Bab 16
Irah menggigit straw dan disedutnya sedikit air lobak susu. Matanya tepat pada mata milik Afiq.
“Kenapa awak pandang saya macam tu?” soal Afiq kehairanan.
“Saya hensem sangat ke hari ini?” sambungnya lagi. Irah mendengus.
“Tak ada maknanya kalau saya pandang awak macam ni sebab awak hensem hari ni. Hari-hari saya pandang awak macam ni tau.” Afiq mengukir senyuman pada tunangnya.
“Saya tahu. Sebab tu lah hari-hari jugak lah saya sayang awak. Emmm...Awak dah cari ke rumah atau apartment baru? Selepas kejadian yang berlaku dulu tu, saya sentiasa rasa tak sedap hati. Kalau boleh, tiap-tiap hari saya nak kena jaga awak. Hantar awak balik ke flat tu. Awak, pindah lah cepat-cepat. Duduk kat flat tu, agak bahaya lah. Tak selamat.” Ujar Afiq.
“Kalau flat tu tak selamat, tak ada nya saya duduk kat depan awak sekarang ni. Buat masa ni, kami masih nak mencari penyewa baru yang ganti tempat kami. Bukannya senang nak cari tau. Kena ambil masa juga. Kitorang pun dah inform kat tuan rumah pasal nak pindah rumah. Lepas tu, saya kena fikir juga keadaan rakan serumah saya yang lain. Saya pun fikirkan juga pasal Risya. Fikir pasal rumah baru nanti. Jauh ke tak, senang untuk yang lain ke tak kalau nak bertolak dari rumah ke tempat kerja masing-masing. Nanti kalau semua ni dah selesai, kami pindah lah.” Ujar Irah pula. Dia bermain-main dengan strawnya dan disedutnya lagi air jusnya.
“Kalau pasal perkahwinan kita?” soal Afiq lagi.
“Kenapa dengan perkahwinan kita?” soal Irah kembali.
“Tarikh perkahwinan kita. Persiapan semua macam mana?”
“Amboi, dah tak sabar ke yang?” tersenyum-senyum Afiq mendengar kata-kata tunangnya itu.
“Yalah! Bila lah agaknya saya boleh peluk awak? Awaklah penyebabnya. Nak tunang sangat. Saya dah cakap dah dari dulu. Kalau bertunang, tak payah lah lama-lama. Kita kahwin terus, kan senang. Ni tidak, nak juga bertunang dulu. Tengok sekarang. Hati saya dah tak menentu lepas dengar kejadian yang berlaku pada Risya dan Nick. Hati saya bimbang tau pasal keselamatan awak. Kalau awak dah kahwin dengan saya, dapat saya jaga awak selalu.”ucap Afiq sedikit kuat.
“Ish! Awak ni, tak boleh ke suara tu control sikit. Orang lain dengar tau tak. Malulah.”
“Apa nak dimalukan? Awak tunang saya, bakal isteri saya. Macam ni lah saya, sikap saya. Awak juga yang beri gelaran ‘speaker rosak’ kat saya kan?”seloroh Afiq.
“Hish! Awak ni, sama je macam anak awak si Risya tu. Sama macam Appa dia ni, ada suara ‘speaker pecah’.”
“Cakap pasal anak kitalah kan...” Afiq tidak menyambung ayatnya. Dibiarnya supaya Irah tertunggu-tunggu.
“Hah! Awak nak cakap pasal anak kita dua orang tu ke, ke bakal anak-anak awak yang belum ada lagi?” Irah sudah menangkap niat sebenar Afiq.
“Kalau saya cakap pasal bakal anak kita macam mana? Awak nak berapa orang anak?” Hidung Irah beransur merah. Disebabkan dia mempunyai kulit sedikit gelap, hanya hidungnya sahaja yang akan menjadi merah dikala dia malu.
“Awak nak berapa orang anak? Saya nak anak ramai tau.” Ujar Irah. Afiq tergelak kuat.
“Penat lah saya nanti. Emmm...Saya nak satu padang bola ,boleh?” Irah mencubit lengan Afiq. Afiq mengaduh manja.
“Emmm...Hazif mana?” soal Afiq cuba mengeluarkan topik yang baru.
“Awak tanya saya pula. Sepatutnya awak yang lebih arif pasal anak awak yang sorang tu. Awak dengan dia kan bekerja di tempat yang sama. Tanya kat orang pulak.”
“Saya dengan dia mana selalu jumpa. Orang yang selalu saya jumpa, tu si Risya. Anak manja awak yang sorang lagi tu, susah sangat nak jumpa. Dia kan selalu outstation. Begitu juga dengan saya. Sekarang ni, yang saya tahu, Risya pergi ke Seoul sebab ganti tempat Encik Haris. Pasal si Hazif tu pula, saya memang tak tahu. Kalau saya ada kat pejabat, batang hidung dia pun saya tak nampak.”
“Dia ada urusan kat Thailand. Ada masalah pula kat sana. Eee...Peliklah awak ni, sama tempat kerja tapi tak tahu menahu pasal rakan sekerja.”
“Saya dah agak dah yang awak tahu pasal dia. Sebab tu saya tanya awak. Haa, yang si Risya tu berapa hari kat sana?”
“Aik, tadi awak cakap awak tahu pasal Risya. Tak kan berapa hari dia kat sana awak tak tahu pula?”
“Eh, mana lah tahu, dia teringin nak lama-lama kat sana. Lagipun, dengar-dengar, tu first time dia pergi ke Korea, tak gitu?”Irah mengangkat bahu.
“Tak tahulah dia nak balik bila. Tapi kalau ikutkan jadual kerjanya, dia hanya ada kat sana selama 2 hari. Since dia pergi bersama CEO baru tu, tak tahulah kalau-kalau dia dibenarkan untuk berlama di sana.”Seketika kedua-duanya diam.
“Awak, awak rasa Risya dah lupakan si Iz tu ke?” soal Irah.
“Eh, cakap serumah, tapi takkan awak tak tahu apa perasaan dia sekarang?”
“Entahlah. Sekarang ni saya tengok Risya cuba menyibukkan dirinya. Pasal Iz langsung tak pernah keluar pun dari mulut dia.”
“Kalau dia dah lupakan si Iz tu, baguslah. Kita doakan je lah yang terbaik buat dia.” Irah mengangguk setuju. Harap dia dijodohkan dengan orang yang lebih baik daripada Iz, doa Irah dalam hati.
Aku tersedar dari tidur apabila terasa sedikit cecair terkeluar dari bibirku. Lalu, aku lapkan air liur ku yang mengalir sedikit itu dengan tangan. Tak senonoh betul aku ni. Aku kaku seketika. Rupa-rupanya, kepalaku sudah mendarat dibahu Nick. Dengan perlahan, aku mengangkat kepalaku. Haiii, kenapalah aku boleh tak sedar yang aku dah tertidur pada bahu Nick tadi? Aku pandang wajah Nick yang masih lena dalam mimpinya. Aku lihat jam ditangan. Sudah pukul 7.30 pagi. Kalau diikutkan waktu di Korea, ketika ini sudah pukul 6.30 pagi. Tak lama lagi kapal terbang ini akan mendarat di Lapangan Terbang Incheon.
Sekali lagi aku tilik muka Nick. Adoi! Kenapa dia tetap nampak hensem walaupun dalam tidur? Tiba-tiba, terbit niat dihati ingin menangkap gambarnya ketika dia masih tidur. Aku keluarkan telefon bimbit samsungku dan aku setkan dalam ‘flight mode’. Aku ambil gambarnya dan aku savekan gambar tersebut ke dalam memori phoneku. Tiba-tiba tangan Nick bergerak. Nick mengeliat. Mak aih, comelnya dia mengeliat. Cepat-cepat aku betulkan tempat dudukku apabila mata Nick sudah terbuka.
“Oh, awak dah bangun rupanya.”
“Emmm...Ya. Saya baru je bangun. Selamat pagi.” Ucapku sekadar berbahasa.
“Oh,pagi. Assalamualaikum.” Nick mengukir senyuman manis. Aku tergamam. Lama aku pandang wajahnya. Adoi! Kenapa dengan aku ni? Terpana melihat keindahan alam ke? Aku larikan mataku memandang tingkap.
“Waalaikummussalam. Eh, Nampak cuaca hari ni elok je. Cerah, mesti cantik kalau tengok permandangan pada musim bunga di Korea.” Ujarku.
Nick membetulkan kedudukannya.
“You’ll see after this.” Senyuman tidak pernah lekang.
Terkocoh-kocoh Hasnah mengejar jejaka di depannya. Kenapa pula aku yang kena ikut si mamat ni? Rungutnya dalam hati.
“Awak ni lambat betul lah. Kenapa nak pakai kasut tumit tinggi macam tu? Kita kan nak masuk kilang sekarang. Bukan nak pergi shopping,” Ucap Haris sedikit keras pada Hasnah yang berjalan lambat di belakangnya.
“Ni bukan sebab saya pakai kasut tumit tinggi ke tak. Ni sebab kaki awak yang panjang sangat. Langkah awak tu bukan macam orang berjalan, tapi macam orang berlari.” Hasnah mengurut kakinya yang lenguh. Haris menghampiri Hasnah.
“Kalau dah tahu saya ni jalan laju sangat, kenapa awak tu jalan macam siput pula?” balas Haris dan berlalu meninggalkan Hasnah yang tercengang-cengang. Terlopong mulut Hasnah apabila Haris menyindirnya begitu. Hasnah sudah menggempalkan jarinya kegeraman.
“Sabar, sabar Hasnah. Kau datang ke Thailand ni sebab urusan kerja. Oleh kerana Encik Taufiq terpaksa pulang ke Malaysia kerana urusan penting, jadi kau terpaksalah jadi wakil dia. Haish!!Kenapa aku pula yang kena jadi setiausaha sementara mat ‘bagus’ ni?” Hasnah mendengus dan meneruskan langkahnya menyaingi Haris.
“Macam lah bagus sangat mat ‘bagus’ ni.” Sempat pula Hasnah mengutuk dalam hati.
Dilihatnya Haris yang tengah berbincang dengan client-client dari Thailand itu. Segala isi perbincangan tersebut dicatatnya.
‘Tapi, kalau dipandang lama-lama, comel jugak si mat ‘bagus’ ni. Cermin mata yang dipakainya memang sesuai dengannya. Eh,Hasnah!Kau ni dah bengong ke? Puji orang yang kau menyampah ni kenapa? Heish! Mengarut!’ Hasnah bermonolog. Hasnah meneruskan kerjanya.
Fuh!! Syukur Alhamdulillah. Semuanya sudah selesai. Perbincangan dengan client dari korea sudah selesai. Segala perjanjian sudah ditandatangani. Dan plan aku juga tiada masalah. Gembiranya dapat kontrak baru.
“Dah lega ke?” soal Nick yang muncul secara tiba-tiba dari belakang. Aku mengurut dadaku. Hish! Lelaki ni suka sangat buat aku terkejut king kong. Bukan terkejut beruk lagi. Dah ada nama baru.
“Lega sangat! Sampai jantung saya ni pun nak jatuh!” sindirku.
“Kalau jantung awak dah jatuh, tu maksudnya, awak dah jatuh cinta. Benarkah?” mata aku bulat memandangnya.
“Kalaupun bukan awak yang jatuh cinta. Saya yang mungkin terjatuh hati nanti kalau awak pandang saya macam tu.”
“Apa yang awak merepek ni?”
“Since urusan kita dah selesai, apa kata kita pergi jalan-jalan kat Seoul ni. Awak kan nak tengok permandangan kat sini.” Ucap Nick tanpa menjawab soalanku tadi.
“Tadi Encik Kim pun ada menawarkan dirinya untuk bawa kita jalan-jalan di Bandar Seoul ni. So, amacam? Nak tak?”Aku mengangkat bahu.
“Sukahatilah. Saya ikut je.”
“Jom!” Tanpa sedar Nick menarik lenganku dan kami keluar dari pejabat tersebut. Aku menarik lenganku.
“Oh! Sorry.” Aku malas mahu melayannya dan aku teruskan langkahku menuju ke pintu depan syarikat tersebut. Aku masuk ke dalam kereta yang sudah disediakan. Dituruti oleh Nick.
“Kita pergi balik hotel dulu ya. Siap-siap. Lepas tu kita keluar jalan.”
“Emmm...” jawabku singkat.
Aku mengenakan blouse merah berlengan pendek dan baju kot putih di luar. Aku gandingkan baju dengan tudung yang berwarna peach lembut. Aku sapukan sedikit solekan nipis pada wajahku. Aku calitkan sedikit pelembab bibir. Aku lukiskan nipis garisan alis mata dengan eyeliner Maybelline. Aku tilik raut wajahku seketika dicermin. Okeylah ni. Dalam beberapa minit kemudian, terdengar ketukan pintu dari luar. Tu mesti Nick!
Pintu yang diketuknya tadi sudah dibuka. Dia terpampam melihat wajah di hadapannya. Comel! Puji Nick dalam hati. Pandai juga Risya ni menghiaskan diri. Tak over dan sangat simple. Dia memang nampak comel dan macam budak-budak bila pakai tudung berwarna peach digandingkan dengan baju blouse merah cair berserta kot putih itu.
“Nampak bidadari turun dari langit ke?” sengaja ingin mengusiknya.
“Kalau saya cakap saya nampak pari-pari kecil yang comel berdiri kat depan saya ni, awak percaya tak?”
“Tak! Sebab yang wujud hanya malaikat. Pari-pari tak wujud dekat dunia ni. Semua tu dongeng.” Aku segera menutup pintu bilik dan aku berpaling ke belakang. Rupa-rupanya, Nick masih kaku berdiri di situ. Tidak berganjak pun. Terasa terlalu dekat pula kedudukan kami sekarang. Aku balas tenungannya. Terasa nak putus nafas aku ni bila pandang mata Nick. Cara pandangannya sukar ditafsirkan. Aku berdeham.
“Kita nak pergi ke tak?”cuba memecah kesunyian ketika itu. Aku lihat reaksi Nick yang seperti baru tersedar dari lamunan tersebut. Dia menggaru kepalanya. Gatal sangat lah tu. Garu macam kera tu kenapa?
“Mari. Driver Encik Kim sudah ada kat bawah.”
“Em, lagi 2 orang ikut juga tak?” soalku ketika menunggu lif.
“Yup! Diorang pun tak nak lepaskan peluang juga. Kenapa? Awak nak dating dengan saya ke kat bandar Seoul ni?” Aku mengangkat kening mendengar biacara Nick.
“No, thanks. I prefer in group. Lagi seronok.” Nick mengangguk. Ah! Dia tetap nak jauh kan diri dariku, fikir Nick.
Aku duduk memandang di luar. Jalan di bandar Seoul ini sangat bersih. Kagum aku melihat bandar yang dijaga begitu rapi.
“Kita pergi melawat Masjid Seoul dulu ya. Kita solat zohor dulu. Lepas tu kita pergi makan di sekitar masjid. Kat situ ada restoran halal.”Aku dengar Nick bersuara disebelah. Semua bersetuju. Aku masih asyik memandang pemandangan di luar tingkap van. Aku berkalih sebelah. Kechek! Cahaya dari kamera Canon DSLR Nick membuatkan mataku silau. Aku cuba mengelip-ngelipkan mata supaya dapat melihat dengan jelas. Aku mengeluh.
“Penat ke?” soalnya.
“Taklah, geram!” aku menunjuk penumbuk kepadanya.
“Awak buat lagi macam tu, saya tak kan teragak-agak nak hancurkan camera canggih awak tu. Silau awak tau tak!” jeritku sedikit kuat.
“Okey okey, fine, sorry.” Nick meletakkan kamera ke dalam beg kamera. Terukir senyuman kecil pada wajahnya. Seraya itu terdengar bunyi tawa kecilnya.
“Apa gelak-gelak?” soalku sedikit kasar.
“Awak nampak tak muka awak macam mana kena flash tadi? Terkelip-kelip macam orang buta.” Aku membuat muka geram padanya. Nick tergelak.
“Gelak lah lagi. Nanti mata awak tu yang buta disebabkan saya.” Ugutku. Tawa Nick terhenti.
“Saya dah lama buta. Buta kerana awak.” Ucapnya lembut. Mukaku sudah berubah mendengar kata-katanya. Tidak mahu melayan kerenah Nick. Aku berpaling semula ke luar tingkap. Tengok pemandangan lagi bagus daripada melayan orang gila macam dia ni.
Akhirnya kami tiba di depan Masjid Seoul. Satu-satunya masjid yang ada kat bandar Seoul ni iaitu di Itaewon.
“Awak solat tak?” soal Nick setelah turun dari van yang oleh driver Encik Kim. Mujurlah driver tersebut pandai berbahasa inggeris, maka mudah bagi kami untuk berkomunikasi dengannya. Tapi, slang koreanya tetap ada membuatkan aku sukar memahami bahasa inggerisnya itu. Yang banyak berbual dengan Encik Song iaitu pemandu kami ialah Nick.
“Malangnya saya ‘cuti’. Awak dengan abang Din dan Aril pergi lah solat. Saya round-round kat sini.” Ujarku.
“Jangan jauh sangat. Nanti susah saya nak cari awak, marah pula ibu awak nanti.”aku sudah membulatkan mata.
“Mister Song, can you stay here with miss Risya. She can’t pray right now. Have some complexion.” Makin membulat mata aku pandang wajahnya. Dia mengukirkan senyuman kecil dan membawa abang Din dan Aril masuk ke dalam masjid. Aku yang dah malu pun sama tunjuk senyuman mesra kat driver tu.
“Cheoseonghamnida.” Pohonku ramah yang bermaksud, maaf dalam bahasa korea.
“You can speak korea?” tanya Encik Song.
“Cigeum-cigeumyo.” Ucapku. Aku memberitahu Encik Song bahawa aku tahu cakap bahasa korea sikit-sikit je. Aku tahu cakap korea pun sebab aku belajar dari menonton drama Korea. Aku ada juga ambil kelas bahasa Korea ketika masih belajar di UiTM. Satu sem jelah, tu pun aku masuk kelab bahasa korea. Bukunya masih aku simpan buat sup. Hehehe.
“Mister Song, I want to go there. Please tell mister Nick after he has finish their pray okay?” aku tunjuk kat sekitar masjid tersebut. Ingin nak jelajah sendiri tempat berdekatan dengan masjid ini.
“You alone, is it okay?” soalnya ragu-ragu.
“Yeah! I’ll be fine. Don’t worry. I’m 26 years old. Gwenchanayo. Emmm… Where do you want to bring us for lunch?”
“We go to Evergreen Pakistan Restaurant.”
“We can eat lunch there or just dinner?”soalku pula.
“Yes. They serve lunch too.” Aku menggangguk.
“Kromm. Annyeong.” Lalu aku tunduk sedikit tanda hormat. Aku mengorak langkah meninggalkan masjid Seoul. Sempat lagi aku menangkap gambar gerbang masjid yang tertulis ‘Allahuakbar’ dalam tulisan jawi. Aku teruskan perjalanan dengan perasaan teruja.
Selesai solat, Nick keluar dari masjid diiringi oleh abang Din dan Aril. Dilihatnya hanya Encik Song seorang di dalam van tengah menunggu. Perasaannya mula cemas. Risya di mana? Soalnya dalam hati.
“Mr Song, where is Miss Risya?” tanya Nick.
“She went that way. She said I have to tell you that she want to look around this area.” Nick sudah resah mendengar kata-kata pemandu itu.
‘Risya, awak ni nak ke mana seorang diri tu?’gusar hatinya. Berkerut-kerut wajahnya kebingungan. Budak ni suka sangat buat hatinya risau. Dia mengetap gigi, takut kalau ada apa-apa yang berlaku pada Risya seperti kejadian lalu.
“Nick, apa kata kita jalan-jalan kat kawasan ni. Cik Risya mesti berada berdekatan dengan masjid ni. Tak kan lah dia nak pergi jauh-jauh kan.” Ucap abang Din yang berusia lebih tua daripada Nick.
“Betul tu Encik Nick. Kita jalan-jalan kat sekitar masjid ni. Risya mesti tak jauh punya.” Ujar Aril pula. Nick diam berfikir.
“Encik Song, can you park your car here and lead us the way? Have you told miss Risya the place where we having lunch earlier?”
“Yes, I did.” Nick mengangguk dan Encik Song memarkirkan keretanya berdekatan dengan masjid tersebut. Dia mengiringi Nick dan yang lain dan bergerak kea rah laluan yang dituju oleh Risya tadi.
Aku pandang disekitar kedai-kedai berdekatan. Kalau boleh setiap satu kedai aku nak masuk. Ada banyak kedai yang menjual barangan cenderahati dan makanan-makanan halal. Ada juga kedai menjual pakaian. Wah! Baju-baju yang dijual di Korea sangat lawa. Ada juga aku beli beberapa helai buat kenangan. Tidak mahu membazir terlalu banyak wang dengan membeli di sini, jadi aku ingatkan diriku. Nanti kami akan pergi ke pasar Namdaemun pula.
Aku jalan lagi dan aku terhenti apabila ada sesuatu yang menarik minatku. Aku pandang pada papan kedai tersebut yang tertulis ‘Salam Bakery’. Tiba-tiba perutku mengalunkan rentak lagu keroncong. Tanpa membuang masa, aku menuju ke tempat bakery itu. Bermacam-macam roti yang dijual kat kedai tu. Alamak! Semua nampak sedap je bagi aku. Aku pilih beberapa jenis roti bagi alas perut. Aku ni kalau pasal makan, nombor satu. Makan banyak-banyak, badan tetap kurus tapi buncitlah juga sikit. Hehehe. Kena ‘sit up’ lebih ni.
Nick pandang sebelah kiri dan kanan. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Mana dia pergi?” bisik hatinya. Dia mengeluh lemah.
“Encik Nick, tu kat sana tu!” ujar Aril. Dengan pantas mata Nick terarah pada sesusuk tubuh kecil yang tengah duduk di café sambil menikmati roti ditangan. Luruh jantungnya melihat Risya yang masih leka dengan roti ditangan. Dilihatnya mulut Risya yang sudah penuh mengunyah roti. Alhamdulillah, dia tak apa-apa. Nick segera menuju ke tempat Risya duduk tanpa menghiraukan kedua-dua rakan sekerjanya.
“Awak! Awak tahu tak, rasa nak luruh jantung saya ni ingat awak dah hilang!” tegur Nick yang mengejutkan aku dari belakang. Aku tersedak dan mengurut-urut dada. Nick cepat-cepat mengambil botol air mineral dan menyuakan botol tersebut. Dengan pantas aku minum air mineral tersebut.
Dalam beberapa minit, sedak tadi sudah reda. “Boleh tak kalau awak tak buat kezutan kat saya ni?Awak cakap jantung awak dah luruh, jantung saya ni awak tak ingat ke? Hampir nak terputus nyawa dah saya rasa.” Aku ambil air mineral dan aku teguk lagi.
“Siapa suruh awak tinggalkan kami macam tu sahaja?” balasnya.
“Apa guna telefon pada zaman canggih ni ya? Dibuat sebagai souvenier ke?” sindirku. Aku jeling ke arahnya. Diseberang jalan aku lihat Encik Song, abang Din dan Aril tengah tersengih-sengih melihat adengan kami.
“Sorry.” Pohonnya.
“Banyak awak shopping.” Sambungya. Aku pandang bungkusan plastik di atas meja. Aku alih pandangan dan aku dongak melihat wajah Nick.
“Awak rabun ke buta? Saya rasa baru 4 palstik yang ada kat atas meja ni.”
“Banyak juga lah bagi saya. Kenapa tak tunggu kami?”
“Bosan! Baik saya merayau. Maaflah, kaki saya ni gatal sangat nak merayau kat kawasan ni. Malas nak tunggu korang. Daripada saya buang masa dok dalam van, baik saya merayau. Ada juga lah faedahnya. Dapat exercise, dapat beli baju. Dapat alas perut, makan roti buatan orang di Seoul ni. Dan tidak ketinggalan juga, dapat penyakit lemah jantung disebabkan awak!” sindirku panjang. Sengaja nak sakitkan hati dia tapi alih-alih, senyuman kerang busuknya yang terukir pada bibirnya.
“Awak buat lagi macam tu, bukan lemah jantung je yang awak kena, penyakit yang lebih teruk daripada tu pun awak boleh kena.” Ucapnya selamba. Aku mengangkat kedua-dua kening, tanda tidak memahami bicaranya.
“Penyakit jatuh hati.” Mulut aku sudah muncung. Aku menjelingnya tajam. Asyik-asyik benda tu yang aku dengar dari tadi. Dia ni dah kenapa? Hairan betullah playboy ni! Daripada dia berkata-kata manis kat aku ni, baik dia dok ngorat awek-awek dia yang lain. Taklah menyusahkan hidup aku! Bentakku dalam hati.
‘Kenapalah Risya ni betul-betul lembab? Aku cintakan kau lah. Tu yang aku maksudkan. Susah benar kau ingin memahami isi hati ini.’ Nick bermonolog sendiri.
“Jomlah, mereka dah tunggu tu. Awak punya pasal, perut kami yang masuk angin, kelaparan sebab asyik cari awak tak jumpa-jumpa.”
“Sebab anginlah buat awak tak dapat nak berfikir dengan betul ya? Phone canggih, dibuat pekasam. Hmmm…Bagus sangatlah tu. Angin tu takkan masuk kalau adanya bantuan phone canggih.” Aku tetap ingin menyindirnya. Geram masih ada dalam hati. Nasib baik aku tak mati tercekik sebab teguran dia tadi. Boleh masuk news paper kalau macam tu.
Aku masuk ke dalam van dalam keadaan kepenatan dan pening. Sudah bermacam-macam barang yang aku borong di pasar Namdaemun. Banyaknya barang-barang cenderahati khas buat keluarga dan rakan-rakanku. Kat pasar ni barang-barang cenderahatinya murah dan kita boleh tawar-menawar harga. Aku tahu lah sikit-sikit nak tawar-menawar ni. Tu pun aku belajar daripada Irah yang memang pakar dalam ‘bidang’ tu. Aband Din dan Aril juga tidak ketinggalan juga. Rasa-rasanya, tak terkira bungkusan plastik yang dibawa mereka. Manakala Nick pula, plastic ditangan boleh dikira. Yalah, dia kan dah selalu melawat Negara ni. Jadi tak hairanlah kalau sebelum ni, dia dah ber ‘shopping’ sakan untuk keluarganya.
“Awak okey ke tak? Nampak pucat je muka awak. Penat?” soal Nick disebelah. Aku menggeleng.
“Tak okey. Saya rasa peninglah. Saya ni bukan boleh tengok orang ramai sangat.” Ucapku lemah.
“Kalau dah tahu awak tu tak boleh tengok orang ramai, kenapa tak berhenti sahaja? Duduk dulu sekejap. Ni tidak, jalan bukan main laju lagi saya tengok.” Celahnya.
“Encik Nick, kalau dah nama perempuan, memang kita tak dapat nak elaklah.” Aril menyampuk dari belakang tempat duduk.
“Aril, kalau nak dibandingkan dengan saya, awak tu yang lebih kuah tau. Borong macam nak buka kedai.” Sempat lagi aku membalas kata-kata Aril dengan sindiran. Aku beli banyak-banyak pun sebab nak beri kat family dengan kawan terdekat sahaja.
“Awak nak balik dulu ke?” soal Nick lagi. Aku tilik wajahnya disebelah. Aku mengangguk sambil memicit-micit dahi. Nick mengarahkan Encik Song untuk membawa kami ke hotel.
“Awak tak nak keluar lagi ke malam nanti?”
“Tak. Saya nak berehat kat dalam bilik. Kalau tak sebab bau yang pelik-pelik kat pasar tadi tu, saya mesti boleh tahan sampai malam nanti. Tapi, I don’t think so. Sorry semua. Korang pergilah jalan-jalan tanpa saya.” Terasa sedikit terkilan kerana tidak dapat mengikut mereka untuk bersiar-siar lagi di Bandar Seoul ini.
“Tapi, kami nak pergi makan nanti. Awak tak nak pergi makan dulu ke Risya?” soal Abang Din pula.
“Tak apa lah abang Din. Roti yang saya beli tadi pun masih ada. Saya dah biasa makan sikit bila makan malam.”Jawabku
“ Kenyang ke makan roti je?” Berkerut wajah Nick memandangku.
“Insya-Allah. Kalau saya lapar lagi, saya buatlah sandwich.” Ketika itu van sudah berhenti di depan pintu utama hotel kami. Aku keluar dari perut van dan melambai pada mereka. Aku terus menuju ke bilikku.
Setelah membuka pintu dan mengunci pintu bilik, tanpa membuang masa, aku terus mendarat atas katil. Fuh!! Sedapnya. Empuk betul tilam katil ni. Aku segera membuka tudungku dan barang-barang tadi dah aku campak kat atas meja. Pening tadi singgah kembali. Dengan serta-merta aku menutup mata dan terlelap buat seketika.
Ding dong. Pintu tetap belum dibuka. Sekali lagi, Nick menekan loceng bilik milik Risya. Fikirannya terganggu memikirkan tentang kesihatan Risya. Takut-takut kalau kejadian ketika di dalam pejabat dulu terjadi lagi. Usai solat tadi, sempat dia menitip doa untuk Risya supaya Risya sentiasa sihat. Malah, ketika makan malam tadi pun, fikirannya sentiasa melayang.
Dia mengambil keputusan untuk tidak mengikuti abang Din dan Aril untuk bersiar-siar di bandar. Rancang mereka ingin melawat Banpo Bridge. Jambatan yang mengeluarkan air pancut yang diiringi lampu berwarna pelangi. Tetapi, Risya lagi penting buat masa ini, detik hatinya. Ditangan terdapat bungkusan makanan yang sempat dipesannya ketika makan malam tadi. Makanan masakan Korea yang dibuat oleh sepupunya, Qalisha.
“Who is that lucky person?” soal Qalisha, merangkap sepupunya, anak kepada mak usunya.
Qalisha sudah lama menetap di Korea. Dia merupakan pelajar dalam jurusan perundangan di Universiti of Seoul. Budak law dan pandai memasak, Nick memuji dalam hati.
“Someone.” Ucap Nick malu.
“Oooowww… My cousin is in love. I can’t believe it! Playboy Nick dah tewas pada seseorang gadis yang bernama…” Qalisha tidak menyambung ayatnya.
“Nur Erisya. That’s her name.” jawab Nick. Mukanya sudah kemerah-merahan.
“Wow! What a simple name and dia mesti comel orangnya kan? Pilihan abang Nick kan semuanya top-top!” Qalisha sudah teruja ingin mengetahui tentang perempuan bernama Erisya itu.
“Emmm…Boleh lah. Sedap mata memandang. Ada part dia comel tapi overall dia hanya perempuan biasa.” Jelas Nick.
“Biasalah sangat! Perempuan tu dah kira luar biasa tau, sebab dah buat abang Nick terkejar-kejarkan dia. Wah! Syok nya!” Jerit Qalisha.
“Hish! Suara tu low it down lah. Dengar dek rakan sekerja abang.”
“Alah, tak kisah pun. Chukahheyo Nick oppa!” Qalisha mengucap tahniah kepada abang sepupunya itu.
“Jadi, as my gift to you, abang bawak balik makanan masakan special daripada Qalisha ni bagi kat dia. Masakan korea yang dimasak oleh orang Malaysia. Istimewa buat bakal kakak ipar.”
“Terima kasih.” Balas Nick.
Sekali lagi dia menekan loceng bilik. Nick tetap setia menunggu.
“Hish! Siapa yang mengganggu ketentaraman awam ni?” aku sudah menyumpah-nyumpah orang yang mengganggu lenaku. Aku berdiri lemah dan menuju ke pintu.
Tergamam Nick melihat gadis yang berada di depan pintu tersebut. Dia menilik gadis tersebut dari atas sampai ke bawah. Setahunya, dia tidak salah bilik. Tetapi perempuan yang berdiri di depan pintu ini mempunyai rambut ‘wavy’ yang lawa paras lengan. Baju pun tetap tak bertukar dan solekan pada matanya masih belum dibersihkan. Selekeh tapi comel! Inikah Risya? Nampak seperti orang baru bangun tidur. Tapi, tak sangka Risya mempunyai rambut yang tetap lawa walaupun selepas bangun dari tidur. Tidak serabut. Dilihatnya mata Risya yang masih tertutup dan Risya juga masih mamai. Dia menahan tawa daripada tersembur.
“Oh! Encik Nick rupanya. Kenapppaaaa?” Risya menutup mulutnya seraya menguap.
‘Ya Allah, budak ni menguap mengalahkan badak. Selebet betul!” sempat lagi Nick mengutuk.
“Emmm…Saya rasa sebelum awak nak buka pintu, awak patutnya tengok cermin dulu.” Mataku sudah tercelik sedikit. Apa yang dimaksudkan dengan kata-katanya tadi? Tanpa memikirkan apa-apa, aku terus masuk ke dalam bilik dan berdiri di depan cermin. Aku tilik wajahku lama. Apa masalahnya? Aku menggaru-garu kepala. Mataku membulat. Alamak! Aku tak pakai tudung!
Mata yang masih mengantuk tadi serta-merta segar. Aku terus pandang Nick yang masih berdiri di depan pintu. Dia sudah tersenyum sambil mengangkat kening. Aku apa lagi. Menjerit lah! Aku terus berlari menutup pintu bilik. Terdengar bunyi tawa Nick di depan pintu. Adoooiii! Malunya.
Dalam beberapa minit kemudian, pintu dibuka sekali lagi. Terjengul kepala Risya di depan pintu.
“Awak buat apa kat sini? Bukan awak nak teman abang Din dan Aril pergi jalan-jalan ke?”
“Macam mana saya nak pergi jalan-jalan kalau hati saya tak tenang memikirkan pari-pari kecil saya yang tengah pening kat sini? Awak pun mesti tak makan lagi kan?” mulutku sudah muncung. Tak pasal-pasal dia dah tengok aurat aku. Cis!!
“Awak tak perlu risau. Saya boleh cari makanan sendiri.” Dengan pantas Nick menolak pintu bilikku dan tanpa kebenaranku dia sudah masuk dan duduk di kerusi berdepan dengan meja bulat kecil ditepi katilku. Diletaknya plastik ditangan ke atas meja. Dia mengeluarkan beberapa bekas makanan dan dibukanya.
“Hey! Awak ni suka-suki awak je masuk tanpa kebenaran saya!” Nick tetap tidak mengendah kata-kataku. Dia mengeluarkan sudu dan garpu sekali. Aku sudah bercekak pinggang. Dia ni suka sangat buat kezutan yang entah apa-apa.
“Saya tak kan beredar dari sini selagi awak tak makan semua makanan yang saya dah bawak untuk awak.”
“Awak gila?! Nanti apa orang kata?” marahku.
“Apa yang diorang nak kata? Bahasa diorang pun kita tak faham. Semua orang kat sini berbahasa korea. Saya mana tahu cakap korea.” Ucapnya selamba. Mulutku sudah terlopong melihat aksi selambanya. Nick tetap tidak berganjak dari kerusi tersebut.
“Saya akan pergi setelah awak selesai makan semua ni. Sepupu saya buat khas untuk awak tau. Makanan korea.” Aku masih diam berdiri di depannya.
“Nak saya suapkan ke?” Dengan pantas aku duduk di depannya.
“Jangan risau. Kita tak kan kena tangkap basah pun kat sini. Saya janji, lepas awak habis makan, saya balik ke bilik saya.” Aku menjeling tajam padanya.
“Ya Allah, sumpah! Saya tak buat kerja-kerja terkutuk tu. Saya pun dah cerita kat awak pasal kehidupan saya kan? Ingat lagi tak masa kita terperangkap kat stor dulu?” tiba-tiba saat terperangkap di dalam stor dulu menerjah di dalam fikiranku.
“Dah! Awak kena makan, kalau tak, pening awak menjadi-jadi pula. Jangan lupa lepas makan ni, awak makan ubat. Ni, saya ada bekalkan panadol.” Arahnya. Diletaknya ubat panadol ditepi botol air mineral yang dibawanya sekali. Tak dapat aku sangkal, terbit juga rasa terharu di dalam hati. Tanpa mengingkari arahannya, aku mengambil garpu dan aku ambil nasi yang digulung dengan sea weed. Salah satu makanan popular korea iaitu kimbap. Sedap! Aku ambil lagi kimbap dan masukkan ke dalam mulut.
“Ya Allah. Apa punya anak dara lah? Makan sampai penuh macam tu. Awak tak kisah ke orang tengok cara awak makan? Ni dah baca doa ke belum?”
“ Dah! Biarlah diorang nak cakap apa. Lagipun, saya tak faham bahasa Korea.” Balasku dengan mulut yang penuh. Aku mengenakan dia balik.
“ Maksud saya, awak selalu ke makan macam ni depan orang ramai?” Aku ambil air mineral dan aku tegukkan sedikit.
“Tak juga. Kadang-kadang. Hanya orang yang malang macam awak je yang nampak cara saya makan ni. Selekeh kan?”
Nick tawa kecil, “Tak lah. Comel.” Pujinya. Wajahku dah berubah. Puji lagi! Ceh! Aku tak makan puji, aku makan nasi! Rungutku dalam hati. Aku ambil pula kimchi dan aku menikmati hidangan makan malamku itu.
Nick hanya diam memerhatikan aku. Buat aku malu je. Ah! Lantaklah! Dia yang nak sangat tengok aku makan, jadi aku makan lah!
Perut sudah menggunung. Aku ucapkan syukur. Aku tersenyum. Mata Nick pula terbeliak. Mesti tak sangka aku boleh makan sebanyak tu.
“Tak payah cakap. Awak terkejut yang saya ni kurus tapi makan banyak kan?” Nick mengangguk.
“Alah, kurus tapi buncit.” Aku berterus-terang kepadanya.
“Tak apa lah. Asalkan awak sihat. Tu dah cukup bagi saya.” Kami diam seketika.
“Emmm…Awak tak nak balik ke? Saya dah kenyang dah ni. Rasa macam ular sawa, mengantuk!”
“Ubat?” Mataku terus melihat ubat panadol tersebut. Aku mengeluh.
“Alah. Tak suka lah makan ubat.” Rengekku manja tanpa sedar.
“ Cik Risya, tiba masanya awak makan ubat. Esok kita tak dapatlah nak bersia-siar kat Seoul ni kalau awak masih pening kepala.” Aku sudah tarik muka masam. Dia mengambil pil dan diberinya air mineral kepadaku. Aku turutkan jua arahannya.
“Okey, that’s my baby. Okey, have a nice sleep.” Aku mengikutnya dari belakang menuju ke pintu.
“Emmm…Risya, sebenarnya, ada sesuatu yang saya nak bagitahu kat awak. Tapi, memandangkan awak dah penat. Saya rasa waktu yang sesuai tu malam esok. Pagi lusa kita dah nak balik.” Aku kaku seketika. Hati aku dah rasa lain dah. Ada sesuatu yang dia nak bagitahu? Malam esok? Kenapa mesti malam esok dan bukannya pagi esok? Semua soalan itu bermain difikiranku.
“Okeylah, saya balik ke bilik dulu.”ucapnya setelah tiada kata-kata pun yang terkeluar dari mulutku.
“Goodnight. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.” Jawabku. Aku menutup pintu bilik dan aku sandarkan badan pada pintu. Hatiku dah rasa lain macam je ni dan aku tak suka perasaan tu. Perasaan ini mengingatkan aku ketika aku meluahkan perasaan kepada Iz. Berdetak juga jantung ini dibuatnya. Ya Allah, kenapa aku berasa sebegini? Aku tak suka dengan perasaan ini, keluhku.
Pantas aku mengeluarkan laptop dari beg laptopku. Aku layari internet dan membuka sebuah laman web. Dalam masa yang sama, aku menekan skrin telefonku, mencari nama seseorang di dalam phone listku. Aku tekan skrin phone.
“Hello.” Sapaku.
Setelah balik dari melawat teddy bear farm, mereka kembali ke hotel. Nick bersiap-siap untuk bertemu dengan Risya seperti yang dijanjinya semalam. Dia ingin memberitahu sesuatu kepada Risya. Sesuatu yang sering bermain difikirannya. Sesuatu yang sentiasa menyesakkan hatinya. Jadi dia mengambil keputusan untuk meluahkan segala isi hatinya.
Dia tidak menafikan bahawa dia gementar setiap kali bertentang mata dengan Risya ketika di teddy bear farm tadi. Dan sepanjang waktu itu, hanya sepatah dua kata sahaja yang terkeluar daripada mulutnya. Badannya juga menggigil apabila berada dekat dengan Risya. Sekerang tangannya juga seperti orang yang menghidap penyakit Parkinson, menggeletar sahaja. Semua tak tentu jadinya.
Tok tok tok. Bunyi ketukan pintu mematikan segala lamunannya. Siapa pula yang ingin berjumpa dengannya ketika ini? Detik hatinya. Setahu dia, Abang Din dan Aril ada memberitahunya mereka ingin pergi melawat taman yang berdekatan dengan hotel mereka. Ingin merasai angin malam yang dingin di situ. Manakala niatnya pula, ingin membawa Risya ‘dating’ di 63 building. Dia ingin Risya merasai malam yang romantik bersamanya.
Nick membuka pintu bilik suite itu. Terjengul wajah Aril di muka pintu. Nampak seperti orang yang baru lepas berlari.Aril termengah-mengah macam tak cukup nafas.
“Kenapa Aril? Ada sesuatu yang berlaku ke?” Soal Nick kehairanan.
“Boss… Ri..Risya..Risya, boss.”
“Risya?! Kenapa dengan Risya? Ada sesuatu yang menimpa Risya ke?” Belum sempat Aril menjawab, Nick sudah mencelah.
Aril menelan air liur. “Risya… Dia dah check out dari hotel ni. Dia nak balik ke Malaysia malam ni. Dia dah berada di airport sekarang.”
“What?!” Nick sudah terpempan tidak terkata. Risya sudah pergi meninggalkan mereka terlebih dahulu. Tetapi, kenapa? Persoalan itu yang menyesak difikirannya sekarang. Dia memang ingin lari daripadaku. Itu sahaja kesimpulan yang ada diminda Nick. Hancur hati nya ketika itu. Segala niatnya tadi sudah hancur luluh dek tindakan yang dilakukan oleh Risya secara mengejut. Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini. Itu sahaja pinta Nick.
No comments:
Post a Comment