AKU hanya mampu mengukir senyuman plastik bila tetamu jemputan menegurku. Mana tidaknya, kahwin dengan bekas kekasih sendiri sememangnya membuat hidupku bertambah haru-biru. Aku pandang sebelah dan wajah lelaki itu turut tersenyum manis. Entahkan benar ke tidak senyuman itu ikhlas buatku. Entah-entah dia juga buat-buat nampak bahagia. Aku jadi bingung dibuatnya. Sekejap dia baik sekejap dia ribut. Motif? Aku pun tak tahu. Aku alih pandangan ke depan. Nampak gayanya semua tetamu sedang enak menjamu selera. Tiba-tiba, perut pula naik bergendang buat lagu yang entah apa-apa. Lapar!
"Psst...Lama lagi ke nak dok macam kayu kat sini?" bisikku pada Zuhairil.
"Kenapa? Dah lapar?" Soalnya kembali yang juga turut berbisik sepertiku.
"Memanglah lapar! Majlis besar cam gini, tengok orang makan sedap aku pun rasa nak makan sedap juga,"
"Para pengantin dipersilakan untuk ke meja hidangan bagi menjamu selera," ucap juru majlis dan segera wajahku yang cemberut mengukir senyuman lega.
"Makan!" Ucapku sedikit teruja. Aku pandang wajah Zuhairil yang berubah masam.
"Kalau lapar sekali pun, agak-agakla. Cuba buat-buat malu sikit. Kalau orang lain dengar, kau nak aku letak muka ni kat mana?" bisik Zuhairil di tepiku yang aku kira tengah geram dengan kerenah aku yang tak tahu malu ni. Aku menjeling malas padanya dan cepat-cepat aku tayang senyuman lebar pada pengapit di sebelah.
"Betul kata abang Ril tu kak Fin. Orang lain tahu, dengan muka Fira pun Fira tak tahu nak letak mana," sambung sepupuku selaku pengapit di sebelah. Aku mencebik sahaja. Dengan langkah teratur aku turun dari pentas. Belum pun sempat nak buka langkah baru, tanganku ditarik dari belakang. Zuhairil menjegilkan mata dan menarik tanganku agar dekat dengannya.
"Kau ni, bersabar boleh tak? Orang lain tengok tu. Hish!" Zuhairil dah mula naik geram dengan kerenahku. Aku peduli apa! Bila diingat kembali adengan sebelum majlis tadi, makin membara rasa amarah ni. Ada patut dia buli aku suruh bawa semua beg baju dia. Dia ingat aku ni apa? Kuli dia ke? Bukan tu saja, disuruhnya aku pergi melayan kerenah anak buah dia masa aku tengah nak bersiap-siap. Aku yang tengah sibuk dengan persiapan disuruhnya pergi melayan budak-budak kecik tu. Aduhai! Memanglah comel anak buah dia tu, tapi tengok situasilah.Agak-agaklah sikit. Orang yang nak kena bersiap dengan segala hal ni, aku! Pengantin perempuan tu pun aku! Terpaksalah aku menahan sabar dengan pembulian yang si suamiku buat. Memang geram betullah!
"Suka hatilah. Dah kau yang nak sangat kahwin dengan aku. Aku nak makan, aku dah tak peduli," balasku dan ingin segera melangkah menjauhinya. Namun, lenganku begitu kuat digenggamnya dan matanya tajam memandangku. Aku tergamam dan tunduk serta-merta.
Tidak lama selepas itu, kami bergerak mendekati meja makan dan menjamu selera.Aku hanya diam sedari tadi. Tetapi, makanan di meja masih tetap kusumbat di mulut. Tiba-tiba, tanpa sempat mengelak, Zuhairil mengusap bibirku dengan kain.
"Bibir sayang comot. Makanlah elok-elok." lembut saja ucapnya. Aku memandang wajahnya lama. Aku terkedu tatkala dia mengenyitkan mata padaku. Aku jadi gugup tiba-tiba. Sememangnya suamiku ini ada mood naik pasang surutnya. Memang keliru betullah aku dibuatnya.
Selesai saja majlis persandingan kami, badanku mula terasa penat. Kaki pun dah naik lenguh gara-gara pakai high heel 3 inci ni. Sudahlah aku tak biasa dengan kasut sebegini, tambahan pula kakiku sakit gara-gara adengan semalam. Memang lenguhlah!
"Fin, Ril...Ibu dengan ayah balik dululah ya?" ujar ibu padaku.
"Jaga Fin elok-elok ya, Ril? Ayah serahkan anak gadis ayah ni di bawah tanggungjawab kamu. Apa-apa hal, bolehlah cari ibu dengan ayah kalau si Fin ni buat hal,"
"Ayah, ada pulak macam tu," aku mencebik saja walaupun tahu ayah cuma bergurau. Tergelak mama dan abah dek usikan ayah.
"Jangan risaulah, Yus. Erfina ni kami akan jaga dengan baik. Lagipun, diorang ni dah kena hidup sendiri. Kena berdikari. Semuanya hanya mereka berdua yang kena uruskan supaya rumahtangga akan kekal selamanya," ujar abah Zuhairil. Aku hanya mampu tersenyum sahaja. Ayah mengangguk mengiyakan kata Abah.
"Semoga anak ibu ni dapat anak cepat-cepat ya?" Nafasku terasa tersekat mendengar kata ibu. Mataku membuntang memandang ibu dan aku lihat ibu tersenyum penuh makna. Ibu kenapa cakap macam tu? Tahukan yang aku dan Zuhairil ni ada sejarah 'hitam' bersama. Suka sangat buat nafas ni jadi semput. Berdebar jantungku bila melihat wajah Zuhairil yang tajam memandangku dengan senyuman 'gatal'nya. Ya Allah, macam mana ni? Takutnya...
Ibu dan ayah meninggalkan perkarangan lobi hotel dan tinggal aku, Zuhairil dan keluarganya sahaja di situ.
"Kamu berdua pergilah berehat kat atas, esokkan dah kena pergi honeymoon," kata-kata mama membuat jantungku terhenti seketika. Apa? Honeymoon? Tapi...
"Apa,ma? Honeymoon?" soalku ingin kepastian. Mama memandangku dengan pandangan hairan.
"Iye. Honeymoon. Aik? Takkan Ril tak bagitahu kat kamu yang kamu berdua kena pergi honeymoon esok hari?"
"Ermmm...Tak. Ril tak bagitahu apa-apa pun tadi," aku pandang wajah Zuhairil pula.Dengan selamba Zuhairil menayangkan senyuman penuh manis pada mama dan abahnya.
"Sebenarnya ma, Ril nak bagi suprise kat Fin ni. Tapi, mama dah spoilkan." jawab Ril dengan wajah poyonya tu. Konon suprise! Nak buat aku heart attack ke apa? Kau bukan jadi pengantin baru lepas ni, jadi duda kejap lagi gara-gara aku diserang heart attack. Baru kau tahu!
"Apa-apalah kamu, Ril. So, kamu berdua pergilah naik atas berehat."
"Apa,ma? Naik atas berehat? Kat hotel ni?" Ada lagi kejutan rupanya. Berehat di hotel? Bukan ke Zuhairil cakap aku akan bermalam di rumah keluarganya?
"Haa..Ni pun Ril tak bagitahu ke? Kamu akan berangkat ke Pattaya, Thailand esok pagi dari sini." Aku melopong mendengar tentang perkara baru ni.
"Tutup mulut tu, Sayang. Betullah kita kena bermalam kat sini. Abang dah plan awal dah." Mahu saja aku pengsan kat depan mama dan abah sekarang. Kenapa dia tak beritahu aku tentang semua ni? Ya Allah! Tenang...tenang Erfina. Bertenang!
"Okeylah. Mama dengan abah nak balik dulu. Zaidi dah menunggu kat parking lama dah tu. Nampak macam kak long dengan kak ngah kamu pun dah penat melayan kerenah anak masing-masing. Baiklah kami beransur sekarang." pamit abah segera.
"Baiklah, abah, mama. Nanti dah sampai rumah bagitahu Ril."
Aku memandang kosong pada 2 buah kereta milik keluarga Zuhairi yang sudah pergi meninggalkan hotel. Aku kaku dan bengung seketika. Sekarang tinggal kami berdua saja yang berada di lobi hotel.
"Erfina!" Aku tersentak tatkala menepuk bahuku. Aku terkebil-kebil memandang wajah Zuhairil.
"Apa dia?"
"Kau sempat lagi mengelamun kan? Kau tahu tak berapa kali aku panggil nama kau?Nasib aku tak menjerit kat cuping telinga kau tu,"
"Hah? Ye? Kenapa?" Soalku yang masih terpinga-pinga pasal tadi. Sungguh otakku tengah kosong sekarang.
"Hish! Kau ni buat aku geramlah!"
"Hah? Geram? Kenapa?"
"Ish! Ni memang mencabar kesabaran aku ni. Kau ni memang nak kena!"
Aku terpempan dan badanku mengeras ketika Zuhairil mencepung tubuhku secara tiba-tiba.
Mataku terbuntang dan segera wajahnya kupandang tajam.
"Kau nak buat apa ni? Turunkan akulah!" Ujarku dengan suara sedikit naik.
"Tak nak! Siapa suruh kau tak fokus bila aku tengah bercakap tadi. Sekarang, kenalah padahnya."
"Kau nak buat apa ni, Ril? Lepaskan aku!"
"No! I won't! Now, you are officially mine and tonight...Kau milik aku seorang." aku menelan liur perit. Gulp! Malam ini, aku milik dia?