Monday, July 30, 2012

Cinta yang tiada kepastiannya Chap 36


Bab 36

            Melihat pasangan yang tengah asyik berpandangan antara satu sama lain membuatkan si kecil menjadi pening.
            Terasa hujung kainku ditarik dari bawah. Mataku terkebil-kebil. Begitu juga mata lelaki yang masih setia mendukungku ini. Seketika kemudian, matanya yang terkebil-kebil berhenti dan...
            Buk!
            “Ouch! Nik Emil! Awak lepaskan saya ke lantai ingat saya ni barang ke? Ya Allah, tulang belakang aku. Sakitnya.” Aku mengaduh sakit apabila secara tiba-tiba saja Nick melepaskan aku dari pegangannya. Sememangnya aku dah rasa macam nangka busuk yang terjatuh ke lantai. Mahu patah riuk tulang ini dibuatnya.
Aku memanahkan mata pada Nick. Sangkaku dengan menghadiahkan pandangan tajam seperti ini mampu mencemaskan dirinya. Tetapi lain yang aku sangka lain pula jadinya. Nick boleh pula selamba melihatku tanpa sebarang rasa simpati dan kasihan. Malah, senyuman sinis pula dihadiahkan kepadaku. Amboi! Sesedap rasa cap mee maggie dia aje lepaskan aku ke lantai. Kalau macam tu, baik biarkan saja aku jatuh dari pokok tadi. Bukankah itu lagi bagus?
“Aunty tak apa-apa? Cakit ke? Mana cakit?” Soal Aqish penuh prihatin. Tangan kecilnya memicit kepalaku. Aku hampir-hampir nak tergelak bila dia memicit kepalaku. Padahal yang sakitnya tulang belakang bukan kepala.
Aku mengusap pipi Aqish dan dengan perlahan aku bangun. Berkerut-kerut dahiku menahan rasa sakit. Mataku ditalakan pada lelaki di sebelah. Nampak gayanya dia langsung tiada niat mahu membantuku. Langsung tiada perasaan kasihankah dia walau sedikitpun? Tiba-tiba sahaja hatiku dipagut rasa sayu. Hiba melihat Nick yang langsung tidak menampakkan riak wajah risau atau bimbang seperti dahulu.
Aku mengibas-ngibas belakang dari pasir. Dengan hati yang walang aku beranikan diri untuk memulakan perbualan. Terasa sedikit canggung apabila orang yang kita cintai melayan kita sebegitu. Langsung tak nak layan pun nampak gayanya.
“Aw..awak buat apa kat sini?”
Nick tunduk seketika dan mengambil beg kamera di sisi. “Tak nampak ni? Kamera. Nak ambik gambar.” Jawab Nick malas.
“Ya, saya tahu kamera nak ambik gambar. Maksud saya, apa yang awak buat kat Kota Kinabalu ni?” Agak berhati-hati aku mengemukakan persoalan itu. Aku menelan liur di saat teringat akan pesananku pada ibu dan ayah agar tidak memberitahu di mana keberadaanku pada Nick. Jadi, bagaimana dia boleh sampai ke sini? Aku naik hairan.
“Negeri di bawah bayu nikan salah satu tempat peranginan yang popular di Malaysia. Orang kata lebih baik melancong di negeri sendiri berbanding di negara orang. Jadi, saya datang melanconglah. Nak buat apa lagi?” Jelas Nick dengan gaya malas. Aku mengetap bibir. Sememangnya cara layanan Nick padaku berubah serta-merta. Hatiku terasa perit melihat perubahan itu. Bagaikan mahu menjerit di depannya. Aku mahukan dia kembali. Aku mahukan Nik Emil!
Gaya Nick seperti ingin membuka langkah. Cepat-cepat aku menyahut namanya sebaik dia berpaling.
“Nick! Awak..ermm...” Suaraku terasa tersekat-sekat. Nafasku ternyata sudah tidak teratur.  Dari pandanganku nampak benar Nick sudah malas mahu melayanku. Pasti dia masih marah padaku. Sememangnya segala keputusanku dulu telan memakan diriku sendiri. Perit rasanya apabila orang yang kita cinta melayan kita tak ubah seperti orang asing.
Langkah Nick terbantut. Gigi rahangnya bergerak-gerak manahan geram. Kamera ditangan digenggamnya. Dalam hati, perasaan berdebar itu hanya Allah sahaja yang tahu.
Siapa sangka, kalau sudah takdir Tuhan. Sejauh mana sekalipun, mereka tetap dipertemukan sekali lagi. Sejauh mana pun langkah kaki berlari, sudahnya akan berhenti tanpa mampu dikejari. Hakikatnya jodoh pertemuan sudah tertulis, kini mereka bertemu lagi. Siapa sangka?
Nick berpaling perlahan. Wajahnya tampak kebosanan. Aku jadi kaget. Sudahnya persoalan yang bermain diminda kian hilang begitu sahaja. Lama mulutku terkunci, tidak tahu ingin menyoal apa. Begitu banyak persoalan bermain di minda. Sekarang aku kehilangan kata. Kaku melihat wajah selambanya.
“If you don’t have anything to say, then mind if I left. There are other things that I have to do. My time is precious!” Tersentap hatiku mendengar kata-katanya yang berbaur sinis. Kata-kata yang terlalu menghiris hatiku. Entah kenapa, dihujung tubir mataku bergenang juga air mata ini. Namun, cepat-cepat aku mengerdipkan mata ingin menghilangkan rasa sedih itu. Tidak mahu kalau air mataku jatuh di depan matanya. Aku menggigit bibir.
Nick ingin melangkah lagi. Aku memanggilnya lagi. Niat tidak mahu membiarkan dia pergi tanpa mahu berkata apa. Aku tidak mahu dia pergi begitu sahaja. Banyak yang perlu aku jelaskan kepadanya. Terlalu banyak sampai menyesakkan jiwa.
“Kalau awak nak panggil saya dengan niat suka-suka I’m sorry to say that this is so wasting my time. There is a lot of thing that I need to do. So, if you would excuse me.” Suara Nick kedengaran dingin sekali. Nampak gayanya dia sudah menyampah dengan sikapku.
“Awak apa khabar?” Soalku sebelum sempat dia berpaling. Aku terkaku. Persoalan itu yang keluar dari bibirku.
Nick mendengus sinis. “So, you hold me just to ask me about this? Apa khabar?” Kening Nick sudah terjongket. Bibirnya sudah tersenyum sinis. Terasa bagai rendahnya diri ini berhadapan dengannya. Aku tunduk menekur pasir di bawah. Mataku sempat memandang Aqish di sebelah yang masih terkebil-kebil memandang kami berdua.
Aku dongak selepas itu. Nick sudah pun melangkah beberapa tapak.
“Awak, sebelum awak pergi saya nak minta tolong boleh?” Soalku sedikit menjerit. Nick berpaling dan wajahnya nampak sedikit kemerahan. Belum pun sempat dia membuka mulut aku sudah memintas kata.
“Boleh tolong ambilkan layang-layang kat atas pokok tu? Saya tak dapat capai tali tu sebab terlalu tinggi. That if you don’t mind,” Ucapku takut-takut.
“But kalau awak keberatan, tak apalah. Saya cuba panjat pokok ni sekali lagi.” Aku sudah berkira-kira mahu memanjat pokok tersebut dan mengambilnya sendiri. Berjauh hati melihat layanan Nick yang sudah berubah sekarang.
Aku pegang salah satu dahan pokok tersebut dan ingin memanjat pokok tersebut. Tiba-tiba terasa lenganku ditarik dan Nick mengambil layang-layang dari pokok tadi. Diserahkan layang-layang tersebut kepada Aqish. Sempat lagi tangannya mengusap rambut si kecil. Aku leka melihatnya dari tadi. Nick langsung tidak mahu memandangku. Begitu sahaja dia berlalu pergi tanpa sepatah kata. Rasa terkilan menggamit hati. Aku menggeleng.
“Tak! Dulu dia kejar aku. Sekarang giliran aku pula yang kejar dia. Ya! Aku tak boleh lepaskan dia kali ini. Sekarang aku dah nekad. Nick milik aku! Hanya milik Nur Erisya Kamal!” Getusku sendiri.
“Aunty cakap apa seorang-seorang?” Aku tersentak. Aku memandang wajah Aqish yang tampak begitu hairan dengan sikapku. Aku tunduk dan mencangkung di depannya sambil tangan mengusap pipi bersih si kecil.
“Aqish, sebelum kita balik aunty nak Aqish teman aunty boleh?” Aqish hanya mengangguk tidak soal banyak. Aku tersenyum melihat anggukannya. “Kita kejar uncle tu dulu ya? Kita tak boleh lepaskan dia.”
“Kenapa?” soal Aqish pendek. Begitu tulus hati si kecil yang tidak tahu apa-apa ini. Lantas aku berdiri sambil menggamit jari-jemarinya.
“Sebab Aunty dah buat salah kat Uncle tu. Aunty nak minta maaf kat Uncle tu. Aunty nak janji kat dia. Aunty tak nak buat salah lagi.Auny janji tak buat lagi.” Ringkas sahaja penjelasanku pada si kecil. Apa saja budak berumur 4 tahun ini tahu kalau aku menjelaskannya secara lebih mendalam? Pasti sahaja matanya terkebil-kebil sambil dahi berkerut hairan melihatku nanti.
“Mama cakap, kalau kita buat salah kita kena minta maaf kat orang tu. Aunty buat salah kat orang tu Aunty kena minta maaf kat orang tu. Kalau kita tak minta maaf kita berdosa. Allah marah orang yang buat dosa.” Omel si kecil panjang. Akal si kecil ini begitu matang sekali bila memikirkan perkara sebegitu. Tercuit juga hatiku mendengar omelannya mengenai nasihat daripada mamanya. Tidak pernah lupa akan pesanan mamanya itu membuat hatiku berasa senang. Aqish sememangnya budak yang mengikut kata. Tidak membantah tetapi sekali sekala memberontak.
Aku mengangguk laju. “Aunty memang nak kejar dia sebab Aunty nak minta maaf kat dia. Jadi, Aqish kena ikut Aunty, okey?”
“Okey.”
AKU berjalan mengikut jejaknya dari jauh. Aqish masih setia di sisiku. Tidak pula si kecil merungut. Diam mengikutiku.
            Lama benar aku mengikutinya dari jauh. Ke mana saja langkahnya pergi aku tetap setia mengejarnya. Sepanjang pemerhatianku, Nick tak pernah pun mahu melepaskan kamera di tangan. Ada saja yang ditangkapnya. Tangkap gambar ke tangkap apa tu?
            Sempat lagi Nick mengukirkan senyuman pada gadis yang lalu lalang di sekitar pantai ini. Aku mendongkol geram. Rasa panas pula hati ini melihat gadis-gadis yang asyik tersenyum-senyum pada Nick itu. Mahu saja aku mencucuk mata gadis-gadis tadi agar mereka langsung tidak mampu melihat dan tersenyum menggoda pada Nick. Baru padan dengan muka! Macamlah tak ada lelaki lain nak senyum-senyum gedik macam tu. Hatiku menggerutu geram. Menahan perasaan cemburu yang membara.
            Aku berjalan lagi ke mana saja dia pergi sehinggalah dia berhenti di depan sebuah hotel terkemuka di tengah bandar Sabah ini, Hotel Hyatt Regency Kota Kinabalu. Sememangnya Hotel Hyatt Regency merupakan salah sebuah hotel yang bertaraf 5 bintang sesuai dengan kemampuan Nick. Hotel tersebut juga berdepan dengan pantai berdekatan dengan kedudukan kedaiku.
            Apabila mengetahui di mana tempat kediamannya, aku berasa sedikit lega. Tahulah aku ke mana ingin mencarinya. Aku tersenyum kecil. Kelakuanku saling tak tumpah seperti seorang stalker. Aku menampar lembut pipiku. Aku dah ada perkejaan baru rupa-rupanya. Kalau sahaja Ajai tahu apa yang sudah kubuat, pasti sahaja menjadi bahan usikan buatnya. Malu!
            Aku ingin berpatah balik kembali ke kedai. Namun langkahku terhenti sebaik melihat seorang gadis yang tinggi seperti model menghampiri Nick sambil tersenyum lebar. Hatiku menjadi mendidih tatkala itu. Begitu mesra sekali gadis itu memeluk lengan Nick. Aku jadi tertanya-tanya. Siapakah gadis di samping Nick itu? Kekasih Nick yang barukah? Kekasih? Bukankah lelaki itu berjanji hanya mencintai diriku sahaja? Selama 2 bulan aku berpisah dengannya dia sudah ada pengganti baru? Begitu banyak persoalan yang menyesak hatiku.
Tiba-tiba aku terasa pening. Cepat-cepat aku memaut batang lampu di depanku. Terasa berat menerima hakikat bahawa lelaki itu kemungkinan mempunyai kekasih baru. Benarkah?
“Aunty okey kah? Aunty tak sihat? Jom kita balik. Nanti mama marah.” Omel si kecil di sisi. Aku mengalih pandangan ke arah Aqish. Kesian pula melihat Aqish yang diusungku ke hulu ke hilir tanpa sedar akan keadaannya yang pasti terasa penat semenjak pulang dari nursery tadi. Sudahnya aku pulang dengan hati yang sedih dan kecewa.
 ***

NICK sedar bahawa gadis yang dirinduinya itu mengejarnya dari tadi. Bukan dia tidak sedar akan kehadiran Risya yang sedari tadi mengejar jejak ke mana saja dia pergi. Sengaja dia berbuat tidak tahu akan kehadiran gadis tersebut.
            Sudah semestinya hatinya terkejut dengan pertemuan yang tidak dirancang tadi. Sudah semestinya hatinya gembira melihat orang yang dirindui kembali berada di depan mata. Semenajak 2 bulan yang lalu dia mencari gadis tersebut. Tetapi hampa apabila kedua ibu bapa Risya tidak mahu memberitahunya keberadaan Risya ketika itu. Kecewa hatinya mendengar perkhabaran dari ibu dan ayah Risya di mana Risya menghalang ibu dan ayahnya untuk memberitahu ke mana dia berada. Sudahnya dia membawa hati yang lara sehingga membawa dia ke mari.
            Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dipeluknya gadis itu. Akan tetapi akalnya menghalang. Segala perbuatan Risya diingat semula. Memori luka kembali berdarah. Kenangan semasa Risya meninggalkan dirinya tanpa pengetahuannya membuat dia sebal dan kecewa. Sekarang, apabila mereka bersua semula nampak benar gadis itu mengejarnya. Sekarang hatinya sudah puas. Puas kerana segala apa yang dipendamnya selama ini akan dibalasnya pada Risya. Hatinya kuat menyatakan bahawa gadis itu mahu bertemu dengannya kembali. Sampai sahaja di depan pintu hotel, gadis itu tetap mengekorinya.
            Hatinya juga tertanya-tanya, siapa budak lelaki yang bersama Risya tadi. Namun, persoalan itu dibiarkan berlalu dan hasrat ingin membuat Risya kecewa perlu dilaksanakan. Bukan senang dia mahu melupakan kisah lalu. Tidak! Risya harus diberi pengajaran. Sudah berbuih-buih mulutnya mengukap kata cinta. Sudahnya, dia ditinggalkan mentah-mentah. Siapa yang tidak geram?
            Sampai sahaja di depan pintu hotel, kelibat Azura mendekati.
            “Zura, i need your help now! Peluk lengan I sekarang dan buat-buat mesra. Don’t ask anything just do it!” Arah Nick sebaik melihat Azura. Tanpa soal banyak diikutkan saja Azura pada arahan Nick. Dilakukannya seperti apa yang disuruh oleh Nick tadi.
            “Just walk into the hotel slowly. Jangan lupa senyum!” Arah Nick lagi. Berkerut dahi Azura mendengar arahan Nick itu. Walaupun begitu, hati Azura disisip rasa bahagia. Namun ada di sudut hatinya dia tahu pasti ada sesuatu yang berlaku sehingga lelaki itu menyuruhnya berbuat demikian. Tapi apa sebenarnya berlaku?
            “Now, can you tell me what’s going on here?” Tersentak Nick dari lamunan sebaik terdengar soalan yang diajukan oleh Azura di kala itu. Nick mendongak sedikit memandang wajah gadis yang sudah memeluk tubuh menagih jawapan daripadanya.
            “She’s here. The one that’s hurt my feeling is here.” Sebaris ayat tersebut menyentak hati Azura. Perempuan yang dimaksudkan oleh Nick itu tak lain tak bukan gadis yang dicintainya. Gadis yang membuat dirinya berhijrah ke Sabah. Gadis yang menyebabkan Nick kecewa. Azura telan liur. Kelat. Dia cuba memaniskan wajah dengan senyuman. Terasa begitu sumbang senyumannya di kala ini.
            “Oh! So it’s good then,” Jawab Azura pendek.
            “No, it’s not! I can’t let that girl get away with it. I feel so hurt once I remember all the thing that she made. It kills me! She can’t get away with it.” Nick mengulangi ayat yang sama tanda dia tidak mahu melepaskan Risya begitu sahaja. Dia mahu Risya rasa apa yang dia rasa. Dia mahu Risya tahu perasaan sakit yang dialaminya sepanjang gadis itu tiada. Perasaan kecewa kerana ditinggalkan tanpa tahu ke mana gadis itu menghilang.
            Azura jadi kaget melihat keadaan Nick sebegitu. Perasaan dendam yang ada dalam benak lelaki itu benar-benar buat dia risau. Dulu dia pernah sebegitu. Dulu dia pernah kecewa dan berdendam. Tetapi, apa gunanya kalau segala yang berlaku itu sudah tidak punya apa-apa nilai lagi? Dia biarkan saja segalanya berlalu dan dia bawa hati yang lara sampai ke sini. Sudah banyak tempat dituju demi menghilangkan rasa perit di hati. Menelan rasa kecewa yang sering membelenggu diri. Tiada gunanya berdendam malah dendam itu yang akan menjerat diri sendiri.
            Azura duduk di sofa bertentangan dengan Nick. Ditenungnya wajah lelaki itu dalam-dalam. Nampak benar api kemarahan yang membuak-buak dalam anak mata itu. Dia bimbang kalau Nick menyakiti diri sendiri. Dia mengeluh lemah.
            “Fine. You nak buat apa dengan dia? You nak dia menderita? Nak merasa apa yang you rasa sekarang ni? Nick...I think this is useless. You want to know why?” Kata-kata Azura membuat dahi Nick berkerut seribu.
            “Because in your eyes, I know your heart is still with her. Your love toward her is so deep that I can’t imagine how hard it would be if you still act cold in front of her. You akan sakit sendiri. You yang akan terseksa. Dia tinggalkan you mungkin bersebab, Nick. Macam you cakap tadi she’s following you untill infront of the hotel. So, you rasa apa makna semuanya tu?” Nick tergamam. Segala kata yang diungkapkan Azura meresap jauh ke lubuk hatinya. Sesungguhnya apa yang diucap oleh Azura ada benarnya. Kalau Risya meninggalkannya kerana suka-suka, tidak mungkin gadis itu mengekorinya sedari tadi sampai di depan hotel. Pasti gadis itu mengorak langkah menjauhinya. Jadi, apa benar Risya masih punya hati untuknya?
            “It seems like she still has feeling for you. And so thus you. I can see that just by staring at your eyes. You love is still blooming for her, Nick. Cuba you jumpa dia, tanya kenapa dia tinggalkan you dulu. Pasti ada sebabnya bukan? Jangan cepat melatah. Trust me. You should go and talk to her.” Saran Azura lagi.
            Nick merenung wajah Azura bagai mencari keihklasan di sebalik kata-kata itu. Ternyata Azura benar-benar memaksudkannya. Mungkin pada awal pertemuannya, sangkanya gadis ini menggedik ingin mengejar cintanya semual. Tetapi, siapa sangka gadis ini punya niat ikhlas di hati. Mungkin Azura ingin mencuba nasib ingin mendapatkan cinta daripadanya. Akan tetapi Azura bukan jenis gadis yang memaksa. Itu dari pengamatannya. Dan dia perasan sesuatu. Azura sudah berubah. Jauh berubah dari Azura yang sombong dan bongkak seperti dahulu. Terasa senang pula bila bersama gadis di depannya itu.
            Lobi hotel tampak begitu ramai dengan pengunjung. Malam sudah berlabuh. Pasti sahaja pelancong kembali ke hotel ingin merehatkan diri setelah seharian berjalan di sekitar bandar itu. Nick juga berasa penat. Penat juga memikirkan apa yang bermain di mindanya tentang Risya. Sudahnya keluhan berat keluar dari bibir mungil itu. Dipicitnya hujung batang hidung berharap agar segala masalah dapat dikurangkan.
            “Okey. I akan dengar cakap you. I akan jumpa dia. But, in the mean time. I want her suffer first,” kini giliran Azura pula yang tergamam sebaik Nick mengungkap kata-kata itu. Makin resah pula hatinya melihat bekas rakan sekolahnya itu.
            Perlahan-lahan, bibir Nick menguntumkan senyuman penuh makna.
            “Kalau dulu I kejar dia, jadi tak salah kalau kali ni giliran Risya pula yang kejar I. Tak gitu?” Nick tersenyum penuh makna. Azura pula sudah menggeleng hairan. Pelik melihat sikap Nick tak ubah macam remaja yang baru mengenal erti cinta.
            ‘Suka hati youlah Nick. Kalau you bahagia, I akan ikut bahagia. Mungkin bukan rezeki I untuk dapatkan you. Bertuah sungguh Risya tu.’ Detik hati Azura. Mujurlah Azura tidak memberi apa-apa harapan untuk mendapatkan Nick. Dari penglihatannya semenjak bertemu dengan Nick dahulu pun dia sudah tahu tiada langsung kemungkinan untuk mendapatkan hati lelaki itu.

***
Aku memandang jam dinding menunggu saatnya tiba. Aduh! Kenapa begitu lambat masa berjalan? Mana pulak mamat ni?
            Terdengar sahaja bunyi lonceng pintu, laju sahaja mataku memandang ke arah pintu. Wajah Ajai yang kepenatan menjadi tatapanku.
            “So, how is it? Your day? Semua okey?” Soalku berbasi-basi. Dalam hati betapa gembiranya aku apabila Ajai sudah datang ke kedai. Ini bermakna masa untuk aku lepaskan kedai ini sudah tiba. Giliran Ajai pula yang menjaga kedai. Giliran aku pula untuk berehat.
            “Boleh tahan sibuknya juga. Kes kali ini berat sangat. Rata-ratanya bukti masih belum kukuh sangat. Perlu cari bukti yang lain, iaitu saksi!” Aku mengangguk sahaja.
            “Kalau kamu rasa penat sangat. Suruh aje Kelvin atau David jaga kedai. Lagipun tak banyak sangat kerja. Cuma nak rekodkan semua pembelian yang dah dibuat kat dalam buku akaun ni. Sebab tu saya suruh kamu datang sini. Kalau dah sudah, kamu baliklah. Kesian saya tengok muka lemau kamu tu.” Ucapku sedikit perihatin melihat wajahnya yang ternyata nampak penat. Aku mengambil botol mineral dan diserahkan kepadanya. Ajai menyambut dan mmbuka penutup botol. Diteguknya dengan rakus.
            “Hari ini rasa macam panas sangat. Membahang pulak tu. Baju saya sudah basah dah ni. Balik nanti terus pi mandi oo,” Seloroh Ajai setelah sebotol air mineral itu diteguknya sampai habis. Wah! Macam tak cukup saja.
            “So, kamu mau buat apa lepas ni, Risya? Masih mengejar your dream guy? Your sayang tu?” Sambung Ajai lagi. Aku mengeluh lemah. Memikirkan kembali apa yang dikatakan oleh Ajai itu membuat aku naik lemah.
            Mana tidaknya sudah banyak kali aku ke hotel semata-mata mahu berjumpa dengan Nick. Ada juga aku bertanya dengan kaunter lobi untuk memberi maklumat tentang biliknya. Aku ingin berjumpa dengannya juga. Tetapi sudahnya aku balik dengan perasaan hampa. Pihak hotel tidak dibenarkan untuk memberitahu nombor bilik pelanggan mereka.
            Namun itu bukan bermakna aku harus berputus asa. Aku tetap juga menunggu masa ingin bertemu dengannya. Acap kali nombornya ditelefonku. Acap kali juga aku mendengar suara operator yang menjengkelkan. Aku kembali ke hotel dan menunggu di lobi kalau-kalau Nick muncul di situ. Kadang-kala aku meronda-ronda di kawasan hotel ingin mencuba nasib sekiranya ada terserempak dengannya di mana-mana. Tetapi, segala perbuatan itu tetap menghampakan hati kecilku.
            Aku menongkat dagu dan menghembuskan nafas lemah.
            “Nampak gayanya macam tulah, Ajai. Salah saya juga. Degil tak mahu dia tahu ke mana saya bersembunyi. Tengoklah apa dah jadi? Sendiri buat sendiri tanggunglah.” Jawabku lemah.
            “Eh! Saya baru teringat sesuatu. Esok saya ada dinner kat Hotel Hyatt tu. Ada bekas client jemput saya makan sempena ulang tahun syarikat dia. Saya tak ada orang mau teman. Kamu temankan saya, ya?” Pinta Ajai. Aku mengangkat kening.
            “Makan freekan?” Soalku pula. Ajai mengangguk laju. Berharap agar aku dapat menemaninya.
            “Boleh!” Laju sahaja jawabku memberi signal hijau.

***
“PAPA nak minta Nick yang pergi untuk jadi wakil kita. Abang tak dapat nak pergi jadi abang rasa Nicklah yang boleh jadi wakil. Semetelah, Nick ada kat sana. Jadi, senanglah sikit.” Pinta Emir. Nick mengeluh lemah. Ingatkan esoklah dia kena ke semenanjung semula. Alih-alih, papanya menyuruh dia melanjutkan lagi hari percutiannya di sini. Dia berfikir-fikir mahu meneruskan saja rajuknya pada Risya, biar sampai Risya mengejarnya ke semenanjung pula. Namun, ini pula yang terjadi.
            “Boleh ke tak?” Soal Emir lagi di talian.
            “Okeylah. Esok Nick turun ‘padang’ jadi wakil.”
            “Thanks. Eh? Kak Iyan kau kirim salam. Dia cakap bilalah adik iparnya nak balik ni?” Nick mendengus kecil seraya tersenyum. Terbayang-bayang wajah gadis yang pernah menjadi sahabat baiknya itu. Sekarang sudah berubah status menjadi kakak iparnya pula.
            “Waalaikummussalam. Kirim salam kat dia balik. Cakap kat dia orang tak jadi balik sebab diberikan tugasan kat sini. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tanya kat cik abang sayang dia ni.” Tercetus tawa dihujung talian. Emir berasa lega bahawa adiknya sudah beransur baik tidak seperti dahulu sering dingin sahaja. Apa sebenarnya berlaku ya?
            “Well, it seems like you doing fine, bro. So, how’s your holiday kat Sabah? Okey?”
            “Fine. Semua okey. Seronok kat sini. Malah, Nick terserempak dengan Azura. Our classmate dulu. Ingat tak?”
            “Oh? You mean Azura the popular girl yang kau gila-gilakan dulu ya?” Soal Emir ingin kepastian.
            “Ha’ah. Dialah orangnya.”
            “Wow! What a coincidence? Apa lagi bro? Cucuk jarumlah.” Usik Emir pada adik kembarnya itu. Nick hanya mampu tersenyum dan menggeleng.
            “No. Not my taste anymore.”
            “What do you mean? Bukan ke kau gilakan dia bagai nak rak dulu? Sekarang dia dah tak hot macam dulu ke?” Kini giliran Nick pula yang tergelak mendengar kata abangnya itu.
            “Sememangnya Azura tak pernah berubah dari dulu lagi. Masih tetap maintain cantik dan hot. Cuma sikapnya aje dah berubah. Dia dah cerai dengan suaminya. Sekarang dia ke sini sebab nak rawat hati. Sama macam Nick.”
            “So, macam mana dengan kau pulak? Kau okey ke tak? Masih perlu rawatan ke?” Soal Emir ingin selami perasaan adik kembarnya itu. Bukan dia tidak tahu adiknya benar-benar kecewa dengan tindakan Risya meninggalkan dirinya. Tiba-tiba, rasa bersalah mula menghimpit hati. Kalau bukan kerananya pasti adiknya itu tidak akan melarikan diri sampai ke Sabah. Entah-entah ke mana Nick pergi pun mereka tidak tahu. Mujurlah Nick terbuka hati ingin memberitahu mereka ke mana dia berada. Disebabkan itulah papanya meminta Nick untuk tinggal di sana beberapa hari lagi untuk menjadi wakil bagi pihak papa dan sekeluarga ke majlis ulang tahun syarikat milik sahabat papanya itu.
            Nick diam seketika. Mengambil masa untuk berfikir sama ada perlu ke tidak dia memaklumkan kepada Emir tentang pertemuannya dengan gadis itu.
            “Abang...I..I found her,” Ucap Nick pendek. Emir mengerutkan dahi tanda tidak memahami. “Found who?” Soalnya kembali.
            “Nick jumpa Risya. I found her abang Emir. She’s here.” Sebaris ayat itu membuatkan Emir terdiam. Sarat otaknya memikirkan perasaan yang dialami adiknya kini. Makin menjadi-jadi perasaan bersalahnya selama ini.
            “Nick...There is something that I should have told you before. Maybe this is also my fault. So, I have to let you know and you should judge it by yourself,” Nick diam tanpa bersuara. Berdebar-debar hatinya menunggu kata yang bakal diungkapkan oleh abangnya itu.
            “This is about Risya. Sebenarnya...”

Monday, July 16, 2012

Cinta yang tiada kepastiannya Chap 35


Bab 35

           “Sayang!” Jerit suara garau dari jauh. Aku mengigit bibir. Aduh! Apa hallah mamat ni ada kat sini? Ish..Memang nak kena mamat sekor ni. Kaki yang berdiri kaku dari tadi terus melangkah. Aku buka seluas mungkin supaya dapat melarikan diri daripada si pemanggil namaku tadi.
            “Sayang! Asal jalan laju sangat tu? Ingat ni marathonkah? Janganlah laju sangat. Kesian kat abang tau.” Rintih lelaki itu lagi. Aku tidak mahu pandang belakang pun. Sebolehnya aku mahu lari pecut terus dari berdepan dengan mamat senteng tu.
            Tanpaku sangka, lelaki yang asyik memanggilku dengan panggilan ‘sayang’ sudah berjalan menyaingiku.
            “We have make a deal, Risya. Kamu dah janji kan? Dia ada kat belakang tu. So, please berhenti berlari.” Bisik lelaki itu lagi. Aku mengetap gigi. Geram apabila dia mengingat kembali kata janji yang pernah aku putuskan 2 bulan yang lalu. Sudahnya, kaki yang giat melangkah kian terhenti dan aku berpusing ke belakang. Dia juga turut sama mengikut tingkahku.
            “Eh? Fasha sendat rupanya. Eh! Bukan-bukan Fasha Sandy. Hai, awak buat apa kat sini? Ajai,sa..sayang...kenapa tak beritahu awal-awal yang Fasha ada kat sini juga?” Ucapku penuh lemah lembut. Mataku melirik pada wajah lelaki yang bernama Ajai itu. Sempat lagi aku mengecilkan mata sambil menekankan perkataan sayang. Hmph! Dia nak sangat aku tepati janji dia tukan? Meh! Aku berikan dia kaw-kaw punya.
            Gadis yang bernama Fasha Sandy mendekati kami berdua. Matanya juga turut sama mengecil. Tangannya disilangkan ke dada. Nampak wajah tidak puas hati terukir pada air muka gadis itu.
            “Kamu berdua pula buat apa berlari tadi?” Sempat lagi mata si Fasha sendat ni menjeling padaku. Aish! Meluat dengan akulah tu. Hmmm...Ada aku kisah? Aku lagi meluat tengok penampilan dia yang memakai baju sendat milik adik dia tu. Sendat nak mampus!
            “Err..Kami tadi tengah joging. Alah..Joging manja-manja. Sweet-sweet. Ala-ala hindustan gitu.” Seloroh Ajai pula. Rasa nak termuntah pula mendengar lakonan mamat seorang ni. Joging manja-manja? Ala-ala hindustan? Erk? Ngeri bila terbayangkan adengan kejar-mengejar tadi. Geli-geliman.
            Makin cemberut wajah Fasha Sandy mendengar kata-kata Ajai tadi. Sudahnya dia berlalu pergi dengan dengusan yang kuat. Tidak lama kemudian, Ajai bersorak riang.
            “Yes! Mesti minah sendat tu dah tak kacau saya lagi. Thankslah Risya. You are my saviour!”
            “Dah! Malas saya nak layan kamu. Kamu pasti yang dia tak kacau kamu lagi ka?” Soalku dengan selanga Sabah. Almaklumlah, Ajai ni orang Sabah. Bahkan sudah 2 bulan aku berada di Sabah. Aku juga dirawatkan di sini.
            Sebenarnya, Ajai iaitu teman rapatku semasa menjadi pelajar universiti sebelum ini sering berhubung denganku. Dia yang juga merupakan teman rapat Iz sewaktu ketika dahulu sudah tidak berhubung dengan Iz gara-gara status Iz yang sudah berumah tangga. Manakala Ajai ni pula masih membujang sampai sekarang. Entah bilalah nak kahwin ni. Kalau sudah dengan Fasha sendat tu pun dia tak mahu, sampai bila-bila pun tak kahwin kalau macam ni.
            Mataku tajam menikam matanya. Ajai sudah tersengih-sengih macam kambing gurun. Sesuailah dengan dia yang mempunyai janggut sejemput itu.
            “Yang tu, saya pun tak pasti. Lagipun kamu taukan saya ni hot orangnya. Kat mana-mana pun kena kejar dengan aweks-aweks.” Aku mencebik. Ni lagi satu sikapnya yang buat aku rasa nak meluat. Suka naik lif tekan sendiri. Hai...Mentang-mentanglah dia ni boleh tahan jugalah orangnya. Putih macam mat korea. Mata pun sepet. Ada darah cina sebenarnya.
            “Tolonglah, Ajai. Saya rasa nak muntah darah bila dengar kamu bercakap. Kalau minah sendat tu dengar, agak-agaknya dengan dia sekalilah muntah. Susah betul kawan dengan orang perasan ni.” Selorohku pula. Ajai sudah tergelak. Malas nak melayan lelaki ini, aku teruskan langkahku meninggalkannya.
            “Eh! Risya...kamu mau ke mana tu?” Soal Ajai dari belakang. Aku masih tetap meneruskan langkah tanpa henti. Dalam beberapa langkah saja lagi, destinasi yang inginku kunjungi akan tiba.
            “Mau mandi laut! Kamu tak tahukah?” Sindirku. Masakan dia tidak tahu ke mana arah tujuku? Tempat itu tidak jauh dari sini. Takkan itu pun masih tak nampak?
            “Hish! Mandi laut? Kenapa tak ajak saya sekali?” Seloroh Ajai pula. Sememangnya lelaki yang mengambil jurusan undang-undang ini ada saja idea mahu membalas apa saja kata-kataku. Malah, aku sendiri pun kalah dengannya. Hai...Nak lawan lawyer memanglah kalah kot!
            Kakiku terhenti dan aku berpaling. Dengan mata yang dikecilkan sambil bercekak pinggang.
            “Ajai, bukankah kamu cuti hari ni? Kenapa ada kat sini? Kedai buku tu, saya boleh jaga. Kamu kata dengan saya hari tu yang kamu ada kes. Ni kenapa pula ada kat sini? Kalau bukan kerana kamu, si Fasha sendat tu mesti takkan datang sampai ke sini, tau?” Bebelku panjang. Ajai sudah tersenyum kecil.
            “Kes ditangguhkan. Belum ada bukti yang kukuh. Jadi, orang sana tu minta tangguhlah. Hmph! Dah tau songlapkan duit syarikat, masih mahu berdalih lagi. Manusia manusia. Semuanya mahukan harta ja!” Kini giliran Ajai pula yang membebel. Lah...Itukan kerja dia. Mestilah dia kena membebel sepanjang berada di mahkamah. Aku menjeling sahaja. Bosan pula mendengar dia membebel pasal hal kerjanya. Memang tak habis-habis. Tak ada penamatnya.
            “Ajai, tu kerja kamu. Saya tak mahu dengar. Yang saya mahu dengar ialah, kenapa kamu ada di sini? Dah kes tangguh, kenapa tak balik rumah saja? Berehat? Hari tukan giliran kamu yang jaga kedai. So, sekarang saya punya turn pula.”
            “Alah...Bosan bah kalo di rumah saja. Kamu bukan endak tau. Mummy dan daddy sayakan tengah bercuti. Abang, kakak saya mana ada di rumah. Saya seorang ja yang ada. Bosan bah kalo begitu!” Jawab Ajai pula. Sekarang, posisi bercekak pinggang sudah bertukar memeluk tubuh. Sebelah keningku terjengket sedikit.
            “So, maksudnya kamu nak tolong jagakan kedai tulah? Boleh juga!”
            “Ey...Ni macam mau lepaskan tanggungjawab sudah ni?” Ajai turut memeluk tubuhnya. Akhirnya, tercetus jua tawaku. Tidak tahan melihat gaya Ajai yang sudah tidak berpuas hati.
            Aku beredar mendekati pintu kedai dan aku tolak daun pintu kaca tersebut. Wajah Zue kelihatan sedikit cemberut. Hah! Tak lama lagi, gunung Kinabalu nak meletuslah lepas ni.
            “Kau cakap nak pergi sekejap aje. Ni berapa lama nak tunggu ni? Tunggu sampai kucing keluar tanduk ke?” Sindir Zue. Di tangannya terdapat beberapa buah buku novel yang baru saja sampai pagi tadi. Buku tersebut diletaknya ke dalam rak dan disusunnya elok-elok.
            “Sorrylah, Zue. Tadi ada road block siap ada adengan kejar-mengejar tadi. Semua tu sebab mamat perasan nilah.” Aku memuncungkan bibir dan aku arahkan pada Ajai. Ajai mengerutkan dahi.
            “Saya pula!? Kalau bukan kerana Fasha sendat tu, saya pun tak mau jadi kekasih gelap kamu.”
            “Fasha sendat? Hahahaha...” Zue sudah mengekek ketawa. Mengalahkan nenek kebayan gelak dia ni. Menghilai macam apa entah. Sekarang wajah cemberutnya sudah berubah. Bila melihat Zue ketawa, aku rasa nak ikut sekali ketawa. Sekarang, kami bertiga sama-sama ketawa. Asalkan topik Fasha sendat diutarakan, pasti tawa yang akan meletus.
            “Aduh! Mesti bestkan adengan kejar-mengejar tu? Macam hindustanlah konon-kononnya. Mesti muka Fasha sendat tu dah berubah jadi Fasha sandal. Macam muka nak kena beri makan sandal!” Sambung Zue selepas tawanya terhenti.
            “Dah nampak macam Fasha sendut, bukan sedut dah jadi sendut dah. Hahaha...” Tambah Ajai lagi. Makin mengekek kami bertiga ketawa.
            Setelah tawa kami berhenti, barulah Zue kembali pada topik utama.
            “Aku tak boleh lama-lama ni, Risya. Aqish nak kena ambik dekat nursery. Kau orang berdua nilah. Kesian Aqish, rindukan mama dia. Nanti, kau kena tambah alaun gaji aku kalau macam tu.” Zue sudah siap-siap mengambil tas tangan dan juga kunci kereta.
            “Aku pergi dulu,ya? Risya, kau jangan balik lewat sangat. Pukul 9 malam, kalau boleh dah ada kat rumah. Jangan nak biarkan aku dengan Aqish tercongok kat rumah seorang-seorang. Ingat tau?” Pesan Zue. Aku melambai pada Zue yang sudah berada di luar kedai sehingga kelibatnya menghilang.
            “Stok buku baru, baru ja sampai. Saya sudah letak harganya. Cuma ada beberapa buku lagi yang belum diletak harga. Semua ada di belakang stor.” Kataku pada Ajai. Ajai mengangguk dan beredar ke belakang stor.
            Sebenarnya, kedai buku yang terletak di depan laut ini adalah milik aku dan juga Ajai. Impian kami berdua semenjak menjadi pelajar dahulu adalah memiliki sebuah kedai buku sendiri. Oleh kerana minat dan juga impian kami sama, jadi aku mengambil keputusan untuk membuka kedai buku bersama Ajai. Ajai bersetuju dan akhirnya kedai buku ini dibuka semenjak 2 bulan yang lalu.
            Sudah lama aku berhubung dengan Ajai semata-mata kerana kedai buku yang ingin dibukakan di Sabah. Aku mengambil kesempatan itu untuk pergi ke Sabah 2 bulan yang lalu, sementelah aku mahu berada jauh daripada Nick. Nampak macam aku nak lari tetapi bagiku, dengan cara begini sajalah aku dapat menenangkan diri dan membuat persediaan untuk bersama dengan Nick semula.
            Sepanjang 2 bulan itu, aku melakukan terapi dan juga sibuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kedai buku kami ini. Dengan cara begitu sahaja, aku dapat melupakan seketika tentang Nick. Sudah pastinya hatiku sentiasa merinduinya. Jadi, aku cuba untuk sibukkan diri dan fokus pada kedai buku yang baru saja buka.
            “ Ajai, buku akaun ada kat mana ya?” Soalku pada Ajai sedikit menjerit. Apabila soalan tidak berjawab, aku bergerak ke belakang stor.
            “Ya Allah, bertuah betul mamat ni! Adakah tidur dengan buku-buku tu sekali? Orang suruh balik, dia tak mau. Ini kerja dia? Ish ish ish...” Aku menggeleng sambil tersenyum melihat Ajai yang sudah tidur terduduk dengan buku di tangan. Kesian pula aku lihat keadaan Ajai ni. Lalu, aku menolak sedikit bahunya. Ajai terbangun dan memisat-misat matanya.
            “Kamu pergilah baring di bilik rehat. Kesian saya tengok kamu ni. Tak apa. Biar saya yang buat semua ni. Tapi, saya mau tahu. Mana kamu simpan buku akaun hari tu?” Soalku kembali. Ajai bangun dari duduk dan beredar keluar dari stor. Dia membelek-belek fail-fail yang terletak di rak belakang kaunter.
            “Ni. Lupa pula nak beri kat kamu hari tu. Ingatkan nak beri terus tapi masa tukan kamu tengah buat terapi. Tak mahu pula ganggu kamu. Eh, doktor kata apa hari tu?” Soalnya ingin ambil tahu tentang keadaanku. Pertanyaannya itu membuat aku tersenyum. Ajai seorang rakan yang begitu mengambil berat tentang keadaan sahabatnya. Benar-benar buat aku terharu.
            “Alhamdulillah. Saya dah sihat. Dah boleh jalan dengan baik pun. Dalam 2 minggu lagi, saya kena jumpa dia balik. Lepas tu, tak perlu lagi dah. Sebab doktor mau jumpa pun sebab nak tahu kondisi kaki saya ni. Tu jak.” Ajai tersenyum.
            “Kalau kaki kamu dah baik, maknanya, kamu bolehlah berbaik dengan Nick semula!” Senyuman yang lebar menjadi sedikit cacat sebaik mendengar kata-kata Ajai itu. Kini, rasa hiba pula yang hadir di sudut hati. Ya Allah, betapa aku merindui sebaris nama itu. Dengan hanya mendengar namanya sahaja membuat dadaku sesak. Rasa mahu menangis sekarang di depan Ajai. Aku merindui lelaki itu. Bagaimana keadaan dia ya? Salah aku juga. Aku yang berdegil tidak mahu memberitahu kepadanya tentang di mana aku berada. Aku yang berdegil kerana menyuruh ibu dan ayah supaya menyimpan rahsia tentang ke mana aku menghilang. Pastinya, rasa kesal hadir dalam hati.
            Sebulan yang lalu aku mendapat berita bahawa Nick juga telah menghilang entah ke mana. Abang kembarnya, Emir sendiri yang memaklumkan kepadaku. Nick begitu merinduiku. Jadi, dia juga mengambil keputusan untuk menghilangkan diri tanpa memberitahu ahli keluarganya ke mana dia pergi. Sudah semestinya rasa sesalan tidak pernah berhenti mengganggu fikiranku. Aku hanya mampu berdoa ada jodoh di antara kami berdua. Kalau suratan takdir tidak tertulis namanya menjadi Adam buatku, maka aku redha dan pasrah. Pasti ada hikmah disebaliknya.
“Insya-Allah, Ajai. Kalau betul ada jodoh antara kami, tak lari gunung Kinabalu tu saya kejar. Lainlah macam cerita kita berdua ni. Siap main kejar-kejar macam Kuch Kuch Hota Hei pula tadi. Cuma, Shah Rukh Khan dia ada janggut sejemput sajalah. Kajol dia sentiasa comel macam saya. Lagi putih daripada Kajollah. Hahahaha...” Gelakku. Aku sengaja menukar topik, tidak mahu rasa sedih menganggu ketenteramanku. Ajai hanya tersenyum kecil.
“Saya akan sentiasa doakan supaya Kajol saya ni cepat-cepatlah kembali pada Salman Khan dia tu. Dah tak boleh nak hadaplah sikap perasan dia.”
“Eleh...Mengata orang pula. Kamu tu pun dua kali sepuluh juga!” Balasku kembali. Kami sama-sama ketawa mendengar usikan masing-masing.
 ***
Nick memanahkan pandangan matanya pada pemandangan di hadapan. Tangannya tak lepas dari memegang telefon bimbitnya dan ditekap pada telinga. Mahu terbakar telinganya dek terlalu lama meletakkan telefon bimbit pada telinga. Dari tadi dia menjadi pendengar setia bebelan papanya. Sememangnya dia tidak membantah dan hanya menguncikan mulut tanpa mahu bersuara. Dia sudah lali mendengar bebelan papanya itu.
            “Nick bila nak balik KL ni? Jangan terlalu ikutkan sangat perasaan tu. Kalau Nick tak dapat Risya, ada banyak lagi perempuan yang nak kat Nick. Papa tahu.
 Baliklah nak. Kami risaukan Nick. Nick pun tak nak beritahu kat mana Nick berada. Tok Idham pun asyik murung semenjak Nick keluar dari rumah menghilangkan diri. Nick tak kesian ke dengan atuk kamu tu?” Pujuk Nik Baharuddin.
Satu keluhan terbit dari bibirnya. Nick mengetap bibir kemudiannya. Kalau bukan kerana Risya yang meninggalkan dirinya, dia pasti tidak bersikap sebegini. Semuanya gara-gara, Nur Erisya Kamal!
“Pa...Tak perlulah risau pasal Nick. Nick okey je. Yang penting papa tahu Nick selamat. Pasal atuk tu, Papa kirim salam kat dia ya? Jangan risau. Dalam masa 1 minggu lagi, Nick akan balik. I just need some time alone to recover my feeling.” Jawapan Nick menyebabkan Nik Baharuddin mengeluh lemah.
“Baiklah. Nanti Papa sampaikan salam tu. Jangan skip makan pula kamu tu. Bukan Papa tak tahu selera makan kamu tu dah berubah. Kalau boleh tak nak makan langsung! Itu yang buat Papa risau pasal kamu ni.”
“Don’t worry. I will be alright. Nick akan makan ikut masa.” Nik Baharuddin berasa sedikit lega mendengar jawapan daripada anaknya itu.
“Promise me that you will eat. Okey?”
“Yes! I promise, Pa.” Simpul Nick mengikat janji pada suruhan papanya itu.
Nick meletakkan telefon bimbitnya di atas meja kaca bulat di sisi. Matanya memanah pada pemandangan pantai yang damai. Teringat kembali saat bersama Risya ketika di Kelantan dahulu. Begitu bahagia dirinya sewaktu itu. Kalau boleh mahu dihentikan masa agar perasaan bahagia itu takkan hilang sampai bila-bila.
‘Risya, where are you now? I need you and I miss you so much! Ya Allah, Kau pertemukan kembali bidadari hatiku. Hidupku rasa begitu kosong tanpa dirinya di sisi. Walaupun diriMu tetap yang utama, ya Allah...tapi, aku tetap memerlukan pendampingku. Aku hanya hambuMu yang lemah, yang memerlukan seseorang di sisi. Namun, tidak pernah aku biarkan hati ini mengikut kata nafsu. Aku cintakan dia kerana diriMu, ya Allah. Sesungguhnya, cinta buat Mu tetap yang pertama di hatiku...’ rintih hatinya yang perit menanggung derita dan kecewa.
Diingatkan dirinya pada Ilahi agar tidak kecundang dalam menghadapi dugaan kecil sebegini. Kalau tidak, pasti sahaja perkara yang tidak diingini berlaku. Syukurlah, dia tetap berpegang teguh dengan agamanya. Tidak terkandas dalam jalan yang sesat. Sememangnya syaitan itu akan sentiasa menyesatkan cucu Adam agar mengikut jejaknya hingga ke neraka. Nauzubillah.
Tok tok tok!
Ketukan pintu benar-benar mengejutkannya dari lamunan panjang. Nick berpaling dan bergerak menuju ke pintu bilik hotel yang didiaminya. Sempat lagi dia melihat gerangan di sebalik pintu pada lubang pintu bilik tersebut. Sebaik sahaja melihat wajah gadis yang berada di depannya sekarang, hatinya berasa begitu menyampah. Begitu meluat hatinya melihat kewujudan gadis itu. Kenapa perlu sekarang mereka dipertemukan kembali? Di sini pula tu.
Pertama kali menjejakkan kaki di negara di bawah bayu ini, tanpa disangka dia bertemu kembali dengan gadis yang pernah membuat hatinya bergetar hebat. Gadis yang membuat dia berubah 360 darjah dan menjadi kasanova, dengan mempermainkan perasaan wanita tanpa memikirkan natijahnya. Gadis yang telah lama dilupakannya semenjak zaman sekolah lagi kini kembali menjelma di dalam hidupnya.
“Nick, nak lunch dengan I tak?” Soal gadis yang memakai baju dress labuh tanpa seluar itu. Dari pengamatan Nick, gadis ini tetap sama seperti dahulu. Sama seperti zaman-zaman sekolah dahulu, pandai bergaya!
“I tak lapar lagilah, Azura. I nak keluar sekejap.” Jawab Nick malas. Nick masuk semula ke dalam bilik dan mengambil telefon bimbit dan juga dompet. Tengah hari itu, dia mahu berjalan-jalan di sekitar kedai di tepi laut itu. Soal makan, awal tadi dia sudah pun menjamah nasi ayam yang dipesannya dari restoran hotel di tingkat bawah.
Wajah Azura sudah monyok semacam. Dia memeluk tubuh sambil memuncungkan mulut.
“Alah...temankan I sekejap. Sekejap pun bolehlah, ya?” Pujuk Azura dengan lenggok manjanya. Nick menjeling tajam.
“I don’t wanna waste my time Azura. Sabtu depan I dah nak balik KL. I datang sini pun sebab nak tenangkan fikiran.”
“Tenangkan fikiran over what? Patah hati?” Pintas Azura. Wajah Nick berubah sedikit mendengar tebakkan Azura yang benar-benar mengena dengan situasi yang dialaminya sekarang. Azura senyum kecil. Di dalam hatinya juga merasakan perkara yang sama kerana apa yang dilakukan oleh Nick sama seperti apa yang dilakukannya sekarang.Dan apa yang dirasakan oleh Nick juga dirasakannya sekarang. Kecewa!
“I..I nak ambil kamera dulu. I’m sorry Azura. I tak dapat nak temankan you lunch. I need time alone.” Ujar Nick sambil kakinya melangkah kembali ke dalam bilik dan mengambil beg kecil Nikonnya. Azura masih tercegat di depan pintu. Hanya memerhati segala pergerakan dan langkah Nick.
Sebaik Nick ingin keluar dari bilik tersebut, Azura mula bersuara kembali.
“I understand your feelings. That girl must be so special to you, right? It’s different from the way you fall for me before.”
“Memang sangat berbeza! She’s really special to me. Special to my heart. I love her and I feel hurt right now. Begitu sukar untuk I lupakan dia. Dan I really miss her.” Begitu senang Nick meluahkan perasaan pada gadis yang pernah bertapak di hatinya ketika dia bergelar pelajar sekolah menengah dahulu.
Azura melepaskan tangannya dan menepuk belakang Nick. Tidak dapat dinafikan bahawa hatinya bahagia apabila dipertemukan kembali dengan Nick. Akan tetapi, dia teringat akan kisah lalu yang menyebabkan lelaki itu terluka. Disebabkannya Nick berubah menjadi Romeo. Berubah menjadi buaya darat. Semuanya kerana sikap angkuhnya itu. Namun, seperti yang dijanjikan oleh Allah, segala perbuatan jahat yang kita lakukan pasti akan mendapat pembalasannya. Tidak kiralah di dunia atau di akhirat. Dia sedar dan insaf.
Kini, hatinya dikecewakan oleh bekas suaminya sendiri. Perjalanan rumah tangganya tidak sebahagia dan seindah yang disangkanya. Cinta yang berputik telah dikhianati. Suami yang diharapkan hanya mempermainkan perasaannya sahaja. Remuk hatinya setelah melihat perbuatan terkutuk suaminya bersama gadis lain. Sudahnya dia mengambil keputusan untuk menenangkan minda dan juga perasaannya dengan bercuti di Sabah.
“If you need me, I always there for you.” Azura berlalu pergi tidak mahu menyesakkan perasaan Nick sewaktu ini. Dia faham. Nick perlukan ruang untuk dirinya sendiri.
Nick meneruskan hajatnya untuk berjalan-jalan di sekitar kedai yang berada di depan laut. Sempat lagi tangannya menangkap gambar-gambar untuk dijadikan kenangan. Terlalu banyak sudah gambar ditangkapnya. Sudah banyak tempat-tempat yang dikunjungnya. Sambil membawa hati yang lara sambil itu juga melancong di dalam negara. Malaysia juga punya tempat-tempat menarik untuk diteroka. Bak kata orang hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri.
Jauh perjalanannya sehingga dia berhenti di depan sebuah kedai buku. Keunikan design dalaman kedai tersebut benar-benar menarik perhatiannya. Kedai buku yang bertemakan taman. Di dalamnya terdapat kedai cafe kecil. Dek kerana terlalu haus, Nick masuk ke dalam kedai buku tersebut dan memesan air.
“Capuccino blanded with caramel satu ya, dik?” Nick membuat pesanan. Sementara menunggu, dia mendekati rak buku yang menempatkan peta Sabah. Matanya ralat membelek peta tersebut tanpa dia menyedari gadis yang berlalu keluar dari kedai buku tersebut. Bunyi bell dari daun pintu membuat matanya beralih melihat pintu depan kedai tersebut. Namun, tidak sempat matanya melihat gerangan yang baru sahaja keluar tadi.
Risya tergesa-gesa keluar dari kedai bukunya dan membolos masuk ke dalam kereta. Dihidupkan enjin kereta. Tidak lama kemudian, pantas saja kereta tersebut berlalu pergi.
“Aduh! Kenapa boleh lupa nak ambil Aqish dari nursery?” Sempat lagi aku mengetuk-ngetuk kepala dek kerana terlalu leka dengan kerja di kedai buku. Mujurlah ada Cyntia, pekerja baruku yang dapat membantu menyelesaikan stok-stok buku baru untuk ditulis di dalam buku rekod. Tidak dinafikan, membuka kedai sendiri sememangnya pekerjaan yang mencabar buat diriku. Apa tidaknya? Segala hal berkaitan dengan kedai buku tersebut diurusku. Walaupun Ajai juga merupakan rakan sebisnesku. Tetapi, dia juga masih ada pekerjaan yang lain perlu dikendalikan.
Sebelum keluar dari kedai buku, sudah aku memberi pesanan kepada Ajai agar datang menjaga kedai buku. Sementelah dia tidak punya apa-apa kes, jadi senanglah untukku memberi tugas mengendalikan kedai tersebut sementara ada kerja lain yang perlu aku uruskan. Dalam 10 minit kemudian, Ajai akan datang ke kedai dan menggantikan tempatku. Aku sudah berjanji dengan Zue untuk mengambil Aqish sebelum masanya. Langsung, aku terlupa akan janji itu. Aduh! Harap-harap sempatlah aku sampai ke sana. Tidaklah Aqish menangis merengek bila dia tercari-cari akan mamanya.
Hari ini, Zue terpaksa balik lewat kerana hal kerja yang perlu diuruskan. Awal pagi tadi sudah diberi pesanan agar mengambil Aqish lebih awal. Sekali lagi aku mengetuk kepalaku.
“Kalau Aqish menangis sat lagi, terpaksalah aku bawak dia ke pantai. Hanya dengan cara tu sajalah dia boleh berhenti menangis.” Sempat lagi mindaku memikirkan cara-cara untuk memujuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun itu nanti.

*** 
Aku menggigit bibir melihat air mata yang tak henti-henti menggelongsor ke pipi si kecil. Rasa bersalah menggamit hati. Cepat-cepat aku tarik tubuh kecil itu dan dibawaku ke dalam kereta. Aku memasangkan tali pinggang untuknya dan mengambil botol susu yang sudahku siapkan untuknya sebelum sampai ke nursery tadi.
            “Ala Aqish...Aunty minta maaflah sebab lewat sampai. Kalau Aqish marah kat aunty, aunty bawak Aqish pergi pantai okey? Kita main layang-layang nak? Kita main kite! Jom kita main kite?” Lembut sahaja tuturku ingin memujuk Aqish. Tersedu-sedan si kecil sambil menyeka pipinya.
            “Nah, ambil botol cucu ni. Aqish minum susu tu dulu. Aunty bawa pergi pantai, okey?” Sekali lagi aku memujuknya dengan memberi botol kecil kepadanya. Perlahan-lahan tangisannya mula reda. Aku menarik nafas lega. Terlanjur berjanji, akanku bawa si kecil bermain layang-layang di pantai yang berdekatan dengan kedai bukuku. Kalau ada apa-apa hal, senang saja aku datang ke situ.
            Tangisan tadi sudah bertukar dengan sorakkan. Aqish melompat-lompat melihat layang-layang yang sudahku naikkan ke atas. Terbang ditampar angin yang sepoi-sepoi bahasa. Nasib baiklah cuaca hari ini tidak terlalu panas tetapi tidak pula mendung. Semestinya cuaca sebegini menyebabkan ramai pengunjung yang datang ke pantai ini.
            Melihat Aqish yang tersenyum girang, hatiku berasa sedikit lega. Aku mendongak melihat langit. Banyak pula layang-layang berterbangan. Bermacam-macam jenis yang ada. Ada pula bentuk seperti ikan pari. Bentuk seperti burung helang. Memang menarik! Manakala layang-layang Aqish pula mempunyai gambar kartun kesukaannya. Apa lagi, Ben10 la. Ha ha ha.
            “Aunty, Qish nak pegang tali boleh?” Pinta si kecil. Tangannya ditadah ingin mengambil tali dari tanganku. Bibirku menyimpul senyuman lebar. Aku mengangguk laju.
            “Boleh sayang. Meh dekat sini. Dekat dengan aunty, takut tali tu terlepas pula.” Tanganku masih tak lepas dari memegang tali layang-layang tersebut. Kejap mataku memandang Aqish, kejap mataku memandang layang-layang. Takut pula kalau-kalau tali layang-layang tersebut putus dek tersimpul dengan tali layang-layang orang lain. Mahu merajuk budak kecil ni nanti. Payah nak pujuk. Layang-layang favourite dia tuh!
            Aqish mendekatiku. Aku duduk mencangkung dalam masa yang sama tanganku cuba menarik layang-layang tersebut agar tidak jatuh ke tanah. Aqish menghulurkan tangannya.
            Belum sempat aku menyerahkan tali tersebut pada Aqish, tali tersebut terlepas dari tanganku. Melongo mulutku melihat tali layang-layang yang sudah terbang pergi. Muka Aqish sudah merah-kemerahan. Matanya sudah mula kabur dek air mata yang sudah bertakung di tubir mata. Aku menggigit bibir. Cepat-cepat aku mendongak ke atas. Nampak layang-layang Aqish yang melayang jatuh.
            Lama mataku memerhati layang-layang tersebut. Akhirnya, layang-layang tersebut jatuh di atas sebatang pokok tidak jauh dari kedudukan kami. Aku menggamit Aqish untuk pergi ke sana.
            “Alamak, Aqish. Ben10 tersekat dekat ranting tulah,”
            “Aunty pee..pergilah tolong ambilkan...Huhuhu...” Rengek si kecil. Dek rasa bersalah melihat wajah Aqish yang sudah lecun dek air mata, aku mendekati pokok tersebut. Sempat mataku menilik sekeliling.
            Okey, clear! Dengan lagak beraninya, aku memanjat pokok tersebut. Ketinggianku yang kecil molek ini menyukarkanku mendapatkan layang-layang yang masih tersangkut di atas ranting tersebut. Jadi, terpaksalah aku melompat sedikit ingin mengambil tali yang sudah melilit di dahan pokok tersebut.
            Namun, malang tidak berbau. Kaki yang asyik melompat ni, tersalah pijak pula.
            “Arggghhh!!”
            Aku memejamkan mataku rapat. Namun, banyak pula persoalan yang menerjah benakku. Eh? Asal aku rasa kakiku tak mencecah tanah ya? Bukan orang jatuh mesti ada bunyi macam nangka jatuh ke? Asal aku tak rasa sakit pun ek? Tiba-tiba, mata yang tertutup rapat dibuka luas.
            Dada yang tenang terasa dipanah petir. Kini, ombak pula menampar hati sehingga bergetar seluruh tubuhku melihat gerangan yang menyambutku dari terjatuh menyebam tanah. Gerangan yang sememangnya sudah mendapat tempat di dalam hatiku semenjak dulu lagi. Semenjak dirinya hadir dalam hidupku. Gerangan yang sering singgah dalam mimpi-mimpi laluku sehingga kini. Rindu yang sering bertamu sudah terubat jua. Perlahan-lahan, bibir yang menggeletar menyebut sebaris nama itu.
            “Nick?”
            Siapa sangka, kalau sudah suratan takdir itu tertulis dialah jodoh bagiku, tidak kira ke mana saja aku pergi ke mana saja aku menghilang dia tetap muncul hadir dalam hidupku. Ya Allah, benarkah dia yang tercipta untukku? Benarkah dia lelaki yang tersurat untukku?
            “Risya?” Wajah Nick juga nampak begitu keliru. Sudahnya, kami kaku sebegini. Berpandangan antara satu sama lain tanpa sepatah kata. Tergamam melihat kewujudan masing-masing setelah 2 bulan tidak bertemu.