Bab 17
Untuk kesekian kalinya, dia mengeluh lagi. Sudah ke berapa kali, tidak pula dia kira. Kenapa begitu keras hati budak kecik tu? Pelik bila dia melihat Risya seperti orang yang tidak bersalah langsung. Jadi dia mengambil keputusan untuk tidak menegur dan memandang wajah Risya langsung. Ingatkan dengan cara begini Risya pasti akan tampil di depannya dan memohom maaf atas apa yang dilakukannya pada 2 minggu lepas.
Dia masih ingat lagi setelah mengetahui berita bahawa Risya sudah pergi ke Malaysia terlebih dahulu, kepalanya seperti kosong. Tidak tahu nak buat apa. Keputusan untuk meluahkan perasaan terhadap Risya pada malam itu terbantut. Pedih rasanya bila dibuat sebegitu. Sampai hati kau Risya, rintih hati Nick.
Nick merajuk dengan tindakan Risya itu. Walaupun Nick sudah mengambil keputusan untuk hanya berdiam diri dan tidak mahu menegur Risya, tetapi, Risya masih tetap buat selamba. Malah, dalam masa 2 minggu itulah, Risya langsung tak menegurnya. Sekali lagi terdengar bunyi keluhan dari mulut Nick. Dia memicit dahi yang tidak pening itu.
Cermin pejabatnya dipandang sekilas. Dilihatnya Risya yang masih tekun melakukan kerjanya di cubicle. Risya memang tidak nampak bahawa dia diperhatikan oleh Nick dari tadi disebabkan cermin pejabat Nick yang gelap itu.
Terasa macam ada seseorang yang memerhatikan diriku ini. Lalu mataku terus terarah pada cermin gelap itu. Itu pejabat Nick! Apakah sekarang dia tengah memerhatikanku? Malas mahu melayan rasa hati ini, aku terus mengalih pandangan pada kertas di depanku. Aku tekan-tekan kalkulatorku. Heish!! Kenapa masih salah ni? Serabut kepala aku dibuatnya. Aku tolak kalkulator saintifik itu. Geram bila kepala ni tengah serabut. Bukan boleh berfikir pun.Aku pandang sebelah. Nampak gayanya kak Hasnah masih tekun menaip pada computer atas mejanya.
“Kak Hasnah!” bisikku. Kak Hasnah menoleh.
“Apa dia Risya? Otak tak jalan ke?” soal Kak Hasnah kehairanan. Mata kak Hasnah teralih pula pada mejaku.
“Patut lah tak jalan. Pemberi semangat tak ada. Sebab tu lah kan?” Soal Kak Hasnah lagi. Aku hanya berdiam diri. Mulutku sudah muncung sedepa.
“Tak ada kena-mengena dengan pemberi semangat ke apa. Ni soal otak tengah ‘jam’. Tak boleh berfikir.Banyak sangat nombor kat kertas ni. Mana tak biul!” jawabku pula.
“Otak kau tu biul sebab Encik Nick tak beri kau semangat kan? Kalau dulu, ada je macam-macam bunga yang ada kat atas meja kau. Tak pun, kat setiap meja ni, ada je bunga segar yang kau sedekahkan. Risya ni kenapa jahat sangat kat Encik Nick ni?” omel Kak Hasnah perlahan. Tidak mahu orang lain mendengar bicara mereka.
Mendengar kata-katanya membuatkan otak aku yang tengah serabut sekarang makin bertambah-tambah ribut! “Kak, malas lah nak cakap pasal benda ni. Bosan betul!”
“Akak dengar hari tu kau tinggalkan Encik Nick dengan Abang Din dan Aril. Kenapa tergesa-gesa sangat nak balik?”
“Ada hal!” pantas aku menjawab.
“Yalah tu ada hal. Banyak sangat hal kau sampai tinggalkan mereka ya?” bunyi Kak Hasnah sinis.
Aku mengeluh. Ni yang buat hal ni. Tukang kepoh sentiasa sahaja tahu semua benda. Pasal aku ni pun dia dapat tahu dari siapa entah. Mesti kerja lelaki dua orang tu. Tak pun si Aril yang sama kaki kepoh. Cis!
“Kakak tu suka kat Encik Nick kan? Sebab tu nak protect dia ya? Amboi, macam cerita Protect The Boss lah akak ni. Mentang-mentang dah jadi secretary dia.”
“Akak bukan apa dik. Akak kesian dengan dia. Dia dah cuba buat macam-macam nak pikat hati kau. Lepas tu kau boleh pula tak sambut cinta dia. Malah, kau tinggalkan Korea macam tu je tanpa pengetahuan dia. Siapa tak marah kalau dibuat macam tu?”
“Kak, saya tak pernah pun dengar dia cakap, ‘saya suka kat awak’ atau, ‘saya cintakan awak’ dari mulut dia. Akak tahu tak dia tu playboy? Jangan main-main dengan dia tu kak. Playboy nombor 1 tau? Kakak suka kat dia, Risya rasa buat sakit hati kakak je. Baik cari lain.” Selorohku.
“Memang kakak tengah cari yang lain. Akak tahu yang Encik Nick tu playboy. Akak sendiri nampak dia dengan miss ‘witch’ tu pergi shopping. Tapi, semenjak kes kepala dia kena kaca tu, akak tengok dia sentiasa kejar kau. Tak ada pula akak tengok dia berkepit dengan ‘witch’ tu lagi.” Aku teringat tentang Nick yang cuba melindungiku daripada lelaki India hari itu.
Semua terkejut mendengar boss baru terlantar dihospital disebabkan kepala terkena kaca. Haris cuba menyembunyikan kisah sebenar dengan menceritakan kisah sebaliknya pula. Ini semua nak jaga nama aku, Nick dan nama syarikat. Apa tidaknya. Boss yang baru sahaja bertugas sudah terlantar sakit. Mestilah orang rasa pelik kan?
“Akak tengok perangai si ‘witch’ tu pun menjadi-jadi. Dia tu dah jadi ‘singa’ akak tengok. Asyik nak menengking orang je kerja dia.”
“Akak nak cari lain pun sebab akak tengok perubahan Encik Nick selepas kejadian tu. Dari raut wajah dia pun akak tahu dia sangat ambil berat pasal Risya. Cuma Risya sorang je yang tak sedar-sedar lagi. Akak tak nak lah terhegeh-hegeh pada yang tak sudi kan? Akak ni pun masih ada harga diri. Tak macam dia tu.” Ujar kak Hasnah sambil mulutnya dimuncungkan ke arah wanita yang menghampiri cubicle kami.
Cepat-cepat kak Hasnah menumpukan perhatiannya kembali pada kerja yang tertangguh tadi. Aku mengeluh sekali lagi dan dipegangku kertas di atas meja tadi. Sempat lagi mataku bertemu pandang dengan mata Sofea. Entah apa silap aku, dia menjeling kat aku macam orang tak puas hati. Minah ni asal pulak? Nak cari gaduh ke apa? Jeling-jeling, kang aku julingkan terus baru tahu. Mengada betul! Hatiku mendongkol geram pada ketua akauntant itu. Ceh! Bajet betul!
Nick memusing-musingkan kerusinya. Tangannya digenggam dan diletakkan pada bibirnya. Dia berfikir sejenak memikirkan cadangan yang dikemukakan oleh pekerjanya. Mesyuarat itu diadakan di antara beberapa orang-orang penting dan beberapa pekerja lain.
“Saya rasa, cadangan awak tu menarik. Saya akan pertimbangkan. Lagipun, sekarang ni pun dah tengah bulan. Seperti biasa, syarikat ni akan menganjurkan aktiviti seperti itu. Saya tak nafikan, tempat yang awak cadangkan itu, buat saya tertarik. Ada sesiapa ada cadangan yang lain?” Ujar Nick sambil matanya menyinggah pada setiap seorang ahli-ahli yang hadir di dalam mesyuarat itu.
“Encik Nick, saya rasa kalau pergi kat Genting Highlang tu macam benda biasa sahaja. Apa kata kita pergi ke pulau ke, tak pun dekat dengan pantai ke? Kalau nak buat aktiviti pun mesti seronok kalau dibuat kat tepi pantai.”Cadang Hasnah pula yang turut ditugaskan untuk mencatat segala isi-isi mesyuarat itu. Dia juga tidak ketinggalan untuk memberi apa-apa cadangan berkaitan dengan aktiviti syarikat itu.
Hari ‘family day’ sudah menjadi satu kemestian bagi syarikat itu. Dengan cara itu, para pekerja pasti dapat berehat dan meluangkan lebih masa bersama dengan keluarga. Segalanya dianjurkan oleh pihak syarikat khas buat pekerja-pekerja setia. Para pekerja pasti akan gembira malah, dengan aktiviti sebegini mampu memberi semangat kepada mereka kerana jasa yang mereka beri dibalas dengan aktiviti sebegitu.
Nick mengangguk setuju. “Saya ambil keputusan, kita adakan ‘family day’ dekat tepi pantai. Tempatnya saya masih belum pasti, tapi, kalau semua survey dah dibuat, maka resultnya nanti kita akan umumkan pada yang lain. Kalau tak ada apa-apa bantahan, kita hentikan mesyuarat sampai di sini sahaja ya? Terima kasih semua. You all have done a great work.” Semua mula bersurai dan keluar dari bilik mesyuarat. Nick menghembuskan nafas lega dan memicit-micit hujung hidungnya. Banyak betul kerja yang perlu dibuat. Sudah tiba masanya kita kena merehatkan diri dan melakukan sedikit riadah. Dapat mengurangkan stress.
Hasnah menghampiri Nick. “Encik Nick, nanti I akan berikan info tentang tempat-tempat yang menarik yang boleh kita pilih nanti. Ni dokumen yang perlu Encik Nick tandatangan dan ni semua surat-surat dari syarikat Maju jaya Sdn.Bhd. I dah diberitahu yang mereka akan hantarkan wakil-wakil nanti.” Segala dokumen dan surat sudah berpindah tangan.
“Emmm…Encik Haris masih belum balik dari Jepun ke? Hari tu urusan kat Thailand berjalan dengan lancar tak? Ada apa-apa yang perlu I tahu ke?” soal Nick sambil cuba bermanis muka pada Hasnah walaupun raut wajahnya jelas kepenatan.
“Ya. Encik Haris masih kat sana. Ada inspection yang perlu dibuat katanya. Dia bersama Encik Taufiq masih ada urusan di sana sehingga sebelum hari ‘family day’ nanti.” Jawab Hasnah.
“So, mereka sempat hadir pada hari ‘family day nanti lah ya? Baguslah. Kalau boleh, I nak semua pekerja I hadir hari tu. Nak biarkan semua pekerja-pekerja releks dan ringankan minda diorang. Tak lah macam I ni, busy 24 jam. Nasib baiklah ada yang lain. Dan nasib baiklah ada you. Thank you, Hasnah.” Nick melirik senyuman manis kepada gadis yang berdiri di depan nya itu. Hasnah sudah tersipu-sipu malu.
“Hish! Dah tu tugas I Encik Nick. Jangan lah you cuba nak tackle I. Cair I nanti, takut ada yang marah karang.”
Nick terpempan. Hatinya membisik nama Risya. Dia berdeham dan mengalih pandangan kea rah lain. Takut pula Hasnah tahu hatinya sudah tak keruan bila berkaitan dengan Risya. Malu rasanya.
“Encik Nick tak payah risau lah pasal tu. I dah tak berkenan kat you dah. I berkenan kat orang lain.Tengah mencari sebenarnya. Tapi, I tahu siapa yang ada kat hati you tu.I boleh simpan rahsia. Maaflah I ni busy body sikit. Cuma I nak ingatkan you lah pasal rakan kerja I yang sorang tu. Dia tu hati ‘diamond’ sikit.” Seloroh Hasnah.
“’Diamond’?” soal Nick hairan.
“Yalah. Diamond kan benda yang paling keras sekali kat dunia ni. Tapi yang pastinya, sekeras-keras hati ‘orang’ tu, dia senang juga nak pecah. Hatinya lembut juga nanti. Jadi, you tak perlulah risau ya? Bersabar je lah.” Nasihat Hasnah ikhlas. Tersenyum dia melihat wajah Nick yang sudah kemerah-merahan. Hensem betul boss aku ni. Sayang sama sekali, kenapa lah si Risya ni buta betul? Kutuk hatinya.
“Terima kasih atas nasihat you tu Hasnah. I tak kan lupa.”
“Sama-sama. Kalau tak ada apa-apa lagi, I keluar dulu ya, Encik Nick.” Belum sempat Hasnah mengatur langkah menuju ke pintu bilik mesyuarat, namanya dipanggil pula.
“Hasnah, I think I need your favour. Would you willing to do it for me?” soal Nick ragu-ragu.
“Definitely!” jawab Hasnah pantas.
Semua sudah sepakat dan keputusannya, Negara Pahang dipilih sebagai tempat ‘family day’ kami. Orang-orang yang mengurus aktiviti itu juga sudah merancang dengan rapi apa yang perlu dilakukan sepanjang aktiviti tersebut. Syarikat telah menyediakan bas khas buat staff-staff NB. Namun kelonggaran juga diberikan kepada pekerja yang ingin pergi bersama keluarga mereka dengan menaiki kereta sendiri.
Aku mengambil keputusan untuk pergi dengan menaiki bas bersama Kak Hasnah. Beriya-iya dia mengajakku pergi bersama dengannya. Pada asalnya aku ingin pergi bersama cik Taufiq sekeluarga, tetapi, sebab kesian kat Kak Hasnah, aku turutkan jua permintaannya. Nak tak nak terpaksa lah aku naik bas. Ingatkan boleh lah naik kereta. Nak merasa sendiri pergi ke Teluk Chempedak bawa kereta sendiri. Senang sikit kalau nak jalan-jalan kat kawasan tu.
Tapi, aku pergi juga bersama Kak Hasnah naik bas yang terpacak kat depan mata aku sekarang. Semua pekerja yang ingin menaiki bas kena berkumpul di depan pejabat syarikat di pulau Indah. Manakala yang ingin menggunakan kenderaan sendiri dibenarkan untuk bergerak lebih awal.
“ Kak, kenapa lambat sangat kita nak gerak ni?” ujarku sambil menahan rasa geram.
“Emmm…Ada yang masih belum sampai lagi. Kena tunggu sekejap.” Berkerut-kerut dahi kak Hasnah sambil memegang kertas ditangannya. Ditiliknya lagi kertas tersebut. Tangan yang satu lagi menggenggam pen dan Kak Hasnah seperti menulis sesuatu pada kertas tersebut. Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal. Heish! Rimas betul! Bila lah nak gerak ni?!
“Abang Zal, yang lain dah ada kat sana ke?” jerit Kak Hasnah pada abang Zal yang meletakkan begnya ke dalam tempat meletak beg pada bas tersebut.
“Yang lain guna kereta sendiri. Ada beberapa orang lagi yang ikut kita naik bas. Diorang belum datang. Staff-staff pulau indah dah cukup semua. Kita tunggu sekejap lagi. Encik Nick dah datang belum?” soal Abang Zal sambil matanya meliar mencari kelibat Nick. Aku juga turut sama memerhatikan sekeliling. Betul juga kata abang Zal. Aku tak Nampak pun batang hidung Nick dari tadi.
“Dia pergi ke Teluk Chempedak guna kereta dia sendiri. Dia pergi dengan Encik Haris.” Jawab Kak Hasnah.Fuh! Nasib baiklah dia tak ikut sama naik bas. Yalah. Orang kaya macam dia mana nak naik bas macam orang-orang bawahan ni. Aku membuat andaian sendiri.
Aku menarik nafas lega. “Kak, penatlah berdiri kat luar ni. Panas pula tu.Risya masuk bas dulu ya. Beg Risya ada pada cik Taufiq. Diorang pun dah gerak ke sana.” Kak Hasnah mengangguk dan aku terus naik bas.
Ada 3 bas semuanya. Jadi, bas yang aku naik ni tak lah penuh sangat. Ada terdapat pekerja-pekerja dari pulau Indah yang aku tidak kenal duduk di dalam bas yang aku naik itu. Malas mahu beramah-mesra dengan mereka, aku hanya tayangkan senyuman manis dan segera duduk di tempat kosong. Aku letakkan slim beg aku kat tempat duduk sebelah. Tu tempat duduk khas buat kak Hasnah.
Dalam menunggu kak Hasnah untuk duduk di sebelahku, sempat lagi aku berangan. Aku teringat seketika tentang cara layanan Nick terhadapku dalam beberapa hari ni. Dingin sahaja. Walaupun pada asalnya aku berasa sangat lega yang Nick tak buat perangai peliknya, tapi aku tetap berasa kosong.Macam terasa kehilangan sesuatu pula. Macam, macam argh!! Aku memang tak suka perasaan ni. Kenapa lak aku perlu fikir pasal dia?
Setiap kali aku berada di pejabat, sempat aku mencuri-curi pandang ke arah nya. Tapi dia tetap buat-buat tak tahu. Mula-mula tu aku rasa bahagialah yang dia tak kacau aku lagi. Malah, bunga yang diberinya setiap hari masa dulu, dah tak ada langsung. Nasib baiklah bunga bersama kad yang diberinya dulu tidak dituliskan nama Nick.
“Awak dah dapat bunga yang saya beri tadi?” kejadian 3 bulan lalu singgah dimindaku. Aku yang tengah duduk di pantry terkejut apabila ditegur oleh Nick secara tiba-tiba.
“Jadi yang beri saya bunga tadi ialah awak?” soalku kembali. Dia mengangguk dan menguntum senyuman manis kepadaku. Aku teragak-agak ingin menyambung bicara kami apabila kami terdiam seketika.
“Emmm…Awak suka tak?” soalnya lagi. Mataku terus memandang di luar. Tidak mahu bertentang mata dengannya.
“Kenapa awak beri bunga kepada saya? Adakah ni sebab saya jaga awak kat hospital tempoh hari?” Nampak reaksinya yang sedikit tergamam apabila aku menyoalnya sebegitu.
“Salah satu sebabnya, itu lah. Terima kasih kerana jaga saya.”Ucapnya.
“Saya jaga awak pun sebab saya rasa bersalah terhadap awak. Saya tahu saya salah. Saya patutnya jawab panggilan awak.Saya minta maaf. Tak sangka pula awak sanggup datang ke rumah saya.” Jawabku.
“Tapi, kalau saya tak datang hari tu, entah apa yang akan terjadi kepada awak masa tu. Saya tak pernah pun salahkan awak. Malah, saya rasa bersyukur kerana Allah masih mahu menyelamatkan diri saya dan juga awak. Awak pula hanya mengalami kecederaan yang ringan. Dan tok Idham pun dah maafkan saya. Tanpa kejadian hari tu, tak mungkin tok Idham maafkan saya sampai sekarang. Terima kasih.Jadi, saya hanya boleh membalasnya dengan memberikan awak bunga tu.” Jelasnya panjang. Aku mengeluh.
“Tapi awak boleh je kalau awak nak balas dengan cara lain.”
“Apa maksud awak?” Dahi Nick berkerut.
“Maksud saya, awak tak perlulah membazirkan wang awak tu dengan bunga tu. Nanti apa pula orang fikir? Awak tu boss yang baru sahaja bertugas kat sini. Awak nak ke kalau ada gosip-gosip buruk tentang awak disebarkan oleh pekerja-pekerja awak?”
“You mean gossip tentang saya dengan awak?” Nick memeluk tubuhnya. Aku pandang cara pemakaiannya. Smart seh! Sempat lagi aku memuji lelaki ini. Badannya yang tegap dan sasa, ditambah dengan badan yang ramping seperti tubuh badan artis korea buat Nick nampak sesuai memakai baju kemeja biru muda bersama sut hitamnya itu. Tali leher berwarna biru tua diikat kemas pada lehernya. Serta-merta aku tergamam melihat penampilannya itu. Mampu membuat mana-mana gadis cair.
“Risya?” panggilan itu menyedarkan aku dari terus merenung dirinya.
“Ya! Gosip antara saya dengan awak. Awak tak rasa malu ke nanti orang mengumpat pasal awak tanpa asal-usul? Nasib baiklah kejadian yang berlaku hari tu dapat ditutup oleh Haris. Kalau tak, saya rasa seluruh pejabat ni akan cakap buruk terhadap saya dan juga awak.” Jawabku sambil cuba bertentang mata dengannya. Tidak lama kemudian Nick tersengih sampai menampakkan giginya yang putih bersih itu.
“Kalau gosip tu dikaitkan dengan awak, saya tak kisah langsung. Malah, saya berbahagia kalau digandingkan dengan awak. Sangat bahagia.” Aku terkedu memikirkan kata-katanya. Ada maksud tersirat pada bicaranya itu.
Selepas pertemuan dengan Nick dipantry itu, Nick sentiasa membekalkan bunga-bunga segar kepadaku. Setiap hari pula tu. Ada-ada sahaja ayat-ayat manisnya ditulis pada kad kecil bersama bunga-bunga yang diberinya itu. Nasib baiklah nama pemberinya ditulis nama ‘mat gajah’ pada hujung ayatnya. Sesiapa yang membaca ayat-ayat manisnya pasti akan cair. Tapi bukan aku.
Tidak mahu perkara tersebut menjadi buah mulut pada rakan-rakan sekerjaku yang lain, maka setiap hari bunga-bunga itu diberikan kepadaku, setiap hari itu juga lah aku sedekahkan pada orang lain.
“Kak Hasnah tahu siapa pemberinya. Bukankah Risya pernah cerita kat kak Hasnah pasal mat gajah gatal yang hempap Risya kat hotel hari tu kan? Dan orang nya ialah…” belum sempat kak Hasnah menyudahkan ayatnya, cepat-cepat aku menekup mulutnya dengan tanganku.
“Kak Hasnah, kalau orang lain tahu habis lah Risya. Saya minta tolong kak Hasnah, kalau kak Hasnah tahu siapa dia, tolonglah, rahsiakan perkara ni. Saya tak nak nama baik dia tercemar oleh saya. Dia baru je bertugas di sini. Jadi, please, zip your mouth don’t let anyone know about this.” Kak Hasnah mengangguk dan tersenyum setelah tanganku sudah dialihkan dari mulutnya.
“Jangan risau. Akak janji akak simpan rahsia. Cuma nanti kalau ada orang tanya pasal ni macam mana? Yalah, hampir setiap hari kau dapat bunga dari ‘admirer’ kau tu. Apa nak jawab?”
“Cakap je lah ni bunga dari pak cik-pak cik kat rumah kebajikan tu. Diorang mesti faham.”
“Okey, sukahati kau lah Risya. Akak tumpang bahagia je.”
Seseorang menghenyakkan punggungnya disebelah tempat dudukku. Aku toleh ke sebelah. Kak Hasnah menghembus nafas panjang.
“Dah penuh pun bas ni. Nasib baiklah kita tak perlu tunggu lama-lama.” Aku baru tersedar yang bas ni dah penuh dengan pekerja-pekerja NB. Aku pandang kak Hasnah yang membetulkan duduknya.
Bas sudah mula bergerak meninggalkan dataran tempat parkir pejabat NB di pulau Indah. Aku juga membetulkan kedudukanku agar lebih selesa. Aku berkalih memandang tangan yang memegang air kotak teh bunga.
“Nak tak? Akak ada bawa lebih.” Aku tergelak memandang kak Hasnah. Di atas pehanya terdapat plastik yang penuh dengan’ jajjan’. Aku menggeleng.
“Tak nak ke?”
“Akak ni nak pergi mana bawa makanan banyak-banyak macam ni?”
“Eh, orang nak pergi jauh, kenalah bawak makanan banyak sikit.”
“Bukannya kita pergi jauh pun. Dalam masa 4 jam, dah pun sampai kak. Tak jauhnya macam dari Miri pergi ke Kuching.” Ujarku lagi. Aku mengambil air kotak dari tangan kak Hasnah dan menebuk lubang kotak dengan straw. Aku menyedut air kotak tersebut.
“Tak ada lah. Akak ni susah sikit kalau nak pergi jauh-jauh. Walaupun dekat sahaja. Pakai bas pula tu. Akak takut akak mabuk bas pula.” Kak Hasnah menyelak sedikit barang-barang di dalam plastik tersebut. Terdapat juga ubat-ubat yang aku sendiri pun tak tahu apa.
“Akak ni macam nak pergi berperang pula saya tengok. Ubat pun macam-macam jenis pun ada.”
“Alah, prevention is better than cure.” Aku tersenyum menahan gelak melihat kak Hasnah yang agak gelabah ayam itu.
Sepanjang perjalanan, riuh-rendah keadaan di dalam bas. Kebanyakannya staf di dalam bas ini, bujang dan masih belum berkahwin lagi. Macam-macam yang mereka lakukan. Ada yang menyanyi, melalak sakan sampai tak ingat bumi, ada yang memetik gitar dan ada yang hanya menjadi tukang sorak. Selebihnya hanya melayan diri senyap sahaja, macam aku.
Kak Hasnah pula melayan pekerja-pekerja lain yang masih asyik dengan aktiviti mereka itu. Terdengar juga sorakan dari kak Hasnah disebelah. Aku hanya mampu menjadi penonton sahaja. Macam-macamlah diorang ni. Ada masa nya aku tergelak juga melihat gelagat-gelagat mereka. Memang macam pasar di dalam bas ni.
Mataku pula sudah rasa berat. Aku keluarkan ‘ear phone’ dan aku sumbatkan ke telingaku. Aku pasangkan lagu-lagu Korea kegemaranku yang disimpan di dalam telefon Samsungku. Aku melayan diri dengan mendengar rentak lagu instrumental yang mampu membuat mataku tertutup. Akhirnya aku tewas juga dan terlelap.
Aku terasa sangat sunyi sahaja bila tiada lagi bunyi riuh-rendah yang menyinggah di telingaku.Hanya bunyi muzik dari ‘ear phone’ sahaja yang dapat didengarku. Kenapa senyap saja? Serta-merta aku membuka kelopak mataku. Mataku terarah pada tingkap diluar. Rupa-rupanya kami berada di salah satu tempat rehat RnR. Patutlah senyap sahaja. Mereka yang lain sudah keluar dari perut bas ni, andaiku.
“Bangun juga awak akhirnya.” Berdetak jantungku apabila mata sudah teralih pada pemilik suara itu. Bukankah dia pergi dengan Haris guna kereta? Kenapa boleh ada kat sini pula?
“Assalamualaikum.” Ujarnya nak tak nak. Aku terkedu seketika. Aku pandang lelaki di sebelah aku dari atas sampai ke bawah. Pakaiannya nampak begitu santai dengan t-shirt hijau tua berkolar. Pada t-shirt nya itu ada lambang Polo dikenakan dengan seluar hitam paras bawah lutut. Berbeza sekali dengan penampilannya apabila di pejabat.
“Waalaikummussalam.” Jawabku lambat.
“Dah lama saya tunggu awak bangun. Buat penat saya je.” Aku terkedu dengan tutur katanya itu. Memang lain berbanding cara layanannya dulu. Aku masih tercengang macam tak percaya sahaja dengan ayatnya tadi.
“Yang pandang saya macam tu kenapa? Dah kena sampuk ke? Kalau dah bangun tu, saya blahlah dulu.” Ujarnya sedikit kasar. Aku nampak wajah tak puas hatinya itu.Berkerut-kerut dahi aku mendengarnya.
“Boleh tak kalau awak buka mulut tu bersuara? Saya rasa macam cakap dengan tugu tau tak? Malaslah nak layan tugu ni.” Nick mendengus dan berdiri meninggalkan diriku yang masih belum berganjak dari tempat duduk. Terkebil-kebil aku dibuatnya. Aku ke atau dia yang dah kena sampuk? Macam mana dia boleh berubah 120 darjah ni? Tiba-tiba marah kat orang ni kenapa?Yang cari pasal dengan orang yang tak bersalah macam aku ni kenapa? Panjang pula bebelku dalam hati.
Apa sudah jadi pada Nick yang dulu? Adakah disebabkan aku meninggalkan dirinya di Seoul tanap pengetahuannya menjadi punca dia berubah sebegini? Atau disebabkan aku langsung tidak mahu menegurnya selepas balik dari Seoul itu menyebabkan dia melayanku sebegini? Aku pula yang rasa bengang dengan semua persoalan yang bermain kat kepala otak aku ni? Nick GILA!! Sempat lagi aku menyumpah-nyumpah pada CEO syarikat NB itu.
No comments:
Post a Comment