Wednesday, November 9, 2011

Cinta yang tiada kepastiannya Chap 14

Bab 14

Kabus memenuhi kawasan sekeliling taman tersebut. Apa dah jadi ni? Penglihatanku juga masih kabur. Aku kat mana ni? Lama-kelamaan, semuanya nampak jelas. Terkejut melihat tempat ni. Semuanya nampak hijau dan cantik. Bunga-bunga yang berbagai warna kembang mekar. Bermacam-macam jenis bunga yang ada ditempat tu. Hati aku pun turut berbunga. Aku bangun dari pembaringan. Aku pandang baju yang melekat dibadanku. Putih bersih. Aik? Aku dah mati ke? Tak mungkinlah!

Aku terus berdiri dan berjalan dengan perlahan.Otak masih blur.Apa yang terjadi ni? Masih tidak tahu aku berada di mana. Aku menyambung perjalananku sehingga berhenti di depan sebuah pondok. Aku nampak ada seorang lelaki yang membelakangiku tengah berdiri. Dari belakang, aku tahu siapa lelaki itu. Air mata sudah mula bertakung. Tunggu nak pecah je. Aku memanggil namanya. “Iz.” Lelaki tersebut berpaling dan ternyata betul tekaanku. Dia nampak tenang sahaja. Aku panggil namanya lagi. Dia masih berdiam diri. Tiada satu perkataan pun yang keluar dari mulutnya.Bisu ke dia ni? Tiba-tiba dia mendepakan tangannya. Tidak mahu menunggu lagi, aku terus menerpa dan memeluknya. Dia turut membalas pelukanku, erat. Air mata sudah mengalir selaju-lajunya.

Tiba-tiba, dapatku rasakan seperti badanku ditarik seseorang dari belakang dengan kasar. Terkejut melihat orang yang menarikku dari pelukan Iz. Nick menarik tanganku dan dibawanya jauh daripada Iz. Aku pandang belakang dan melihat Iz yang masih berdiri kaku di pondok itu. Tiada pun niatnya untuk menyelamatkan diriku. Aku mula meronta-ronta meminta untuk dilepas. Namun, pegangan Nick tetap kuat. Aku akur dan hanya mengikut jejaknya. Tangan masih digenggam dengan erat. Tak tahu ke mana dia ingin membawaku. Aku ikut je. Dalam hati rasa resah.

Setibanya di depan tasik yang jernih airnya, Nick melepaskan tanganku.

“Kenapa awak tarik saya dari Iz?!” jeritku geram. Dia tidak menjawab soalanku.

“Kenapa awak diam je? Saya tanya ni!” Dilihatku Nick yang nampak tenang sahaja. Pelik dengan lelaki di depan ini. Tanpa membuang masa, aku berpaling balik ingin beredar mengejar Iz. Namun, sekali lagi, terasa tanganku ditarik dan badanku terus dipeluk Nick. Terkejut dengan aksi spontan Nick.

“ Just give me 1 minute to hold you.” Tidak pula aku rasa nak marah, malah aku membiarkan sahaja. Lama kami berkeadaan demikian. Aku pula terasa tenang di dalam dakapannya. Pelik!

Dia melepaskan pelukan dan wajahnya ditundukkan. Aku tenung dirinya tetapi ada sesuatu yang menarik perhatianku. Satu air jernih jatuh dari matanya yang mendung. Aku terkedu. Beberapa butir air mata jatuh lagi. Tidak dapat menahan rasa simpati terhadapnya lalu disekaku air mata tersebut. Dia menggenggam tanganku dekat pada wajahnya. Sempat lagi dia mencium tanganku. Tidak lama selepas itu, dilepasnya genggaman dan tangannya mula mengusap wajahku pula. Dia menundukkan wajahnya dan dapatku rasakan hembusan nafas dari hidungnya, dekat, lalu dia mengucup bibirku. Dapatku rasakan bibirnya yang lembut. Mataku pula sudah terpejam. Aku rela menerima kucupan itu. Segala ingatan terhadap Iz sudah hilang serta-merta. Entah, tak tahulah kenapa.

Mata yang tadinya terpejam, sedikit demi sedikit dibukakan. Terasa sedikit silau dan masih kabur. Selepas beberapa minit, mataku sudah melekat pada wajah yang berada dekat padaku. Aku terpaku seketika. Nick juga sebegitu. Kami sama-sama terpaku tidak bergerak.

Tersedar dari lamunan, segala ingatan dipejabat diingat semula. Aku pengsan tadi. Cepat-cepat aku bangun dari pembaringan. Aku membetulkan tudungku yang entah tak tahu bagaimana rupanya. Seraya itu, ingatan pada mimpi tadi, terimbau semula. Aku dan Nick berkucupan. Sehingga kini, masih terasa hangatnya kucupan itu. Seperti benar sahaja mimpi tadi. Tapi itu memang sekadar mimpi kan? Aku menyentuh bibirku dan aku melihat Nick yang sudah duduk di sofa bertentangan dengaku. Aku berdeham. Ke aku mimpi basah tadi? Hish! Ada ke patut?

“Awak pengsan tadi.” Itu sahaja ucapannya. Aku mengangguk dan aku memegang kepalaku pula. Rasa pening masih ada.

“Tadi, doktor dah periksa awak. Dia cakap awak ada low blood pressure. Orang yang low blood pressure pun boleh pitam. Macam yang awak alami tadilah. Awak perlu banyak berehat dan perlu banyak exercise. Dan awak minumlah banyak air masak dan nak lebih baik lagi, minum air 100 plus.” Aku hanya mendengar sahaja nasihatnya. Tahu sangat dengan keadaan badanku ini. Aku memang selalu terasa nak pitam. Sebabnya, aku ni ada low blood pressure, tak cukup bersenam. Kerana itu jugaklah Irah selalu membebel tetapi tidak diendahku.

“Tak ada apa-apa lagikan? Saya rasa saya patut sambung kerja saya.” Ucapku lemah.

“Awak tak perlulah kerja hari ini. Saya bagi cuti. Muka awak nampak pucat sangat.” Bunyinya seperti risau.

“Tak apa lah. Saya masih boleh bertahan lagi. Dah pukul berapa ni?”

“Dah pukul 5.30 petang.”

“What?!” Lama benar aku pitam. Macam tak ingat dunia. Bukan macam lagi, dah memang tak ingat dunia pun. Entah dah berapa jam aku berada dibilik pejabat Haris ini. Aku pandangnya lagi. “Dah berapa lama saya pitam?”

“Lama jugak. Kira-kira 6 jam macam tu.” Ish! Biar benar. Aku ni pitam ke, ke hibernate?

Aku melihat sekeliling pejabat itu. Baru aku tersedar, kini hanya ada aku dan dia sahaja di dalam bilik pejabat Haris.

“Yang lain mana?” soalku.

“ Haris dan tok Idham bersama Encik Rasyid dah kendalikan mesyuarat tengah hari tadi. Sekarang diorang ada hal. Team awak yang lain pun dah attend mesyuarat tu. Disebabkan awak tak sihat, Haris beri excuse kat awak. Sebab tu dia biarkan awak berehat kat dalam bilik ni.” Ada bunyi cemburu di situ. Cemburu ke dia?

“Awak dengan Haris dah lama kenal?” soalnya pula.

“Dia senior saya. Dia juga kawan baik saya di universiti.” Patut lah Haris begitu mengambil berat terhadap Risya, Nick berbisik dalam hati. Terasa sedikit cemburu apabila dia melihat cara Haris melayan Risya ketika Risya masih pengsan.

Dia ingat semula kejadian yang berlaku tadi. Risya pengsan dan dia pula hanya menjerit nama Risya. Terkejut. Haris terus memapah Risya dan diletaknya di sofa. Terasa geram bila Haris secara spontannya memapah Risya. Kata alim tapi, yang pergi pegang Risya tu kenapa? Malah, tok Idham juga bimbang dan doktor persendirian dipanggil. Dia cuma menjadi pemerhati.

“Nick, kau tolong jaga Risya ni ya? Aku kena attend meeting dengan semua team Design. Tok Idham dan Encik Rasyid pun kena ada sekali. So, sementara kau masih free waktu ni, kau jaga dia ya?” berkerut wajah Haris memandang Risya yang masih terbaring di sofa. Nick mengangguk. Dan selama 6 jam itu lah dia berada di dalam bilik pejabat Haris menjaga Risya.

Aku mengagahkan diri untuk bangun. Namun, aku terduduk semula. Aku memegang kepalaku yang masih berat dan pening. Ya Allah, peningnya. Macam berpusing je aku rasa.

“Awak tak apa-apa ke? Saya rasa awak patut balik sekarang. Lagipun, dah nak pukul 6. Dah masa untuk balik. Ini ubat yang perlu awak makan.” Berkerut wajahku memandang ubat yang diberinya. Aku menyandarkan kepala pada sofa. Aku pejamkan mata. Ni kes migraine je. Alamak, macam mana aku nak drive ni?

“Awak larat tak nak drive balik rumah? Tengok keadaan awak sekarang, I don’t think you can make it.”

“No, bagi saya berehat sekejap. Lepas tu, saya boleh je nak drive.”

“No! Saya memang pasti awak tak dapat drive dengan keadaan awak macam ni. Bahayalah! Nanti, biar saya tolong hantarkan awak balik. I already know where you live. Saya dah semak profile awak masa awak pengsan tadi. Jadi biar saya yang hantar awak.” Mata ku terbuka luas dan aku pandang Nick.

“Awak nak hantar saya balik? Tak payah lah. Susahkan bos baru je.” Sempat menyindirnya. Aku terasa hati. Entah tak tahu kenapa aku berasa begitu bodoh bila berdepan dengannya. Memang macam dipermainkan pula. Tapi, itu bukan salahnya. Aku tak tanya dia dan aku tak ambil kisah pun tentang dia. Semua kebetulan ni sebenarnya hanya perkara biasa sahaja tetapi aku tetap berasa jauh hati. Kenapa ya?

Nick terdiam mendengar ucapan Risya. Ayatnya itu seperti orang merajuk pun ada. Merajuk? Tak mungkin kot. Tetapi dia juga terkejut apabila mengetahui kebenaran sebenar tentang Risya. Risya bukan budak sekolah tetapi boleh jadi mak budak sekolah. Sempat dia meneliti profile Risya ketika menjaga Risya tadi. Semua maklumat tentang Risya ada ditangannya.

“Tak susahkan saya pun. Malah saya berbesar hati nak hantar awak balik.”

“Tak perlu lah Encik Nik Emil Bin Datuk Sri Nik Baharuddin. Saya masih larat lagi. Kalau tak pun, saya boleh minta tolong bapa saudara saya untuk bawa saya balik ke rumah. Kalau awak hantar saya balik, apa kata pekerja-pekerja yang lain? Saya tak nak reputasi awak terjejas kerana saya.”

“Saya tak kisah tentang itu. Yang saya kisah ialah keselamatan pekerja saya. Itu yang penitng sekarang.” Aku sudah tergamam. Dia mula berubah serius. Mungkin dia dah tau kot aku ni tengah tacing. Hish! Mengada betul kau Risya.

Belum sempat aku membalas kata-katanya, ada ketukan pintu yang mengganggu kami. Aku memandang pintu yang sudah terbuka. Tok Idham dan Haris sudah masuk dan duduk disofa.

“Isha dah okey ke?” soalan itu yang terkeluar dari mulut tua itu. Aku pandang raut wajah tok Idham. Terbit rasa sedih. Selama 5 tahun aku bersama dengannya, tak pernah pun aku tahu tentang dirinya. Aku memang berasa jauh hati. Kenapa tok Idham menyimpan rahsia ini? Sukar bagiku untuk menerima kenyataan ini. Dia merupakan pemilik syarikat NB Gali sdn bhd. Sungguh aku tak sangka, dia yang aku sayang dan aku anggap sebagai atukku sendiri merupakan salah seorang jutawan di Malaysia. Rasa-rasanya bukan jutawan lagi, dah jadi billionaire dah. Aku terasa rendah diri dengan kedudukanku sekarang. Adakah tok Idham sudah lama tahu yang aku bekerja di sini? Soalan itu mendesak diriku untuk bertanya kepada tok Idham.

“Saya baik sahaja Datuk Sri Haji.” Tok Idham sudah mengeluh lemah apabila mendengar panggilan nama yang terkeluar dari mulutku. Mataku tiba-tiba terasa kabur. Air mata sudah mula memenuhi kelopak mataku dan mengalir juga akhirnya. Cepat-cepat aku seka.

“Sakit sangat ke Risya? Pening sangat ke? Kalau kau tak dapat balik, aku tolong hantarkan kau balik.” Nick mengetap giginya seraya mendengar kata-kata Haris.

Aku pandang Haris dan memberi senyuman kecil. Aku menggeleng.

“Tak apalah Haris. Aku boleh minta tolong bapa saudara aku untuk bawa aku balik. Rasa-rasanya mesti kau dah maklumkan kat kak Hasnah kan? Kak Hasnah mesti report kat dia. Jadi, nanti aku baliklah dengan cik Taufiq. Kereta tu nanti aku minta tolong kawan aku bawa balik rumah.” Jelasku panjang. Aku tidak memandang tokIdham dan juga Nick.

“Isha, marahkan tok ke?” soal tok Idham lagi.

“Saya tak marah Datuk Sri Haji, cuma saya perlukan masa untuk menerima semua yang berlaku ini. Selama 5 tahun saya mengenali Datuk Sri Haji, ternyata saya masih belum benar-benar mengenali siapa tok Idham sebenarnya.”

“Isha, tok benar-benar minta maaf sebab tak beritahu perkara sebenar. Bukan niat tok nak rahsiakan dari Isha. Tok benar-benar minta maaf.”

“Saya…” aku berhenti seketika menahan rasa. Aku menggenggam tanganku supaya aku mampu bertahan. Terasa ditikam dari belakang pula.

“Saya faham. Pasti ada sebabnya Datuk Sri Haji tidak memberitahu saya. Jadi tak perlulah Datuk Sri Haji bimbang. Cuma berikan saya masa, itu sahaja.”

“ Haris, aku rasa nak ambil cuti dalam beberapa hari.Aku pun tak selalu sangat ambil cuti. Harap kau tolong aku ya? Maaflah, kau baru je masuk bertugas di sini, aku dah buat perangai.” Sambungku lagi.

“Tak, no problem. Aku benarkan.” Nick mendongkol geram. Kenapa perlu meminta kebenaran dari Haris dan bukan dia? Aku kan bos baru kat sini. Kenapa tanya Haris pula? Aku ni macam tak wujud je. Sempat lagi Nick merungut dalam hati.

Sekali lagi pintu diketuk dari luar. Cik Taufiq sudah berdiri di depan kami berempat. Dia meminta izin untuk membawaku pulang.

Aku berdiri dan terasa terhuyung-hayang. Tanganku cepat disambut Nick.

“Hati-hati.” Mata sudah melekat pada tangan yang digenggam Nick. Lalu aku pandang dirinya semula. Dengan perlahan aku menariknya.

“Tak apa, saya masih boleh berjalan lagi Encik Nick. Saya balik dulu. Terima kasih.” Nick hanya diam sahaja. Muram raut wajahnya bila Risya melayannya sebegitu. Salah kah aku? Tetapi, rasa-rasanya aku tidak menipu dirinya. Soalan itu bermain difikirannya.

Aku baring di atas katil empuk dan bersaiz queen. Penyaman udara membuatkan badan ini terasa begitu sejuk pula. Aku tarik selimut sampai ke dada. Pening tadi masih terasa. Aku pejamkan mataku.

“Hoi! Masih pening lagi ke?” heish! Ni lagi sorang yang suka sangat kacau dahan pokok. Mata yang dipejam kejap dibuka semula. Aku memandangnya tajam.

“Kalau aku tok sik pening, sik ada lah berselimut macam tok!” kataku geram pada perempuan yang duduk ditepi katil. Aku tak kan berselimut macam ni kalau aku tak pening jelasku kepadanya. Mulut mungil milik perempuan tersebut sudah muncung. Comel aje!

“Dah, jangan kacau aku. Kau main jauh-jauh. Hish! Cik Farina ni tak ada assignment ke nak buat ha?” Dia yang aku panggil Farina ialah sepupuku merangkap sahabatku. Kami sering bersama dan berbanding dengan sepupuku yang lain, aku paling rapat dengannya. Macam belangkas! Otak pun sama-sama mereng. Yalah, kawan orang mereng mestilah orang mereng juga kan?

“Hish! Kacau stim lah kau, baru je nak goda kau. Tengok kau berselimut macam ni nampak seksi je.” Aku sudah tergelak mendengar usikkannya. Kami ni memang spesis otak kuning juga. Hehehe.

“Gila lah kau. Azam kau nak letak mana ngek?!” Tahu sangat tentang cinta mati nya itu. Sudah lama mereka bersama. Semenjak form 4 sampai masuk U, mereka tetap bersama. Kagum aku melihat cousin aku yang sorang ni. Setia benar! Tak ada ke lelaki hensem yang pikat dia di UiTM tu? Sekarang dia juga mengambil kursus yang sama sepertiku. Mechanical engineering. Hai, dalam family ni banyak benar engineer. Kira aku ni senior dialah.

“Yang tu letak kat dalam hati, kau aku letak kat limpa. Tak sama!”

“Kau tu patutnya masuk medic bukan engineer. Salah course! Tak pun kau jadi isteri Azam terus, jadi tauke sate. Amacam? Mesti kau bahagia kan?”

“Siot lah kau! Aku nak juga ada kerjaya yang mantap. Kalau jadi isteri tauke sate tu boleh juga. Buat tambah modal. Tapi jadi bini tauke sate je, mana cukup. Bini tauke perlu bijak juga tau!” Aku menekan perut tergelak mendengar ayatnya yang tak boleh blah. Korang jangan tak tahu, sepupu aku yang sorang ni mulutnya boleh tahan. Memang salah course, dia pun boleh jadi lawyer. Tapi Farina tak suka, menyemakkan otak kena ingat sejarah katanya. Ish ish ish.

“Kau ni aku tengok pucat sangat. Tadi macam mana kau boleh tiba-tiba pengsan kat dalam pejabat?”Soal Farina.

“Entah. Benda nak jadi, aku bukannya boleh control bila nak pengsan. Sebab terkejut punya pasal, aku terus pup! Semua benda jadi hitam. Gelap gelita.” Aku menarik lagi selimut sampai ke tengkuk. Sejuknya!

“Kau terkejut sebab apa?” muka Farina sudah berkerut. Lalu aku menceritakan semuanya kepada Farina. Aku tengok muka Farina yang selamba sahaja setelah aku selesai bercerita.

“So, apa pendapat kau? Aku rasa macam kena tikam dari belakang kau tau tak.”Aku menunggu jawapan darinya.

“ Hmmm…Bagi aku, kau kena ingat, apa yang tok Idham tu buat mungkin ada sebabnya. Walaupun dah 5 tahun kau rapat dengannya, tapi tak semestinya semua hal tentang dia kau perlu tahu. Sejarah family dia pun kau tak tahu sangat. Tengok-tengok, dia tu datuk kepada Nick. Dia nak simpan rahsia daripada kau mungkin sebab dia tak nak kau segan dengan dia. Cuba fikir, kalau dia bagitahu yang dia tu pemilik syarikat NB Gali, kau rasa, kau akan rapat tak macam sekarang dengan dia?” aku berfikir sejenak. Betul jugak apa yang dikatakan oleh Farina. Ada logik juga. Kalau aku tahu, aku pasti berasa rendah diri kepadanya. Malah, mesti aku kawal sikap aku depannya. Aku takkan bermanja dengannya. Cuma aku terkilan sebab dia tak beritahu aku awal-awal. Itu pun aku tahu secara kebetulan. Argghh!! Kenapa baru sekarang aku tahu kebenarannya?

“Haii…Entahlah. Buat masa sekarang, aku perlu sesuaikan diri dengan semua ni. Aku kena betul-betul terima tok Idham seadanya dan aku perlukan masa.”

“Yup! Jangan fikir negativelah. Kau buat macam ni dengan tok Idham, mesti dia susah hati. Kau sepatutnya mengalah. Dia kan dah tua, jangan terlalu ikutkan perasaan sangat.”

“Amboi, dah pandai dah kau bagi nasihat. Kecik kecik dah lagak cam besar sangat!” aku mengambil bantal dan baling kat dia. Dia sempat mengelak.

“Eleh, jeles ke aku ni dah mula matang? Aku bukan budak hingusan macam dulu. Sekarang bila dah meningkat tua ni, macam-macam yang kita kena tempuh. Haii, hidup-hidup.”

“Aik, mengeluh nampak. Awat?” Farina sudah beralih dan berdiri di depan cermin. Dia mengambil krim mukanya dan disapu ke muka. Sepupu aku ni memang menjaga kulit mukanya. Memang halus dan lembut macam kulit baby. Memang banyak yang minat kat dia. Lawa! Sebab itu aku berasa rendah diri bila bersama dengannya.Ada sahaja mata-mata yang melihatnya, siap buat pusingan u-turn sebab nak tengok muka comel dia. Aku yang kat sebelah dia memang orang tak pandang pun. Siapalah aku ni kan? Dahlah kontot, muka pun tak lawa. Cuma kulit cerah sahaja, sebab tu sampai sekarang tak ada yang berkenan. Sedih lah pulak!

“Siapa lagi yang boleh buat aku mengeluh macam ni? Azam lah. Busy memanjang. Susah betul nak spend time dengan girlfriend dia yang comel lote ni.”

“Alah, tak apa. Macam mana sekalipun dia tetap sayang kat kau. Untunglah.”

“Eleh, kau tu, sekarang dah ada Nick. Buat-buat merajuk kat dia pulak. Kau tu sebenarnya terasa hati dengan tok Idham je kan? Kenapa Nick tu terkena sekali?”

“Nick tu kan cucu dia. Lagipun aku memang malas nak layan dia.”

“Eleh, tipu tipu tipu.” Farina mengajuk macam kanak-kanak riang pula.

“ Kau tu sebenarnya, tacing dengan dia sebab dia tak bagitahu awal-awal kan? Tapi, salah kau jugak, kau tak tanya, memang lah dia tak bagitahu kau yang dia tu dah jadi big boss tempat kerja kau.” Aku terdiam, terasa dengan apa yang dikatakan oleh Farina. Betul ke aku merajuk? Tetapi kenapa pula?

“Tapi, cuba kau bayangkan. Aku ingat dia tu mamat gajah gatal yang biasa-biasa je, tup tup, wah! Dah jadi big boss. Kau tak rasa geram ke?”bersungguh aku menidakkan kenyataannya.

“Ke kau cemburu ni? Kau cemburu sebab kau tak pernah terfikir yang dia boleh sehebat macam tu. Yalah, kau ingat dia hampeh! Tup tup, CEO. Kan dah terkena. Kau jangan pandang rendah kat orang tau. Tak baik.”

“Hish! Macamlah dia tu bagus sangat!” Menyampah bila orang menyokong Nick. Semuanya Nick yang betul, geramnya!

“Hahaha, apa punya cousin lah. Tu pun kau dah merajuk sakan sampai tak nak layan dia. Tu handphone kau asyik vibrate dari tadi. Orang sayang kau cari kau dari tadi tau. Kesian dia, dia tak bersalah kau hukum dia macam tu.” Aku pandang handphone yang diletak kat sebelah bantal. Aku ambil telefon tersebut dan aku lihat ada 15 miss call semuanya. Mak aih! Dia ni dah kenapa? Selalu sangat mengganggu ketenteraman aku.

“Orang sayang apa nya? Tak pernah pun aku dengar yang dia cakap dia sayang kat aku. Jangan nak merepek. Dan jangan nak buat fitnah, aku tak merajuk cuma terasa macam orang bodoh je.”

“Habis miss call sampai 15 kali tu, tak sayang ke? Lembap betullah kau ni Risya. Memang ratu blur lah. Memang pun kau ni bodoh, benda ni pun nak buat jadi kes besar. Alah, maafkan lah dia. Dia tak bersalah pun. Aku rasa dalam kes ni, kau pun bersalah jugak. Yang kau tak berterus terang dengan dia pasal kau tu dah 26 tahun dan bukannya budak sekolah ,kenapa? Bajet nak jadi muda lah tu. Tui!” Aku menjeling Farina yang sudah berbaring disebelahku. Sekarang aku tidur dirumahnya, dirumah cik Taufiqku. Setiap kali ada masa lapang, aku akan overnight di rumah mereka. Yalah, di Selangor ni, merekalah family yang paling rapat denganku.

“Biarlah! Budak kecik macam kau apa tahu.”

“Aik, tengok cermin lah wei.” Sekali lagi aku memukulnya guna bantal. Memang tak nak sokong aku. Cousin apa lah ni.

“Dah! Malas nak layan kau. Memang tak nak sokong aku langsung.” Bunyi dah macam merajuk je aku ni.

“Aik, kau ada masuk kempen apa-apa ke? Nak perlu sokong-sokong segala. Kalau macam tu, aku katakan tak nak!Hahaha.” Dia sudah menggelakkan diriku. Menganjing orang nombor satu.

Sekali lagi terasa vibrate di sebelah bantal. Farina yang sudah baring disebelahku, sudah terduduk semula. Dia pandang handphoneku.

“Hish! Kacau betul! Aku nak tidur ni. Kau tak nak jawab ke call dia, tak pun aku campak je handphone kau.”

“Huish! Mahal tau phone tu kau nak main campak je. Suka suki kau je. Tu duit aku ,hasil titik peluh aku tau.”

“Ada yang makan sup selipar aku ni karang. Kau nak jawab ke tak minah? Aku jawab kang.” Aku terus mengambil handphoneku, sempat lagi aku mendengus.

“Pi, tidurlah mak cik. Esok kau tu ada kelas.”

“Hah! Tau pun, dah pi borak dengan abang sayang kau.” Aku menggeleng. Tertera nama Mat gajah gatal pada skrin telefonku. Aku mengeluh dan membiarkan telefon tu berhenti sendiri. Aku malas mahu menjawab panggilan orang buat masa sekarang. Lalu, aku off kan handphoneku. Aku baring semula.

“Sah! Kau merajuk dengan abang sayang.” Dari tadi Farina memerhatikan gerak-geriku.

“Heish! Tidur lah tuan puteri sayang oii!”

“Tapi kan, ada satu benda yang aku nak tahu sangat.” Ucap Farina secara tiba-tiba setelah baring tadi. Hish! Aku mengusap dadaku. Ingatkan dah tidur minah ni.

“Apa dia?” aku memusing badan menghadap Farina disebelah.

“Kau tak ada ke perasaan kat Nick walaupun sedikit? Kau tak pernah rasa cair ke dengan apa yang dia dah buat selama ni?” banyak benar soalan minah ni.

Aku memandang siling. “Entah. Tak ada kot, mungkin sebab aku dah serik nak bercinta. Buat masa ni, aku tak pernah rasa nak bercinta. Aku nak rehat. Penat lah. Aku tak nak kecewa lagi.”

“Jadi, kau takut nak bercintalah?” aku menilik wajahnya. Lampu bilik sudah ditutup cuma lampu malam sahaja yang dibuka. Aku membiarkan sahaja soalan itu tidak berjawab. Tidak lama selepas itu, terdengar bunyi dengkuran halus daripada Farina. Cepat benar budak ni terlelap. Aku pejamkan mata bila kepala terasa berdenyut-denyut. Peningku datang lagi. Aku memicit-micit dahi sambil memejamkan mata. Ah! Baik tidur takut melarat pula pening ni.

Nick memandang telefon bimbitnya. Nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi. Asyik suara mesin tu lah yang didengarnya. Bosan bila Risya tidak mahu menjawab panggilan darinya. Bila ditelefon balik, dengar-dengar suara radio rosak tu je lah yang asyik ulang ayat yang sama. Dia meletakkan telefon bimbitnya di atas meja di bilik kerjanya. Dia keluar dari bilik kerja tersebut dan menuju ke dapur. Dia mengeluarkan botol air mineral dari peti sejuk dan diteguknya dengan rakus.

Nick duduk atas kerusi meja makan di dapur itu. Di tangannya terdapat fail yang berisi profile Risya. Ditelitinya fail tersebut. Baru dia tahu, Risya sebenarnya 26 tahun. Dan Risya sudah 3 tahun bekerja di syarikat yang sudah diambil alih olehnya sekarang. Terdengar bunyi tapak kaki dari belakang. Dia melihat tok Idham yang berjalan lemah.

“Tok, dah makan?” soalnya lembut.

“Makan ke tak makan ke, ada kau kisah?” jawabnya lemah.

“Tok, kenapa cakap macam tu?” terasa hati dengan jawapan tok Idham. Hari itu dia mengambil keputusan untuk bermalam di rumah pak Longnya. Atuknya tok Idham memang menetap bersama pak Longnya. Banyak kali dia cuba memujuk hati orang tua itu. Ternyata hatinya keras. Sekeras-kerasnya. Sudah pelbagai cara untuk meraih perhatian tok Idham, tetapi, semuanya dibalas dingin.

“Tak perlulah kau ambil kisah tentang aku. Baik kau kisah pasal diri kau sendiri sekarang. Fikir pasal masa depan syarikat. Aku tak nak syarikat tu tunggang-langgang disebabkan kau.” Tok Idham duduk di depannya.

“Tok, siapa cakap saya tak kisah pasal tok? Tok masih tak boleh lupakan perkara dulu tu? Berapa lama lagi tok nak bersikap dingin macam ni dengan saya? Saya tak bersalah tok. Malah, tiada siapa yang salah dalam hal tu.”

“Kau ingat senang nak lupa semua tu? Disebabkan kau berkeras sangat nak ikut mak kau tu lah menyebabkan aku macam ni. Cuba kau duduk ditempat aku ni. Apa kau rasa? Mesti kau akan dapat rasa apa yang aku rasa sekarang.” Nick mengeluh lemah.

“Tok, jangan sebab perkara kecil sebegini, tok langsung tak dapat maafkan saya, mummy dan juga papa. Papa tak balik pun sebab takut pada tok.”

“Tapi aku tak cakap aku tak benarkan dia balik ke sini kan? Kenapa dia masih menetap kat situ?” soal tok Idham keras.

“ Dia ada banyak hal yang perlu diuruskan di sana. Bukan papa tak nak balik pun. Cuma papa rasa berat hati nak tinggalkan US. Banyak kenangan mummy kat sana.”Tok Idham mendengus.

“ Sebab tu lah aku tak suka bapa kau kahwin dengan minah salleh. Nak sangat bantah cakap aku!”Tok Idham beredar menuju ke biliknya. Dari tadi pak Longnya mendengar perbualan mereka. Dia menepuk bahu Nick lembut.

“Sabarlah Nick. Belum masanya lagi. Nanti, lembut juga hatinya itu.”

“Tapi sampai bila pak Long? Dah bertahun dia merajuk. Saya dah tak tahu nak buat macam mana lagi dah.” Nick mengeluh.

“Banyak benda yang dia simpan dalam hati. Semenjak papa kamu kahwin dengan mummy sehinggalah kamu mengambil keputusan untuk berpindah ke US. Dia kesunyian Nick. Dia terasa hati sangat bila kamu dan abang kamu ikut mummy kamu ke US. Pak Long pula sibuk sangat sampai tak ingat tok kamu. Sekarang, pak long dah sedar. Kita tak boleh sia-siakan orang tua kita. Mereka pun ada perasaan. Nasib baiklah pak long dirikan rumah kebajikan tu, suruk tok Idham kamu uruskan. Tak ada lah dia rasa sunyi sangat.”Nick mengangguk. Betullah kata pak Longnya. Disebabkan rumah kebajikan itulah tok Idham tidak berasa sunyi. Makin hari, ada saja ceritanya tentang rumah kebajikan itu. Dia juga melihat perubahan sikap tok Idham yang mula bertambah ceria. Jadi dia mengambil kesempatan itu untuk selalu menziarahi rumah kebajikan tersebut dengan alasan ingin memujuk atuknya. Dan disebabkan itulah dia dapat berjumpa dengan Risya. Risya! Nama itu bermain dikepalanya. Dipandangnya fail di depan meja. Dia mengeluh kecil.

“Kenapa ni?” mata Datuk Sri Bakhtiar sudah menangkap fail yang dipegang oleh Nick. Lalu diambilnya fail tersebut dari tangan Nick.

“ Is she the one? Yang selalu tok Idham ceritakan tu?” Nick mengalih matanya memandang wajah tua pak longnya. Dia mengangguk.

“Dia memang tak tahu tentang tok Idham. Pak Long tengok muram saja mukanya tadi bila berdepan dengan tok kamu.”

“Saya pun baru tahu pasal dia pak long. Kesian tok Idham. Mesti dia sedih sangat bila dapat respon yang dingin dari Risya. Saya dah cuba call dia, tapi dia tak angkat pun.”

“Kamu cuba nak pujuk perempuan ni untuk tok Idham ke, ke untuk diri kamu?” Nick tersentak. Pak longnya sudah tersenyum.

“ Sudah tiba masanya kamu berubah Nick. Pak long tengok kamu ambil berat sangat tentang si Risya ni. Tinggalkanlah girlfriend-girlfriend kamu tu. Kamu tu dah patut kahwim pun. Kamu patut ambil serius tentang perkara ni sekarang.” Dia teringat bagaimana Nick resah melihat Risya yang terbaring disofa. Dia nampak juga raut wajah cemburu Nick bila Haris memapah Risya ke atas sofa. Semuanya dia tahu. Anak saudaranya sudah jatuh cinta!

“Tapi saya baru je ambil alih syarikat tu pak Long. Saya masih belum nak fikirkan lagi benda-benda ni semua. Girlfriend saya yang banyak tu pun saya anggap macam kawan je. Saya tak nak hati saya kecewa.”

“ Semua benda ada risikonya. Kalau kita tak nak tanggung risiko, macam mana kita nak tahu sama ada kita dapat madu ke racun? Fikirkanlah. Kalau kamu ada hati kat Risya ni, pak long rasa, tok Idham mesti suka.”

“Lagi dia mengamuk ada lah pak long. Saya ni kan play boy. Dia pula sayang benar dengan cucu angkatnya tu.”

“Belum cuba belum tahu kan? Dahlah, pasal tok kamu tu, lama-lama, dia akan terima kamu juga. Kamu ada tanya kabar papa kamu kat US tu? Abang kamu sihat ke tak?”

“Ada. Abang dan papa sihat je. Diorang kirim salam.” Pak long mengangguk dan menjawab salam.

“Pak long naik dululah ya. Penat sangat dah ni. Nick, jangan tenung lama-lama fail tu. Nanti diri sendiri yang merana.” Sempat lagi pak longnya mengusik. Dia menyerah kembali fail ditangannya kepada Nick. Nick mengambil fail tersebut dan ditenungnya gambar Risya. Selekehnya minah ni dalam gambar passport. Nick tergelak kecil. Terasa ada debaran di jantungnya. Diusapnya gambar kecil itu, lagak seperti mengusap muka Risya. Ah! Perempuan ini sentiasa membuat jiwanya kacau. Kenapalah dia off kan phone? Marah sangat ke?

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Sangkanya Risya yang menelefonnya kembali, tetapi, ternyata panggilan tersebut daripada orang lain. Dengan lambat dia menekan skrin telefon.

“Hello, sayang. Kenapa you cancel dinner kita malam ni?” rengek perempuan ditalian. Nick mengeluh lemah. Disebabkan Risya yang langsung tidak mahu mengangkat panggilannya, janji temu dengan Sofea dibatalkan. Tiada mood!

“Emmm…I tak sihatlah. Rasa pening sikit. Yalah, baru je ambil alih syarikat tu, macam-macam yang perlu I handle.” Tipu Nick.

“Oh, really? Are you okay sayang? Kalau macam tu you rehat je lah ya. Nanti jangan lupa makan ubat. I’m gonna miss you. Tidur okey sayang. Love you. Bye.” Ucap Sofea manja.

“Hmmm…Ya,bye.” Jawab Nick pendek. Skrin telefon ditekannya. Diletaknya telefon di atas meja. Dipandangnya fail sekali lagi. Dia menghembuskan nafas lemah. Dalam hatinya, hanya ada nama Risya sahaja. Dia sudah jatuh cinta? Dia masih belum pasti lagi. Sekali lagi dia mengeluh. Atau, adakah dia cuba menidakkan apa yang sudah terbit dalam hati ini?

Aku tenung orang yang berdiri di depanku sekarang. Adui! Masalah betul! Baru nak merasa cuti 4 hari, dah ada masalah yang buat kepalaku pening sekali lagi.

“Kak! Nah, saya beri ikhlas dari hati saya.” Aku pandang tajam kat mamat di depan aku ni. Tak habis-habis lagi. Ditangannya ada setangkai bunga ros plastik. Hish! Apa lah budak sekolah ni nak dari aku?

Masa petang itu, aku menolong mak cik saudaraku untuk mengambil adik sepupuku yang baru balik dari kelas petang. Pada ketika itu, Eriana masih belum keluar dari kelasnya. Jadi, aku mengambil keputusan untuk duduk di pondok di kawasan sekolah itu. Sekarang, aku terpaksa berdepan dengan masalah baru. Faizal!

“Faizal, awak tak payah lah nak tunjuk romantik kat saya. Baik awak ngorat perempuan yang sama umur dengan awak. Tak pun awak beri bunga plastik ni kat Eriana. Tak guna awak beri kat saya. Sebab saya tak suka bunga.”

“Saya tahulah bunga ni murah je. Akak pun tak sudi nak terima bunga murah ni. Kalau saya bagi kat orang lain, diorang mesti buang terus.” Kalau aku pun sama, sempat lagi mengutuk Faizal dalam hati. Aku masih ingat lagi macam mana aku dan Faizal boleh berjumpa.

Ketika itu aku tetap dengan rutinku. Aku menunggu Eriana yang masih belum keluar dari kelasnya. Masa itu aku tengah menikmati air minuman yang baru sahaja aku beli kat kantin sekolah itu. Tiba-tiba muncul seseorang sambil bercekak pinggang. Adoi! Ni nak tunjuk gangsterlah ni.

“Hoi! Tu tempat aku. Kau blah sekarang!” amboi budak laki ni, kurang ajar betul. Siapa yang ajar ni?

Aku tetap buat selamba badak. Aku sedut air sirap dengan straw. Aku tenung muka budak kurang ajar tu. Harapkan muka je comel tapi perangai macam sampah!

“Hoi, pekak ke?! Aku cakap blah, blahlah sekarang.” Tengkingnya kuat.

“Saya tak pekak lagi. Tak payah nak tengking-tengking macam tu.” Aku masih berlagak tenang. Tapi dalam hati panas siot!

“Habis tu yang kau masih tercegat kat situ tu kenapa?”

“Saya tak nampak pun ada nama awak kat sini? Nama awak pun saya tak tahu.”

“Hish! Kurang asam punya perempuan. Ni Faizal, satu sekolah ni tahu siapa aku!”

“Masalahnya, dia bukan budak sekolah lah Faizal! Dia tu dah bekerja!” jerit Eriana dari jauh. Fuh! Nasib baiklah aku tak berlama kat sini.

“Jom, Eriana.” Aku membuka pintu kereta di belakang. Tergamam lelaki yang bernama Faizal itu. Aku tengok Faizal yang sudah menjeling ke arahku dan dia segera beredar ke arah motornya. Tidak lama selepas itu, aku menghidupkan enjin kereta. Tiba-tiba terdengar bunyi hentakan kuat di belakang keretaku. Aku terus berpusing ke belakang melihat apa yang sudah terjadi. Rupa-rupanya motor milik Faizal sudah dilanggar kereta seorang cikgu. Aku bergegas menghampiri tempat kejadian. Nampak Faizal mengerang kesakitan. Kakinya sudah berdarah. Tanpa membuang masa, aku menolong Faizal dan bawa dia ke hospital. Cikgu perempuan yang melanggar Faizal juga turut sama ke hospital. Cikgu perempuan tadi nampak ketakutan. Cikgu muda lah katakan.

Maka, di situlah pengenalan antara aku dan Faizal bermula sehingga menyebabkan lelaki di depan ini sering membuatkan hidup aku tak aman.

Setiap kali aku menginap di rumah sepupuku, setiap kali itulah dia singgah ke rumah ingin menjengukku. Bengang betul!

Aku lihat Eriana yang sudah bergerak mendekatiku.

“Hai,kak Risya, abang Faizal.” Eriana pandang bunga yang dipegang oleh Faizal.

“Memang sah lah tak ada siapa pun yang nak terima bunga plastik macam tu. Orang bagi lah bunga fresh.” Seloroh Eriana.

“Bunga plastik ke fresh ke, tu tak penting yang penting hati yang ikhlas. Betul tak kak Risya?”

“Suka hati awak lah Faizal. Yang pastinya, betullah apa yang Eriana cakap tu. Akak pun memang tak sanggup nak terima.” Aku dan Eriana sudah tergelak. Kelat muka Faizal ditertawakan. Kesian pula tengok mamat ni.

“Jangan nak buat muka kesian. Dah pergi balik. Malas nak tengok muka awak. Kaki yang dah elok, jangan dibawa pergi merayau pula.” Sempat lagi aku memberi nasihat.

“Alah, nak jumpa akak lah lepas ni.” Ucapnya manja. Hish! Dulu bukan main garang laki ni, sekarang dah macam ‘puppy’ pula.

“Tak payah. Saya tak hingin pun nak tengok muka awak! Dah, pergi balik. Kalau awak pergi rumah Eriana sebab nak jumpa saya, saya tak nak datang sini lagi selama sebulan.” Ugutku.

“Okey okey. Saya tak datang rumah Eriana. Dengar-dengar akak pun tengah cuti sekarang kan? Akak berehatlah puas-puas.”katanya. Hmph! Baguslah, senang hati aku. Barulah dapat nikmati hari-hari cuti tanpa masalah. Aku masuk ke dalam kereta, begitu juga Eriana. Aku memberi senyuman dan lambai kat Faizal. Faizal tetap kaku berdiri. Nak merajuk konon, jangan harap aku nak pujuk. Hahaha.

Dalam perjalanan nak balik ke rumah pak cik saudaraku, Eriana sempat mengemukakan soalan cepu mas.

“Kak Risya, kak Risya tak ada boy friend ke?” tersentak mendengar soalan yang aku kira susah nak jawab.

“Emmm…Tak ada kenapa? Eriana dah ada ek?” aku kembali menanyakan soalan yang sama. Nak tutup malu sebenarnya. Yalah, dah 26 tahun aku masih tak ada boy friend. Hish!

“Eh, tak nak lah. Eriana nak jadi macam kak Risya. Tak nak ada boy friend sampai kerja. Lelaki bukan boleh percaya. Semuanya sama je.”

“Tak semua lelaki sama Eriana. Ada juga lelaki baik. Tapi, akak sokong niat Eriana tu. Baik tumpukan perhatian kat pelajaran dulu daripada cari laki. Entah kekal entah tidak. Contohnya, tengok si akak Farina tu. Walaupun setia dengan kekasih lamanya, tapi,tak tentu si Azam tu laki dia. Kita mana tahu kan?”

“Haa…Betul juga. Jodoh semua ditentukan oleh Allah. Mana kita tahu kan. Emm…Sama kes macam akak dengan abang Iz kan?” aku diam seketika dan aku melirik ke sebelah kejap.Eriana nampak takut-takut pula. Bimbang aku terasa hati agaknya. Aku mengulumkan senyuman.

“ Betul. Walaupun akak suka kat abang Iz, tapi tak semestinya akak dengan abang Iz kan? Jadi, nasihat akak, Eriana tak payah lah fikir sangat benda ni semua. Jodoh datang dengan sendiri. Tapi kena usaha jugak. Cuma bagi Eriana, bukan sekarang masanya. Tunggu lah bila Eriana betul-betul bersedia, then akak bagi chance kat Eriana, okey?”

“Orait! Cun!” dia tunjuk ibu jari tanda bersetuju dengan apa yang dikatakanku tadi.

“Kak, handphone akak yang Samsung tu akak tak on kan ke? Dah 3 hari akak tak pegang phone tu. Nasib baik ada phone Sony Ericsson yang masih elok lagi ni. Sepatutnya dah jadi khazanah dah.”

“Hahaha. Handphone Sony ni khas untuk family terdekat. Hanya yang rapat je yang tahu nombor ni. Handphone baru tu, khas untuk hal-hal kerja. Akak sekarang pun tengah bercuti jadi phone pun cuti lah.” Aku tidak mahu memberitahu kisah sebenar kepada sepupuku yang baru berumur 16 tahun ni. Nanti macam-macam soalan yang ditanyanya. Offkan phone semata-mata nak elakkan Nick dari mengganggu hidupku. Rimas betul! Eriana mengangguk.

Aku memarkirkan keretaku ditepi rumah cik Taufiq. Eriana sudah keluar dari kereta. Aku masuk ke dalam rumah dan dari luar aku sudah tercium bau masakan mak cik saudaraku yang aku panggil cik deng.

“Hmmm…Sedapnya bau, cik. Masak apa? Ada apa-apa yang boleh Risya bantu ke?”

“Dah nak siap pun Risya. Masak mi goreng je untuk makan petang. Hmmm…Tolong sediakan pinggan-pinggan dan panggil diorang makan ye?” Cik deng memang rajin orangnya. Suri rumah yang betul-betul aku hormat. Mampu membuat banyak kerja dalam satu hari. Menjadi rutin sehariannya untuk mengemas,membasuh dan memasak untuk keluarganya. Tetapi semenjak dia mengalami ketumbuhan pada leher yang dinamakan penyakit thyroid, kesihatannya menyekat segala kerjanya. Dan sudah tentu, Farina dan Erianalah yang selalu membantunya. Namun, satu benda yang tidak dapat dia tinggalkan, iaitu memasak. Masakannya pun sedap. Aku suka sangat makan makanan yang dimasaknya.

Semua yang berada di tingkat atas dipanggilku dan kami sama-sama menikmati makanan yang disediakan. Cik Taufiq pun sudah pulang dari kerja.

“Haa, Erisya. Pening kamu dah elok ke dalam beberapa hari ni?” soalnya sambil menyendok mi goreng. Cik deng menolong suaminya menuangkan air teh ke dalam cawan .

“Alhamdulillah. Dah makin sihat lah sekarang. Pening pun dah kurang.” Aku tengok Farina yang sudah diam menikmati mi goreng. Ya Allah perempuan ni, bila bab makan je, memang dia lah ratunya. Makan banyak tapi badan tetap kering, kurus kerding! Tak paham betul!

“ Baguslah, ni si Nick asyik tanya pasal kamu. Datuk Sri Haji pun ada tanya jugak.” Aku tersedak. Farina disebelah sudah menepuk-nepuk belakangku. Malah, tepukkan tu bukan nak redakan sedak, tapi saja nak buat hati aku panas. Tahu aku terkejut mendengar nama Nick. Mata Farina pun sudah mengecil dan dia tersenyum mengejek.

“Haddoii, dengar nama Nick terus tersedak ye kak Risya?” kurang hasam jawa betul minah ni!

“Kenapa kak Risya? Kak Risya punya scandal ek?” ucap Alif, adik kepada Farina. Diorang ni suka sangat nak usik aku. Hish! Eriana disebelah Farina terkebil-kebil, tidak tahu cerita sensasi itu.

“Hish! Alif ni, jangan sibuk hal orang lah. Biarlah kak Risya kamu ada scandal. Tak lama lagi, jadi boy friend kak Risya,lepas tu kahwin. Kan bagus tu?” Sekali lagi aku tersedak setelah meneguk air untuk meredakan sedak tadi. Ni dah sedak balik. Adoi, perit tekak aku dibuatnya. Farina sudah tergelak melihat jelingan tajamku. Suka lah tu banyak orang sokong dia.

“Betul tu bu. Kan bagus jadi macam tu. Kita aminkan lah bu supaya kak Risya cepat-cepat kahwin. Sakit mata ni asyik tengok dia kat dalam rumah ni.” Umpatnya di depanku.

“Amboi, mulut. Nampak cili ni?”

“Nampak, cili tu warna merah, kenapa? Ke aku patut beri kau cermin mata tebal supaya kau dapat nampak sekali.Hahaha.” Memang susah betul nak patahkan ayat perempuan sorang ni. Suka sangat menjawab.

Cik Taufiq berdeham. “Macam-macamlah anak-anak aku ni. Jangan kamu layan sangat si Farina ni Risya. Mulut tu memang pedas sangat lepas makan cili dalam mi goreng ni agaknya.” Aku tergelak kecil mendengar bicara cik Taufiq pula. Bapa dengan anak sama je. Pandai berkata-kata. Giliran Farina pula yang menjeling tajam pada bapanya. Cik Taufiq sudah buat muka selamba. Aku suka sangat dengan cara cik Taufiq melayan anak-anaknya. Tak manja sangat dan tak tegas sangat. Rilek je orang nya. Cik Deng sudah menayangkan ibu jari pada Farina, nak bagitahu ‘padan muka’ kat anaknya. Cool je family ni. Sebab tu aku suka sangat duduk kat rumah ni. Ada-ada je ragamnya. Mereka 3 beradik ni pun kepala sengal-sengal.

“Kamu nak balik bila Risya?” soal cik Deng.

“Lusa. Petang lusa tu saya baliklah ke rumah sewa.” Cik Deng mengangguk. Eriana sudah mengangkat pinggannya ke sinki. Begitu juga Alif.

“Bah, malam ni tengok wayang jom!” ajak Alif.

“Cerita apa yang best?” soal cik Taufiq pula. Aku menolong cik Deng mengemas meja makan.

“Cerita Johny English. Jomlah bah. Kita tengok ramai-ramai.”

“Yalah-yalah. Mentang-mentang hari ni hari Jumaat. Assigment boleh tangguh lah, ya Alif?” Alif sudah tersengih.

“Jom, kita pergi tengok wayang. Semua siap cepat, nanti kita tengok pukul 8 lebih. Midnight lambat pula.” Eriana sudah bertepuk tangan mendengar idea bapanya. Farina sudah menjerit ‘yes!’. Cik Deng cuma mampu tersenyum. Aku pun turut gembira, kena belanja mestilah syok kan? Hehehe.

Haris pandang sahabatnya yang ke hulu ke hilir macam kucing hilang bini. Dari tadi kerja si Nick, buat pusingan entah ke berapa kalinya di depan dia. Pening kepalanya bila asyik focus sahaja pada langkah Nick. Tak penat kah kaki Nick ni buat kawad tak betul depan aku? Tu lah kata-kata yang bermain difikirannya waktu itu. Tak pernah dalam sejarah hidupnya dia melihat Nick sebegini. Ni kira first time lah mamat ni buat perangai tak betul. Dipandangnya Nick yang asyik mengusap dagunya. Macamlah ada janggut. Muka tu pula macam ayam berak kapur. Eh, peribahasa betul ke tu? Dia masih tidak memahami lagak sahabatnya itu. Apalah mamat ni tengah fikir?

“Kau apahal dari tadi buat kawad tak tentu hala kat depan aku? Aku tanya dari tadi kau masih tak jawab.” Haris bersuara lagi ingin mengetahui hal sebenar. Nick tetap diam.

“Haiii…Aku rasa macam cakap dengan spender basah tau tak!” rungut Haris.

Nick berhenti dan matanya tepat pada mata Haris. Nick bercekak pinggang.

“Aku pakai boxer lah sekarang.” Jawab Nick ringkas. Sekali lagi dia mengorak langkah kawad tak betul nya.

Haris yang tidak tahan dengan kelakuan tak betul Nick terus menghalang Nick dari melakukan perbuatan yang sama.

“Kau nak kena cepuk dengan aku ke kawan? Aku rasa macam tugu tau sekarang. Macam orang dungu pun ada. Dari tadi aku tanya kau, kau tak jawab pula soalan aku. Yang kau jawab pasal boxer kau. Aku cakap lain, kau cakap lain. Kau ni kenapa? Cepat bagitahu kat aku terus-terang. Apa kes ni?”

“Hah? Tak ada apa-apa lah Haris.”

“Tak ada apa-apa kau kata? Ni memang ada apa-apa. Aku tak percaya dengan kata-kata kau. Sah kau memang ada masalah. Kau saja nak elak daripada aku. Meh, bagitahu kat aku. Kita sama-sama fikir macam mana nak selesaikan masalah ‘tak betul’ kau tu. Bengang aku tengok kawan aku ni buat kawad tak betul. Ni masalah berkaitan dengan girlfriend kau yang mana satu? Ke kau tambah ‘stok’ lagi?”

“Hish! Kau ingat aku ni nak sangat ke fikir pasal awek-awek tu semua? Tak ada masa aku nak fikir pasal diorang.” Nick sudah duduk atas sofa. Ketika itu hanya ada dia dan Haris sahaja di villa Citra Impian milik tok Idham dan pak longnya. Tok Idham dan pak long nya sudah keluar bermain golf. Pak Longnya risau melihat tok Idham yang sering bermuram semenjak kes tempoh hari. Jadi, dibawanya tok Idham sekali.

“Habis tu, apa yang mengong sangat? Pasai apa no? Pasal kerja?Setahu aku baru berapa hari kau jadi bos besar kat situ. Tak kan dah tension kot? I know you are professional.”

“Kalau dah tahu, apasal mu tanya aku ni professional ke tak? Memang lah bukan benda tu yang aku fikirkan.” Haris berfikir sejenak. Lalu dia memetik jarinya.

“Hah! Sah! Aku dah agak dah. Tak lain dan tak bukan. Kau mesti fikir pasal Risya kan?” Haris mengangkat sebelah keningnya.

“Betul tak jangkaan aku?” Haris menunggu jawapan yang keluar dari mulut Nick. Nick terlopong seketika lalu ditutupnya mulut demi menutup rasa malunya. Kenapa mesti dia berasa malu bila tekaan Haris tadi betul? Memang tepat apa yang Haris katakan. Dia memang tengah fikir tentang Risya. Siapa lagi lah kan?Nick berdeham.

“Emmm…Kau nak tambah air tu tak? Aku tolong ambilkan.” Nick cuba berdalih. Dia mencapai gelas di atas meja dan beredar ke dapur. Selang beberapa saat, terdengar tawa Haris di ruang tamu dalam villa Citra Impian.

Nick mengetap giginya. Kurang asam punya kawan! Dia menuang air oren jus ke dalam gelas Haris tadi.

“So, apa perkembangan kau dengan dia? Nak jugak dengar cerita dari playboy terhebat ni? Wah! Menarik ni. Apa dah jadi bro? Apa yang kau bengang sangat pasal Risya? Kau risau pasal dia ek?” ucap Haris dari belakang Nick yang masih berada di dapur. Haris sudah tersenyum-senyum memandang sahabatnya itu.

“Apa senyum-senyum? Bagi kang?” Nick menunjuk buku lima kat Haris.

“Amboi, garang nya. Sejak bila dah jadi brutal ni? Kau belajar dari Risya ya?”

“Banyaklah kau! Bukan buku lima je aku bagi. Buku sepuluh pun aku sanggup. Kau nak?” sekali lagi Haris tergelak kuat.

“Nick, so far I see you have change.”

“What do you mean?” soal Nick.

“Look at you. Nick yang aku kenal dulu tenang je bila berdepan dengan awek-aweknya. Tapi sekarang, dah gelabah ayam!” Haris menggeleng. Dia mengambil gelas yang berisi air oren jus dan diteguknya sedikit.

“And funny thing is, you don’t want to admit it! Come on lah kawan. Aku tahu isi hati kau. Kau tak boleh nak menipu lagi dah.” Giliran Nick pula yang geleng.

“No! Tak mungkin aku dah jatuh cinta. In my intire life, a player like me won’t fall for a girl like her!”

“Habis, perempuan macam mana lagi yang kau nak? Macam awek kau yang berlambak tu? Seksi, skirt ketat, baju nampak lurah ,tu semua yang kau nak?” duga Haris pula.

“Bukanlah. Maksud aku, I’m not ready to give commitment. And perempuan kontot macam dia tu?”

“Pendek ke, kontot ke, macam bungsai ke, kalau dah jodoh nak buat macam mana? Jangan nak berdalih lagi lah. Aku simpan rahsia kau. Susah sangat nak mengaku. Dari hari tu lagi aku dah agak. Cara kau tenung aku bila papah Risya, macam nak baham orang.”

Nick mengeluh. Dia masih tidak mahu mengaku tentang isi hatinya. Bodoh betul lelaki sorang ni, kutuk Haris dalam diam.

“ Jadi, apa yang kau risau sangat pasal dia?”soal Haris

“ Aku saja nak pastikan dia okey ke tak. As a CEO for my company right now, I should take care all my workers kan?”

“Ayat poyo!” ejek Haris.

“Lepas tu, apa jadi?” sambung Haris.

“She’s not answering my call! Yalah, mana tahu dia nak sambung cuti kan?”

“As far as I know, Risya bukan jenis yang suka hati dia je nak ambil cuti. Kau pun dengar kan apa yang dia cakap hari tu? Dia tak banyak ambil cuti.”

“Sebab tu lah aku cakap tadi. Mana tahu dia nak ambil cuti lebih. Dah sedap-sedap berehat kat rumah kan? Rumah?” Nick tidak menyambung ayatnya tadi. Tiba-tiba, terlintas satu idea.

“Yes! That’s it! Kenapa lah aku tak terfikir pasal tu sebelum ni?” Haris tercengang-cengang. Tidak memahami bicara sahabatnya.

“Hah? Apa yang kau cakap ni? Rumah? Kenapa dengan rumah?” Berkerut wajah Haris yang masih tidak faham dengan kata-kata Nick.

“ Aku rasa, aku nak pergi ke rumah dia!”

“Gila! Kau nak buat apa pergi rumah anak dara orang?”Haris sudah mula rasa tidak sedap hati.

“Hish! Aku tak buat benda-benda tak senonoh tu lah. Aku rancang nak pergi jumpa dia je. Tak ada lah aku nak masuk rumah dia. Cuma nak jumpa je. Nak tengok-tengok keadaannya. Tak salah kan? Sudahlah telefon pun tak diangkat. Jadi, lebih baik aku jumpa orang nya terus.” Nick sudah tersenyum manis. Dia teringin melihat wajah Risya. Kalau boleh sekarang juga dia pergi tetapi dia perlu berjumpa dengan Sofea terlebih dahulu. Janjinya untuk menemani Sofea pergi bershopping perlu ditunaikan. Dia tidak suka melanggar janji.

“Kau pasti ke kau nak pergi ke rumah dia? Kau tahu alamat rumah nya?”soal Haris ragu.

“Memanglah aku pasti dan semua maklumat tentang dia ada dalam tangan aku. So don’t worry beb.” Sekali lagi, hati Haris menyatakan ada sesuatu yang akan berlaku nanti. Hatinya tiba-tiba rasa tak tenang. Haris menggigit bibir.

Aku kemaskan barang-barangku ke dalam beg sandang. Aku berdiri di depan cermin milik Farina dan sekali lagi aku ‘scan’ sekeliling. Nak pastikan tak ada benda yang lupa. Check! Semua dah simpan. Aku lihat jam dinding, dah pukul 9 lebih.Alamak! Nak dekat pukul 10 malam dah. Sepatutnya aku balik petang tadi. Oleh kerana terlajak masa, tengah sakan keluar ber ‘shopping’ dengan Farina, aku ambil keputusan balik waktu malam. Ibuku sudah membebel. Dia tidak suka kalau aku balik lewat dari rumah cik Deng. Bahaya katanya, lebih-lebih lagi, aku seorang sahaja. Tetapi nak buat macam mana, aku kena juga balik rumah sewa sebab esok aku dah mula bekerja. Kerja? Adoh! Ni yang tak suka ni.

Terdengar bunyi ringtone pada handphone Sony Erricsonku. Panggilan dari Irah. Aku tekan butang phone tersebut.

“Hello. Ha, Irah, what’s up?” selorohku.

“Apa hal kau tanya aku apa yang ada kat atas?” Irah mengusikku. Aku tergelak kecil.

“Ha, ni berita sensasi apa yang kau nak beritahu aku ni?”

“Kau nak balik rumah sewa kan? Aku datang lambat sikit. Aku dengan Afiq sekarang. Nurul pula tak balik hari ni. Macam biasa, kita berdua dating kat rumah tu.”

“Aik? Yang lain pula, tak nak balik dah kat rumah sewa tu? Mentang-mentang rumah dekat.”Mulutku sudah muncung sedepa.

“Nak buat macam mana? Biarlah diorang. Kau pun suka kan dating ngan aku?”

“Hish! Asyik pandang muka kau je. Pergi je lah dating dengan Afiq.”

“Hehehe, alright sayang. Oh, Afiq kirim salam. Take care. Baik-baik jalan kat bawah flat tu.” Irah sempat memberi peringatan kepadaku.

Aku menekan butang phone. Aku termenung seketika. Hati ni rasa lain macam. Macam ada benda yang buat aku tak sedap hati. Tapi aku tidak mahu mengendahnya.

“ Hoi, lama kau tenung cermin aku! Aku rasa dah terbakar cermin tu sebabkan kau tenung lama sangat. Bila nak balik ni? “Tegur Farina.

“Aik? Menghalau nampak. Sampai hati betul lah cousin aku yang sorang ni.” Jawabku.

“Aku tak menghalau, tapi aku nak kau berambus cepat. Senang hati aku nanti, kau sampai kat rumah sewa awal. Ni dah nak dekat pukul 10, lewat sangat bagi aku.” Ucap Farina. Hmmm… Concern jugak kau ngan aku ya? Ucapku dalam hati pula. Terharu mendengar ucapan Farina.

Aku tenung Farina dan memberi senyuman menggoda.

“Ah, sudah! Kau nak apa buat muka 1 kupang tu?” soalnya.

“Nak hug kau! Tak sangka, kau sayang kat aku jugak kan?” aku sudah merangkul badannya.

“Ish! Tak bernafas aku dibuatnya. Dah dah. Kak Risya, awak tu kena balik sekarang. Saya memang sayang kat kak Risya. Jadi, tolonglah sila balik sekarang ya.” Ucapnya lembut. Aku senyum sahaja. Eriana sudah masuk ke bilik dan duduk di tepi katil. Dia menguap, matanya pun sudah kuyu, mengantuk! Esok kena pergi sekolah. Aku mengusap kepalanya.

“Okey, akak balik dulu ya. Belajar rajin-rajin tau.” Eriana sudah mengangguk-angguk. Mata sudah tertutup dan tidak lama kemudian kepalanya sudah mendarat atas bantal. Hmmm… Memang dah tak tahan nak tidur lah tu. Bertuah punya adik saudara!

Aku membawa barang-barangku dan diletakkan ke dalam tempat duduk belakang. Aku menutup pintu kereta dan aku menyambut tangan cik Deng. Aku cium tangannya.

“Terima kasih cik Deng. Nanti ada masa kamek datang lagi.”

“Baik-baik bawa kereta tu. Dah lewat sangat ni, jaga diri tau. Kalau dah sampai rumah, bagi je mesej.” Aku sudah duduk di tempat pemandu. Aku melambai Farina dan cik Deng yang masih setia berdiri di depan pagar rumah. Cik Taufiq sudah tidur di biliknya. Tidak mahu pula aku menganggu dia. Manakala, Alif, sudah kembali ke rumah sewa nya petang tadi. Maklumlah, UPM memang jauh dari rumahnya. Terpaksalah dia duduk di rumah sewa.

Aku memandu memasuki kawasan rumah flatku. Aku mencari parking tetapi semuanya penuh. Alamak! Terpaksalah aku parking kat tepi jalan berdekatan dengan sekolah agama di depan flatku. Aku memberhentikan keretaku dan aku kuncikan stereng. Aku keluar dari perut kereta dan aku ambil barang-barang di tempat duduk belakang. Nasib baiklah aku bawa 3 barang sahaja. Satu beg sandangku, satu beg laptop, dan satu slim begku. Aku tekan punat kunci kereta. Aku melajukan langkah menuju ke bawah flat. Seram pula rasanya bila sorang-sorang. Dahlah sunyi.

Belum sempat aku tiba di bawah flat, aku terdengar seseorang menjerit namaku. Aku pusing belakang.

“Risya! Tunggu!” Hish! Buat apa dia ada kat sini? Ketika itu, aku lihat dia tidak jauh di tepi longkang . Keretanya juga diparkir di situ. Cis! Menyemak betul. Kalau aku perasan tu kereta dia tadi, nak je aku halau kereta dia. Dapat lah aku parking kat bawah pokok tu, getus hatiku.

Aku sudah buat muka bosan. Aku teringat lagi tentang semua miss callnya. Agak-agaknya ada berapa kali dia call aku lepas aku ‘off’ phone hari tu? Terlupa pula nak ‘on’ kan semula. Aku mengeluh lemah. Dia sudah bergerak mendekatiku.

“Awak sihat?” tu soalan yang pertama terkeluar dari mulutnya. Hai, tak nampak ke aku kat depan mata dia ni? Macam main teka-teki pula. Korang rasa aku ni sihat ke tak ya? Apa punya soalan lah!

“Okey je. Macam yang awak tengok sekarang.” Aku mengatur beg laptop ku yang tersangkut di bahu. Berat rasanya.

“Meh, bagi kat saya. Berat kan tu?” ucapnya lembut.

“Tak apa lah, lagipun saya memang nak naik atas pun. Kenapa datang sini? Ada hal penting ke yang perlu saya tahu? Hal kerja?” tanyaku tanpa rasa bersalah. Ni mesti tanya pasal miss call tu kan?

“Tak. Pasal kerja kita boleh cakap esok. Sekarang, kita berada kat luar pejabat. So, I want to talk about you.” Jelasnya. Matanya masih tidak berkalih memandang bahuku.

“ Mari lah, bagi kat saya. Risau saya tengok awak bawa benda berat. Badan tu dah lah kecik. Awak dari mana ni?”

“Tak perlu lah. I’m okey. Just get back to the point. Kenapa awak cari saya? Nak cakap pasal saya kenapa?” aku malas mahu melayannya. Tahu dia masih berkira tentang beg laptop ku itu, aku lepaskan beg tersebut dan diletakkan ke lantai jalan.

“Dah, tak payah risau pasal beg sekarang. Now, awak nak cakap apa tadi. Dah lewat dah ni.”

“Risya, are you trying to run away from me?” aku tenung wajahnya dengan bantuan lampu jalan. Aku pandangnya kosong.

“Siapa cakap saya lari dari awak? Awak tak nampak ke sekarang, yang berdiri depan awak ni siapa?” soal ku kembali

“ That’s not what I meant. Awak off kan phone kenapa? Awak tahu tak dah berapa kali saya call awak?” giliran dia pula yang menyoalku bertubi-tubi.

“Entah. Saya belum buka lagi phone saya tu. Kenapa nak cari saya sampai macam tu sekali?”

“Sebab saya risaukan awak!” aku tergamam. Jelas di matanya yang dia benar-benar risau. Tidak mahu bertentangan mata dengannya, aku alihkan pandanganku ke tempat lain. Ketika itu aku terlihat ada seorang lelaki India tengah berjalan berhampiran kami. Hati aku sudah rasa lain macam.

“ Why don’t you answer my call? Awak mengelak daripada saya kan? Now, you tell me. Awak marah kat saya ke sebab saya tak beritahu pasal perkara sebenar?”

“No. Saya tak mengelak. Saya cuma nak tenangkan fikiran saya. Lagipun, nama lagi cutikan? Phone tu pun khas untuk hal-hal kerja. Sebab tu lah saya offkan.” Aku memberi alasan yang boleh dikatakan logik juga dari akal fikiranku. Tak kan lah aku nak bagitahu terus-terang kot. Mataku masih tepat memandang perbuatan lelaki India di belakang Nick itu. Aku sudah mula berasa takut tetapi aku tetap buat selamba.

“ You’re lying to me. Just tell me the truth. Is it because saya ni cucu kepada tok Idham yang buat awak jadi macam ni? Awak, awak tahu tak tok Idham dah tak macam dulu. Dia dah mula bermuram selepas kejadian tempoh hari. Dia rasa bersalah kat awak sebab tak beritahu terus-terang. He miss you Risya. Jangan salahkan tok Idham. Okey fine, awak boleh elakkan diri daripada saya, tapi tak kan awak nak larikan diri dari tok Idham pula? Dia anggap awak macam cucu dia sendiri. Dan selama saya bersama dengan nya, saya tak pernah lihat dia sebahagia ini. Dan sekarang, awak rampas senyumannya. That’s why saya call awak, saya nak tanya kabar awak and I want you to forgive tok Idham.” Jelas Nick panjang. Mata yang tadi nya sibuk memandang lelaki India sudah beralih memandang mata biru milik Nick. Aku terdiam bisu. Tak tahu nak jawab apa.

“Saya…” aku masih tak dapat nak berkata-kata. Secara tiba-tiba lelaki India tadi berlari ke arah kami. Rupa-rupanya lelaki India itu mabuk. Dia menyerang Nick dari belakang, nasib baiklah Nick pantas mengelak dan ditariknya lenganku sekali. Hati aku sudah berdegup laju ketakutan.

Lelaki India tadi sudah terhuyung-hayang. Terkeluar bahasa Tamil yang tidak kami faham. Apa yang dia bebel ni? Sekali lagi dia ingin menyerang Nick. Nick melepaskan lenganku dan menghadiahkan tumbukan padu pada muka lelaki itu. Lelaki itu sudah terduduk. Dia sudah menggila dan ingin menyerangku pula. Sepantas kilat, tangan ku di sambarnya. Nick tidak sempat menghalang dan badanku sudah ditolak kasar ke lantai jalan. Sakit tanganku apabila cuba menahan badan yang terjelompok atas jalan bertar itu. Aku melihat tapak tanganku yang sudah mengeluarkan cecair yang panas. Darah sudah mengalir keluar. Wajahku sudah berkerut menahan sakit. Pedih!

Tanpa membuang masa, Nick sekali lagi menghayunkan buku lima pada muka lelaki India itu. Lelaki itu tidak dapat mengimbangkan badannya dan jatuh ke atas jalan bertentangan denganku. Nick segera menghampiriku. Ditariknya tanganku yang berlumuran dengan darah. Dilihatnya tanganku yang terdapat serpihan kaca. Penyebab tapak tanganku berdarah. Mukanya sudah berkerut.

“Awak, awak tak apa-apa?” ucap Nick yang sudah cemas. Sempat lagi dia mengusap-usap tanganku.

“Sakit?” Soalnya lagi. Aku pandang matanya. Jelas raut wajah kerisauannya. Aku masih bisu tanpa kata-kata. Kenapa lelaki ini terlalu baik kepadaku? Aku pandang tapak tanganku yang berlumuran darah. Terkeluar juga air mataku kerana menahan rasa perit pada tangan yang luka ini.

Nick segera mengoyakkan kain pada lengan bajunya dan dibalutnya tapak tanganku. Sempat lagi dia menyeka air mataku.

“Don’t worry. I always be here for you.” Ah! Kenapa dia kata begitu? Jangan terperangkap Risya! Itu hanya satu pujukan semata-mata demi menenangkan diri.

Dia mengusap lembut pipiku. Dia menghadiahkan senyuman manis kepada ku. Aku mengembalikan senyuman tawar kepadanya.

Belum sempat Nick bersuara, lelaki India tadi sudah kembali berdiri dan diketuknya botol kaca pada kepala Nick. Berkecai kaca botol tersebut terkena kepala Nick. Sempat aku mengelak daripada terkena serpihan kaca dengan tangan. Aku kembali memandang lelaki India itu dan aku nampak mukanya yang jelas terkejut dengan perbuatannya sendiri. Aku terlihat badan Nick yang sudah terbaring di sebelahku. Badanku sudah menggigil. Terkejut melihat kepala Nick yang sudah berlumuran darah. Nick sudah tidak berdaya dan tidak sedar diri.

“Nick!” jeritku sepuas hati. Aku memangku kepala Nick. Aku menangis semahu-mahunya. Air mata keluar dengan derasnya. Tak tahu kenapa perlu aku menangis. Terasa kosong hati ini. Kenapa ya?

“Tolong!” jeritku lagi. Lelaki India tadi sudah hilang entah ke mana.

“Risya! Astaghfirullahalazim. Nick!” terdengar jeritan seseorang. Aku toleh ke arah suara tersebut.

“Ya Allah. Apa dah jadi ni, Risya?!” Haris sudah terduduk di depan ku. Kepala Nick masih dipangkuku. Aku pandang Haris. Mataku tetap mengalirkan air mata jernih.

“ Ya Allah! Tangan kau Risya.” Mata Haris sempat menangkap tanganku yang dibalut dengan kain baju Nick tadi.

“Cepat Haris, kita kena hantar Nick ke hospital!” dengan pantas Haris menarik badan Nick dan dibawanya masuk ke dalam kereta. Haris sempat mengambil segala barangku tadi dan diletaknya ke dalam bonet kereta. Aku duduk di belakang dan kepala Nick diletakkan ke atas ribaku. Aku menangis lagi dan aku mengelap darah yang mengalir pada dahi Nick. Tanganku sudah menggeletar.

“Sabar Risya, semuanya mesti okey, jangan risau.” Haris cuba mententeramkanku.

“Ini semua salah aku Haris. Aku penyebab Nick jadi macam ni. Aku yang bersalah.” Aku sudah menyalahkan diri sendiri. Kalau lah aku tak off kan phone, kalau lah aku jawab semua panggilannya, kalaulah aku tak marah pada tok Idham dan Nick. Semuanya kalau. Aku tunduk memandang Nick.
“I’m sorry.” Bisikku.

No comments:

Post a Comment