Chap 17
AKU
renung gambar pernikahanku dengan mata yang berkaca. Perkahwinan yang pada
asalnya diterima gara-gara memenuhi permintaan ibuku, kemudian menjadi titik
paling bersejarah tatkala lelaki itu merupakan bekas kekasihku dahulu. Pada
awalnya sukar untuk aku terima tetapi lama-kelamaan aku redha atas ketentuan
Ilahi. Namun, entah mana silapnya sikap Zuhairil menjadi dingin setelah
seminggu kami kembali dari berbulan madu.
Fikirku
sebaik kembali ke Malaysia, aku ingin memulakan lembaran baru bersamanya. Ya!
Memang aku merasakan hatiku yang keras dahulu, tidak sekeras mana. Malah, aku
semakin menerima kehadirannya dan hatiku mula berbunga kembali. Bunga-bunga
cinta. Benar aku dahulu menidaknya tetapi memandangkan layanannya yang seperti
bersungguh-sungguh, membuatkan hatiku mula menerimanya kembali.
Tetapi,
entah mana silapnya. Sikapnya yang aku sangka sudah berubah, kembali sama
seperti dahulu. Apa yang sudah berlaku? Aku tak tahu apa yang terjadi di antara
kami setelah kembali ke Malaysia.
Memang
pada dua hari pertama semenjak menjejak kaki ke Malaysia, Zuhairil masih
melayanku dengan baik. Masih aku ingat lagi bagaimana sikapnya dalam melayan
keletahku. Ketika kembali ke Malaysia, Zuhairil sudah mengambil keputusan untuk
membawa aku duduk bersama dengannya di rumah sewa barunya yang tidak jauh dari
rumah ibu bapanya. Lagipun, rumah sewa baru tersebut juga dekat dengan tempat
kerjanya. Manakala tempat kerjaku pula sedikit jauh tetapi tidaklah menjadi
satu halangan bagiku.
“Kau tak
kisahkan kalau kita duduk di sini?” Aku pandang wajah Zuhairil yang sedikit
mengharap. Aku geleng kepala dan mengukir senyum.
“Aku tak
kisah, Ril. Lagipun, tak jauh mana pun dari tempat kerja aku. Cuma perlu gerak
awallah. Aku pun dah cuba biasakan diri untuk bangun awal. Jadi, no hal lah!”
“Thanks
sayang,” pantas tubuhku ditarik ke dalam dakapannya. Aku jadi kaku dan gugup.
Walaupun pada masa itu, hatiku sudah berbunga bahagia. Namun, egoku masih
menggunung. Masih mahu jual mahal padanya. Aku tolak bahunya perlahan dan
menjauhkan diri sedikit.
“Ermmm...
Pasal bilik tidur...” Zuhairil teragak-agak untuk menyudahkan katanya. Aku
toleh pada wajahnya dengan pandangan yang sengaja ditajamkan.
“Kalau
kau masih belum bersedia, aku...”
“Tak
apalah kalau kita nak kongsi bilik. Walaupun aku belum bersedia, tapi aku tahu
kau faham perasaan aku. Aku tak nak pula jadi isteri derhaka. Aku... aku akan
jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri juga. Cuma, tunggu masa lah.
Boleh?” Zuhairil angguk.
“Kalau
itu permulaan bagi hubungan kita. Aku boleh terima. Terima kasih, sayang.” Aku
balas senyuman Zuhairil dan kembali mengemas bilik kami.
Semuanya
nampak seperti berjalan lancar. Aku cuba untuk menjadi isterinya dengan baik,
dan dia juga tidak pernah memaksaku. Malah, kalau tidur sekatil, Zuhairil akan
meletakkan bantal peluk sebagai penghadang di antara kami. Tetapi, adakalanya
tanpa sedar Zuhairil pasti memelukku ketika tidur dan kami bangun dalam
pelukkan masing-masing. Aku yang pada mulanya sedikit kekok lama-kelamaan
menjadi terbiasa dengan berbantalkan lengan Zuhairil.
Namun,
bahagia yang terbit dalam hatiku tidak lama rupanya. Zuhairil melayan aku endah
tak endah sahaja. Aku naik hairan. Mulanya aku ingat pasti dia ada masalah
dengan kerjanya. Tetapi kedinginannya masih tetap sama hari demi hari. Aku tahu
lelaki itu sememangnya mempunyai sikap yang sering berubah-ubah. Ada pasang
surut macam perempuan. Moody tak kena masa. Walaupun begitu ada masanya pasti
dia akan kembali melayanku dengan baik. Itulah sikap Zuhairil yang aku kenal. Tetapi,
kali ini tidak pula. Aku jadi resah gelisah melihat sikapnya yang berubah 360
darjah. Apa yang tidak kena?
Aku
tersentak tatkala telingaku menangkap bunyi deringan telefon bimbitku. Aku
pantas mengambil telefon bimbit samsung dan melihat nama yang tertera pada
skrin. Aku melepaskan keluhan. Aku ingatkan Zuhairil yang menelefonku tadi.
Rupa-rupanya orang lain.
“Hello,
assalamualaikum Fin. Aku ni, Zarif.” Ucap si pemanggil di talian. Aku seka air
mata yang dari tadi mengalir. Aku cuba berdeham ingin betulkan suara yang
sedikit serak dek aku menangis tadi.
“Ermmm...
ya, Rif. Aku tahu. Ada apa kau kol aku ni?” Soalku pada Zarif. Sedaya-upaya aku
mengawal suara tidak mahu Zarif menangkap suaraku yang berubah. Tiada suara
ditalian. Aku jauhkan telefon bimbit dari telinga. Zarif masih ditalian.
“Kenapa
kau senyap, Rif?”
“Aku
tahu kau tengah sedih. Kenapa ni, Fin? Kau gaduh dengan Ril ke?”
“Aku...
Aku...”
“Aku
sangkakan Ril dah berubah bila dia dah kahwin dengan kau. Tapi, kenapa dia
masih tak berubah? Aku langsung tak sangka yang kau kahwin dengan Zuhairil.
Sekarang, macam ni ke layanan dia pada kau?” Suara Zarif sedikit keras.
Aku tahu sikap Zarif yang begitu mengambil berat
terhadapku. Dialah sahabat yang benar-benar faham perasaan aku. Malah, kami bersahabat
sudah lama. Lebih lama daripada pengenalan antara aku dan Zuhairil. Aku telan
liur dan tak mampu untuk menahan air mata yang sudah mengaburi pandanganku. Aku
menekup mulut tidak mahu Zarif dengar dek tangisanku.
“Aku fikir masa boleh mengubah seseorang. Tetapi, tidak
pada Zuhairil. Aku hairanlah!”
“Dahlah tu, Rif. Aku sendiri pun tak tahu kenapa dia
tiba-tiba berubah. Memang masa kita orang kahwin, dia layan aku dengan baik.
Sangat baik. Begitu juga masa kami berbulan madu. Dia memang ambil berat pasal
aku. Tetapi, aku tak tahulah dalam semenjak dua menjak ni, dia... dia berubah
laku. Dia dingin dengan aku. Aku...Aku tak tahu apa yang aku dah buat.”
“Sebelum aku pergi ke US sampailah aku balik ke Malaysia
hari tu dan terserempak dengan kau secara tak sengaja, tak ada benda lain yang
aku dengar melainkan sikap Zuhairil yang sentiasa layan kau dengan buruk.
Semenjak kita masih belajar lagi, malah masa kau mula-mula jadi kekasih dia pun
aku asyik dengar cerita kau pasal dia yang tak sudah pentingkan diri sendiri.”
“Aku tak tahu, Rif. Aku buntu. Aku terima dia sebagai
suami pun pada awalnya sebab janji yang aku kena tunaikan pada ibu. Ibu sendiri
cakap yang dia dah berubah dan aku tengok sendiri perubahan dia pada awal
perkahwinan kami. Tetapi, tak lama lepas itu, dia jadi dingin. Aku tak tahu,”
esakkan yang aku tahan menjadi apabila teringat akan layanan Zuhairil yang
berubah serta-merta.
“Dahlah, Fin. Janganlah kau terlalu bersedih. Dengar kau
nangis macam ni, buat aku jadi sedih pula. Kalau hari tu aku cerita pasal arwah
isteri aku kat kau, buat hati aku sedih. Dengar suara kau menangis pun buat
hati aku tak senang. Dahlah, Fin. Tak usahlah nangis lagi. Mungkin... Mungkin
adalah masalah yang suami kau lalui tu. Kadang-kadang, lelaki ni dia suka pendam.
Dia tak nak orang lain tahu sangat. Bagi dia, dia nak selesaikan sendiri. Tapi,
kau kan isteri dia. Kau kena pandai-pandailah pujuk dia ataupun apa. Aku tak
nak cakap lebih-lebih. Takut dikatakan macam penyibuk hal rumahtangga orang.
Aku pun dah lalui semua ini. Walaupun hanya sementara, tapi aku faham perasaan
kau. Kau jangan bersedih lagi ya?” Nasihat Zarif sedikit sebanyak menyerap
dalam hatiku. Aku cuba untuk meredakan tangisan dan cuba untuk tabah melalui
badai yang baru saja melanda dalam rumahtanggaku.
“Allah nak uji kau orang berdua. Aku harap kau bersabar.
Walaupun aku pun kadang-kadang geram dengan sikap Ril tu dari dulu. Tapi, soal
rumahtangga kau... Aku nak kau dapatkan kebahagiaan yang kau idamkan selama
ini. Aku doakan semoga kau dapat tempuhi dugaan ini, okey?” Aku mengangguk dan
senyum kecil. Sedikit sebanyak hatiku terasa tenang sebab dapat meluakan
perasaan yang bermukim.
Aku menyudahkan perbualan kami dan kembali termenung. Aku
teringat akan pertemuan secara tidak sengaja yang menemukan aku pada sahabat
aku, Zarif. Walaupun Nabil juga seorang rakan rapatku, tetapi tidak serapat aku
dan Zarif. Bagiku, Zariflah kawan yang sentiasa ada di masa aku susah dan
senang. Setiap kali aku berhadapan dengan masalah, tidak kiralah masalah
keluarga atau masalah kawan, hatta masalah di antara aku dan Zuhairil dahulu,
Zariflah yang akan menjadi pendengar setia dan penasihat aku. Aku kenal Zarif
ketika masih bergelar pelajar pada semester keempat di universiti. Aku kenal
Zarif terlebih dahulu berbanding Zuhairil. Manakala pengenalan aku dan Zuhairil
ketika di semester keenam.
Jauh benar aku mengelamun. Aku tersentak tatkala
mendengar jeritan telefon bimbit yang diminta untuk diangkat. Aku pandang skrin
sekilas. Nama Zuhairil tertera pada skrin. Lambat-lambat aku menjawab. Sudah
terasa tawar hati pada dia. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk membiarkan
saja telefon bimbitku berbunyi sehinggalah berhenti. Senyap. Aku mengeluh
lemah. Hati aku kena dirawat terlebih dahulu sebelum menghadap Zuhairil. Tidak
mahu rasa sedih dan kecewa mengundang perasaan tidak senangku padanya sehingga
bole menyebabkan tercetus pula pergaduhan nanti.
Aku segera mengambil wudhuk dan menunaikan solat Zohor.
Hampir saja waktu masuk fardhu asar. Astaghfirullah. Kenapa aku begitu lalai?
Aku bergegas menunaikannya sebelum masuk asar. Aku menitip doa memohon petunjuk
dari Allah agar hubungan kami mampu pulih dan bertahan. Sekali lagi, air mataku
jatuh ke pipi.
BEST NAK LAGI....TQ.
ReplyDeleteSambung lah lagi please !
ReplyDeletetakde sambungan lagi ke ??
ReplyDeleteAda..Bru je post..sla sggah.. :D
Delete