“ZARIF?”
Mataku tak lepas dari memandang tuan badan. Macam tak percaya melihat jejaka di
depan aku sekarang ini. Dia berubah! Dahulu lelaki tampan yang tampak segak dan
berisi, sekarang nampak jauh berbeza apabila tubuhnya sudah menjadi susut dan
kurus. Apa dah jadi sebenarnya?
Lelaki
yang aku panggil Zarif tadi juga nampak terkejut melihat keberadaan aku di
situ.
“Fin! Ya
Allah, tak sangka dapat jumpa kau kat sini. Kau buat apa kat sini? Eh... dah 5
tahun kita tak jumpa. Kau nampak lain sangat, Fin. Apa cerita?” Aku berdeham
sebelum membuka apa-apa cerita pada Zarif. Nampak lelaki ini begitu teruja
melihat aku. Maklumlah, kami sememangnya rapat dari dahulu lagi. Oleh kerana
Zarif ke luar negara ingin menyambung belajar, hubungan kami terputus di tengah
jalan. Aku dengan kehidupan aku dan dia pula dengan kehidupan dia.
“Kau ni
Zarif... Masih macam dulu lagi. Perangai tak berubah! Cuba kita pergi lepak kat
mana-mana kedai kopi dulu ke sebelum nak buka cerita. Ini tidak. Tak ada full
stop ke apa, kau dah tembak aku dengan bermacam-macam soalan. Macam reporter
pun ada.” Zarif tergelak senang. Sempat lagi matanya melirik pada jam tangan.
“Okey,
cun! Nasib baik aku tak ada hal sekarang. Bolehlah lepak sekejap,”
“Haaa...
Tapi, sebelum tu aku nak kol seseorang dahulu.” Pintasku sebelum membuka
langkah. Aku mencari telefon bimbit di dalam tas tangan. Tatkala telefon
Samsung S3 sudah berada di tangan, segera aku menelefon suami tercinta. Cewah!
Suami tercinta? Aku tersenyum sendiri. Ya! Aku dapat rasakan hatiku mula
menerima kehadirannya di dalam hidupku. Wah! Tak sangka bahagianya bila
bergelar suami isteri.
Zarif
mengangkat kening sebelah dan memberi pandangan penuh tanda tanya.
“Siapa?”
Aku hanya mampu tersenyum dan membiarkan saja Zarif tertanya-tanya. Apabila
talian bersambung, lama pula tidak berjawab. Akhirnya, suara mesin pula yang
menjawab. Aku kembali mendailkan nombor Zuhairil. Belum pun sempat talian
disambung, telefon bimbit tiba-tiba mati.
“Alamak!
Dah habis bateri pula,”
“Kenapa,
Fin? Kau nak kol siapa sebenarnya?” Wajah seperti tidak berpuas hati. Aku
menjongket bahu.
“Jomlah!
Kita pergi ke kedai kopitiam dekat situ.”
Kami
segera melangkah ke kedai Old Town White Coffee yang berada tidak jauh dari
kami. Setelah masuk ke kedai, kami segera membuat pesanan. Aku hanya meminta
oren jus dan Zarif pula memesan teh tarik.
“So,
shoot!” Ucap Zarif tidak sabar. Aku menarik nafas panjang sebelum bersuara.
Sempat juga hati aku membaca bismillah. Pasti Zarif akan terkejut setelah
mendengar berita yang bakal aku sampaikan ini.
“Aku dah
kahwin!” Mata pantas memandang wajah Zarif dalam-dalam. Reaksi Zarif pula sama
seperti tekaanku. Matanya terbuntang dan mulutnya melopong.
“What
did you just say? Are you married?” Aku mengangguk perlahan menjawab soalan
Zarif.
“With
who?” Zarif bertanya lagi. “Is it with the person that I know?”
“Yes...”
Aku jawab dengan lambat.
“Come
on, Fin! Jangan nak berteka-teki dengan aku. Siapa orang tu? Kau buat aku jadi
saspenlah!”
“It’s
Zuhairil.” Akhirnya persoalan terjawab juga. Zarif pula nampak seperti tidak
keruan.
“Are you
nuts!? Kau betul-betul serius ke ni, Fin?”
Aku
mengeluh lemah. Reaksi Zarif ketika ini nampak seperti tidak senang apabila
mendengarnya. Aku mengangguk perlahan.
“Emmm...
Okay. Tell me the whole story,” ujar Zarif dengan wajah serius. Nak tak nak,
aku membuka cerita bermula dari awal perancangan ibu sampailah aku bernikah
dengan Zuhairil.
“Kalau
dia betul-betul dah berubah, I am very happy for you my friend. Tapi, kalau dia
masih dengan perangai dia yang dulu. I can’t say anything. Lagipun, kau dengan
dia kahwin pun atas kehendak parents korang jugak kan?”
“Bukanlah
atas kehendak parent sangat. Tapi, gara-gara permintaan Zuhairil tu sendiri
jugak. What I mean is... Dia memang nak tunaikan janji dia. Dan aku tak sangka
dia betul-betul berpegang pada janjinya. I never expect that all of this could
happen. Memang tak disangka betul!”
“Macam
tiada sangkaan cintalah ni?” Zarif dah mula mengarut. Aku mencebik. Semakin
galak pula Zarif mentertawakan aku. Lelaki ini memang nak kena.
“Zarif,
stop that!”
“Alah...
kau kan memang minah jiwang sejak dulu lagi. Kira cerita kau ni dah macam ala-ala
novel melayu yang kau minat tu.”
“Not
exactly macam novel. Tapi, ada je terjadi dalam realiti hidup. Selalunya,
penulisan di dalam novel ada juga berkaitan dengan realiti kehidupan sebenar. Kalau kau percayalah.” Aku mula bermukadimah.
Zarif yang kenal sangat dengan perangai aku hanya mampu tersenyum sungging.
“Apa-apapun,
aku nampak wajah kau bahagia sekarang. Jadi, itu yang buat aku berpuas hati,”
wajah Zarif tiba-tiba berubah mendung. Keningku bertaut. Aku menyedut sedikit
air oren jus dan mula membuka mulut ingin bertanya tentang Zarif pula.
“Kau
pula... apa cerita? Is there something wrong?” Sebaik mendengar soalan yang
keluar dari mulutku, Zarif mula mengeluh lemah.
“Tak
baik mengeluh, Rif...” Pintasku sebelum Zarif bersuara. Dia senyum kecil dan
menggeleng.
“Actually,
baru 3 bulan aku kehilangan orang yang aku cinta. Isteri aku meninggal.” Aku
menekup mulut terkejut mendengar kisah Zarif.
“Ya
Allah! Takziah, Rif. Aku tak tahu pun yang isteri kau meninggal. Kita lost
contact and we never keep in touch. I am very sorry to hear that.” Aku
bersimpati mendengar kisah yang menimpa teman rapatku ini.
“Dia dah
lama menghidap penyakit kanser perut. Selama kami bercinta, tak ada pula dia
nak buka cerita. Cuma sebelum aku nak pinang dia, dia terus cerita kisah
sebenar. Dia sendiri dah bagi amaran dekat aku di awal perkenalan kami. Dia tak
suruh aku jatuh cinta kat dia. Aku rasa pelik tapi, hakikatnya dah 2 bulan dia
menghidap penyakit tu,” aku mengangguk dan memandang wajah Zarif dengan
perasaan simpati.
“Aku
pinang dia selepas 4 bulan perkenalan kami. Kadang-kadang nampaklah dia menahan
sakit perut. Bila aku nak bawa dia ke hospital, dia cakap tak perlu risau.
Jadi, aku sangka dia sakit biasa je. Rupa-rupanya, sebaliknya.” Aku nampak
tubir mata Zarif yang sudah mula bergenang. Tanpa sedar aku menepuk lengannya.
Hatiku turut merasa sayu melihat keadaannya.
“Sebab
tulah badan kau nampak kurus sangat. Aku ingatkan apek manalah tadi,
rupa-rupanya kau.” Sengaja aku membuat lawak ingin menghiburkan hatinya. Zarif
tersengih dan mengelap air mata yang hampir mahu menitis.
“Kau
saja aje kan? Suka kacau mood orang bila orang tengah bersedih macam ni,”
“Habis
tu, takkan aku nak biarkan orang lain tengok kau menangis depan aku? Nanti apa
pula orang cakap. Aku yang perempuan ni dah buat apa sampai lelaki ni menangis.
Tak ke pelik tu?” Tercetus tawa Zarif mendengar selorohku.
“Sorry.
Benda ni baru berlaku. Jadi, aku tak boleh nak control rasa sedih aku lagi. Aku
sayang gila dekat dia.”
“I know.
Kau tak pernah macam ni, Rif.” Simpulku tatkala melihat keadaan Zarif di depan
mata. Memang! Zarif benar-benar cintakan isteri dia.
“I
just... I just don’t know that she was sick. Aku betul-betul tak tahu, Fin.
Kalau aku tahu... kalau aku tahu...”
“Jangan
dikesal benda yang dah terjadi. Ini takdir Allah, Rif. Kau tak boleh nak tolak.
Kau kena terima qada dan qadar-Nya.” Pintasku segera. Air mata Zarif kembali
menitis. Dengan rasa kasihan, aku mengambil tisu dan mengelap air matanya. Aku
menyerahkan tisu tersebut kepadanya.
“Mungkin
ada hikmah di sebalik semua ni. Kau kena percaya akan takdir Allah, Rif. Cuma
kau berdoa jelah semoga roh dia aman di sana.”
“I will
always pray for her, Fin. Always be...”
DOOM!!
Aku
tersentak tatkala mendengar bunyi guruh yang berdentum dengan kuat di luar
jendela. Aku menyeka air mata yang kembali mengalir. Mataku terarah pada jam dinding.
Sudah pukul 1 pagi dan kelibat suamiku masih tiada. Hatiku jadi gusar. Ke mana
dia pergi? Kenapa tak balik lagi?
Hati
ingin menelefon dia, tetapi entah kenapa ego sering menghalang. Petang tadi dia
ada menghubungiku, tetapi aku langsung tidak menjawabnya. Aku benar-benar
terasa hati dengan layanannya yang tiba-tiba dingin. Kecewa benar dengan sikap
Zuhairil sekarang. Sangkaku dia benar-benar sudah berubah. Tetapi, lihatlah apa
dah jadi sekarang. Dia kembali seperti dahulu. Seperti Zuhairil yang
mempermainkan perasaanku.
Telingaku
menangkap bunyi pintu yang baru saja ditutup. Aku segera melangkah keluar dari
bilik. Wajah Zuhairil yang tampak seperti tidak bermaya, aku tatap dalam.
Walaupun dalam hati rasa kecewa, tetapi tanggungjawab sebagai seorang isteri
tetap aku jalankan. Aku datang menghampirinya dan ingin menyambut beg kerjanya.
Aku
tersentak apabila Zuhairil menarik jauh beg kerjanya dari tanganku.
“Jangan
jadi hipokrit, Fin!” Suara Zuhairil yang kedengaran sedikit kasar benar-benar
menyentap hatiku. Air mata mula mengaburi.
“Ril...
kau sebenarnya ada masalah dengan aku ke? Aku sangkakan kita dah okey. Kenapa
kau layan aku macam ni? Dalam masa beberapa minggu je, perangai lama kau dah
datang balik. Sebenarnya apa tujuan kau kahwin dengan aku, hah?!” Amarahku mula
meletus apabila dituduh melulu.
Zuhairil
tersenyum sinis.
“Kau
rasa kenapa?” Aku tergamam mendengar sebaris soalan itu. Keningku bertaut. Jadi
selama ini, adakah benar dia punya niat lain?
“Jadi,
memang betullah kau kahwin dengan aku bersebab? Sebab apa? Sebab kau nak balas
dendam?” Rasa sangsiku padanya membuak. Aku tak mampu mempercayai dia lagi.
“Kau
memang suka menuduh aku melulu. Sedangkan kau? Kau tu seorang hipokrit!”
“Kau
cakap apa ni, Zuhairil!?” Balasku kembali. Air mataku tak sudah mengalir.
Bahuku terhenjut-henjut bersama esakan.
“Aku dah
buat apa sampai kau sanggup buat aku macam ni?”
“Kenapa
kau tak jawab kol aku?” Pintas Zuhairil dengan pertanyaan juga. Aku diam dan
mengalih pandangan ke tempat lain. Hatiku benar-benar membeku sekarang. Aku
terkejut bila Zuhairil melemparkan beg kerjanya ke lantai. Bahuku pula
dipegangnya dengan kemas.
“Jawablah!
Kenapa?” Mataku pantas menatap wajahnya dengan perasaan yang berang.
“Aku
takkan jawab pertanyaan kau selagi kau tak jawab soalan aku. Apa sebenarnya
tujuan kau kahwin dengan aku, Ril?”
Zuhairil
mendengus kasar dan melepaskan genggaman pada bahuku.
“Aku
malas nak layan kerenah kau. Dari dulu sampai sekarang, kau memang tak pernah
nak berubah rupa-rupanya. Masih dengan perangai kau yang nak menang. Bosan!”
Zuhairil berlalu begitu saja meninggalkan aku yang terpinga-pinga di ruang
tamu. Perlahan-lahan tubuhku melurut ke lantai dengan lemah.
“Apa
sebenar yang awak nak daripada saya, Zuhairil?” Bisikku pada diri sendiri.
Pada awalnya dia
melayanku dengan baik. Kenapa secara tiba-tiba perangainya berubah dengan
sekelip mata? Benarkah dia punya tujuan tertentu untuk mengahwiniku? Entah
mengapa dadaku terasa sesak dan perit bila menelan segala yang berlaku ini.