Bab 13
“Nak!” ujar nya disebelah. Tangan masih
memegang stereng. Dengan mulut yang ternganga sambil mengerlingku. Aku turut
mengalihkan mataku dari melihat luar tingkap kereta ke anak mata birunya. Nak
apa pula dia ni? Nak pelempang? Boleh jugak, 1000 kali aku beri.
“Nak
apa?” soalku ringkas.
“Nak
awak!Hehehe…” aku menjeling dirinya.
“Awak
nak saya tak?” soalnya pula.
“Buat
apa saya nak awak? Tak ada faedah!”
“Sampai
hati awak cakap macam tu” Nick sudah menunjukkan muka seposennya.
“Memang
sampai kat hati pun.”
“Kalau
sampai kat hati, maksudnya awak ada hati la kat saya ni?” Apa punya soalan lah
tu?
“Ish,Mengarut!”
Mukaku sudah berkerut apabila mendengar kata-katanya. Hati aku ni dah mula
membeku. Semua lelaki bagiku sama sahaja. Langsung tidak membuat hati ini
bergetar. Kerana itu, aku sudah mengambil keputusan, aku tidak mahu bercinta
dan menutup pintu hati ini serapat-rapatnya. Muktamad!
“Eh,
saya tak cakap carut-carut ni.” Dia dah mula loyar buruk.
“Ish!
Malaslah nak layan awak.” Aku berpeluk tubuh, mataku dialih ke luar tingkap.
“Ala,
tu, bagilah kat saya. Saya nak tu.” Ish! Lelaki ini merengek macam budak-budak
pula. Siapa yang jadi budak-budak separuh umur sekarang?
“Bagi
ais krim tu, nanti kalau dah cair tak sedap pula.” Aku mengambil ais krim
McFlurry dan aku serahkan kepadanya.
“Suapkan.”
Arahnya. Hati ini sudah mendongkol geram. Banyak songeh pula dia ni.
Mengada-ngada pula nak main-main suap segala.
“Tak
nak! Awak suapla sendiri.” Aku membangkang arahannya.
“Laa…saya
kan tengah drive, tolonglah suapkan.” Dia masih tidak mahu mengalah.
“Suap
sendiri!” dalihku lagi.
“Kalau
suap sendiri, saya kena pegang ais krim tu. Kalau accident, semua salah awak
sebab tak nak tolong suapkan.”
“Hish!
Yelah-yelah.” Aku mengambil sudu ais krim dan aku suakan ke mulutnya. Sempat
lagi dia membalas pandangan dan mengukir senyuman kepadaku. Senyum sampai ke
telinga.
“Awak
ni nak senyum macam orang yang senteng ke, ke awak nak jadi arwah sangat? Mata
tu cuba focus kat depan. Biar mulut tu je yang buka.” Dia terus membuka
mulutnya dan aku masukan sudu tersebut ke dalam mulutnya. Dalam beberapa saat,
dia membuka mulutnya kembali meminta untuk disuap. Persis kanak-kanak ribena!
Sebenarnya, boleh je kalau dia berhenti ke tepi dan menghabiskan ais krim tu.
Tetapi, disebabkan barang-barang yang dibeli kami tadi amat diperlukan ketika
itu, maka, tiada masa untuk memberhentikan kereta.
“Hoi!!”
sergah Haris. Terpinga-pinga Nick dibuatnya. Kus semangat!
“Yang
terhoi-hoi ni kenapa? Dah tak ingat ucap salam ke?” geram dengan perlakuan
Haris. Dia memandang jam ditangan. Masih awal, baru pukul 8.40, eh, bukan dah
masuk waktu pejabat ke? Soalnya dalam hati.
“Aku
sentiasa ingat. Kau tu yang dah masuk ke dunia kau sendiri. Salam aku yang
entah ke berapa kali, kau langsung tak jawab. Ingat apa beb? Ingat minah yang
‘step’ kaki kau tu ke?” Dilihatnya Nick yang membetulkan baju kemejanya. Smart
betul lelaki di depannya ini!
“Hah!
Nak cover malu lah tu. Tak payah lah kau nak berlakon betulkan baju kemeja kau.
Dah hensem dah. Kau nak betulkan pun baik kau betulkan otak kau tu dulu. Kau ni
dah kes berat, dah angau!”Tangan Nick sudah berhenti dari membetulkan tali
lehernya.
“Hei,
tak mainlah angau-angau ni. Ni Nick okey! Aku tengah berfikir ni. Berfikir
pasal masa depan aku.”
“Masa
depan wak lu!! Tengok rupa kau pun tahu yang kau tu sekarang dah angau. Dari
tadi aku tengok tersengih-sengih macam kerang dah basi tau tak!” Haris beralih
duduk dan berdiri di sebelah Nick yang masih bersandar pada kerusi pejabat yang
agak mewah. Bentuk macam kerusi urut tetapi lebih elegen.
“Tak
percaya sudah! Malas nak layan kau. Aku fikirkan masa depan bila dah ambil alih
syarikat ni.” Nick masih mahu berdalih. Tidak mahu dirinya terkantoi oleh
sahabat baiknya itu. Malu!
“Hmmm…yalah
tu. Aku percayakan kau. Kau fikirkan masa depan, tapi masa depan bersama gadis
tu kan? Kau tak boleh nak tipu akulah wei! Aku dah tahu sangat perangai kau tu.
Kalau kau tipu awek-awek kau, boleh lah. Ni Haris okey! Jangan harap aku nak
percaya kata-kata kau tu.” Nick tersengih melihat Haris yang masih berusaha
supaya dia mengaku.
“Yalah-yalah!
Aku teringat pasal kejadian semalam.”
“Kan
dah agak dah!” Haris pantas menjawab.
“Dah!
Kau ni nak jumpa aku kenapa? Ada apa-apa hal yang perlu aku tahu ke sebelum
mesyuarat nanti?”
“Ada,
tapi sebelum tu, aku nak kau betul-betul bersedia. This is work okay! Lupakan
sekejap gadis idaman kau tu, dan fikirkan masa depan syarikat yang bakal kau
ambil alih ni.” Lagak Haris seperti orang professional.
“Dah-dah!
Jangan nak melalut pula. Sekarang aku dah bersedia lah ni. So, what will be our
first agenda?”
“Ni
ada semua detail pasal pencapaian anak syarikat NB pada tahun-tahun lepas. Yang
ni pula, progression untuk tahun ni. Semuanya ada dalam fail ni. You just have
to take a look and semua ni akan dibincangkan dalam mesyuarat tu nanti. Aku pun
ada bawakan fail dari syarikat induk. Now, we just have to wait for Datuk nak
beri arahan seterusnya. Uncle kau pun dah on the way ke sini.”
Nick
mengangguk dan fail yang diserah oleh Haris dibeleknya satu persatu. Dia
membaca dengan teliti.
“Emmm…
Thanks Haris sebab rela jadi pembantu aku kat sini.”
“No
prob! Aku kan dah jadi anak angkat family kau jugak. So, diorang pun dah beri
arahan kat aku. Wherever you go, I will always be with you my friend.” Ucap
Haris dengan suara yang sengaja dilembutkan macam mak nyah!
“Ish!
Geli siot! Tolonglah jangan buat suara macam tu. Naik bulu ketiak aku!”
“Alah,
macam lah kau tak biasa dengan aku.” Lalu diusap-usapnya muka Nick. Nick
sudah kegelian apabila dilayan Haris
sebegitu. Nick menepis-nepis tangan Haris. Tercetus ketawa yang kuat dari
kedua-dua sahabat ini.Dalam masa yang sama pintu sudah diketuk beberapa kali.
Namun tiada siapa pun yang perasan. Hasnah sudah masuk ke dalam dan terkedu
melihat perbuatan lelaki-lelaki di depannya.
“Ya
ampun! Maaf-maaf, saya mengganggu. Wrong timing.” Terhenti gelak ketawa mereka. Kedua-dua mata
sudah teralih ke wajah Hasnah yang serba salah. Nick dan Haris berpandangan
antara satu sama lain dan sekali lagi mata mereka dialih melihat gadis di
depan. Tertunduk-tunduk Hasnah. Malu melihat aksi yang boleh di anggap terlalu ‘mesra’
itu. Macam luar tabii pun ada. Hish! Sempat lagi dia mengutuk 2 insan di
depannya. Geli apabila melihat adengan tadi.
Nick
berdeham dan Haris sudah tegak berdiri di sebelah Nick.
“Emmm…
ada apa-apa yang saya boleh bantu ke? Cik…” Lama Nick mengamati wajah perempuan
yang tengah tunduk itu. Macam ku kenal tapi di mana ya? Soalnya dalam hati.
“Hasnah.Cik
Hasnah. Saya setiausaha Encik Taufiq dan merangkap tea lady kat sini. Kalau Encik nak minum kopi ke, saya tolong buatkan.”
Ucapnya dalam suara yang penuh ramah. Mata masih memandang lantai. Malu
berdepan dengan bakal pengganti Datuk Sri.
“Hmmm…
2 jobs hah? Ada apa-apa pesanan yang perlu Encik Nick tahu?” soal Haris pula.
Mendengar
nama Nick, Hasnah terus mengangkat kepalanya. Ya Allah! Kecilnya dunia ni.
Rupa-rupanya bos baru aku ialah Nick! Makin gembira hatinya bila mengetahui
lelaki yang hensem dan sering menjadi igauannya ada di depan matanya. Kini, dia
pasti akan selalu berada di samping nya. Sementelah Datuk Sri sudah memberi
arahan kepadanya untuk membantu Nick menyesuaikan diri di pejabat itu. Syok
nya!!
“Hasnah?
You rupanya. Patutlah macam kenal. I tak sangka pula yang you kerja kat sini.
And you ni rupa-rupa nya ada 2 jobs lah ya?”
“Actually
I memang setiausaha Encik Taufiq. Since I ni selalu juga tolong buatkan air
untuk orang-orang atasan kat sini, terus panggilan tea lady tu melekat kat I.
Jadi, Datuk Sri pun terus upah I jadi tea lady dan setiausaha. And now, I will
become your ‘tourist guide’ kat sini.” Ucap Hasnah yang sudah mula teruja
dengan tugas barunya. Dia memandang wajah Nick dan diamatinya cara pemakaian
Nick. Lain benar. Ketika gotong-royong tempoh hari, gaya Nick tidak
menggambarkan dia sebagai pengurus, sempoi sahaja. Tetapi, kini rupanya berubah
180 darjah! Smart gila! Hatinya sudah cair melihat lelaki mat salleh itu. Ya
Allah, tak sangka dapat berjumpa dengannya. Malah, menjadi rakan sekerja nya
pula. Adakah dia jodoh ku? Sempat lagi Hasnah memasang angan-angan.
“Oh!
Alright. But before that, let me introduce you to Haris. This is Haris, my PA
merangkap design manager. I rasa buat masa ni, kami memang memerlukan you.
Mungkin dalam beberapa minggu, Haris will take over since dia banyak berurusan
dengan Datuk Sri di sini.” Haris and Hasnah. HH. Sesuai lah tu. Sementara mamat
kat sebelah ni masih single. Nick sudah mula menggandingkan Haris dengan
Hasnah. Sahabatnya ini perlukan teman tapi mesra. Tersenyum memikirkan idea nya
itu.
Senyuman
Hasnah yang tadinya lebar sudah mula mengendur. Awat pula si laki ni yang take
over? Baik aku yang jadi PA dia! Bagi kat laki ni apahal?Hish! Potong line
betul. Dahlah lain macam je aku tengok diorang berdua ni tadi. Heii…Jangan
cakap yang Nick ni gay. Merana pula hati ni karang, ucapnya dalam hati.
“Emmm…
Hasnah, ada apa-apa lagi yang Datuk Sri pesan ke?” Soal Haris lagi. Mata Hasnah
sudah terarah ke wajah Haris. Hmmm…boleh tahan jugak lelaki ni. Muka educated!
Dipandangnya Haris dari atas sampai ke bawah. Mamat bercermin mata ini,
kulitnya cerah juga. Tengok-tengok macam adik-beradik Nick pula. Kacak!
“Oh!
Lupa pula. Tadi I dah dapat panggilan daripada Datuk Sri. Dia cakap, meeting
tak lama lagi, and dia nak Encik Nick bergerak ke bilik meeting sekarang. Semua
preparation I dah uruskan.” Macam bagus sangat, kutuk Haris dalam hati. Dia
tidak suka dengan pandangan Hasnah itu. Macam minah menggatal pula. Baju tu tak
boleh ketat lagi ke? Terlalu seksi. Ni yang dia tidak gemar.
“Alright,
thanks. I will be there. You can go now. Ada benda yang I nak bincang dengan
Haris terlebih dahulu. Emmm… Hasnah, Datuk Sri Haji dah sampai ke?” Kalau ada
pak Long mesti ada dia, fikir Nick.
“Datuk
Sri Haji dah ada menunggu di ruang tetamu. I rasa dia dah beredar ke meeting
room sekarang. Emmm…Rasa-rasanya tu sahaja yang perlu Encik Nick tahu. Kalau
tak ada apa-apa, I keluar dulu ya. Kalau ada, just call me.” Wueekk!!
Mengada-ngada pula minah sorang ni. Memang Haris tak suka dengan kelakuan
Hasnah. ‘Just call me.’ Sempat lagi nak kenyit-kenyit mata kat Nick. Ish! Nak
menggoda lah tu. Menyampah!
Hasnah
memulas tombol pintu. Belum sempat keluar dari pejabat bos baru nya itu,
namanya dipanggil lagi.
“Yes?”ucapnya
lembut.
“Pasal
tadi tu, you jangan salah sangka pula ya. I’m not like that.” Haris menjeling
Nick. Nick pula hanya mampu tersenyum. Tengok rupa Haris sahaja dia sudah tahu
isi hati lelaki itu. Ni mesti kes menyampah dengan minah kat depan ni.
“I
know. Don’t worry. See you in the meeting room.”
Hasnah
sudah keluar dari bilik tersebut. Haris sudah bercekak pinggang.
“Haii…Nak
tambah koleksi ke? Awat tak cakap je yang kau ni gay! Perempuan keliling
pinggang tapi semua dibuat main. Macam anak patung! Kalau dah tak nak, kau
putus dengan diorang. Tak pernah ada yang melekat pun. Memang playboy nombor
satu! Kalau kau cakap dengan dia yang kau gay, senang hati aku. Tak ada lah
perempuan tu menggedik. Hish! Geli aku tengok. Macam cacing kerawit!” Tersembur
ketawa Nick mendengar kata-kata Haris. Ingatkan nak dijodohnya Hasnah dengan
Haris. Tetapi, dia sudah tersalah ‘match’ pula. Sahabatnya sudah memberi
gelaran ‘cacing kerawit’ pada Hasnah. Tahu sangat sikap Haris yang tidak gemar
dengan perempuan yang suka menonjol apa-apa yang tidak patut. Dia pula sering
menjadi pendengar setia ceramah daripada Haris. Hampir nak rentung telinganya
mendengar nasihat dari sahabatnya yang boleh dikira alim juga, tetapi poyo.
Panas dan pedas nasihat Haris.
“Dahlah
Haris. Sakit perut aku dengar gelaran tu. Dahlah, jom kita ke meeting room.
Kalau kena sembur dengan Datuk Sri Haji tu, merana hidup aku nanti.”
Aku memandang sekeliling. Melihat
suasana dalam pejabat ini. Mak aih! Semua yang berkenaan dengan meeting
‘tergempak’ itu, rata-ratanya sibuk. Semua pekerja di dalam pejabat ini
bergegas melakukan tugas masing-masing. Pejabat ni pun macam kapal pecah aku
tengok. Penuh dengan kertas kerja yang malas untuk aku ambil tahu. Ni semua
pasal bos baru nak masuk, ambil alih jawatan Datuk Sri yang sudah nak pencen
itu. Ish ish ish. Kesian orang bawahan, tak menang tangan kena buat kerja
lebih. Aku juga terkena sekali. Dengar-dengar, ketua design pun sudah mahu
ditukar. Apa masalah nya pula? Encik Rasyid merupakan ketua yang sangat
bertanggungjawab. Aku suka cara kerja nya. Kenapa perlu ditukar dengan orang
baru? Ke dia dah nak pencen juga?
Aku
melihat Kak Hasnah dengan lenggang-lenggoknya. Muka sudah tersenyum sampai ke
telinga. Baru sahaja tadi dia dipanggil pak cikku supaya berjumpa dengan bos
baru. Masam mukanya. Sudahlah banyak kertas kerja yang perlu diedarnya.
Tugasnya bertambah lagi apabila disuruh untuk menjadi pembantu sementara bos
baru itu. Kini, bila pandang sekali lagi, Kak Hasnah macam bahagia pula. Apa
dah jadi ni? Ke dia dah mula jadi minah sewel kena sembur dengan bos baru
pagi-pagi ni?
“Risya,
aku rasa bahagia sangat. Tak sangka dunia ni kecik rupanya.”
“Aik,
akak tak tahu ke Malaysia ni kecik je. Tanah Malaysia ni ciput je macam bentuk
siput babi.”
“Hish!
Yang kau mencarut pagi-pagi ni kenapa?”
“Mana
ada saya mencarut. Mesti akak salah dengar ni. Perkataan bab 1 tu je yang akak
dengar. Perkataan kat depan tu akak buat-buat tak dengar pula. Senyum memanjang
ni kenapa? Kena sampuk dengan bos baru ke?”
“Hish!
Mulut tu cuba cover sikit. Akak ni tengah bahagia. Tak sangka, orang yang akak
nak sangat jumpa, ada di depan mata.”
“Siapa?
Lee Min Ho ada kat KLCC ni ke?” tahu sangat minat Kak Hasnah yang sama
sepertiku. Hantu korea!
“Lee
Min Ho apa nya! Kalau dia datang kat KLCC ni, mahu pengsan aku ni depan-depan
dia. Bukanlah, orang lain. Mat salleh hensem!”
“Laaa…
Mat salleh rupanya. Kalau tu, tak hairanlah kak. Client kita pun banyaknya mat
salleh. Ingatkan akak menyampah dengan mat salleh tu, tak sangka akak ada
berkenan kat salah seorang daripada mereka.”
“Hish!
Mat salleh tu buat apa? Ni mat salleh celup Melayu. Hensem!” ujar Kak Hasnah.
“Hmmm…
kalau akak cakap lelaki ni hensem, maknanya tak hensem bagi saya. Kalau saya
cakap lelaki tu hensem, akak pula cakap lelaki tu biasa-biasa je.
Macam-macamlah. Eh! Akak ni, bukan kena ada kat meeting room tu ke? Kang tak
pasal-pasal cik Taufiq mengamuk. Habis saya terkena sekali.”
“Oh!
Ya tak ya jugak. Nak ambil dokumen ni sebenarnya. Eh, Risya. Akak nak minta
tolong boleh?”
“Apa
dia kak? Kalau saya boleh tolong, saya tolong, kalau tak dapat tolong, saya minta
maaf zahir batin lah.”
“Hish!
Ni, orang-orang kat meeting room tu dah ramai. Air kopi pun akak tak sempat nak
buat. Risya boleh tolong jadi tea lady sekejap? Nanti, kalau dah sudah , akak
tolong ambilkan dekat pantry.” Cis! Aku pula yang ambil alih tugas dia. Jadi
‘tea lady’ tak bertauliah. Kang tak pasal-pasal, ada orang yang mati tercekik
bila minum air yang aku buat tu.
“Tapi
kak, saya ni mana pandai buat air ni semua. Setakat nak buat air masak tu boleh
lah. Tangan saya ni tak power macam akak sampai Datuk Sri upah akak jadi ‘tea
lady’. Tak mau lah. Nanti mesti ada yang complain. Lebih-lebih lagi tu haa…
‘witch’ tu. Bukan boleh silap sikit.”
“Alah,
Risya buat je lah Nescafe 3 in 1. Rasa-rasanya ada lagi kat dalam almari pantry
tu. Please, tolong akak ya. Urgent ni. Akak nak ke meeting room dulu okey.
Sayang Risya. Muah muah muah.” Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Macam
mana ni? Aku bukannya pandai sangat pun buat air. Selalunya ikut selera aku je.
Kalau orang cakap manis, aku cakap tawar. Kalau aku cakap okey, diorang pula
cakap tawar. Hish! Bantai je lah. Kalau ada yang mati kena ‘racun’ yang aku
buat ni. Aku tunding jari kat kak Hasnah lah jawabnya. Aku beredar ke pantry.
Nick
keluar dari bilik pejabatnya bersama Haris. Dia menuju ke bilik mesyuarat.
Datuk Sri Haji sudah sampai, begitu juga ahli-ahli yang lain.
“
Selamat pagi semua.” Ucap Nick. Dipandangnya lagi Datuk Sri Haji. Nampak mimik
muka tidak puas hati. Sabar lah hati.
“Lama
aku tunggu kat sini. Apa kamu berdua buat kat bilik tu? Buat mesyuarat sendiri
ke?” sindirnya. Semua di dalam bilik mesyuarat tersebut hanya memasang telinga.
Tiada yang berani berkata-kata. Hanya mampu mendengar dan melihat sahaja.
“Hasnah,
boleh tolong edarkan kertas kerja tu.” Sofea the ‘witch’ sudah mengeluarkan
arahannya. Nasib baik bukan ‘Sabrina the teenage witch’. Hasnah mula
mengedarkan kertas kerja kepada semua yang berada di dalam bilik mesyuarat.
Pintu
bilik mesyuarat dibuka dan Datuk Sri Nik Bakhtiar masuk diiringi pembantunya.
Semua berdiri tanda hormat kepada CEO anak syarikat NB Gali Sdn Bhd.
“Sila
duduk semua.” Arahnya. Nick tunduk tanda hormat pada pak Long nya. Datuk Sri
mengangguk. Dipandangnya lelaki disebelah. Bapanya sudah lama duduk. Masih
merajuk orang tua ini. Dia meminta bapanya untuk hadir ke mesyuarat sebagai
tanda hormat kepada pemilik asal syarikat tersebut. Oleh kerana dia sudah
mengambil keputusan untuk pencen awal, dia meminta Nick untuk mengambil alih
anak syarikat tersebut. Sementara syarikat induk di Pulau Indah diurus oleh 2
orang adiknya. Bapa Nick pula mengambil alih salah satu anak syarikat NB di
luar negara. Sekarang, dia menetap di US dan masih belum pulang lagi. Itu juga
salah satu sebab mengapa bapanya merajuk dan terus merajuk. Kalau lah arwah mak
nya masih hidup, bapanya tidak mungkin merajuk panjang sebegini.
“Baiklah
kita mula kan mesyuarat kita hari ini.” Ucap Datuk Sri.
“Sebelum
itu, saya nak memperkenalkan pengganti saya di syarikat ini, iaitu, anak
saudara saya juga, Nik Emil Bin Datuk Sri Nik Baharuddin. Sebelum ini, dia yang
mengendalikan syarikat induk di Pulau Indah. Dan saya rasa, dia tiada masalah
dalam mengendalikan anak syarikat di KLCC ni pula. Lagipun, segala urusan rasmi
di syarikat induk akan berpindah ke
sini. Maka, syarikat di sini, akan menjadi tumpuan client-client kita. Segala
urusan yang biasa dan urusan yang tidak memerlukan perhatian sepenuhnya akan
diurus oleh adik-adik saya di Pulau Indah. Jadi, secara rasminya, syarikat ini
menjadi syarikat induk dan bukan lagi menjadi anak syarikat.” Jelas Datuk Sri.
Semua mengangguk tanda faham dengan isi mesyuarat hari ini.
Betul
tekaan aku! Fikir Hasnah. Bagus lah kalau begitu. Dia pasti banyak meluangkan
masa bersama Nick. Dia mengerling Sofea disebelah. Nampak rupa Sofea berubah.
Dari tadi dia melihat muka itu serius, sekarang muka itu sudah bersinar-sinar.
Mata Sofea juga tidak lari dari memandang Nick. Ah, sudah! Takkan lah witch ni
dah syok kat Nick kot. Kacau betul lah! Dipandangnya kertas kerja di atas meja.
Kenapa macam kurang sesuatu ya? Alamak! Air kopi belum dihidang. Patutlah rasa
lain macam. Datuk Sri dah sampai. Mesyuarat dah mula, tentulah ada yang merana
kehausan. Risya dah buat ke belum air kopi tu? Resah Hasnah dibuatnya.
Aku membuka almari satu persatu. Tak ada
pun! Kak Hasnah kata Nescafe 3 in 1 masih ada lagi. Mana pula dia simpan ni?
Yang ada cuma serbuk kopi. Alamak! Aku kena buat juga lah air kopi kaw-kaw guna
serbuk ni. Pasti pahit gila kalau aku buat! Hmph! Nasiblah korang minum dari
air tangan aku. Hua hua hua. Aku keluarkan teko dari rak almari. Aku mengambil
sudu dan mengambil serbuk kopi. Aku ambil pula susu pekat manis di dalam peti
sejuk. Air panas dari heater ditekanku. Semua bahan aku main campak ikut suka
aku ke dalam teko tersebut lalu digaulku dengan sudu. Keteng keteng keteng.
Macam hebat je bunyi. Padahal…
“Risya,
dah siap ke air kopi kau?” aku berpaling dan memberi senyuman sedekah kepada
empunya suara tersebut.
“Dah!
Siap main tarik macam mamak lagi. Ni kira air kopi tarik bukan teh tarik tau!
Special dibuat oleh cik Erisya!” Aku letak kan teko tersebut ke dalam talam
beroda. Semua cawan juga sudah tersedia.
“Akak,
diorang semua dah ada kat dalam meeting room tu ke?”
“Dah.
Nasib baik Datuk Sri tu jenis yang suka minum air kopi semasa meeting
dijalankan. Segar kalau minum masa meeting berbanding sebelum meeting bermula.
Okeylah, akak nak bawa ni ke dalam bilik meeting dulu.”
“Okey,
selamat menjamu selera ya.” Belum sempat Kak Hasnah menolak talam beroda
keluar, dia kembali memandangku. Aku yang tengah membersihkan cawan turut
memandangnya juga. Apa hal main mata dengan aku pula ni?
“Risya,
kau tak bubuh racun kat dalam air ni kan?”
“Kenapa
soal saya macam tu pula kak? Saya bukan sejahat tu okey. Tak berani nak bubuh
racun kat orang.”
“Hmmm…mana
tahu, ada yang pengsan minum air kopi yang kau buat ni. Hahaha.”
“Tahu
lah saya tak pandai buat air. Akak rasalah nanti. Kalau tak pengsan pun,
mungkin kena masuk tandas banyak kali ada lah. Nasiblah.” Ujarku.
“Kalau
akak sakit perut, duit kau yang melayang tanggung bil hospital.” Aku ketawa
kecil. Kak Hasnah sudah bergerak ke bilik mesyuarat yang ditutup dengan cermin
tinted. Orang yang berada di luar langsung tidak nampak orang yang berada di
dalam. Nak private lah katakan.
Aku mengambil mug yang berisi air kopi yang
dibuatku tadi dan aku tegukkan sedikit. Aku bukannya suka minum air kopi, tapi
hari ni special kes. Aku minum air kopi ni sebab nak tahu macam mana rasanya.
Setelah meneguk sedikit, mukaku sudah berkerut. Yek!! Pahit! Tak suka kopi!
Tapi, aku minum je cuppucino blend. Tu pun kopi jugak kan? Tu kopi lain lah.
Blend baik punya. Aku terus meninggalkan bilik pantry dan ingin kembali ke
cubicle. Aku melintasi bilik mesyuarat. Sempat lagi melihat refleksi diriku di
depan cermin. Alamak! Tudung dah senget. Kena pergi ke tandas betulkan ni. Aku
segera menuju ke tandas.
Digosok-gosok kedua-dua matanya. Seperti
tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tadi. Betul ke dia? Ke apa yang
dicakap oleh Haris tadi betul? Aku dah angau? Tak kan sampai ke sini pun
bayangan gadis itu muncul juga? Hish! Tak mungkin tak mungkin! Nick cuba
menindakkan rasa dihatinya.
“Hui,
kau dah kenapa? Tak kan mesyuarat baru bermula, mata kau tu dah mengantuk kot.
Belum 1 jam lebih lagi, ni baru pembuka kata, kau dah nak tidur ek?” bisik
Haris disebelah.
“Aku
tak mengantuk lah! Aku macam tak percaya pula.” Balas Nick pula dalam bisikan.
“Kau
tak percaya apa nya? Kau memang perlu percaya yang sekarang kau dah jadi CEO
bagi syarikat ni.”
“Bukan
pasal tu yang aku hiraukan. Ni pasal Risya.”
“Pasal
Risya?!” Ucap Haris sedikit kuat.
Mata-mata di dalam bilik tersebut sudah terarah tepat pada Nick.
Haddoii!! Si Haris ni suka sangat nak buat climax.
“Ya,
Encik Nick? Ada apa-apa bantahan ke dengan bajet yang dibentangkan ini?” soal
Sofea lembut, selaku ketua akauntan syarikat itu.
“Emmm…Tak.
Semua nampak okey. Teruskan. Saya cuma nak ke washroom sekejap.” Nick berdeham
ingin nak cover malu.
“Haii..Orang
buat meeting ni untuk dia, dia boleh pula keluar pergi jamban macam tu je.”
Sindir Datuk Sri Haji. Ketua-ketua dari semua department sudah menahan gelak.
Datuk Sri sudah mula resah mendengar sindiran bapanya itu.
“Saya
rasa kita boleh berehat dalam 5 minit. Kalau ada sesiapa yang nak ke washroom
silakan. Saya benarkan. Hasnah, can you give me a cup of coffee.”
Hasnah
menuangkan air kopi ke dalam cawan dan diserahkan kepada Datuk Sri. Hasnah
melihat Datuk Sri yang meneguk air kopi hasil dari tangan Risya. Dia menelan
air liur, takut pula Datuk Sri tidak berpuas hati.
“Hmmm…
Nice! Ada sedikit pahit dan manis. Mix it perfectly. Tak macam selalu yang awak
buat. Very refreshing. Awak dah pandai buat ikut taste saya sekarang.” Hasnah
tersenyum bangga. Aik? Nak bangga apa pula? Yang buat air kopi ni si Risya,
bukan aku.
Nick
juga teringin nak merasa air kopi yang dibuat oleh Hasnah. Hmmm… aku suka air
kopi ni. Sedap aje. Tak terlalu manis, tetapi tetap ada rasa kopinya. Pandai
jugak minah ni buat. Sempat lagi memuji dalam hati.
“Pandai
awak buat air kopi ni.” Nick memuji dalam bahasa formal. Tidak pula dia
mengguna gelaran ‘I’ dan ‘you’ ketika mesyuarat itu.
“Emmm…Memang
saya ni tea lady kat sini, Encik Nick. Tapi, kali ni, bukan saya yang buat,
orang lain.”
“Oh!
Rupa-rupanya ada orang lain yang ambil alih tugas awak ke?” soal Haris pula. Macam
menyindir pun ada.
“Eh!
Dia cuma membantu saya sekali ni aje. Sebab tadi saya ada urusan lain.”
“Hmmm…Siapa
orang nya?” soal Nick.
“Yang
kau sibuk nak tahu siapa yang buat air kopi tu kenapa? Cakap nak pergi washroom
tadi, dah terbantut ke niat kau tu?” Datuk Sri Haji pantas menyampuk.
“Oh,
ya! Nak pergi lah ni. Excuse me everyone.” Nick segera keluar dari bilik
meeting. Dipandangnya kiri dan kanan. Dia pasti, wajah yang dilihatnya tadi
ialah Risya. Matanya tak pernah menipu. Tetapi kalau benar itu bukan orangnya,
pasti malu. Sudahlah ditempelak oleh
Datuk Sri Haji sebegitu, sekarang, dia seperti orang yang gila bayang pula.
Gila? Aku dah gila ke? Hish! Merapu je. Dia terus membelok ke kanan. Tadi dia
melihat gadis itu berjalan membelok ke sebelah kanan. Kalau betul tu Risya,
hati ini pasti bahagia. Dup dap dup dap. Dapat didengar jantung yang berdegup
dengan kencang. Tak silap, Risya memakai baju blouse berwarna biru. Pemberian
daripada dirinya. Terharu pula. Ish! Jangan terlalu mengharap pula Nick, ujar
hatinya. Tidak pernah dia berfikiran sedemikian. Mengharapkan sesuatu daripada
seorang gadis.
Tiba-tiba
langkahnya terhenti. Bagaimana pula Risya boleh berada di sini? Sedangkan
perempuan itu masih bersekolah. Ah! Memang semua ini hanya satu mainan akal.
Tak mungkin dia ada di sini. Ditolehnya sebelah kanan. Washroom wanita. Apa
kena dengan kau ni Nick? Sanggup pula berdiri di depan tandas wanita. Nick berpusing balik dan meninggalkan tempat
tersebut. Tidak lama kemudian dia berhenti lagi. Dia mengeluarkan handphone di
dalam koceknya. Ditekan-tekannya nombor lalu diletak ke telinga.
Zeet
zeet zeet. Terasa getaran. Bukan getaran jiwa ya. Getaran dari handphone ku
yang disimpan di saku seluar. Aku mengeluarkan telefon bimbitku. Sudah aku
setkan ke mode ‘silent’ setiap kali waktu pejabat. Tidak mahu bunyi telefon
mengganggu rakan kerja yang lain. Terpampang nama ‘ Mat Gajah Gatal’ pada
handphone ku. Hish! Lelaki ini tak habis-habis lagi kah mengganggu hidup aku.
Sudah lah semalam dia membuat panggilan telefon pada pagi-pagi buta!
Pada
ketika itu, aku baru sahaja menyiapkan assignment untuk final projek ku. Terasa
penat dan mengantuk pula. Aku beredar ke katil dan bersiap-siap untuk tidur.
Aku mengambil telefon bimbitku dan diletak di sebelah bantal. Aku menekan
switch lampu malam dan menutup lampu siling. Aku merebahkan diri dan menutup kelopak
mataku. Belum sempat nak lena, tiba-tiba telefon bimbitku sudah memainkan lagu
korea berserta vibrate. Haddoii! Siapa yang kacau pokok ni? Potong line betul!
Baru nak mula mimpi kurang basah. Dah ada yang potong stim.Heish! Aku melihat
nombor asing yang tidak diketahuiku. Aik?Siapa ni? Lalu aku menekan butang pada
telefon dan ditekapkan pada telingaku.
“Hello!”
jawabku kasar.
“Huish!
Garangnya. Assalamualaikum.” Terdengar suara lelaki ditalian. Siapa pula ni?
“Awak
salah nombor ni.” Jawabku pantas. Malas mahu melayan lelaki yang desperate
macam ni. Suka sangat tekan nombor sukahati diorang lepas tu, keluarlah
kata-kata nak berkenalan lah, apalah.Memang betul-betul tak ada cara lain.
“Nur
Erisya Binti Kamal. Saya tak mungkin salah nombor kalau saya sendiri yang ambil
nombor ni dari tangan awak.” Terbeliak mataku. Mata yang tadinya mengantuk,
sudah mula segar. Apa yang lelaki ni nak lagi? Dia rindu aku ke? Eh, apa yang
aku merepek ni?
“Nick?
Awak ke ni?” soal ku tidak percaya.
“Haii,
takkan lah sebab kena dukung masuk dalam troli awak dah terus lupa saya kot.
Baru je jumpa tadi dah lupa kat saya ke?”
“Kenapa
saya perlu ingat kat awak?”aku tidak menjawab soalannya tetapi menjawabnya
dengan soalan kembali.
“Sebab
saya rindu awak.” Aku terdiam. Dia betul-betul rindu kat aku ke? Hesh! Risya,
tak kan sebab tu kau dah cair kot. Jangan beranganlah!
“Hello.
Are you still there? Awak mesti terharu kan sebab saya yang hensem ni rindu kat
awak.”
“Eh
tolong sikit ya. Memang sah saya ni gila kalau terharu kat mamat gajah gatal
playboy macam awak. Saya sanggup terjun tingkap daripada dengar awak mengayat
macam ni.” Nyaring bunyi ketawa ditalian. Aku menjauhkan sedikit telefon dari
telingaku. Lelaki ni dah berjangkit dengan aku ke? Jadi speaker rosak. Gelak
macam tak ingat bumi!
“Hish!
Sakit telinga saya ni tau! Boleh hancur taik telinga ni dengar awak gelak.”
“Awaklah
yang buat saya macam ni. But seriously, I miss you so much right now. Dengar
jenaka awak pun dah boleh buat hati saya bahagia.” Aku menjauhkan lagi telefon
dari telingaku. Seluruh tubuh badanku menggigil kegelian. Buang tabiat betul
lelaki ni.
“Nak
mengampu saya ke tu?”
“Tak
lah, saya nak ngorat awak.” Gila!
“Hah?
Apa? Saya tak dengarlah. Nombor yang anda dail dah tak aktif sekarang. Sila
jangan buat panggilan lagi selepas ini.”
“Risya,
please. Saya serius ni. Jangan lah cakap macam tu. Can you give me a chance?”
“Apa
chance-chance? Ni bukan game talian hayat ya. Bukan macam game show ‘Who wants
to be a millionaire’ okey.”
“Hahaha.
Awak tak habis-habis lagi dengan lawak awak tu.” Masalahnya, aku langsung tak
buat lawak pun kau dah tergelak tak ingat bumi. Haii, sakit ke apa lelaki ni?
Sempat lagi aku mengutuk dia dalam diam. Tawanya masih belum berhenti. Heish!
Bila lah lelaki ni nak berhenti. Tercetus idea yang agak gila singgah
difikiranku.
“Nick.”
Ucapku lembut dan manja. Tawanya sudah terhenti.
“Kenapa
diam tiba-tiba ni?” rengekku.
Terkebil-kebil
mata Nick memandang siling. Kenapa tiba-tiba Risya berubah suara? Bergetar
jantungnya mendengar suara tersebut. Rasa damai hatinya mendengar suara manja
itu.
“Tak.
Bukan. Eh, saya.” Hah! Baru kau tahu! Tu baru sikit, kau dah tergagap-gagap
macam orang gagap!
“Emmm…
Kenapa Risya?” sambung nya lagi.
“Sebenarnya,
ada sesuatu yang saya nak beritahu awak. Ikhlas dari hati saya. Saya dah tak
tahan nak beritahu awak hal sebenarnya. Hati ni terasa nak pecah selagi saya
tak beritahu awak.” Nick sudah terduduk dari pembaringan. Apa yang dia nak
beritahu aku? Adakah dia dapat rasa apa yang aku rasa sekarang? Adakah perasaan
nya sama seperti ku? Nick menanti suara itu untuk mendengar ayat yang
seterusnya.
“Apa
dia?” Nick teruja.
“Otak
saya ni sering teringat tentang perkara tu. Hati ini pula rasa resah. Saya
sebenarnya…” aku sengaja berhenti lama.
“Sebenarnya
apa?” Hui.Tak sabar benar!
“Saya
sebenarnya tak tahan dengan suara bantal saya yang memanggil-manggil nama saya.
Asyik merungut je kerja dia. Bila lah saya ni nak tidur. Mata saya ni pula dah
mula menarik-narik supaya dapat ditutup. Mulut ni pula selalu terbentang luas
sebab terasa nak menguap aje. Telefon ni pula macam dah berasap asyik melekat
kat telinga ni. Lagipun esok saya nak ke…” aku tidak menghabiskan ayat itu
kerana aku teringat tentang pembohonganku. Aku kan dianggapnya macam budak
sekolah bukan orang bekerja.
“Ke
mana?” soal Nick.
“Emmm…cuba
awak fikir, esok hari apa?”
“Isnin.”
Dia pula yang terdiam.
“Oh,
okey! Faham-faham. Maaf lah saya mengganggu awak. Esok, rajin-rajin belajar
tau. Jangan tertidur pula dalam kelas.” Senang je cerita aku. Aku tak perlu
menipu lebih, dia sudah membuat spekulasi sendiri. Tu lah, anggap aku macam
budak kecik sangat. Memang kena tipu kopi kapal api punya.Memang betul-betul
kaw!
“Hah,
yelah. Goodnight. Assalamualaikum.”
“Risya!”panggilnya.
“Hmmm…apa
dia?”
“I
miss you!”
“Assalamualaikum
pak cik!” pantas aku memutuskan talian.
“Waalaikummussalam.”
Nick memandang handphonenya dan dia merebahkan kepala ke atas bantal empuk. Aku
rindu dia ke? Lalu ditariknya selimut sehingga ke muka. Malu rasanya.
Sekali lagi aku merasakan handphoneku
bergetar. Aku membiarkan handphone tersebut vibrate. Aku tak mahu menjawab
panggilan tersebut. Nanti terkantoi pula aku bawak handphone kat ‘sekolah’. Tak
tahulah macam mana nak buat kalau dia dah tahu segalanya tentang aku. Aku
menyimpan handphone tersebut ke dalam poket seluar jeansku. Aku memandang
wajahku di cermin. Tudung yang sedikit senget sudah dibetulkan. Mataku terarah
pada baju yang dipakaiku. Ini baju pemberian darinya. Pertama kali mendapat
barang sebegini daripada seorang lelaki. Lama aku merenung. Kenapa dia terlalu
baik kepada ku?
“I
miss you.” Kata-kata itu masih segar diingatanku. Betul ke dia rindu kat aku?
Tetapi, Nick ni playboy. Buaya laut! Mana boleh percaya lelaki macam tu.
Kata-katanya semuanya dusta! Setiap kali dia sudah berasa bosan pada seseorang
perempuan pasti akan diputusnya. Dan setiap kali itu lah, aku menjadi
mangsanya. Terpaksa berlakon tanpa skrip. Sejak di Midvalley sampai lah di
KLCC. Aku menjadi pelakon tak berbayar.Semua gara-gara Nik Emil Bin Nik
Baharuddin.
Aku
keluar dari tandas dan aku terpandang seseorang. Lelaki tersebut macam
seseorang yang aku kenal. Tidak puas hanya memandang lelaki itu dari jauh. Aku
bergerak pantas mengejarnya. Lelaki itu membelakangiku. Terasa ingin tegur
tetapi takut tersalah orang pula. Malu nanti karang.
Terasa
dirinya seperti diikuti oleh seseorang. Dia memberhentikan langkahnya. Dengan
pantas dia memusingkan badannya ingin menghadap ke belakang.
Jadi
betullah sangkaanku. Dia memang orang yang aku kenal. Dia dia ialah…
“Haris,
Risya!” ucap kami serentak. Masing-masing tertawa kecil.
“Hey!
Kau buat apa kat sini doh?” soal Haris kepadaku. Wah! Makin segak aku tengok
lelaki di depan aku ni. Ditambah dengan cermin matanya itu, Haris nampak begitu
‘educated’ . Boleh cair aku dibuatnya. Sudahlah dia ni mempunyai ciri-ciri
lelaki idamanku. Dia ada semuanya. Kacak, baik, alim, pendengar yang baik dan
juga boleh menjadi penasihat. Sekiranya aku mempunyai apa-apa masalah. Aku
pasti luahkan segalanya kat Haris. Dia lah pendengar setia dan dialah
kaunselorku. Dia rakan baikku dan merangkap seniorku. Tak sangka dapat berjumpa
dengannya hari ini.
“Aku
apa lagi.Buat bodo lah.Kau?”
“Aku
pun sama jugak. Buat bangang lah.Hahaha.” Otak kami sama saja. Sengal! Sebab
itulah aku suka berkawan dengannya.Sempoi sahaja orangnya tetapi alim.Tu yang
bagus tu.
“Eh,
seriuslah.” Haris buat muka serius poyonya. Aku tak dapat nak tahan.Aku gelak
jugak tengok muka dia.
“Kau
ni kan, aku cakap serius salah. Asyik gelak je kau tau. Aku tak main-main tau.”
“Okey
okey. Aku kerja kat sini lah sekarang. Takkanlah aku bermain kat sini. Serius
ni beb!” ucapku.
“Oh
ya ke? Tapi kenapa tak pernah nampak pun muka kau kat sini.”
“Eh,
dah 3 tahun kot aku kerja kat sini. Kau selalu ke ada kat sini?”
“Tak
juga, tapi aku ada jugak datang sini. Selalu berurusan dengan Datuk Sri. Tapi,
memang tak pernah pun aku tengok kau kat sini. Macam mana boleh jadi macam tu
ek? Ke kau low profile je kat dalam office ni?”
“Well,
biasalah. Nak up profile tu buat apa? Aku memang low profile punya orang. Aku
ni down to earth lah katakan.” Haris sudah ketawa kecil.
“Jadi
kau kerja under mana?” soalku pula.
“Aku
sekarang design manager. Bakal pengganti Encik Rasyid.”
“What?!
So, kau lah orang yang ganti tempat Encik Rasyid tu ya? Hish! What a small
world! Kalau kau jadi design manager, habislah aku. I’m one of his team.”
“Oh,
siaplah kau kena kerja ngan aku. Kerja elok-elok ya.”
“Haddooii..Aku
kena mintak cuti awal-awal ni.” Sempat aku mengusik pengganti design manager.
“Suka
hati kau je nak minta cuti. Tanpa approve aku tak boleh jugak.”
“Eleh,
aku under pengawasan uncle aku okey. Kan aku ada cerita kat kau dulu yang aku
nak ikut jejak uncle aku. Sekarang,here I am.”
“Alah,
tetapi, kalau pasal design. You under me,okey. Jangan main-main.” Sempat lagi
dia memberi arahan.
“Yes
sir! Okeylah Haris. Welcome to the club. Mesyuarat belum habis lagi ke?”
“Oh,
short break. Tu yang aku pergi ambil angin sekejap.”
“Ambil
angin ke, buang angin?”
“Kalau
dua-dua macam mana?” Haris mendugaku.
“Hish!
Tak senonoh. Blahlah kau. Sampai kat sini baunya.”
“Tu
bukan bau dari aku. Tu keluar dari kau. Kau baru balik dari tandas kan?”
“Kepala
hotak mu! Dah! Sambung mesyuarat kau. Malas nak layan ketua baru ni. Okey, ciao
cin ciao!”
“Jumpa
nanti okey. We will have a short meeting jugak.”
“Yolah!”Aku
bergerak menuju ke cubicleku. Tak sangka, Haris merupakan pengganti Encik Rasyid.
Walaupun berasa sedih, Encik Rasyid sudah mahu pencen, tetapi, aku tetap
menghargai dia. Dia banyak membantuku di sini. Sekarang, Haris pula yang bakal
membimbingku dalam kerja ini. Syukurlah dapat ketua yang baik-baik. Jangan
macam ‘witch’ tu. Mahu gila aku dibuatnya.
Haris
menggeleng kepala. Macam mana boleh terserempak hari ini tetapi bukan 3 tahun
yang lalu? Ketika itu, dia juga selalu berada di KLCC tetapi langsung tak
pernah terjumpa pun. Hairan. Kenapa hari ini ya? Baru ada jodoh kot. Aik? Jodoh?
Haris awat hang cerita pasal jodoh ni? Haris masuk ke dalam bilik mesyuarat
semula.
“Wei,
kau pergi mana tadi? Lambat pula kau masuk?”Nick berbisik kepadanya. Sempat
lagi dia menghirup air kopi yang masih belum habis diminumnya tadi. Sedap!
Walaupun kopi tersebut sudah mula sejuk tetapi tetap sedap juga. Kalau si
Hasnah tu cakap bukan dia yang buat, habis siapa pula? Nak kahwinlah dengan
orang yang buat air kopi ni. Hish! Nick yang kau berangan tu kenapa? Kang tak
pasal-pasal orang yang buat air kopi ni mak cik cleaner. Kahwinlah kau dengan
dia. Sempat lagi Nick bermonolog.
“
Terjumpa kawan lama tadi.”
“Kawan
lama? Aku tak tahu pun kau ada kawan lama kat sini?”
“Eh,
kawan seuniversiti aku. Kau apa tau? Tu, Datuk Sri nak mula balik mesyuarat ni.
Dah dah.” Kedua-dua mata tepat memandang Datuk Sri yang sudah mula menghuraikan
hujahnya. Agaknya, bilalah nak habis ni? Nick mengeluh lemah.
Mesyuarat sudah pun selesai. Dengan
rasminya, Nick mewakili pak Long nya sudah menjadi pengganti CEO bagi syarikat
NB Gali Sdn Bhd. Semua yang berada di dalam bilik mesyuarat bertepuk tangan
menyambut kehadiran ketua yang baru.
“Tahniah
Nick! I tak sangka you penggantinya. I’m so glad its you. Welcome to the
company. I will guide you. So, don’t worry. Kalau ada apa-apa, just ask me
okey?” Haris disebelah cuma menayangkan senyuman plastik. Bersabar je lah. Nick
menjeling sebelah dan dipandangnya tangan yang dihulur Hasnah. Cepat-cepat,
Haris menarik tangan Nick. Sah! Nak tolong aku jaga batasan ni.Nick menyimpan
senyum. Hasnah sudah menarik muka. Lalu ditarik kembali tangannya yang tak
disambut. Lelaki kat sebelah ni penyibuk betul! Rungutnya.
“Okey.
I will call you.” Nick cuba men ‘damai’ kan keadaan ketika itu. Hasnah sudah
berpaling dan keluar dari bilik mseyuarat. Kini, Sofea pula yang tampil di
depannya. Sekali lagi, tangan perempuan bukan muhrimnya dihulur. Haris pula
dilihatnya tengah berborak dengan Datuk Sri. Tangan itu disambut.
“Well
well well, Encik Nik Emil Datuk Sri Nik Baharuddin sekarang dah jadi CEO bagi salah
satu syarikat terbesar di Asia ni. I’m proud of you my dear. So, tonight macam
biasa. Dinner with me?” Nick sudah tersengih.
“Sure,
I would love too. See you tonight. I will pick you up.” Dilepasnya tangan itu
dan Sofea juga memberi senyuman menggoda. Sofea keluar dari bilik mesyuarat
dengan lenggang-lenggok. Bahu Nick ditepuk dari belakang.
“Nick,
pak Long harap kamu boleh handle syarikat ni dengan baik. Sama macam papa kamu
handle. Boleh kan?”
“I
will pak Long. Don’t worry. Pak Long cuma perlu beri kepercayaan kat saya. I
will handle this company with all my heart. I promise.”
“Good.
Haris will help you. Kalau ada apa-apa masalah, minta tolong dengan
senior-senior kat sini. And if you still having problem, you can ask me for the
guidance.”
“Don’t
worry. Pak Long sekarang boleh berehat. Pak Long pun tak sihat sangat. So, kena
jaga kesihatan tu. Tu yang penting.” Datuk Sri mengangguk.
“Yalah.
Emmm… About atuk kamu tu, kamu jangan risau. Nanti, pandai-pandailah pak Long
uruskan.”
“Baiklah
pak Long.” Datuk Sri Haji sudah berdiri disebelah anaknya. Mata sudah melirik
pada Nick.
“Kau
kalau tak jaga syarikat aku ni betul-betul, jangan harap satu sen pun yang
keluar dari aku. Kau kena ingat tu. Benda ni bukan main-main. Syarikat yang aku
dirikan dengan tangan aku sendiri ni kena jaga dengan elok-elok. Jangan sampai
musnah dalam tangan kau pula.” Nasihat Datuk Sri Haji panjang.
“Ya,
saya akan jaga dengan betul. Jangan risau.Atuk tak nak balik ke?”
“Eh,
menghalau aku nampak?” sindir Datuk Sri Haji.
“Eh,
tak-tak. Bukan nak halau. Nak tahu, atuk nak nak balik ke tak. Ke nak stay kat
pejabat ni? Tengok-tengok perkembangan syarikat ke?”
“Aku
nak tengok keadaan syarikat ni dulu. Lepas tu aku balik minta tolong driver.
Kamu pergilah buat kerja kamu.”
Aku belek dokumen di atas meja. Aku
pandang kak Hasnah disebelah. Dengar-dengar mesyuarat sudah selesai, sekarang,
aku kena menghadap ketua design baru pula.
“Kak
Hasnah, betul ke ni dokumen yang si Haris tu nak? Eh, bukan Encik Haris.”
“Hah!
Kalau dah tertulis tajuk dokumen tu ‘Design’, yalah tu.”
“Kenapa
akak tak nak hantar kat dia?” Kak Hasnah sudah mencebik. Aik? Diorang ni dah
kenal ke? Kak Hasnah macam marah je.
“Malaslah!
Risyalah tolong hantarkan.”
“Malas?”
soalku ragu-ragu.
“Ha’ah.
Asyik kacau daun je dia. Akak baru nak bermesra dengan bos baru, dia dah potong
line. Menyampah betul! Tadi, masa mula-mula jumpa dia, dia buat benda tak
senonoh kat bos baru kita. Adakah patut?! Entah-entah dia gay? Eeee…geli aku.”
Aku menegkup mulutku menahan tawa. Adakah patut kak Hasnah cakap Haris gay?
Memang langsung tak masuk the brain!
“Risya
je lah pergi jumpa dia. Dah alang-alang kau kena attend mesyuarat dengan ketua
‘baru’ tu. Jadi serahkan terus kat dia ya? Akak banyak kerja pula.” Kak Hasnah
sudah menghadap dokumen di depan mejanya. Aku pandang dokumen yang dipegangku.
Macam mana sekalipun aku memang kena berjumpa dengan dia jugak.
Tok
tok tok. Aku mengetuk pintu bilik ketua design yang dulunya bilik itu milik
Encik Rasyid, sekarang, Haris pula yang mengambil tempatnya.
“Masuk.”
Suara dari dalam dapatku dengar. Aku membuka pintu dan terjengul mukaku sambil
tersengih memandang ketua ‘baru’ itu.
Haris
masih menilik dokumen ditangannya. Mata masih belum lari dari dokumen ditangan.
Aku berdeham, tetapi dia tetap kaku begitu. Aik? Mamat ni kenapa pula? Dah
brain freeze ke tengok semua dokumen yang banyak kat atas meja tu? Aku berdeham
sekali lagi. Barulah ada respon. Diletaknya dokumen di atas meja.
“Aik?
Khusyuk benar kau baca dokumen tu. Ni belum aku beri dokumen yang ada kat
tangan aku ni. Rasa-rasanya boleh tembus berlubang terus dibuatnya.” Matanya
sudah tertumpu padaku.
“Silakan
duduk Cik Erisya.”
“Oh,ya,
maaf dan terima kasih Encik Haris.” Aiseh! Formal pula.Aku pandang raut
wajahnya. Dia juga sama. Tiba-tiba tercetus tawa kami.
“Aiseh!
Poyo lah kau. Nak formal ngan aku konon.”ucapku.
“Hish!
Pintu bilik dah tertutup, boleh lah kau cakap informal kat aku. Nanti, tambah
gossip pula. Aku baru je masuk kat sini, dah ada cerita pasal aku.”
“Alah,
cerita pisang goreng panas kot. Kau tu aku tengok dah hensem sekarang. Apa
rahsia nya?”
“Rahsianya?
Simple je. Selalu ambil wudhuk dan sembahyang tak tinggal. Minum banyak air
kosong. Selawat ke atas nabi. Insya-Allah, muka kau bertambah-tambah seri,
macam aku ni.”
“Hahaha.
Siap bagi tips kat aku pulak tu. Bagus-bagus. Praktikkan. Nanti bercahayalah
wajah kau.” Aku tidak bermaksud nak menganjing dia tetapi aku cakap betul.
“Bercahaya
ke tak, tu tips baik untuk semua orang. Ni siap tips untuk dunia dan akhirat
tau.”
“Yes!
Itu yang aku suka pasal kau ni. Eh, melalut pula. Ni dokumen yang kau minta
tadi kan? Kak Hasnah suruh aku hantarkan. Sebab dia malas. Malas nak jumpa muka
hensem kau.”
“Hmph!
Dah agak dah. Kami ni tak sebulu.”
“Ish!
Tak sebulu? Jangan buat aku fikir lain.”
“Hesh!
Kau ni yellow brain betul lah.” Kami gelak lagi.
“Ish!
Susah ni. Kalau asyik jumpa kau, aku susah nak serius.”raguku lagi. Kalau
dengan dia, pasti ada je topik. Tak pernah-pernah nak berhenti. Tetapi, aku
kena ingat jugak, ni waktu pejabat, jadi aku kena ada limit juga.
“Hah,
sekarang kena lah praktis jadi serius. Tak gitu? Nanti lepas habis office hour,
kita pergi mamak nak? Lepak dulu lepas solat asar.”
“Kau
nak cari mamak mana kat tengah-tengah KL ni?”
“Alah,
aku ada jumpa stall mamak dekat-dekat sini. Aku boleh tunjukkan jalan.Tak pun,
kau ikut aku. Kereta kau tinggal kat sini. Nanti balik, aku hantar kau sini
balik.”
“Huish!
Gila. Bayar parking kat sini dah lah mahal. Kalau aku tak keluarkan kereta dari
parking basement tu, alamatnya, boleh koyak jugak poket dompet aku nak bayar.”
“Kau
ni, susah benar nak keluarkan duit. Dah ada gaji, masih tak nak spend lebih
ke?”
“Lainlah
kalau kau nak tanggung bayar parking tu. Ni, setakat belanja minum buat
apa?”aku mengusiknya.
“Eh,
sejak bila aku cakap aku nak belanja kau minum. Minum tanggung sendiri ya.”
“Ish!
Kedekutlah mamat ni.”
“Tak
sekedekut si dia kan?”jawabnya pantas. Sedikit berubah senyumanku. Tahu yang
aku berasa sedih mendengar ayatnya, Haris terus meminta maaf.
“Sorry
Risya. Tak sengaja. Terlepas cakap pula. Emmm…Kau okey tak? Aku ada
dengar-dengar dia dah jadi milik orang.” Haris mula berasa bimbang. Aku
menggeleng.
“Tak
apa. Aku okey je. Benda tu pun dah lama lepas. Dia milik orang dan dia bahagia
sekarang. Ya, dia bahagia, itu sudah cukup bagi aku. Kalau dia bahagia, aku
tumpang bahagia.” Aku senyum kecil. Terbayang wajah Iz semasa di Aeon Bukit
Tinggi. Memang dia sudah bahagia. Tetapi bagaimana dengan aku?
“Aku
pasti, kau akan jumpa jodoh kau tak lama lagi. Kau kena banyak bersabar, okey?”
Haris cuba memberi semangat kepadaku.
“Okey.
Don’t worrylah. Aku dah biasa dengan benda ni semua. Betul kata kau kot.
Mungkin ada orang lain untukku. Jodoh belum sampai lagi. Tak pun, sampai ke tua
aku jadi anak dara tua.”
“Hey,
mulut tu. Janganlah mintak macam tu. Cuba banyak-banyak berdoa supaya jodoh kau
dekat dengan kau. Aku pasti, dalam tahun ni, mesti kau kahwin punya. Jangan
lupa sembahyang istikharah. Pasti kau dapat pentunjuk dari-Nya.” Nasihatnya
panjang.
“Insya-Allah.
Eh, ni macam sesi kaunseling pula. Lama benar berbual. Kerja belum siap lagi.
So, bila nak adakan mesyuarat dengan kau pula?” aku cuba mengubah mood dengan
mengemukakan topik lain.
“Oh,
ya. Aku baru nak panggil bos baru kau. Nak jumpa dia dulu. Encik Rasyid pun ada
sekali dalam meeting tu nanti. Pemilik NB pun ada. Kira, nak introduce
muka-muka baru kat korang lah.” Aku mengangguk. Seraya itu, aku terdengar
ketukan pintu. Aku masih duduk menghadap Haris.
“Hah,
Nick, tok Idham, Encik Rasyid ,silalah masuk dahulu. Ni salah seorang daripada
ahli team saya.” Aku terkedu mendengar nama-nama yang aku kenal disebut oleh
Haris. Macam tak percaya dengan telinga aku sendiri sebab rasa-rasanya macam
salah dengar. Yalah, aku belum korek lagi tahi telinga, jadi peratusan untuk
salah dengar tu tinggi jugak. Aku tak puas hati, lalu aku berdiri dan berpusing
menghadap mereka. Tanganku sudah memegang kerusi, terasa nak pengsan pula bila
melihat muka-muka di depanku ini.
Wajah-wajah
di depanku juga nampak terkejut.
“Risya,
Isha.” Jawab mereka serentak. Tidak semena-mena. Kepalaku terasa berpusing dan
berpinar-pinar. Akhirnya pandanganku gelap secara tiba-tiba. Bedebuk!!
“Risya!”
terbeliak mata Nick memandang tubuh Risya yang sudah terbaring di depannya.
Risya pengsan! Kalut melihat Risya yang sudah pengsan. Risya! Jeritnya lagi
dalam hati.
No comments:
Post a Comment