Chap 19
AKU cuba
merenggang bahu yang terasa sedikit sengal. Aduh! Sudah lama tak bersenam
agaknya. Tak lama selepas itu, aku tersengih sendiri. Bila masa pula aku rajin
dalam bab-bab bersenam? Malah, Zuhairil juga pernah menegurku supaya bersenam
atau berjoging bagi kesihatan badan. Namun, aku endahkan saja. Tatkala sebaris
nama itu muncul di minda, hatiku dipagut rasa sendu.
Sudah
dua hari Zuhairil tak kembali ke rumah. Aku? Aku hanya mampu berdiam diri tanpa
menelefonnya. Amat sukar bagiku merendahkan ego yang kini menggunung. Ah! Aku
tahu bukan salah aku seorang. Dia juga turut sama mencetuskan pergaduhan yang
entah mengapa boleh bermula. Titik permulaannya juga membuatkan aku bingung
sendiri. Kalau ada silapku, mengapa perlu berdiam sahaja? Kalau ada yang
terkurang, kenapa tidak luahkan saja? Aku mengeluh panjang. Sampai bilakah aku
mampu hidup begini. Serupa tiada laki!
Dalam
diam hatiku akui, rinduku padanya sudah menggunung. Aku mula berfikir dalam.
Patut ke apa yang aku buat ini? Kalau bukan salah seorang yang mengalah, mana
mungkin pergaduhan ini akan surut sampai bila-bila.
Ya
Allah, aku pohon agar Kau lembutkan jua hati suamiku agar dia mahu beralah dan
kembali ke rumah. Sememangnya aku sendiri segan ingin mengakui kesalahan yang
tidak aku ketahui apa puncanya. Aku menghela nafas panjang.
Tak!
Kami tak patut begini. Kalau dia pernah mengalah ingin kembali ke dalam hidup
aku, malah mengikatku sebagai isterinya, tak salah kalau aku mengalah buat kali
ini. Aku juga mahu bahagia seperti pasangan yang lain. Aku juga mahu meraih
cintanya kembali. Entah mengapa, rasa mahu kembali ke dalam dakapannya
berkobar-kobar di hati. Dengan pantas, aku menyelesaikan kerja rumah yang
tergendala seketika tadi. Mindaku pula giat memikirkan cara untuk mengembalikan
suami tercinta. Tercinta? Aku tersengih lagi. Ya! Aku kembali mencintai bekas
kekasih hati dan sekarang merupakan suamiku.
Setelah
bersiap-siap, aku perhatikan kembali wajah di cermin. Mata yang sedikit lebam
gara-gara asyik menangis beberapa hari ini, aku tempekkan dengan bedak asas.
Biar letak tebal sikit agar hilang tanda ‘Panda’. Aku colekkan pelembab bibir
dan aku kembali menilik mukaku. ‘Keren!’ Sekarang aku benar-benar berpuas hati.
Baju dress labuh berwarna ungu lembut aku gandingkan dengan tudung berona sama
tetapi sedikit gelap, biar nampak kontra sedikit.
“Baik!
Sekarang, tiba masanya mencari ‘Prince Charming’!” Gumamku seperti berbisik.
Aku tersenyum kecil. Sudah lama juga aku tidak berdandan sebegini. Apa
tidaknya. Asyik terperap di rumah sahaja. Waktu kerja pun hanya sekadar memakai
tudung ‘tangkap muat’. Aku mula terfikir. Adakah Zuhairil tidak menyukai gaya
penampilanku? Mungkinkah gara-gara itu dia sudah mula bosan? Ah! Jangan
berfikiran negatif. Aku perlu bersangka baik terhadap suamiku. Kalau itu salah
satu kesalahan aku, aku tahulah apa yang perlu aku lakukan.
Segera
aku mengambil beg sandang dan aku keluar dari rumah. Setelah semua pintu sudah
kukunci, aku segera melangkah ke lif. Saat menanti ketibaan lif, aku keluarkan
telefon bimbit dan memeriksa kalau-kalau ada mesej daripada Zuhairil. Tiada!
Aku mengeluh lemah. Sabar! Setelah pintu lif terbuka, aku memberi laluan kepada
seorang lelaki tua yang berusia mungkin dalam lingkungan 50 lebih. Sempat juga
aku menitipkan senyuman buatnya.
Lif tadi
berhenti di tingkat parkir. Aku segera menuju ke kereta. Sekali lagi aku
menilik telefon bimbit dan kali ini aku menaip mesej.
Ril, baliklah! Aku rindu kau, -Fin
Pendek,
ringkas dan penuh makna. Aku memag benar-benar rindukan dia. Segera aku
melepaskan handbrake dan mula memandu
ke tempat yang ingin dituju. Di mana lagi kalau bukan di rumah ibu bapanya.
Kali ini aku terpaksa bersembunyi daripada keluarga mertuaku. Takut pula kalau
pergaduhan kami dihidu oleh mereka. Naya!
Aku
melihat sekeliling kawasan rumah. Tiada pula rupa kereta suamiku. Jadi di mana
pergi dia? Sekali lagi hatiku berasa resah. Risau akan ketiadaan dia. Dalam 5
minit kemudian aku menghidupkan kembali kereta dan segera beredar dari situ.
Kembali
memandu, aku membawa kereta ke tempat yang sering dituju suamiku. Ke mana saja
tempat yang pernah dia bawa aku dahulu. Awalya, aku pergi ke tempat pusat
beli-belah, tempat kegemaran suamiku melepak. Lebih-lebih lagi dia sering ke
gym di sana, Wangsa Walk!
Masuk
saja ke sana, aku teringat masa dahulu. Aku selalu juga ke sini, dating! Bila terkenang tentang kisah
lama, hatiku tiba-tiba terasa sebak. Walaupun sering juga bergaduh,
bertegang-urat gara-gara tidak sependapat dengan Zuhairil, aku masih juga
cintakan dia. Hati yang sering terluka dek kata-kata pedasnya, tetap juga tidak
mengubah perasaan hati ini. Bila ada duka, pasti ada suka juga. Aku mengelap
air mata yang sudah jatuh mengalir. Cepat-cepat aku beredar dari situ tatkala
tiada kelibat suamiku di sana.
SUDAH banyak tempat kutuju. Bukan saja Wangsa Walk, Kl
Festival, di Tasik Titiwangsa, aku pergi juga ke Subang. Tempat suamiku biasa
melepak. Namun, masih juga tiada kelibatnya di mana-mana. Akhirnya, aku ambil
keputusan untuk kembali saja ke rumah.
Dengan
hati yang memberat, aku membuka pintu kereta dan melangkah menuju ke lif.
Sebaik lif tiba di tingkat 5, aku keluar dan bergerak ke pintu pagar rumah.
Tatkala ingin mengeluarkan kunci dari beg sandang, aku perasan akan sesuatu.
Kunci pagar telah terbuka dan pintu di dalamnya tidak tertutup rapat. Aku
terkedu. Dada pula sudah berdetak laju. Ada pencuri masuk ke, sedangkan
pengawal keselamatan di sini benar-benar menjaga kebajikan rumah kondo di sini?
Aku jadi takut.
Perlahan-lahan
aku menolak pagar dan menolak daun pintu. Aku terlihat selipar yang memang aku
kenal. Aku menengkup mulut. Zuhairil sudah kembali! Segera aku melangkah masuk
tanpa menguncikan pintu rumah. Namun, kakiku terhenti tatkala mendengar
suaranya.
“Aku dah
agak dah! Kalau dari dulu lagi aku teruskan saja niat nak balas dendam, memang
aku buat. Dia... dia memang melampau!” Jatuh terus air mataku mendengar
katanya. Jadi selama ini memang benarlah Zuhairil berniat untuk membalas dendam
terhadap aku.
“Aku
pasti, dia pergi jumpa jantan tu!” Aku menyeka air mata yang laju saja
mengalir. Aku rasa pelik. Jantan mana pulak yang dimaksudkan suamiku? Aku
benar-benar tidak mengerti. Adakah dia menfitnah aku tanpa sebarang bukti? Aku
menggeleng laju. Hati aku bagai tersiat-siat bila difitnah oleh suami sendiri
tanpa usul siasat.
“Aku...
aku betul-betul kecewa dengan dia,”
“Kau
ingat kau seorang saja yang kecewa dengan perangai kau tu?” Pantas aku membuka
pintu bilik. Kelihatan wajah Zuhairil seperti pucat lesi melihat aku yang
menegurnya secara tiba-tiba. Terkejut mungkin dengan kehadiran aku. Apa? Ingat
aku hantu ke?
Air mata
masih tetap tidak putus menggelongsori pipi.
“Kau
cakap apa ni, Ril? Kau tuduh aku tanpa soal siasat? Kau terus menghukum aku dan
sebenarrnya, dah lama niat kau nak balas dendam dengan aku, kan?!” Lantang aku
mengeluarkan rasa tidak puas hati terhadapnya.
Zuhairil
hanya berdiam sahaja. Tetapi, nampak benar wajahnya kelihatan kemerahan dek
menahan marah. Aku kenal Zuhairil. Tunggu masa saja dia akan meletup. Sikap
panas baran Zuhairil tetap tak pernah hilang. Walaupun begitu, dia tidak pernah
mengangkat tangan untuk menyeksa tubuhku. Langsung tidak pernah menjetik aku
walau sekali. Itu sahaja yang aku benar-benar kagum akan dia. Cuma kata-kata
pedasnya saja yang membuat hatiku begitu sakit sejak dari perkenalan kami.
Mengapa kau tak pernah mahu berubah, Ril?
“Kalau
niat kau ingin kembali kepada aku gara-gara nak balas dendam, aku rasa, kau dah
dapat apa yang kau nak. Kau betul-betul dah menang sekarang. Kau nak tahu
kenapa? Sebab aku cintakan kau!” Ungkapku lantang. Aku memegang dada yang
begitu sebal. Sampainya hati kau, Ril! Sanggup kau menyeksa aku sebegini.
Tanpa
menunggu di situ, aku pantas keluar dari rumah. Di belakang, aku masih dengar
jeritannya, panggilannya. Tetapi langsung aku tidak endahkan. Aku meneruskan
langkah membawa luka yang dalam. Mata yang kabur dek air mata, aku biarkan
saja.
Aku
keluar menuju ke laluan kecemasan dan berlari ke parkir kereta tanpa
menghiraukan panggilannya sejak tadi.
“Erfina!
Jangan!”
Aku
pantas berpaling ke belakang dan ketika itu, mataku terbuntang melihat objek
yang akan merempuhku dalam beberapa saat sahaja. Ya Allah! Kereta!