Bab 18
Aku berjalan dengan menghentakkan kaki tanda tak puas hati. Hmph! Macamlah dia tu bagus sangat! Menyampah! Lelaki tu saja nak cari pasal dengan aku. Aku terus naik ke dalam bas tanpa pandang ke belakang pun. Nick GILA!!Sewel!! Suka cari pasal ingat macam hebat sangat lah! Dalam hati macam-macam sumpah seranah yang aku lemparkan bila teringat cara Nick layan aku tadi.
Ada-ada sahaja benda yang dia tak puas hati dengan aku. Turun sahaja dari bas tadi, dia sudah menempelakku. Aku yang masih mamai dari bangun tidur tadi terkejut juga.
“Apa pula terhegeh-hegeh tu?! Jalan cepat sikit boleh tak cik bungsai? Dah tahu kaki tu pendek cam bungsai, tolong lah jalan cepat sikit.” Arahnya sedikit kasar. Apa punya bahasa jiwa bangsa lah lelaki ni pakai? Terkocoh-kocoh aku berlari di belakangnya.
Di pusat RnR, sudah ramai yang berkumpul sambil menikmati hidangan tengah hari diorang. Heish! Mana pula kak Hasnah ni? Sampai hati tinggalkan aku kat dalam bas tu sorang-sorang. Adakah patut? Memang tak patut langsung!
Dari jauh aku lihat Haris tengah menikmati hidangannya. Dengan pantas aku pergi mendekati Haris.
“Hoi beb! Kau ada nampak tak kak Hasnah?” Sergahku pada Haris.
“Hoi! Yang kau main sergah-sergah tu kenapa? Mahunya aku tercekik tulang ikan ke apa ke? Siapa nak tolong aku?”
“Best friend kau tu kan ada? Tak payah risau. Kau belum jawab lagi soalan aku, mana kak Hasnah?”
“Kau ingat aku ni baby sitter dia ke? Mana lah aku tahu.” Tegas Haris. Haris mengambil minumannya dan diteguknya dengan rakus. Mak aih! Tak baca doa makan ke apa lelaki ni?
Aku menoleh ke arah lain. Masih mencari-cari kelibat minah tu. Tapi, tengok-tengok, lelaki tu juga lah yang ada kat depan mata aku. Hish! Seram sejuk aku bila tengok matanya macam nak telan aku je. Lelaki ni dari tadi, semenjak aku buka je mata dah nak cari pasal dengan aku. Gila!
Aku melarikan anak mata memandang kelibat yang lain pula. Aku segera bergerak ke satu meja yang di duduki oleh 4 orang pekerja perempuan NB.
“Ija, Ija ada nampak tak kak Hasnah? Akak cari dari tadi tak ada pun?”
“Mungkin dia ada kat tandas kot. Tadi nampak dia bergegas keluar dari bas bila bas dah berhenti tadi.” Aku menggigit bibir. Entah-entah kak Hasnah tak sedap badan tak, fikirku. Aku segera pergi ke tandas perempuan dan melihat kak Hasnah yang sudah pucat lesi.
“Kak Hasnah! Kakak tak apa-apa ke?” aku mengusap-usap belakangnya. Kak Hasnah menggeleng.
“Kakak dah okey sekarang. Baru je habis muntah. Mungkin sebab mabuk bas kot” aku berasa kasihan melihat rupa kak Hasnah seperti mayat hidup itu. Aku menarik tisu ditepi dinding dan aku berikan kepadanya.
“Kak, nak Risya urut tak? Nampak pucat sangat Risya tengok.” Tuturku setelah kami duduk di salah satu bangku di tempat makan tersebut.
“Tak perlulah Risya. Akak rasa, akak kena isi perut dulu. Dah banyak yang akak buang tadi. Belikan akak bubur boleh?” aku mengangguk dan beredar ke kedai makan di situ.
Tanpa pengetahuan Risya, Hasnah memberi isyarat tangan kepada Nick, tanda semua plan mereka berjalan dengan lancar. Hasnah segera kembali ke wataknya apabila berasa kehadiran Risya di sisi.
“Nah. Akak makan la sikit ya.” Hasnah mengangguk. Dia mengambil sudu dan dimasukkan ke dalam mulut. Suapan yang kelima dia sudah berhenti.
“Kak, makanlah lagi. Tak luak lagi pun. Baik akak makan banyak sikit. Macam mana nak enjoy kalau macam ni?”
“Tak larat lah Risya. Kakak rasa kakak nak berehat lah kat dalam bas tu dulu.” Ucap kak Hasnah lemah.
“Hasnah awak kenapa? Nampak pucat je?” ucap suara dari belakangku. Nick mengambil tempat duduk di sebelahku, diikuti dengan Haris yang duduk di sebelah kak Hasnah. Aku menjeling dirinya disebelah. Ceh! Sibuk je hal orang! Cakap dengan kak Hasnah punya baik, ngan aku macam ‘singa’!!
“I rasa I tak sedap badanlah Nick.” Rengek kak Hasnah manja. Aik? Lain macam je bunyi dia tu. Bukan kak Hasnah cakap yang dia dah tak suka kat Nick ke? Kenapa mata dia tu macam bersinar-sinar bila tengok Nick? Pelik betul.
“Oh ya ke? Kenapa boleh jadi macam ni?” Tanya Nick lembut. Amboi, lelaki sorang ni. Lembut benar aku dengar dia cakap kat kak Hasnah. Dengan aku lain pula? Aku merungut dalam hati.
“I tak tahan naik bas lah. I think I nak ikut you boleh?” aku terkejut mendengar cadangan kak Hasnah. Habis aku bagaimana? Sanggup kak Hasnah tinggalkan aku.
“Habis, siapa yang nak temankan Risya kat dalam bas?” aku cepat-cepat mengangguk bersetuju dengan kata-kata Haris.
“Dia kan dah besar, bukannya budak kecik lagi! Lainlah dia perasan diri dia tu macam budak kecik perlu ada orang nak teman.” Ucap Nick selamba. Aku terkedu mendengarnya. Dia memang tiba-tiba dah berubah.
Sakit hati bila Nick cakap macam tu kat aku. Dia suka sangat cari pasal dengan aku hari ni kenapa? Argghh!! Aku mengetap gigi.
“Kalau saya tahu jadi begini, tak adanya saya naik bas. Saya bawa kereta sendiri! Orang macam saya ni tak patut naik bas macam budak sekolah. Patut naik kereta! Siapa tah yang anggap kita ni macam budak kecik dulu?” Ternyata aku benar-benar tersinggung dengan kata-katanya. Jadi aku patut balas balik lah. Tanpa membuang masa, aku terus meninggalkan mereka. Aku tacing! Sejak bila aku ni senang nak tacing aku pun tak tahu. Semua ni Nick punya pasal!
Tiba-tiba ada orang melanggar bahuku dengan kasar. Hey! Siapa lagi yang cari pasal dengan aku ni? Aku pandang geram pada gerangan yang sengaja nak naikkan api kemarahanku. Rupa-rupanya si Sofea the witch tu yang melanggar aku tadi. Ni lagi menatang alah yang suka sangat buat aku menyampah. Suka suki dia je main langgar aku. Lepas tu dia hadiahkan jelingan tajam pula tu kat aku. Eeeiii…Sabarlah Risya oii.
Lepas tu aku terus masuk ke dalam bas tadi. Yang tak tahan, dalam ra
sa geram aku, aku buat kawad kaki. Berjalan sambil menghentak kaki dengan kuat. Tu lah salah satu cara aku nak lepaskan geram. Tak pun, aku baling apa-apa barang yang boleh aku capai dan aku campak kat mana-mana. Kadang-kadang, dinding pun jadi mangsa. Kesian dinding tu, tangan aku yang kena balik.
Tapi sekarang, kaki aku yang jadi mangsa. Ahh!! Lantak lah. Kalau ada orang nak gelak kat aku sebab buat kawad kaki yang tah apa-apa ni, biarlah. Aku tak peduli. Malas nak layan menatang alah yang suka cari pasal dengan aku.
Aku menghenyakkan punggungku ditempat duduk ku tadi. Dalam bas, aku asyik mengetap gigi. Aku memeluk tubuh. Aku mendengus bila memikirkan perkara tadi.
Baru aku ingat, aku belum sempat menjamah apa-apa pun tadi. Dek kerana terlalu marah, aku terus tinggalkan mereka. Hish! Patutnya aku rembat je bubur kak Hasnah yang tak habis dimakan. Tak ada lah aku kelaparan sekarang. Aku menekan perutku yang sakit kerana gastrik.
Sekarang aku pula yang terasa nak muntah sebab tak makan apa-apa. Perut aku dah masuk angin. Ni lah jadinya. Aduh, aku tak sempat beli jajjan pun.
Tak sampai beberapa minit lepas aku naik bas, mereka yang lain pun dah naik ke dalam. Ingatkan nak turun beli jajjan, tapi aku lupakan sahaja niatku itu. Pasal kak Hasnah pun aku tak kira. Sekarang, perut aku menjadi keutamaan sekarang. Berkerut-kerut dahiku menahan lapar yang teramat sangat. Kalau tak isi boleh buat aku pening.
Tinggal tempat duduk kak Hasnah tadi yang kosong. Bas yang aku naik menjadi bising semula. Aku terasa sesuatu yang bergetar di dalam beg ku.Aku keluarkan telefon bimbitku. Ada mesej.
Sorry dik. Akak x dpat nak tmankn adik. Tkut klu naik bas blk, perut akk x than lgi. Sorry sgt2. Akak trpksa tmpang kreta Nick. –Kak Hasnah.
Seraya membaca sms yang dikirim oleh kak Hasnah, aku membalas dan memberitahu kepadanya yang aku tak kisah. Asalkan dia berehat secukupnya kalau dah sampai ke hotel dahulu. Aku tekan skrin phoneku dan mesej tersebut sudah dihantar kepada kak Hasnah. Aku simpan kembali phone ke dalam slim begku.
Alahai, perut. Bawa-bawalah bersabar. Tuanmu ini tak ada benda nak diberi kat kau. Aku mengeluh lemah.
Tiba-tiba, ada tangan yang menyuakan bungkusan burger kepadaku. Aku dongak dan tergamam melihat gerangan yang memberiku burger tersebut. Aku mendengus kasar. Mataku dialih memandang ke tingkap bas.
“Saya tahu awak lapar kan? Baik makan ni daripada biarkan perut tu kosong. Karang aktiviti tak jadi disebabkan awak pula.” Ujarnya.
“Tak perlulah. Saya dah kenyang. Kenyang makan angin. Awak simpan je lah burger tu. Saya tak lalu nak makan tu.” Aku masih menunjukkan egoku.
“Lagipun buat apa awak ada kat sini? Awak kan tumpangkan kereta awak dengan kak Hasnah.” Selorohku lagi.
“Masalahnya, kereta Lamborghini Gallardo Haris hanya ada 2 tempat duduk sahaja. Mana muat untuk 3 orang.” Balasnya selamba.
Mataku terus terarah pada kereta besar mewah berwarna perak diluar tingkap. Aku nampak kak Hasnah dan Haris melambai ke arahku. Terdengar bunyi hon dari kereta tersebut. Bunyi siulan dan sorakkan di dalam bas membingitkan telingaku. Semua teruja melihat kereta mewah itu. Aku tak sangka pula Haris ada kereta tu. Setahu aku, dia guna kereta Kia Sportage. Mana pergi kereta tu? Ke sebenarnya kereta tu milik…
Mataku melekat pada wajah disebelah yang selamba badak dia je duduk kat tempat kak Hasnah tadi. Dia meletakkan burger tadi kat atas slim begku.
“Saya tak nak lah.”tegasku.
“Makanlah! Cuba jangan degil macam ni? Orang suruh makan, makanlah. Nanti sakit siapa yang susah? Saya juga kena uruskan awak. Sekarang ni, saya yang kena bertanggungjawab menjaga semua pekerja-pekerja saya!” ujarnya sedikit keras. Suaranya masih dikawal supaya tidak terlalu kuat. Nasib baiklah suara riuh di dalam bas tersebut dapat mengatasi suaranya.
Nampak sangat yang kami ni dua-dua degil dan ada ego masing-masing. Tapi, aku mengalah bila perut sudah mencucuk-cucuk di dalam. Aku bukakan juga bungkusan burger dan aku makan burger dengan penuh prihatin. Takut pula segala isi di dalam burger terkeluar. Kena control ayulah sikit depan anak-anak bujang di dalam bas ni.
“Awak nak saya mati tercekik ke? Air nya mana?”
Nick memberi air botol mineral kepada Risya. Sempat lagi dia menahan gelaknya melihat jelingan tajam Risya. Lucu betul si Risya ni, bisiknya dalam hati.Harap plan nanti berjalan dengan lancar,harap Nick dalam hati.
Kepalaku ditolak oleh seseorang dari tepi. Mataku terus terbuka dengan pantas. Aku menggosok-gosok kelopak mata. Aku merenung tajam pada orang yang menolak kepalaku tadi.
“Ingat kepala saya ni bola ke?” marahku.
“Taklah. Saya nampak macam telur.” Nick merenung wajahku. Aku tahu apa yang dimaksudkan oleh telur itu. Memang bentuk mukaku bujur panjang seperti telur. Kurang asam!
“Wei! Awak jangan nak kurang ajar ek?” Dilihatku wajah Nick yang selamba sahaja.
“Siapa yang kurang ajar sebenarnya? Awak yang mengada-ngada lentok kat bahu saya tanpa kebenaran saya. Jadi, siapa yang kurang ajar tu?” balasnya pula. Amboi! Dah berani melawan cakap aku sekarang. Nampak gayanya dia memang nak jadi musuh tetap aku ni. Suka nak cari gaduh dengan orang. Okey fine! I don’t wanna hear anything from you anymore!! Dalam hati aku menjerit!
Nick terus keluar dari bas meninggalkan diriku yang masih blur. Aku langsung tak faham dengan perubahan sikap nya itu. Terasa nak nangis pula dilayan sebegitu. Mana perginya Nick yang layan aku baik-baik dulu. Argghh!! Buat apa nak sibuk fikir pasal benda ni? Cepat-cepat aku menyeka air mata yang hampir nak luruh. Aku segera turun dari bas.
Akhirnya kami dah sampai pun kat hotel. Hyatt Regency Kuantan Resort, itulah tempat yang disediakan oleh syarikat kepada kami. Nampak mewah dan cantik. Lantai lobi tu pun menggunakan kayu mahal. Memang hotel bertaraf 5 bintang. Aku menghembus udara segar. Wah! Syoknya. Aku melihat sekeliling hotel tersebut. Perhiasan pada lobi pun cantik sebegini, entah bagaimana pula dengan bilik kami nanti? Tak sabar rasanya nak tengok.
Nick pula sedang berurusan dengan pihak hotel. Aku ternampak kelibat kak Hasnah bersama Haris yang sedang berjalan ke luar dari lobi.Hmmm…mungkin nak uruskan sesuatu kot. Aku terus memandang di sekitar lobi. Penuh dengan staf-staf NB. Aku tercari-cari kelibat yang aku nak jumpa sangat sekarang.
“Hoi, mak cik!” sergah suara di belakang. Aku pusing belakang.
“Kau ni suka sangat sepupu kau sakit jantung ya?” lalu aku mencubit pipi gebu milik Farina.
“Ahhh! Sakitlah.Tahu lah aku ni comel.Tak payah lah nak cubit pipi mahal aku ni.” Kata Farina sambil menepis tanganku dari pipinya. Aku gelak melihat reaksinya.
“Yang lain mana?”
“Semua dah ada kat dalam bilik. Korang ni lambat betul sampai. Nasib baiklah dah ada orang yang urus hal-hal kat sini. Tak ada lah kecoh dibuatnya. Semua yang dah sampai pun dah ada bilik masing-masing. Bilik kau macam mana? Kitorang dapat deluxe twin. Lawa siot!”ujar Farina teruja.
“ Aku tak tahu lagi. Rasa-rasanya dapat bilik murah sikit kot. Dengar perkataan deluxe tu macam mahal sangat. Lagipun kau ada family sekali. Sebab tu dapat ‘deluxe’ punya. Eh, kenapa kau ada kat sini pula?
“Aku saja jalan-jalan kat kawasan ni. Nak usha-usha mamat hensem kat sini.” Sempat lagi mata Farina melirik pada sekumpulan staf lelaki di depan kami. Aku mencubit lengannya.
“Ceh! Ingatkan setia mati dengan Azam. Rupa-rupanya nak tambah spare part ya?” sindiriku. Farina menggosok-gosok lengannya.
“Alah, apa salahnya? Azam bukannya ada dengan kita sekarang. Sekali-sekala mencuci mata, tak salah kan? Hehehe.” Seraya itu aku mendengar abang Zal menyebut nama setiap orang di situ.
“Aku pergi sana dulu, nak ambil kunci. Nanti aku pergi lawat bilik kau. Bye.” Segera aku bergerak mendekati abang Zal. Semua yang masih bujang di beri bilik yang mempunyai 2 buah katil. Aku masih menunggu giliran aku pula. Semua yang dah dapat kunci bilik beredar ke bilik masing-masing. Aku sempat melihat Sofea yang dah dapat kunci biliknya bersama gengnya.
Lama-kelamaan, hanya tinggal aku dan abang Zal yang tinggal. Ditangan abang Zal tiada lagi gugusan kunci bilik. Aku rasa hairan.
“Bang, kunci bilik saya mana?”
“Eh, Risya. Abang Zal tak tahu pula. Rasa-rasanya Risya tak ada dalam senarai kot.” Mataku sudah bulat mendengar kata-kata abang Zal. Biar betik?!
“Abang, saya rasa, saya ada dalam senarai tu. Habis, takkan lah kak Hasnah benarkan saya masuk kat dalam bas tadi? Abang jangan main-main bang. Mana saya nak tidur malam ni?” Berkerut wajah abang Zal sambil meneliti senarai kertas di tangannya.
“Tapi, betul abang dah teliti nama Risya tak ada dalam ni.”
“Habis tu nama kak Hasnah ada tak?” Abang Zal meneliti senarai itu sekali lagi.
“Ada, dia dengan Ija.” Aku melongo mendengar kata-kata abang Zal. Kenapa kak Hasnah tak masukkan senarai namaku supaya aku duduk di bilik yang sama dengannya. Aku terasa dikhianati pula.
“Tak apalah bang Zal. Kalau macam tu, saya minta cik Taufiq supaya benarkan saya duduk sebilik dengan keluarganya.”
“Tapi bilik tu dah ditetapkan bersama keluarganya. Takut sesak pula.” Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal. Alamak! Macam mana ni? Aku sudah maklumkan kepada kak Hasnah supaya sebilik denganku. Kenapa boleh dia sebilik dengan Ija pula? Aku mengeluh lemah. Nampak gayanya aku dipinggirkan oleh syarikat NB.Huhuhu.Sedihnya. Belum sempat aku beredar nak pergi ke bilik cik Taufiq bersama keluarganya, terdengar suara lelaki menegur.
“Kenapa ni? Ada masalah ke yang boleh saya bantu?” soal lelaki di depan ku lembut. Rasa nak pengsan aku melihat gerangan di depan aku ni. Ya Allah! Lee Min Ho berdiri kat depan aku sekarang!! Kena ambil gambar ni! Serta-merta aku menggeleng. Lelaki itu ada iras-iras pelakon korea yang aku minati iaitu Lee Min Ho.
Matanya sedikit sepet memang macam Lee Min Ho. Aku ni bermimpi ke? Terlopong mulutku melihat wajah manisnya tersenyum. Boleh cair siot! Aku menang loteri ke ni? Hish! Apa yang aku merepek ni? Mana boleh main loteri. Tapi memang, daebbakk!!
“ Saya pengurus hotel ini. Saya tengok cik menghadapi masalah. Ada apa-apa yang boleh saya bantu? Adakah ni pasal masalah bilik?” mata bulat hitamnya tepat memandangku. Aduh! Sabar Risya, sabar. Aku seperti terpukau melihat wajah yang berdiri di depanku. Seperti mana aku melihat Lee Min Ho yang berpakaian kemas dan smart dengan baju kemeja dan kotnya, macam tu lah yang aku nampak sekarang. Bertuahnya!
“Emmm…Macam ni Encik…” aku tidak menyudahkan ayatku. Mataku segera mencari tag namanya.
“Saya Encik Eric Chin.” Jawabnya singkat sambil melirik senyuman kepadaku. Berbunga hati ini melihatnya. Sejuk sikit rasa hati lepas macam-macam hal yang berlaku tadi terus hilang dalam kepalaku.
“Nama saya sepatutnya ada dalam senarai tu. Tengok-tengok tak ada pula. Semua nama yang ada dalam kertas tu dah dapat kunci masing-masing. Tinggal saya seorang je. Padahal sebelum sampai kat sini, saya memang dah pastikan nama saya ada dalam senarai. Jadi saya nak ambil kunci bilik dan saya dah bagitahu rakan saya yang handle benda ni untuk sebilik dengan saya. Tapi, saya tak tahu lah dia kat mana sekarang. Lesap macam tu je.Alih-alih dia sebilik dengan orang lain pula. Mana tak sakit hati, bila tengok-tengok nama saya tak ada dan tak boleh ambil kunci bilik itu.” Jelasku panjang. Sengaja suaraku dibuat lembut agar dapat meraih simpatinya. Dia kan manager, jadi bolehlah aku minta tolong dia, fikirku.
“Emmm…Kalau awak betul-betul dah daftar dengan pihak awak, jadi saya rasa saya boleh cek nama awak dalam list dalam komputer pula. Semua nama yang dah booking dengan kami sudah disimpan dalam fail computer. Kejap ya saya cek.” Encik Eric menuju ke kaunter dan menekan kekunci computer.
“Nama awak memang ada dalam senarai tetamu hotel ini. Cik Nur Erisya Kamal kan?Dari syarikat NB Gali Sdn Bhd kan?”aku mengangguk.
“Nah! Abang Zul, kan Risya dah cakap tadi. Risya ada tersenarai dalam list tu.”ucapku bangga. Hambil kau! Aku dah cakap dari tadi tak percaya.
“Emmm…Encik Zul, semua kunci bilik yang awak serahkan tadi ialah untuk twin room dan Deluxe twin untuk staf yang berkeluarga kan?”
“Ya, Encik Eric.” Abang Zul mengiyakan kata-kata manager tersebut.
Encik Eric tersenyum memandangku. “Ini kunci bilik awak. I guess they forgot about your room. Do you want me to lead the way miss Risya?” ucapnya ramah. Aduii! Ni yang aku suka sangat ni. Aku menggangguk setuju. Abang Zul pula yang tercengang-cengang. Hahaha, padan muka!
Sampai sahaja di depan pintu bilik, Encik Eric menyerahkan kad kunci kepadaku. Sepanjang perjalanan tadi dia menceritakan semua tentang hotel tersebut dan apa yang menarik di kawasan Teluk Chempedak. Aku teruja mendengar setiap penjelasannya.
“Awak tak ada beg ke cik Risya?” soal Eric ramah.
“Actually, uncle saya dan family dia ada kat sini. Diorang pun under ‘family day’ bagi syarikat NB. Mereka datang awal tadi, jadi, saya minta mereka tolong bawakan beg saya terlebih dahulu.”
“Oh, kalau begitu, awak bolehlah hubungi room service kami, atau just call me if you want anything. I could give you a hand. Nak tolong angkat beg pun saya sudi.” Ujarnya sambil tersenyum manis. Murah betul Eric ni dengan senyuman. Memang sesuai dia menjadi manager untuk melayan pelanggan. Sempat aku memujinya dalam hati. Eric menyerahkan kad bisnessnya. Aku ambil dan simpan terus ke dalam slim begku.
“So, this is your room. Have fun with the ‘family day’ aktiviti. Kalau ada apa-apa, just call me or the other staff. We would be glad to help you cik Risya.”
“Oh, please. Panggil saya Risya. Terasa terlalu formal pula.”
“Okey. Selamat beristirehat ya Risya. Nice meeting you.” Mataku menghantar kelibat Eric sampai hilang dari pandanganku. Sangat comel dan tinggi orang nya.
Aku pegang kad kunci dan aku masukkan ke dalam lubang pintu kad tersebut. Dengan perlahan aku membaca bismillah dan memberi salam sebab dah terbiasa. Di dalam masih gelap dan aku tercari-cari tempat meletak kad kunci tersebut.
Seraya meletak kad pada tempatnya, bilikku menjadi cerah. Mataku terbeliak ketika melihat sekeliling bilik tersebut. Eh, bukan bilik, ni macam dalam rumah dah aku tengok. Ni bukannya bilik twin room yang sederhana. Ni bilik presidential suite!
Tak pernah-pernah dalam hidup aku menjejak kaki ke bilik hotel sebegini. Memang macam dalam dimensi yang lain. Mulutku terlopong, terkejut melihat dekorasi bilik mewah itu. Aku tak salah masuk bilik kan? Ke Eric bagi aku salah bilik? Cepat-cepat aku mengeluarkan kadnya tadi dari begku.
Aku menekan nombornya dan terdengar suaranya ditalian.
“Hello, may I know who is this?” suara Eric jelas ditalian.
“Eric, ni Risya. Saya rasa awak salah bagi saya bilik ni. Bukan sepatutnya saya diberi twin room ke? Kenapa awak bagi bilik ‘gah’ macam ni? If I’m not mistaken, this is the presidential suite kan? Saya rasa ni bukan macam bilik lagi, dah macam dalam rumah je.” Terdengar tawa Eric dalam talian.
“Hahaha. Tak sangka awak ni lucu jugaklah cik Risya.”
“Please call me Risya.” Pantas aku memotong kata-katanya.
“Okey,Risya. Bilik suite tu memang untuk awak. Saya dah tengok dengan teliti dalam list and nama awak ada untuk bilik suite itu. Saya rasa mungkin orang atasan dah tempah khas untuk awak kot. Selain itu, saya tak tahu apa-apa.”
“Oh, ya ke? Emmm…Tak apa lah. Sorry ganggu awak kerja.”
“Its okay. It’s my job anyway. Well, if you don’t have anything to ask, benarkan saya mengundur diri dulu.” Aku gelak kecil.
“Okay, thanks.”
“My pleasure, enjoy yourself. Bye.” Talian sudah diputuskan. Aku menutup pintu bilik. Aku lihat sekeliling. Tak lama lepas tu aku menjerit dan melompat-lompat kegembiraan. Sempat lagi aku berlari di koridor,laluan yang menghubungkan ruang tamu dan pintu masuk. Macam kanak-kanak terencat pula aku ni. Berlari sambil terlompat-lompat. Luasnya!! Macam bermimpi pula. Apa mimpi company bagi aku bilik ni? Aku rasa bertuah sangat.
Aku masuk ke ruang tamunya. Wah! Mewahnya. Dekat ruang tamu terdapat meja mekan untuk 6 orang. Aku duduk di atas sofanya yang empuk. Aku meletakkan slim beg ku di atas meja. Aku masuk ke dalam master bed roomnya. Mak aih!! Ni boleh bawa masuk 12 orang. Aku teringin nak bawa Farina dan yang lain masuk ke dalam bilikku. Tak lah sunyi sangat.
Aku bergolek-golek kat atas katil. Besarnya katil ni. Lebih besar daripada katil Farina. Memang boleh muat 4 orang. Aku bergerak memasuki bilik mandinya pula. Waddduhh!! Di dalamnya banyak mengguna warna emas dan coklet. Ada bath tub pulak tu. Boleh jadi kolam dalam bath tub ni. Di luar tingkap pula ada permandangan yang sangat cantik. Bilikku berdepan dengan laut yang nan biru. Aduh!! Aku nak ambil gambar buat kenangan.
Aku kembali ke ruang tamu dan menelefon Farina. Pasal kak Hasnah, aku lupakan seketika kerana masih terasa dengan apa yang dilakukannya itu. Yalah, ingat kan sebilik tapi tak!Cuma aku lagi bertuahlah dapat suite ni. Jadi, aku tak nak bagitahu kak Hasnah dulu. Saja nak balas dendam.
Aku tekan skrin dan mencari nombor Farina.
“Hello? Mak cik, I think my room needs a company.” Ucapku dalam teruja. Senyuman sentiasa mekar diwajahku. Syoknya hidup!!
No comments:
Post a Comment