Wednesday, November 9, 2011

Cinta yang tiada kepastiannya Chap 15


Bab 15

Aku tarik beg roda  dengan pantas. Malas mahu berpusing ke belakang. Aku harus lari daripadanya. Harus! Aku percepatkan langkah dengan harapan dia tak nampak tubuh badanku yang kecil ni. Aku rimas diperlakukan sebegini. Benci! Kenapalah dia asyik mengejarku? Ah! Ini semua sebab hari tu. 
            “Risya!” langkahku terhenti mendengar laungan namaku. Cis! Macam mana laju sekalipun aku bergerak meninggalkannya, dia tetap dapat mengejarku. Mentang-mentanglah kaki dia tu panjang. Aku meneruskan langkah dan cuba untuk tidak memperdulikannya. Rasa-rasanya seluruh tempat dalam KLIA ni aku nak jejak supaya dapat lari daripadanya. Dia langsung tak penat kah?
            Nick mengeluh sekali lagi. Risya tetap masih sama seperti beberapa bulan yang lepas. Malah, Risya seperti langsung tidak mahu menegurnya. Dia menilik jam tangannya. Masih awal lagi. Flight ke Korea selatan masih belum diumumkan. Dari jauh dia melihat langkah Risya yang laju. Ah! Sampai begitu sekali Risya tidak mahu bersemuka dengannya.
            Terasa penat kaki ini. Aku memperlahankan langkahku dan menuju ke bangku. Aku pusing ke belakang dan nampak gayanya usahaku berhasil. Dapat juga aku larikan diri daripada Encik Nik Emil! Aku menarik nafas lega. Beg roda diletakkan ke tepi dan aku keluarkan telefon bimbit dari saku seluar jeansku. Aku menekan skrin dan aku tekapkan phone pada telinga. Berdering bunyi ditalian.
            “Hello.” Jawab suara lembut ditalian.
            “Assalamualaikum, ibu.”
            “Waalaikummussalam. Haa,kak, dah sampai airport dah?” soalnya. Aku tersenyum dan mengangguk. Tersedar yang aku tengah berbual dalam phone aku menjawab soalannya.
            “Dah bu. Masih awal lagi ni. Dalam masa 1 jam lagi, barulah berangkat. Awal sangat driver company hantar kakak ke airport.”
            “Kamu seorang je ke yang pergi?” senyuman tadi sudah mula kendur. Bukan seorang je, ada mamat gajah tu sekali. Penyibuk betul! Jawabku dalam hati.
            “Hello, kak?” aku tersedar daripada lamunan.
            “Hah, ye bu. Eh, bukan. Ada orang lain jugak yang pergi sama. Ibu jangan risau ya. I’m okay.” Tahu sangat dengan sikap ibuku yang terlalu over protective. Nasib baiklah dia dapat melepaskan aku pergi disebabkan urusan kerja. Kalau tak jangan harap!
            “Berapa orang?” masih tedengar suara kerisauannya.
            “Ada 4 orang semuanya. Tapi, 2 orang lagi datang lambat sikit. Ada urusan lain yang perlu dihandlekan. Jadi, kakak dengan ‘sorang’ lagi rakan akak kena pergi awal ni. Takut wakil dari korea tercari-cari pula.” Mataku sudah menjeling melihat sekeliling. Janganlah lelaki tu muncul sekarang.
            “ Oh, okeylah kalau macam tu. Ni Risya dengan kawan sekerjalah sekarang?” aku menggigit bibir. Alamak! Aku tengah sorang-sorang. Perlu ke aku menipu?
            “Emmm...” belum sempat aku bercakap apa-apa, handphoneku dirampas dari tepi. Terkejut aku melihat Nick yang sudah duduk disebelahku.
            “Hello, assalamualaikum mak cik. Ya, saya dengan Risya sekarang. Emmm...Ya, jangan risau. Semuanya dah diatur oleh syarikat. Lagipun kami kan tengah bekerja. Mak cik jangan risaulah. Risya akan sentiasa ada disamping saya. Saya tak kan ‘lepaskan’ dia.” Matanya sudah melirik kepadaku. Ceh! Faham sangat dengan maksud dia tu. Memang dia langsung tak nak lepaskan aku. Geram betul. Aku menjeling dirinya.
            Nick mengembalikan semula phone kepadaku. Aku meletakkan phone pada telinga semula.
            “Ya bu. Dah, baju sejuk dah dikeluarkan dari beg. Nanti keluar dari kapal terbang terasa sejuk pula. Emmm...” suasana senyap seketika. Nick masih memerhatikan diriku. Aku pandang sebelah. Nick tersenyum puas. Ceh! Mentang-mentanglah dapat green light dari tuan besar. Banggalah tu.
            “Jaga diri okey. Jangan jauh daripada kawan sekerja kamu tu. Ibu dah pesan kat dia suruh dia tengok-tengok kan kamu kat sana nanti.” Aku tak perlukan ‘body guard’ macam dia pun aku masih boleh survive sendiri.
            “Insya-Allah bu. Okey, assalamualaikum.” Aku menekan skrin handphone Samsung Galaxyku. Aku mengeluh lemah.
            “You can run but you can’t hide from me.” Nick menyindirku.
            Aku segera berdiri dan ingin melarikan diri sekali lagi. Ada pula main kejar-kejar kat KLIA ni.
            “Awak tak rasa penat ke asyik larikan diri daripada saya?” soalnya yang masih lagi duduk di bangku. Aku membetulkan baju cardigan hitamku dan aku tatap mukanya.
            “Tak! Selagi awak masih ada depan saya, selagi itu lah saya tak akan rasa penat.” Balasku.
            “Can you stop this ‘running’ thing? Awak nak lari macam mana lagi? Dah tentu lepas ni awak tengok muka saya lagi. Kat dalam kapal terbang nanti, awak tetap juga tak dapat lari daripada saya. Nanti nak jumpa client pun awak tetap juga tatap muka saya yang hensem ni.” Sempat lagi memuji diri sendiri. Menyampah betul!
            “Conclusionnya, baik awak simpankan tenaga awak tu dengan hanya duduk sahaja. Lepas ni, awak kena kerahkan tenaga berdepan dengan client pulak. Kan penat tu. Tak dapatlah kita nak jalan-jalan kat seoul tu nanti.”
            “Tanpa saya pun, awak masih boleh berjalan-jalan kat bandar seoul tu jugak.” Dalihku.
            “Nope! I can’t go without you. Lagipun, your mom dah pesan kat saya. Dia nak saya jaga awak semasa kat sana nanti. So, saya tak boleh langgar janji tu.”
            “Itu awak yang buat janji palsu. Bukan saya. Saya boleh jaga diri saya sendiri.” Aku memeluk tubuh dengan perasaan tak puas hati. Aku perhatikan pengunjung-pengunjung di situ. Rata-ratanya pelancong asing. Mat salleh yang banyak berada di KLIA ini. Termasuk juga lelaki di depan aku ini. Sama keturunan dengan diorang. Tanpa membuang masa aku menarik beg rodaku.
            Dalam beberapa langkah, terasa kaki ini tidak bergerak. Aik? Pelik. Aku cuba melangkah lagi, tetapi tetap tidak bergerak lalu aku berpaling ke belakang. Rupa-rupanya Nick menarik beg rodaku. Aku mengetap gigi kegeraman. Dia buat hal lagi dah.
            “Lepaskan beg saya!” ucapku sedikit jerit. Dia masih selamba memegang beg rodaku.
            “Nick jangan sampai saya tengking awak.” Aku memberi amaran kepadanya.
            “Tengkinglah. Awak nak sangat buat babak drama dengan saya kat sini, boleh jugak.” Hish! Dia tetap tak mahu mengalah. Aku melepaskan tangan daripada memegang beg rodaku.
            “Ambiklah beg saya kalau awak nak sangat pegang.” Aku meninggalkan dirinya dan juga beg pakaianku. Aku bergerak menuju ke cafe yang berdekatan. Masih lama lagi. Apa aku nak buat dalam masa 1 jam ni? Aku membelikan sandwich untuk mengalas perut dan secawan milo panas. Aku duduk di kerusi dalam cafe tersebut. Aku perhatikan Nick dari jauh yang sudah mendekati diriku. Dengan langkah yang perlahan, dia meletakkan beg pakaianku tadi dan menarik kerusi di sebelahku.
            “Makan sandwich je?” soalnya lembut. Soalannya itu aku biarkan tanpa jawapan. Aku tatap mukanya. Pelik! Lelaki ini tidak pernah mahu berputus-asa denganku. Macam-macam cara yang dah aku buat bagi mengelakkan diri daripadanya. Tetapi dia tetap bersabar mengejarku. Aku masih tidak faham dengan semua perlakuannya. Serta merta kejadian beberapa bulan lepas terimbau kembali.
           

Aku duduk menuggu di luar bilik kecemasan. Mataku sudah sembab dek terlalu banyak menangis. Ketakutan selepas apa yang berlaku tadi, tetap tidak dapat aku lupakan serta-merta. Haris yang tadinya duduk bersamaku sudah menghilang entah ke mana. Aku kaku menunggu keseorangan. Nick, hatiku menyebut namanya lagi. Tidak semena-menanya, air mata yang sudah kering tadi merembes semula. Aku terbayang wajahnya yang tersenyum sambil mengusap pipiku tadi. Ah! Kenapa perlu aku menangis? Adakah sebab aku rasa bersalah? Ya, memang salah ku. Kalau tidak benda ni tak kan terjadi.
            “Isha.” Aku tersedar apabila mendengar seseorang memanggil namaku. Aku lihat tok Idham yang sudah menghampiriku. Disebelahnya ada Datuk Sri Nik Bakhtiar dan juga Haris. Aku terus menerpa tok Idham dan meraih tangannya. Aku tunduk dan mencium tangannya.
            “Tok, maafkan Isha tok. Ni semua salah Isha. Kalau Isha tak buat perangai macam ni, tak mungkin benda ni terjadi. Isha minta maaf tok. Isha minta maaf sangat-sangat. Kerana sikap Isha lah semua ni terjadi. Isha bersalah pada tok, Isha bersalah pada Nick. Ini semua salah Isha, tok.” Aku sudah tersedu-sedan di depan tok Idham. Tok Idham juga turut sama mengeluarkan air mata. Datuk Sri disebelah hanya diam memerhati. Begitu juga dengan Haris.
            “Tak Isha. Tok yang bersalah sebab tak beritahu Isha hal sebenar. Maafkan tok nak. Janganlah kamu marah kat tok lagi. Tok betul-betul dah menyesal. Tok tak patut rahsiakan semuanya daripada Isha.” Aku menggeleng. Tanganku masih menggenggam erat tangannya.
            “ Tak tok. Saya yang bersalah. Hanya kerana saya terasa hati, tok yang jadi mangsa. Saya tak patut buat tok macam ni. Tok ada sebab tok sendiri. Saya patutnya sedar. Saya benar-benar minta maaf tok. Isha, tak kan buat lagi. Isha tak elakkan diri dari tok lagi. Sakit rasanya berjauhan daripada tok. Isha benar-benar menyesal tok.”rintihku.
            “Sudahlah Isha. Benda yang lepas, biarkan lepas. Semua tu dah takdir. Sekarang, baik kita berdoa supaya Nick tak apa-apa.” Datuk Sri mula bersuara setelah lama berdiam diri. Haris mengangguk dan memapah tok Idham ke bangku. Aku menyeka air mataku dan sempat lagi aku menghadiahkan senyuman kepada tok Idham. Kini, aku tidak mahu menjauhkan diri daripada tok Idham. Dia tidak bersalah.
            Dalam beberapa minit kemudian, doktor yang merawat Nick keluar dari bilik kecemasan tersebut.
            “Emmm... Siapa penjaganya?” soal doktor muda tersebut.
            “Saya pak longnya. Macam mana keadaan anak buah saya doktor?” Wajah Datuk Sri berkerut bimbang. Aku menunggu kata-kata doktor tersebut. Bagaimana keadaannya? Minta-mintalah tiada apa-apa.
            “ Dia selamat. Cuma kepalanya sedikit luka. Kami sudah bersihkan lukanya. Sekarang dia masih belum sedar. Jadi biarlah dia berehat secukupnya.” Jelas doktor muda yang berkaca mata itu.
            “Alhamdulillah. Nick tak apa-apa.” Tok Idham meraup wajahnya dengan penuh kesyukuran.
            “Boleh kami melawat pesakit sekarang doktor?” Haris bersuara.
            “Silakan.”
            Kami masuk ke dalam bilik wad yang agak mewah khas buat Nick. Bertuah betul anak orang kaya ni. Bilik wad pun macam hotel. Tok Idham duduk di sebelah katil Nick. Dia menggenggam tangan Nick. Aku perhatikan tok Idham dengan perasaan sayu.
            “ Nick.”ucapnya lembut.Tiada lagi suara kasar dari mulut tua itu. Tok Idham mengusap kepala Nick yang dibalut itu.
            “Maafkan tok cu. Tok terlalu keras hati sampai sanggup mengabaikan perasaan kamu. Tok bersalah. Maafkan tok. Tok tak patut buat kamu macam tu. Tok sayangkan kamu Nick.” Aku menahan rasa mendengar kata-kata tok Idham. Segera aku mengelip-ngelipkan mata tidak mahu air mata merembes keluar.
            Datuk Sri menepuk-nepuk bahu tok Idham lembut.
            “Bah, dah lah tu. Semua tu biarlah jadi teladan. Saya pasti, Nick maafkan abah. Syukur Alhamdulillah. Semuanya, baik semula. Abah tahu tak, inilah yang Nick nak sangat dari dulu. Meraih kemaafan daripada abah. Akhirnya termakbul juga doanya bah. Abah maafkan Nick ya?” Tok Idham mengangguk. Haris tersenyum lega. Syukurlah Ya Allah, kau telah menyatukan semula cucu dan atuknya. Syukur kehadratMu, ucap Haris dalam hati.
            Aku turut sama tersenyum melihat babak menyentuh hati itu. Rupa-rupanya, selama ini, Nick berusaha merapatkan dirinya dengan tok Idham hanya semata-mata nak dapatkan kemaafan daripada atuknya. Tidak mahu mengganggu keluarga yang baru berbaik-baik itu, aku mengorak langkah perlahan untuk keluar daripada bilik wad tersebut.
            Belum sempat aku menuju ke arah pintu bilik, tiba-tiba terdengar suara serak-serak basah memanggil namaku. Langkahku terhenti. Aku berpaling dan melihat Nick yang sudah sedar.
            “Risya, jangan tinggalkan saya.” Aku terkedu. Begitu juga yang lain.
            “Nick, apa yang kamu nak cu?” ucap tok Idham lembut.
            “Tok, terima kasih kerana tok dah maafkan saya. Saya betul-betul bersyukur tok.”Ucap Nick yang masih lemah.
            “Nick, kau berehatlah dulu. Esok aku tolong handlekan apa-apa yang patut kat pejabat nanti.” Haris menawarkan diri. Nick mengangguk.
            “Kamu berehatlah Nick. Pak long dan tok Idham akan lawat kamu esok pagi. Sekarang kamu berehatlah.” Datuk Sri bersuara pula.
            “Kami pulang dahulu ya Nick.” Aku masih diam tidak berganjak. Apabila pintu bilik dibuka oleh Datuk Sri, aku ingin turut sama keluar.
            “Risya, temankan saya.” Semua terhenti di depan pintu. Aku sudah mula resah. Alamak! Nick minta yang bukan-bukan pula dah. Dia nak aku pula yang temankan dia? Tak kan aku kena tidur kat dalam bilik wad ni jugak kot? Tak mahu aku!
            “Emmm...” Wajah Nick seperti mengharap. Aku pandang wajah tok Idham, Datuk Sri dan Haris. Aku tak nak!
            “Please.” Rayu Nick lagi. Addoii.. Dia buat aku rasa bersalah. Pandai betul dia ambil kesempatan. Tahu aku rasa bersalah terhadap apa yang berlaku tadi, sekarang aku terpaksa akur pada permintaannya pula? Macam mana kalau aku kena tangkap basah dekat wad ni. Eh, adakah orang nak tangkap basah kat hospital ni? Sempat lagi memikirkan perkara yang bukan-bukan.
            “Isha, tok minta tolong boleh? Kamu temankan lah Nick satu malam ni ya.Insya-Allah, tak ada apa-apa yang berlaku.” Aduh! Aku serba salah. Tok Idham sudah buat permintaan juga.
            “Tapi tok, esok saya kena kerja. Dah lama saya tak masuk kerja. Tak kan nak cuti lagi kot?” aku masih mahu mencari alasan supaya tidak bersama dengan Nick.
            “Saya rasa awak diberi pengecualian. Awak kena jaga bos baru awak supaya dia cepat sembuh. Awak datang lewat pun tak apa. Tak ada siapa yang marah awak. Kamu ada alasan sendiri cik Risya.”Datuk Sri seperti menyokong permintaan tok Idham pula. Kenapa dengan mereka ni? Aku tiada apa-apa hubungan pun dengan Nick. Kenapa aku perlu temankan dia malam ni? Mana boleh macam ni.
            “Tapi...” aku menggigit bibir. Mataku tepat pada Haris. Haris mengangkat bahu.
            “ Kamu tolong jaga Nick untuk tok ya Isha.”haddoii, tok memang nak aku setuju dengan permintaannya. Aku pandang Haris sekali lagi. Haris mengangguk menyuruh aku mengiyakan sahaja.
            “Kau temankan Nick sekejap. Biar dia tidur dahulu. Lepas aku hantar mereka ke rumah, aku hantarkan kau pula ya.” Haris bisik kepadaku. Aku mengangguk setuju. Fuh! Nasib baiklah ada yang sanggup menyelamatku daripada belenggu ini.
            Aku biarkan pintu bilik wad terbuka. Tidak mahu orang lain berfikir macam-macam. Aku duduk disebelah Nick. Mata Nick sudah terpejam semula. Dalam kesempatan itu, aku menilik wajahnya yang tenang. Kulit wajahnya sangat licin, putih dan bersih. Persis bayi. Tiada seketul pun jerawat yang tumbuh pada wajahnya. Aku mengusap pipiku. Hmmm... Muka aku tak selicin dia. Jelesnya. Lama aku perhatikan wajahnya. Tiba-tiba matanya terbuka memandangku. Aku tergamam seketika.
            “Terima kasih sudi temankan saya.”aku tunduk tidak mahu bertentang mata dengannya. Tidak tahu kenapa, terasa lain macam je bila dia tenung aku macam tu. Cara dia tenung tidak seperti sebelum ini. Cara tenungannya lain. Seriau pula rasanya.
            Aku mengangguk tidak bersuara. Lama kami berdiam diri. Aku mencuri pandang dirinya. Ternyata, matanya masih melekat memandangku. Terasa panas telinga ini menahan malu. Alamak! Kantoi lah pula aku cuba nak curi pandang dia. Ni yang tak gemar ni. Nick tersenyum dan menutup matanya semula.
            Nick terjaga dari tidur dan melihat sekeliling bilik wad. Dia melihat wajah Risya disisinya. Risya sudah tertidur.Dilihatnya lagi tangan Risya yang sudah dibalut dengan bandage yang baru dan kemas. Tersentuh hatinya melihat keadaan Risya sebegitu. Dengan perlahan, dia mengusap kepala Risya yang ditutup dengan tudung hitam. Tersenyum melihat gelagat Risya yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Lama dia memerhati wajah tersebut.
            “Ya Allah, aku bersyukur kerana kau telah menyedarkan aku dan menginsafkan diriku. Terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Ampunkan lah diriku ini, Ya Allah. Sekarang, aku benar-benar sedar, hanya perempuan ini yang aku inginkan. Tiada orang lain selain dia. Kerana dia aku terbangun daripada kelalaianku selama ini.Kerana dia aku mendapat kemaafan daripaada atukku. Tanpa dia ,kejadian tadi tak akan berlaku. Kau telah kurniakan seseorang yang telah menyedarkan diriku yang masih mahu menikmati keseronakan dunia. Sekarang, aku sedar, aku perlu keluar dari keseronakan dunia supaya tidak bergelumang dengan dosa.Terima kasih kerana mengurniakan bidadari kecilMu ini, ya Allah. Aku ingin mencintai dirinya kerana Engkau Ya Allah. Aku mohon, panjangkan lah jodoh kami dan aku mohon supaya dialah orang yang aku tunggu-tunggu selama ini. Amin.” Doa Nick panjang. Air matanya mengalir jua. Tanda air mata keinsafan daripada hamba Allah SWT. Dia meraup wajahnya.
            “Saya cinta kan awak, Nur Erisya Binti Kamal.” Bisik Nick dalam hati. Ya dia benar-benar sudah pasti, hatinya hanya milik Risya.

Aku ingatkan hanya aku soranglah yang ada penyakit berangan ni. Rupa-rupanya, mat gajah gatal kat depan aku ni pun sama saja. Aku panggil namanya. Masih tiada respon. Jauh benar lelaki ini mengelamun. Aku cuba lihat ke arah pandangan yang dilemparkan oleh Nick. Tak ada apa-apa yang menarik pun. Aku memetik jari supaya dia sedar. Mak aih! Masih tak bangun-bangun juga. Ni lebih kronik daripada aku rupanya. Aku guna cara pakar psychology untuk menyedarkan pesakitnya daripada hipnosis pun tetap tak dapat menyedarkan si Nick ni. Aku tolak bahunya dan barulah matanya terkelip-kelip. Syukurlah, ingatkan perlu kena bawa pergi hospital tadi. Kalau tak aku kena pergi seorang sahaja ke Seoul. Tapi bagus juga kalau aku pergi seorang.
            Dia terkebil-kebil memandangku. Aku menggeleng. Walaupun hubunganku dan tok Idham sudah lama baik, begitu juga hubungan Nick dengan tok Idham, namun, hubungan antara aku dan dia masih tetap sama. Selepas kejadian itu, aku cuba melarikan diri daripadanya apabila merasakan cara layanan Nick kepadaku berbeza sebelum dan selepas insiden tersebut. Dia lebih mengambil berat tentang diriku dan sentiasa memerhatikan diriku ketika berada di pejabat. Naik rimas aku dibuatnya.
            “Apa yang  awak fikirkan? Jauh benar menungnya.” ujarku.
            “Oh, tak ada apa-apa yang penting pun. Eh, sejak bila pula awak berminat nak tahu apa yang difikirkan oleh saya?” Addooii, sudah! Dia dah mula lagi dah. Otakku ligat berfikir mencari alasan.
            “Emmm...semenjak awak jadi orang tak betul tenung kat arah tu sampai dah nak terbakar kedai tu dibuatnya.” Tercetus tawa kecil Nick.
            “Well, walaupun awak cuba larikan diri daripada saya, loyar buruk awak tu tetap tak jauh.” Selorohnya.
            “Memanglah tak jauh, dah saya ada kat depan awak. Tak kan jauh punya lah.” Aku menyimpul senyuman kecil.
            “ I wish you are. Awak berada depan mata saya, tapi awak sebenarnya terlalu jauh dan sukar bagi saya nak gapai.” Aku hanya diam tidak membalas katanya. Aku berdeham dan memandang jam pada handphone ku.
            “I think we should go now. Kita dah boleh masuk ke gate berlepas.” Nick mengangguk dan menarik beg pakaianku.
            “Eh, tak apa lah. Biar saya yang bawakan beg saya tu.” Ujarku.
            “It’s okay. For you, everything is possible for me.” Ayatnya di dengar sangat mendalam tetapi aku tidak menghiraukannya. Aku berjalan seiring dengannya menuju ke balai perlepasan.

Kami duduk di tempat yang sudah ditetapkan. Syarikat telah memberi segala keperluan untuk ke Korea. Semuanya syarikat tanggung.
Wah! Sudah lama aku tidak menaiki kapal terbang MAS semenjak bapaku berhenti menjadi crew MAS dan bertukar kepada crew AirAsia pula. Aku lihat Nick mengemas jaket nya. Dia mengerling ke arah ku. Aku senyum kecil.
“Selama 3 tahun awak bekerja di company saya, agaknya sudah berapa kali awak outstation?” soalnya. Aku berfikir sejenak.
“Emmm...banyak juga lah. Lagipun masa tu, saya under Encik Taufiq. Jadi, kerap jugalah saya bersama dengannya pergi outstation. Best! Dapat menjelajah negara orang.” Ujarku ramah.
“Lagipun, sejak kecil lagi saya dah belajar travelling. Sebab tulah saya pilih bidang ni. Nak dapatkan pengalaman di negara orang.” Sambungku.
“Sejak kecil? Meaning, awak memang dah selalu travelling lah?” soalnya.
“Yup! Ayah saya aircraft technician. Sekarang masih bekerja lagi. Jadi, kalau nak tambang murah dan free tu senang juga la.” Ucapku bangga.
“Hmph! Tak aci.” Balasnya pendek. Mulutnya juga dibuat-buat muncung.
“Apa pula tak aci? Dah ayah saya kerja dengan syarikat penerbangan, senanglah bagi keluarga dia nak travelling sekali.”
“Emmm...Awak dah menjelajah ke negara mana je?” soalnya ingin tahu.
“Masa umur saya 7 tahun, saya pernah pergi ke New Zealand, Auckland. Lepas tu, saya pergi Shanghai, Indonesia dan Thailand. Tu ketika saya belum bekerja lagilah. Semua tu pergi dengan family. Kalau dah bekerja tu, selalunya pergi ke Thailand, Jepun, China dan sekarang barulah Korea.” Ujarku dengan rasa ‘excited’. Tanpaku sedar Nick lama merenung wajahku. Aku mengerling sebelah. Merah padam mukaku bila Nick memandangku sebegitu.
“Ni kira first time lah awak pergi ke Korea?” Aku mengangguk. Kapal terbang sudah berlepas dan ketika itu kedua-duanya senyap. Selepas beberapa minit kemudian, isyarat lampu tali keledar dipadamkan dan ketika itu aku merendahkan sedikit kerusiku agar lebih selesa.
“Sekarang ni musim bunga di Korea. Mesti cantik. Saya dah banyak kali pergi ke sana. Tempat-tempat yang menarik di Korea, semua saya dah pergi. Seronok. Awak patut melawat ke tempat-tempat yang disyorkan. Korea memang bersih dan cantik tempatnya.”ujarnya. Aku hanya mengangguk. Sebelum ni aku hanya mampu melihat melalui televisyen. Sumbernya, dari drama korea yang aku minat lah. Lokasi pengembaran yang dipilih semuanya cantik. Wah! Mesti syok dapat lawat ke semua tempat tersebut. Yang paling aku nak sangat pergi ialah teddy bear farm. Tempat pelakon cerita ‘Princess Hour’ pernah pergi. Mesti banyak koleksi patung beruang yang comel ada di situ. Aku berasa sangat teruja pula. Tiada lagi perbualan di antara kami.Masing-masing melayan diri sendiri. Terasa berat pula mata ni.Lalu aku pejamkan mata yang sudah mula mengantuk.


Nick merenggangkan ototnya. Lama juga perjalanan ke Korea dari Malaysia. Kira-kira 6 jam. Sempat pula dia terlelap setelah berhenti berbual dengan Risya kerana ingin memberi peluang kepada Risya untuk melayan diri. Dia mengerling ke sebelah. Dilihatnya Risya yang tengah lena tidur. Dia mengeluh. Dia teringat bagaimana Risya seperti berusaha mengelakkan diri daripadanya. Ada-ada saja alasan yang diutarakan. Setiap kali dia ingin mengajak Risya makan tengah hari bersama, dengan pantas, Risya sudah hilang ,tiada di cubicle nya. Susah benar menjejak perempuan ini.
            Nick pernah juga mencuba nasib dengan memesan bunga dan diletaknya bunga tersebut di atas meja Risya. Namun, usaha untuk memikat hati Risya tidak berhasil. Bunga yang tadinya diletak atas meja sudah ‘landing’ di dalam pasu bunga milik Hasnah.
            Sekali lagi dia menghadiahkan Risya bunga berdozen-dozen. Tetapi, segala bunga tersebut sudah disedekahkan pada orang lain. Dalam masa beberapa bulan itulah, segala usahanya tidak berhasil. Apabila waktu balik juga, dilihatnya Risya sudah tiada di meja. Awal benar Risya balik. Begitu juga dengan hari yang seterusnya. Dia juga pernah cuba mengajak Risya untuk pergi menontong wayang melalui mesej, tetapi, dibiarkan sepi. Begitu juga apabila di rumah kebajikan, Risya seperti tidak mempedulikan kehadiran dirinya dan langsung tidak melayannya.
“Saya sibuklah Nick.” Ayat itu sahajalah yang sering didengarnya  daripada mulut mungil itu. Ah! Kenapa dia terlalu keras hati? Susah benar ingin mencuri hatimu, Risya, rintih hatinya. Segala usahanya untuk memikat hati Risya juga terbatas dengan kerja-kerja yang bertimbun. Sehinggalah dia mendapat peluang yang benar-benar bagai ‘durian runtuh’ buatnya. Dia ditugaskan untuk berurusan dengan client di Korea.
Asalnya, dia perlu pergi bersama Haris untuk mendapatkan tender dari syarikat gali di Korea. Tetapi, Haris menolak dengan alasan mempunyai kerja lain yang perlu diuruskan di Thailand.
“Aku hantarkan wakillah. Aku suruh Risya gantikan aku ya?” mata Nick sudah membulat mendengar usulan Haris.
“Betul ke?” ucap Nick inginkan kepastian.
“Yelah. Tak kan aku nak tipu kau kot. Kesian aku tengok kau ni. Setiap kali nak ngorat si Risya tu, mesti tak menjadi, kan?” Haris tawa kecil.
“Tak sangka, playboy terhandal macam kau, tak dapat nak ngorat perempuan biasa seperti Risya.”
“Dia bukan perempuan biasa. Dia seorang yang luar biasa. She’s different, Ris. Lagipun aku dah bertaubat. Aku nak tinggalkan sikap buruk aku tu. I don’t want to hear you calling me player or playboy anymore. And the fact is, I’m not a boy anymore, I’m a guy. A guy that want to get my true love to fall in love with me.” Nick pantas mencelah.
“Aku nak dia jadi permaisuri hati aku ni, dan ibu kepada anak-anak kami nanti.”
“Woah! Naik bulu roma aku Nick. You totally change to someone different. Tetapi in a good way. Aku akan selalu support kau. Don’t worry.” Haris menepuk bahu Nick ingin meniupkan sedikit semangat kepada sahabatnya itu.
“Since you already become a total loyal to your love, macam mana dengan awek-awek kau yang dulu?” Haris cuba mengorek rahsia.
“Tu aku campak je kat lombong!” ujar Nick selamba.
“Amboi! Anak dara orang kau campak kat lombong? Tu bukan bertaubat namanya, tu menambah dosa adalah.”
“Hahaha. Lampi betullah kau. Patutlah kau berkawan dengan Risya. Dua-dua sama je.”
“Aku dah minta maaf dekat semua awek tu dan aku putus dengan cara baik. Aku terangkan dengan diorang, aku nak berubah dan aku rasa ada orang yang lebih layak buat diorang. Dan aku bukanlah orangnya.” Sambung Nick lagi.
“Jadi, macam mana respond diorang?” Tanya Haris ingin tahu.
“Emmm...ada yang dapat menerima dengan hati yang terbuka. Ada juga yang menangis-nangis nakkan aku balik. Dan ada juga yang marah kat aku sampai simbah muka hensem aku ni dengan air jus apple.” Tercetu tawa Haris.
“ Tapi, Alhamdulillah lah, semuanya berjalan dengan lancar. Cuma seorang je yang aku bingung sekarang.” Wajah Nick sudah berkerut. Haris juga turut sama seperti Nick.
“Siapa yang buat kau bingung?”
“Risya!” balas Nick.
“Aik? Dia pernah jadi girlfriend kau ke? Setahu aku, dia still single.” Mata Nick tepat menatap wajah Haris yang ke ‘blur’ an.
“Kalau dia tu jadi girlfriend aku, tak ada lah aku berusaha bermati-matian macam ni. Aku bingung sebab dia tu macam hati batu betul! Keras, susah nak dilentur. Aku buat macam-macam pun dia tak pernah nak cair. Malah, bunga-bunga tu disedekahkan kat semua pekerja kat sini.”
“Eh, sedekah tu kan bagus. Tambah pahala kau.” Nick mendengus lemah.
“Tapi, aku tetap tak kan give up. Aku akan terus mengejarnya.”ujar Nick penuh yakin.
“Ya! Betul tu. Sekarang, tiba masa kau pula mengejar seseorang yang kau inginkan. Jadi, jangan putus asa. Jangan sia-siakan usaha kau dengan berputus-asa. Aku sentiasa doakan untuk kau. That’s my man!”
Tok! Nick terkejut daripada lamunan jauh. Risya disebelah sudah melentok pada bahunya. Nampak seperti orang keletihan. Risya betul-betul tidak sedar bahawa kepalanya sudah beralih ke bahu Nick. Nick tersenyum. Kalau selalu, Risya senang sahaja terbangun dari tidur. Sebelum ini, tok Idham pernah menceritakan tentang tabiat tidur Risya padanya. Walaupun terdengar sedikit bunyi bising, Risya pasti akan tersedar dari tidur. Risya seorang yang sangat peka pada sekeliling walaupun dalam tidur. Namun, Risya juga akan menjadi seorang yang betul-betul tak ingat dunia, jika terlalu letih. Nick membetulkan kepala Risya dengan perlahan-lahan pada bahunya supaya lebih selesa. Dilihatnya Risya yang memeluk tubuh seperti kesejukan.
Nick memanggil pramugari yang lalu berdekatan dengan kerusinya dan meminta pramugari tersebut mengambil selimut.
“Untuk isteri encik ya?” ramah pramugari tersebut.
“Ya, dia kesejukan. Terlalu penat, saya tak nak pula ganggu dia tidur. Boleh tolong selimutkan dia?” Pramugari tersebut menyelimutkan Risya.
“Terima kasih.”ucap Nick seraya melihat pramugari tadi berlalu. Sempat lagi Nick mengucup kepala Risya yang ditutupi tudung putih tersebut.
“Tidurlah sayang agar nanti bertenaga semula. I love you.” Bisiknya lembut.

No comments:

Post a Comment