AKU
memandang lama pada telefon bimbit di tangan. Skrin wall paper itu aku tatap dari tadi. Aku mengetap bibir. Perlu ke
dia buat begini? Aku mengeluh lemah. Lelaki yang baru saja ingin kuukirkan
namanya biar terpahat di hati ini sering saja mengundang duga. Hampir saja air
mataku tumpah ke pipi, namun aku cuba sabarkan hati agar tidak terlalu ketara
wajah mendungku di khalayak ramai.
Telefon
bimbit pintar Samsung aku keluarkan dari saku seluar. Aku mempunyai dua telefon
bimbit, satu telefon Sony Ericson model lama dan satu lagu telefon bimbit
pintar ini yang aku belikan menggunakan duit dari elaun ketika waktu praktikal
dulu.
Aku
mencari nama lelaki yang sering bermain di mindaku sekarang. Dalam pada waktu
yang sama, aku segera keluar dari bilik perbincangan dan berniat untuk pulang ke
rumah segera. Fikirku, aku mahu berlama di sini ingin mengulang kaji untuk quiz
minggu depan, namun memandangkan hati tengah ‘panas’ dan tak tenteram, aku
matikan niat itu.
“Eh,
Fin! Bukan kau nak study ke?” Nabil
yang baru saja ingin menghampiriku langsung tidak diendahku.
“Fin! Fin!” Suara Nabil yang terngiang-ngiang di
telingaku kedengaran sekilas sahaja. Segera aku meninggalkan tempat itu.
Sekarang aku mahu membuat perhitungan dengan seseorang. Zuhairil!
Setelah menutup pintu kereta, sekali lagi mataku tajam
menatap nama yang tertera di skrin telefonku. Aku mendengus keras. Benar-benar
buat aku geram. Aku tekan skrin Samsung macam nak tembus skrin itu dibuatnya.
Keluar wajah kami berdua setelah aku memilih untuk menelefon Zuhairil. Masa
itulah air mata yang disimpan dari tadi pecah jua. Dalam beberapa minit, masih
juga tiada yang menjawab. Aku mengetap bibir lagi. Sudahnya, aku membaling
telefon tersebut ke kerusi sebelah. Hampir saja telefon Samsungku jatuh celah
kerusi kereta. Air mata yang sudah lebat membasahi pipi, aku seka dengan kasar.
Kedengaran bunyi mesej yang baru saja masuk. Aku mengalih
pandangan ke sebelah dan menekan menu utama. Tatkala mataku menari ke setiap
patah perkataan yang tertera di skrin telefon bimbitku, dahiku mula berkerut.
“Zuhairil ni dah kenapa? Kau... Kau betul-betul buat aku
hilang sabar. Ya Allah! Tolong aku, ya Allah. Tolong aku agar masih ada sisa
sabar itu.” Ucapku separuh berbisik.
Aku perasan ada yang memerhati di luar kereta. Sedar aku
diperhati, dengan segera aku menekan pedal dan keluar dari fakulti. Kereta yang
dipandu aku bawa dengan kelajuan yang sederhana. Sekarang aku ingin mencari
tempat untuk memenangkan diri. Oleh kerana keadaan sekarang yang tidak
mengizinkan aku untuk sujud menghadap Ilahi, satu sahaja tempat yang ingin
kutuju. Tasik!
Tasik seksyen 7 di Shah Alam menjadi pilihan untuk aku
menenangkan fikiran. Kereta aku biarkan menghadap tasik dan tiada hatiku ingin
keluar dari kereta. Dengan wajah yang sebegini, memang aku tak ingin dilihat
oleh orang ramai.
Telefon bimbit Samsung aku ambil dari dashboard dan aku
buka kembali mesej yang diberi oleh Zuhairil.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.-Ril.
Sebaik membaca bait-bait ayat itu, sekali lagi air mataku
tumpah sehingga menitis ke skrin. Aku ambil telefon bimbit Sony Ericson dan aku
tatap wallpaper yang memaparkan
gambar aku bersama Zarif. Ya! Gambar yang memaparkan hanya kami berdua.
Aku teringat kembali tentang kejadian yang berlaku malam
tadi. Sebaik saja keluar dari restoran makanan segera, aku dan Zuhairil kembali
ke kereta. Sampai saja ke rumah, aku mula meraba saku. Wajah yang tersenyum
dari tadi berubah muram. Aku belek sekali lagi saku seluar dan ternyata telefon
bimbit Sony Ericsonku tiada.
“Awak, saya rasa telefon saya yang satu lagi tu hilang,”
“Hah? Awak baik cari betul-betul.”
“Dah! Dalam saku seluar saya tak ada. Memang dah hilang.”
Suaraku juga kedengaran sendu. Terlalu berharga telefon bimbit tersebut bagiku
walaupun harganya sekarang mungkin sudah murah. Telefon slide itu merupakan
hadiah hari jadi yang diberi oleh ayah dan ibu. Memang betul-betul bererti
buatku, apatah lagi begitu banyak nombor kenalan aku ada di dalam memori
telefon bimbit tersebut. Aku mula menangis.
“Awak tak perlulah nak menangis. Kenapa beriya sangat
menangis? Itu nasib baik telefon lama. Kalau telefon baru awak yang hilang
macam mana? Dahlah mahal itu. Duit bukan senang nak cari.”
“Tapi telefon itu penting. Penting sangat. Semua nombor
kawan saya ada di dalam. Macam mana saya nak kol dia orang lepas ini?” Aku mula
teresak-esak. Kedengaran dengusan dari Zuhairil.
“Tak perlula nak menangis macam itu sekali. Kalau dah dia
nak hilang, hilanglah. Kita tak dapat nak buat apa. Bersyukur sikit hanya
telefon lama yang hilang. Kita pun boleh block
sim kad itu kalau jadi apa-apa nanti,” aku memandang wajah Zuhairil. Nampak
benar wajah Zuhairil masam.
“Ini baru sikit Allah nak duga, dah nangis macam nak rak.
Tak patut awak menangis sebegitu,” sambungnya lagi.
“Tapi awak tak faham!” Suaraku sudah meninggi. Wajah yang
sudah lecun dengan air mata, aku seka dengan kasar. Tiada juga tanda mata ini
ingin berhenti menangis.
“Eh! Awak nak marah, nak menangis meraung ke apa tak ada
gunanya. Tak perlu pun semua itu kalau dah barang itu sudah hilang.” Suara
Zuhairil juga kedengaran sedikit meninggi. Dek terlalu emosi ketika itu, aku
berani menaikkan suara pada Zuhairil. Sudahnya, aku berdiam saja dan terpaksa
menebalkan telinga mendengar bebelan Zuhairil.
Kami juga sudah ke restoran segera tadi dan bertanya pada
pengurus di sana. Yang lebih memilukan hati aku, Zuhairil langsung tidak ingin
mencari parkir dan keluar dari kereta bersama aku demi mencari sebuah telefon
bimbit lama aku. Terpaksa juga aku menenangkan diri dan berlagak seperti biasa
di depan pengurus restoran segera tadi. Alasan Zuhairil, dia malas mahu keluar
kereta dan ingin menjaga kereta sementelah tiada parkir yang kosong. Dalam
hatiku benar-benar terasa dengan sikapnya itu. Langsung tidak seperti kekasih
yang mengambil berat. Sangka aku, kalau sudah bercinta semuanya manis di awal
percintaan. Tetapi tidak pula bagi situasi aku. Awal perkenalan sudah ada
dugaannya.
“Lain kali, telefon itu janganlah diletakkan mode silent. Sekarang, tengoklah apa
jadi. Susah kita nak kesan dekat mana benda itu sekarang. Kalau sudah hilang,
kita nak buat macam mana. Menangis macam ni bukan boleh buat apapun. Bersyukur
bukan telefon baru awak ini yang hilang. Awak kena ingat itu,” itu sahaja
kata-kata yang terluah dari bibir lelaki itu. Langsung tiada kata-kata pujukan
atau kata-kata bagi menenangkan hati yang tengah gundah. Aku menggigit bibir
menahan rasa.
Sudahnya, aku kembali saja ke rumah sewa dan sambung
menangis. Bukan saja menangis gara-gara telefon bimbit kesayangan sudah hilang
tetapi juga kerana Zuhairil yang langsung tidak sensitif dengan perasaanku.
Sampai hati dia melayan aku sebegitu.
AKU keluar dari bilik kuliah dan ingin bergerak ke bilik
perbincangan. Sempat lagi tanganku mengeluarkan telefon Samsung dari saku
seluar. Teringat kembali telefon Sony yang masih tidak ketahui keberadaannya
membuatkan hati dipagut sedih sekali lagi.
Aku
perasan ada satu mesej di peti simpanan, segera aku menekan skrin. Mesej dari
Zuhairil. Sebaik membaca pesanannya, bibir yang muram tadi sudah mula tersenyum
lebar. Hatiku berasa lega dan gembira
apabila mendapat berita daripada Zuhairil. Rupa-rupanya, telefon Sony aku telah
dijumpai Zuhairil di bawah tempat duduk keretanya.
Mendapat
berita gembira ini, aku panjatkan rasa syukur terhadap Ilahi kerana mendengar
doa malamku tadi. Alhamdulillah!
Pesanannya
aku balas dengan kata-kata terima kasih. Namun, aku berfikir sebentar apabila
membaca mesejnya tadi. Zuhairil ingin tahu kata laluan untuk menghidupkan
telefon Sony aku. Aku membalas mesejnya dengan memberi kata laluan itu dan dia
ada memberitahu bahawa telefon aku akan dipulangkan nanti. Aku memberitahu
Zuhairil untuk berjumpa dengan aku di bilik perbincangan.
Aku
menanti Zuhairil tetapi langsung tiada kelibatnya. Aku melihat kembali telefon
Samsung, tiada juga mesej dari dia. Bilalah dia nak datang ni? Aku menanti
dengan rasa debar. Alamak! Rasa nak ke tandas pula. Si Nabil pun belum datang
lagi. Ah! Tinggalkan saja buku-buku ini dan aku segera ke tandas.
Selepas
beberapa minit kemudian, aku kembali semula ke bilik perbincangan. Aku perasan
sesuatu. Beg kuliah aku terbuka dan setelah diperiksa, aku terjumpa telefon
Sony. Bibirku sudah tersenyum sungging. Cuma aku hairan. Di mana perginya
Zuhairil?
Beep!
Satu
pesanan masuk ke dalam peti mesej. Segera aku membaca mesej tersebut dan aku
terpempan dengan mesej yang baru aku dapat itu.
TUBIR mata kembali pecah. Aku masih termangu dengan
kata-katanya. Hakikatnya, Zuhairil menyangka aku masih punya perasaan terhadap
Zarif dan kerana itulah aku begitu sedih kehilangan telefon bimbit Sony
Ericson. Zuhairil seperti menyindirku dengan menukarkan wallpaper di dalam telefon Sony aku.
Walaupun
aku pernah menyimpan perasaan terhadap Zarif tetapi bagi aku semua itu sudah
lama dan aku hanya menganggap Zarif tidak lebih dari seorang sahabat. Perasaan
itu hanya muncul sementara sahaja. Itupun sudah lama hilang sebelum aku
mengenali Zuhairil lagi.
Wajah
aku raup bagi menghilang rasa kecewa ini. Aku menyeka sisa air mata dan aku
menarik nafas panjang. Aku mahu Zuhairil tahu perasaan aku terhadap dia.
Perasaan cinta yang begitu menggunung setelah dia berani mengetuk pintu hati
ini. Tiada orang lain yang aku cinta dan siapa sangka, perasaan sayang terhadap
Zarif hilang begitu saja dan digantikan dengan rasa cinta yang ikhlas buat
lelaki yang bernama Zuhairil.
Mengapa
perlu Zuhairil cemburu dengan Zarif sedangkan dia tahu, aku hanya mencintai
dia. Gambar tidak memberikan apa-apa makna. Gambar ini adalah gambar yang lama.
Gambar yang ditangkap untuk menyimpan kenangan buat dua orang sahabat. Itu
sahaja!
Dengan
hati yang berat, aku beranikan diri dengan menghantar Zuhairil satu pesanan
ringkas.
We need to talk. –Fin
MATA yang begitu berat, aku buka dengan perlahan. Sinaran
yang begitu terang merimaskan anak mataku. Aku kembali menutup kelopak mata. Ingin
menghilang rasa keadaan silau itu.
Satu
ayat yang bermain di minda aku. Aku di mana sekarang? Perlahan-lahan bola
mataku menoleh ke sekeliling. Barulah aku sedar keberadaan aku sekarang. Bau
yang sedikit pelik itu mengganggu deria hidungku. Bau ubat! Tak suka betul!
Kepala
aku pula terasa begitu berat dan berpusing setela menghidu bau itu. Aku kembali
merebahkan kepala ke bantal. Mataku dipejam semula.
“Jadi,
bagaimana keadaannya, uncle?”
“Ril,
sabarlah. Kita kena tunggu Fin sedar. Apa-apapun biarlah Uncle Din uruskan
semua ini. He knows he’s work,” aku
dapat menangkap dua suara yang semakin dekat menghampiriku. Namun, tidak pula
aku mahu membuka mata. Aku mahu tahu lebih lanjut akan perbualan mereka.
“Selebihnya,
kita berdoa jelah. Abah nak keluar dulu. I
need to meet my patient. Din, thank
you for everything. I need to go now,” suara lelaki tua itu sudah hilang
selepas itu.
“Uncle
Din, terima kasih ke atas pembedahan, Fin. Mujur Fin tak apa. I don’t know how I would live without her,”
“Ril,
bersyukurlah kerana Allah masih beri peluang buat Erfina dan Ril. Uncle akan monitor keadaan Erfina secara terpirinci. By the time Erfina is awake. Barulah kita tahu lebih lanjut akan
keadaan dia. Uncle pergi dulu,” kali
ini, tiada lagi perbualan dan hanyalah kedengaran satu keluhan.
Dalam
keadaan yang masih menutup mata, aku dapat merasakan tangan aku digenggam
lelaki itu.
“Fin,
sayang... Tolong bangun, sayang. Ril betul-betul risau dan Ril betul-betul rasa
bersalah atas apa yang terjadi. I’m sorry...” Mendengarkan kata-kata yang
terluah daripada lelaki itu membuatkan hatiku berdetak laju.
Aku
dapat rasakan bibirnya singgah di tangan dan juga kepala aku. Rasa basah di
tanganku membuatkan tebakkan aku benar-benar menjadi. Lelaki itu menangis!
Perlahan-lahan
aku cuba membuka mata. Buat-buat macam baru sedar. Mataku terarah pada tubuh
lelaki itu. Wajahnya sudah tersebam ke katil dan tangannya masih menggenggam
tanganku.
Dengan
pantas aku menarik tangan aku agar jauh daripada dia. Aku nampak wajahnya
tersentak dan terpinga-pinga. Tidak lama selepas itu, air matanya kembali jatuh
membasah pipi. Bibirnya mula menguntum senyuman.
“Ya
Allah, Fin! Fin dah sedar. Syukur, Alhamdulillah. Sayang dah sedar!” Nampak
benar wajah gembiranya. Dengan pantas aku menjawab.
“Kau siapa?”