Monday, November 28, 2011

Cerpen: Honey and Butter

Honey and Butter

Matanya masih tertancap pada kedua-dua wajah insan yang paling disayanginya. Dia masih setia menunggu kata-kata yang akan terbit dari mulut salah seorang daripada mereka. Kedua-dua insan tersebut masih dalam kebingungan.

“Elaine dengar tak apa yang mama dan papa dah cakap tadi?” Suara Mak Som kedengaran dicuping telinganya.

“Dah.” Jawab Elaine selamba. Ekspresi muka Elaine tetap selamba. Tiada ekspresi sebenarnya. Bingung Mak Som bila melihat anaknya yang seorang ini. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Tak pernah nak tunjuk perasaan sebenarnya. Kadang-kadang dia pernah terfikir, apa anak nya sakit ke? Macam orang yang tiada perasaan.

‘Kan bagus wajah itu ditambah dengan senyuman. Tak pun, kerutan dahi yang menunjukkan dia marah. Tak pun mata yang berair tanda kesedihan. Ni tidak, macam patung!’ Itulah rungutan yang selalu diluahkan oleh si ibu pada ayahnya.

“Elaine tak marah? Tak bangkang cakap mama dan papa?” soal Mak Som lagi. Elaine menarik nafas panjang.

“Tak!” jawabnya singkat.

“Elaine, papa nak beri Elaine masa untuk berfikir. Papa nak Elaine betul-betul pasti dengan keputusan kami ni.” Akhirnya Pak Raul memuntahkan juga apa yang ada difikirannya.

Suasana diruang tamu yang luas itu ternyata hanya disambut sepi. Mata Elaine menari ke kiri dan ke kanan.

‘Tengah berfikirlah tu.’ Simpul Mak Som. Itu salah satu sikap Elaine yang menunjukkan dia ada respond dengan segala kata-kata mereka tadi. Anaknya ternyata macam tak ada perasaan.

“Jadi, Elaine dah buat keputusan?” soal Pak Raul apabila melihat biji mata Elaine terarah pada matanya. Sekali lagi Elaine mengangguk dengan muka yang tiada perasaan.

“Elaine tak cakap pun yang Elaine nak bantah cadangan papa dan mama. Elaine setuju je.” Jawab Elaine.

“Ya Allah! Anak ni. Elaine tak pernah bantah cakap kami. Malah tak pernah pun nak bersuara kalau Elaine rasa tak puas hati. Elaine ikut je cakap kami.Elaine betul-betul setuju ke ni?” Terbit rasa pelik dihati Elaine. Kalau ibunya sudah merungut sebegitu dia perlu buat apa pula? Bukankah semua ibubapa akan gembira kalau anak-anaknya mendengar kata? Aku setuju salah, kalau aku tak setuju merungut pula. Elaine mengeluh kecil.

“Mama kenapa cakap macam tu? Kalau Elaine cakap setuju salah jugak ke ma?” soal Elaine selamba lagi. Terkedu Mak Som mendengar kata-kata anaknya.

“Kalau macam tu, papa nak Elaine setuju dengan satu syarat yang papa nak bagitahu ni.” Ujar Pak Raul. Mata Elaine beralih melihat papanya pula. Tiada satu ekspresi yang terbit pada wajah anaknya. Hambar sahaja. Macam orang pasrah je. Dia melihat sebelah kening anaknya terangkat. Ada lah jugak ekspresi sikit.

Dengan tenang Pak Raul bersuara, “ Papa nak Elaine berkenalan dengan dia dengan cara lain.”

“Dengan cara apa pa?”

“Elaine jangan salah faham pada papa. Papa buat keputusan ni pun untuk kepentingan Elaine. Papa nak Elaine berdikari. Harap Elaine tak marah ya?” Elaine masih setia mendengar.

“Elaine kena jadi orang gaji di rumah Tan Sri Hamdan.” Sambung Pak Raul bila tiada satu pun ayat yang terkeluar dari mulut anaknya itu. Itu syarat yang dikemukakan pada Elaine. Elaine masih tidak bersuara. Sekali lagi matanya menari-nari melihat sekeliling ruang tamu yang luas itu.

“Okey!”

“No! Mummy, tahu kan Eric tak nak dijodohkan dengan sesiapa. I want to find my future wife by my own. Mummy, cinta tak boleh dipaksa, kan?”Ucap Eric lembut. Dia cuba meraih simpati dari ibunya. Dia tak suka dijodohkan. Dia masih mahu mencari. Dan dia masih berusaha untuk mendapatkan orang itu. Ah!! Sukarnya ingin mencuri sekeping hati itu.

“Sampai bila Eric? Daddy dan mummy rasa malu tau, banyak rakan-rakan kami asyik tanya pasal Eric. Tanya bila Eric nak kahwin. Nanti tak pasal-pasal Eric kena cop lelaki tak laku. Eric mahu macam tu?” Sekarang anaknya sudah sepatutnya mempunyai anak sendiri, fikirnya. Tetapi apabila mengemukakan tentang soal perkahwinan, Eric sentiasa mengelak.

“Mummy, kalau pasal tu, mummy tak payahlah kisah. Eric masih laku lagi tau. Cuma masih belum berkenan kat sesiapa sekarang.”

‘Sehinggalah dia jatuh ke tanganku.’ Bisik hatinya.

“Eric nak jual mahal buat apa? Kami ni rasa sunyi tahu tak? Eric sepatutnya dah ada anak sendiri sekarang. Umur dah 33 tahun, masih belum ada bini. Apa nak jadi ni?” rungut Puan Sri Harisah. Dikerlingnya suami disebelah. Suaminya hanya mengangkat bahu.

‘Cis! Apa punya bapak lah macam ni?’ bentak Puan Sri Harisah. dalam hati.

“Mummy, kalau mummy rasa sunyi, kenapa mummy tak nak ambil anak angkat je? Mummy kan masih ada Eryl.”

“Eryl tu dah besar. Dah masuk U pun. Mummy nak cucu!”

“Sah, dahlah. Anak awak tu bukannya nak dengar. Biarlah dia nak buat apa. Kita Cuma tunggu dan lihat je lah apa yang nak jadi nanti.” Ucap Tan Sri Hamdan selamba.

“Abang suka nak menangkan anak kesayangan abang ni. Ni, muka ni nak letak mana kalau orang asyik tanya je? Sakit telinga saya tau!” Puan Sri Harisah. sudah naik berang.

“Kalau sakit, awak pasang je lah ear phone kat telinga awak tu. Saya jamin, telinga awak tak kan sakit punya.” Jawab Tan Sri Hamdan, cuba ingin menenangkan hati isterinya itu.

“Ish! Abang ni suka nak naik kan kemarahan saya. Dua-dua sama saja anak-beranak!”

“Dia kan anak awak juga ,Sah.” Puan Sri Harisah mendengus dan mengorak langkah meninggalkan suami dan anak sulungnya itu. Eric tersengih mendengar kata-kata daddynya. Ditunjuk ibu jari kepada daddynya.

“Terbaik lah daddy. Semalaman daddy kena pujuk mummy.” Tawa Eric tercetus jua.

“Jangan nak gelak-gelak. Daddy pun rasa apa yang mummy cakap tu betul. Daddy nak Eric kahwin jugak tahun ni. Itu keputusan Daddy.”

“But daddy…” Eric mula gelabah.

“That’s it Eric! You have a lot of time to think of it.Kalau Eric tak ada calon, then Daddy yang akan decide dengan siapa Eric kena kahwin. And that’s final.” Eric terlopong dan mengeluh lemah.

‘Ah! Susah benar nak memikat hati Eriana. Kalau aku tak dapat dia, maka aku kenalah kahwin dengan orang yang aku tak cintai. Ah!!!’ Otak Eric sudah serabut dan bengang dengan kata putus daddynya itu.

Elaine mengemas dapur yang sedikit berselerak itu. Dalam hati dia merungut. Apa guna orang gaji yang banyak kat sini ya? Tak pernah buat kerja ke?

“Elaine, Puan Sri panggil kau.” Ucap salah seorang orang gaji di vila itu. Mata orang gaji itu menjeling tajam pada Elaine. Elaine hanya menyambut dengan selamba malah ekspersinya tetap tak menunjukkan yang dia takut pada ‘senior’ nya itu.

Elaine menuju ke ruang tengah villa yang besar itu. Dia menunggu Puan Sri Harisah mengakhiri perbualannya dalam telefon. Sambil itu matanya melirik memandang sekitar ruang rumah.

“Elaine, Elaine tahu tak kerja apa yang Elaine perlu buat?” Soal Puan Sri Harisah ragu-ragu sesudah dia mematikan telefonnya tadi. Dia rasa pelik melihat gaya Elaine seperti patung sahaja.

“Tahu.” Jawab Elaine singkat.

“Elaine buat je lah apa-apa yang Elaine boleh buat kat rumah ni. Kalau Elaine penat, Elaine berehat je lah.” Mata Elaine mula merayap ke kiri dan ke kanan.

“Saya tak kisah kalau Puan Sri nak arahkan saya buat apa-apa kerja.” Puan Sri Harisah rasa bersalah. Elaine memang pelik. Kenapa lah suaminya ingin menjodohkan perempuan sebegini dengan anaknya? Tak ada gadis yang lebih normal ke?

Dia menilik wajah Elaine. Budak ini ada rupa.Cuma satu je kurangnya. Ekspresi muka yang mewarnai wajahnya. Muka macam tunggul. Mulut muncung aje. Tak tahulah nak bezakan yang dia gembira ke tak sekarang ni. Tetapi oleh kerana ini atas arahan suaminya, Puan Sri Harisah turut kan juga. Malah dia kenal dengan sahabat suaminya itu.

“Puan Sri, kalau puan sri tak perlukan saya, saya rasa saya perlu minta diri dulu.”Ucap Elaine lambat. Puan Sri tersentak mendengar kata-kata Elaine.

“Elaine, panggil saja Aunty. Lagipun Elaine pun bukan nya orang luar. Elaine aunty dah anggap macam anak mak cik sendiri. Nanti lepas kahwin dengan Eric, Elaine kena panggil aunty, mummy pula.” Puan Sri Harisah mengulum senyuman mesra, tetapi disambut hambar oleh Elaine. Senyuman Puan Sri Harisah segera mengendur.

“Elaine tak suka ke?” Soal Puan Sri Harisah ragu-ragu.

“Elaine tak kisah Puan Sri. Elaine rasa, Elaine kena masuk ke dalam dulu. Ada kerja yang masih belum siap.” Puan Sri Harisah mengangguk. Matanya masih melekat memandang gerak-geri Elaine. Dia mengeluh. Betul ke apa yang suami dia buat ni? Adakah Elaine jodoh yang sesuai untuk Eric? Ketika itu anaknya tiada di situ. Eric pergi outstation untuk menguruskan hal kerjanya.

Kini, hanya Eric yang diharap untuk mengendali syarikat milik keluarga itu. Manakala suaminya hanya menjadi pemerhati dan pemegang syer yang terbesar bagi syarikat keluarga tersebut.

‘Apalah yang akan terjadi kalau kedua-duanya disatukan?’ Puan Sri Harisah sudah resah memikirkan masa depan anaknya.

“Insya-Allah,Sah. Mereka akan kekal bahagia. Kita berdoa je lah supaya rancangan kita nak jodohkan mereka berdua berhasil.” Kata-kata suaminya menjadi penguat semangatnya.

Selesai kerjanya, Eric terus pulang ke Malaysia dengan segera. Tidak mahu lama-lama di luar negara. Hidup di negara sendiri lagi best berbanding di negara orang. Dia mengambil flight awal-awal pagi untuk balik ke Malaysia.

Setibanya dia di Malaysia, dia mendailkan nombor pemandunya.

“Hello Zarif, saya dah sampai kat KLIA. Awak dah sampai ke?” Langkahnya disegerakan menuju ke luar tempat kereta menunggu. Dia tidak suka kalau pemandunya lambat datang dan dia terpaksa menunggu mereka. Pantang baginya pekerja yang tidak menepati masa. Dan kerana itulah, pekerja-pekerja merungut dengan sikapnya yang terlalu ‘bossy’. Tidak pernah mahu bersimpati kepada sesiapa. Setiap kali pekerjanya tidak menepati kehendaknya, pasti akan dipecat. Itulah Eric, pemuda ‘bossy’!

“Good, saya suka cara awak bekerja. Sampai tepat pada masanya. Keep it up. Here, saya belikan awak sedikit buah tangan dari kota London.” Dia menyerahkan sepaket gula-gula madu kepada pemandunya.

Walaupun Eric seorang yang ‘bossy’, tetapi hatinya tetap baik. Dia tidak pernah lupa pada pekerja atas segala usaha yang mereka telah lakukan. Pasti akan ada barang atau buah tangan untuk pekerjanya yang setia.

“Terima kasih boss.” Pemandu itu menyambut buah tangan itu.

Pintu kereta dibuka untuk Eric dan Eric segera masuk ke dalam. Di tempat duduk bersebelahan dengan pemandunya, pembantu peribadinya setia menunggu.

“Selamat datang boss.”

“Ya, Uncle Harun. Buah tangan uncle pun saya ada bawa sekali. Nanti jangan lupa ambil tau. Now, can you tell me my next schedule?”

Setelah habis menguraikan semua jadual, Eric bersuara lagi, “Uncle, today can you cancel the meeting. Penatlah, I need some rest. Can you handle the others?”

“Baik, Eric.” Jawab Uncle Harun sambil mencatakan sesuatu pada buku diarinya. Eric mengeluh lemah, lalu matanya dipejam seketika.

Kereta Mercedes mewah sudah terpakir di luar kawasan villa. Eric segera keluar dari perut kereta. Pintu gerbang villa dibuka dan semua orang gaji di villa tersebut beratur menunggu kepulangan tuan besar itu.

“Selamat datang tuan”

“Ya, terima kasih. Awak semua boleh kembali buat kerja awak. And kalau boleh, berhenti buat ‘entrance’ yang gah macam ni. Saya tak suka!” jawab Eric pantas. Dia segera menuju ke biliknya. Sempat lagi dia menyapa Puan Sri Harisah yang bersilisih dengannya tadi.

“Mummy, I’m tired. Sorry, tak dapat makan breakfast sama-sama. Eric nak tidur dulu.”

“Okay my dear. Tapi…” Puan Sri belum sempat menghabiskan ayatnya apabila Eric sudah masuk ke dalam bilik.

Beg briefcase dicampak ke tepi dan dia terus melompat ke atas katilnya.

‘Ah, sedapnya tidur.’ Bisik hatinya. Matanya sudah terpejam ketat.

Belum sempat ingin melayan mimpi yang indah, tiba-tiba langsir biliknya dibuka luas sehingga menyebabkan lenanya terganggu.

“Siapa yang berani ganggu tidur aku ni?!” bentak Eric lantang. Matanya terus terbuka luas dan api kemarahan sudah menyala-nyala pada matanya.

“Saya.” Jawab Elaine selamba. Mata Eric bulat memandang gadis yang berani menjawab katanya tadi.

“Who the HELL are you?!” Marah Eric.

Setiap pergerakan perempuan tersebut diperhatinya. Dia menyampah dan benci pada perempuan tersebut. Baru pertama kali bekerja sudah tunjuk belang. Hmph! Berbagai-bagai sumpah seranah dihemburnya dalam hati.

Elaine, dia menyebut nama itu dalam geram. Sudah hampir 2 minggu perempuan itu bekerja di villanya. Bagi dia, orang seperti Elaine patut dipecat. Tetapi mummynya melarang.

Dia juga berasa hairan dengan mummynya yang bersungguh-sungguh membela orang gaji baru itu. Malah, pertama kali berjumpa dengan perempuan tersebut telah menimbulkan rasa benci dan menyampah.

‘Macam tunggul!’ Eric mengutuk dalam hati.

Selepas kejadian itu, dia terus memberontak. Dia mengambil keputusan untuk membuli dan menyeksa perempuan yang bernama, Elaine itu.

‘Hmph! Nama pun macam bunyi alien.’ Sehabis boleh dia mahu Elaine keluar dari villanya.

Namun segala usahanya tidak berhasil bila Elaine mendengar dan menurut segala arahannya dan tak pernah mahu membangkang. Perempuan ini tak ada perasaan ke? Eric tertanya-tanya.

“Hoi Alien!” Eric memanggil Elaine dari jauh.

“Ya?” Elaine menjawab dan memandang Eric dengan pandangan kosong. Berkerut dahi Eric bila Elaine tetap menjawab panggilannya walaupun dipanggil dengan nama sebegitu.

“Aku nak kau masak! Kau tahu masak tak? Aku tak nak orang gaji aku tak tahu masak langsung. Jangan sebab mummy bela kau, kau langsung tak buat kerja. Status kau tetap seorang gaji dalam villa ni, paham?” Elaine tidak menjawab malah matanya bergerak memandang tempat lain. Elaine berfikir sesuatu.

“Hoi, bila aku cakap, jawablah, Alien!” sergah Eric tanpa rasa kasihan.

“Awak nak saya masak apa?”

‘ Jawab pun kau Alien!’ Eric mengulum senyuman sinis.

“Aku nak makan makanan kampung hari ni. Kau kan dari keluarga yang susah. Orang kampung! Jadi, aku nak rasa masakan kampung dari perempuan kampung macam kau!” ujar Eric sinis. Tetapi serta-merta hatinya hampa bila tiada apa-apa reaksi pun yang terbit di wajah itu. Eric menjadi bertambah-tambah marah.

“Apa lagi? Buat lah sekarang!” Elaine tetap membisu dan bergerak menuju ke dapur. Disebalik kejadian itu, orang-orang gajinya tertawa sinis melihat cara layanan tuan mereka pada Elaine.

“Dia tu patung ke apa? Tak ada hati ke? Ke gila?” Eric bercakap sendiri.

Mata Elaine meliar memandang ke seluruh dapur. Nak masak apa? Kampung? Hmmm… Elaine bergerak membuka peti ais yang besar ditepi. Dia melihat segala bahan-bahan sudah siap tersedia. Dia terpandang sebuku mentega yang sudah terbuka dan dia mengeluarkan mentega tersebut.

Dia mengambil sudu dalam almari dan dicalitnya sedikit mentega tersebut. Sudu itu disumbatnya ke dalam mulut. Dia tersenyum di dalam hati. Tetapi, senyumannya itu tidak pernah jelas diluar. Dicalitnya lagi mentega tersebut dan dimasukkan ke dalam mulut.

Tanpa Elaine sedar, semua kelakuan Elaine diperhati oleh Eric. Makin pelik Eric rasakan kelakuan Elaine itu.

“Apa yang sedap nya makan mentega begitu sahaja?” Eric masih setia memerhati Elaine. Dia melihat Elaine yang mengeluarkan segala bahan untuk masakannya.

“Apalah agaknya yang budak ni nak buat?” soal Eric dalam hati. Semua benda yang Elaine buat membuatkan dia tertarik dan ingin terus melihat gerak-geri perempuan tersebut.

Elaine masih khusyuk memotong bawang. Tidak lama kemudian dia berhenti. Wajahnya seperti orang yang tidak bersalah. Dia membuka karbinet almari di atas dan dia terlihat sebotol madu. Dia keluarkan madu tersebut dan di ambilnya sudu yang digunanya tadi.

Elaine membersihkan sudu tadi dan dicalitnya lagi mentega. Selepas itu dia menuangkan sedikit madu bersama mentega tadi. Disuapnya ke dalam mulut dan sekali lagi, hatinya berasa sangat girang, persis kana-kanak.

Terbit senyuman Eric melihat aksi pelik Elaine itu. Dia tak pernah melihat gadis pelik seperti Elaine. Dilihatnya Elaine yang meneruskan kerja yang tertangguh tadi. Eric menggeleng.

‘Entah macam mana lah masakan dia nanti.’

Bau sedap di dapur mampu menarik perhatian sesiapa sahaja. Pada mulanya kaki ingin naik ke atas, tetapi, bau sedap itu mencuri perhatiannya. Serta-merta perut berkeroncong meminta untuk diisi. Segera langkah dihayunkan ke dapur.

“Kak Elaine masak apa tu? Bau sedap je.” Elaine berpaling dan melihat gerangan yang tidak lokek dengan senyuman mesranya.

“Masak ayam lemak cili api dengan gulai tempoyak ikan patin. Ni, side dish, sayur kailan ikan masin. Eryl nak makan tak?” Dengan pantas Eryl menarik kerusi meja makan dan mengambil pinggan. Elaine menyenduk nasi ke dalam pinggan Eryl.

“Amboi! Siapa ajar ni? Makan tak ajak orang. Hoi Elaine, aku suruh kau masakan untuk aku bukan untuk adik aku.”

“Alah, abang long ni, kedekut taik idung masin!” Sindir Eryl. Elaine masih tidak mengendahkan kata-kata Eric tadi. Dia menyeduk juga nasi untuk Eric.

‘Hish! Perempuan ni langsung tak paham bahasa. Tak pernah nak dengar arahan aku.’

Eric melihat hidangan yang tersedia di atas meja makan.

“Ini je yang kau boleh buat?” Ujar Eric sedikit angkuh. Sengaja ingin Elaine naik angin, tetapi, balasannya, Eric sendiri yang naik angin.

“Haah, awak rasa tak cukup ke? Ingatkan masak untuk awak seorang. Tapi Eryl nak juga.” Mata Elaine terarah pada Eryl yang terdiam berselera menghadap rezeki.

Eric menelan air liur melihat Eryl yang berselera di sebelah. Eric berdeham. Dia ingin mencari kesalahan yang dilakukan oleh Elaine tetapi masih tetap tak berjaya.

“Dahlah, kau pergi buat kerja yang lain. Aku tak ada selera kalau tengok muka kau kat sini.” Elaine terdiam. Dengan segera Elaine keluar dari dapur.

Sepasang mata masih tetap setia melihat mereka. Pemilik mata tersebut mengetap giginya.

‘Setan! Aku harus cari jalan untuk halau Elaine tu keluar dari villa ni.’ Bisik hati yang tengah marah itu.

Eric balik dengan hati yang resah. Eriana langsung tidak mempedulikan dirinya. Dia tahu, Eriana mempunyai terlalu ramai peminat. Wajahnya yang cantik bak bidadari, dan perwatakannya yang lembut pasti mencairkan mana-mana lelaki. Tetapi sayang, Eriana langsung tidak melayan mana-mana lelaki pun. Keras betul hati perempuan itu. Nampak sahaja lembut pada luaran tetapi keras bak permata di dalam.

Fikirannya melayang memikirkan syarat daddy nya dulu. Kalau dia tidak mencari calon isteri, dia pasti akan dijodohkan dengan anak rakan daddynya. Eric mengeluh. Dia melonggarkan tali leher yang sudah tidak terikat kemas pada lehernya.

‘Ah! Kerja di pejabat juga buat aku pening.Kalau sudah sesibuk begini, macam mana nak cari perempuan lain selain daripada Eriana?’ Eric menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Dia berjalan keluar ke beranda. Dia ingin menghirup udara segar bagi menghilangkan rasa sesak di dada yang penuh dengan masalah itu. Eric terdengar bunyi suara mummy di bawah.

“Pak Seman, awak hantar mereka ke villa kedua dan ketiga, ya? Sudah tiba masanya villa-villa tu dibersihkan.”Arah Puan Sri Harisah kepada pemandu keluarga mereka yang sudah lama berkhidmat kepada mereka. Terkocoh-kocoh Pak Seman memasuki van dan menghidupkan enjin.

Eric memerhati orang-orang gajinya masuk ke dalam van satu-persatu. Sambil matanya melihat mereka, dia terhenti melihat seorang gerangan yang berdiri di sebelah Puan Sri Harisah.

“Puan Sri nak saya pergi sekali tak?” soal Elaine lembut.

“Elaine duduk je lah kat villa ni. Rasanya dah cukup orang untuk bersihkan kedua-dua villa tu. Kat sini pun kerja pembersihan selalu dilakukan. Jadi, aunty tak kisah kalau hanya ada 3 orang gaji kat sini. Nak bersihkan 2 villa pun mengambil masa. Jadi, mereka akan bermalam di sana. Aunty tak nak Elaine ikut, sebab Elaine di bawah pengawasan aunty.” Elaine mengangguk setelah mendengar jelasan Puan Sri Harisah.

Dari jauh Eric bertambah-tambah curiga. Kenapa mummynya terlalu baik dengan Elaine? Elaine dilayan tidak seperti orang gaji yang lain. Elaine dilayan lebih baik oleh mummynya. Macam mana boleh mummynya berkenan dengan sikap Elaine yang tiada perasaan itu? Siapa Elaine pun dia tidak tahu.

“Apahal aku perlu kusut memikirkan tentang dia?” Eric bercakap sendiri.

‘Baik aku pergi mandi supaya hilang semua persoalan tentang ‘Alien’ tu.’

Elaine mengemop lantai di ruang tengah villa yang luas itu. Dia ditemani Eryl yang masih sibuk menghabiskan assignmentnya.

“Argghh!! Susah betul nak jawab soalan calculus ni. Hai, siapalah yang boleh tolong jawabkan untuk aku?” Eryl meletakkan pennya dan memandang Elaine yang khusyuk mengemop lantai.

“Kak Elaine, tolonglah Eryl ni siapkan soalan calculus ni. Satu soalan ni boleh buat saraf otak berbelit!” Mendengar namanya dipanggil, Elaine berhenti mengemop. Dia menghampiri Eryl. Dia duduk mencangkung.

“Calculus?” soal Elaine.

“Eh, kak, kakak sambunglah buat kerja akak. Tak payah kisah pasal Eryl ni. Kalau Eryl tunjuk soalan ni kat akak pun, akak bukannya tahu kan?” Mata Elaine masih tepat memandang mata Eryl.

‘Yalah, perempuan yang tak ada perasaan macam dia mana lah pandai nak menilai perasaan sendiri. Inikan pula nak menilai calculus yang serabut alam ni.’ Eryl membuat kesimpulan sendiri.

Elaine mengambil pen di atas meja, dan dia menarik kertas assignment Eryl. Di tenungnya soalan calculus itu. Terus matanya menari-menari bagai mencari jawapan. Beberapa minit kemudian matanya berhenti pada kertas di tangan.

“Kak Elaine tak apa lah. Eryl cuba cari jalan penyelesaiannya sendiri.” Ujar Eryl.

“Tak apa. Akak rasa akak tahu jawapannya.” Elaine menulis sesuatu pada kertas A4. Dia mengambil masa beberapa minit untuk menyiapkan soalan tersebut.

Pada asalnya, Eryl seperti kurang yakin dengan Elaine, tetapi, apabila cepat sahaja tangan Elaine bergerak, matanya terkebil-kebil tidak percaya.

“Dah! Eryl cuba tengok jalan penyelesaian ni. Dan cuba buat sekali lagi.” Mulut Eryl terlopong luas. Elaine menutup mulut yang ternganga itu dengan tangannya.

“Tak perlu buat macam tu. Buat ni, ikut cara kak Elaine. Lepas tu, cuba buat semula. Tengok Eryl faham ke tak.”

Eryl meneliti cara yang sudah dibuat oleh Elaine. “Macam mana akak tahu semua ni? Kalau cek kat belakang, jawapannya betul. Akak pernah ambik kelas calculus 1 ke?” Eryl masih tak dapat percaya dengan matanya sendiri.

Soalan sebegini memang susah untuk diselesaikan dengan adanya unknown yang banyak. Malah calculus ini untuk pelajar-pelajar yang mengambil ijazah jurusan kejuruteraan.

“Kak Elaine ni betul ke orang kampong? Atau orang Bandar?”

“Akak pun pernah jadi pelajar jugak.” Jawab Elaine ringkas. Dia kembali mengambil mopnya dan meneruskan kerja yang terhenti tadi.

“Pelajar engineering?” Elaine terhenti seketika.

“Kenapa jadi orang gaji kalau akak ni bekas pelajar engineering?” Elaine masih diam tidak menjawab.

“Apa kecoh-kecoh ni?” suara Eric terdengar dari belakang.

“Bang, cuba abang tengok ni. Kak Elaine yang jawab soalan calculus ni.” Eryl menunjukkan kertas ditangan kepada Eric.

“Hish! Tulisan cakar ayam macam tu siapa nak baca?” Eric menolak tangan Eryl. Dia pasti tak mungkin Elaine yang menjawab soalan tersebut.

“Bang long, baca lah. Calculus ni kak Elaine yang buat. Serius tau!” tegas Eryl. Dalam hati Elaine berdebar.

‘Alamak! Sepatutnya aku kena simpan rahsia ni. Habis lah kalau Eric tahu siapa aku sebenarnya.’ Walaupun hati Elaine resah, mukanya tetap selamba dan serius. Tidak nampak pun riak resah pada wajah itu.

Eric merenung mata Elaine. Dipandangnya lagi kertas ditangan. Tidak lama selepas tu, tercetus juga tawanya.

“Eryl, minah kampung macam ni mana tahu calculus. Entah-entah maksud calculus pun dia tak tahu.”

“Abang tahu ke maksud calculus tu apa?” Eric berdeham.

“Pokok pangkalnya, dia tu dari kampung. Dok kat ceruk hutan. Mana tahu benda-benda macam ni. Mummy pun cakap, keluarga dia ni miskin. Mummy bersimpati kat dia, jadi dia bawa Elaine ni ke sini.”

‘Ceh! Macam lah kau tu bagus sangat!’ marah Elaine. Matanya menjeling tajam pada Eric.

“Kalau tak ada apa-apa, saya masuk ke dalam dulu. Selamat malam.” Ucap Elaine setelah kedua-duanya senyap. Dia melangkah pergi meninggalkan kedua-dua adik-beradik itu.

Belum sempat dia menuju ke tangga, dia dipanggil Mak Bedah.

“Elaine, boleh tolong buatkan air madu suam untuk Eric. Macam biasa, Eric akan minum air madu suam. Baik untuk kesihatan katanya.” Elaine mengangguk dan menuju ke dapur menyediakan air madu itu.

‘Patutlah wajahnya bersih. Madu memang bagus untuk kesihatan dan juga untuk muka. Untunglah lelaki tu hensem.’ Sempat lagi Elaine memuji dalam hati.

“Elaine, tu air madu untuk tuan Eric ke?” soal Adilah dari belakang.

“Ya. Kenapa? Dila nak juga ke?” soal Elaine kembali.

“Elaine balik lah bilik, biar Dila hantar kat tuan Eric.” Katanya ramah. Sejurus Elaine keluar dari dapur itu, mulutnya mula monyok. Dia menjeling dan mendengus.

‘Pergi mampus!’ Marah Adilah.

Ketika dalam perjalanan ke biliknya, Elaine teringat-ingat kata-kata Eric tadi. Dia terasa dengan kutukan Eric yang padanya sangat kurang ajar itu. Tetapi Elaine tidak mempedulikan semua itu.

Sudah 3 bulan dia berada di villa ini. Sedikit-sebanyak dia mengenali siapa Eric sebenar. Semua benda yang Eric suka dan benci sudah disimpan di dalam kotak memorinya.

Tiba-tiba, belum sempat dia membuka pintu biliknya, ketukan kayu yang kuat pada kepalanya menyebabkan Elaine pengsan rebah ke lantai. Diseretnya badan Elaine ke dalam bilik.

Eric mengambil cawan dari tangan Adilah, salah seorang daripada orang gaji di villa itu.

“Air madu suam tuan.” Adilah tersenyum manis.

“Terima kasih.” Diteguknya sekali gus air madu suam itu. Tidak lama kemudian, kepalanya seperti berpinar-pinar dan akhirnya dia rebah juga.

Adilah tersenyum sinis.

“Siaplah kau Elaine. Aku pasti kau tak kan jejak kaki ke dalam villa ni lagi. Kau memang patut keluar dari villa ni!” Badan Eric dipandangnya sekilas dan serta-merta hanya senyuman jahatnya terukir dihujung bibir itu.

Dia meraup wajahnya sekali lagi. Dia mengerling pada wajah Elaine yang lansung tak memberi apa-apa respon itu.

‘Dia ni tak tahu rasa malu ke? Tak pun, tak ada ke dia rasa sedih?’ Eric hairan dengan Elaine yang langsung tak mengeluarkan sepatah dua kata pun.

“Daddy tak sangka Eric boleh lakukan perkara sebegini. Daddy kecewa dengan Eric.” Ucap Tan Sri Hamdan lemah.

“Daddy, Eric sumpah! Eric tak buat pun benda terkutuk ni. Kami terperangkap daddy. Tak pun, mesti ada orang yang sengaja nak buat Eric malu. Sengaja nak perangkap Eric!” Matanya tepat memandang wajah Elaine. Elaine membalas pandangan Eric. Eric tergamam melihat mata hitam bundar itu. Elaine seperti orang yang tak bersalah. Kenapa dia rasa sebegitu?

“Mummy tak nak semua ni dengar dek orang dalam villa ni. Jadi, mummy dan daddy rasa Eric dan Elaine perlu kahwin!” ucap Puan Sri Harisah tenang.

Eric terkedu dan terduduk mendengar arahan Puan Sri Harisah itu.

‘Ya Allah, aku kena kahwin dengan ‘Alien’ ini.’ Sempat lagi matanya mengerling pada Elaine. Fikirnya Elaine akan terkejut tetapi, ternyata andaiannya salah. Elaine nampak tenang dan pasrah sahaja. Kusut kepala dibuatnya. Hati Eric menjerit lagi.

Suasana di dalam villa itu meriah sekali. Semua persiapan sudah siap, hanya tinggal kata akad dari pihak lelaki. Berpeluh-peluh Eric menahan rasa debar. Tangannya pula terasa sejuk bila berjabat tangan dengan tok imam.

“Aku nikahkan dikau, Muhamad Eric bin Eddy Hamdan dengan Elaine Dinas Binti Ahmad Raul dengan mas kahwinnya sebanyak 19 ringgit tunai.”

“Aku terima nikahnya Elaine Dinas Binti Ahmad Raul dengan mas kahwinnya sebanyak 19 ringgit tunai!” Ucap Eric lancar sejurus sahaja tok Imam selesai berjabat tangan dengannya.

Akhirnya Muhamad Eric bin Tan Sri Eddy Hamdan milik Elaine Dinas Binti Ahmad Raul. Semoga kedua-duanya bahagia sepanjang hayat mereka, amin.

Malam itu Elaine menunggu dengan rasa debarnya. Dalam hatinya dia tahu Eric tidak akan pernah menerima dirinya.

Pintu bilik terbuka dan Eric berdiri bersandar pada pintu bilik setelah pintu ditutup rapat.

“Puas hati kau sekarang?” soal Eric dengan kasar.

“Saya hanya menurut kata-kata kedua ibubapa kita.”

“Jadi kau nak tunjuk yang kau ni anak solehah lah?” bentak Eric lagi. Matanya tajam memandang Elaine yang masih kaku dihujung katil. Elaine diam tidak menjawab kata-kata Eric.

“Aku tanya kau jawablah!” Eric segera berdiri di depan Elaine. Dia menunggu kata-kata seranah yang terbit dari mulut mungil itu. Tetapi, Elaine tetap diam tak berkutik pun dari tadi.

Elaine memegang belakang kepalanya. Baru kini dia terasa perit. Dapat dirasakan ada benjol yang timbul pada kepalanya. Mata Eric masih setia memandang Elaine. Elaine mengalih tangannya dari kepalanya dan ada kesan darah kering pada hujung jarinya.

Niat Eric yang pada asalnya ingin menyembur kan segala amarahnya, terbantut apabila melihat darah kering pada jari Elaine. Berubah wajah marah Eric tadi. Sekarang terbit rasa simpati pada wajah sunggul di depannya itu.

“Saya rasa ini jawapan bagi segala kemusykilan awak.” Mata Elaine memandang tepat pada wajah Eric. Ternyata Eric terkedu tanpa berkata apa-apa.

Elaine berdiri ingin bergerak menuju ke tandas, tetapi, tiba-tiba, badannya rebah dan sempat disambut oleh Eric.

“Elaine!” jerit Eric cemas melihat isteri yang baru dinikahinya tadi.

“Kakak minta maaf Elaine. Akak tak kuat. Akak insan yang lemah. Elaine mesti dengar cakap mama dan papa ya? Kakak sayang Elaine, mama dan papa. Maafkan kakak, Elaine. Akak dah tak sanggup nak terima kenyataan ini. Kakak tak sanggup dik!” Elaine memerhati tanpa bersuara. Mata sembab milik wajah sunggul itu bergerak menuju ke beranda. Dia memanjat kerusi di depannya.

“Elaine kena dengar cakap mama dan papa, ya? Jangan jadi macam kakak. Ingat pesan kakak, dik.” Ucap gadis itu dengan lemah.

Belum sempat Elaine menghalang, tubuh itu sudah terjun ke bawah. Elaine berlari dan memandang ke bawah. Tubuh kaku kakaknya penuh dengan darah. Elaine tergamam dan segera berundur ke belakang. Dia memegang kepalanya dan menggeleng-geleng. Kakak kesayangannya sudah meninggal kerana membunuh diri. Pada umurnya yang muda, dia menjadi saksi kejadian hitam itu.

Elaine terbangun dari pembaringan. Mukanya sudah dibasahi peluh. Eric tersedar dari lena setelah lama menjaga Elaine yang pengsan sejurus sahaja perkahwinan mereka selesai tadi.

“Awak dah bangun dah?” jawab Eric lembut. Elaine pelik mendengar gelaran yang disebut oleh Eric itu.

“Dah.” Elaine membalas ringkas. Dia memegang belakang kepalanya yang sudah dibalut dengan kain.

“Darah kering tu dah bersih. Doktor cakap benjol tu disebabkan hentakan dari sesuatu objek yang keras.” Ingatan pada malam tadi menjengah akalnya. Ya, dia dipukul oleh seseorang dan dia dapat merasakan badannya diheret. Tetapi selepas itu dia tidak sedar langsung.

Bangun sahaja pada pagi itu, dia melihat tubuh badan Eric disebelah dan mata Eric juga terbuka memandang wajahnya. Keadaan menjadi haru-biru bila bilik Eric didatangi kedua ibubapa Eric.

Syukurlah kedua-dua ibubapa Eric tidak menyalahkannya. Malah, bukti benjol pada kepalanya itu menyatakan yang dia tidak bersalah dan mereka diperangkap orang.

“Saya dah tahu siapa dalang di sebalik semua ni.” Elaine hanya diam sahaja. Dia seperti tidak mahu ambil tahu langsung pasal itu.

“Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?” soal Eric sedikit kuat apabila Elaine langsung tidak memberi apa-apa respon pun.

“Dengar. Tapi benda dah jadi, nak buat macam mana. Kita dah kahwin, tak sempat pun nak siasat benda ni semua. Kalau tak ada benda lain yang awak nak cakap selain itu, saya rasa saya nak pergi buat kerja dulu.” Elaine berdiri ingin meninggalkan Eric.

Eric menghalang Elaine dengan menggenggam pergelangan tangannya.

“Awak ni langsung tak ada perasaan marah ke dengan orang yang dah khianati kita? Awak patut ambil tindakan, tau tak?! Kita kena bersihkan nama kita. Saya rasa malu sangat bila secara tiba-tiba sahaja kita di suruh kahwin. Hari ni kena cekup hari ni juga kena kahwin. Awak tak rasa semua ni gila ke?” ucap Eric panjang.

“Tak ada yang lebih gila selain daripada sikap awak yang tak mahu menerima kenyataan semua ini. Ini takdir yang telah ditetapkan. Kita nak buat apa? Awak nak ceraikan saya? Go ahead.” Jawab Elaine tenang. Eric terkedu.

Tidak lama kemudian Eric bersuara. “Saya tak kan ceraikan awak. Dan saya tak kan terima awak juga. Saya nak awak rasa apa yang saya rasa sekarang. Saya akan seksa awak sampai awak menangis dan merayu-rayu kepada saya supaya saya berhenti menyeksa awak.” Eric mendengus dan meninggalkan Elaine yang masih kaku berdiri.

“By the way, you should say thank you to Adilah sebab awak dapat kahwin dengan saya.” Eric menutup pintu bilik dengan kuat. Elaine terduduk dan tubuhnya menggigil. Bukan kata ugutan Eric yang membuat dirinya sebegitu tetapi mimpi yang sudah lama tidak singgah dalam tidurnya membuat dirinya berasa takut dan cemas.

Sedar tak sedar sudah 2 minggu Elaine menjadi isteri Eric. Eric tetap dengan sikap dinginnya. Malah dia makin galak membuli Elaine. Dan yang pastinya, Elaine tetap membalas dengan selamba. Suaminya itu tak pernah mahu menyentuhnya. Elaine langsung tidak menunjukan rasa tak puas hati atau marah pada Eric. Bingung Eric dibuatnya.

“Daddy dah decide, Eric perlu pergi melawat keluarga besan. Daddy rasa bersalah pula sebab tak beri peluang kat besan kita untuk bawa balik Eric dan Elaine.” Eric masih menikmati sarapannya. Hari hujung minggu ini, dia bercadang untuk mengarah Elaine melakukan segala kerja dalam villa itu. Misinya untuk menyakitkan hati Elaine masih dijalankan.

“Daddy, nak suruh kami pergi bila?” soal Eric. Dia mengerling isterinya disebelah yang menolak-nolak nasi lemak yang tinggal sedikit itu.

“Hari ni kan hujung minggu. Eric pergi lah ambil cuti. Lepas majlis hari tu, Eric terus pergi kerja. Takut pula orang lain cakap apa nanti.” Ujar Puan Sri Harisah. Matanya memandang Elaine di sebelah.

“Elaine suka tak?” soal Puan Sri Harisah sambil mengukir senyuman manis pada anak menantunya itu.

“Suka.” Jawab Elaine pendek.

“Kalau macam tu, Eric pergi lah balik rumah besan tengah hari ni.” Eric hanya mengiyakan sahaja. Malas mahu membantah kata-kata mummy dan daddynya.

Elaine dan Eric masuk ke bilik. Eric memeluk tubuh.

“Hoi Alien. Pergi kemas baju-baju semua. Aku penat. Nanti nak drive pun, aku juga yang kena. Kau apa tahu!”

Elaine menuju ke almari baju dan diambilnya baju-baju Eric dan disusunnya ke dalam beg pakaian. Eric sekadar memerhati. Lama Eric merenung wajah sunggul itu. Tiba-tiba hatinya berdegup kencang apabila melihat Elaine menyisir rambut lurusnya dengan jari.

Eric menggeleng. Kenapa tiba-tiba dia terpana melihat kelakuan bininya itu? Dia berdeham dan beredar meninggalkan Elaine.

‘Kalau duduk lama-lama, pasti ada orang yang ketiga. Nilah sebabnya aku jadi macam tadi.’

Dalam masa 4 jam mereka tiba juga di Teluk Chempedak, Pahang. Elaine keluar dari perut kereta dan segera ke belakang bonet.

“Kau nak buat apa tu?” soal Eric yang sudah berdiri di sebelahnya.

“Nak bawa beg.”

“Dah, pergi jenguk mak bapak kau. Nanti diorang tahu aku buli bini sendiri, habislah aku kena sound dengan daddy dan mummy.” Elaine memberi laluan kepada Eric untuk mengambil beg dalam bonet kereta BMW itu.

“Elaine dah sampai rupanya. Kenapa tak call mama dan papa?” Eric bermanis muka di depan kedua-dua ibubapa mertuanya.

“Assalamualaikum mama, papa.” Eric menyambut huluran tangan setelah meletakkan beg ke lantai.Mereka menyambut anak dan menantu dengan hati yang terbuka.

Malam itu Eric hanya memerap dibilik. Rumah separuh kayu dan batu yang sederahana besar itu terasa begitu sejuk dan nyaman ketika angin laut masuk menyapa isi rumah. Rumah Elaine berdepan dengan laut. Eric membuka tingkap kayu ingin menikmati angin malam. Seraya itu, dia terlihat tubuh kecil Elaine yang berjalan menuju ke pantai. Dia hairan dan segera keluar menjejaki langkah Elaine. Takut juga kalau ada apa-apa yang terjadi pada bininya.

‘Ceh! Sejak bila aku rasa risau kat budak Alien ni?’

Dilihatnya Elaine yang berdiri menghadap laut itu. Cahaya dari bulan yang terang membantu penglihatan Eric yang sedikit kabur itu.

Ditangan Elaine ada sejambak bunga ros putih. Sejak bila bininya pergi membeli ros itu, dia juga tidak tahu. Elaine membiarkan sejambak bunga ros itu hanyut dipukul ombak.

“Elaine.” Tegurnya lembut. Elaine berpaling ke sebelah.

“Kalau saya nak minta satu permintaan boleh?” soal Elaine lembut. Eric terpana mendengar suara lembut itu. Hatinya terus tersentuh mendengar suara itu.

“Apa dia?” balas Eric lembut juga.

Elaine senyap seketika. Dia memandang wajah Eric lama. Tidak lama selepas itu dia menarik tubuh Eric yang sasa dan dipeluknya erat. Eric tergamam dengan aksi mengejut Elaine itu. Tak pernah-pernah bininya berkelakuan sebegitu.

“ Beri saya 2 minit untuk peluk awak, ya?” ujar Elaine lagi. Dia menutup kelopak matanya ingin mendapat sedikit semangat dari suaminya.

Eric membiarkan Elaine memeluknya. Malah dia menyambut pelukan itu dengan hati terbuka. 2 minit sudah berlalu, mereka masih tidak melepaskan pelukan masing-masing. Eric seperti terbuai dengan usapan pada belakangnya. Eric membalas dengan menghadiahkan ciuman pada bahu Elaine.

Hati Eric berdegup dengan pantas.

“Saya cintakan awak.” Tiba-tiba ayat itu yang terluah dari mulut Eric. Elaine tersedar dan cuba melepaskan pelukan kemas itu. Namun, Eric masih tidak mahu melepaskan Elaine malah pelukan itu semakin erat sehingga Elaine dapat mendengar degupan jantung Eric.

“Saya minta maaf kerana selama ini saya menyeksa awak. Saya cuma nak awak faham perasaan saya. Tapi saya tak sangka, hati saya sudah terpaut pada awak sejak kita mula bertemu lagi. Saya cuba untuk menidakkan perasaan ini, tetapi ternyata, saya kalah. Saya cintakan awak.Elaine, saya sayangkan awak. Walaupun awak ni macam tunggul ke apa ke, tapi saya tetap tak dapat nak tipu perasaan ini.” Elaine menelan air liur setelah Eric merenggangkan pelukan mereka. Eric mengusap pipinya lembut.

“Elaine, would you be my true wife?” soal Eric sambil matanya lembut memandang wajah Elaine. Elaine langsung tidak menjawab dan membiarkan soalan Eric tanpa jawapan.

5 bulan sudah berlalu. Elaine masih melayan Eric dengan dingin. Eric menjadi bingung dan resah bila isterinya seperti menjauhkan diri daripadanya.

Tanpa pengetahuan Eric, Elaine bersemuka dengan mama dan papanya.

“Mama, papa, Elaine nak cakap sesuatu yang penting. Elaine nak ambil keputusan untuk ke luar negara.” Mak Som dan Pak Raul terkejut mendengar keputusan anaknya itu.

“Elaine dah bagitahu Eric ke pasal ni? Elaine nak pergi ke luar negara dengan Eric ke?” Soal Mak Som.

“Tak.” Jawab Elaine tanpa rasa bersalah.

“Ya Allah, Elaine nak buat apa pergi ke luar negara? Elaine bergaduh dengan Eric ke?” soal Pak Raul pula.

“Elaine tak nak hidup dalam pembohongan lagi ma, pa. Mama dan papa patut beritahu terus terang kepada daddy, mummy dan Eric tentang kisah sebenar Elaine.”

“Apa yang Elaine cakap ni sayang?” ucap mak Som lembut.

“Papa, papa dah bagitahu kat Eric siapa kita sebenarnya?” Pak Raul rasa bersalah mendengar pertanyaan anaknya itu.

“Papa masih belum beritahu lagi. Papa rasa, Tan Sri Hamdan juga buat perkara yang sama.”

“ Elaine tahu pasal semua yang terjadi disebalik perkahwinan Elaine dan Eric. Semua tu rancangan papa dan daddy kan?” Pak Raul tersentak mendengar ucapan Elaine.

“Papa yang upah Adilah untuk buat semua tu supaya nampak macam kami ni diperangkap oleh Dila kan?”

“Papa…”

“Papa, Elaine tahu yang Elaine tak seperti orang lain. Hati Elaine ini macam dah mati. Kerana tu jugak lah papa nak jodohkan Elaine dengan Eric. Papa takut tak siapa yang nak terima Elaine ni kan?” ujar Elaine dengan nada yang sekata.

“Elaine, kami buat ni untuk kebaikan Elaine juga. Kami nak tengok Elaine bahagia. Kami nak Elaine gembira. Kami tak berniat nak menipu Elaine.”

“Bahagia dalam penipuan? Macam mana tu ma?” Elaine mengeluh lemah.

“Jadi, Elaine ambil keputusan untuk tinggalkan Eric. Elaine harap sebelum Elaine pergi nanti, papa dan mama beritahu Eric, siapa mama dan papa Elaine sebenar. Daddy dan mummy juga sepatutnya beritahu perkara sebenar.” Elaine segera menyalami kedua-dua ibubapa nya dan masuk ke dalam kereta miliknya. Sudah lama dia tidak memegang kereta itu. Kereta kesayangannya, kereta Jaguar XJ berwarna merah dipandunya laju.

Berdetak jantungnya apabila segala kisah Elaine dirungkaikan satu-persatu.

“Jadi, Elaine tu yang daddy nak jodohkan dengan Eric? Rakan bisnes daddy, Ahmad Raul yang Eric panggil papa ni sebenarnya salah seorang pemegang syer syarikat kita?” Eric seperti tidak percaya dengan kata-kata daddynya itu.

Eric meraup wajahnya. Dia mengerling wajah papa dan mama Elaine dengan perasaan yang bermacam-macam. Marah, sedih, geram, keliru, dan macam-macam lagi.

“Apa lagi yang Eric tak tahu dan perlu tahu?” soalnya setelah lama berdiam diri untuk bertenang.

“Elaine sebenarnya bukan anak tunggal mama dan papa.” Terkejut Eric mendengar penjelasan mak Som.

“Elaine adalah anak kedua kami. Anak bongsu. Elaine sebenarnya ada kakak. Kakaknya dah lama meninggal dunia kerana terjun dari tingkat tiga rumah banglo kami dulu. Elena meninggal on the spot kerana kepalanya terhentak pada bucu batu bata di taman rumah kami. Elaine yang menjadi saksi kejadian. Elaine jadi manusia yang tak bernyawa setelah kejadian itu. Dia masih berumur 10 tahun ketika itu.” Mak Som sudah mengalirkan air mata yang sudah lama bertakung dari tadi.

Akhirnya segala kebenaran tentang anaknya terluah juga. Segala rahsia yang tersimpan rapi di dada diluahkan jua.

Eric juga mengalirkan air mata mengenangkan nasib isteri yang dicintainya sepenuh hati.

‘Kenapa sampai begitu sekali nasib Elaine? Dia sudah menanggung begitu banyak derita.’ Rintih hatinya.

“Elaine mengalami depression yang teruk. Kami mengambil keputusan untuk berpindah dari KL dan membina rumah separuh batu itu di Teluk Chempedak. Elaine sukakan laut dan sepanjang masa itu lah, Elaine membesar bagai orang yang tiada perasaan. Elaine dan Elena sangat sukakan laut. Sebab itu sedikit demi sedikit penyakit Elaine dapat diubat. Kami sangkakan Elaine sudah sembuh sepenuhnya, ternyata Elaine tetap seperti sekarang. Macam mayat hidup yang tak mahu menikmati kehidupannya. Elaine seperti pasrah dan menurut segala perintah kami. Elaine tak pernah membantah.” Jelas Pak Raul panjang. Sambil itu tangannya mengusap bahu isterinya yang masih tenggelam dengan perasaan sedih itu.

“Ya Allah. Kasihannya isteriku.” Rintih Eric sayu.

“Kami takut tak ada sesiapa yang nak terima keadaan Elaine yang sebenar. Sebab itu kami simpankan rahsia ini tanpa memberitahu Eric perkara sebenar.” Jelas Pak Raul lagi.

“Tak apa lah Raul. Sekarang Elaine berada di mana? Saya ingatkan Elaine ada bersama kalian.”Besan Pak Raul mula bersuara. Pak Raul menggeleng.

“Elaine berikan surat ini sebelum dia pergi ke airport tadi.” Eric terus mengambil surat itu dari tangan pak Raul.

Dia mengoyak sampul surat itu pantas.

Kepada suami ku Eric,

Sebelum itu, ingin saya mohon maaf kerana pergi meninggalkan awak tanpa minta kebenaran. Sebenarnya saya rasa bersalah sangat dengan awak kerana perkahwinan kita ni adalah satu perancangan yang dilakukan oleh kedua ibubapa kita. Saya mohon maaf sekali lagi bagi pihak mereka. Eric, saya tahu, perkahwinan ini tak seperti yang awak gambarkan. Saya tahu kita tak kan bahagia jika hidup dalam penipuan. Saya ingin awak bahagia.

Saya jangka sekarang awak pasti sudah tahu segala rahsia yang disimpan oleh kedua-dua parents kita kan? Dan segala tentang saya juga awak sudah maklum. Saya pasti, awak mesti dah berfikir semasak-masaknya kan? Awak perlu cari perempuan lain yang lebih berhak mendapat orang sesempurna awak, Eric. Saya punya terlalu banyak kekurangannya.

Saya perlu perbetulkan diri saya. Saya sakit Eric. Awak boleh katakan yang saya ni orang gila. Saya tahu awak pun anggap saya ni macam orang gila kan? Well pity you. Awak tak patut dapat isteri seperti saya.

Saya dah ambil keputusan yang terbaik buat kita berdua. Saya ada kepilkan surat penceraian. Nanti saya akan kembali dalam masa 2 bulan dari sekarang bagi menyempurnakan penceraian kita nanti.

Sepanjang saya bersama awak, macam-macam yang saya dah pelajari. Terima kasih kerana bertahan dengan kerenah ‘Alien’ awak ni. Halalkan segala makan minum saya selama ini. Saya mohon awak benarkan saya pergi dari sini, ya? Terima kasih sekali lagi.

Daripada isteri tak betul awak,

Alien(Elaine)

Sejurus sahaja habis membaca surat dari Elaine, Eric pantas keluar menuju keretanya.Sempat lagi dia menyeka air mata lelakinya yang akhirnya jatuh jua. Tan Sri Hamdan, Puan Sri Harisah, Mak Som dan Pak Raul segera beredar ke luar ingin menghalang Eric tetapi tidak berhasil.

“Kenapa awak sanggup tinggalkan saya? Sampai hati awak ingin melepaskan saya begitu sahaja?” Eric menyeka lagi air matanya yang sudah banyak mengalir ke pipinya. Serta-merta wajah Elaine bermain difikiran.

“Siapa cakap saya manusia sempurna? Bodoh! Dasar alien yang tak tahu bahasa. Saya takkan sempurna tanpa awak, sayang.” Dia berbisik sendiri.

Pantas dia menekan pedal minyak memecut menuju ke airport KLIA. Diletaknya kereta di tepi dan dia tidak mengendahkan polis yang bertugas di situ. Lantaklah! Dia ingin berjumpa dengan isterinya.

Dia berlari laju dan matanya juga turut melihat sekeliling mencari kelibat yang dirinduinya sekarang. Dia meraup wajahnya. Dahi sudah berkerut-kerut. Dia bingung, resah dan gelisah.

‘Elaine, awak kat mana sayang?’ Rintih hatinya.

‘Atau Elaine berada di LCCT dan bukannya di sini?’ soal hatinya lagi.

“Ya Allah, kenapalah aku boleh lupa? Kat KL ni ada 2 airport.” Dia bercakap sendiri. Serta-merta kaki nya terasa lemah dan Eric terduduk tanpa mengendah pandangan orang yang lalu-lalang di situ.

Air matanya jatuh lagi apabila merasakan Elaine sudah jauh meninggalkan dirinya.

“Eric.” Suara lembut menyebut namanya dari belakang. Tergamam Eric mendengar suara itu, tetapi dia menggeleng.

‘Tak, itu cuma bayangan sahaja. Tak mungkin itu suara Elaine.’ Bisik hatinya. Matanya masih mengeluarkan cecair jernih. Dia hiba kerana kehilangan orang yang sudah bertakhta di hatinya.

Eric tertunduk dan melihat kaki seseorang yang menggunakan sandal hitam berada di depan matanya. Eric masih tidak mahu mendongak melihat siapakah gerangan yang berdiri di depannya kini.

“Eric.” Suara itu memanggil namanya lagi.

Secara tiba-tiba, kaki itu melutut, dan wajah Elaine berada di depannya kini. Eric mengelip-ngelipkan matanya tidak percaya. Sangkanya Elaine sudah pergi meninggalkannya.

“Elaine. Elaine, awak belum tinggalkan saya lagi kan?” Eric terus mendakap tubuh kecil Elaine. Sekali lagi air mata lelakinya tanpa segan silu jatuh jua. Elaine juga membalas pelukan kemas suaminya itu. Lama mereka berkeadaan demikian.

“Sayang, jangan tinggalkan abang. Abang tak nak sayang pergi tanpa abang. Abang tak nak ditinggalkan keseorangan di sini.” Elaine tenang mendengar suara suaminya yang serak-serak basah itu.

“Maafkan saya Eric. Saya perlu tinggalkan awak. Saya harus tinggalkan awak.” Mendengar kata-kata Elaine, Eric merapatkan lagi pelukannya ketat, bagai menyatakan bahawa dia tidak mahu berpisah dengan Elaine selama-lamanya.

“Please sayang. Don’t leave me ,my butter. Abang mohon, jangan pergi ke luar negara.” Elaine membiarkan Eric menangis di sisinya. Dia pula masih seperti biasa. Wajah kosongnya tak pernah lari, walaupun hatinya juga turut terseksa sama.

Dia sudah jatuh cinta pada suaminya sendiri. Dia sayangkan suaminya itu. Tetapi apa kan daya, dia tidak mahu menyeksa jiwa suaminya dengan penyakit yang dialaminya itu. Dia ingin Eric bahagia. Dia membenarkan Eric bahagia di sisi wanita lain yang mampu mewarnai kehidupan Eric. Bukan seperti dirinya yang macam tunggul dan bagai manusia tak bernyawa.

Elaine merenggangkan pelukannya dan memandang tepat pada mata suaminya.

“Elaine, abang tak nak Elaine tinggalkan abang. Abang tak mampu hidup tanpa Elaine. Elaine macam nyawa abang. Abang tak mahu Elaine terseksa lagi. Abang nak membahagiakan Elaine. Abang janji sayang. So, please, don’t leave me.”

“Tapi saya tak mampu membahagiakan awak. Saya manusia yang tak punya perasaan.”

“Siapa kata?! Elaine punya perasaan. Elaine cintakan abang, dan abang juga cintakan Elaine. Abang dapat rasa yang Elaine juga turut terseksa bila meninggalkan abang kan? Elaine, Elaine juga manusia. Manusia yang tak sempurna, begitu juga abang. Abang juga bukannya sempurna seperti mana yang Elaine tulis pada surat tadi. Abang tak kan sempurna tanpa Elaine. You are my butter. And I’m your honey.” Eric menarik nafas panjang.

“Hidup kita bagaikan honey dan butter. Perlu ada manisnya seperti madu, dan sedikit masin seperti mentega. Itu yang mewarnai kehidupan kita.Tak semuanya indah, tapi tanpa rasa perit itu, kita tak akan sedar bahawa kita perlu sentiasa bersyukur setiap apa yang berlaku dalam hidup ini.” Panjang Eric bermadah. Dia mengusap wajah Elaine lembut.

“Tapi hidup saya masih ada yang perlu diperbaiki. Saya perlukan ketenangan agar semua rancah hidup itu sebati dalam diri ini. Saya perlu berubat Eric. Saya masih belum bersedia untuk hidup dengan awak sepenuhnya. Saya kena ke luar negara. Itu satu-satunya cara untuk saya sembuh.Saya perlu lupakan segala kisah hitam itu.”

Eric menghembus nafas lemah. “ Kalau begitu, abang akan benarkan Elaine pergi meninggalkan abang. Tetapi abang punya syarat.”

Langkahnya terhenti di depan laut yang punya seribu satu rahsia alam. Dia menarik nafas panjang dan dihembusnya perlahan. Matanya terpejam rapat.

Dia terasa seseorang memegang bahunya lembut dan tubuhnya di rangkul rapat pada dada yang sasa. Dia menggenggam lengan itu lembut.

Telinganya setia mendengar bisikan kata-kata cinta dari pemuja cinta. Terbit juga akhirnya senyuman di hujung bibir merah itu.

“Eric rindukan Elaine. Kembali kepada abang, sayang.” Sayup-sayup bisikan itu menghilang. Elaine membuka matanya kembali. Dia menggosok-gosok lengannya. Rambutnya dulu menjadi pandangan orang sudah ditutup dengan selendang. Dia ingin menjaga mahkotanya itu dan hanya orang yang berhak sahaja boleh menatap rambut lurus para bahunya itu.

Untuk sekian kalinya, air mata mahal Elaine gugur juga. Sepanjang hidupnya, inilah pertama kali dia menangis setelah dia menjalani terapi bersama pakar psycology. Inilah juga air mata yang sudah lama dipendam selepas kejadian hitam yang di alami nya itu.

Sedar tak sedar sudah 2 tahun dia meninggalkan suaminya. Dia bersetuju dengan syarat suaminya.

“Abang benarkan Elaine tinggalkan abang. Tapi bukan bercerai dengan abang. Abang biarkan Elaine menenangkan diri dan cuba untuk sembuhkan penyakit Elaine. Cuma abang nak Elaine terima doktor pakar yang akan abang pilihkan untuk Elaine. Jadi sepanjang treatment tu, abang tak kan muncul di depan Elaine sehingga Elaine betul-betul sembuh. Itu janji abang.” Kata-kata itu sering bermain difikirannya sekarang. Malah, perjanjian itu membuatkan dirinya terjerat dengan perasaan yang dialaminya sekarang.

‘Aku rindu dia. Sangat-sangat merindui dia.’ Hati nya mengeluh lemah.

Dua tahun bagaikan seribu tahun buatnya. Sekarang dia sudah mula sembuh. Dia ingin bertemu dengan suaminya tetapi dia malu. Malu kerana sanggup meninggalkan suami semata-mata ingin sembuhkan penyakit yang dialaminya sekarang.

‘Tapi aku rindukan dia. Aku nak jumpa dia!’ Bentak hatinya.

“Argghhh!! Sekarang baru aku dapat rasa apa yang orang tengah bercinta rasa!!” Jerit Elaine tanpa menghiraukan sekeliling.

“Itu petanda bagus, kalau Elaine nak tahu.” Suara lembut itu menerjah gegendang telinganya. Dia mengerling ke sebelah. Gerangan itu tersenyum manis, semanis orangnya.

“Cuma, Elaine janganlah jadi orang gila pula sebab tengah menahan rasa tu.” Tercetus juga tawa kecil Elaine mendengar seloroh gerangan itu.

Kelibat itu menghampiri Elaine dan ditariknya Elaine ke dalam pelukannya kemas.

“Syukurlah Elaine. Elaine dah sembuh sekarang.” Elaine mengangguk dan air matanya jatuh ke pipi. Dia bahagia dan gembira. Kini, dia dapat memahami perasaan menjadi seorang manusia. Dia tidak lagi seperti mayat hidup atau tunggul.

Elaine sekarang sudah boleh tersenyum, ketawa, sedih, menangis, geram, benci dan macam-macam lagi perasaan yang perlu ada pada seorang manusia sebenar.

“Tapi aku rindukan dia Eriana. Aku sangat perlukan dia, tapi aku malu ingin berdepan dengannya. Aku malu kerana bersetuju dengan syaratnya itu. Jadi sekarang, aku yang terjerat dengan perjanjian bodoh itu!” Eriana melepaskan pelukan tadi dan dia menepuk bahu Elaine lembut.

“Don’t worry. He loves you so much. Aku pasti, dia akan datang jemput kau balik dan pulang ke pangkuan kau.” Elaine tersenyum mendegar kata-kata Eriana itu.

Dia tahu Eric pernah mencintai perempuan di depannya ini. Tetapi sekarang, dia pasti Eric hanya miliknya seorang. Tetapi betul ke? Terbit juga rasa sangsi dalam hatinya.

“Jom balik. Dah nak maghrib ni.” Elaine dan Eriana bergerak meninggalkan pantai itu.

Bilik suite itu dipandangnya kosong. Sudah 2 tahun juga lah dia menetap di resort milik syarikat suaminya itu.

‘Bosan betul! Duduk kat pulau ni rasa terkongkong pula.’

Dia keluar dari bilik itu dan menuju ke lobi resort. Dia mengerling ke seluruh lobi itu. Pekerja-pekerja di resort ada yang menegurnya ramah. Mereka tahu, isteri pemilik resort ini menetap di sini.

Dia bergerak menuju ke restoren. Tiba-tiba matanya melekat pada kelibat Eriana. Nampak gayanya Eriana tengah bersembang dengan seorang lelaki membelakangi dirinya. Dilihatnya lagi Eriana seperti gembira dan bahagia.

‘Entah-entah boyfriend nya kot.’

Ingin sahaja Elaine mendekati mereka. Cadangnya ingin menghampiri Eriana terbantut apabila dia terpana melihat gerangan lelaki itu. Rasa nak luruh jantungnya melihat lelaki itu. Ditenyeh-tenyehnya kelopak mata kerana tidak percaya.

‘Kenapa Eric bersama Eriana?’ Terasa sesak dadanya melihat kemesraan mereka berdua. Diperhatinya lagi kedua-dua insan itu dan mereka bergerak meninggalkan restoren. Elaine mengepung mereka dari belakang dan berjalan melalui laluan menuju ke pantai.

Oleh kerana Elaine terlanggar seseorang, kelibat kedua-dua insan tadi hilang di depan matanya. Elaine mengeluh lemah dan menahan rasa. Dia melangkah lemah menuju ke pantai.

Setibanya di pantai, Elaine ternampak sebuah meja dan 2 kerusi tersusun kemas berdepan dengan laut. Di atas meja itu terdapat 2 batang lilin dan 2 gelas cawan kaca. Ditengah-tengahnya ada sejambak bunga ros putih dan hanya 3 bunga ros merah digubah rapi. Cuma, ada dua benda pelik yang membuat hatinya tertarik melihat hiasan meja itu.

Terdapat sebuku mentega dan sebotol madu yang terhidang di atas meja itu.

‘Siapa yang buat candle light dinner dengan menghidang sebuku mentega dan sebotol madu?’ berkerut wajahnya melihat meja tersebut. Dia berpusing melihat sekeliling. Tak ada seorang pun yang berada di pantai sekarang.

‘Kalau selalu ada je pengunjung. Kenapa hari ni tak ada pulak? Ke ada orang tempah pantai ni?’ Elaine teragak-agak untuk berdiri di depan meja itu.

‘Ahh! Sukahati aku lah nak lepak kat sini ke tak? Kalau ada orang yang nak halau barulah aku blah!’ cadangnya dalam hati.

Sekali lagi dia melihat sekeliling dan tanpa segan silunya dia duduk di kerusi yang tersedia di situ. Di ambilnya sudu dan tanpa Elaine berfikir panjang, dibukanya pembalut mentega itu.

Elaine mencalit sedikit mentega dan disuapnya ke dalam mulut. Dia mencalit lagi mentega dan dituangnya sedikit madu pada sudu. Berderai juga air matanya kerana terlalu merindui Eric.

“Eric bodoh! Sampai hati awak tak menghubungi saya. Sampai hati awak langsung tak jenguk bini awak ni. Samm...” dia mengesat air matanya yang banyak berjuraian itu. Tangannya masih menggenggam sudu tadi.

Selepas itu kedengaran bunyi esakan Elaine. Persis kanak-kanak cengeng.

“Eric jaa...haattt! Saa..yaa..Benci awak, bodoohh.” Ucapnya sambil teresak-esak.

“Eheeekkk..Aeee..” Elaine menangis semahu-mahunya. Elaine tak ubah seperti kanak-kanak yang inginkan perhatian orang. Elaine tertunduk dan menyebam mukanya pada meja. Terhenjut-henjut bahunya menangis.

“Saya rindukan awaklah bodoh!! Awak memang langsung tak rindukan saya.” Jerit Elaine kuat.

“Siapa cakap saya tak rindukan awak?!” Jerit suara serak-serak basah itu.

Elaine terus mengangkat wajahnya dan memandang tepat pada wajah yang berdiri tidak jauh di depannya. Lama dia merenung wajah itu.

Eric tersenyum dan mengalirkan air mata kegembiraan.

“Saya sangat rindukan awak. Hati saya sakit bila berjauhan dengan awak, awak tahu tak.” Ujar Eric lembut.

Tanpa melengahkan masa, Elaine berlari menghampiri Eric. Sangka Eric, Elaine ingin memeluknya. Tetapi lain pula sambutan yang diterimanya. Satu tumbukan padu tepat pada perutnya. Eric mengerang kesakitan.

“Hei! Apa main tumbuk-tumbuk ni?” Ujar Eric geram.

“Siapa suruh tak jenguk saya?”

“Dah awak yang nak saya buat macam tu. Saya ikut je lah janji tu.”

“Siapa yang nak ikut janji bodoh tu?! “ Bentak Elaine. Elaine terus menarik leher Eric dan dipeluknya kemas tubuh sasa itu. Elaine sempat mencium leher milik Eric dan disebamkan wajahnya pada dada sasa Eric. Eric tersenyum girang melihat perubahan sikap isterinya itu.

“I miss you.” Ucap Eric romantik dengan suara yang bisa meruntun hati Elaine.

Elain tidak menjawab. Dia hanya ingin menikmati perasaan yang membuai hatinya ini.

“I love you, my butter.” Ucap Eric lagi. Tanpa pengetahuan Eric , senyuman terukir dibibir Elaine. Tiba-tiba, Eric merenggangkan pelukan yang kemas tadi. Cepat-cepat Elaine mengendurkan senyumannya.

“Kenapa tak jawab?” soal Eric kehairanan. Tidak lama selepas itu, terbit juga senyuman yang disimpannya tadi. Dia menarik kolar baju suaminya supaya berada dekat pada wajahnya. Elaine tersengih sehingga menampakkan giginya yang putih bersih. Eric terpana melihat wajah isterinya itu.

‘Elaine sebenarnya cantik orangnya. Malah penampilan barunya itu membuatkan dirinya nampak bertambah ayu.’ Sempat Eric memuji Elaine di dalam hati.

Berdebar jantungnya apabila membalas tenungan isterinya itu. Lama-kelamaan mata mereka mula kuyu dan tertutup apabila bibir masing-masing sudah terkunci. Kucupan lembut itu terhenti dan Eric segera mengangkat tubuh Elaine menuju ke bilik suite yang ditempahnya tadi berdepan dengan permandangan laut yang indah itu. Mereka melayari saat yang paling bahagia dalam hidup mereka kini. Tiada lagi kata-kata yang perlu disimpul mengenai perasaan itu. Masing-masing sudah faham bahawa kedua-dua saling memerlukan antara satu sama lain.

Elaine bersandar pada tubuh sasa yang memeluknya dari belakang. Mereka duduk bersimpuh di lantai beranda sambil meghirup udara laut yang segar.

“Sayang.” Panggil Eric lembut. Elaine menyahut sambil matanya terpejam.

“I’m sorry.” Pohon Eric pada Elaine. Eric mencium rambut lurus Elaine.

“Saya minta maaf sebab lambat menjenguk awak. Tetapi sepanjang 2 tahun ni, saya tak pernah lupakan awak. Malah, saya akan sentiasa tanya keadaan awak dari Eriana.”

“Saya faham.” Balas Elaine ringkas.

“Elaine, can I ask you something?”

“Apa dia?” soal Elaine kembali.

“ Kenapa kakak Elaine bunuh diri?” soal Eric teragak-agak. Elaine terdiam membisu.

“Kalau Elaine terasa, tak apalah. Elaine tak perlulah jawab.” Eric takut pula emosi Elaine terjejas kerananya. Baru sahaja sembuh, dah macam-macam soalan pelik yang ditanyanya.

‘Heish! Apalah kau Eric.’ Dia mengutuk dirinya sendiri.

Elaine menggeleng. “Eric, awak tak perlu lah risau. Malah saya berbuka hati untuk menceritakan kisah kejadian itu. Saya dah sembuh, dan dah terima hakikat kematian kakak saya, Elena.” Jelas Elaine panjang. Dia menarik nafas panjang.

“Kak Elena putus cinta. Kekasihnya meninggalkan dirinya macam tu sahaja semata-mata kerana perempuan lain. Kak Elena begitu mencintai orang tu. Tak lama selepas itu, satu lagi kejadian hitam yang menimpa kak Elena. Dia dirogol oleh sekumpulan samseng jalanan ketika kak Elena baru pulang dari berjumpa dengan kekasihnya. Jadi kak Elena tak dapat terima hakikat, dan mengambil keputusan untuk bunuh diri.” Seraya menghabiskan ayatnya, air mata Elaine gugur juga.

“Ya Allah Elaine, dah banyak yang Elaine hadapi. Janganlah Elaine melakukan perkara yang sama sebegitu. Pasal kakak Elena, hanya Allah yang mampu menilainya. Kita yang masih hidup cuma boleh sedekahkan doa kepadanya, ya my butter?” Ucap Eric lembut agar dapat memberi semangat kepada Elaine.

Wajah Elaine berkerut kehairanan. “My butter? Kenapa butter?” Soal Elaine mengubah topik yang lain pula.

“Sebab Elaine suka makan butter. Pertama kali abang tengok ada orang yang suka makan butter macam tu sahaja. Kenapa Elaine suka makan butter ya?” Soalan itu yang ingin ditanyanya dulu terluah juga.

“Semasa Elaine mengalami depression tu, otak Elaine macam kosong je. Elaine macam tak ada hala tuju. Apa yang mama dan papa suruh buat, Elaine ikut. Elaine tak bantah pun. Perasaan Elaine memang kosong ketika itu. Sampailah pada satu hari tu, Elaine tengok mama keluarkan sebuku mentega dari peti sejuk. Bila mama rasa sedih je, mama mesti akan gunakan mentega untuk buat kek. Kak Elena sangat suka makan kek yang dibuat oleh mama. Bila mama siapkan satu kek, mama mesti mengulumkan senyuman yang manis. Rasa sedihnya hilang bila melihat kek yang sudah siap dihiasnya.” Elaine berhenti seketika.

“Jadi, Elaine ingat, mungkin mentega itu lah yang dapat mengembalikan senyuman Elaine. Sebab tu Elaine suka makan mentega macam tu je. Orang lain mungkin ingat Elaine ni gila, makan mentega macam tu je. Ada sampai satu hari tu, 2 buku mentega Elaine habiskan. Orang tengok muka Elaine macam tak ada perasaan tapi, hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hati Elaine bila makan mentega tu.”

“Kalau macam tu, abang rasa nak panggil Elaine dengan gelaran ‘butter’.” Seloroh Eric setelah mendengar cerita isterinya.

“Tapi kan, ‘butter’ tak lengkap tanpa ‘honey’ nya ,kan?”

“Honey?” Soal Eric kembali. Elaine mengangguk.

“Butter tahu yang abang suka makan madu kan? Jadi, Butter nak juga panggil abang, honey.” Elaine memusing badannya menghadap Eric. Sempat lagi dia mengucup pantas bibir suaminya. Eric tersengih dengan perubahan baik isterinya itu.

“Okay ,my butter.”

“Okay my honey.” Jawab Elaine juga. Dia memandang lembut mata suaminya. Dia memeluk suaminya.

“Honey, there’s one thing that never change in my heart until now. You always stays alive in this heart no matter where you go. I heart you and I love you the most.” Ungkap Elaine romantik.

Eric membalas pelukan isterinya dan dia terharu mendengar luahan yang ditunggu-tunggunya selama ini.

“And butter, you maybe not the first person that came into my heart. But you will be the last person that can ever open my heart. Your love will keep seal in my heart. Forever.” Dia mengucup bibir Elaine lama. Sekarang hidup Elaine diwarnai dengan bermacam-macam perasaan dan yang paling dia tidak mahu lupa ialah rasa bahagia bila bersama ‘Honey’ nya yang tercinta. Itulah kisah ‘Honey and Butter’. Agar hidup mereka sentiasa manis seperti madu walaupun di gaul dengan mentega yang sedikit masin bagi mengindahkan acuan kehidupan mereka.

The END.