Chap 15
AKU
mengenakan tudung berwarna peach
bersama dress labuh yang berwarna peach
lembut juga. Wajahku disolek nipis dan bibir pula aku oleskan dengan lip gloss supaya nampak tidak terlalu
pucat. Seringkali ada yang menegur wajahku yang tampak sedikit pucat kalau
tidak menggunakan apa-apa make-up
pun. Maklumlah, kulitku berwarna kuning langsat. Jauh bezanya dengan warna
kulit suamiku yang sedikit putih kemerahan.
Sebelum
keluar bilik, aku kembali membelek wajah.
“Dah
lawa dah tu. Tak perlu nak bergaya sangat. Simple
is nice. Cuba tengok aku ni,” sempat lagi si Zuhairil berposing di depan
aku. Dengan hanya berbaju T berwarna kelabu dengan seluar pendek paras bawah
lutu, sememangnya gaya suamiku lagi santai berbanding aku. Aku mencebik dan
pantas saja tanganku mengambil beg tangan di meja solek.
“Jomlah!
Kalau lewat sangat, nanti ada-ada saja kupu-kupu malam yang mengganggu
ketenteraman awam,”
“Kenapa?
Kau takut ke? Aku kan ada?” Seloroh Zuhairil yang tersenyum lebar. Pintu bilik
ditarik dan kunci bilik diserahkan kepada aku.
“Kau
kena ingat sikit. Kupu-kupu malam tu lebih suka tetamu yang berjantina lelaki
berbanding perempuan.” Balasku pula.
“So,
maksudnya kau risaulah suami kau ni kena goda dengan kupu-kupu malam tu ya?”
Aku tersentak mendengar pertanyaannya. Mata Zuhairil masih galak memandang
wajahku. Bibirnya sudah semestinya tersenyum sungging. Pasti saja hati lelaki
ini girang dek mengenakan aku. Aku menjeling saja padanya dan meninggalkan
Zuhairil ingin ke lif.
Belum
pun sempat kaki ingin melangkah, terasa lenganku dipaut dari belakang. Aku
berpaling memandang wajah Zuhairil. Aku menjongket kening sebelah dek rasa
hairan.
“Betul
tak apa yang aku cakap tadi? Sebenarnya dalam hati kau tetap ada rasa risau
tentang aku, bukan?” Hatiku mula bergetar hebat. Betul ke aku risau akan dia?
Aku sendiri tidak pasti. Tetapi, selagi dia yang bergelar seorang suami, tak
salah kalau aku risaukan tentangnya. Ah! Suka hatilah.
Melihat
aku yang masih berdiam tidak menjawab soalannya, Zuhairil melepaskan pautan di
lenganku dan beralih pula dengan menggenggam kemas tanganku.
“Don’t
worry, sayang. I will always stay besides you. Kalau jadi apa-apa, aku akan
bawa kau lari.” Zuhairil tersenyum lagi. Aku pula terkesima melihat senyumannya
yang aku kira ikhlas. Kami melangkah bersama menunggu lif yang masih belum
tiba.
“Ermmm...
Kita nak ke mana sebenarnya?”
“Kita
jalan-jalan tengok permandangan malam di Pattaya ni. Kalau kau nak beli
barang-barang cenderamata untuk sauudara-mara pun boleh.”
“Tapi,
awal malam macam gini pun kupu-kupu malam tu ada tau. Aku ngeri bila ingat
balik masa dekat Bangkok dulu.”
“Kan aku
cakap tadi. Aku kan ada. Jangan risau. Kita cari tempat yang aman sikit.
Sekejap saja. Nak tengok macam mana keadaan Pattaya masa malam. Lepas beli
barang-barang, kita balik okey?” Mendengar plan suamiku itu membuat aku
berfikir sejenak.
“Okey,
kalau macam tu kita balik pukul 9.30. Boleh?”
“Eh?
Awal sangat tu. Sayang nak kita duduk berdua dalam bilik awal-awal buat apa?”
Aku sudah menjegil melihat senyuman nakal Zuhairil. Secepat kilat lengannya aku
cubit. Dia mengaduh sakit.
“Okey-okey.
Tak kacau lagi dah. Nak bergurau pun tak boleh,”
“Ehemmm...
Bergurau tu kena berpada-pada. Jangan nak menggatal masa bulan tengah
mengambang. Ada yang terkena tempias nanti kang.” Aku memberi amaran kepada
Zuhairil mengingatkannya tentang keadaan aku sekarang. Kalau sudah period, mood aku senang saja nak swing.
Ada saja yang tak kena dalam hati. Emosi terganggu.
“Baiklah,
isteriku.”
KAMI berjalan menyusuri pantai pada waktu malam.
Mendengar saja bunyi ombak, hatiku sedikit tenang. Namun, hati tetap juga
berdebar-debar dek berdua bersama dengannya walaupun hakikatnya, kami dikelilingi
oleh orang ramai.
Mataku
menoleh pula ke sebelah. Nampak Zuhairil yang diam sahaja membuatkan hatiku
berasa tak senang. Haish! Kalau bising tak suka, kalau dia diam pula tak kena.
Apa kena dengan aku ni?
“Emmm...
Kita nak buat apa lepas ni? Barang pun dah beli, kedai pun dah singgah. Jam
pula...” Pantas saja aku lihat jam dipergelangan tangan.
“Jam pun
dah pukul 10.30 malam. Kita tak nak balik ke?” Aku kembali menyambung kata
sambil mata masih setia menatap wajahnya. Zuhairil hanya tersenyum kecil dan
masih diam tidak bersuara. Aku keluh lemah. Lelaki ni bukanlah bisu atau pekak,
tetapi dia tetap buat macam orang kurang upaya saja. Geram!
Dek tak
tahan dengan kebisuannya, aku pantas menarik tangan Zuhairil yang berjalan
sedikit ke hadapan daripada aku. Aku lihat wajah Zuhairil seakan-akan tergamam.
Matanya pula tepat memandang wajahku.
“Kau
dengar tak apa yang aku cakap ni? Buat-buat tak dengar pulak. Penat tau tak
cakap dengan orang yang berlakon macam kurang upaya,”
“Kalau
ya pun sayang sebenarnya nak pegang tangan abang, tak perlulah nak buat alasan
lain pulak.” Aku pula yang tergamam apabila tanganku dialihnya dan Zuhairil
mula memegang erat tanganku. Aku terlopong dengan tindakannya dan cuba untuk
menarik tanganku kembali.
“Ril,
apa ni? Aku tak sukalah.” Rungutku sambil tangan terkial-kial minta dilepaskan.
Namun usahaku tidak berhasil apabila Zuhairil semakin mengeratkan lagi tautan
dan tanganku ditarik sehingga menyebabkan tubuhku terdorong ke depan, dekat
pada tubuhnya. Aku terkedu.
“Can we
be like this for just this moment, please?” Pintanya dengan lembut. Suara
Zuhairil ternyata membuatkan hatiku menjadi tak keruan. Suaranya yang
kedengaran sedikit romantis, membuatkan aku terdiam dan membiarkan saja
tanganku digenggamnya kemas. Malah, mata yang sebelum ini langsung tidak pernah
mahu memandangku dengan pandangan lembut sebegitu menyebabkan aku bertambah
hairan.
Kami
kembali menyambung langkah dengan berpimpin tangan.
“Dulu,
kalau kita keluar selalu pegang tangan macam ni. Masa tu belum kahwin lagi tapi
dah macam pasangan bahagia. Bila dah kahwin sekarang, kenapa kita tak buat pula
macam dulu sedangkan sekarang lagi elok kita macam ni dan yang paling penting,
kita mampu buat pahala bila masing-masing dah halal?”
Mendengar
soalan yang terluah dari bibirnya, aku langsung terdiam. Aku telan liur. Rasa
tidak mahu menjawab soalannya itu. Langkah kami terhenti dan Zuhairil pantas
melepaskan tanganku. Tangannya beralih memegang bahuku dan perlahan-lahan
tubuhku ditarik ke dalam pelukannya. Mataku membulat tatkala dengan selambanya
dia memelukku di hadapan orang ramai.
“Ril,
kau buat apa ni? Kau tak malu ke peluk depan orang?” Bisikku pada cuping
telinganya. Mukaku pula sudah terasa bahang panas.
“Kita
bukan di Malaysia, sayang. Orang pun tak hairan kalau tengok kita berpeluk
macam ni. Lagipun, kau dah sah jadi isteri aku. Sukahati akulah nak buat apa.”
Kini, bukan mata saja yang terbuntang, malah mulut aku pun sudah terlopong
luas.
Aku
berusaha pula melepaskan pelukan tetapi aku tetap kalah dengan kekuatannya.
“I told
you before, can we be like this just for this time? Lepas ni, aku tak buat
dah,” sudahnya, hanya keluhan saja yang terluah. Aku jadi janggal apabila
dipeluk sebegitu. Perlu ke aku membalas pelukannya? Hati aku pula tak sudah bergetar
bagai menginginkan layanannya sebegitu. What happend to me? Di mana perginya
Erfina Alya yang membenci lelaki yang bernama Zuhairil Zainurdin dulu? Kenapa
seringkali aku cuba menyangkal, tetapi perubahan sikapnya pula yang menonjol
tidak seperti dulu? Aku kian terbuai dengan layanannya, namun pantas saja aku
menangkas dan cuba berdeham.
“Ril,
aku penat. Nak balik. Esok pula kita kena bangun awal. Nak pergi ke tempat
lain. Jadi boleh tak kalau kita balik sekarang?” Ujarku dengan suara perlahan.
“Oo...
okey. Maaf sebab terlalai pula. Rasa rindu sangat dekat kau sebab tu aku rasa
nak peluk.” Luahannya membuatkan aku tersentak. Aku menjongket kening sebelah.
Rindu?
“Rindu?
Aku dah ada depan mata kau nak rindu buat apa? Tak perlu nak berdrama
sangatlah...” Tiba-tiba, Zuhairil tergelak kecil.
“Luculah.
Dulu aku juga yang selalu cakap kat kau supaya jangan berdrama sangat.
Sekarang, terkena pulak kat batang hidung aku yang mancung ni.” Aku mencebik
dengan pujian untuk dirinya sendiri. Mancunglah sangat!
“Dahlah!
Aku nak balik. Jom!”
Dalam
perjalanan ke hotel semula, kami terpaksa melalui beberapa buah kelab dan bar
terbuka. Aku jadi takut dan tanpa sedar, aku telah menggenggam lengan Zuhairil
dan memeluk lengannya. Aku perasan akan pandangan Zuhairil yang sedang
tersenyum kecil.
Pelayan-pelayan
bar sudah mula merapati kami dan menegur Zuhairil, siap bersiul lagi bagi
mendapatkan perhatiannya. Wajah menggoda setiap pelayan membuatkan hati jadi
gentar dan gelisah. Aku sedikit terkejut tatkala Zuhairil melepaskan tanganku
dari lengannya dan tubuhku pula dipeluknya erat. Aku dongak memandang wajah
Zuhairil dengan wajah yang sedikit bengung.
“Tadikan
aku dah cakap. I will always stay by your side. Dont worry.” Sedikit sebanyak
kata-katanya membuatkan hatiku sedikit lega dan terharu. Kami kekal sebegini
sehinggalah sampai ke hotel.
Chap 16
PELBAGAI
tempat sudah kami lawati dalam masa sehari. Walaupun kesuntukan masa, tetapi
sedikit sebanyak pengalaman berbulan madu di Pattaya bersama Zuhairil tak dapat
aku lupakan.
Kami
sempat melawat Muzium Repley’s Believe It Or Not, underwater park dan tak lupa
juga bermain dengan gajah. Pergi ke underwater park pun, aku tak mungkin dapat
ikut mandi lebih-lebih lagi semasa ‘bulan mengambang’. Kalau tidak, sudah lama
aku redah air kolam di sana dan bermain air. Tapi, dah tak ada rezeki, aku
hanya mampu melihat Zuhairil yang meluangkan masa bermain di sana walaupun
sekejap. Muzium itu pula kami lewati pada sebelah malam. Sudahnya kami balik
dengan badan yang letih dan penat.
Balik
saja ke bilik, Zuhairil sudah masuk ke dalam bilik air ingin membersihkan diri.
Walaupun sudah mandi sebelum ke Muzium Repley’s Believe It Or Not tadi, tetapi
katanya badan tetap melekit. Aku pula menunggu giliran untuk masuk ke bilik air.
Sambil menunggu aku membuka televisyen dan melihat cerita Thailand yang
disiarkan. Melihat pelakon Thailand itu, aku sudah kenal siapa. Pelakon popular
dari negara Thaiand, Mario Maurer merupakan salah seorang artis luar negara
kegemaranku. Cerita yang disiarkan juga sudah aku lihat melalui internet.
Suddenly It’s Magic. Cerita romantik komedi yang mengisahkan seorang gadis yang
berasal dari Filipina jatuh cinta dengan artis dari Thailand. Ceritanya sangat
menarik dan sudah pastinya sangat romantik.
Walaupun
di Thailand, cerita yang ditayangkan tidak mempunyai sarikata bahasa Inggeris,
tetapi oleh kerana aku sudah melihat cerita ini sebelum ini, sedikit sebanyak
aku boleh faham jalan ceritanya. Terleka melihat cerita yang ditayangkan, tanpa
kusedar Zuhairil sudah menghadiahkan satu kucupan di dahiku. Aku tersentak dan
pantas saja tanganku melekap pada dahi. Mataku pula sudah terbuntang memandang
wajahnya yang tersengih-sengih macam orang tak bersalah.
“Fokus
betul kau tengok pelakon lelaki tu ek? Suami sendiri tak nak pula kau tenung
macam tu,” seloroh Zuhairil yang sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala
putih. Aku mencebik.
“Okeylah
tenung dia berbanding tenung lelaki yang perasan hensem macam kau,” bidas aku
pula dengan selamba. Aku tersenyum sinis. Aku pasti sudah tentu Zuhairil mencerlung
tajam pada aku sekarang. Namun, aku tetap menatap televisyen di hadapanku.
Tiba-tiba
wajah Zuhairil menerpa anak mata tatkala wajahnya tepat-tepat di hadapanku bagi
menghalang pandanganku pada kaca televisyen. Aku tersentak dan mengundur ke
belakang dek terkejut sehingga menyebabkan aku hampir-hampir terbaring. Namun,
pantas saja Zuhairil menahan tubuhku dari terbaring. Tubuh kami mengeras dan
masing-masing kaku. Bola mataku pula tak sudah menatap ke dalam anak mata
Zuhairil. Lama-kelamaan, anak mata yang asyik merenung antara satu sama lain,
perlahan-lahan menutup. Debaran di dada sukar untuk aku ungkapkan tika ini.
Sememangnya jantung tak henti-henti mengepam darah dengan pantas.
Dapat
kurasakan hembusan nafas Zuhairil yang menerpa pada wajahku. Belum sempat bibir
kami bertaut, aku terlebih dahulu tersedar dan pantas mataku terbuka. Aku
mengalihkan wajah ke arah lain bagi menyembunyikan bahang panas yang sudah
singgah ke muka.
“Emmm...
aku masuk ke bilik air dululah. Panas!” Pantas saja aku menjauhkan diri
daripadanya dan segera masuk ke bilik air. Aku menutup pintu dengan
segera.Tanganku menekap dada. Ya! Memang sah hatiku mula merasakan debaran
seperti dahulu. Aku... Aku kembali merasakan debaran cintanya ke?
Aku
tersentak apabila mendengar ketukan pada pintu bilik air.
“Ha?”
Aku membuka pintu dan menayangkan wajah penuh bengung.
“You...forgot
to bring your towel.”
“Oh!”
Aku pantas mengambil tuala dari tangan Zuhairil.
“Terima kasih,” aku menutup semula daun pintu dan pantas
saja menutup wajahku dengan tuala. Hai... Malunya. Kenapalah aku boleh terlupa
nak bawak tuala sekali? Hish! Kan dah malu depan suami sendiri. Mesti Zuhairil
dah mentertawakan aku kat luar bilik air tu. Aduhai!
Setelah lama berteleku di dalam bilik air, aku ambil
keputusan untuk keluar. Sengaja aku berlama di dalam bilik air. Semua sebab
kejadian tadi. Seringkali kejadian tadi diulang tayang di dalam mindaku.
Sungguh aku sukar untuk melupakannya. Sentuhan lembut tangannya pada tubuhku
tadi menimbulkan satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan. Perasaan semacam
saja. Adakah perasaan itu bangkit dek malaikat yang ingin menyatukan kami
berdua? Aku pernah sekali mendengar cerita orang. Kalau selalu bagi perempuan dan
lelaki yang bukan muhrim berdua, pasti yang menjadi orang ketiga adalah
syaitan. Tetapi lain pula bagi orang yang sudah berkahwin. Para malaikat yang
akan bersama demi mengikatkan lagi perhubungan antara suami isteri. Betul ke?
Perlahan-lahan aku pusingkan tombol pintu dan menjenguk
kelibat Zuhairil di sebalik pintu yang sedikit terbuka. Melihat keadaan yang
aman dan sunyi sahaja, aku keluar dengan langkah yang terjengket-jengket macam
lagak seorang pencuri. Dalam keadaan yang samar-samar, aku lihat wajah Zuhairil
yang sudah tenang dibuai mimpi. Aku tarik nafas lega. Sejurus itu aku
gantungkan tuala di tempat penyidai dan perlahan-lahan naik ke atas katil.
Mataku terpanah pada wajah tenang Zuhairil. Bermula dari
bulu keningnya yang sedikit tebal, beralih pula pada batang hidung yang boleh
tahan mancungnya dan akhirnya pada seulas bibir yang hampir-hampir saja
mendarat pada bibirku tadi.
“Kau jatuh cinta balik kat aku ke?” Aku terlopong dek
terkejut mendengar suara Zuhairil secara tiba-tiba. Bukan itu saja. Ketika aku
tengah asyik merenungnya tadi, pantas saja Zuhairil menolak tubuhku ke katil
dan terbaring di sisinya. Mata kami sekali lagi bertaut. Dada yang sudah tenang
tadi kembali bergetar.
“Ka... Kau nak buat apa Ril? Kau... kau tahukan aku ni...
aku ni...”
“Boleh tak buat kali ni kau diam seketika? Aku tahu kau
tak boleh layan aku sekarang. Tapi, yang ringan-ringan boleh kan?”
“Zu... Zuhairil... kau nak buat apa ni? Aku... Aku tak
bersedi...”
“Kau nak cakap kau tak bersedia? Habis selama ini, kau
biarkan aku tergoda dengan kau dan kau tak ada pula tolak aku. Malah, kita dah
berapa kali tidur sekatil. Kau okey je.”
“Tapi, sekarang ni kau nak buat apa? Kalau selalu, kita
hanya tidur sekatil dan kau pun dah akur takkan kacau aku bukan?”
“Aku dah tak tahan sebenarnya. Dalam diam, aku dah
tergoda sangat. Jadi, kali ni aku takkan lepaskan kau lagi,”
“Kau nak buat apa Zuhairil?!” Dadaku terasa sesak tika
itu. Tanganku cuba untuk menolak tubuhnya, tetapi sukar pula untuk aku
menolaknya. Entah, aku rasa macam aku merelakan saja apa yang dilakukan oleh
Zuhairil. Aku lihat Zuhairil yang tersenyum sahaja.
“Aku tahu had aku sampai mana. Jadi, apa yang aku nak...”
“Apa?” Pintasku yang sedikit gugup. Mataku tak lepas dari
memandang wajahnya tajam.
“Aku nak kiss isteri aku,”
Aku tergamam di saat Zuhairil mendaratkan bibirnya pada
dahiku. Kucupan hangat yang singgah di dahi, kemudian beralih pula pada
hidungku. Perlahan-lahan, Zuhairil mengucup pula kedua-dua pipiku. Akhirnya,
sasarannya pasti di bibir. Namun, belum pun bibirnya mendarat pada bibirku, aku
cepat-cepat menutup mata. Mataku terbuka tatkala mendengar bisikan darinya.
“Let me save the last kiss for another day. And ofcourse
on that day, I know you will be mine at last. Good night sayang.” Sejurus itu,
dia mengucup pipi kananku dan kembali baring di sebelah. Zuhairil menarik gebar
dan menutup matanya sambil bibir masih tidak lekang dari senyuman. Aku
terkebil-kebil memandang siling. Aku berkalih memandang wajah Zuhairil di
sebelah. Wajah yang tadinya terasa beku akhirnya membahang panas. Malu dengan
layanan daripada Zuhairil tadi.
Di saat aku ingin membuka mulut, tangan Zuhairil sudah
bergerak dan menarik tubuhku mendekatinya. Dalam matanya yang masih terpejam,
tubuhku dipeluknya erat.
“Tidurlah sayang. Esok kita dah nak balik ke Malaysia
semula. Nak pergi ke Bangkok dulu. Kan penat?”
“Ermmm...” Itu saja yang jawabku. Kedinginan malam di
dalam bilik yang berhawa dingin menjadi sedikit hangat tatkala tubuhnya
merangkul tubuhku. Tanpa kusedar, bibirku juga mengukir senyuman. Aku membalas
pelukannya dan membiarkan diri terbuai dalam mimpi.