermainkan perasaan orang. I nak cari cinta sejati I. I nak cari seorang perempuan yang boleh menjadi isteri I yang benar-benar setia dan sayang I seadanya. And, I don’t think that you are the one.” Tersentak Sofea apabila mendengar kata-kata ‘kejam’ Nick itu.
“So, what? Ada orang lain yang betul-betul suitable jadi isteri you?!” Bentak Sofea tanpa menghiraukan orang yang berada di restoren itu.
“Yes! I’m sorry Sofea. I am so sorry. You carilah lelaki yang berhak untuk benar-benar mencintai you dan menerima you seadanya. I pasti ada orang yang lebih baik daripada I yang sesuai untuk you.” Air mata Sofea mengalir laju apabila mengimbas kembali saat perit baginya itu. Dia pantas menyeka air matanya.
“Setan kau Risya! Aku akan pastikan yang kau dapat pembalasannya dari aku! Berani-beraninya kau rampas Nick dari aku. Siap lah kau! Dan Nick, kau ingat kau tu bagus sangat?! Kau juga akan aku jatuhkan, biar kau rasa!!” Terukir senyuman sinis dihujung bibir merah itu.
Aku tersedak setelah meneguk air mineral tadi. Ish! Ada orang yang tengah kutuk aku ni. Cis!! Sial lah siapa yang kutuk aku tu. Aku kutuk kau balik, biar lidah kau tergigit. Tanpa aku sedar, aku tersengih seorang diri macam kerang busuk.
Mata Farina terkebil-kebil melihat sepupunya yang satu ni. Pelik! Demi nak membantu sepupunya balik ke realiti, ditolaknya pipi Risya.
“Hoi! Kau apahal tolak pipi orang ni?!” Bentakku geram pada Farina.
“Dah kau macam perempuan senteng kat depan aku. Aku tolak lah pipi kau, biar sedar sikit akal tu.” Aku menjelingnya tajam. Farina hanya membalas jelinganku dengan tawa kecil. Ketika itu kami tengah duduk-duduk santai ditepi kolam. Mencuci mata.
Kat tepi kolam ni ada-ada je permandangan yang boleh dipandang. Yang paling aku tak nak lepaskan peluang ialah, lelaki-lelaki yang mandi kat kolam ni. Semuanya berseluar pendek. Ceh! Buat dosa mata betul. Tak ketinggalan juga perempuan yang hanya menggunakan bikini. Ceh! Hot sial. Berbakul-bakul kutukan yang terbit dalam hatiku melihat mereka yang tak ada kema...eh, bahaya. Mencarut pula aku ni dalam hati. Yang tiada rasa malu langsung, sanggup menayangkan segala lurah-lurah yang tak patut ditayangkan. Aku menggeleng.
“Ish! Sepupu aku yang sorang ni dah kenapa sebenarnya? Kau kena
sawan ke mak cik?” Omel Farina.
“Mulut tu, memang nak kena penempang! Cuba kau tengok orang-orang kat sekeliling ni. Ya Allah, bilalah nak taubat. Aku tengok, orang Melayu pun pakai bikini. Hish! Nasib baik kau tak ikut macam diorang. Kalau tak, dengan kau-kau sekali aku jadikan bahan barbeque nanti.” Selorohku pula.
“Alhamdulillah. Kalau tak kerana kekasih hati, aku mesti dah terumbang-ambing. Azamlah yang membantu sepupu kau ni supaya menjaga diri dengan betulnya!” Ujar Farina dengan semangat. Aku tergelak mendengar kata-katanya itu.
Selepas sahaja berehat beberapa minit di dalam bilik, kami terasa bosan pula
walaupun baru sahaja habis mengikuti aktiviti ‘family day’ tadi. Jadi aku dan Farina mengambil keputusan untuk keluar dari bilik dan merayau menuju ke kolam renang. Kak Hasnah pula aku biarkan dia duduk di bilik untuk berehat. Macam zombie aku tengok. Kesian pula.
Hal tentang bilik pun sudah dia terangkan kepadaku. Dia juga tidak menyangka yang dia duduk sebilik dengan Ija. Katanya, hal berkaitan dengan bilik diurus oleh pihak lain. Jadi, aku terus memaafkan dirinya dan membenarkan kak Hasnah tidur sebilik dengan aku dan Farina malam ni. Ija juga sudah sedia maklum pasal kak Hasnah yang akan berpindah ke bilik aku.
Terasa getaran di dalam poket seluar, aku pantas mengeluarkan handphoneku. Tertera nama abang pada skrin phone.
“Assalamualaikum, abang, apa khabar?” Jawabku setelah menekan skrin menjawab panggilannya.
“Waalaikummussalam. Adik, khabar baik. Adik pula sihat tak?”
“Sihat je. Abang berapa hari kat Thailand tu? Masih banyak lagi ke kerja? Sayang betul abang tak join ‘family day’ sekali. Syok tau!” Pada masa itu, mataku terarah ke sebelah. Farina sudah duduk ditepi kolam renang sambil kakinya dimasukkan ke dalam air kolam tersebut. Masa itu juga, Alif dan Eriana datang menghampiri kakak mereka yang masih seronok bermain dengan air. Aku tersenyum melihat gelagat sepupu-sepupuku. Aku menyambung lagi perbualan bersama abang.
“ Ya ke? Jealousnya dengan adik. Dengar bunyi suara adik pun abang tahu aktiviti tu best! Abang mungkin kat sini selama 1 bulan kot. Lagipun, ada masalah yang timbul kat sini. Lepas tu company kita pun dah cari ‘backup’ untuk tolong abang kat sini. Biasalah, bekerja dengan orang asing ni susah sikit. Lebih-lebih lagi dengan orang Thailand. Rindulah nak makan makanan Malaysia. And adik, appa pun ada kat sini.”
“Patutlah Irah cakap appa tak ikut ‘family day’. Rupa-rupanya jadi backup pula.” Aku mengangguk.
Tidak jauh dari situ, Nick melihat Risya yang tengah bertelefon. Hmph! Bahagia betul minah bongsai tu. Mesti si ‘abang’ sayang tengah call. Kalau aku call, dibiarnya mesin yang jawab. Ceh! Nick mengetap gigi kegeraman. Terasa cemburu melihat kemesraan di antara Risya dengan Hazif,walaupun hanya ketika bertelefon.
Tiba-tiba, muncul idea ingin mendengki Risya. Dia tidak suka melihat Risya berbahagia bersama Hazif. Dia memang cemburu! Dia yang sudah siap menggunakan seluar mandi menanggalkan tuala yang diikat dipinggangnya. Lantas dia menghampiri Risya yang masih belum sedar tentang kehadirannya. Dia mendengus dalam diam, lalu dia terjun ke dalam kolam yang berada dekat dengan Risya.
Dushh!! Habis basah lecun bajuku selesai sahaja aku meletakkan handphone di atas meja di sebelahku. Air kolam tadi yang aku rasakan tenang sudah menjadi ombak yang menampar badan kecilku. Eh! Sejak bila kolam ada ombak? Aku terus memandang tajam pada orang yang dah buat satu badan aku ni basah dek kena tempias air kolam setelah dia terjun ke dalam kolam. Langsung tak ingat orang sekeliling!
Mataku terbeliak melihat gerangan yang dah buat aku basah lebur ni. Selamba sahaja dia menayangkan gigi putih bersihnya. Nick mengekek ketawa.
“Nick!!” Jeritku tanpa menghiraukan orang sekeliling.
“Awak memang sengaja buat macam tu kan?!”
“Siapa suruh calling-calling kat tepi kolam? Bukan salah saya pun. Dah memang tempat orang bermain air. Tempat orang terjun ke dalam air sesuka hati. Tempat orang yang akan basah macam yang terjadi kat awak tu. Tengok saya ni, basahkan kena air?” Jawab Nick selamba. Aku sudah melongo melihat dia bermain-main air. Sambil itu ditepisnya lagi air pada badanku yang sudah basah ni. Bongok punya Nick! Macam kanak-kanak ribena betul!
Aku menghembus nafas berat dan aku berdiri ingin meninggalkan dirinya. Terasa malu bila melayan lelaki separuh senteng itu. Soal Farina dan sepupuku yang lain, aku biarkan sahaja mereka berseronok di situ. Aku ingin segera meninggalkan lelaki itu. Tak senang hidup aku dibuatnya.
Selipar jepun yang dipakaiku terasa licin. Serta-merta kaki yang tadinya laju mengorakkan langkah sudah tersadung menyebabkan badanku terdorong ke tepi dan terjun ke dalam kolam. Nick yang masih setia melihat Risya ternyata tergamam melihat badan Risya yang sudah masuk ke dalam kolam.
Seminit kemudian, barulah otaknya berfungsi dan dia segera berenang mendekati Risya yang sudah tenggelam timbul di dalam air. Dengan segera dia mencapai tubuh badan kecil itu.
Apabila terasa badanku ditarik seseorang, aku segera menolak badan sasa itu. Aku cuba berterapung dan aku meraup wajahku untuk menghilangkan air yang mengaburi pemandanganku. Kini, aku berada terlalu dekat dengan badan Nick. Mak aih! Kus semangat!
“Awak tak apa-apa ke?” suara lembut Nick membuat aku terkesima sebentar. Berkerut wajahnya memandangku.
“Saya tak apa-apa! Tak payah nak berlagak jadi hero! Awak memang sengaja nak suruh saya basah terus kan? Lepas tu, bila saya terjatuh kat dalam kolam, awak ingat saya ni lemaslah? Hmph! Jangan mimpilah! Kesiannya awak, melepas betul peluang awak nak peluk saya, sebab saya pandai berenang!” Aku menjelirkan lidah padanya. Tidak sedar yang banyak mata-mata yang memandang kami. Segera aku memandang sekeliling, sepantas itu jugalah mata-mata itu beralih ke tempat lain dan membuat hal masing-masing. Ceh!
Nick tersenyum sungging. “Saya tak buat apa-apa. Saya tak bersalah. Malah, bukan saya yang buat awak terjatuh kat dalam kolam ni. Sebab yang buat awak terjatuh tu, awak sendiri. Awak basah pun sebab awak sendiri yang cari penyakit, bukan saya.” Memang Nick yang aku kenali sekarang sudah berubah. Dia ingin menang sahaja. Tak nak mengaku kalah langsung. Sudah terang-terang dia yang menyebabkan badan aku basah lebur, dia menyalahkan diri aku pula. Pandai betul dia memutar belitkan keadaan.
Tiba-tiba, mataku teralih pada buih yang timbul di antara aku dan Nick. Mula-mula satu buih yang timbul, lepas tu, sampai dua tiga buih yang timbul ke dasar permukaan atas air. Mukaku sudah berubah merah.
“Nick! Pengotor!! Awak memang sengaja nak kenakan saya kan?!” Nick buat muka seposennya.
“Saya dah buat apa?” soalnya blur.
“Hish! Pengotor! Awak kentut dalam air ya? Kalau tak, tak ada nya buih-buih tu timbul!”
“Eh! Macam mana awak tahu itu keluar dari saya? Entah-entah, awak yang buat dia timbul tak?” Dia memutarkan keadaan kembali.
“ Bongok! Lelaki tak cukup seposen! Biul!” Aku terus menghempaskan tapak tanganku pada air dan terpecik sedikt air pada muka Nick. Nick sudah ketawa kegelian melihat reaksi Risya. Dia suka mengenakan Risya. Dengan cara itu sahaja dia boleh berasa begitu rapat dengan Risya. Dibiarnya Risya yang sudah berenang ke tepi meninggalkan dirinya yang masih berendam di dalam kolam. Tawanya masih belum hilang.
Aku mengambil selipar jepunku yang terapung dan aku pegang dengan tangan. Aku biarkan kaki ini tanpa menggunakan selipar jepun itu. Aku mendengus geram. Dan meninggalkan Nick yang masih terkekek-kekek ketawa.Aku mengambil handphone yang diletakkan atas meja plastik tadi dan menuju ke bilik.
Aku melintasi taman yang berdekatan dengan kolan renang tadi.
“Risya? Kenapa awak basah kuyup ni?” terdengar suara seseorang menegurku. Aku berkalih dan memandang Eric yang berbaju t-shirt biru tanpa kolar dan berseluar putih pendek paras lutut sedang memerhatikan diriku ini. Badanku sudah menggigil kerana berasa sejuk dihembus angin laut.
“Entah mamat gila mana yang buat saya jadi macam ni? Mamat gajah gatal yang senteng agaknya.” Dipenghujung ayatku seperti berbisik. Tidak mahu Eric mendengarnya.
“What? Gajah? Kat hotel ni mana ada gajah?” aku menggigit bibir. Alamak! Dia dapat pula tangkap perkataan ‘gajah’ tu.
“Err...Tak bukan gajah. Tak payah hiraukan saya lah.”
“Eh! Mana boleh macam ni. Saya tengok, badan awak pun dah menggigil sekarang. Wait here.” Dia mengeluarkan phone dan phone sudah melekat pada telinganya.
“Hello, assalamualaikum. Jais, tolong saya ambilkan baju robe di dalam stor. Saya dekat taman kolam ni. Thanks ya.” Aku tercengang-cengang melihat Eric disebelah.
“ Awak chinese bukan?” soalku keliru apabila melihat dia memberi salam.
“Yes!” Jawabnya singkat.
“ Are you a muslim?” soalku lagi. Terbit senyuman dibibirnya.
“Ya. Ayah saya cina masuk Islam. Mama saya pula orang Melayu.” Ucapnya lembut.
“Boss.” Panggil suara dari belakang.
“Thanks Jais.” Lelaki yang bernama Jais itu sempat mengulumkan senyuman sebelum beredar meninggalkan kami. Memang pekerja-pekerja di hotel ini semuanya ramah. Aku selesa dan suka dengan cara layanan mereka.
“Boss?” Tanyaku sambil kening disebelah terangkat. Dia tersenyum lagi. Adui! Memang cair betul tengok kembar Lee Min Ho tersenyum.
“Macam yang saya cakap sebelum ni. Saya manager di sini.”
“As in manager ‘di sini’, bukan manager di kaunter lobi?” soalku pantas. Dia tergelak kecil.
“Awak ni lucu lah Risya. Yes! Saya manager di sini dan kat mana-mana je bahagian hotel ni. Saya pemilik hotel ni.” Aku ternganga mendengar penjelasannya. Segera aku menutup mulut apabila terasa badanku ditutup dengan baju robe yang dipinta Eric tadi.Kurang sikit rasa sejuk.
“Thanks Eric Chin.” Ucapku sambil tersenyum manis. Romantik seh dia ni! Tak macam lelaki mat gajah tu. Menggatal je tau.
“Nama penuh awak apa ya?” soalku. Pelik pula aku rasakan diri ini yang tiba-tiba naik meng’gatal’ pula. Mentang-mentang jumpa ‘Lee Min Ho’ celup.
“Nama saya Eric Chin Mustafa Bin Datuk Sri Tan Chin Mus Abdullah.” Aku mengangguk.
“Selamat berkenalan.”
“Selamat berkenalan juga.” Ucapnya ramah. Kami tertawa sesama sendiri.
“Tadi, bukan ke awak pakai baju smart-smart, nampak macam pekerja kat sini je? Sekarang dah off time ya?” soalku. Kami berdua seiring menuju ke bilikku.
“Ha’ah. Saya bertugas sekejap je tadi. Habis je meeting, saya buat tinjauan kat sekeliling. Sekarang ni saya tengah free. Tapi, saya tetap suka buat pemantauan di sekitar hotel. Daripada duduk rumah tak buat apa-apa, baik saya cuci mata kan?” Dia tersengih.
Tanpa mereka sedar, dari jauh Nick memerhatikan gerakan mereka berdua.
‘Cis! Nampak mesra betul mereka berdua. Kalau aku sempat halang tadi, aku bagitau je kat mamat sepet tu jangan nak cuba goda perempuan aku!’ Nick mendongkol geram. Digempal-gempal jari-jarinya menahan rasa cemburu yang membuak-buak. Baru sahaja tadi dia geram melihat Risya mesra bercakap dengan Hazif ditalian, sekarang dengan mamat sepet pula!
‘Siapa orang tu?’ soal Nick dalam hati.
Malam itu, aku hanya berbaju t-shirt biru dengan jaket hitam dan berseluar jeans. Malam ni aku nak jadi perempuan selekeh! Aku memakai cermin mata dan tidak mahu menggunakan contact lens ketika barbeque. Ngeri pula apabila mendengar orang yang memakai contact lens ketika barbeque telah menyebabkan dirinya buta kerana kanta lekapnya sudah cair disebabkan haba api barbeque tersebut.
Aku melihat Farina yang tengah bersiap-siap sambil menyikat rambut lurusnya itu. Malam-malam macam gini, Farina tetap ingin melawa. Berbeza sekali dengan penampilanku ketika ini. Kak Hasnah pula sedang leka menonton televisyen.
“Kak, kitorang pergi dulu ya? Kakak jangan lewat pula nak join kitorang.”
“Don’t worry. I’ll be fine.” Ucap kak Hasnah sambil melambai kepada kami.
Dari jauh, kelihatan ramai yang tengah menikmati hidangan mereka. Aku sudah terliur mencium bau ayam panggang. Bermacam-macam bahan-bahan barbeque untuk dihidangkan kepada staf-staf NB. Aku terlihat kelibat cik Taufiq dan sekeluarga yang tengah duduk di kerusi berdekatan dengan kolam renang itu.
Belum sempat Eriana membuka mulut, Farina menarik seketul ayam dari tangan Eriana dan digigitnya.
“Kakak!” Jerit Eriana sambil berkerut-kerut dahinya apabila diperlakukan sebegitu.
“Ada banyak lagi kan? Kakak nak bermanja dengan kamu, rileklah.” Ucap Farina selamba. Aku sudah menampar dahiku melihat gelagat Farina yang makan tak ingat orang. Rakus benar dia makan. Orang sekeliling langsung tidak dihiraunya. Nama sahaja lawa, tapi bila makan, mengalahkan orang kebulur sahaja lagaknya.
“Apa lah punya anak dara makan macam tu? Duduklah betul-betul kak.” Marah cik deng melihat kerenah anak sulungnya itu. Aku sudah tertawa kecil.
Dari tadi aku meng’usha’ orang sekeliling tetapi batang hidung Nick langsung aku tak nampak. Tetapi kenapa ya otak ni sentiasa terfikirkan dia? Pelik betul! Bukankah aku ni geram dan meluat dengan perangai baru dia tu? Tapi kenapa aku tercari-carikan dia? Gila lah kau Risya!
Ketika masih menikmati ayam panggang, Farina mencuit lenganku. Aku berkalih memandangnya. Mata Farina terus mengarahkan aku melihat ke depan.
“Oh, Nick.” Ucapku dengan nada yang mendatar. Sedetik dua detik, mataku berkalih sekali lagi ke arah Nick. Aiseh! Smart gila lelaki mat salleh ni. Aku tersipu-sipu malu apabila pandangan kami bertaut. Yang aku malu-malu ni kenapa?
Riuh-rendah tempat itu apabila melihat boss besar sudah ke mari. Nick mengenakan baju putih berkolar yang berlengan panjang dilipat sehingga ke siku. Rambutnya pula dibuat terpacak macam style rambut pelakon korea. Memang banyak mata-mata yang memandangnya. Dan yang aku perasan, kebanyakannya perempuan. Aku mengetap gigi menahan rasa. Staf perempuan yang masih belum berkahwin berbisik-bisik memuji penampilan boss besar tu. Eleh, untunglah muka hensem banyak yang terpikat. Aku pun terpana sekali tapi cepat-cepat aku mengalihkan mata daripada memandang
kelibatnya lagi.
Nick tersenyum-senyum sambil melambai-lambai macam Miss World tak jadi kepada pekerja-pekerjanya. Aku mencebik. Bajet artis lah konon! Mentang-mentang muka macam Zain Saidin, ada hati nak jadi Miss World pulak, tui! Dengki melihat penampilannya yang berbeza dengan penampilanku sekarang.
“Fuyyoo! Hensem jugak Nick kau kan? Untunglah, orang tu sayang kat kau.” Seloroh Farina.Ditangannya memegang kepak ayam bakar.
“Bila masa orang tu sayang kat aku? Minta dijauhkan. Playboy macam dia boleh buat orang merana tau tak? Kalau kau nak tahu, muka hensem macam tulah susah nak dijaga. Baik cari orang yang biasa-biasa sahaja. Senang hati.”
“Aku tahu, sebab tu lah aku yang comel ni, mencari lelaki macam Azam. Tak hensem tapi sedap mata memandang.”
“Sedap mata dipandang oleh kau sahaja.” Jawabku pantas. Farina sudah tersengih-sengih. Dia menganggus tulang ayam tanpa segan silu. Habis comot mulutnya dan aku lapkan celah-celah bibirnya dengan tisu.
Sambil menikmati hidangan masing-masing, aku terlihat kemunculan Haris bersama sebuah gitar.
“Assalamualaikum semua. Saya Haris, bekas pembantu peribadi Encik Nik Emil kita dan ketua under Team Design ingin menghiburkan semua yang hadir pada malam ini. Saya bagi pihak boss besar, ingin berterima kasih kepada semua kerana sudi mengambil bahagian dalam aktiviti ‘family day’ kita petang tadi.” Ucap Haris ketika duduk berdekatan dengan kumpulan-kumpulan lelaki yang tidak aku kenali.
“Jadi, tanpa membuang masa, saya ingin mendendangkan sebuah lagu, khas buat family NB. Terimalah lagu, ‘Bunyi gitar’.” Semua sudah bersorak dan bertepuk tangan mendengar Haris memetik gitarnya. Suaranya diajukkan seperti suara P Ramlee. Aku tergelak melihat keletah sengal Haris itu.
Burrpp! Terdengar bunyi sendawa disebelah. Aku pandang Farina yang sudah mengusap-usap perutnya yang sudah membuncit sedikit.
“Ucap Alhamdulillah lah. Ni tidak, pi usap perut tu macam ada je anak dia dalam tu.” Farina tersenyum kambing seraya mengucapkan syukur. Aku terlihat kelibat Sofea yang duduk bersebelahan dengan Nick. Mereka nampak mesra sahaja. Aik? Bukan dah break up ke? Tak sangka orang yang dah break up boleh bertepuk tampar. Sofea tergedik-gedik sambil berbisik-bisik dengan Nick. Aku naik meluat melihat kemesraan kedua-dua pasangan merpati itu.
“Kak Risya, Eriana dah kenyang lah, nak sotong ni?” Aku melihat Eriana membawa pinggannya yang masih ada sotong panggang. Aku menggeleng.
“Tak mahulah Eriana. Kakak pun kenyang, bagilah kat abah Eriana.” Eriana bergerak menghampiri cik Taufiq.
“Okay. Atas permintaan ramai. Kita menjemput boss besar kita, Encik Nik Emil untuk tampil ke hadapan mendendangkan sebuah lagu buat semua peminatnya.” Terdengar bunyi gelak ketawa orang ramai. Nick seperti segan ingin berdiri. Sofea memegang bahu Nick membuatkan hati aku panas memandangnya. Eii, ni yang tak suka ni! Manja-manja dekat depan orang ni kenapa?
Lambat-lamat Nick menghampiri Haris dan berbisik kepada Haris.
“Hoi, aku bukannya pandai menyanyi pun.” Bisik Nick.
“Alah, kau ikut je lah plan aku ni. Kau nak teruskan plan yang seterusnya kan? Jadi, ikut arahan aku ni dulu. Kau nyanyilah apa-apa yang boleh menarik perhatian Risya. Kau cakap je dengan aku, nanti aku tolong petikkan gitar untuk kau.” Ucap Haris sambil menepuk bahu Nick.
Kali ni semua mata tertumpu pada Nick. Aku juga ingin melihat Nick menyanyi. Pandai ke tidak lelaki ni nyanyi. Entah-entah macam kera sumbang. Geli hati aku memikirkannya. Nick berdeham.
“Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua dan, saya tak nak membuang masa, sebab semua ayat yang saya nak ucap dah dirampas oleh Haris. Skrip saya semua dia bedal tadi.” Tercetus tawa kecil dari para penonton.
“Jadi, lagu yang saya nak nyanyi ni, khas buat orang istimewa. Orang yang sentiasa berada dekat dalam hati saya sekarang. Seseorang yang membuat hati saya resah gelisah.” Ucapan Nick itu membuat aku tersentak lantas mataku bertaut dengan matanya lagi. Memang betul dia memandang tepat padaku. Apa maksud dia?
“Siapa Encik Nick?” jerit suara perempuan entah dari mana. Nick tersenyum.
“Seseorang yang pasti ada dalam hati ini.” Jawabnya penuh romantis. Hati aku berdetak laju mendengar ayatnya itu.
“Tapi lagu saya ni tak lengkap tanpa berduet. Jadi saya nak seorang yang volunteer berduet dengan saya. Sebab, suara saya ni tak lah merdu sangat. Jadi, any volunteer? A girl perhaps?” Soal Nick. Makin gamat suasana sekeliling. Kebanyakannya perempuan yang teruja apabila ingin berduet dengan Nick. Aku menjeling meluat melihat kerenah sesetengah staf perempuan di sini. Banyak staf perempuan mengangkat tangan berharap supaya Nick memilih mereka.
Tiba-tiba terasa tanganku diangkat oleh seseorang. Kak Hasnah yang menarik tanganku. Entah dari mana minah ni muncul. Tangan aku yang jadi mangsa. Aku cuba menarik tanganku kembali tetapi tidak berhasil.
“Haa, saya nampak seorang gadis yang malu-malu nak angkat tangan. But thanks to my assistance there, jadi diminta cik Risya tampil bersama saya menghiburkan para-para penonton di sini.” Aku terkedu bila namaku dipanggil.
“Kak Hasnah!” jeritku kecil.
“Kau kan pandai menyanyi. Aku ada dengarlah kau menyanyi masa kau mandi dalam tandas tadi. Ingat akak tak tahu ke? Pergilah cepat, semua orang tengah tunggu tu.” Aku sudah mengeluh lemah. Terasa senak pula perut ni kerana berasa gementar. Sudah lama aku tidak berdiri di depan orang ramai. Menyanyi pula tu.
Seingat aku, masa terakhir sekali aku berdiri di depan orang ramai atau di atas pentas ialah ketika aku di tingkatan 3. Alamak! Kalau selalu, ada je aku praktis menyanyi, sekarang bila dah bekerja, jarang pula nak menyanyi atau berkaraoke. Rasa-rasanya suara aku yang macam kera sumbang.
Aku menghampiri Nick dan berdiri di sebelahnya. Malu apabila banyak mata yang memandang kami. Lebih-lebih lagi semua memberi perhatian sepenuhnya kepada kami. Aku dengan penampilan hampehku berdiri di sebelah seorang putera yang berketerampilan kemas dan bergaya. Jauh panggang dari api.
“Terimalah, Sofaz, dan bila esok.” Ucap Nick. Haris memulakan petikan gitarnya.
Di dalam hatiku selalu tersimpan,
Rasa yang takkan pernah bisa kuungkapkan,
Kau diam tanpa kata saatku ungkap semua rasa,
Disaatku ingin dekat denganmu,
Kau semakin jauh meninggalkanku,
Dan kau diam tanpa kata,
Saatku ucap semua rasa.
Pada saat itu, aku tergamam dan terkedu mendengar baris-baris lirik itu. Aku memandang Nick disebelah, ternyata matanya tepat memandangku. Aku pantas mengalih pandangan dan hanya menunduk.
Dan bila esok kita kan bertemu kembali,
Masih kah ada ruang di dalam hatimu,
Untuk cinta yang pernah kita miliku untuk selama-lamanya.
Dan bila esok kita kan bertemu kembali,
Masih adakah waktu untuk mencinta dirimu,
Tuk bisa menjaga hati ini tuk selama-lamanya.
Aku masih setia berdiri disebelahnya. Belum tiba giliran aku untuk menyanyi. Tetapi, sepanjang Nick mendendangkan bait-bait lagu itu, aku terasa seperti lirik itu ditujukan kepadaku. Kenapa hati ini terasa begitu sayu di kala ini? Walaupun suara Nick tidaklah seberapa merdu, tapi, cara dia menjiwai lagu itu membuatkan hatiku tersentuh lembut. Kenapa ya?
Masuk sahaja giliranku, aku memulakan barisan lirik dengan membaca bismillah di dalam hati. Berdebar jantung ni apabila mendengar sorakan daripada para penonton. Terdengar bunyi tepukan gemuruh, tidak kiralah dari kumpulan staf-staf lelaki bujang ataupun yang sudah berkeluarga. Mataku melirik pada Farina dan yang lain. Mereka juga turut bertepuk tangan. Aku melihat Alif yang bersorak nyaring diikuti oleh Eriana. Malunya! Hanya Allah yang tahu.
Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali,
Masihkah ada ruang di dalam hatiku,
Untuk cinta yang pernah engkau miliki,
Untuk selama-lamanya.
Nick terkedu mendengar suara merdu Risya. Dia tidak menyangka bahawa Risya mempunyai suara semerdu itu. Fikirnya, Risya akan menjadi bahan dengkinya kalau suaranya sama sumbang sepertinya. Ternyata dia salah menilai Risya. Risya pandai mengalunkan suara yang lembut menyanyikan barisan lirik itu. Penampilan yang selekeh itu tidak mencacatkan pemandangannya. Malah, dia langsung tidak melarikan pandangan itu dan setia memandang Risya di sebelah.
Akhirnya, selesai juga tugasku. Semua memberi tepukan gemuruh kepada kami. Aku memandang Nick, begitu juga dengan dia. Kami sama-sama tersenyum dan tunduk menghadap penonton. Macam artis lah pulak, hehehe.
Dari jauh Sofea mendengus. Dia mengangkat kaki meninggalkan tempat itu. Tidak tahan melihat kebahagiaan mereka. Meluat apabila Risya digandingkan dengan Nick. Memang tak sepadan langsung! Seorang tinggi lampai, seorang lagi kontot.Hmph!
Acara malam itu berakhir pada tengah malam. Kebanyakan staf-staf yang berkeluarga sudah kembali ke bilik masing-masing. Tidak mahu membiarkan anak-anak mereka tidur lewat. Yang tinggal hanya staf-staf lelaki yang masih ingin melepak sambil menikmati angin laut malam.
“Farina baliklah ke dalam bilik. Akak nak stay kat sini sekejap.” Aku melihat Farina yang sudah menggosok-gosok matanya kerana mengantuk. Farina ni jenis yang tidur awal. Begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain. Awal-awal lagi sudah kembali ke bilik. Kak Hasnah pula hilang entah ke mana. Begitu juga Haris. Nick? Entahlah. Lepas berduet dengannya, aku langsung tidak mengambil pusing tentangnya.
“Nak pergi mana kak Risya?” Ucapnya lemah.Matanya sudah layu, mengantok.
“Pergi berfoya-foya. Dah! Pergi balik bilik. Ni kad bilik akak. Kalau kau tidur mati, siap lah aku kerjakan kau esok kalau aku tak dapat masuk bilik.” Ujarku sambil memegang bahunya dan menolak lembut badannya supaya dia balik ke bilik.
Aku berjalan-jalan ditepi-tepi pantai sambil menarik nafas panjang. Menikmati angin pantai malam-malam macam gini, rasa best pulak. Aku sangat sukakan laut. Kakiku bermain-main dengan air laut. Ombak beralun menampar pantai. Keindahan malam itu sukar untuk diungkapkan dengan ayat. Memang terasa damai sahaja. Angin pula, bertiup sepoi-sepoi bahasa. Cuaca hari ini sangat baik.
Aku melihat sebatang kayu besar berdekatan denganku. Aku duduk di batang kayu itu sambil mendongak ke atas. Malam ini, bulan penuh dan bercahaya. Aku tersenyum sendiri mengingatkan kembali detik bersama dengan Nick tadi. Aku memang suka menyanyi. Tak sangka, aku masih boleh kekalkan suara ‘merdu’ aku tu. Hehehe, syok sendiri pula. Ada juga terdengar sumbangnya sebab tak selalu praktis.
Handphoneku bergetar di dalam poket seluar. Segera aku mengeluarkannya. Aku melihat nama Nick pada skrin phoneku. Aku mengeluh lemah. Apa yang dia nak malam-malam ni? Lambat-lambat aku menjawab panggilan itu.
“Lambatnya jawab call saya.” Suaranya terdengar dicorong talian.
“Assalamualaikum.” Ucapku pendek.
“Waalaikummussalam. Risya, awak sorang-sorang ke sekarang?” Aku terdiam. Kenapa tanya soalan macam tu pula? Soal hatiku.
“Eh, mana ada saya sorang-sorang. Ada orang temankan saya.”
“Tipu! Mana ada orang duduk kat sebelah awak kat batang kayu tu.” Aku terkejut mendengar kata-katanya. Bagaimana dia tahu aku tengah duduk di atas batang kayu?
“Batang kayu? Apa awak cakap ni? Kat sini mana ada batang kayu!” Ucapku masih mahu berdalih. Terdengar bunyi ketawa kecilnya ditalian.
“You still wanna lie to me? What if saya cakap, saya nampak apa yang awak buat sekarang?” Aku pantas memandang sekeliling. Tiada seorang pun kelibat yang aku nampak. Nick ni di mana agaknya?
“Okay, then bagitahu saya apa yang saya tengah buat sekarang?” Aku cuba melambai-lambai di depan laut.
“Awak tengah melambai macam orang gila kat depan laut itu.” Terus terhenti lambaianku apabila Nick meneka dengan betul. Sekali lagi, aku membuang pandangan jauh, mencari-cari keberadaan Nick.
“Sekarang awak seperti mencari-cari gerangan yang awak rindu dan cintai. Kekasih awak hilang ke?” Aku terdiam. Aku menarik phone jauh dari telinga dan memandang phone tersebut seperti orang blur. Aku tekapkan kembali phone ke telingaku.
“Kenapa? Tak percaya ke? Apa yang saya cakap tu betul ke?” Berdetak jantungku mendengar kata-katanya. Aku menggeleng.
“Kenapa menggeleng?” Soalnya lagi. Aku berasa hairan. Macam mana Nick boleh tahu apa yang aku lakukan sekarang? Padahal dia tidak berada di mana-mana berdekatan denganku? Dia guna magik ke apa? Ke teropong?
“Risya, cuba awak bergerak ke sebelah kanan awak. Ikut arahan saya sekarang.” Aku seperti teragak-agak ingin mengikut arahannya.
“Cepatlah! Kontot!” Serta-merta, hati yang terasa tenang tadi, menjadi marah.
“Kalau awak nak menghina saya, baik awak tak payah call saya! Saya tak nak ikut cakap awak kalau awak cakap macam tu!” Ingin sahaja aku mengakhiri perbualan ini. Tapi, aku tetap menunggu bicaranya selepas itu.
“Okay, fine! If you don’t want to follow my order, than you will never know what is there.” Nick memutuskan talian. Terlopong mendengar kata-katanya yang masih terngiang-ngiang di telinga ini. Apa yang ada di sana? Segera mataku memandang sebelah kananku. Tiada apa-apa pun. Yang ada cuma pokok-pokok yang mengganggu pandanganku. Aku merengus. Nak pergi ke tak nak? Tapi hati ni terasa ingin tahu sangat. Hish! Rempuh je lah.
Dengan ucapan bismillah, aku mengorak langkah mengikut arahan Nick tadi. Aku berjalan jauh dari tempat tadi. Langkahku terhenti apabila melihat lilin-lilin kecil disusun menjadi jalan. Jantungku berdegup pantas. Aku mengikuti laluan buatan lilin itu.Perlahan-lahan aku berjalan.
Langkahku terhenti apabila laluan lilin tadi tidak bersambung ke mana-mana. Aku memandang sekeliling. Tiba-tiba, dahan pokok yang berada dekat dengan tempat aku berdiri bercahaya. Cerah tempat itu dihiasi lampu-lampu kecil di dahan-dahan pokok. Aku terkesima melihatnya.
“Saya tahu, awak suka dengan semua ni.” Suara Nick berbisik dari belakang. Aku berpaling menghadapnya.
“Kenapa awak buat semua ni?”
Nick mengangkat bahu. “Entahlah. Saya terasa nak sangat buat macam ni khas untuk awak. Haris told me that you love the beach. And, awak pun suka tengok lampu malam-malam. So, saya buatlah semua ni. Awak suka tengok pemandangan yang berlatarkan lampu kan?”
Aku mengangguk. Tidak tahu ingin berbual apa kepadanya. Aku rasa terharu sebenarnya. Malah, hatiku berdebar saat Nick mengulumkan senyuman manis. Cara percakapannya pun lembut sahaja, tidak seperti tadi. Mataku leka melihat lampu yang terhias cantik di dahan pokok. Walaupun hanya simple sahaja, tetapi tetap cantik di mataku.
“Risya.” Panggil Nick lembut.
“Saya minta maaf atas semua yang berlaku tadi. Bukan saya sengaja buat begitu. Tapi, saya rasa geram dan rasa nak balas dendam lepas awak pergi tinggalkan saya kat Seoul hari tu.” Serta-merta senyuman pada bibirku kendur. Aku bertentang mata dengannya.
“Ada sesuatu yang saya ingin luahkan kepada awak. Dah lama saya pendamkan perasaan ini. Dah lama saya nak bagitahu awak terus-terang. Tapi awak asyik lari daripada saya. Saya...”
“Stop Nick! Just stop!” Giliran Nick pula yang terkedu mendengar kata-kata Risya.
“Saya rasa saya tak sepatutnya berada di sini. I think its already late now, I have to go.” Belum sempat aku meninggalkan dirinya, pergelangan tanganku digenggam.
“Kenapa awak asyik nak lari daripada saya? Apa salah saya Risya? Saya belum beritahu awak apa-apa, awak dah lari. Awak tak rasa ke apa yang saya rasa sekarang?”Rintih Nick.
“Saya tak tahu apa yang awak rasa sekarang. Dan saya tak mahu tahu pun apa yang awak rasakan tu!” Suasana menjadi tegang. Aku tertunduk tidak mahu memandangnya. Macam-macam perasaan yang terbit di dalam hati ini. Aku bengang. Aku takut apa yang ingin dia katakan seperti apa yang aku fikirkan sekarang. Aku tak suka begini. Tak suka!
“Saya tak faham Risya. Why are you doing this to me? Saya tak bersalah. Saya cuma ingin meluahkan apa perasaan yang terpendam dalam hati ini, Erisya.”
“Awak tak perlu bagitahu pun saya dah tahu. Saya cuma tak nak dengar pun apa yang awak nak luahkan tu. So, please, lepaskan saya.” Sekali lagi aku menarik pergelangan tanganku. Tetapi, Nick tetap tidak melepaskannya.
“Tell me Risya. What is in your mind right now? Okey, kalau awak tahu apa yang saya ingin luahkan, then tell me what is it?!” Suara Nick sedikit meninggi. Nick bingung dan pelik dengan sikap Risya yang sering melarikan diri daripadanya.
Aku mendiamkan diri. “Tell me what is it Risya? Tell me!” Nick sudah menengking diriku. Fikirku dia sudah tidak tahan dengan cara layananku. Air mataku mengalir akhirnya.
Nick tersentak. Dia kelu melihat perubahan sikap Risya sebegitu. Kenapa dia menangis? Salah aku ke? Nick masih tidak mahu mengalah. Dia ingin tahu apa yang ada dalam isi hati gadis yang disayanginya ini. Dia masih menggenggam erat pergelangan tangan Risya. Walaupun hatinya tersentuh melihat Risya menangis tetapi dia masih mahu meraih jawapan.
“You like me don’t you?” aku bersuara separuh berbisik. Sekali lagi, air mataku mengalir tanpa segan silu.
Nick mengesat air mata Risya yang mengalir dengan laju. Nick menggeleng.
“Please don’t cry, my dear. Kenapa perlu menangis? Saya tak mahu air mata tu tumpah kerana saya. I just want to know what are you thinking. Saya terseksa Risya, saya tak faham dengan segala perbuatan yang awak lakukan terhadap saya.” Aku masih melayan rasa hati. Tetapi pantas aku tersedar, dan menepis tangannya yang masih mengusap lembut pipiku.
Nick tergamam sekali lagi. “Awak tak perlu tahu pun apa yang saya fikirkan. Saya tak suka! Awak fikir saya akan cair dengan kata-kata manis seorang playboy seperti awak? Awak hanya suka mempermainkan perasaan seorang perempuan. Awak kejam Nick! Kejam! Lelaki hanya tahu bermulut manis! Hanya tahu mempersendakan perasaan perempuan! Saya benci! Benci dengan semua itu!” Aku melepaskan segala isi hatiku yang terpendam selama ini. Selepas Iz kahwin, hatiku mati untuk semua lelaki. Aku tak ingin bercinta dan tak mahu bercinta. Aku rela menjadi anak dara tua daripada berasa sakit kerana kecewa.
Nick terdiam melihat Risya yang sudah terduduk. Mungkin penat, penat memendam rasa. Nick membiarkan Risya sebegitu.
“Tapi saya dah bertaubat Risya. Saya tahu saya salah dahulu. Betul awak cakap. Dulu saya hanya mempermainkan perasaan wanita. Tapi sekarang saya dah sedar. Saya mahu setia, setia pada yang satu. Saya hanya ingin awak Risya. Tiada orang lain yang ada dalam hati ni. Saya ikhlas Risya. Mula-mula saya rasa ragu-ragu pada diri sendiri. Ragu tentang perasaan ini. Sudah banyak cara dah saya lakukan untuk menghilangkan perasaan ini. Tetapi, saya tak mampu Risya. Hati ini masih berdegil dan tak mahu kehilangan awak.”
Air mataku mengalir lebih deras berbanding tadi. Aku menggeleng. Aku menutup kedua-dua belah telingaku.Tidak mahu mendengar kata-kata manisnya. Bagiku semua itu hanya satu penipuan semata-mata. Nick hanya mahu mempermainkan perasaanku. Nick melutut di hadapanku dan memegang kedua-dua lenganku. Cuba menarik tangan daripada menutup telingaku.
“Please Risya, Jangan macam ni, please. Listen to me.” Pinta Nick lemah.
“Saya tak nak! Saya tak nak dengar apa-apa pun! Saya mohon Nick, saya mohon. Jangan sakitkan hati saya. Saya penat diperlakukan sebegini. Cukuplah hati ini sering dikecewakan. Saya mohon, hentikanlah.” Aku sudah teresak-esak sambil menggenggam jari-jemariku.
Lama Nick memandang Risya sebegitu. “ Who’s that guy? Siapa yang buat awak macam ni?” Nick tidak mahu mengalah dan dia mengasakkan lagi soalan yang terbit dimindanya. Risya pernah dikecewakan?
Aku terdetak mendengar soalanya. Sendu tadi masih ada. Aku menyeka air mataku dengan kasar. Dan aku berdiri ingin melarikan diri daripada dirinya. Tidak mahu membuka kembali kisah duka itu. Wajah Iz bermain difikiranku. Air mata jatuh lagi. Ya Allah, tolonglah kuatkan semangatku ini. Aku tidak mahu menangis lagi.
“Tolong Risya! Risya, Risya! Awak berhenti kat situ.” Seraya mendengar jeritannya. Kaki ku kaku. Aku tidak berpaling menghadapnya. Aku mengesat lagi air mata yang sudah perlahan mengalir dipipiku.
“Saya bukan seperti lelaki itu. Saya lain Risya. Saya pasti hati ini hanya untuk awak sayang. Lembutkanlah hati itu untuk saya. Hanya untuk saya. Cinta ini hanya pasti untuk awak. Tiada orang lain yang berhak mendapat tempat di hati ini. Kerana apa? Awak nak tahu kerana apa?” Nick menghampiri Risya dan dia memegang bahu kecil itu. Dipusingnya tubuh itu menghadap dirinya.
Bila sudah berdepan dengan Risya. Dipegangnya dagu Risya supaya mata sayu itu memandang matanya yang penuh mengharap. Nick menarik nafas dalam. “ Kerana saya cintakan awak, Nur Erisya Kamal. Saya, Nik Emil Nik Baharuddin akan pastikan cintanya hanya milik Nur Erisya Kamal. Tiada yang lain sayang.” Apabila tiada reaksi dari Risya. Dengan lembut dia menarik bahu itu ke dalam pelukkannya.
“Saya cintakan awak. Saya ikhlas cintakan awak. Dan awak hanya tercipta untuk saya. Saya pasti itu.” Bisik Nick lembut.
Tapi hati ku ini masih belum dapat kepastian itu ,Nick. Tidak seperti awak. Hati saya sakit. Saya belum bersedia Nick. Dengarlah rintih hati ini. Ayat itu hanya mampu berbisik di dalam hatiku.
“Risya, please give me a chance?” Soal Nick ketika tiada satu kata-kata yang keluar dari mulut mungil itu. Nick melepaskan pelukannya dan memandang raut wajah kekasih hati. Nick masih berharap.
“Saya inginkan bukti.” Aku akhirnya bersuara. Sendu tadi kian berkurang. Nick terkebil-kebil memandang Risya.
“Bukti?”
“Ya, bukti. Bukti yang awak betul-betul cintakan saya.”
“Emmm...Okey. Awak nak bukti, saya akan buktikan kepada awak. Kita nikah jom.” Aku menggeleng. Bukan itu pintaku. Berkerut dahinya.
Nick hairan dengan pernyataan yang diungkapkan oleh Risya. Bukti apa yang dimahunya?
“Jadi, bukti bagaimana yang awak maksudkan, Risya? Saya tak faham.”
“Kalau benar hati awak hanya mencintai saya, kalau benar awak tidak mahu yang lain dan hanya inginkan saya, awak pasti dapat membuktikannya. Kalau tidak, itu bermakna, cinta awak tu palsu.”
“Tapi bukti yang macam mana maksud awak? Kalau bukan nikah, apa lagi buktinya?” pintas Nick ingin tahu. Lama aku merenung mata itu. Aku masih mahu mencari bukti kata-katanya disebalik renungan mata redup itu. Tapi, ia tetap masih belum kukuh. Aku tahu, hatinya ikhlas mencintai diriku dengan hanya memandang sinar cahaya anak mata birunya. Cuma masih belum memadai.
“Apa Risya?” Ujar Nick lagi. Hatinya sudah tidak keruan. Bingung dan pelik memikirkan bukti yang perlu ditunjukkan kepada Risya.
“If you really love me, that proof will show it by itself. Saya masih tak nampak bukti itu. Jadi, jika benar awak diciptakan untuk saya, awak tak perlu risau. Awak takkan pernah kehilangan saya. Cuma, bukti itu yang saya mahu. Awak fikirlah masak-masak. Sooner or later you will know apa bukti yang saya mahukan.” Sisa air mataku diseka.
Nick seperti terpana mendengar ayat Risya yang sukar dimengertikan. Dia kelu. Terlalu kompleks baginya. Risya, aku tidak memahaminya. Otak Nick kosong ketika itu. Dia tidak tahu apa lagi yang perlu dia cari untuk dijadikan bukti. Yang dia tahu, perasaannya bercelaru kini. Geram, marah, kecewa, keliru, sedih, semuanya ada. Dia hanya mampu memandang wajah Risya sahaja.
Dengan perlahan dilihatnya Risya yang sudah berpaling meninggalkan dirinya keseorangan. Matanya menghantar Risya sehingga hilang dari pandangannya. Dia terduduk dan meraup wajahnya.
“Ya Allah, kau berikanlah petunjuk kepadaku atas apa yang dim
aksudkan oleh Risya tadi. Ya Allah, ya-Rahim, aku mohon kepadamu agar aku mendapat jawapan itu dariMu. Amin, Ya rabbal alamin.” Doa Nick panjang di dalam hati. Jika masa mengizinkannya, dia pasti, dia akan meraih cinta Risya itu. Jodoh pertemuan ditangan Allah. Dia tahu itu.
Dirimu hanya untukku,
Dan diriku hanya untuk kamu,
Jika benar Tuhan mengizinkan,
Aku tahu diri ini hanya tercipta untuk kamu.
No comments:
Post a Comment