SUASANA
yang sunyi disekeliling aku biarkan begitu sahaja. Aku langsung tidak mengendah
rasa takut atau seram bila berada di perkarangan parking flat. Yang hanya ada
di hati sekarang ialah rasa gundah, sedih dan kecewa. Susah sebenarnya ingin
aku ungkapkan apa yang terpendam di hati pada ketika ini. Aku rasa keliru!
Tahap
kesabaran aku masih mampu membuat aku kuat. Aku menanti kedatangan Zuhairil
dari tadi. Aku kembali memikirkan tindakan Zuhairil yang aku rasa sedikit
keterlaluan sehingga sanggup menggeledah gambar-gambar di dalam telefon
bimbitku dan secara sengaja menukar wallpaper tersebut.
Tatkala
memerhati cahaya lampu dari sebuah kereta, aku jadi berdebar. Melihat nombor
plat pada kereta tersebut aku sudah tahu siapa pemiliknya. Kereta tersebut
berhenti betul-betul di depanku dan dengan segera aku buka pintu kereta.
Suasana
di dalam kereta agak sedikit suram. Tiba-tiba suara Zuhairil memecah kesunyian.
“Cakaplah!
Tadi cakap nak bincang. Nak bincang pasal apa?” Agar dingin suara Zuharil tika
itu. Aku pula agak gugup menahan debaran.
“Awak
tak cakap apa-apa baik tak perlu buang masa macam ini,” sambungnya lagi. Aku
menoleh ke sebelah dengan pandangan sayu. Mengapa sedingin itu sikapnya sebaik
melihat satu paparan gambar?
“Kenapa
awak cakap macam tu dalam mesej? Kenapa perlu tukar wallpaper tu? Saya dah
cakap kan yang Zarif hanyalah seorang kawan,”
“Yalah.
Kawan yang awak pernah simpan perasaan sayang dan cinta?” Potong Zuhairil. Aku
jadi kedu.
“Awak
pernah cakap awak benci dekat dia, tak ada perasaan lagi dekat dia. Habis,
kenapa masih simpan gambar berdua? Perlu ke simpan lagi gambar-gambar tu?”
“We’re
just friend! Can’t you get it?” Pintasku pula. Tubir mata cepat sahaja kabur
dek air mata yang sudah penuh bertakung.
“Awak
tak faham ke perasaan saya? Saya simpan sebab dia kawan saya. Sekarang pun saya
masih kawan dia. Salah ke?”
“Habis,
kalau saya simpan gambar berdua dengan my EX, does that bother you? Tell me!”
Aku tersentak dengan kata tajamnya. Mataku pantas memandang tajam padanya.
Namun, Zuhairil tetap memandang ke hadapan, cuma riak wajahnya saja
menggambarkan perasaan yang dialaminya sekarang.
“Apa
yang awak tak puas hati dengan kenyataan yang dia hanyalah kawan saya dan
gambar tu tak memberi apa-apa makna pun pada saya sekarang. Yang penting bagi
saya ialah kita!”
“Kenapa
awak langsung tak pernah nak beransur dengan saya? Kenapa awak langsung tak
mahu cuba memahami saya?”
“Pleaselah!
Kalau kawan saya sendiri pun rasa pelik bila lihat awak keluar makan berdua
dengan dia sedangkan awak adalah girlfriend saya? Awak tahu tak apa saya rasa?
Malu, awak tahu tak? Malu! Saya malu dengan apa yang kawan saya cakap tu,
sedangkan hakikatnya...”
“Hakikatnya
apa? Saya dengan dia hanyalah kawan. Tak lebih dari itu. Awak tolonglah faham,”
Aku sudah tersedu-sedan mendengar bentakannya. Sungguh hati aku pilu mendengar
kekasih hati sanggup menaikkan suara dan langsung tidak mahu faham akan
kehendak hatiku.
“Tolonglah
awak. Jangan cemburu buta boleh tak?” Pintaku, sayu. Air mata sudah lama
membasahi pipi. Dia pula? Masih dingin dan keras seperti itu. Langsung tidak
mahu mengalah.
Suasana
kembali senyap. Tiada langsung sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutnya.
Aku pula terasa begitu lapar tika itu, tetapi aku pendamkan saja. Selera makan
aku sudah mati dek pertengkaran antara kami.
Dengan
perlahan aku menghembus nafas berat dan menyeka air mata daripada terus
mengalir. Aku mahu hentikan persengketaan ini.
“Okey,
fine! Kalau awak tak nak saya cemburu buta. Then, awak dengar ni baik-baik.
Awak takkan dengar dari mulut saya tentang perkara ni. Tapi awak ingatlah.
Jangan sampai satu tahap saya penat dengan semua ni. Awak takkan tengok saya
cemburu dan saya takkan tunjuk pada awak lagi. Jadi, awak beringat
sendirilah,” itulah kata-katanya yang
aku rasakan begitu tajam dan penuh sinis.
“Baiklah. Kalau awak nak sangat saya buang gambar-gambar
kami. Saya akan buat, tapi saya tak akan janji pada awak untuk buang gambar tu
di dalam hard disk saya. Sebahagian daripada gambar di dalam fon tu ada saya
simpankan. Lagipun, saya jarang nak buka hard disk tu. Jadi, saya harap awak
berpuas hati.”
Tanpa kami keluar makan, tanpa sepatah kata pun yang
keluar dari mulutnya, dia kembali menghantar aku pulang. Setelah tiba, aku
segera membuka daun pintu kereta. Keluar saja dari keretanya, pantas saja dia
membawa kereta meredah kepekatan malam. Sekali lagi, air mataku gugur
memikirkan nasib hubungan kami.
RENUNGANKU terganggu dek merasa ada sepasang mata yang
tajam melirik ke arahku. Aku yang dari tadi duduk kaku di katil sambil mata
melirik ke arah lain berasa sedikit janggal. Begitu senyap keadaan di bilik
ini. Sampaikan aku boleh dengar bunyi detikan jam yang aku rasakan begitu kuat
dipendengaran.
Apabila
berasa sedikit tidak selesa, aku pantas memandang kembali ke wajah lelaki yang
melirik tajam padaku. Aku naik meluat. Dah kenapa?
“Are you
sure you don’t know me? You don’t know who’s you’re husband is?” Soalnya.
“Dah
berapa kali saya cakap, saya tak kenal siapa awak. Can you accept that? Or
maybe you just can’t accept the reality of it?” Sekali lagi matanya tajam
memandangku. Aku jadi debar. Keningnya dari tadi berkerut seperti sangsi
terhadapku. Ah! Lantaklah. Memang aku tak kenal siapa dia.
“Fin!”
Suara lembut yang menegurku membuat aku terpaku. Aku senyum lebar.
“Ibu!”
Segera aku memeluk tubuh wanita kesayanganku. Lama benar ibu memelukku. Dapatku
dengar suara sendunya. Pasti dia terkejut mendengar berita kemalanganku.
Aku
meleraikan pelukan dan ibu seka air mata yang entah bila jatuh di pipi.
“Sayang
ibu dah bangun. Syukur alhamdulillah tak jadi apa-apa yang teruk pada kamu,
nak.” Sekali lagi ibu menarik tubuh mendakapku erat. Mataku sempat melirik pada
wajah ayah dan juga adik. Mereka turut bersama sekali. Aku lihat wajah ayah
sedikit sayu, begitu juga adik. Aku melirik senyum pada mereka.
“Ril,
doktor cakap apa?” Ayah sudah mula bersuara. Aku meleraikan pelukan dan
membalas renungan lelaki itu. Aku mengetap bibir, lalu mataku terarah ke tempat
lain. Malas mahu melihat wajah orang yang tak faham bahasa ini.
“Alhamdulillah.
Fin, keadaan dia okey sekarang macam yang ayah tengok. Cuma...” Suaranya
terhenti seketika. Aku menarik nafas dalam bagi menghilangkan rasa debar ini.
“Cuma
apa bang Ril?” Adik pula mula bertanya. Sedari tadi wajah yang nampak tenang
ternyata terganggu dek kata-kata lelaki itu yang masih dalam tanda tanya.
Kedengara
keluhannya pula yang keluar dari mulut itu. Dengan pantas aku memintas sebelum
dia bersuara.
“Akak
tak kenal siapa dia,”
Terbuntang
mata semua yang berada di sana kecuali dia.
“Ibu
tolong cakap pada orang ini, Fin tak kenal dia dan nak dia keluar dari bilik
ini. Tak selesa!” Tegasku dengan bernada keras.
“Are you
sure you don’t know me? Then, kenapa ibu, ayah dan adik awak boleh kenal pula?”
Sebelah keningnya terjongket sebelah.
“Well,
as I said to you before. I can’t barely know you.”
“Kejap
apa semua ini? Ibu tak faham. Apa yang sebenarnya doktor beritahu dekat Ril?
Kalau Fin tak tahu siapa suami dia, macam mana boleh kenal ibu, ayah dan adik
dia pula?”
“Ibu,
kan Fin cakap Fin tak kenal siapa dia. Like I said it just now. I can’t barely
know him.” Giliran mataku pula merenung tajam padanya. Kami masing-masing
merenung tajam antara satu sama lain. Aku mendengus.
“Fin,
tak baik buat muka macam tu pada suami.” Ibu menegur.
“Siapa
suami Fin? Fin tak kenal dia dan Fin tak nak tahu siapa dia,” kata-kataku
terhenti dek rasa pening yang tiba-tiba menjengah. Wajah ibu pula mula cemas,
lalu ibu membantuku untuk baring.
“Ibu
boleh tak bawak dia keluar dari bilik ini. I really don’t feel comfortable when
he is around.” Aku menarik selimut ke dada dan menoleh ke arah lain dengan
menutup mata.
“Ayah
rasa baiklah kalau Ril keluar dulu dari sini. Kita bincang di luar. Ril cuba
bagitahu dekat ayah apa yang terjadi. Boleh ayah jumpa doktor yang rawat Fin?”
Kedengaran suara ayah memujuk lelaki itu agar menjauhiku. Hatiku sedikit lega.
“Anak
ibu rehatlah. Ril, jangan risau. Biar ibu yang teman Fin malam ni, ya? Tapi,
ibu pun nak tahu lebih lanjut tentang keadaan Fin. Mari bawak kami jumpa
doktor. Kita biar Fin berehat.”
Tatkala
mendengar bunyi pintu bilik tertutup barulah aku membuka kembali mata. Tanpa
sedar air mata yang ditahan sejak tadi jatuh jua.
Chap 22
MELIHAT
ke luar jendela dan aku perhati titis-titis air hujan yang masih belum ada
tanda untuk berhenti. Di sebalik itu, aku melihat refleksi sendiri. Sudah
seminggu aku ‘berkampung’ di hospital ini. Entah kenapa pula begitu lama aku
ditahan di sini.
Bila
difikirkan kembali, semua ini gara-gara mamat bajet bagus itu. Oleh kerana
semua sudah maklum bahawa kini aku mengalami amnesia, jadi aku ditahan untuk
rawatan selanjutnya. Inilah yang buat aku rimas. Macam penjara pula bila berada
di hospital ini lama-lama. Bukannya aku cedera parah pun. Cuma tak ingat
sebahagian daripada memori aku saja. Itu pun dah buat semua orang panik
termasuklah ibu dan ayah.
“Eloklah
kalau Fin rehat dulu di hospital. Kita buat periksaan selanjutnya. Takut jadi
apa-apa pada Fin. Lagipun macam yang Uncle Din pesan, Fin kemalangan dilanggar
kereta tetapi nampak sihat walafiat. Cuma, selepas pembedahan darah beku di kepala
Fin yang buat Fin lupa,” panjang lebar pula lelaki yang berumur di depanku
membuat penjelasan.
Aku kenal lelaki ini. Dialah lelaki yang muncul setelah
aku terbangun dari koma hari itu. Dia juga merangkap bapa mertuaku. Melihat
baju uniform dia itu, aku sudah tahu dia juga salah seorang daripada doktor di
hospital ini. Aih! Semak betul bila hidup dengan keluarga doktor ini. Terlalu
terperinci sangat. Aku bukannya suka duduk dalam hospital ini. Menyampah tahu?
Tetapi dek rasa hormat pada orang yang lebih tua, aku akurkan saja dan sekarang
meranalah aku di dalam bilik ini seorang diri.
Dek rasa bosan yang melampau, aku berpaling dan
mencari-cari telefon bimbitku di meja kecil bersebelahan dengan katil. Aik?
Mana pula perginya. Hari itu, ibu ada menyerahkannya kembali kepadaku. Katanya
tertinggal di kondo. Hmmm... Kondo. Mungkin kondo yang aku duduk bersama lelaki
tak semengah itulah kot.
“Are you looking for this?” Tersentak aku tatkala
mendengar suara dari belakang. Hish! Tak tahu bagi salam apa? Aku segera
berpaling dan memandang tajam pada wajahnya. Aku lihat objek yang berada di
tangannya. Sejak bila pula dia ambil telefon bimbit aku? Ini dah melampau.
“Bagi balik telefon itu. Awak tak ada hak untuk sentuh
barang peribadi saya!” Tegasku setelah berdepan dengannya. Aku suakan tangan
ingin meminta kembali fon tersebut. Aku lihat bibirnya yang terukir senyuman.
Nampak seperti mengejek pula. Geram dengan perbuatannya yang masih tidak
mengendah arahanku, lantas aku cuba rampas fon tersebut dari tangan. Pantas
saja lelaki tersebut mengelak.
“Baklah sini fon orang. Ish! Tak faham bahasa ke? Lelaki
bengal macam awak ini memang tak pernah belajar bahasa Melayu ek?” Aku melihat
wajahnya sedikit berubah. Padan muka. Muka saja cerah macam mamat celup tapi
bengal.
“Bengal? Dalam bahasa Melayu ada ke istilah itu?”
Balasnya kembali.
“And siapa cakap saya tak ada hak? Saya ada hak ke atas
awak sebab saya suami awak,” wajahku mula kendur tatkala mendengar sebaris ayat
itu. Entah kenapa hati ini begitu terusik apabila mendengar dia berkata begitu.
Lantas, aku kembali ke katil dan duduk tanpa kata.
“Fin, saya salah cakap ke? Bukan ke betul apa yang saya
cakap tadi?” Suaranya pula mula mengendur. Perlahan aku kembali merenung anak
matanya. Wajahku muram dan hatiku serabut.
“Saya tahu awak susah nak terima. Tapi, saya memang suami
awak. Tengok, saya ada bukti. Ini kad nikah kita,” ujarnya sambil mengeluarkan
kad nikah daripada dompet. Aku berpaling ke arah lain.
“Semua ini memerlukan masa untuk saya terima,” jawabku
setelah lama berjeda. Aku menarik nafas panjang sebelum menyambung kata.
“Dan saya perlukan fon itu kembali. Buat masa ini, harap
awak faham tentang apa yang saya alami sekarang. Bukan senang saya nak terima
semua ini,”
“Baiklah, Fin. Saya akan cuba faham demi awak. Dan, minta
maaf sebab ambil fon itu daripada awak tanpa kebenaran,” dia mengembalikan
telefon bimbitku dan diletaknya di atas meja.
“I think you should be rest. Nanti malam sikit saya
datang lagi,” ucapnya perlahan. Mungkin dia serba salah terhadap perbuatannya
itu, tetapi tidak pula dia memberitahu kenapa dia mengambil telefon bimbit aku.
Lelaki itu mula mengorak langkah mendekati pintu.
Tiba-tiba dia berpaling dan memandang wajahku.
“I have a reason to do that. It’s complicated, memang
saya akui. Just, trust me,”
“Then, do you trust me?” Soalku pula. Wajahnya sedikit
berubah. Aku dapat lihat dia nampak sedikit tercengang.
“Ma... maksud awak, awak dah ing...”
“Apa maksudnya kalau seorang suami mengambil fon si
isteri tanpa kebenaran kalau bukan kerana tiada kepercayaan pada isterinya?”
Pintasku pula. Aku lihat dia mengetap bibirnya berkali-kali.
“Saya...”
“Saya nak rehat sekarang. Jangan lupa tutup pintu itu
perlahan,” pantas aku menarik selimut dan berselubung sehingga menutup muka.
Aku berkalih ke sebelah dan baring mengiring. Tidak sedar, air mataku mula
mengalir. Di sebalik selimut, aku dapat menangkap bunyi pintu yang sudah
tertutup. Aku menggigit bibir dan kembali melayan perasaan.
AKU memandang wajahnya dengan hati yang berbunga.
Walaupun tadi kami bergaduh melalui pesanan ringkas, tetapi akhirnya dia datang
juga untuk berjumpa aku di hari jadiku.
Tatkala
berada di dalam kereta bersamanya, bibir yang tak lepas dari tersenyum mula
mengendur. Aku lihat wajahnya yang sedikit tegang. Adakah marahnya masih belum
reda? Apa yang aku mahu cumalah masa bersama dia. Kenapa begitu susah sekali
dia ingin meluangkan masa bersamaku di hari penting buat aku? Aku mula terasa.
“Awak
nak makan mana? Saya tak makan, awak jelah yang makan. Saya dah kata tadi,
sekarang saya tak cukup duit nak makan bersama, tapi awak masih juga nak paksa.
Awak tahukan saya tak suka bila kena paksa,” suaranya begitu dingin sekali.
Hatiku terasa sedikit bergetar menahan perasaan hiba yang bermukim di hati. Aku
tarik nafas dalam, tidak mahu air mata jatuh di depannya.
“Emmm...
kita makan dekat-dekat sini jelah. Tak apalah kalau macam itu. Kita share makan
ya? Lagipun kedai itu mesti bagi nasi yang banyak. Saya mesti tak dapat
habiskan,” aku cuba untuk memujuknya. Kalau boleh aku tak mahu dia bermasam
muka hari ini. Wajah aku maniskan di depannya. Tetapi, dalam hati hanya Allah
sahaja yang tahu.
“Awak
buat-buat tak faham ke atau memang tak faham bahasa? Saya dah kata tadi kan,
saya tak nak makan. Biarlah saya tak nak makan sekalipun. Saya memang tak nak
makan, okey?” Suaranya yang sedikit naik itu membuatkan aku mula mengalah. Aku
diamkan saja sehinggalah kami sampai ke kedai makan yang berdekatan.
“Orderlah.
Awak nak makan apa?” Soalnya setelah lama kami tidak bersuara dari tadi. Aku
melihat wajahnya seperti orang kebosanan. Dia memegang fonnya dan bermain
dengan gadjet itu tanpa memandang aku langsung. Sekarang aku benar-benar terasa
hati. Hatiku benar-benar terguris, tetapi aku kuatkan saja hati ini dengan
berlembut dengannya. Harap-harap lembutlah hati dia.
“Emmm...
Saya nak sup daging dengan nasi putih. Air bagi air laici,” aku membuat pesanan
pada pelayan di depan kami.
“Bagi
saya air kosong je,” pesan Zuhairil pula.
“Tak nak
makan bang?” Soal pelayan itu kembali. Zuhairil menggeleng dan matanya kembali
memandang telefon bimbit. Aku menggigit bibir. Kesian pula kalau dia tidak
makan. Walaupun kami bergaduh macam mana sekalipun, aku tetap mengambil berat
terhadapnya. Aku risau kalau perutnya kosong, pasti sahaja dia akan gastrik
malam nanti.
Aku cuba
berborak kosong dengannya dan bertanya tentang aktivitinya hari ini. Dia
menjawab acuh tak acuh sahaja. Aku cuba sedapkan hati. Mungkin dia terlalu
penat kot.
Setelah
makanan sampai, aku memandang wajahnya. Bila dirasakan wajahnya diperhati,
Zuhairil kembali memandang aku dan makanan yang sudah terhidang di depan.
“Makanlah,”
ucapnya pendek dan dia kembali bermain dengan gadjet di tangan.
Aku
beranikan diri ingin memujuknya kembali. “Saya tengok nasi banyak sangat awak.
Nanti awak makanlah sikit ya? Kesian awak tak makan apa-apa. Saya sorang je
makan ni, tak sedap pula hati saya,”
“Awak ni
dah kenapa ya? Orang dah cakap tak nak makan. Tak naklah. Inilah yang malasnya.
Degil! Orang dah cakap itu masih lagi nak lawan. Memang teruk betul!” Aku
mengetap bibir. Suaranya yang sedikit nyaring itu membuatkan orang di sebelah
memerhati meja kami. Aku jadi malu. Sampai hati dia buat aku macam ni?
“Iyelah!
Saya makanlah sorang.” Aku sudah berjauh hati. Nasi yang sudah aku suapkan ke
dalam mulut terasa seperti pasir sahaja. Mataku mula kabur. Pantas saja aku
mengerdip anak mata tidak mahu menangis di depan orang ramai.
“Faham
pun apa orang cakap. Ini nak paksa lagi,” aku mendengar suara Zuhairil
mendengus. Dengan perlahan aku mengambil sup daging dan aku suapkan bersama
nasi. Sungguh aku rasakan hari jadi aku hari ini tidaklah begitu
menggembirakan.
Tatkala itu, fikiran aku mula teringatkan keluarga di
kampung. Alangkah bahagianya kalau sekarang aku berada di sisi mereka? Pasti
sahaja mereka akan menyambut hari jadi aku dengan tawa dan gembira. Mengapa
hari ini aku disambut sebegini? Apakah tiada perasaan gembira di hatinya
tatkala menyambut hari penting buat kekasih hatinya ini? Aku mula rasa sangsi
terhadapnya.
Setelah beberapa minit menghadap makanan, aku sudah
berhenti makan. Tidak lalu rasanya ingin menelan lagi.
“Dah ke?” Soal Zuhairil pendek. Aku mengangguk sahaja.
“Pergilah bayar. Dah mengantuk ni,” ucapnya lantas segera
dia menghabiskan air kosong yang dipesannya tadi. Aku melangkah ke kaunter dan
bayar. Aku membuka pintu kereta dan Zuhairil menghantar aku pulang.
Apabila kereta berhenti, aku memandangnya di sebelah.
“Terima kasih sebab sudi datang teman saya makan,”
“Hmmm... Yalah,” ucap Zuhairil pendek. Aku cuba mengukir
senyuman walaupun aku rasakan senyuman itu sedikit tawar. Mata Zuhairil juga
sudah memandang wajahku.
“Okey. Selamat malam,” ujarnya lagi.
“Emmm.. Tu je ke?” Ucap aku pula. Sengaja aku bertanya
begitu sebab sebelum ini dia pernah memberitahu aku bahawa dia sudah membeli
hadiah buatku. Hari itu, dia begitu teruja ingin menyambut hari lahirku
sehingga hadiah pun dia belikan sebulan lebih awal. Entah mengapa hari ini dia
moody semacam pula. Semuanya gara-gara aku meminta dia datang dan menjemput aku
untuk menemani aku makan. Dia memaklumkan kepada aku yang dia kesuntukkan duit
dan mahu berjimat. Tetapi, bukan ke dia juga teruja ingin menyambut hari lahir
aku?
“Oh! Emmm... Hadiah ada dekat tempat duduk belakang.
Ambillah.” Aku tersenyum juga. Aku kalih ke tempat duduk belakang dan melihat
hadiah yang sudah dibelinya untuk aku. Apabila hadiah sudah di tangan, dalam
gelap malam aku masih mampu membaca nama yang tertera pada beg kertas.
“Victoria secret? Apa ini?” Soalku sedikit teruja. Setahu
aku, barang yang dijual di kedai Victoria Secret agak mahal juga. Aku ambil
barang di dalam beg kertas dan akhirnya aku tahu apa hadiah yang dibelinya
untuk aku.
Botol minyak wangi di tangan aku cium.
“Wangi. Saya suka bau dia. Tak terlalu kuat sangat,”
“Ha’ah. Bau buah. Saya tahu awak tak suka minyak wangi
sangat. So, bau ini tak terlalu kuat. Okeylah tu,” suaranya sudah berubah
normal.
“Terima kasih, awak. Sayang awak,” aku simpan kembali
botol minyak wangi dan aku peluk beg kertas tersebut.
“Okey. Dah, saya nak balik. Mengantuk.” Aku akur dan
segera keluar dari kereta. Aku melambainya dan seraya itu keretanya laju
membelahi gelap malam.
MATAKU terbuka luas. Lantas, anak mataku memerhati sekeliling.
Sebaik saja mata tercelik, air mataku juga berlinangan ke pipi. Aku seka air
mata dan aku menangkap sekujur tubuh yang sudah terlelap di sofa berdekatan
dengan katilku.
Aku
bangun dari pembaringan dan memandang wajah lelaki itu. Sekali lagi, manik-manik
air mataku kembali jatuh. Aku menekup mulut tidak mahu tangisan aku didengarinya.
Setelah
lama melayan perasaan, tangisan tadi sudah mula berhenti. Anak mata aku tak
pernah lekang daripada memerhatikannya. Aku mengeluh lemah. Ketika fikiran serabut
begini baiklah kalau aku bersujud pada yang Esa. Hanya Dia sahaja yang mampu
menenangkan fikiran yang walang ini.
Aku
menunaikan solat sunat taubat dan sunat istikharah ingin memohon petunjuk
dari-Nya. Aku menadah tangan dan mula berdoa.
“Ya
Allah, andai kata apa yang terjadi semua ini adalah yang terbaik buat aku, maka
Kau berilah pertunjuknya. Andai kata sebaliknya, maka berikan aku pertunjuk
juga agar aku mampu memilih keputusan yang terbaik buat aku. Amin.” Doaku
dengan suara perlahan. Aku usap muka dan menyeka air jernih yang setia
membasahi pipi. Semoga doaku didengari oleh-Mu Ya Allah.
best nak lagi.
ReplyDeletetq...sedih...bestttttttttt...kalu bolih nak lagi...
ReplyDelete