AKU
memandang bangunan yang tersergam di depan. Bibirku dikemam tanpa sepatah kata.
Sebenarnya, memang dari tadi aku tidak bersuara. Mengenangkan permintaan kedua
ibu bapa aku semalam membuatkan aku membisu sahaja.
“Fin dah
seminggu duduk dengan ibu dan ayah. Bila lagi Fin nak duduk sebumbung dengan
suami Fin, Ril?” mendengar sebaris nama itu dah buat mood aku hilang. Aku tarik
muka masam dan berpaling menghadap tingkap.
“Bukan
ke si Ril tu dah beri peluang dekat Fin untuk duduk dengan ibu dan ayah? Jadi
apa masalahnya?” soalku kembali. Pertanyaan ibu memang buat aku tak senang. Aku
belum bersedia untuk menghadap lelaki itu setelah kejadian dia merampas fon
tanpa kebenaranku. Inikan pula mahu aku duduk sebumbung dengan dia. Tak mahu!
Aku memeluk tubuh tanda tak puas hati.
Dapat
aku rasakan sentuhan lembut tangan ibu pada bahuku dari belakang. Tangannya
mengusap lembut bahuku menyebabkan hati yang panas tadi dah mula sejuk.
Haila... Inilah kuasa seorang ibu. Pegang sikit mesti buat hatiku lemah.
Lebih-lebih lagi bila dipujuk sebegini. Setahu aku, semenjak keluar dari
hospital, hati aku cepat pula lembut. Entahlah. Aku mengeluh lemah.
Perlahan-lahan ibu menarik tubuhku agar menghadap dia. Aku mengalih mata
daripada memandang anak mata ibu. Aku tahu, aku mesti tak kuat melawan panahan
matanya. Aku masih tak mahu kalah.
“Ibu
tahu bagi Fin dalam ingatan Fin, dia tu hanya orang asing. Tapi, Fin tahu kan
yang tempat seorang isteri itu adalah di sisi seorang suami. Itu adalah
tanggungjawab dan amanah Fin sebagai seorang isteri. Lagipun, bila lagi Fin nak
kenal kembali suami Fin?”
Kenal
kembali? Hatiku berdetak laju. Mengenali kembali lelaki bernama Zuhairil adalah
sesuatu perkara yang susah aku nak terima buat masa ini. Ya! Dia sememangnya
lelaki yang asing buat aku sekarang. Jadi, buat apa aku kena kenal dia kembali?
Aku mengetap gigi menahan perasaan.
Ibu dah
mula menarik aku agar duduk di kaki katil bersamanya. Tanganku digenggamnya
erat.
“Bukan
ibu dan ayah nak halau Fin ke apa. Tapi, sekarang Fin kena tahu di mana patut
Fin berada sekarang. Ibu tak mahu, kalau di akhirat nanti ibu dan ayah disoal
kerana tak serahkan Fin pada suami Fin semula sebab Fin masih hak Ril. Fin
masih isteri dia yang sah!”
Aku
terkedu saat air mata tiba-tiba tumpah ke tanganku. Sejak bila manik-manik ni
hadir aku sendiri tak sedar. Setelah sedar dari koma, banyak benda yang aku
fikirkan sampai aku sendiri pun runsing. Tanggungjawab, amanah, isteri... ahh!
Pening.
Tangan
ibu menyeka air mata yang tak henti mengalir di pipiku. Kali ini aku menatap
anak matanya. Aku mula teresak-esak dan memeluk tubuh ibu. Kali ini, aku
terpaksa juga akur pada permintaan ibu.
“Ini
demi kebaikan Fin juga. Mana tahu kalau Fin boleh ingat kenangan indah Fin
bersama Ril bila dah duduk serumah dengan dia,”
Kenangan
indah? Betul ke indah sedangkan hatiku sering kali menyatakan kenangan itu
hanyalah satu permainan semata-mata?
“Kita
naik atas jom?” Aku tersentak mendengar suara garau di sebelah. Mataku
memerhati sekeliling. Kereta sudah diparkir rupanya. Aku memandang wajah
gerangan di sebelah. Aku lihat wajah lelaki itu tampak begitu teruja. Perlahan-lahan
aku bukakan tali pinggang keledar dan buka pintu kereta.
Aku
membuka pintu kereta di belakang tetapi ditahan oleh lelaki itu.
“Tak
apa. Biar saya yang bawak beg awak,”
“Tak
apalah. Bukannya berat pun. Saya dah biasa,” dalihku pula. Zuhairil ingin
menahan lagi tetapi pantas saja aku memandang wajahnya tajam.
“Saya
tak perlu dilayan bak puteri. I can handle it myself,” aku tarik tangannya dari
daun pintu, namun lain pula jadinya. Tangannya pula yang menggenggam tanganku
dan diraihnya ke bibir. Aku tergamam dengan tindakan selambanya itu.
“You
will always be my princess in my heart,” tanganku yang dikucup tadi diusapnya
lembut. Matanya terpanah tepat pada anak mataku sehingga membuatkan hati ini
terdetik satu perasaan asing. Aku berdeham bagi menghilangkan perasaan yang entah
apa-apa itu. Lantas, aku tarik kasar tanganku dari genggamannya. Aku hadiahkan
jelingan yang paling tajam buatnya dan terus meninggalkan dia saja.
“Tahu ke
tingkat mana puteriku?” soalnya setelah kakiku terhenti di depan lif. Aku
mengetap gigi dan menjeling lagi pada dia di sebelah. Hujung mataku, aku
sendiri nampak senyuman sinisnya. Rasa menanglah tu. Menyampah!
Setelah
pintu lif terbuka, laju saja kakiku melangkah masuk. Mataku memandang pula
wajahnya yang masih berdiri di tempat tadi. Aku hairan bila dia masih lagi
terpacak tidak masuk ke dalam lif bersama. Aku kerut dahi.
“Berdiri
dekat situ lagi buat apa?” dia masih berdiam sahaja. Dah kenapa pula lelaki
seorang ini? Dah mereng ke lepas kena jeling dengan aku tadi?
Aku
terkejut bila pintu lif yang ternganga dari tadi mahu tertutup semula. Aku yang
kaku seketika tadi tergesa-gesa mencari butang lif. Belum pun sempat menekan
butang, tangan Zuhairil pantas menahan pintu lif sebelum sempat tertutup. Aku
tergamam.
Pintu
lif terbuka perlahan dan wajahnya kembali kutatap. Zuhairil segera masuk ke
dalam lif dan matanya tak lepas dari memandang anak mataku.
“Just
like this lift’s door just now, I hope that you will also give me the chance to
let me in. Into your heart back,” aku menelan liur. Kini, wajahnya begitu dekat
denganku. Waktu ini seakan-seakan semuanya terhenti. Aku juga tidak sedar sejak
bila aku mampu menentang panahan anak matanya sedangkan semenjak bangun dari
koma aku berusaha untuk melarikan pandanganku dari matanya.
“Walaupun
pintu hati sayang mungkin disangka sudah tutup untuk Ril, tapi, Ril tetap juga
akan berusaha agar pintu hati sayang terbuka kembali,”
“Emmm...
aa... awak cakap apa ini? Sa...saya tak faham,” tersedar bahawa aku hampir
tersungkur di tangannya, cepat-cepat aku berundur ke belakang sedikit dan
berpaling ke arah lain. Terdengar bunyi keluhan dari bibirnya. Tidak mahu
keadaan terasa agak janggal tika itu, pantas saja aku menekan butang lif.
Zuhairil mengalih tubuhnya menghadap ke depan. Sekali lagi, dari hujung mataku,
aku menangkap wajah Zuhairil kembali tersenyum. Kali ini senyumannya lain,
tidak seperti tadi. Aku naik hairan. Tak pula dia nak jawab soalan aku tadi.
Pelik betul dia ini.
Bila
pintu lif sudah terbuka, aku melajukan langkah untuk keluar. Aku berpaling menghadapnya.
“Aa...
awak tunjuklah dekat mana rumah awak. Saya tak tahu.” Ujarku ingin menghilang
perasaan gundah yang bermukim di hati. Zuhairil tidak bersuara cuma mengangguk.
Dia melangkah keluar dan berjalan mendahuluiku. Aku hanya mengikut sahaja.
Apabila
kakinya berhenti, aku juga berhenti. Zuhairil berpaling menghadapku. Matanya
terarah pada daun pintu di kananku.
“Ini
rumah kita. Bukan rumah saya seorang sayang,” aku teringat pada kata-kataku
tadi. Aku mengangkat bahu. Malas mahu membalas katanya.
Zuhairil
meletak begku ke lantai dan mencari kunci di poket seluarnya. Daun pintu dibuka
dan Zuhairil mempersilakan aku masuk. Aku turutkan saja katanya dan masuk ke
rumah yang kelihatan gelap. Zuhairil meletakkan beg aku ke lantai sebelum dia
menutup daun pintu.
“Welcome
to our home sweet home,” ucapnya sejurus saja lampu ruang tamu dibuka. Aku
terkedu melihat ruang rumah di depanku. Tak berkelip mataku melihat sekeliling.
Anak mataku mula kabur. Dadaku mula rasa sesak. Aku menggigit bibir mahu
menahan perasaan yang hadir di hati. Aku pantas menoleh wajah di sebelah.
Tatkala mata kami bertaut, air mataku mula tumpah. Aku menengkup mulut menahan
esak yang sudah mula berbunyi.
Zuhairil
menarik tubuhku perlahan ke dalam dakapannya. Tubuhku dipeluknya erat seperti
tidak mahu lepas. Mutiara yang hadir semakin galak menghujani pipiku.
“Ril
tahu Fin yang ada di depan ni masih tak lupa akan kenangan kita. Ril tahu, Fin
sekarang hanya nak menghukum Ril atas perbuatan bodoh Ril tu. I’m sorry my
dear. I am so sorry for the things that happened between us. Ril betul-betul
menyesal atas perbuatan Ril selama ini. Ril tak percaya dekat Fin. Ril tuduh
Fin yang bukan-bukan sampai Ril buta nak menilai hati Fin sebenar,”
Siapa
sangka, Ril tahu apa yang aku cuba sembunyikan selama ini sebenarnya. Pecah
juga tembelangku akhirnya.
“How?
How did you...”
“Ril
tahu sejak Fin pegang balik fon Fin. Sebenarnya dah lama Ril sangsi dengan Fin.
Maaf sayang. Ril tak boleh tipu. Memang awalnya Ril ingat Fin betul-betul dah
hilang ingatan tapi cara Fin, tabiat Fin yang sekarang masih belum hilang.
Malah, password fon Fin yang Fin dah tukar lepas kita kahwin, Fin tetap ingat.
Kalau tak, dah lam Fin tanya dengan ibu bukan? Tapi satu soalan pun Fin tak
tanya semenjak Fin dapat balik fon Fin tu. Your password is the date of our
wedding. Tipulah kalau Fin lupa.” Mendengar penjelasannya membuatkan aku malu
sendiri. Tak sangka Zuhairil begitu peka dengan semua itu, walaupun benda itu
mungkin saja sangat remeh bagi orang lain tapi tidak pula baginya.
“I’m
sorry too,” itu saja yang mampu aku luah buat masa ini. Lama kami begitu.
Setelah tangisanku mula reda. Zuhairil melepaskan pelukan dan dahiku dikucup
lama. Mataku terpejam mengingat kembali saat bibirnya singgah di dahiku ketika
hari perkahwinan kami dulu.
Ya! Aku memang sengaja mahu menghukumnya. Mahu melihat
sejauh mana dia mampu bersabar dengan kerenahku. Malah, aku pernah terdetik
ingin menyeksa hatinya dengan menganggap dirinya sebagai seorang lelaki asing
buatku sehingga dia tidak mampu bertahan dan ingin melepaskan aku jua. Namun,
sebaliknya pula terjadi. Aku sendiri termakan dengan perbuatan aku sendiri. Malah, semua ini menyakitkan
diri.
Aku mengalih kembali pandangan pada apa yang berada di
depan mataku. Hiasan ruang tamu dengan ucapan ‘Welcome home’ dan ditemani
dengan sesuatu yang pernah hilang dari aku satu ketika dulu. Akhirnya bibirku
tersenyum penuh makna.
“Encik Bow saya dah balik!” Aku pantas mengambil patung
beruang bersaiz besar itu dan memeluknya erat.
“Ehemmm... Dah lupa dekat hubby dekat sebelah ke?” Sindir
Zuhairil sambil wajahnya tampak tak puas hati. Aku tersengih menayang gigi.
“Don’t forget my princess. You still owe me a lot of
explaination too,” sambungnya kembali sambil jari telunjuknya seperti memberi
amaran.
Aku mencebik dan menjeling. “Awak pun ada banyak benda
yang kena jelaskan pada saya. Awak tu yang berhutang dengan saya.”
“Jadi, malam ini akan jadi malam yang panjang dan lama
untuk kita, sayang,” Zuhairil mengukir senyuman lebar dan memberikan pandangan
penuh lembut yang pada dulunya tidak pernah dia berikan buatku sehinggalah dia
berubah seperti di hari kami bersua kembali. Aku angguk dan membalas kembali
senyumannya.
SEGALA salah faham kami akhirnya selesai setelah aku
menjelaskan satu persatu, begitu juga dengan penjelasan Zuhairil padaku.
Mengingatkan tentang perbualannya bersama salah seorang sahabatnya di talian
sebelum aku dilanggar kereta, membuatkan aku faham dengan jelas mengapa
Zuhairil sanggup berkata sedemikian.
“Tak
terdetik pun niat Ril untuk membalas dendam pada Fin. Dek rasa marah, Ril tanpa
sedar boleh cakap macam itu,” aku mengangguk faham. Melihat aku yang tidak
bersuara, Zuhairil menarik tubuhku yang sudah terbaring dekat padanya. Aku
mengangkat sedikit wajah ingin memandang wajahnya. Kepala Zuhairil ditongkat
dengan sebelah tangannya dan sebelah lagi sudah erat memelukku.
“Sorry,
Fin. Dek rasa cemburu Ril, Fin terseksa. Disebabkan panas baran Ril, Fin
terkena langgar. Memang semua ini salah Ril. Ril tak patut menghukum Fin tanpa
siasat terlebih dahulu,”
“Ril...
Zarif itu baru kehilangan orang yang dia cinta. Isteri dia. Lagipun, Fin
sendiri tak ada kontek dia langsung. Fin pun salah juga. Sepatutnya, Fin
bagitahu Ril awal-awal sebelum apa-apa terjadi. Maafkan Fin juga,” aku tarik
tangannya dan aku kucup lembut. Mataku bertentang lama pada anak mata hitamnya.
Aku senyum lebar bila bibirnya singgah ke dahiku.
“Kan
elok kalau kita settlekan semua ini awal-awal dulu, Fin mesti tak terlibat
dengan kemalangan yang mampu meragutnya nyawa Fin. Gosh! I don’t want to lose
you, Fin. Takut Ril bila tengok Fin melayang bila dilanggar. Mahu putus nyawa
tengok orang yang kita sayang hampir-hampir kehilangan nyawa. Ya Allah,
janganlah apa-apa terjadi pada Fin lagi,” Zuhairil memelukku dengan kuat
sehingga nafasku hampir tersekat.
“Kalau
ya pun, janganlah sebab Ril pula Fin nyawa-nyawa ikan,”
“Eh!
Opps, sorry sayang,” Zuhairil melepaskan pelukannya segera.
“Ingat
kita patung beruang ke?” Mataku tajam memandang wajahnya. Zuhairil tersengih
macam kerang busuk.
“My
bad,”
“Cakap
pasal patung beruang...” aku angkat dari pembaringan dan mengambil patung
beruang yang terduduk di tepi katil.
“Ril,
pasti ke Encik Bow ini dah bersih lepas kena buang dalam tong sampah besar dulu
tu?” soalku kembali.
“Eh... Hello?
Tahu tak betapa susahnya nak bersihkan si montok besar ini? Dahlah bila cuci,
bulu dia hampir nak luruh. Kena bersihkan dia elok-elok tau. Dah itu, dekat
kondo abah dulu susah nak keringkan dia. Saya letak dekat belakang peti ais itu
sebab nak keringkan dia cepat. Dan, cuba awak cium dia,” Zuhairil mengambil
patung beruang dari tanganku dan disuakan pada wajahku pula.
“I
always take care of him and bagi dia minyak wangi supaya dia tak busuk,” jelas
Zuhairil ingin membuktikan kepada aku akan kesahihan penjelasannya tadi. Aku
tersenyum akur.
Sememangnya,
aku tak pernah sangka yang patung beruang ini akan kembali ke pangkuan
pemiliknya. Aku sangkakan patung beruang ini sudah lama hilang bila aku
membuangnya dulu dan siapa sangka, Zuhairillah yang mengambil dan menjaganya
selama ini.
Zuhairil
mahu membuat kejutan untukku setelah kami berbulan madu dulu. Tetapi, sudah
takdir ingin menguji kehidupan rumah tangga kami terlebih dahulu, Zuhairil
sembunyikannya sebelum menanti masa yang tepat. Akhirnya aku temui jua barang
yang hilang ini.
Mataku
memandang pada wajah Encik Bow.
“Kalau
kita tak lalui semua ini, kita mungkin masih berasa sangsi antara satu sama
lain dan tak ada kepercayaan pun dalam hubungan kita. Semua ini pasti ada
hikmahnya dan Fin dah tahu hikmahnya,” lantas aku memeluk tubuh Zuhairil erat.
“Kita
pasti takkan rendahkan ego masing-masing kalau bukan sebab apa yang terjadi
pada kita selama ini. Siapa sangkakan? Di sebaliknya kejadian buruk itu pasti
ada indahnya di kemudian hari,” sambungku lagi. Zuhairil mengangguk setuju.
“I’m
sorry sayang. Lepas ini, kita perlu berbincang kalau jadi apa-apa. Tak baiklah
nak gaduh. Lebih-lebih lagi, hati abang sakit bila Fin pura-pura lupakan
abang,”
“Abang?”
Aku lepaskan pelukan dan memandang wajahnya dengan perasaan tidak percaya.
“Yalah.
Kenapa tak betul ke apa yang abang cakap? Salah ke kalau Fin panggil abang?
Lagipun, tak sedaplah bunyi Fin panggil abang, Ril je. Kan lagi manis kalau
panggil abang, abang,”
Tercetus
tawaku melihat wajahnya penuh berharap. Aku usap pipinya dan aku hadiahkan
kucupan. Matanya membulat seakan-akan terkejut. Aku mencubit pipinya lembut.
“Mengada.
Dahlah. Malas nak layan, abang!” Sengaja aku tekankan perkataan abang dan
segera beralih ke posisi baring semula. Tubuhku mengiring ke sebelah tidak mahu
menghadapnya. Zuhairil mengalihkan patung beruang ke bawah.
Tidak
lama selepas itu, dapat aku rasakan tubuhku dipeluknya erat dari belakang.
Terukir senyuman di bibirku. Sudah lama aku idamkan kenangan sebegini
bersamanya. Rindu.
“Kalaupun
dendam yang abang mahu langsaikan adalah dendam rindu abang pada Fin. Tak
sangka, Fin sebenarnya diam-diam curi gambar abang masa kita berbulan madu
dulu. Kata tak suka, tak ada perasaan tapi sebenarnya dia...” aku terkedu
lantas berpaling menghadapnya.
“Macam
mana, abang tah...” Kata-kataku terhenti saat dia mengucup lama dahiku seraya
tangannya mengeratkan pelukannya. Dalam keadaan kami terdiam berbaring
sebegini, aku seperti dapat mendengar dengan jelas degupan jantungnya senada
denganku sekarang.
“Fin
milik abang dan abang milik sayang. I love you,” ucapnya penuh romantis. Aku
tergelak kecil.
Siapa sangka lelaki yang bernama Zuhairil boleh
seromantis sebegini sedangkan dia seorang lelaki yang panas baran. Siapa sangka
lelaki ini mampu mencairkan hati yang dulunya pecah berderai kembali dicantum
semula. Siapa sangka lelaki yang aku sangkakan tiada dalam kamus hidupku lagi
kini menjadi suami dan pendamping tidur-tidur malamku. Siapa sangka dialah
cinta hati yang aku impikan selama ini. Siapa sangka...
TAMAT