Friday, August 23, 2013

Cerita pendek part 6: Tiada Sangkaan Cinta

Chap 10


Aku menggigil tatkala tubuh sudah duduk terletak di atas katil. Mata lelaki itu tetap meratah ke seluruh tubuhku. Aku jadi takut! Bukan takut kerana akan menjadi miliknya malam ini tetapi takut untuk menyerahkan segala jiwa dan ragaku kepadanya. Aku takut luka yang lalu akan kembali berdarah andai hati ini turutku serahkan kepadanya. Zuhairil mengangkat tangannya dan mula mengusap pipiku. Tanpa sedar aku menutup mata dan gugur juga mutiara putih yang entah bila sudah bergenang di tubir mataku. Tangisan yang bermula dari sedu-sedan menjadi esakan pula. Aku pasti Zuhairil pasti hairan melihat aku sebegini. Semasa malam pertama bersama, pernah juga kami tidur sekatil. Malah, aku juga memberanikan diri untuk menyerahkan tubuh ini walau sudahnya tiada apapun yang berlaku di antara kami. Tetapi, di saat ini aku seperti kehilangan separuh nyawa bila kisah lalu kembali menerjah minda.
AKU tergamam saat melihat mesejnya. Tanganku menggeletar begitu juga tubuhku. Aku terkedu membaca bait-bait kata dari pesanan ringkas yang diberikan oleh Zuhairil kepadaku tidak lama tadi. Saat ini kolam mata sudah penuh dengan air mata dan menitik satu persatu perlahan ke pipi.
'Apa guna kalau begini hubungan kita, kalau awak dah tak bahagia dengan saya. Baik kita putus!'
Esakkanku menjadi-jadi. Bahuku terhenjut-henjut menahan sendu. Sampai hati kau Ril. Sampai hati kau katakan putus denganku. Setelah aku cuba untuk mengalah dalam perhubungan ini. Kau menjadi pendusta pula. Perit yang kualami ini manakan dapat kuubati.
Sejak itu aku teringat akan kata-kata Mok. Walaupun Bilah pernah menyarankan untuk berjumpa dengan Mok bagi mengetahui sikap sebenar Zuhairil, aku pernah juga berhubung dengannya melalui facebook. Dan apa yang aku tak boleh lupa apabila Mok memberitahu aku supaya berfikir semula akan hubungan antara aku dan Zuhairil.
Setelah apa yang kami lalui, jalan kebahagiaan untuk bersama sudah mula pudar. Aku jadi lemah dan akhirnya malam itu tidurku ditemani air mata yang kian gemar mengalir.
AKU menutup muka dengan kedua tapak tanganku. Aku masih melayan tangisan yang belum ada tanda-tanda ingin berhenti.
"Ke... Kenapa kau masih nak tunaikan janji dulu sedangkan aku tahu dalam hati kau tak pernah ada rasa cinta pada aku sepenuhnya. Kau sebenarnya tipu aku. Kau hanya mempermainkan perasaan aku. Kau cakap kau cinta dan sayang tapi apa bukti yang kau ada? Malah, kau pernah nak putus dengan aku. Bila aku beriya tak nak putus, kau masih buat perangai tak kisah kau. Cinta ke namanya tu? Sayang ke kalau kau langsung tak kisah pasal aku sebenarnya!" Bentakku. Entah apa yang merasukku malam itu. Aku seperti mendapat satu keberanian untuk meluahkan segala yang terpendam dalam hatiku selama ini.
Mataku sudah terpanah tepat pada anak matanya. Walaupun kabur dek air mata tetapi aku masih boleh nampak raut wajah Zuhairil. Dia tersentak. Aku tepis tangannya di saat jari-jemarinya mula memegang tanganku.
"Kau tipu aku, Ril! Kau tak pernah cintakan aku sepenuhnya. Kau hanya mahukan aku bila kau sunyi. Bila tak, kau biarkan aku sepi. Kau tipu! Kau penipu! Cinta kau semua tu dusta. Aku benci kau! Aku benci." Suaraku mula kedengaran serak. Jeritanku tadi seperti dengar tak dengar saja. Aku menunduk dan mula memeluk lutut. Wajahku sebamkan ke lutut. Aku langsung tidak mahu melayan Zuhairil malah hatiku sudah kosong.
"Aku... Aku akan biarkan kau tidur atas katil ni. Maaf sebab aku keterlaluan tadi." Suara Zuhairil mula kedengaran walaupun muka masih tidak kupanggung. Sudahnya malam itu berlalu dengan sepi.
Bilik hotel yang didiami kami terasa begitu sejuk sekali. Aku tersedar tatkala bunyi detuman guruh kedengaran. Aku bangun dari pembaringan. Rupa-rupanya aku tertidur setelah melayan tangis tadi. Aku berpaling ke kiri dan wajah Zuhairil yang tenang itu aku pandang. Nampak nyenyak saja tidurnya. Baru aku sedar, dia langsung tidak menggunakan apa-apa selimut pun. Dibiarkan saja tubuhnya baring kesejukkan di atas sofa tanpa selimut. Terselit rasa kasihan padanya, lantas aku datang mendekati sofa tempat dia beradu. Sempat juga tanganku menarik selimut lebih dan aku tutupkan tubuhnya dengan selimut tadi. Aku tahu pasti dia kesejukkan sementelah dari dulu dia memang seorang yang tidak tahan sejuk.
Aku renung wajahnya yang masih belum sedar dari tadi.
'Maafkan aku Ril. Cintaku telah kupadam semenjak kita berpisah dulu. Ingin kembali menyambung cinta yang telah lama putus, aku tak mampu. Perit dan rasa sakit dulu masih tetap memberi kesan mendalam pada aku. Aku tak mampu, Ril.' Rintihan hatiku bersuara tanpa mampu aku luahkan kepadanya secara berdepan.
Aku kembali baring di katil, tetapi mataku masih melekat memandang wajah tenang Zuhairil. Tidak kusedar bila masa pula aku kembali tertidur.
AKU terkejut apabila merasakan tangan seseorang yang menolak bahuku.Sebaik membuka mata, wajah Zuhairil menyapa.
"Jom! Solat subuh bersama." Zuharil mengejutkan aku untuk berjemaah bersama. Perlahan-lahan aku mengangguk dan memisat mata yang masih mengantuk. Aku masuk ke bilik air dan keluar sesudah membersihkan diri.
"Nah! Aku dah ambilkan telekung dari beg kau tadi," Zuhairil menyerahkan kain telekung kepadaku.
"Terima kasih." Pendek saja ucapku dan kami menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.
Sebaik menyudahkan doa, Zuhairil menghulurkan tangan. Dengan hati yang sedikit teragak-agak, aku sambutkan juga tangannya dan aku tunduk mencium sebagai tanda hormat akan kedudukannya sebagai seorang suamiku yang sah. Apabila wajahku kupanggung, aku lihat ada sebaris senyuman dihadiahkan kepadaku.
"Aku tahu kau masih tak dapat terima hakikat yang aku ni dah jadi suami kau yang sah. Tapi, izinkan aku tunaikan tanggungjawab aku sebagai suami kau walaupun kau susah nak terima,"
Di saat dia mengungkap kata itu, hatiku mula dipagut rasa bersalah. Zuhairil cuba untuk tunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami, sedangkan aku? Masih belum melunaskan hutang yang sepatutnya seorang isteri lakukan untuk suaminya.
"Dah! Jom kita kemaskan barang. Kita kena pergi awal ke airport. Bukan pakai MAS pun, setakat pakai AirAsia je yang aku mampu," Zuhairil kembali menyambung katanya apabila tiada langsung balasan dariku.
"Aku tak kisah." Ucapku pendek. Mata Zuhairil merenung tepat ke anak mataku. Aku tidak suka direnung sebegitu dan akhirnya aku kalah juga. Aku melarikan pandangan dan aku bukakan telekung. Aku menyibukkan diri dengan mengemas barang-barang yang masih belum disimpan ke dalam beg.
 Bila Zuhairil mengambil bagasinya, aku pantas menahan.
"Kalau kau nak aku beri kesempatan untuk kau tunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami, biarlah aku lakukan kerja yang patut seorang isteri lakukan untuk suaminya. Hanya ini je yang mampu aku buat," aku tarik bagasi Zuhairil dan menyimpan segala barang miliknya.
"Tapi, tak bermakna aku mampu tunaikan tugas aku sebagai seorang isteri sepenuhnya." Sambungku lagi. Zuhairil memegang tanganku agar berhenti melakukan apa-apa kerja. Matanya terpanah tepat memandang wajahku.
"Maksud kau?"
"Itu tak bermakna aku dapat serahkan hati seorang isteri pada seorang suaminya." Aku nampak wajah Zuhairil yang sedikit tergamam. Aku lepaskan tanganku dari pegangannya dan meneruskan kerja yang tertangguh tadi. Di hujung mataku, wujud juga mutiara putih tanpa diundang. Aku pantas menyeka dan langsung tidak menghiraukan renungan Zuhairil.

Chap 11


SAMPAI saja kami di lapangan terbang LCCT, Zuhairil pantas mengambil bagasiku dari tangan. Aku terkedu dengan aksi pantas tadi.
"Bagilah aku beg tu. Dah banyak juga barang yang ada kat tangan kau tu. Dengan beg kamera lagi. Biarlah aku je yang bawak beg aku sendiri. Tak payah susahkan diri tu,"
"Tak apalah. Kau ambilkan trolli tu je." Arah Zuhairil bersahaja. Aku mencebik. Malas mahu bertengkar, aku turutkan saja. Setelah meletakkan segala beg, kami berjalan menuju ke kaunter tiket. Selepas itu, segala proses untuk ke luar negara termasuk pemeriksaan imegresan dilalui. Akhirnya aku tarik nafas setelah semuanya selesai. Penat juga berjalan ke sana ke sini. Macam-macam kena check. Walau dalam hati terasa teruja kerana aku memang gemar pergi bercuti, tetapi setelah memikirkan tujuan sebenar bercuti ini, rasa teruja itu semakin hilang.
Kami duduk menunggu panggilan masuk dari pekerja AirAsia setelah tibanya kapal terbang nanti. Aku menanti Zuhairil yang meminta diri untuk ke tandas sebentar. Dalam pada itu lamunanku melayangkan memikirkan kejadian malam tadi. Rasa kasihan sering bermain di fikiran.
"Nah!" Aku terkejut apabila melihat tangan Zuhairil menyuakan sebotol air mineral kepadaku. Aku mengambilnya dan berpaling ke tempat lain. Tidak mahu bertentang mata dengannya. Entah kenapa setiap kali bertentangan mata dengannya, hati rasa gugup. Aku tak mahu kalau perasaan itu mengganggu hidup aku kembali setelah apa yang dilalui kami selama ini, setelah apa yang dilakukannya kepadaku, semua itu tak mungkin dapat aku lupa.
"Kau pernah pergi ke Pattaya, Thailand?" Soal Zuhairil ingin memecahkan kesunyian di antara kami.
"Tak pernah. Tapi aku dah pernah pergi ke Bangkok. Outstation kat sana for 1 weeks," Zuhairil hanya mengangguk. Tidak pula dia ingin bertanya secara lebih lanjut. Memikirkan tentang pengalamanku semasa di Bangkok dulu, persoalan tentang pekerjaannya tiba-tiba terbit di minda. Apa pekerjaan sebenar suami aku ni?
Aku menelan liur dan menarik nafas. Perlahan-lahan aku menjeling ke sebelah. Aku termanggu tatkala matanya menilik tajam ke arahku. Rupa-rupanya dari tadi matanya menatap wajahku. Aku jadi tak keruan jadinya.
"Er... Boleh tak kalau aku nak tanya sesuatu?"
"Tanyalah, sayang. Apa-apapun boleh." Zuhairil mengukir senyuman. Aku mengetap bibir. Tidak suka dia memanggil aku dengan panggilan itu. Pernah dulu semasa kami menjadi pasangan kekasih, itulah panggilan manjanya kepadaku. Aku berdeham dan menjeling ke arah lain.
"Sebenarnya, apa pekerjaan kau ya?"
"Project manager. Tunggu dalam 3 tahun nanti akan jadi senior engineer dekat Oil Company Resource," mendengar saja kata-katanya itu aku jadi kagum dengan pekerjaannya. Memang hebat juga suami aku ni. Tak sangka, dia boleh sampai ke tahap itu.
"Aku tahu kau jadi Quality Assurance dalam company helikopter. Suka dengan kerja tu?" Aku berpaling menentang anak mata Zuhairil. Memang betul kata ibu, selama aku belajar di luar negara Zuhairil sebenarnya mengambil peluang itu untuk mengetahui semua perkara yang berlaku dalam hidup aku. Aku mengangguk dan meneguk air mineral yang diberinya tadi.
Selepas itu, aku langsung tidak bersuara dan mengambil headset ingin mendengar lagu dari telefon bimbit pintarku. Aku tersentak apabila Zuhairil menepuk bahuku. Aku menarik headset dari telinga dan memandang wajahnya.
"Kita dah boleh masuk dah." Ujar Zuhairil pendek. Segera aku mengambil barang-barang yang dibawa tadi dan mengikut Zuhairil yang sudah ikut beratur.
Setelah masuk ke dalam kapal terbang, segera aku meletakkan barang-barang tadi ke atas rak penyimpanan. Tanganku terhenti ketika Zuhairil dengan pantas menarik barang-barang tadi dari tanganku.
"Pergilah duduk ke sana. Biar aku simpankan." Aku menjongket bahu dan membiarkan saja Zuhairil mengambil tugasku. Hanya tas tangan saja yang ada di bahuku dan aku letakkan ke atas riba. Zuhairil duduk di sebelahku dan mengeluarkan kamera dari begnya. Sempat tangannya mengambil gambar ketika aku menoleh. Mataku terkebil-kebil di saat pancaran cahaya dari kamera masih mengganggu pemandanganku. Aku naik geram apabila Zuhairil langsung tidak memberitahuku terlebih dahulu ketika ingin mengambil gambarku tadi.
"Kot ya pun nak ambil gambar, bagitahulah dulu!" Suaraku sedikit naik. Marah. Aku mengesek mata yang masih kabur. Aku tergamam apabila Zuhairil dengan selamba menarik tanganku menjauhi mataku tadi dan dipeluknya lenganku dengan erat. Aku terjegil.
"Ni apa pulak main peluk-peluk lengan orang ni?"
"Dulu kan kita pernah buat macam ni. Aku rasa sejuklah," aku teringat kenangan lama kami dahulu. Memang benar aku masih muda dan terlalu mengikut kata nafsu. Aku biarkan saja Zuhairil menggenggam tanganku padahal ikatan kami pada masa itu bukan muhrim. Aku mendengus dan cuba menarik balik lengan dari pelukkannya. Namun tidak berhasil gara-gara dia peluk lengan aku ni terlalu erat.
"Macam yang aku cakap hari tu. Aku takkan pernah lepaskan kau walaumacam mana sekalipun." Zuhairil tersenyum panjang membuat aku rasa geram dan marah. Memang menjengkelkan.
"Lagipun, sekarang ni tak salah pun. Setakat peluk lengan seorang isteri, tak apalah." Aku mengeluh pendek. Nak kata apa lagi yang boleh buat si dia ni faham. Aku tak suka dia memperlakukan aku sebegitu. Nampak seperti Zuhairil ingin mengembalikan apa yang terputus dahulu, tetapi aku tak mahu! Sudahnya, aku biarkan saja lenganku dipeluknya. Melihat keadaannya tanpa membawa sweater, aku faham benar akan situasi suamiku ini. Dia tak tahan sejuk. Jadi, tak dapat nak buat apalah. Satu lagi sikap yang aku sentiasa ingat tentang Zuhairil adalah dia seorang pelupa. Sebab itulah aku langsung tidak hirau jika sweaternya tertinggal atau tidak dibawanya sekali. Malaslah nak fikir sangat pasal dia.
Aku berpaling menghadap tingkap. Daripada tenung wajah lelaki kat sebelah ni baik aku pandang awan lagi bagus!
AKU terbangun di saat suara juruterbang kedengaran membuat pengumuman. Pasti memberitahu keadaan cuaca di Thailand. Sudah menjadi rutin seorang pilot untuk memaklumkan keadaan cuaca kepada para penumpangnya. Dah macam ambil alih orang kaji cuaca pulak aku rasakan.
Malas mahu mengambil tahu hal sebegitu, aku sambung balik tidur. Namun, hatiku tiba-tiba jadi tak senang. Pantas mataku kembali terbuka. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat tubuhku dipeluk oleh Zuhairil. Malah, kepalaku dengan selamba terlentok di dada bidangnya. Aku panggung kepala dan melihat penghadang kerusi sudah ditolak kebelakang.
Tatkala terasa tubuhku bergerak, Zuhairil yang nyenyak tidur turut terbangun. Aku renung matanya tajam. Zuhairil pula dengan selamba menayangkan senyuman manis.
"Sedap tidur sayang? Eh! Mestilah sedap. Berbantalkan dada bidang hubby ni, memanglah nyenyak tidur. Hubby pun rasa tenang je tidur walaupun tak selesa. Dapat peluk sayang rasa macam hangat sangat. Warm aje." Zuhairil dah mula naik bulu kembali. Entah apalah yang ada kat kepala otak lelaki ini. Misteri betul! Apa tujuan dia kahwin dengan aku pun aku masih ragu-ragu lagi. Kalau disebabkan cinta, kami dah lama putuskan hubungan itu. Sekarang nak dapatkan hati aku yang dah lama tertutup untuk dia pun, belum tentu dapat menyulam kembali cinta yang dah lama mati.
Aku pantas menjauhkan tubuh dari tubuhnya. Hish! Tak kuasa aku nak tidur atas dada dia tu. Menyampah.
"Tak payah nak bersayang-sayang boleh tak? Kita pergi ni atas dasar nak puaskan hati abah dan mama aje. Kalau diorang tak hadiahkan kita percutian ni, aku pun tak hingin pun pergi 'honeymoon' dengan kau." Balasku dengan wajah yang sedikit masam. Aku lihat Zuhairil menjongket bahu. Namun, bibirnya masih terukir senyuman.
"Kalau tak nak 'honeymoon' kat Pattaya, kat rumah pun boleh!" Kedengaran tawa Zuhairil yang aku rasa sangat menjengkelkan. Aku mengecilkan mata dan kembali berpaling ke arah tingkap. Aku memeluk tubuh dan mengiring ke kiri. Malas mahu melayan kerenah suamiku yang satu ini. Gatal!

5 comments: