Tuesday, January 31, 2012
Cinta yang tiada kepastiannya Chap 22
Thursday, January 12, 2012
Cinta yang tiada kepastiannya Chap 21
Bab 21
Hampir nak terpatah rahang mulut aku ternganga dek terkejut melihat gerangan yang berada di depanku. Aku menggosok-gosok mata kerana tidak percaya. Sumpah, aku rasa macam seram sejuk pula apabila membezakan yang mana halusinasi dengan realiti. Meremang bulu tengkukku.
Sebaik sahaja membuka pintu rumah, ada 4 orang pegawai agama telah melakukan operasi ingin menangkap basah terhadap Nick dan aku. Baru sahaja berpindah ke sini, sudah ada orang yang melakukan operasi sebegitu. Entah bagaimana mereka mendapat berita bahawa aku berdua-duaan dengan Nick. Padahal Nick baru sahaja sampai ke rumahku. Tidak sangka pula mereka begitu cekap menangkap ‘mangsa’. Ya, aku adalah mangsa sekarang. Mangsa fitnah orang yang entah siapa memanggil pegawai jabatan agama untuk menangkap aku dan Nick. Hairan dan pelik betul.
Lama aku tercegat di depan pintu. Otakku langsung tak berfungsi. Hanya air mata yang menjawab segala soalan mereka.
“Kami tak bersalah. Saya tak buat apa-apa pun pada dia. Malah saya baru sahaja sampai ke sini. Kami difitnah! Saya berani bersumpah yang saya tak pernah ada niat untuk melakukan perkara tak elok pada cik ni.” Nick bersuara setelah melihat Risya yang mula mengeluarkan air matanya.
“Tapi, kami mendapat panggilan bahawa kalian sudah lama berduaan di sini. Anak-anak masih bujang bukan? Belum berkahwin. Kenapa berada di rumah ini berdua sahaja? Malah cara pemakaian awak berdua pun nampak mencurigakan.” Terus mata Nick beralih pada baju yang dipakainya. Baju t-shirt yang tidak sempat di iron dan seluar pendek paras lutut. Dia langsung tidak perasan cara penampilannya sekarang. Selepas mendapat mesej tersebut, dia terus bergegas ke sini.
Nick berkalih melihat cara penampilan Risya. Alamak! Risya pula tidak bertudung. Dia mencerobohi rumah Risya juga tanpa memberi salam. Main rempuh sahaja tanpa memikirkan apa-apa. Nick berdeham. Nasib baiklah Risya juga mengenakan t-shirt berlengan panjang serta seluar track. Tapi apa pula yang mencurigakan tentang pemakaian mereka?
Nick melihat Risya yang masih melayan perasaannya. “Saya tak bersalah encik. Saya juga tak tahu yang lelaki ni tiba-tiba masuk ke dalam rumah saya. Dia pun baru sampai ke sini, dan tak lama lepas tu, encik berempat mengetuk pintu.” Ucapku dalam sendu.
“Tapi, ini tetap salah. Di rumah ini hanya ada kamu berdua aje kan?” soal salah seorang pegawai tua yang mungkin dalam usia 50 tahun.
“Apa yang kecoh-kecoh ni?” Suara lembut itu mengganggu perbualan kami. Kesemua mata berpaling melihat gerangan itu.
Sebaik sahaja mataku terarah pada gerangan tersebut, tiba-tiba hatiku berdegup kencang. Air mata yang mengalir tadi menjadi kering dan diganti dengan rasa gementar dan seram sejuk.
“Irah?!” Nick terasa lega melihat kewujudan Irah pada saat itu. Aku masih kaku tidak bersuara, malah ingin memanggil nama itu pun tidak. Bukankah orang yang berbual dengan aku tidak lama tadi ialah Irah? Bukankah Irah sudah keluar dari rumah tadi?
Irah menggesek-gesek matanya. Mengantuk benar! Sebaik sahaja dia turun ke bawah, dia terlupa bahawa kuncinya tertinggal di atas. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengambil barang di rumah lama pada esok hari. Masuk sahaja rumah dia terdengar bunyi ketukan di dalam bilik Risya. Dibiarkan sahaja Risya melakukan aktivitinya itu. Ketika itu juga dia sudah berasa terlalu letih dan mengantuk. Langsung dia menunaikan hajatnya untuk terus tidur di dalam biliknya tanpa memberitahu bahawa dia tidak jadi untuk ke rumah lama kepada Risya.
“Jadi, maknanya awak bukan berdua sahaja kat rumah ni ,lah?” Di dalam hati terbit rasa syukur dan lega. Aku dan Nick serentak mengiyakannya. Akhirnya terbit senyuman di bibir kami.
“Maaflah kerana kami mengganggu kalian. Tapi, kalau begitu kenapa boleh si pemuda ini masuk ke rumah tanpa menggunakan kunci?”
“Itu sebab...”
Belum sempat Irah menghabiskan ayatnya, terdengar bunyi seseorang memberi salam dari luar. Semua yang berada di situ menjawab salam.
“Emmm, kenapa banyak sangat orang kat rumah ni? Eh, pak cik-pak cik ni nak buat doa selamat ke kat rumah baru ni?” Semua mata terarah pada perempuan yang baru sahaja sampai itu.
“Ni adik saya, Shida. Dia belum ada kunci rumah ni, jadi, dia cakap dia nak datang ke sini dalam beberapa minit lagi. Jadi saya biarkan pintu kat depan tak berkunci. Sementelah si Risya ni tengah menukul apa tah, jadi, tak ada lah saya nak risau sangat.” Ujar Irah. Shida masih terkebil-kebil tidak memahami situasi sekarang.
“Tapi, tetap bahaya juga.” Nick menyimpul. Irah tersenyum-senyum sambil menggaru kepalanya.
“Kalau begitu, kami pulang dahulu. Maaf sekali lagi kerana mengganggu. Peringatan kepada semua, janganlah berdua-duaan semasa tiada siapa-siapa di rumah.” Keempat-empat pegawai tersebut pulang seraya memberi salam. Kini hanya tinggal aku, Nick, Irah dan Shida yang masih berada di ruang tamu tersebut.
“Kak Risya, ni abang kak Risya ke?” soal Shida memecah kesunyian di antara kami.
“Abang? Ni bukan abang akak. Ni mamat gajah gatal yang akak cerita hari tu.” Selorohku pula.
“Habis itu kalau ni bukan abang akak, asal akak tak pakai...” Setelah mendengar kata-kata Shida yang tak sempat dihabiskan itu, dengan pantas tanganku beralih menghinggap kepala.
“Argggghhhh!!!!” Dengan pantas aku menolak badan Nick dan aku masuk ke dalam bilik. Telingaku merah kepanasan menahan rasa malu. Ini dah dua kali dia melihat auratku tanpa disengajakan.
Nick menahan gelak melihat gelagat Risya yang kelam-kabut itu. Syukur alhamdulillah, nasib baiklah perkara yang tak diingini itu cuma sementara sahaja. Kalau tidak, kahwin free dia malam ni dengan Risya. Tetapi, bukan itu yang dia mahu. Dia mahu Risya menerima dirinya seadanya dan dia mahu Risya mengahwini dirinya dengan ikhlas hati tanpa paksaan. Malah, dia mahu Risya juga mencintai dirinya sebagaimana hatinya yang sudah ditetapkan untuk Risya seorang.
Nick kembali ke rumahnya dengan rasa lega hati. Dia duduk di sofa bilik tidurnya dan memikirkan kembali peristiwa tadi. Sehabis boleh dia mengerahkan otak memikirkan tentang dalang di sebalik kerja tadi. Siapa yang cuba memerangkap mereka berdua? Siapa lagi yang tahu tentang hubungannya dan Risya? Dia tidak sempat untuk bertanya kepada Risya tentang hal ini. Dia tidak mahu mengganggu Risya yang tampak keletihan tadi. Jadi dibiarnya persoalan itu sendiri.
‘Ah! Memang sah ada yang ingin memerangkap kami berdua. Orang itu sudah pasti ingin menjatuhkan maruah aku dan Risya. Tetapi, siapa?’
Nick melihat jam di dinding, sudah hampir pukul 2 pagi. Nick tidak sedar bahawa masa berlalu dengan pantasnya dek kerana terlalu memikirkan tentang dalang di sebalik semua ini.
“Aku harus siasat siapa orang yang cuba perangkap kami!”Tekad Nick.
Hal ini juga perlu diberitahu kepada Risya kerana Risya juga mangsa dalam perangkap ini.Esok segala yang berkaitan dengan kejadian malam ini akan diberitahunya kepada Risya.
Sofea mendengus kasar. Habis segala perancangan untuk memerangkap Nick dan Risya gagal. Orang upahannya memang tidak berguna! Langsung tidak boleh diharap, di dalam hati Sofea menyumpah-nyumpah pekerja upahannya itu.
“Hoi, bangsat! Kau ingat kau akan dapat upah kau? Kerja pun tak buat dengan betul? Ada hati nak dapat upah? Hey! Kau jangan harap dapat upah kau. Kerja sikit macam tu kau tak boleh nak buat ke?! Aku suruh kau perangkap Nick dengan Risya, bukan suruh mereka kena tangkap basah! Lepas tak dapat kena tangkap basah, korang lepaskan mereka berdua macam tu saja! Apa punya kerja macam tu?! Korang cakap korang ni professional. Hmph! Professional taik kucing kau!! Aku tak kan beri korang duit walau sesen pun! Kau jangan cari aku lagi, faham?!”Bentak Sofea dalam talian.
Sakit hatinya apabila segala rencananya musnah begitu sahaja. Malah, kerja pula tidak dilaksanakan dengan betul tetapi orang upahannya masih mahu menuntut wang daripadanya. Rambut perang milik Sofea yang sudah didandan rapi kini kusut apabila tangannya sudah menggosok-gosok kepalanya. Dia serabut dan bengang.
“Arggghh!! Setan!” Jerit Sofea sepenuh hati. Ketika itu dia berada di bilik kecemasan. Dia terduduk di tangga. Rambutnya dicarik-carik menggunakan jari-jemarinya. Air matanya mula mengalir. Sekali lagi dia menjerit. Dia tidak risau dengan orang sekeliling kerana tiada sesiapapun yang tahu tentang keberadaannya di situ. Tambahan pula bilik kecemasan yang berdekatan dengan tangga itu kalis bunyi dan tersembunyi dari pandangan orang.
“Jadi, semua ini rancangan awak lah?” Sofea terkejut mendengar suara yang sangat dikenalinya itu. Sofea masih tidak berganjak dari duduknya.
“Sofea, awaklah orang yang merancana segala apa yang berlaku malam tadi, bukan?” Dari tadi Risya mengekori gerak laku Sofea. Setelah dimaklum oleh Nick tentang perkara yang berlaku malam tadi, hatinya sentiasa menyatakan bahawa dalangnya ialah Sofea. Fikirnya, tiada orang lain yang sentiasa mencari pasal dengannya selain Sofea.
“Kau ingat orang akan percaya dengan segala apa yang kau cakap tu? Kau jangan nak tuduh aku ek, perempuan tak tahu malu!” Sofea bingkas bangun dan menunding jari pada Risya. Risya tersenyum sinis melihat gelagat Sofea ketika itu. Melihat cara Sofea bercakap sudah buat dia tahu bahawa Sofea cuba untuk menyimpan rahsia daripadanya.
“Sofea, terus terang saja la. Kalau kau berterus-terang, aku akan pastikan, hukuman kau akan dikurangkan. Tapi kalau kau masih nak berdegil, aku takut Nick akan bawa kau ke pengadilan dan kau akan dikenakan hukuman yang lebih teruk lagi.” Tiada lagi perkataan ‘saya’, ‘awak’ digunakan. Tetapi, aku cuba untuk melembutkan hati Sofea supaya berterus-terang. Kalau boleh, aku cuba untuk melakukan taktik ‘win win communication’ kepadanya.
“Hmph! Kau cakap apa ni? Aku tak fahamlah! Eh, Risya, kau jangan ingat, si Nick tu sayang kat kau, kau boleh bergembira sekarang ni ya?! Kau kena menghadap aku dulu. Kalau bukan kerana kau, Nick tak mungkin akan memutuskan hubungan dengan aku. Apa kau cakap tadi? Hukuman?Hahaha.” Sofea mengekek ketawa.
“Aku tak buat apa-apa pun. Mana bukti kau? Kau cakap aku ni bersalah, hah, mana buktinya? Kau yang buat fitnah!” Sambung Sofea.
Geram melihat kedegilan Sofea itu, jadi aku mengambil keputusan untuk mendedahkan perbuatannya. Aku mengeluarkan telefon bimbit dan aku tekan file player. Aku mainkan suara yang direkodku tadi. Terdengar suara Sofea ketika dia masih di dalam talian dengan seseorang yang aku fikir, orang upahannya.
Nampak eksperesi terkejut pada wajah Sofea dengan jelas. Peluh pada wajahnya mengalir perlahan. Sofea yang berdiri di depanku sudah mula gugup. Badannya juga sudah menggeletar. Setelah habis rakaman suara itu dimainkan, masing-masing tidak bersuara.
“Sofea, aku nak tolong kau. Jadi, aku harap kau mengaku saja lah. Aku nak kau beritahu terus-terang dengan Nick dan meminta maaf kepadanya. Kalau kau tak nak meraih kemaafan daripada aku, aku tak kisah, sebab aku dah maafkan kau. Tapi dengan Nick, aku tak tahu. Kalaupun Nick tak mahu memaafkan kau, sekurang-kurangnya, aku akan cuba meminta Nick supaya kau tak dipecat dari syarikat ni.” Aku cuba untuk meyakinkan Sofea sedaya-upaya. Namun hampa. Sofea kembali tersenyum sinis dan ketawa.
“Kau ingat aku bodoh sangat ikut cakap kau? Kau ingat dengan pita rakaman tu, kau boleh jatuhkan aku? Sekarang ni zaman moden ok. Orang boleh guna teknologi untuk mengubah suara seseorang. Jadi, kalau kau beri bukti tu kepada Nick atau orang lain sekalipun, kau fikir mereka akan percaya? Orang akan rasa sangsi terhadap bukti kau yang tak kukuh tu!” Ujar Sofea dengan angkuhnya. Mata tajam Sofea tetap tidak lari dari memandangku. Aku nampak sinar kebencian melalui matanya.
“Kalau macam tu, pita rakaman video dari CCTV pun masih tak cukup kukuh lagi ke?” Suara seseorang dari belakang mengejutkan kami berdua.
“I don’t think that you can feel safe right now, Sofea. Kalau you masih berdegil, I will not hesitate to report you to the police station. Even, I akan sumbatkan you ke dalam jail seberapa lama yang I mahu sebab you cuba untuk memalukan I dengan taktik kotor you tu!”Nick muncul dengan memegang pita rakaman video dan ditunjukan ke muka Sofea. Aku yang berdiri di sebelahnya hanya mampu berdiam diri.
“You need to explain everything to me young lady.” Arah Nick dengan wajah seriusnya. Muka Nick juga sudah kemerah-merahan menahan marah. Rasa gerun melihat Nick sebegitu. Ini pertama kalinya aku melihat Nick berwajah sedemikian. Walaupun sebelum ini Nick pernah memarahiku, tetapi, tidak lah wajahnya segerun ini. Rasa gugur jantungku melihat cara tenungan Nick pada Sofea. Seram sejuk dibuatnya.
Semua yang berada di dalam bilik pejabat milik Nick tidak bersuara langsung. Hanya ada bunyi tangisan daripada Sofea yang menghiasi ruang bilik tersebut. Aku menarik nafas panjang.
“Nick, sudah lah tu. Benda nak jadi. Lagipun, Sofea dah pun menyesal dengan perbuatannya. Dan, kita pula tak kena tangkap basah oleh pegawai jabatan agama. Sudahlah. Tak perlulah dipanjangkan lagi perkara ni.” Aku cuba memujuk Nick yang masih keras duduk di sofa sambil matanya tajam melihat Sofea. Aku tahu Nick tengah marah gila kat Sofea, bekas kekasihnya itu.
“I tau I salah Nick. You hukumlah I macam mana sekali pun. Tapi, I minta satu je. Janganlah you keluarkan I dari syarikat ni. I sayangkan kerja I. I tahu I bodoh! Tapi I mohon, jangan lah you pecatkan I. I betul-betul menyesal dengan perbuatan I tu.” Teresak-esak Sofea merayu kepada Nick. Kesian aku melihat Sofea merayu sebegitu. Lalu, aku bergerak mendekatinya. Aku duduk disebelahnya dan aku memegang bahunya.
“Nick, dahlah. Saya dah maafkan dia, kenapa awak tak boleh maafkan dia pulak?”
“Kalau dia ada kat sini, tak mustahil kalau dia lakukan perkara sebegini lagi, Risya. Malah, lebih teruk dari tu mungkin akan berlaku!”
Sofea terus menerpa dan melutut di depan Nick. “Tak Nick. I janji tak kan buat lagi. Tolonglah Nick, maafkan I.”
Nick mendengus kasar. “Hmph! Dah baik I tak nak laporkan perkara ni kepada polis, you nak stay kat syarikat ni pulak?!” Jerit Nick sehingga menyebabkan bahu Sofea terangkat sedikit kerana terkejut.
“Nick! She did this because of you! She did this because she loves you! Dia dah sedar tentang kesalahannya. Kenapa kita tak beri peluang kedua untuk dia membetulkan kesalahan dia tu?” Aku membangkah kata-kata Nick pula. Aku juga turut terkejut mendengar suara lantang Nick tadi.
“If this is not because of you, this won’t be happen. Dia terlalu mencintai awak Nick. Dia juga sama seperti awak! Sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih cinta!” Nick tergamam mendengar kata-kataku.
“Kalau ya pun kau tak nak dia berada di syarikat ni, kau pindahkan lah dia kat cawangan lain. Hantar aje Sofea kat Pulau Indah tu. If not, send her to US. To your father’s company.” Saran Haris bagi mententeramkan keadaan.
Cadangan Haris masuk juga ke akalnya. Nick memicit-micit dahinya. Sofea masih melutut di depannya sambil teresak-esak. Aku menarik lengan Sofea supaya dia duduk kembali di atas sofa.
“Fine, kalau you betul-betul berjanji kepada kami yang you tak kan buat perkara ni lagi, I tak akan pecatkan you. Dan I nak you janji pada Risya, yang you tak kan ganggu hidup dia lagi dah.”
Semua mata kini pada Sofea. Sofea seperti teragak-agak untuk melafaz kata janji. Walaupun dia seringkali membuat aku menyampah dan benci kepadanya, sedikit sebanyak rasa simpati itu tetap ada.
Tersekat-sekat Sofea melafazkan janji. “ I I..I jan..janji. Tak kan kacau hidup Risya dan juga you.”Setelah itu Sofea mengelap air matanya. Tiada lagi esakan dan hanya sedu-sedan yang berganti.
“You boleh keluar sekarang. Kepala I dah serabut dengan macam-macam masalah. So please, just go.” Sofea menarik nafas lega dan keluar dari pejabat Nick begitu juga Haris.
Aku masih tidak berganjak dari tadi. Ada sesuatu perkara yang ingin aku beritahu kepada Nick. Aku melihat Nick yang menutup mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya. Aku tahu dia tengah stress. Ingin sahaja aku membiarkan dirinya sebegitu tetapi, aku perlu juga luahkan apa yang terpendam di dalam hatiku ni.
Dengan sedikit keberanian aku memanggil namanya. Dia menarik tangannya dan diletakkan pada bahu sofa. Matanya mula terarah pada anak mataku.
“Semua manusia melakukan kesalahan Nick. Begitu juga dengan awak bukan? Bagi situasi ini, Sofea juga seorang mangsa.”
“Maksud awak?” Soal Nick kehairanan. Berkerut dahinya mendengar kata-kata ku.
“Kalau awak tak mula mengejar saya, saya pasti awak dan Sofea tengah berbahagia sekarang.”
“Awak cakap apa ni, Risya?”
“Betul bukan? Nick, awak janganlah salahkan Sofea seratus peratus. Dia melakukan semua ini kerana dia mencintai awak sepenuh hati. Begitu juga dengan awak bukan? Saya... Saya tahu awak sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cinta saya. Awak sanggup bergadai nyawa demi membuktikan cinta awak kepada saya. Jadi dalam kes ni, Sofea sama seperti awak. Dia ingin meraih cinta awak kembali. Dia ingin awak kembali di sisinya. Saya juga tak nafikan bahawa cara dia tu kotor. Tapi, bandingkan dengan situasi awak dan dia, sama-samanya ingin meraih cinta sejati, cuma cara saja berlainan. Jadi saya mohon, janganlah awak menghukum Sofea terus-terusan. Awak juga bersalah dalam hal ni.” Aku melihat Nick yang sudah menunduk.
“Itu sahaja yang ingin saya katakan kepada awak. Its up to you untuk menilainya.” Aku berdiri dan ingin beredar dari situ.
“Maafkan saya.” Ucapan daripada Nick membuatkan aku berdiri kaku tidak jauh darinya.
“Saya sedar, semua ini berlaku kerana saya. Dan disebabkan saya, awak terlibat sekali. Memang betul kata awak. Semuanya berpunca daripada saya. Maafkan saya Erisya.” Aku hanya mendengar membelakangi dirinya. Ketika itu, air mataku sudah mula bertakung.
“Saya faham Nick. Semua ini juga pernah berlaku pada saya. Saya tahu bagaimana rasanya berkorban untuk meraih cinta seseorang yang belum pasti menjadi hak milik kita.” Setelah itu aku terus keluar dari pejabatnya. Cepat-cepat aku beredar menuju ke bilik kecemasan. Entah kenapa hati ini terasa begitu sedih dan sakit mengukapkan kata-kata tadi.
Aku terduduk di gigi tangga dan sejurus itu benteng air mataku pecah jua. Aku menangis semahu-mahunya.
Pada masa yang sama, air mata lelakinya jatuh juga. Dia tidak tahu sampai bila harus dia sebegini. Memang benar kata Risya, sekarang dia masih mengejar sesuatu yang tak pasti. Sesuatu yang mungkin bukan miliknya. Dia hampir-hampir berputus asa. Dalam hatinya memang hanya terukir nama Risya, tiada yang lain. Kerana itu, dia masih sanggup menjadi lelaki bodoh mengejar Risya.
Lama aku berteleku di situ. Otakku ligat mengingat kembali kisah-kisah lama. Semua kisah lama bermain difikiranku, tidak kiralah dengan Iz mahupun Nick. Kedua-duanya meninggalkan kesan yang dalam kepadaku. Tetapi yang peliknya, kenangan bersama Nick lebih banyak menerjah difikiranku.
Air mataku sudahpun kering dan kini, senyuman terbit ditubir bibir. Memori ketika pertama kali berjumpa dengan Nick membuatkan aku tersenyum sebegini. Mana tidaknya, kerana pertemuan tak sengaja itu, terjadinya pertemuan secara kebetulan yang berlaku selanjutnya. Malah aku juga tak menyangka bahawa Nick bisa mencintai diriku yang banyak kekurangan jauh berbeza dengan dirinya. Tak pernah terlintas pun di dalam fikiranku. Nick cintakan Risya. Aku, Erisya dicintai oleh lelaki yang menjadi igauan gadis-gadis di pejabat ini mahupun di luar sana. Memang tak masuk dek akal kan? Aku tertanya-tanya sendiri.
Sedar tak sedar, begitu lama aku melenyapkan diri dari pejabat. Aku sudahpun tergolong dalam golongan staf yang suka mencuri tulang. Aku menilik jam ditangan. Sudah pun waktu balik.Dengan perlahan aku berdiri dan meninggalkan bilik kecemasan tersebut.
Sofea menyusun barang-barangnya ke dalam kotak kosong. Walaupun dia diberi peluang menjadi akauntan manager di bawah naungan syarikat tersebut, tetapi tempatnya sudah berubah. Dia tidak lagi bertugas di pejabat KLCC itu dan dipindahkan ke Pulau Indah. Dia tahu semua kesalahannya itu menjerat dirinya sendiri.
Seluruh pejabat juga sudah kecoh apabila mendengar berita tentang perpindahannya ke Pulau Indah. Dalam masa sehari sahaja semuanya berubah. Ketukan pintu menyedarkan dirinya dari lamunan.
“Is there anything that I can help?” Aku meng’offer’ kan diri untuk membantunya. Dia merengus lemah.
“Tak perlulah. Kau dah banyak buat hidup aku kucar-kacir.” Sofea masih dengan egonya. Aku mendekati Sofea. Jarang sekali aku memberanikan diri berhadapan dengannya.
“Saya tahu awak juga terasa sakitnya kan?”Persoalan dariku menyebabkan segala aktivitinya terhenti. Matanya merenungku.
“It’s okay kalau awak tak nak mengaku Sof. Kerana cinta kita buta kan? Tapi, ketahuilah, bukan cinta itu yang buta. Kita yang tak pandai menilainya. Sebab itu kita yang menjadi buta dibuatnya.”
“Kenapa kau masih nak defense aku walaupun kau tahu aku ni jahat?” Aku tersenyum mendengar soalan yang diajukan oleh Sofea.
“Macam yang saya cakap tadi, awak buat semua ni pun sebab awak dah buta dalam menilai cinta. Saya tahu orang seperti awak ni macam mana. Nak kata cik Sofea ni jahat, mungkin ada juga. Tapi, disebalik hati Sofea mesti ada sedikit kebaikan bukan? You just a spoil brat thats all.”
“Hey! Mulut tu control okay. Aku dah nak pindah kau nak tunjuk belang pulak ke?” Sofea tiba-tiba naik angin pula. Aku tetap tidak gundah dengan anginnya itu. Dengan selamba, aku mengambil buku-buku yang tersusun di atas meja dan dimasukkan ke dalam kotak tersebut.
“Saya tak nak cari pasal sebenarnya Sofea. Tapi, awak sebenarnya anak manja juga kan? Bila berdepan dengan cinta, awak mula goyah. Awak tak salah pun, cuma cara awak tu yang salah.” Ujarku padanya. Sofea kembali menyibukan diri menyimpan barang-barangnya. Nampak seperti dia tidak mengendah kata-kataku tadi, tetapi aku tahu, telinganya masih mendengar.
Suasana di pejabat sudah mula renggang. Kebanyakannya sudah keluar dari pejabat ingin kembali ke rumah. Aku masih setia berada di pejabat Sofea. Setelah barang-barangnya habis disimpan, sekali lagi, aku menawar diri untuk membantunya membawa kotak-kotak tersebut ke dalam keretanya. Sofea tetap membisu dan membiarkan saja aku membawa kotak-kotak tersebut. Mungkin malas mahu bertekak denganku.
Aku keluar dari pejabat Sofea dan bergerak ke cubicleku terlebih dahulu. Aku meletakkan kotak ke atas mejaku dan aku ambil slim bagku. Ketika ingin mengangkat kotak, mataku sempat melirik ke arah bilik pejabat Nick. Aku tidak tahu sama ada dia masih berada di dalam pejabatnya ataupun tidak kerana cermin itu hanya nampak hitam di luar.
“Kau nak ke tak tolong aku ni? Mengelamun je kerja kau kan?” Tegur Sofea sedikit mengejut aku. Aku meneruskan perjalanan menuju ke lif. Di tangan Sofea juga terdapat 2 buah kotak kecil. Aku menekan butang lif dengan menggunakan sebelah tangan lagi.
Nasib baiklah sudah ramai yang dah balik, jadi lif yang kami masuk tidaklah begitu penuh. Staf-staf dari syarikat lain yang ada diKLCC ni juga kebanyakanya sudah balik. Kami terus ke tempat kereta di bawah tanah.
Terasa sunyi pula berada di basement ini. Sudahlah kekurangan udara segar, panas pula tu. Aku terasa sesak nafas. Dalam hati terbit rasa lain macam saja. Aku berdoa di dalam hati agar tiada perkara buruk yang berlaku. Setiba sahaja di kereta Sofea, dia meletakkan kedua-dua kotak di atas lantai. Dia mengeluarkan kunci kereta dari beg yang dijinjitnya pada bahu.
Aku membuka pintu belakang kereta dan meletakkan kotak ke dalam. Ada 3 kotak lagi yang masih berada di atas. Mahu tak mahu, kami terpaksa berulang alik naik ke atas. Ketika ingin kembali ke lif, mataku tertancap pada seorang lelaki botak yang berkelakuan aneh. Mata lelaki tersebut tepat memandang Sofea yang masih tidak sedar tentang lelaki tersebut.
Langkah tetap tidak berhenti, begitu juga lelaki yang berada tidak jauh dari kami itu. Tidak lama kemudian, lelaki tersebut pantas menghampiri kami. Mataku sempat menangkap barang yang dipegang oleh lelaki aneh tadi.Sekejap dia menyembunyikan barang tersebut dibelakang tangannya.Apabila berselisih dengan lelaki tersebut, gerak hatiku pantas mengarah otakku agar menarik lengan Sofea agar jauh daripada lelaki tersebut.
Betul sangkaanku tadi. Di tangan lelaki tersebut ada sebilah pisau poket. Terkejut Sofea bila lengannya ditarik secara mengejut. Mata kami terarah pada lelaki botak tersebut. Sekali lagi lelaki itu menyerang kami dan dengan rekleksi pantasku, aku menarik lengan Sofea dari terkena pisau. Alih-alih, lenganku pula yang menjadi mangsa. Aku mengerang kesakitan.
Lengan bajuku mula berubah warna. Darah pekat mengalir laju pada lenganku. Sofea menjerit meminta tolong. Lelaki botak tadi sudah bergegas cuba melarikan diri setelah sasarannya terselamat. Aku rebah ke lantai kerana kepalaku sudah mula berpinar-pinar mencium bau darah yang meloyakan itu. Dapatku rasakan kepalaku dipangku seseorang tetapi siapa, aku tidak tahu kerana ketika itu kepalaku benar-benar terasa seperti berpusing. Lama kelamaan mataku mula terasa gelap.
Sofea menjerit-jerit meminta tolong. Lelaki botak itu sudah dikenal pastinya. Dia tahu siapa lelaki tersebut. Lelaki itu diupahnya sebelum ini. Oleh kerana dia tidak mahu membayar upah kepada lelaki tersebut, dia pasti lelaki botak itu cuba menguggutnya.
Nasib menyebelahi mereka apabila sebuah kereta menghalang pergerakan lelaki botak itu sehingga melanggarnya. Mujurlah kereta tersebut sempat berhenti tetapi badan lelaki botak tadi tercampak juga sehingga menyebabkan lelaki tersebut kesakitan sukar bergerak. Dengan pantas Nick keluar dari perut kereta setelah terlanggar lelaki botak tersebut. Nick terkejut melihat Sofea dan Risya yang sudah terduduk di tengah jalan. Lebih memeranjatkan lagi, Risya sudah terbaring kaku dengan lengan yang berdarah.
Nick pantas menghampiri Risya dan dipangkunya kepala Risya. Dia memeluk Risya seeratnya. Dia takut melihat keadaan Risya yang sudah tidak sedar diri itu. Pengawal keselamatan juga sudah muncul menghampiri mereka.Kini lelaki botak itu tak mungkin terlepas lagi.
“Nick, cepat, bawak Risya ke hospital!” Sebaik mendengar arahan Sofea, Nick tersedar dan mencempung badan Risya masuk ke dalam kereta. Sofea duduk di belakang bersama Risya. Dengan segera, Nick memandu keretanya ke hospital yang berdekatan. Dalam hatinya sering mendoakan Risya selamat.