Tuesday, January 31, 2012

Cinta yang tiada kepastiannya Chap 22

Bab 22




Lama aku berteleku di tempat duduk yang berada di auditorium. Orang yang lalu-lalang di ruang legar Prince Court Medical Center tidakku hiraukan. Kata-kata Sofea masih terngiang-ngiang di hujung telingaku. Sudah 30 minit aku berada di sini. Bosan duduk di dalam bilik wad jadi aku ambil keputusan untuk keluar. Baru sehari berada di wad, nafasku sudah rasa sesak. Walaupun dulu aku pernah bercita-cita untuk menjadi doktor, tetapi kalau disuruh untuk duduk di wad, aku tak mahu.
            Pagi itu Nick ada menziarahiku sekejap kerana dia terpaksa ke pejabat selepas itu. Sekadar ingin mengetahui kondisi aku.
            “Awak okey tak sekarang?” Soal Nick. Aku menilik penampilannya. Hari ini dia berkemaja unggu cair dan dikenakan dengan kot. Tali leher jenama Playboy tersangkut kemas di leher. Memang kacak!
            Aku sekadar mengangguk sahaja menjawab soalannya tadi. Kini giliran matanya pula menilik diriku.
            “Lengan tu masih rasa sakit ke?”
            “Sakitlah juga. Tapi, dah kena bius dengan ubat, kuranglah sakitnya.” Nasib baiklah luka dilenganku tidak terlalu dalam. Cuma darah sahaja yang banyak mengalir. Tambahan lagi aku ni ada tekanan darah rendah menyebabkan aku pengsan dan pening semalam.
            Walaupun Nick hanya menjengukku sebentar sahaja, tetapi hatiku tetap rasa dihargai. Aku berterima kasih kepadanya kerana menghantarku ke hospital ini. Selepas itu, aku keseorangan di bilik wad yang luas tersebut. Rasa bosan mula menular di dalam hati. Aku bukakan televisyen dan tiada satu pun cerita yang menarik minatku. Dek kerana itu, aku mengambil keputusan untuk merayau di sekitar hospital swasta itu.
            Dari segi landskap dan keadaan di dalam hospital itu, aku tahu bayaran bil di situ pasti mahal. Entah berapa ratus lah kena bayar. Entah-entah beribu kot. Mataku meliar melihat sekeliling. Macam hotel pun ada. Tanpa arah tujuan aku singgah ke peta hospital yang tertera di depanku.
            Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk melepak di auditoriumnya. Di situ terdapat cafe dan tempat makan. Oleh kerana aku baru sahaja menjamah sarapan pagi, jadi, aku tidak langsung ingin membeli apa-apa. Setelah merayau di sekitar auditorium, aku duduk di sofa yang berdekatan. Ada beberapa orang yang turut sama duduk berdekatan denganku. Aku menyimpul senyuman ringkas pada beberapa orang mak cik yang duduk di situ. Aku kira mesti mak cik-mak cik ni di kalangan datin-datin kerana dengan melihat penampilan mereka, memang seperti orang-orang berada. Mestilah! Hospital swasta sebegini bertaraf antarabangsa, mana mungkin orang biasa-biasa sepertiku mampu pergi ke hospital sebegini. Bil hospital juga ditanggung oleh Nick. Aduhai! Rasa-rasanya, aku kenalah kerja lebih masa untuk membayar Nick balik.
            “Risya, awak di sini rupa-rupanya.” Seseorang menegurku dan aku terus berpaling. Rupa-rupanya Sofea yang menegurku tadi. Aku membalas senyuman kepadanya.
            Buat pertama kalinya aku menyambut salaman Sofea apabila dia menyuakan tangannya untuk bersalaman denganku. Agak terkejut juga bila melihat si Sofea the ‘witch’ tersenyum manis kepadaku. Sofea mengambil tempat duduk di sebelahku. Di tangannya terdapat sebuah beg kertas kecil dan dia menyerah beg kertas tersebut kepadaku.
            “Apa ni?” Soalku seraya menyambut beg kertas tersebut.
            “ A gift. Tanda terima kasih saya atas semuanya.” Aku tergamam mendengar bahasanya. Sofea di depanku bukan lagi seperti witch yang kuat melenting. Sofea di depanku nampak lemah-lembut. Perggh! Sampai begitu sekali aku memujinya. Tapi, Sofea yang ada ni bukan seperti Sofea yang aku kenal dulu.
            “Saya tak buat apa-apa pun Sof. Dah memang tanggungjawab saya sebagai seorang saudara seislam menyelamatkan saudara seIslam yang lain apabila mereka dalam bahaya.”
            Muka Sofea berubah serta-merta sebaik sahaja mendengar kata-kataku. Wajahnya mula menunduk. Terdengar bunyi esakan d isebelahku. Terkejut aku melihat Sofea yang sudah berendam dengan air mata. Aku mengusap bahunya supaya tangisannya reda.
            “Semua ni salah saya Risya. Kalaulah saya tak terlalu mengikut perasaan. Kalaulah saya tak terpengaruh dengan sikap jahat saya ni, awak tak kan jadi begini.” Kepala Sofea sudah mendarat pada bahuku. Aku tahu Sofea seorang gadis yang manja. Terlalu manja tapi terlalu garang juga.
            “Dah dahlah tu Sofea. Awak tak bersalah. Saya ikhlas nak menyelamatkan awak. Kalau bukan kerana semua ni berlaku, tak mungkin awak akan sedar seperti sekarang ni kan? Bersyukurlah.”
            Sofea mengangkat kepalanya dari bahuku. “Tapi semua ni tetap salah saya Risya. Awak tak perlulah menindaknya. Maafkan saya.” Aku mengangguk.
            “Saya dah lama maafkan awak Sofea. Awak tak perlulah minta maaf lagi. Semua tu biarlah dijadikan teladan. Awak dah insaf dah cukup baik bagi saya.” Aku mengukir senyuman kepadanya. Dia menyapu air mata pada pipi dengan tisu yang berada ditangannya.
            “Terima kasih sekali lagi Risya. Kalaulah dari awal lagi saya beri peluang kepada hati saya untuk mengenali awak, mungkin dah lama kita jadi kawan rapat kan?” Aku mengangguk sekali lagi. Kali ini disertakan dengan senyum tawa.
            “Mungkin.” Jawabku pendek. Kami terdiam seketika.
            “Hari ni, saya akan ke Pulau Indah. Nak buat persediaan kat sana. Menjadi ahli baru di pejabat Pulau Indah.” Ujarnya.
            “Awak, awak okay ke pindah kat sana? Lagipun awak dah lama bekerja di KLCC itu. Sekarang terpaksa ke sana pula.”
            “Saya okay je. Daripada dipecat.” Aku mengerling melihat Sofea yang mengeluh lemah.
            “You are so lucky Risya.” Dahiku berkerut hairan.
            “Kenapa pula? Apa yang ‘lucky’ nya saya ni?”
            “He loves you so much. I can see that through his eyes. His glance at you.” Wajahku berubah sedikit. Aku mencebik.
            “If you ask me, I don’t think so.”
            “Cuma awak seorang yang dia cintai, Risya.” Sofea pantas mencelah. Aku masih diam dan mengalih pandanganku pada cermin luar hospital tersebut.
            “ Selama saya bersama dengan dia, dia tak pernah melayan saya sama seperti dia layan awak. Cara layanan dia dengan awak berbeza dengan cara layanan dia pada mana-mana gadis yang pernah menjadi girlfriend dia. I am sure of that. Malah, cara dia cepung awak pun sangat prihatin.”
            “Cepung?! Nick cepung saya? Jadi yang pangku kepala saya masa tu, ialah Nick?”
            “Dia pangku kepala awak dengan lembut bukan? Dia tak pernah buat saya macam tu. Rasa risau dia kat awak memang terpamer jelas pada wajahnya. Awak sangat bertuah Risya.” Aku menggeleng lemah.
            “Semua tu tak bermakna bagi saya, Sof. Saya pasti, mesti dia layan perempuan selain daripada saya ataupun awak, dengan berlainan caranya.”
            “Kenapa awak masih mahu menidaknya? Awak terlalu degil Risya. Jangan disebabkan kedegilan awak, pada satu saat nanti, awak yang akan kehilangan dia. Ketika itu baru awak rasa menyesal. Saya ikhlas mencintai dia, tetapi, cinta saya tak disambut. Perit rasanya dan saya pasti, apa yang Nick rasa sama seperti apa yang saya rasa. Saya dengan rela hatinya berundur kerana saya tahu, hatinya tetap ada pada awak. Mungkin ya, dia seorang kasanova. Tetapi, apabila seorang kasanova terkena panahan cinta,dia akan sentiasa setia kepadanya. Dan semua itu saya dapat lihat pada dirinya. Dia bukan lagi ingin bermain dengan cinta. Dia sudah mula ingin setia Risya. Percaya lah cakap saya.”
            Sofea memegang tanganku. “ Risya, sebelum ni, dia pernah cakap kat saya, kalau ditakdirkan dia menemui cinta sejati, dia akan berjanji, dia tak kan mengalah. Sampai ke hujung dunia sekalipun, dia sanggup mengejar perempuan itu. Ternyata kata-katanya benar. Dia menepati janjinya. Dia setia pada awak Risya.” Aku tersentak mendengar segala penjelasannya.
            “ Awak ingat tak ketika hari ‘family day’? Nama awak tak tersenarai dalam pembahagian bilik bukan?” Mataku lama merenung wajah Sofea. Kenapa persoalan itu yang diungkapnya? Bagaimana pula Sofea tahu tentang itu?
            “Sebenarnya, saya yang hilangkan nama awak dalam list. Kalau boleh, saya tak nak awak join pun ‘family day’ tu. Lagi saya suka kalau awak balik pada masa tu juga. Cuma plan saya tak menjadi bila nama awak ada tersenarai dalam komputer bagi bilik Presidential Suite. Mulanya saya tak percaya, bagaimana boleh nama awak ada dalam komputer tersebut. Tetapi, bila diselidik, rupa-rupanya, Nick dah lama sediakan bilik tersebut untuk awak. Awak tahu tak, bukan senang untuk Nick memberi bilik Presidential Suite kat mana-mana perempuan. Mahal tu!” Aik? Ke situ pula dia. Aku tersengih mendengar omelannya.
            “Anyway, yang pastinya, bagi Nick awak berbeza berbanding gadis yang lain. And you should proud of it. Mungkin sekarang ni awak masih belum sedar betapa pentingnya Nick dalam hidup awak, tapi, dengar lah cakap saya Risya. Kalau tiba-tiba dia hilang di depan awak, orang pertama yang singgah kat fikiran awak ialah Nick. Lebih-lebih lagi sekarang saya tahu tanpa awak sedar, awak sebenarnya memerlukan Nick lebih daripada awak sangkakan.” Bagaikan hali lintar yang menyembah bumi, aku seperti terkena kejutan elektrik mendengarnya. Kelat menelan kata-kata itu. Memang sentap ke hati.
            “Risya, saya rasa saya perlu pergi sekarang. There are a lot of thing that I have to do. Apa-apapun saya doakan kebahagiaan awak dan Nick. Kalau...Kalau ada berita baik, jangan lupa beritahu saya ya? Kalau ada apa-apa, just call me.” Sofea menadah tangan ingin bersalaman dan aku sambut tangan tu dengan perlahan. Lambat-lambat aku membalas salamnya. Mataku menghantar kelibat Sofea sehingga ke pintu keluar. Otaku ligat memikirkan kata-katanya tadi. Aku mengeluh lemah. Betul ke apa yang diluahkan oleh Sofea  sebentar tadi?
             

Ketukan pintu menyedarkan diriku dari lamunan yang panjang. Terjengul muka kak Hasnah di sebalik pintu. Kak Hasnah tersengih-sengih macam kerang busuk dan masuk mendekatiku. Ditangannya tergenggam bungkusan plastik.
            “Tu apa pula?” Tanyaku sambil mulut muncung.
            “Dalam ni ada buah tangan sikit untuk orang sakit macam kau.” Aku merengus lembut dan tersenyum.
            “ Sakit sikit je ada buah tangan juga ek?”
            “Yalah, dah kau duduk kat hospital ni, bukan pesakit yang tengah sakit ke tu?” Aku menyambut huluran plastik tersebut dan aku keluarkan isinya. Sebiji epal ada ditanganku kini pantas diambil oleh kak Hasnah.
            “Meh, aku tolong kupaskan untuk kau. Bersih kan dulu, iya dok?” Aku menggeleng melihat cara layanan istimewa dari kak Hasnah. Apabila epal sudah dicuci, aku terus mengambil semula dari tangannya.
            “Tak perlu kupas, makan cam ni lagi bes.” Biji epal merah terus aku gigit.
            “Ya Allah, anak dara apa makan macam tu? Tak senonoh betul.”
            “Irah mana kak?” Aku pantas mengubah topik. Malas mahu melayan bebelan kak Hasnah, nanti melarat pula. Lepas tu, bukan lengan aku yang sakit, dengan telinga aku sekali berdarah dek bebelan bisingnya.
            “Dia dengan Afiq tengah nak siap-siapkan apa-apa yang patut untuk majlis perkahwinan diorang. Dia minta maaf, dia tak datang jenguk kau hari ni. Dia sempat kirim salam tadi.” Aku mencebik.
            “Sampai hati kau Irah. Tapi tak apa lah, orang tu dah sibuk nak kahwin tak lama lagi. Tinggal beberapa hari je pun. Aku bagi lah peluang kat dua merpati tu. Nasib baik ada alasan yang munasabah. Kalau tak, tak akan ku maafkan kalian berdua.” Kak Hasnah menggeleng kepala.
            “Kau sakit ke tak, macam tu lah perangai kau. Masih tetap sama gila-gilanya.” Aku tersengih-sengih. Mata kak Hasnah terarah pada beg kertas yang diletak atas meja bersebelahan katilku.
            Kak Hasnah mengambil beg tersebut. “Apa ni? Hadiah dari Nick ek?”
            “Buat apa dia nak bagi hadiah kat pesakit macam Risya ni?” Selorohku pula.
            “Habis, ni apa? Bukan hadiah ke mak cik kecik oii?”
            “Yalah, tapi bukan dari Nick. Tu dari Sofea.” Membuntang mata kak Hasnah setelah mendengar nama Sofea. Cepat-cepat dia mengeluarkan isi dari beg kertas tersebut.
            Dua patung penguin kecil comel yang bergabung kepalanya membentuk hati dipegang kak Hasnah menarik perhatianku.
            “Comelnya patung penguin ni.” Ujar kak Hasnah dan memeluk patung kecil tersebut. Aku menarik patung tersebut dari pelukan kak Hasnah.
            “Eeee...Busuk. Akak tu dah lah baru balik dari kerja. Peluk hadiah yang orang bagi kat Risya ni. Habis tercemar penguin comel ni.” Giliran kak Hasnah pula yang mencebik.
            “Untunglah, kau dapat patung comel macam tu. Yalah, orang tu dah ada best friend baru kan?” Kak Hasnah buat-buat sedih dan menangis seperti kanak-kanak kecil Aku tergelak dengan perangai kak Hasnah yang kebudak-budakan itu.
            “Apalah akak ni. Kitorang baru nak baik-baik je. Tak ada apa nya lah. Dia bagi hadiah ni pun sebab berterima kasih kat Risya. Risya dah selamatkan dia.”
            “Tulah. Kalau kau nak tahu Risya, habis kecoh satu pejabat bila dengar kau masuk hospital. Dahlah hal si Sofea tu berpindah tak settle lagi, ni kau pula yang jadi berita hot sekarang. Yang lagi hot nya, semua orang tahu kau bercinta dengan boss kita.”
            “Hah?!” Mataku terbuka luas terkejut mendengar cerita terbaru dari kak Hasnah.
            “Kak biar betul ni? Macam mana boleh ada berita macam tu? Sejak bila pula saya bercinta dengan Nick tu?” Kak Hasnah menjongket bahu.
            “Mana lah akak tahu. Mungkin sebab diorang tahu masa kau kena serang semalam kot. Hey, ni mesti kerja abang-abang security guard jaja cerita kau ni. Dengar-dengar lagi, ada yang nampak Nick cepung kau masuk ke dalam kereta. Ish, ni dah kes melampau ni. Diorang lagi tau cerita panas macam ni berbanding aku.”
            “Akak, ke situ pula dia. Tu semua tak benar. Tak kan lah pasal saya kena cepung, terus ada keluar cerita saya bercinta dengan boss pula?”
            “Biasalah, mulut orang. Macam-macam tambahan yang diorang buat. Cis! Laser juga abang-abang security tu ya? Lebih laser dari aku.” Aku menampar lengan kak Hasnah. Kak Hasnah tersengih kambing.
            Satu beban dah lepas, sekarang satu lagi hal pula yang jadi. Aku menggigit bibir. Mataku jatuh pada beg kertas yang comel di atas meja. Aku ambil beg kertas tersebut dan menyelukkan tangan ke dalam beg tersebut. Ada sekeping kad kecil di dalamnya. Aku membaca kad tersebut.

Jangan biarkan seorang pemuja setiamu terlepas, takut hati pula merana bila dirinya hilang tanpa kau sedar. Cintanya ikhlas pada kau. Dia ingin setia. Setia seperti pasangan penguin ini. Si jantan akan sentiasa setia bersama pasangannya walau berada di jutaan golongan penguin yang lain. Jagalah hatinya. –Sofea

            Aku menyimpan kad tersebut ke dalam beg kertas kembali. Sekali lagi, kepalaku bingung memikirkan ayat pujanga daripada Sofea. Heish! Bengang betul!

Nick masuk ke bilik wad dengan perlahan-lahan. Dia tahu sudah lewat baginya untuk mengujungi Risya. Sudah pukul 4 pagi! Tetapi, dengan bantuan rakannya yang bekerja di situ, dia dibenarkan masuk ke bilik wad tersebut. Dia duduk di sebelah katil Risya. Dia tersenyum melihat Risya yang sedang nyenyak tidur. Dia mengusap lembut pada rambut beralun milik Risya. Kalau Risya terbangun, memang kelam kabut lah perempuan itu mengambil tudungnya.
            Sudah banyak kali juga dia melihat mahkota milik Risya itu. Semuanya tanpa dia sengaja dan tanpa Risya sedar. Dia tersenyum sendiri memikirkan kembali kenangan pertama kalinya melihat mahkota Risya ketika di Korea.
            Tangannya ditarik perlahan dan matanya pula lama merenung wajah Risya. Muram sahaja wajah tersebut ketika tidur. Tersentuh hatinya melihat wajah itu. Dia menilik wajah Risya dalam-dalam. Apa yang ada pada perempuan ini sehingga membuatkan dia jatuh cinta? Dia masih belum tahu kenapa dia boleh terpikat pada gadis kecil itu. Mungkin ada sebabnya tetapi baginya itu tidak penting. Yang penting, Risya selamat dan sihat sentiasa.
            “Saya cintakan awak, Eri..” belum habis Nick menyudahkan ayatnya, Risya sudah bergerak sedikit. Nick menggigit bibir menahan debar. Takut juga kalau-kalau Risya mengamuk pula. Nasibnya baik, bila Risya masih tetap nyenyak tidur.
            Nick tersedar sesuatu. Ketika dia mengungkap bisikan cinta pada Risya tadi, nama Risya tidak disebut penuh. “Eri... Erry?” Terbit senyuman dihujung bibirnya. Panggilan ‘Erry’ bermain-main dikepalanya.
            Sekali lagi dia berbisik memanggil panggilan baru Risya. “Saya cinta kan awak, Erry.” Senyuman tidak lekang dibibirnya dan nama baru itu terpahat di hatinya. Panggilan manja buat Risya hanya untuk dirinya. Hanya dia sahaja yang boleh memanggilnya sebegitu. Tiada orang lain.


Cahaya dari sinaran matahari membuat aku terjaga dari tidur. Mataku berkelip-kelip malas. Ah! Sedapnya tidur. Nasib baiklah aku cuti hari ni. Memang nyenyak lah tidur tak ingat dunia. Aku mengeliat malas.  Aku duduk dan menyandar pada kepala katil. Hari ni, aku dah boleh keluar dari wad. Yes! Aku bersorak girang dalam hati. Aku menutup mulut ketika menguap. Mataku ditutup kembali.
            Baru sahaja ingin kembali menyambung tidur, tiba-tiba, mata yang tertutup sekejap terbuka luas. Bunyi orang mengeliat kuat buat aku terkejut. Siapa pula yang berada di bilik ini selain daripada aku? Dengan perlahan-lahan, aku turun dari katil dan aku bergerak seperti pencuri menuju ke ruang sebelah. Kalau dari katilku, aku hanya mampu melihat almari dan televisyen yang berada di depanku. Jadi, aku menuju ke ruang sebelah iaitu di ruang tamu ingin mengetahui siapakah orangnya.
            Aku terkejut melihat orang yang masih baring dengan matanya bertutup di sofa panjang itu. Ternganga melihat kelibat Nick di bilik wad suite aku. Apabila mata Nick sudah mula bergerak-gerak walaupun masih bertutup, suaraku terjerit sedikit. Aku pantas menutup mulutku sendiri.
            Sebenarnya sudah lama Nick tahu Risya sudah bangun. Itupun dia terkejut mendengar bunyi suara Risya mengeliat malas tadi. Selesai solat subuh tadi, dia langsung ke ruang tamu dan tidur disofa. Dek kerana terkejut tadi, dia pula mengeliat malas. Sengaja dia mengeluarkan bunyi ketika mengeliat. Dia ingin mendengki Risya. Sudahlah Risya tidak memakai tudung, jadi, jika dia terbangun, pasti Risya kelam-kabut memakai tudung. Dia tersenyum sendiri memikirkan reaksi yang akan dilakukan oleh Risya setelah melihat dia berada di bilik wad ini.
            Tepat sangkaannya. Dia berpura-pura membuka mata, seperti orang yang baru bangun tidur. Lantas dia terdengar jeritan kecil Risya yang terkejut dengan aksinya tadi. Dilihatnya Risya yang terkocoh-kocoh berlari masuk semula ke ruang sebelah. Dia tergelak tanpa mengeluarkan bunyi. Dia memberi peluang Risya untuk menutup auratnya. Dalam 2 minit kemudian dia menuju ke ruang sebelah.
            Matanya tertancap pada Risya yang berpura-pura tidur dengan lengkap bertudung. Sekali lagi dia menahan gelak. Perlahan-lahan dia mendekati Risya. Mata Risya pula bergerak-gerak walaupun tertutup. Dia tersenyum dengan gelagat Risya. Apa-apa sahaja yang dilakukan Risya membuat hatinya berbunga. Segala kerenah keanak-anakan Risya, dia suka. Dia tidak kisah dengan sikap kebudak-budakan Risya. Baginya, Risya sangat comel sebegitu.
            Dia tunduk dan mendekatkan bibirnya pada telinga Risya.
            “Good morning, sayang.” Bisik Nick perlahan penuh romantis.
            Serta-merta mataku terbuka luas. Terkejut mendengar suara Nick yang begitu dekat denganku. Bisikan tadi tiba-tiba membuat hatiku bergetar. Mata kami bertaut sekejap. Sedar-sedar sahaja aku sudah membuat kelipan mata beberapa kali. Mataku hampir juling dibuatnya.
            Nick tersenyum manis melihatku. “Pantas dan effisyen.” Dahiku berkerut mendengar omelannya.
            “Maksud awak?” Jari telunjuknya menunjuk pada kepalaku. Mataku membulat. Aku menarik selimut dan aku menutup seluruh mukaku. Aku menjerit sekuat hati. Dapat aku dengar bunyi tawa Nick , walaupun mukaku sudah ditutupi selimut.
            “Bagitau saya, sejak bila awak ada kat sini?” Aku bersuara setelah mengalihkan selimut dari mukaku.
            “Emmm...Sejak malam tadi.”
            “Malam tadi?! Bila? Macam mana saya boleh tak tahu awak ada kat sini?”
            “Emmm...Sejak awak tidur ternganga sambil air liur awak mengalir keluar dari bibir awak.”
            “Apa?!” Sekali lagi aku menengkup mukaku menahan malu. Kali ini, bantal pula yang jadi mangsa. Sekuat hati aku menjerit. Ya Allah, malunya!
            Nick menarik bantal dari wajahku. Masih ada sisa tawanya. Cuping telingaku terasa begitu panas, begitu juga mukaku. Dengan spontan aku mencubit lengan Nick. Nick mengaduh manja.
            “Amboi, lengan tu dah baik ke? Dah boleh main cubit-cubit dah ek?” Aku menjelir lidah padanya. Nick menggeleng.
            “Dah-dah. Benda dah jadi. Saya dah nampak dah. Dari dulu lagi, saya tahu. Awak pergilah mandi, siap-siap. Nanti saya panggilkan nurse bersihkan luka awak tu. Lepas tu kita breakfast. I’m starving lah Erry.” Sekali lagi wajahku menunjuk tanda tanya padanya.
            “Erry? Siapa Erry?” Soalku. Dekat bilik ni ada orang lain lagi ke? Alamak!
            “Awaklah! Tak kan nama sendiri pun tak tahu. Erry, Erisya, kan sama?”
            “Kenapa panggil saya Erry? Bunyi cam laki. Saya bukan lelaki okay. Lagipun, tak ada sesiapa pun panggil saya dengan nama tu.”
            “Sebab tak ada orang panggilah saya nak panggil. Hanya saya saja yang beri nama tu kat awak. Erry. Tak ada orang lain yang boleh panggil awak sebegitu. Awak kena ingat tu.Hanya saya je, okay!”
            “Tak nak! Saya tak nak nama lelaki. Dah cantik nama mak ayah saya beri, awak senang-senang je tukar.” Aku menjeling tajam padanya.
            “Itu gelaran khas buat awak dari saya. You are my Erry. Nak dekat sama je bunyi Everything dengan Erry. Cuma ‘thing’ je tak ada.” Aku mendengus geram.
            “Suka suki dia je kasi nama kat orang. Kalau macam tu saya panggil awak dengan panggilan. Emmm...” Aku memegang daguku sambil berfikir. Bila mendapat idea, aku memetik jarik.
            “Hah, saya panggil awak, Amy!” Giliran Nick pula berkerut dahi.
            “ Kenapa Amy?”
            “Tu kan nama awak, Nick Emil. Tak ada ‘L’ kat belakang. Jadi, panggil Amy je.” Jari telunjuk Nick bermain-main didagunya.
            “Idea bagus juga. Tak pernah dalam hidup saya orang panggil saya dengan gelaran yang penuh keperempuanan. Okay, boleh je. Lagipun, ada je, lelaki guna panggilan tu. Cuma, saya ni special kes lah kan?” Nick bersetuju dengan cadangan nama yang aku berikan kepada dia. Pelik, dia tidak pula rasa malu dengan gelaran tersebut. Lagi dia suka ada lah.
            “Dah dah. Pergi siap-siap. Nanti saya datang balik ke sini. Nak ambil baju kat dalam kereta.”
            “Awak tak mandi ke?” Aku turun dari katil.
            “Semua barang saya ada kat kereta. Nanti saya mandilah.”
            “Hah? Awak nak mandi kat sini ke?” Soalku dengan wajah blur.
            “Boleh jugak kalau awak bagi.” Dia tersengih lagi.
            “Eee...Nick menggatal! Memang mat gajah gatal!!” Aku membaling bantal padanya. Dia mengekek ketawa lagi.
            Sebelum Nick keluar dari bilikku, aku memanggil namanya. Dia berpaling.
            “Macam mana awak boleh masuk ke dalam bilik ni? Bukankah hanya ahli keluarga sahaja yang dibenarkan melawat atau menjaga pada waktu malam?”
            Dengan selamba Nick menjawab. “ Saya kan hubby awak? Diorang percaya je bila saya cakap macam tu, jadi diorang bagilah saya masuk.” Nick mengenyit mata. Mulutku terlopong mendengar jawapan tersebut. Ingin sahaja aku menarik telinganya tetapi dengan pantas dia keluar dari bilik dan aku terkebil-kebil sendirian.

No comments:

Post a Comment