Advertisement

Rakan-rakan pengikutku

Tuesday, September 27, 2011

Cinta yang tiada kepastiannya Preview bab 8 n 9




28 Sep 2011

Bab 8


“Ish awak ni…Kalau letak ais saje mana boleh baik dengan cepat.” Dia masih berdegil lagi. Lalu aku tarik bungkusan ais dari tangan nya dan sepantas itu juga aku letakkan kapas yang sudah diletak minyak tadi ke dahi nya. Perlahan-lahan aku sapukan minyak ke dahinya.




Terasa ada mata yang merenungku,lalu aku alihkan pandanganku dari melihat dahinya dan melihat mata tersebut. Terkedu aku apabila tersedar rupa-rupanya,dia yang melihatku.Lama!Tiba-tiba, seperti terhenti pula masa ketika itu.Aku dan dia sama-sama memandang antara satu sama lain.Kedua-dua insan ini tidak berkelip mata memandang antara satu sama lain.



“By the way,thanks sebab bagi baju tu kat saya.Tapi saya rasa tak senang hatilah.


“Tak senang hati?Kenapa pulak?Awak ni peliklah.Kalau perempuan lain,selalunya bila saya beri dierang hadiah,dierang ambik je.Gembira sakan je saya tengok.Awak pula cakap awak tak senang hati kalau dapat baju tu.Why?Nak cakap awak tak suka baju tu,baju tu awak pilih sendiri jugak.”



Dia menggeleng seraya berkata, “Weird! You are weird. Banyak-banyak perempuan, saya tak pernah jumpa orang macam awak ni.”



“Aik?Tadi cakap lain,ni dah cakap lain?Ok,then, saya memperkenalkan diri saya.Kita belum secara rasminya kenal kan?Jadi,sekarang kita mulakan perasmian itu.Emmm…”Dia berdeham.

“Hai,saya Nik Emil Bin Nik Baharuddin. Orang panggil saya,Nick sebab rupa saya macam mat salleh.Tapi memang pun, saya ada darah campuran.Mummy saya orang US,San Fransisco actually dan Papa orang melayu,pure Melayu.Kira saya ni boleh dikategorikan sebagai pan Asianlah.



aku tergelak,dan dia pula asyik memerhatikan aku sahaja.Kenapalah dengan lelaki ni?Bukankah dia selalu melihat perempuan?Kenapa dia lihat aku ni macam dia tak pernah lihat perempuan sebelum ni?Padahal dirinya dikelilingi oleh perempuan.Ramai pula tu.


Bab 9

“Eh,jadi Mat gajah gatal yang kau cakap tu ada kat rumah kebajikan tadi ya?”Soalnya.

“Haah.Siap kena bagi hadiah istimewa dari aku lagi.”



“Emm..” Irah berfikir sejenak lagi. “Hah,kenapa kau tak bawa abang kau?” Irah menyusulkan satu idea kepadaku.

“Abang?” Tiba-tiba rupa si ‘abang’ terimbau diingatanku.Hmmm…Dia sibuk ke tidak ya?


Dia sudah milik orang.Tak perlu kakak sedih lagi ya.Pasti akan ada orang lain yang lebih baik daripadanya.”Aku hanya mampu mengangguk sahaja.Tahu ibuku tidak dapat melihat reaksiku,sambil menahan-nahan suara yang sudah mula serak-serak basah sebab menangis



Segala perbuatan Risya diperhatinya.Risya tengah berborak-borak dengan orang-orang tua di rumah kebajikan itu, Risya tengah menyiram pokok bunga ditaman, Risya tengah mengurut kaki mak cik di bilik,Risya ketawa,Risya itu,Risya ini.Semua diingatnya kembali.Segala tentang Risya menarik perhatiannya.

“Kenapa dengan aku ni?” soal dirinya.

Selamat membaca bab yang seterusnya...


http://www.penulisan2u.my/tag/cinta-yang-tiada-kepastiannya/

Saturday, September 24, 2011

My stories: Cinta yang tiada kepastiannya



Blog ini khas untuk update cerita2 dari diri ini. Khas buat sesiapa yg bermnat untuk membca blog ini.

My own novel series, Cinta yang tiada kepastiannya


Bab 1
Aku pandang dirinya yang segak memakai baju pengantin berwarna putih krim itu.Wah! Itu sahaja ayat yang mampu aku fikirkan apabila nak menggambarkan dirinya sekarang.Namun hatiku berasa sakit apabila melihat dirinya duduk bersama pasangannya di atas pelamin yang dihias indah itu. Siapa yang tidak mahu duduk di atas pelamin tersebut bila sudah menjadi seorang pengantin. Tapi pengantin itu bukan aku.Ya,bukan aku! Perit rasanya melihat orang yang kita cintai sudah dimiliki orang lain.Mataku beralih melihat pasangannya.Comel! Kedua-dua mempelai itu nampak secocok sahaja. Sama-sama comel, bisikku.

Mataku mula kabur, ingin sahaja aku menangis ketika itu namun ditahanku.Aku cinta kan dia! Namun siapalah diri ini bagi dirinya. Aku tidak pernah berada di dalam hatinya.Sedikit perasaan pun tiada.

Dek kerana tidak dapat menahan sedih, aku keluar dari dewan tersebut. Aku melangkah jauh kerana ingin melarikan diri daripada orang ramai yang mula mengerumuni mereka kerana ingin menangkap gambar bersama-sama mereka. Tidakku hiraukan.Keluarga mereka mungkin.Ah, apa aku peduli! Dirinya tiada kena mengena dengan diriku lagi. Sekarang dirinya sudah bergelar suami orang dan aku tidak ingin menjadi pengganggu rumah tangga orang.

Aku berhenti di taman di luar hotel tersebut. Aku memandang langit yang gelap dan tenang itu. Namun, hati ini tidak seperti langit itu.Melihat bintang dan bulan yang mengambang tersebut membuat hatiku merasa pilu. Teringat kembali ketika aku masih bergelar pelajar universiti. Dan kenangan bersamanya menerjah diriku. Ketika itu dia ingin bertemu denganku di bawah rumah flat yang aku diami ketika itu.

“Tengok tu Iz,cantik kan?” Tanyaku kepada nya sambil mendongak ke langit. Dia juga memandang ke atas.

“Hm,cantik!” Itu sahaja yang dijawabnya.Ketika itu hanya kami berdua yang menikmati angin diluar sambil melihat ciptaan Allah yang indah itu.

“Malam ni bulan penuh lah!Cantik sangat!Kalau ada camera nak je tangkap gambar,” kami mendongak melihat bulan penuh itu sambil bersandar di kereta orang. Maklumlah, nak ‘dating’ di flat ni, aku tak berani nak pergi kat tempat gelap-gelap.Mujur ada lampu di tempat parking itu, tiadalah orang nak salah anggap pula kan? Tak pasal-pasal kena tangkap basah pula, nanti haru pula jadinya.

Aku memandang dirinya. Tertanya di hati, kenapa dia ingin bertemu denganku malam ini? Aku melihat ditangan nya, ada sebungkus biskut tiger dibawanya. Tahu aku memandang barang yang dipegangnya, lalu dia menjawab.

“Lepas makan tadi, rasa lapar balik,” jawabnya. Aku tahu dirinya yang kuat makan itu. Memang padanlah dengan badannya yang berisi itu. Tingginya pula bukanlah dikatakan tinggi yang ideal bagi seorang lelaki. Dia pendek sahaja tapi tidak lah sependek aku yang berukuran 150cm ni.
Aku juga tertanya-tanya pada diriku. Apalah agaknya sebab aku menyukai lelaki ini? Sudah lah pendek, dia ni pun boleh dikategorikan sebagai lelaki sederhana gemuk jugak tapi satu kelebihan yang dia ada iaitu rupanya. Comel! Masih segar diingatan ini ketika pertama kali aku menemui dirinya. Ketika itu bulan februari, dan tempatnya, KFC! Apabila diingat balik, kelakar pula. Aku melihat dirinya buat pertama kali, aku sudah tersangkut padanya kerana rupanya yang memang comel! Tapi, selepas aku mengenali dirinya dengan lebih dalam, ada sesuatu yang membuat diriku membenci nya pula. Aku mendapati dirinya yang suka ‘flirt’ dekat mana-mana perempuan membuatkan aku rasa menyampah pula pada dirinya dan akhirnya aku membenci pula dia kerana sifatnya yang kaki perempuan. Memang pantang aku kalau mendengar lelaki yang dikategorikan sebagai ‘player’ ni.

Tapi kuasa Tuhan, siapa kita untuk menolaknya. Hanya Tuhan sahajalah yang mampu membalikkan apa yang dirasakan oleh diriku terhadap dirinya. Aku mula menerima dirinya. Ada perkara yang telah terjadi kepada diriku yang membuatkan diriku yang pada mulanya menidakkan perasaan yang mula berputik dan akhirnya aku membiarkan sahaja perasaan itu menguasai diriku. Hah..nak buat saspen sikit. Aku tersedar semula dari bayangan masa lalu apabila aku merasa ada sesuatu pada mulutku.

Rupa-rupanya, Iz telah memasukkan biskut tiger ke dalam mulutku.

“Masuk lalat karang baru tahu.” Dia memandang diriku dan tersenyum apabila melihat diriku yang blur semacam.

“Padan muka!” kata-kata itu sering terkeluar daripada mulutnya apabila dia ingin mengenakan diriku yang memang digelar ratu blur itu. Tak dapat jadi Ratu Malaysia, jadi ratu ‘Blur’ pun tak pe la.Lalu aku menampar belakangnya.

“Nak kenakan orang nombor satu!” kataku sambil mengunyah biskut yang telah dimasukkan ke dalam mulut aku ketika aku tengah berangan tadi.

“Siapa suruh berangan,time berangan tu pulak kau dah menganga macam singa lapar!Aku yang lapar, kau pulak yang terlebih kuah nya!Apalah kau ni,Erisya.”Aku memuncungkan mulutku. Tahu diriku kalah dengannya, dia mentertawakan aku pula.Heish!Geram betul dengan mamat yang satu ni! Aku pandang sahaja dirinya. Heish! Ni yang cair ni, apabila pandang dirinya, aku akan teringatkan pelakon Taiwan yang aku minat iaitu Ming Dao. Itu lah ayat yang sering aku katakan kepada rakanku apabila teringatkan dirinya ketika aku mula-mula berjumpa dengan nya.

Kembali ke realiti, aku mula bertanya dirinya, “Kenapa nak datang sini?” Dia memandang diriku yang berdiri disebelahnya sambil bersandar di kereta orang.Harap-harap orang yang memiliki kereta ini tidak datang ke sini. Takut pula kalau dimaki pemiliknya.

“Saja..” Itu sahaja jawapan nya. Aku hanya berdiam diri sahaja. Tak apa, aku tak kisah pun malah aku akan berasa lagi suka kalau dia ingin selalu menemuiku. Apabila mengingatkan tali persahabatan antara kami berdua yang baru terjalin selama 4 bulan ini, aku rasa seperti sudah menjadi sangat rapat pula dengannya walaupun pertalian persahabatan ini masih baru bermula. Hm..mungkin kerana dirinya yang mempunyai ramai kawan perempuan kot. Itu yang menyebabkan dirinya memang senang rapat dengan mana-mana kawan perempuannya. Aku memang sudah tahu benar dengan sikapnya yang suka memikat perempuan dengan ayat-ayat manisnya. Tapi aku berasa pelik, kenapa tiada satupun yang melekat dihatinya, atau mungkinkah dirinya sudah mempunyai pilihan? Tapi tidak pula dia ingin mengaku dirinya sudah berpunya, malah desas-desus yang aku dengar daripada kawan-kawanku menyatakan dia memang masih single.Entahlah, dah nama ‘player’ kan. Semua kawan perempuannya dianggap teman tapi mesra. Malah, dia juga mengaku yang dia tidak pernah pun mempunyai girlfriend semenjak dia sekolah lagi sampai sekarang. Wah!Hebatnya dia!Biar benar?! Lelaki secomel ini langsung tidak pernah memiliki teman wanita sejak dari dulu lagi.

Aku berkalih memandang dirinya lagi. Dia pun turut memandang diriku.Kami hanya diam seketika. Berdegup pula hati ini apabila dia merenung mataku. Aku memang suka padanya! Tapi adakah dia tahu aku telah pun menyukai dirinya? Dalam beberapa saat, dia terus menyuakan paket biskutnya kepada aku.

“Suaplah!” kataku yang dah mula naik ulat bulu itu. Aku hanya ingin mengenakan dirinya. Ingin tahu adakah dia berani melakukannya ataupun tidak. Tahu dengan status nya yang terkenal dengan nama ‘player’ ini, aku mencabar dirinya. Dan tanpa aku sangka, dia benar-benar ingin menyuap biskut itu. Terdetik dihatiku, sudah berapa ramai perempuan yang disuapnya.

“Nah, makan lah! Tadi kan nak sangat..Kenapa tutup mulut itu pulak?” tanyanya.Lalu aku terdiam seketika dan tanpa aku sedar aku membukakan mulutku dan menggigit biskut tersebut. Aku pula terkejut dengan reaksi aku sendiri lalu aku hanya mengunyahkan sahaja. Melihat reaksinya pula seperti sudah biasa melakukannya. Malas untuk berfikir tentang itu, aku memandang semula bulan purnama dilangit. Terasa lengan aku dicucuk olehnya lalu aku menoleh kearahnya. Dia ingin menyuap lagi biskut yang baru dikeluarkan dari paket yang dipegangnya. Aku menggeleng tanda tidak mahu kerana rasanya, biskut yang aku makan tadi melekat pula dikerongkong ni. Heish!!Tak pula dia bawak air.

Seperti tahu-tahu sahaja, dia pergi kearah motorsikalnya lalu mengambil air mineral di tempat menyimpan barang dibahagian depan motornya. Dia meneguk airnya yang tinggal sedikit sahaja. Amboi minum sorang nampak. Satu lagi sikapnya yang aku tidak gemar, dia ni kedekut juga! Susah nak tengok dia mengeluarkan duit nya dan berbelanja orang lain. Kalau nak belanja pun setakat gula-gula atau ice cream tu ada lah..Memang kedekut haji bakhil betul lah lelaki ni.

“Oklah, nak balik dah ni,” kata dirinya setelah habis air mineral diteguknya, dan aku pula hanya mampu menahan kerongkong yang tengah sendat dek makan biskut tiger tadi. Aku hanya mengangguk dan mengucapkan salam kepadanya setelah dia memulakan enjin motornya ingin beredar dari flat ini.

Kembali kealam yang nyata, baru aku tersedar, mata aku telah banyak mengeluarkan air mata apabila terkenang semula memori lama bersamanya.Ya Allah, tolonglah buangkan rasa sedih ini. Cukuplah dengan ingatan yang lalu, aku ingin melupakan dirinya. Dia sudah menjadi milik orang, Ya Allah tolonglah hambaMu ini. Tabahkanlah diriku ini dalam mengharungi salah satu dugaan yang telah kau berikan kepada aku, Ya Allah! Tanpa sedar seseorang telah melihat Erisya yang masih menangis itu dari jauh.

http://www.penulisan2u.my/2011/08/novel-cinta-yang-tiada-kepastiannya-1/



Bab 2


“Kak Risya!” Seseorang memanggil aku setelah lama aku berendam air mata melayan diri yang kesedihan ini.

Aku berpaling terkejut mendengar ada yang memanggil namaku. Nasib baik aku tak melatah tadi.Yalah, dah melayan diri seorang-seorang di taman hotel yang sunyi ini ,malam-malam pula tu.Aku memandang si pemanggil lalu cepat-cepat aku mengelap air mata yang ingin meleleh lagi. Hish!Sudah-sudahlah tu mata oii…Taulah aku ni cengeng, tolonglah berhenti. Patutlah dalam perjalanan menuju ke hotel, banyak kali bawah mata aku bergegar petanda aku akan menangis nanti,rupa-rupanya ini lah sebab nya.

Aku memberi senyuman yang manis kearah si pemanggil.Senyuman plastik! Dia juga sedaya–upaya memberi senyuman kepada aku. Tahu agaknya diri aku yang tengah sedih ini lalu dia menuju kearahku dan menarik diriku ke dalam pelukannya. Terkejut dengan reaksi yang dilakukannya kepada aku, aku hanya mampu mendiamkan diri dan membiarkan diriku dipeluknya.

“Sabar ya kak.” Katanya, aku mengangguk tapi mata ini tetap tidak dapat bertahan, senyuman yang aku berikan kepadanya kini bertukar sendu pula. Aku menangis lagi.Aduhai, mata,bengkak lah jadinya nanti. Lama diri aku dipeluk nya.Mungkin ingin aku meluahkan segala apa yang terbuku di dalam hati aku ini. Setelah lama melayan tangisan aku, sendu tadi berubah menjadi senyap. Tersedar daripada pelukannya, aku melepaskan tangan aku daripada pelukan itu.
Sekali lagi aku menghadiahkan senyuman plastik kepadanya. “Terima kasih, Ekha!” Dia yang aku panggil Ekha itu mengangguk dan sebenarnya dia merupakan adik kepada lelaki yang aku cintai. Ya, adik Iz, Zulaikha dan aku panggil Ekha. Dalam pengenalan aku dengan abangnya, aku tidak menyangka yang aku berkesempatan untuk mengenali keluarga nya juga dan salah seorang nya ialah adik Iz. Ekha merupakan adik Iz yang paling bongsu, dan dialah adik yang rapat dengan aku tapi tidak berapa rapat dengan Iz. Aku teringat lagi kata-kata Iz yang menyatakan dia dengan Ekha tidaklah serapat dirinya dengan kakak kepada Ekha yang merupakan adik kedua daripada tiga beradik itu.

Ekha sangat berbeza rupanya berbanding kakaknya dan juga Iz. Ekha juga berisi tapi sekarang, badan nya sudah mula susut. Mungkin meningkat remaja maka perubahan badan juga ketara. Aku mengenali adik Iz ketika umurnya 15 tahun lagi.Sekarang masa sudah banyak berlalu dan dengar-dengar,Ekha juga telah memasuki universiti yang pernah aku masuki dulu bersama-sama dengan abangnya. Cuma berbezanya, aku dan abang nya tidak mengambil bidang yang sama. Aku mengambil jurusan kejuruteraan Mekanikal manakala abangnya pula mengambil jurusan elektrik dan kini, adik nya juga mengikut jejak abangnya. Memang tidak aku sangka, sampai sekarang aku tidak terputus hubungan dengannya.Ada masa kami akan berhubung melalui facebook dan kadang kala dia akan bermesej dengan aku.Cuma apabila aku terlalu sibuk, aku tidak mampu berhubung dengannya. Karier sebagai jurutera ini memang menggunakan banyak masa dan bidang ini merupakan bidang yang kedua paling susah selepas bidang kedoktoran. Betul kah? Aku pun tidak tau.

Aku dan Ekha duduk di kerusi yang disediakan di taman hotel tersebut. Ekha mengambil peluang tersebut untuk berbual panjang denganku selepas tangisan aku reda. Banyaknya aku berbual kosong sahaja dengannya. Tanya serba sedikit tentang pelajaran nya dan kehidupan setelah bergelar pelajar universiti kepadanya.

“Kak, tak sangka ya, dulu kita hanya berhubung melalui alat telekominikasi sahaja. Sekarang dapat pula berjumpa dengan akak depan-depan.” Sebenarnya sudah 2 kali aku berjumpa dengan adik Iz. Pertama kali berjumpa dengan nya ketika kami sudah tamat pengajian dan ketika itu majlis konvokesyen. Semua ahli keluarga Iz datang meraih kejayaan nya, tidak lupa juga dengan keluarga aku.

“Zaman dah berlalu pun dik.” Aku menjawab kata-katanya.

“Sekarang pun adik dah masuk UiTM Shah Alam itu.Memang adik pun akan kerap jugak berjumpa ngan akak nanti,” Senyum Ekha ikhlas kepada aku.

“Ya, betul jugak,lagipun akak bekerja kat KL sahaja, boleh aje kalau nak berjumpa kan?”

“Boleh tu memang boleh, tapi masa yang tak mengizinkan.” Putus aku.Aku telah mengambil keputusan untuk cuba menjarakkan diri daripada adik nya, sementelah abang nya sudah berkahwin. Aku tidak mahu kalau saat aku berjumpa dengannya, pasti tentang abangnya lah yang akan menjadi topik perbualan kami nanti.

“Pasal abang tu kak…” Kan dah agak dah, memang pasal abangnya jugak yang akan jadi topik perbualan kami akhir-akhir nanti. Ini yang aku cuba elak. Aku hanya berdiam diri menunggu Ekha menyambung kata-katanya. Lama pula budak ni berdiam, aku mengalih pandangan aku daripada memandang sekeliling taman dan melirik kearahnya. Oh!Rupa-rupanya dia tengah mengamati diriku. Mesti faham bahawa aku masih bersedih tentang perkahwinan abangnya.

“Tak sangka kak, abang kahwin dengan pilihannya tapi bukan akak.” Aku tersenyum mendengar kata-katanya itu. Dahulu, Ekha sering mengaitkan diri aku dengan abangnya. Sering juga dia menyuruh aku mengorat abangnya. Makin tak keruan aku jadinya. Acap kali aku memberitahunya bahawa jangan terlalu mengharap, kerana pada ketika itu aku sudah tau bahawa abangnya mempunyai pilihan hati sendiri. Cuma ketika itu pilihan hatinya sudah menjadi milik orang. Mungkin sebab itu lah dirinya masih single. Dan pada masa itu juga, hati aku memang sudah mencintai dirinya, malah dia juga tahu aku menyukai dirinya. Aku tidak ingin berharap dan apabila terdetik dihati tentang pengharapan itu, akan aku ingatkan diriku bahawa dirinya yang menyintai orang lain. Kerana itu juga kadang-kala layanannya terhadap diriku sering berubah-ubah. Ikut musim jugak orang yang bernama Iz itu, tapi aku tetap ingin setia bersamanya sebagai seorang kawan.

“Adik, akak dah bagitau dah pun. Jangan mengharap sangat yang akak ngan abang adik akan bersatu. Tengoklah sekarang, dia dah pun berbahagia dengan pilihan hatinya. Orang dah cakap, kalau ada jodoh tak ke mana kan? Itu yang terjadi dekat abang adik tu. Walaupun dia pun pernah patah hati, tapi, kuasa Tuhan siapa kita nak halang. Mereka tetap jugak bersatu, padahal isteri dia dulu bercinta dengan orang lain, alih-alih, kahwin pula dengan abang adik tu,” Panjang benar cerita aku dengan adiknya.

“Lagipun, kak Is tu baik orang nya dik. Mungkin lebih baik daripada akak,” Aku cuba senyum kepadanya. Apabila memanggil nama isteri Iz,Is, terasa sesuatu yang berat di dalam hatiku. Perit rasanya. Aku juga tidak menyangka, Iz telah bersatu dengan orang yang dia cintai selama ini tapi aku? Bagaimana pula? Iz yang selalu dikejar ramai perempuan akhirnya kalah dengan gadis yang bernama Is atau nama penuh nya Isnah. Hmm..Dengar nama pun sesuai, Is dan Iz.Tidak ada banyak beza cuma gantikan ‘S’ dengan ‘Z’. Dah jodoh, nak buat macam mana. Itu sahaja ayat yang sering aku ulangi bagi diri sendiri apabila mengingatkan tentang mereka berdua.

“Tapi adik tetap rasa Akak Risya akak yang paling baik.” Aku menggeleng.

“Jangan cakap macam tu adik.Kak Is tu sangat baik, tengok rupa pun tau dik.”

“Kak, orang cakap jangan pandang rupa sahaja. Rupa tak menggambarkan segala peribadi seseorang.” Aku terdiam mendengar kata-kata Ekha. Ya, orang cakap, ‘don’t judge the book by it’s cover’.

Lalu aku menjawab, “Adik belum kenal lagi akak Is tu.Akak tengok, kak Is layan adik baik je tadi. Adik bertuah tau dapat kakak ipar macam kak Is.”

“Hm..Tengok lah macam mana.” Itu sahaja yang mampu Ekha ungkapkan perihal kakak iparnya itu. Aku terdiam sejenak lalu memandang kearah pancur air yang berada tidak jauh dengan kerusi yang kami duduk di taman itu. Taman hotel ini sangat luas dan cantik. Aku perhatikan ada juga tetamu yang berpakaian baju kurung yang lepak dikawasan taman ini. Baru aku sedar, sudah ramai rupanya orang yang berada di taman tadi. Teringat adengan aku menangis tadi di sini, tidak pula aku perasan ada ke tidak orang yang memerhatikan diri aku yang tengah berendam dengan air mata tadi. Hish, mahu nya lelaki yang tengok, malu aku dibuatnya.

“Kak, adik masuk dewan dululah. Nak pergi jumpa mama. Takut pulak majlis dah nak habis. Tak pasal-pasal mama bising bila tau adik dah hilang dari dewan tu.” Aku mengangguk dan Ekha bersalaman dengan aku dan memeluk aku.

“Akak, jangan sedih-sedih lagi okay. Nanti adik pula yang nangis tersedu-sedan kat sini sekali.Tak pasal-pasal banjir pula kat sini penuh dengan air mata adik dengan akak.” Terkejut aku mendengarnya. Adik cuba hendak berjenaka dengan aku lalu aku menepuk lengannya dan tersenyum.

“Okay, adik janganlah risau, akak dah besar dah pun.”

“Alah, nak kata besar tak jugak besar-besar.” Aku menjengilkan mata aku apabila dia cuba menyindir diri aku. Tahu badan aku ini kecil dan ramai yang pasti terkejut apabila ditanya umur aku berapa dan aku memberitahu mereka bahawa umur aku sudah 26 tahun dan sudah bekerja. Rata-ratanya memang tidak mempercayai kata-kata aku. Memang badan kecil dan pendek seperti aku ini mesti disalah ertikan oleh orang lain. Macam budak kecik lah katakan, nak lagi perangai aku ni pun kadang-kadang mengalahkan budak sekolah menengah. Kadang-kala, manjanya berlebihan jugak. Kelakar pula bila difikirkan yang aku ni sudah sepatutnya berkahwin, tapi perangai macam budak-budak walaupun aku ni merupakan anak sulung dari 2 orang adik-beradik. Mana taknya manja, aku satu-satunya anak perempuan dan aku mempunyai seorang adik lelaki yang badannya lebih besar daripada aku. Aku ini seperti adik nya pula.

Aku memandang Ekha yang sudah berlalu dari tempat yang aku duduk bersama dengannya. Tidak mahu tunggu disitu, lalu aku juga mengorak langkah. Aku menuju ke pintu utama hotel tersebut.Tidak mahu rasanya kembali ke dewan tadi. Mungkin sekarang masa mereka berkumpul dengan sanak-saudara kot.

Aku memasuki lobi hotel tersebut dan ingin menuju ke tandas. Ingin touch-up sikit muka ini. Mesti mata dah bengkak ni. Tanpa membuang masa, aku segera kearah kaunter hotel tersebut ingin bertanya arah ke tandas. Nasib baik di kaunter tersebut hanya ada seorang gadis yang berumur lingkungan 21 tahun agaknya. Apabila sudah tau arah ke tandas aku segera beredar, tidak sanggup pula kalau ada yang melihat muka aku yang aku rasa seperti zombie kampung pisang ini.





Bab 3

Ketika dalam perjalanan ke tandas, tidak jauh dengan tangga hotel, ada seorang lelaki yang berlari kearah aku. Aku yang waktu itu tidak perasan pun kedatangannya, lalu badan lelaki itu terlanggar diri aku dan aku yang tadinya juga tengah memandang kainku yang panjang sedikit, akhirnya terpijak juga kain aku. Tanpa memikirkan apa-apa, badan lelaki itu pula aku tarik dan apa lagi, bedebuk lah bunyi nya. Haih, macam teruk sangat pulak bunyinya. Aku yang kecil mulus ini sudah dihempap manusia yang berbadan mak aih, tak dapat terkata-kata lagi rasa beratnya. Hui, ini manusia kah, gajah. Kepala aku yang rasa terhuyung-hayang membuatkan aku berasa pening selepas insiden tadi.Bintang-bintang yang aku nampak di taman tadi, nampaknya lebih terang dan dekat pulak sekarang. Mak aih, pening!! Aku mengelip-ngelipkan mata aku supaya hilang bintang-bintang dipandangan aku.

Tidak lama selepas mengelip dan menutup mata, barulah aku mula sedar balik.Bayangan bintang-bintang tadi sudah mula pudar tapi sekarang, yang berada di depan mata aku ialah sesuatu yang berwarna biru dan bentuknya bulat. Tidak berpuas hati lagi, aku menutupkan mata aku lagi sekali. Apa benda bulat yang berwarna biru tadi? Dan apabila semua kejadian tadi sudah segar kembali diingatan aku, aku terus membukakan mata dan ketika itu,bukan main terkejut pula aku. Benda yang berwarna biru dan bulat tadi rupanya mata seseorang. Aku terdiam dan orang yang menghempap aku pun turut sama terdiam. Lama pula kami berkeadaan sedemikian. Masing-masing terkesima. Rasa seperti dalam drama pulak ya. Kalau selalu, perempuan yang menghempap badan lelaki,tetapi ini sebaliknya pula.

Dapat aku rasakan hembusan nafas lelaki itu yang mengenai muka aku. Berapa dekat, aku tak boleh nak ceritalah, memang macam dalam babak-babak drama korea yang selalu aku tengok. Tersedar yang kami masih berada berdekatan dengan lobi, lelaki tadi terus mengangkat dirinya. Hampir nak juling mata aku melihat matanya. Nasiblah!

Barulah aku dapat melihat rupa lelaki yang menghempap aku itu. Jangan cakap lagi, mesti orang lain akan cakap, hah.. mesti lelaki tu hensem lah apa lah. Aku memandang lelaki itu dan ketika itu aku masih dalam keadaan baring.

“Adik, okay ke?” Tu la soalan pertama yang aku dengar daripada mulut lelaki tadi.
Aku tersedar dan cuba mengangkat badan aku. Adoi! Sakitnya rasa badan ini, kena hempap dengan gajah rasanya, bukan, dengan BAPAK GAJAH! Aku mengagahkan diri untuk duduk dan lelaki tadi ingin memegang lengan aku. Aku terus menepis tangannya.

“Tak perlu!” Geram dengan dirinya yang berlari seperti dikejar hantu pontianak tadi. Hei, ini berlari tak pakai kaki, ini dah terbang ke atas aku dah ni. Terkejut lelaki tadi apabila tangannya ditepis aku. Mesti dalam fikirannya berkata, amboi budak kecik ni, pandai pula nak tepis-tepis orang. Kecik dah naik hantu main tepis-tepis tangan orang yang nak membantu. Apabila difikirkan balik, aku pun bersalah juga, aku pandang bawah tadi, tak tengok depan. Kalau tak, boleh je kalau aku nak elak, bapak gajah ni!

Aku pandang lelaki itu dengan pandangan tajam, aku menilik dirinya. Hah, bab ni mesti korang sukakan. Nak tau rupa lelaki itu. Lelaki itu tinggi nya memang tinggi lah,macam tinggi tiang lampu kat taman hotel tadi. Alah, melampau pula. Aku kira-kira tingginya dalam lingkungan 180cm. Kan tinggi tu!Macam tinggi mat salleh! Alah, rupanya pun macam mat salleh, tengok mata nya tadi pun, aku ingatkan mat salleh manalah yang menghempap aku. Kang, tak pasal-pasal aku kena speaking dengan dia, tapi, alih-alih, ayat yang terkeluar dari mulutnya ialah ayat bahasa Melayu, bahasa Malaysia. Tak ada pelatnya, memang orang semenanjung, lain lah macam aku yang berasal dari Sarawak ni. Senang cerita rupa mat salleh dia ni, macam seseorang yang aku kenal. Em, boleh dikatakan macam Zain Saidin, pelakon Melayu celup orang putih yang hensem dan digilai gadis-gadis di Malaysia ini. Peliknya, aku yang dikatakan memang jenis yang suka gila dengan lelaki mat jambu macam dia, tak pula teruja setelah insiden tadi. Kalau orang lain, aku rasa mungkin ada yang sengaja lagi pengsan depan dia agaknya.

Kalau dulu, asalkan ada mat jambu yang lalu depan aku ni, memang kepala nilah yang akan berpusing nak melihat jejaka hensem sepertinya. Tapi ini tidak pulak, dengan kepala aku yang tengah berpusing disebabkan dia, aku pun dah rasa dunia aku berpusing 360 darjah sekali. Aku tidak teruja dengan lelaki yang berada di depan aku sekarang, mungkin sebab aku tengah patah hati setelah menghadiri perkahwinan orang yang aku cintai kot. Sebab tu lah tengok mamat yang bersaiz macam bapak gajah ni, aku pandang macam semut yang aku selalu rasa nak tenyeh je!

“Tau la badan tu macam bapak gajah, tiang lampu! Mata pun letak kat lutut!” bisikku geram.

“Apa dia dik?” Lelaki yang berbadan tegap dan ramping itu masih memandang diri aku yang masih terduduk di situ.

“Tak ada, saya cakap, gajah mana yang hempap saya tadi, rupanya tiang lampu!” aku membalas. Tersentak dengan kata-kata aku tadi, aku melihat dia mengetap giginya menahan marah kali. Aku biarkan sahaja dan menjeling kearah lain.

Tiba-tiba dia menjawab, “Hmm..Tadi saya pun ingat pokok mana lah yang saya terlanggar tadi, ingatkan bongsai, rupa-rupanya budak kecik separuh umur rupanya.”

“Hei, mulut tu jaga sikit ya!” Marahku.

“Hah, tau pun!” balasnya yang ingin mengatakan aku balik.

Tersedar diri sendiri terkena balik, aku langsung ingin membalas kata-katanya. Aku ingin berdiri tapi tak mampu, sakit pulak kaki ini.

“Hah, lain kali orang dah baik nak tolong tu, jangan nak tepis! Hish, budak kecik macam adik tu, tolonglah jaga adab sikit bila berdepan dengan orang yang lebih dewasa.” Ternganga aku apabila mendengar kata-katanya tadi. Tau diri ini rupa seperti budak kecil, tapi kalau tak tau umur aku berapa, jangan pulak suka hati nak terjun ke kesimpulannya. Aku tajamkan mata melirik kearahnya.

Aku yang terdiam mendengar kata-katanya tadi terasa seperti badan aku dibawa seseorang. Rupa-rupanya, aku dicepungnya. Terkejut bukan main lagi apabila badan aku yang mencecah lantai tadi dibawanya.

“Awak nak buat apa hah?!” Jerit aku.

“Nak bawak lari. Kenapa?” Makin terkeluar biji mata aku apabila dia berkata sebegitu.

“Hish, mulut tu bukan main laser jugak, tambah lagi suara awak macam speaker pecah pulak saya rasa.” Adui!! Lelaki ini memang membuat darah aku mendidih!

“Lepaslah!”

“Awak nak saya lepaskan awak sekarang? Saya boleh je lepaskan, tapi jangan pulak awak marah saya sebab tak beri perkhidmatan istimewa kat awak.” Dia tersenyum sinis.

“Buat muka blur pula dia, saya yang bersalah patutnya kena lah tolong awak yang tak mampu nak bangun ni,” baru aku faham apa maksud dirinya tentang ‘perkhidmatan istimewa’ itu.

“Saya tak ingin lah perkhidmatan istimewa dari bapak gajah!”

“Aik? Nak saya campak awak balik ke lantai? Nanti tak pasal-pasal bongsai macam awak patah pulak rantingnya! Almaklumlah, bongsai kecik sangat. Saya yang Bapak Gajah ni tak nampak bongsai tu tadi.Tup tup kena hempap. Nasib baik terseliuh je. Tak patah pun dahan-dahan yang lain kan?”

Ah!! Lelaki ini memang membuatkan aku berasa nak bunuh dia dengan pisau seramik, bapak gajah lah katakan!! Tersenyum sinis lelaki itu, tahu dirinya menang. Dan aku pula, kalau berhadapan dengan orang yang pandai berkata-kata, aku dengan sendirinya akan automatik berdiam diri walaupun mulut ini becok kalau berbicara dengan rakan-rakanku.

Lelaki tadi membawa aku ke sofa yang berdekatan dengan lobi hotel tadi. Aku pada ketika itu, yang tadinya menahan rasa sakit, sekarang berasa marah dan malu apabila diri ini dicepung oleh nya, terasa seperti berasap-asap telinga ini. Lelaki yang mempunyai rupa seperti pelakon Zain Saidin itu memanggil receptionist di lobi itu dan mengarah supaya mengambil ais dan minyak untuk diletakkan ke kaki aku yang terseliuh ini. Dalam beberapa minit, gadis receptionist itu muncul dengan barang yang lelaki itu nak tadi. Aku melihat dirinya yang tunduk kearah kaki aku dan cuba ingin menggenggam kaki aku, lalu aku elak. Lelaki itu memandang aku, apalagi, aku buat tak tau lah! Adakah patut dia nak pegang aku, tadi dah dibawanya aku tanpa izin aku, sekarang nak dipegang pula kaki ini. Hei, tak kuasa aku! Dia bukan muhrim aku nak pegang-pegang aku suka hati mak bapak dia sahaja!

Aku rasa dia patutnya faham dengan reaksi aku yang tidak mahu disentuh oleh nya langsung. Dia mengeluh dan menahan geram dengan sikap aku yang seperti budak-budak ini. Alah, aku kan memang budak-budak pun kan?

“Adik nak abang tolong ke tak?Kaki tu dah tak dapat nak berdiri, boleh pulak dia nak buat hal”
Aku menjengilkan mata kearahnya, “ Awak tu tau ,tak nak pula buat hal sendiri? Saya tau lah nak buat apa dengan hal saya ni!”

“Suka hati awaklah cik adik oii! Orang dah lambat dah ni, aku boleh pulak nak buang masa dengan budak mentah,” dipenghujung ayatnya, seperti berbisik pada diri sendiri tapi aku masih dapat menangkap kata-katanya. Makin meletup aku rasakan diri ini.

“Hah! Dah tau lambat, budak mentah ni tak heran nak buang masa dengan awak cik ABANG oiii!!”

Setelah mendengar kata-kata aku sempat lagi dia tersenyum sinis dan berkata, “Immature!” Aku sempat melihat dirinya yang beredar keluar itu dan tidak lama selepas itu, aku memandangnya dan dia berpusing belakang dan melihat kearah aku. Dia berdiri tegak dan tiba-tiba kedua-dua tangannya memegang dadanya, lalu dia memberi isyarat dengan meletak jari telunjuk kearah mulutnya yang tertutup rapat itu.Isyarat yang memberitahu dia akan senyap. Senyap tentang apa , aku masih tidak menangkap maksud disebalik isyarat tersebut.
Dia mengulangi lagi perbuatannya, dan aku yang baru memahami isyarat yang dimaksudkannya terus memandang kearah dadaku. Lalu aku terus memandang tajam kearah dirinya.Tau aku sudah faham dengan isyaratnya, dia terus mengenyitkan matanya,membuatkan telinga aku yang tadinya sudah mula sejuk menjadi terbakar balik dek rasa malu yang teramat sangat.


Memang anak mat salleh siapa lah dia ni!Gatal! Memang tak ada adat langsung, dahlah melanggar orang, mengata pula orang lebih-lebih sahaja. Hui, nak dicili mulut tu. Memang nak dicincang lumat pervert macam dia itu.Aku memandang lelaki tersebut beredar.Geram!Geram!! Nasib baik tidak ramai orang yang berada di lobi itu.

Malam ini dua benda telah terjadi kepada diri aku. Satu, aku bersedih dengan perkahwinan lelaki yang aku cintai dan keduanya, aku menyampah dengan lelaki yang kurang asam jawa yang berani-beraninya mengata,mengutuk aku depan-depan dan seorang yang gatal itu. Ah!! Lelaki!!

http://www.penulisan2u.my/2011/09/novel-cinta-yang-tiada-kepastiannya-2/


Bab 4

Lama aku merenung key chain yang dipegang aku sekarang. Bentuk key chain itu tidaklah cantik sangat, bentuk guni kecil yang berwarna oren dan di atasnya terletak kerang yang membentuk bunga. Key chain ini sudah lama, maka terdapat kerang yang sudah pecah. Aku tak menjaga barang yang telah diberi oleh dia. Mengeluh aku apabila memori semalam hadir di ingatan aku.

Pada ketika itu, aku di dalam keretaku yang dipandu oleh Iz. Kereta kecil sahaja, kereta viva. Kereta ini milik ayahku yang pada asalnya kereta ini dipandunya untuk pergi ke tempat kerja di Kota Kinabalu. Ayahku seorang aircraft techinician disalah sebuah syarikat penerbangan yang semakin terkenal sekarang di Malaysia iaitu Air Asia.

Oleh kerana ayahku sudah berpindah semula ke Sarawak, maka keretanya diberikan kepadaku untuk dipandu ke kelas.Katanya biarlah aku yang menggunakan kereta itu sementelah di Sarawak, ayahku mempunyai kereta yang lain.Jadi pendek cerita, diangkutlah kereta Viva itu pergi semenanjung.

Korang jangan cakap pula yang aku ni orang kaya.Itulah benda yang selalu aku rasa menyampah bila ada saja kawanku menyatakan aku ni anak orang kaya,punya kereta sendiri.Benci betul! Aku cuma anak orang yang sederhana dan masih berkemampuan itu sahaja. Kata-kata itu sering aku ingatkan kepada rakan-rakanku yang lain.

Berbalik kepada cerita tadi, aku memandang Iz disebelah. Tenang sahaja dia memandu keretaku. Kami baru sahaja pulang dari Midvalley ketika itu. Dalam perjalanan ingin balik ke Shah Alam. Aku ingin bertanya kepadanya, “Mana ole-ole untuk aku?”

Ketika itu kami baru sahaja habis cuti semester dan kini memasukki semester ketiga pula. Cepatnya masa berlalu, fikirku.

Aku memandang dirinya lama. Dia hanya mendiamkan diri sahaja. Tau aku menagih janjinya yang akan memberikan aku oleh-oleh setelah dia pergi bercuti bersama keluarganya di Pulau Redang.

Aku teringat lagi ketika cuti semester itu, aku sering menelefonnya dan bertanya khabarnya. Kadang-kala dia juga ada bermesej denganku. Dalam perbualan itu aku ada memintanya untuk membeli oleh-oleh untukku dan aku juga akan membeli oleh-oleh untuknya khas dari Sabah. Dia hanya mengiyakan sahaja dan dalam beberapa minggu selepas itu,aku pula pergi bercuti bersama keluargaku ke Sabah.

Kami menggunakan kereta dari Miri,Sarawak dan menuju ke Sabah. Memang lama juga perjalanan ke Sabah. Aku yang hanya duduk di dalam kereta berasa sakit-sakit badan pula.

“Sabarlah, nanti aku akan bagi jugak. Ish,budak kecik ni!” tersentak diriku yang sempat lagi berangan ketika itu. Aku memuncungkan mulut ku.

“Bagus sangat lah tu buat muka macam ‘Donald Duck’.Karang muncung macam angsalah pulak nanti.” Dia berkata sinis kepadaku.Makin geram aku dengan kata-katanya. Dia takkan lari daripada meng ‘anjing’ diriku ini.Tu satu lagi sikapnya yang aku tidak gemar.Nak kena budak seekor ni.

“Yalah! Dah lama aku tuntut tau! Kau tak juga bagi-bagi kat aku.Padahal ni dah berapa minggu sejak kita dah mula kelas. Mana aku nak sabarnya!” aku menjeling kearahnya. Tahu aku tengah menahan geram, lalu dia cuba menyeluk tangannya ke saku seluarnya. Dia mengeluarkan satu plastik kecil dan memberikan plastik itu kepadaku.

“Nah!” katanya yang aku rasa malas mau bertengkar denganku. Aku memandang dirinya yang tengah memandu itu, dengan sebelah tangannya tengah memegang stereng kereta dan sebelah lagi memegang plastik itu.

Lalu terukir senyuman dariku untuknya. Hadiah pertama yang diberi olehnya kepadaku, bisik hatiku. Tapi,pembetulan, oleh-oleh yang kami berdua Exchange ya, ingatku pada diri sendiri.Aku mengambil bungkusan tersebut dan ingin melihat isi di dalamnya.

Key chain kecil berbentuk guni yang berwarna oren itu aku pegang dan aku tunjukkan kepadanya. Comel sahaja walaupun nampak biasa-biasa. Aku pegang kerang yang digam di atas guni itu yang membentuk bunga pula. Comel! Biasa sahaja key chain ini tapi amat bermakna buatku kerana ini barang yang pertama diberikan olehnya sepanjang perkenalan kami. Aku merenung dirinya. Terima kasih Iz!Bisik hatiku.

“Comel aje!”jawab aku.

“Alah, biasa-biasa je ni. Main ambik-ambik je time beli dekat kedai tu.” Jawabnya pula.

“Tak kisah, ni dapat satu dari kau pun dah bersyukur. Kau ada berikan kat orang lain juga ke?”Tanyaku

“Ada banyak lagi untuk kawan aku yang lain. Key chain pun biasa-biasa saje.”

“Banyak untuk orang lain? Siapa? Kawan perempuan lah tu!” balasku yang tengah menahan rasa cemburu dihatiku.

“Eh,well, biasalah. Siapa yang tak kenal Iz ni kan?” dia menjeling kearahku dan tersenyum sumbing. Macam tau-tau sahaja yang aku tengah menahan rasa cemburu ni. Malas untuk melayannya aku mengalih pandangan ke arah luar kereta.Lebih baik tengok jalan raya daripada tengok senyuman sumbing kambing kau tu!

Memori itu singgah lagi ke dalam ingatanku. Key chain aku genggam dengan lembut dan aku simpankan kedalam beg tanganku.Malas mahu menangis lagi. Lalu aku cuba mengangkat badanku. Adui! Sakitnya kaki ini. Terbayang lagi wajah mamat yang aku gelarkan Bapak Gajah Gatal itu. Menyumpah-nyumpah aku pada dirinya di dalam hati. Tak guna punya bapak gajah!
Baru sahaja aku berupaya untuk berdiri, tiba-tiba pintu rumah aku diketuk.Siapa pula kat luar tu?Gumanku sendiri. Lalu aku terjengket-jengket kearah pintu dan membukanya setelah aku kuncikan tadi.

“Assalamualaikum!” jerit orang yang berdiri di depanku sekarang.

“Waalaikummussalam!” Jerit aku balik di depan mukanya. Tersenyum sumbing dirinya.

“Mengada-ngada! Ada kunci tak nak buka sendiri!Malas!” jawab ku.

“Hehe, sekali-sekala nak suruh kau exercise.Kau tu mana nak ikut aku pergi jogging kat tasik tu. Berjalan saja kau nak, mana nak sihat cik Richa oii!!” Malas mau melayan rakanku ini, aku beredar daripada pintu dan menuju kearah sofa tadi.

Tau diri ini diperhatikan oleh nya, aku membalas pandangannya.
“Aku terjatuh tadi, kena hempap dengan bapak gajah cik Irah oii!Tu yang jalan macam orang kaki nak patah ni.” Terkejut rakanku yang dipanggil Irah itu.Bulat matanya memandang diriku.

“Kena hempap? Siapa?Bapak gajah? Laki?Hempap kau?!” banyak pula soalan yang terkeluar daripada mulut minah ni.

“Yalah,dah nama bapak gajah, siapa lagi kalau bukan lelaki!”

“Dah tu kena hempap macam mana tu? Cuba explain.” Geram pula dengan minah kepoh sorang ni.

“Kena hempap macam kena hempap dengan gajahlah apalagi! Kau nak aku ulang tayang ke?”

“Boleh jugak! Nak jugak aku tau macam mana cara dia hempap kau budak kecik!”

“Macam bangang!” jawabku. Makin terkeluar biji matanya apabila mendengar aku berkata demikian.

“Jangan sebab mulut kau tu, satu lagi kaki kau patah dek kena hempap ngan mak gajah macam aku ni!” Aku menjeling dirinya. Lalu aku menjelir lidahku. Aku tahu Irah geram dengan kata-kata aku yang tak serupa bikin itu.

“Baiklah amma sayang oii!!” kataku. Dirinya aku panggil amma kerana mempunyai sifat-sifat keibuan. Malah sifat kematangannya juga menggambarkan ciri-ciri seorang yang bergelar ibu.
Irah ini telah lama mengenaliku sejak semester 1 ketika aku belajar di UiTM Shah Alam. Dia merupakan rakan yang paling rapat denganku, rakan sekelas denganku dan dialah juga rakan serumah aku sampai sekarang.

“Nak aku tarukkan minyak tak?”Tanya Irah.

“Nak, and tolong urut sikit boleh?” Aku membuat suara manjaku meminta dirinya mengurut kakiku yang terseliuh ini.

“Dah agak dah!” Irah beredar ke biliknya dan mengambil minyak urut.

Irah ni jangan korang tak tau kehebatan dia. Hebat mengurut orang. Entah dari mana ilmu yang dia dapat sampai boleh mengeluarkan angin daripada orang. Di dalam rumah itu, aku dan juga dialah yang pandai mengurut. Ada sekali kami bercadang untuk membuka bisnes, bisnes mengurut orang. Hm.. Sampai sekarang pun tak ada beritanya. Angan-angan sahaja yang lebih.

“Aaa!! Sakit-sakit.” Rungutku.

“Ei,sabarlah! Nama lagi terseliuh.” Irah mengurut lagi. Aku menahan sakit itu dan ada kalanya aku menjerit.

“Ei!” jeritnya balik, “mengalahkan orang nak beranak lah kau ni! Sakit macam ni dah nak menjerit bagai orang utan!”

“Tau lah aku dari Sarawak, nak panggil orang utan tu, dekat Borneo memang melambak. Aku tengah sakit pun sebab bapak gajah tu jugak!”

“Hadoi, semua binatang dah keluar dah ek? Tak ada pulak aku dengar kalau gajah ada ke tak kat Borneo tu.”

“Mana ada gajah kat Borneo.”

Pelikkan kat Borneo tak ada pun gajah. Aku pun tak tau kenapa.
Malas untuk menghuraikan lagi kata-kata yang diungkap aku tadi, lalu aku mengambil bantal disofa dan aku menutup mulutku dengannya. Menjerit sekuat hati menahan sakit ketika diurut oleh Irah. Tidak mahu jeritan itu didengar dek jiran tetangga yang lain, aku tutupkan mulutku dengan bantal tersebut.

“Heish! Kalau macam ni, kau pergi jumpa doktorlah. Takut jadi apa-apa pulak karang.”

“Tak nak, malas! Tak pasal-pasal kena keluarkan duit lagi, tak mau aku!”

“Kau ni kan, nak pergi klinik pun susah. Kaki ni macam mana nak baik kalau dibiar macam ni. Urut macam ni saje mana dapat nak baik cepat.”

“Alah lama-lama baik lah ni. Kau urut ni pun, aku dah rasa kurang sakit ni.” Aku memandang kaki aku, dan terbeliak mata aku melihat kaki aku sudah lebam dan kemerahan.

“Biarkan dia biru macam tu, nanti kuranglah dia.” Tak tau tentang apa-apa, aku biarkan saja.

“Jangan pulak kau banyak berjalan buat waktu ni.” Arahnya. Aku mengangguk sahaja.Kami terdiam seketika.

“Em..Tadi macam mana?” Tanya Irah.

“Macam apa? Macam itu lah!” Tau soalannya itu merujuk kepada majlis perkahwinan Iz yang aku hadiri tadi.

“Maksud aku, kau ada tak bersemuka dengan Iz masa majlis tadi?”

“Aku duduk jelah kat kerusi, dan makan makanan yang terhidang. Eh, kau tau tak makanan kat hotel tu sedap jugak tau,nanti bolehlah kita makan high tea kat situ nak?” soalku kepada Irah ingin berdalih dari soal majlis tadi. Malas mau memikirkan orang yang sudah menjadi hak orang.

“Richa,aku faham perasaan kau sekarang. Kau nak luahkan,luahkan jelah. Amma kan ada?”Aku menggeleng tanda tidak mahu meluahkan perasaan sedih ini. Tapi, apakan daya, keluar juga titisan-titisan air mata ini.

Aku menggeleng lalu aku terus memeluk Irah. Tahu diriku tidak dapat menahan, dia menepuk-nepuk belakangku dengan lembut. Itulah tabiat yang sering aku ingin dia buat setiap kali aku berasa ingin menangis. Diusapnya dan dibiarnya aku menangis.

“Tak apa lah Richa, dia bukan ditakdirkan untuk kau. Mungkin ada orang yang lebih baik dijadikan untuk kau. Nanti kau akan jumpa jugak lah. Sabar ya. Lepas ni tak perlulah kau ingat tentang dia. Dari dulu lagi kau kata kau nak lupakan dia kan? Jadi sekarang, biarlah kau terus melupakan dirinya yang sudah menjadi milik orang.” Makin tidak keruan diriku apabila mendengar perkataan milik orang. Sakit hati ini, hanya Allah yang tahu. Lama kami berkeadaan demikian sehingga aku senyap dan berhenti menangis.

Irah melepaskan pelukkannya dan memandang diriku. Dia mengusap pipiku dan menepuk lagi belakangku.

“Dah! Tak nak tengok kau nangis. Dah banyak kali kau nangis disebabkan Iz tu. Sekarang aku nak kau happy,bahagia dengan orang yang bakal memenuhi ruang dihati kau ni.”Aku menggeleng dan seraya itu aku mengelap air mata yang sudah kering dipipiku.

“Tak! Hati ini telah tertutup bagi mana-mana manusia yang bergelar lelaki Irah. Kau kan ingat apa yang aku pernah katakan kepada kau sebelum ini. Selepas Iz, aku akan menolak mana-mana lelaki. Sekiranya aku sudah menemui jodohku nanti, maka dialah orang yang paling tersesak bagiku.Kerana aku nak dia rasa dengan apa yang pernah aku rasakan selama ini. Aku kecewa dengan lelaki Irah.Kau juga tahu,dah banyak lelaki yang aku kejar. Dan tiada satu pun yang membalas balik perasaan aku ni.Sampailah aku bertemu dengan Iz, dia yang aku rasakan lain daripada yang lain. Aku ingat layanannya kepada aku istimewa tetapi tidak!” Aku berhenti seketika,menahan rasa dihati.

“Aku pula masih bersabar dengan kerenahnya tapi tengok lah sekarang. Dia milik orang dan aku masih tergapai-gapai begini. Aku sudah penat dengan lelaki Irah, aku tak mahu mengejar lagi. Orang mungkin cakap, jangan hanya bersandar kepada jodoh sahaja.Kita perlu jugak berusaha. Dulu aku telah berusaha dan sekarang aku masih bersendiri. Jadi, sekarang aku tak mahu lagi memulakan apa-apa langkah. Biarlah.” Panjang pula kuungkapkan perasaan yang aku alami sekarang.

Irah hanya mampu berdiam diri dan dia mengangguk.

“Jadi kau akan menyeksa lelaki yang akan mengetuk pintu hati kau selepas ini?Mungkin dialah orang yang ditakdirkan untuk kau. Kau tetap dengan pendirian kau tu?” Aku memandang dirinya dan mengangguk.

“Richa, aku harap, janganlah kau membenci lelaki. Tak semua lelaki itu jahat dan sanggup melukakan hati kau. Kau nak menyeksa lelaki itu, tapi jangan pula nanti, perbuatan kau itu memakan diri kau sendiri. Aku tak nak kau menyesal di kemudian hari.”

“Tengoklah nanti. Aku menyeksa dirinya bukan suka-suka sahaja.”

“Habis tu, benda yang kau nak seksa tu, kau cakap bukan suka-suka?” Geram dengan sikap aku, dia menjerit sedikit kepada aku.

“Aku nak tahu, sama ada dia sanggup atau tidak apabila sama-sama merasa kekecewaan yang aku alami selama ini. Aku nak tau dia sanggup atau tidak menerima layanan aku terhadap dirinya nanti. Dan aku inginkan bukti yang menyatakan dia sanggup menerima diriku seadanya, seikhlas hatinya walaupun aku menyeksa dirinya kelak.” Ujarku

“Bukti apa Richa?” Tanya Irah kehairanan. “Bukti yang macam mana supaya kau tak menyeksa lelaki itu nanti?”

Aku hanya tersenyum lalu menjawab. “Bukti keikhlasan hatinya, air mata seseorang yang bernama lelaki itu menjadi taruhan nanti. Aku ingin tahu,dia sanggup atau tidak menangis untuk diriku.” Irah terkedu dan menggeleng.

“Suka hati kau lah Richa,harap benda yang akan kau buat nanti, janganlah kau menyesal pula. Aku dah nasihat awal-awal. Jangan pula kau yang terkena balik. Kau cakap pasal air mata, aku takut kau pula yang jadi Kassim selamat. Kesian kau.” Tergelak pula aku mendengar bebelannya itu. Kemudian dia mengubah topik pula.

“Em, yang kau cakap kena hempap dengan bapak gajah tu pula,apa cerita? Cercerita cercerita.” Ayat itu sudah popular pula sekarang. Salah seorang daripada pelakon filem ‘Hantu Kak Limah Balik Kampung’ sering menggunakan ayat tersebut. Dan sekarang sudah menjadi trade mark pulak.

Teringat dengan kejadian tadi, langsung wajah itu bermain lagi dikepalaku. Laki gatal!Marahku. Lalu aku ceritakan apa yang terjadi tadi, bermula dari aku berjumpa dengan adik Iz sampai lah aku berjumpa dengan lelaki tersebut.Ketawa terbahak-bahak pula Irah mendengar cerita aku. Aku tengok Irah mentertawakan diriku sampai menekan-nekan perutnya.

“Hahahaha! Lawak lah kau ni Richa.Laki mat salleh yang macam bapak gajah gatal pula tu. Yang best bila part dia buat isyarat kat kau tu. Yang tu memang aku akui. Kau ni kecik sahaja!” Terbelik mataku apabila dia mengata diriku ini. Geram betul dengan perempuan di depan aku ini.

“Alah diam lah mak gajah! Kau tu sama macam dia.Gatal!”

“Alah, perempuan dengan perempuan tak apa.” Dia menyambung lagi gelaknya.

“Malaslah nak layan kau!Pergi tidur lagi bagus!” jawabku menahan geram. Ada jugak bunyi merajuk dengan sindiran nya itu. Tahu diri Irah yang kuat menyindir aku.

“Jangan pula nanti kau jumpa lagi lelaki tu, aku tak tau lah apa akan jadi dengan kau. Habis dikenanya kau yang kecik tu.Hahaha! Kalau tu jadi jodoh kau bagus jugak Richa!”

“Jangan harap!” jeritku lalu menutup pintu bilikku dengan kuatnya. Nak aku berjodoh dengan lelaki mat salleh tu? Simpang malaikat 44. Tak hingin pun! Aku menghempaskan badanku atas katil lalu dipejam mata ini, ingin mengusir bayangan lelaki mat salleh daripada kepalaku.Kaki yang sakit tadi berasa selesa bila diletakkan di atas tilam empuk ni. Hai, bilalah nak baik kaki ni..




Bab 5

Aku terjengket-jengket keluar daripada bilikku. Di ruang tamu, aku melihat Irah tengah melayan panggilan. Panggilan daripada siapa lagi kalau bukan daripada pakwe nya.Heish, minah sorang ni, pagi-pagi begini asyik bergayut saje kerja nya.Dari dulu sampai sekarang, tabiatnya tak pernah buang. Mesti pagi-pagi lagi dah ada pemanggil kesayangan. Bertuahlah kau ye Irah.
Boyfriend si Irah ni sebenarnya kenalan aku juga. Dia pun sebenarnya sekelas dengan aku dari semester 1 lagi.

Nak tahu lebih lanjut, dulunya aku pernah juga ada hati dengan mamat ni. Namanya Afiq. Ada rupa jugak lelaki ini. Pada waktu dahulu, ada juga aku dan Irah membuat taruhan. Hah,jangan fikir macam-macam pula korang ni. Aku buat taruhan nak tahu dia akan jadi milik siapa. Tapi perasaan aku tu tak lama dekat dia. Aku ni kan selalu mengejar lelaki. Ada jugak aku cuba-cuba untuk memikatnya tapi, alih-alih, aku putus asa sebab sikapnya tidaklah serasi dengan aku.
Pada mulanya, hubungan Afiq dan Irah ni pun sama seperti aku dan Iz. Bermula dengan teman tapi mesra. Tapi entah mengapa, di pertengahan semester 2, Afiq seperti mengelakkan diri daripada Irah. Rupa-rupanya, Afiq yang mempunyai pilihan hati tidak menerima Irah dan cuba untuk menjarakkan dirinya. Irah apalagi, frust menonggeng lah. Irah pula cuba untuk mencari orang lain.

Hai,panjang ceritanya, lama nak habis jadi aku singkatkan. Afiq tersedar yang dia sudah lama menyukai Irah, dan Irah pula yang tengah asyik bercintan dengan mamat lain, juga telah tersedar yang dia tidak mampu melupakan Afiq. Jadinya, mereka berdua telah pun berterus-terang dan Irah pula telah memutuskan hubungannya dengan mamat lain. Nasib baik mamat tu jenis yang memahami. Jadi, Irah dengan Afiq pun bersatu.Alah so sweet.
Korang tak tau bagaimana seksanya aku tengok kawan aku yang sorang ni menghadapi macam-macam perasaan. Cinta ni boleh buat orang gila ya?

Tersentak aku dari lamunanku apabila aku tersedar,Irah telak menepuk lengan aku.

“Lama benar mengelamunnya.Ingat apa tu?”

“Ingat cerita pasal kau.”balasku.

“Pasal aku?Yang kau nak mengelamun pasal aku tu kenapa? Tahu lah aku ni comel sangat sampai masuk dalam ingatan kau tu.” Ah,sudah! Ni yang aku malas nak melayan perempuan perah santan ni.

“Cik akak, tak hingin aku nak mengelamun pasal kau! Aku tipu je tadi.”

“Tak nak ngaku sudah. Tu kaki kau tu,kau tak pi klinik ke?” Aku memandang Irah kosong sahaja.

“Malas lah nak drive. Lagipun drive ni nak kena pakai kaki ni jugak kan?”

“Kau malas,kau cari penyakit. Ni,aku baru bagitau kat Afiq pasal kau.” Hairan aku apabila aku jadi topik perbualan kekasih itu. Aku mengangkat keningku tanda tidak memahami maksud disebalik kata-katanya.

“Apahal aku pula jadi topik korang?Tak ada topik lain ke nak bincang korang ni. Ish..Tu la bergayut selalu sangat. Kang dah sampai tak ada benda nak dibual. Aku rasa pokok tempat yang korang gayut tu pun dah patah agaknya.” Ejekku.

“Heish,ni aku bincang pasal kau sebab aku nak minta tolong Afiq bawak kau pergi klinik. Lepas tu pula aku nak pergi ke Midvalley kejap nak beli barang dapur dan beli barang hantaran nanti.”

“Tak menyusahkan kau dengan Afiq ke?”tanyaku. Tak nak la pula menyusahkan orang ni.

“Nak susah apa, kau dulu pun banyak tolong kiterang jugak.” Tersenyum aku apabila mengingatkan tentang kisah-kisah lalu.

“Kau pula jangan nak mengada-ngada tak nak pergi.” Mengeliat kemalasan pula aku di depannya.

“Dah-dah,pergi mandi budak kecik! Kang tak pasal-pasal Afiq dah sampai. Tu nanti siapa nak tahan bebelan dari speaker rosak tu nanti.”

“Baiklah mak cik oii!!”

Setelah beberapa minit kemudian, siap jugak kami. Dan terdengar bunyi kereta Afiq. Hebat gak keretanya itu. Semenjak sudah bekerja menjadi jurutera ni, memang banyak juga duit masuk . Tambah lagi aku dan Afiq ni sebenarnya bekerja di syarikat yang sama, di mana, kerja kami ini berkaitan dengan jualan peralatan-peralatan untuk membina planta minyak.

“Richa, kau dah siap belum?”

“Nak siap dah!” Jeritku. Memang aku lah yang selalu lambat untuk bersiap. Sebab itu aku selalu didahulukan. Selesai berkemas, aku pergi keluar dan mengunci pintu rumah.Irah sudah pun turun ke bawah.Almaklum lah, tak menahan nak jumpa kekasih hati dan bakal jadi tunang orang ni.

Dari jauh aku sudah melihat kereta Afiq yang berwarna perang keemasan itu. Kereta Honda Civic itu sudah berparkir di situ. Dan aku pun masuk ke dalam kereta, duduk di tempat penumpang belakang. Iyalah takkan aku duduk kat sebelah mamat tu pulak kan?
Afiq menoleh ke belakang, “Assalamualaikum” ucapnya.Aku menjawab salamnya itu.

“Hah? Mana kaki yang sakit tu?!” Mak aii, mamat ni memang macam speaker rosak aku rasakan. Dengan suaranya itu aku rasa dari flat kami ini mampu sampai ke tasik Shah Alam dekat seksyen 7 itu.

“Ni.” Aku menunjuk kaki aku yang sudah kurang bengkaknya selepas beberapa hari.

“Masih bengkak juga. Awak,apa awak buat kat anak awak ni, tak baik-baik lagi.” Tanya Afiq kepada Irah. Irah disebelah memandangnya.

“Saya buat apalagi? Saya urut lah! Ni dah berapa hari tak baik-baik lagi ni.Dah disuruh ke klinik dia tak nak. Pergi kerja pun masih terjengket-jengket lagi. Saya lah yang tolong hantarkan dia. Dah dia malas nak drive.” Afiq memandang aku di belakang semula. Aku memandang dirinya kembali.

Kalau ada amma, mesti ada appa kan? Aku panggil Afiq dengan panggilan appa. Tapi tidak pula aku memanggil gelaran itu apabila dipejabat. Kali ini, dia juga baru balik dari out station. Aku pandang dirinya dan buat muka tak bersalah. Tidak pula aku nampak matanya semente lah Afiq tengah memakai cermin mata hitam itu.

“Apa dia appa?” tanyaku.

“Siapa yang langgar kome ni sampai gini jadi nya?Nak dicampak orang tu ke lombong.” Hah sudah mula dengan pelat Peraknya itu. Aku hanya menggeleng sahaja melihat kerenah mamat yang sorang ni.

“Bapa gajah gatal!” Jawabku selamba. Lalu gamat kereta itu dengan bunyi ketawanya.

“Macam mana ni? Awak mak gajah, dah ada pulak bapak gajah sekarang. Kalau macam tu saya apa pulak, awak?” dia berkalih pula ke Irah.

“Mana saya tau, awak tu ada title speaker rosak tu adalah.” Jawab Irah sambil memeluk dirinya.

“Dah-dah.Jangan nak mulakan pergaduhan kat depan aku, korang nak tak nak hantar aku ni ke klinik?” tungkasku.

“Mari-mari, kita mulakan perjalanan kita untuk menghantar cik Risya ke klinik selepas itu kita ke Midvalley untuk memenuhi permintaan cik Irah pula.”

“Macam-macamlah kau Afiq oii”Lalu kami beredar dari tempat itu.
Sampai sahaja aku di klinik, Irah sudah menolong memapah aku. Adoii, sakit jugak kaki ini. Nak menangis pulak rasanya, tapi niat itu aku tahankan.

“Nur Erisya Binti Kamal”Namaku telah dipanggil nurse , sudah giliran aku pula untuk berjumpa dengan doktor tersebut.Aku cuba berdiri dan terjengket-jengket memasuki bilik tersebut.Setelah diperiksa oleh doktor, aku mengambil ubat yang telah diberikan.Aku memandang ubat krim untuk kakiku dan juga ada ubat pil untuk menahan sakit.Dalam beberapa minggu baiklah kaki ini kata doktor.Bengkaknya juga telah kurang.

Kami beredar dari klinik dan menuju pula ke Midvalley. Setelah mendapat parkir yang berdekatan dengan pintu untuk ke lif di Midvalley itu,kami keluar dari kereta. Ketika ingin melangkah untuk berpintas , tanpa aku sedar aku yang terjengket-jengket memandang kaki ku terkejut apabila lengan aku ditarik seseorang.

“Kome ni tak tengok jalan ke? Kau nak melanggar kereta tu pula? Tak pasal-pasal kaki kau tu terus hilang. Heish, minah ni cari masalah betul.” Belum hilang daripada kejutan apabila lengan aku ditarik Afiq, aku terkena pula hamburan daripadanya.

“Haddoi!” Kata Irah disebelah Afiq. Irah sudah faham dengan sikap Afiq yang memang mengambil berat tentang rakan-rakannya.Irah membiarkan Afiq menarik lengan aku tadi,manakala Irah pula berada dibelakang Afiq.Nasib baik aku pakai lengan panjang. Ni darurat,kalau tak memang hilang juga lah kaki kau ni Risha,kutukku pada diri sendiri.

Setelah selamat memintas, aku melihat kereta yang hampir-hampir aku langgar tadi. Kereta lexus CT 200h itu, mak aih! Memang cun betullah! Kereta mahal kot. Aku pun tak mampu untuk memilikinya, lain lah kalau aku ini seorang bisnes woman. Tidak dapat pula aku melihat siapa pemiliknya kerana cermin keretanya yang ditinted kan.Hm..Orang kaya biasalah.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke atas.Aku membiarkan Irah bersama dengan Afiq untuk pergi memilih barang-barang dapur sementara aku pula sudah pergi ke tempat baju-baju.Teringat kembali ketika aku pernah bersama dengan Iz. Aku mengikutinya kearah tempat baju-baju lelaki. Masih dapat ku bayangkan betapa gembiranya aku meluangkan masa bersamanya ketika itu.

Aku meronda-ronda dikawasan itu.Semuanya baju lelaki, dan tiada satu pun yang aku berkenan. Buat apa aku ingin membeli baju lelaki? Untuk siapa pula baju itu kalau ada yang aku berkenan? Lalu aku menuju ke tempat baju wanita pula. Aku mengambil satu daripada baju dirak baju itu dan aku kenakan ke badan aku.Cantik pula. Boleh dipakai untuk pergi ke pejabat. Lalu aku pergi ke tempat fitting room.

Penuh pula hari ini? Oh!Baru aku tersedar, hari ini hari Sabtu maka memang ramai lah yang pergi ke tempat sebegini. Terasa lenguh kaki ini berdiri, aku menyandarkan badan aku di depan pintu fitting room itu.Dan pada ketika itu, tiba-tiba terdengar ada orang yang memanggil namaku, aku menoleh kearah itu dan tanpa aku sangka pintu fitting room yang aku bersandar tadi terbuka dari dalam.

Apalagi, terasa melayang badan aku ke belakang tanpa sempat aku menahannya. Ketika itu, aku terkejut dengan reaksi yang seterusnya apabila badan aku telah dipeluk sesorang dari belakang. Tidak aku tahu siapa pula gerangan yang mampu menyambut aku dari belakang, tapi apabila diri ini sudah bersandar pada badan si pemilik tadi, dapat aku rasakan, badannya yang sasa dan tegap.Alamak, lelaki ke yang peluk aku? Lama pula kami berkeadaan demikian, aku hanya mampu menelan air liur aku. Siapa pula yang terkena lagi ini? Lelaki mana pulak ni?
Lalu dengan sedaya upaya aku cuba menegakkan badan aku, dengan terjengket-jengket apabila lelaki tadi sudah melepaskan pelukannya dariku dengan segera.Aku cuba memusing kebelakang dan ketika itu juga lelaki tadi menunduk ke bawah dan mengutip baju yang aku pegang tadi dan ketika aku terjengket-jengket mengalih badan aku untuk bertentangan dengannya,kaki aku tiba-tiba terasa sakit dan aku berasa kakiku tidak berfungsi secara tiba-tiba. Lalu aku ingin rebah dan sekali lagi lelaki itu memaut lenganku.

Apabila aku mendongak ke atas ingin melihat dirinya, terlopong mulutku apabila melihat gerangan yang berada di depan mata aku. Lelaki tersebut juga nampaknya terkejut sama.

“Awak?!” kedua-duanya menyebut perkataan yang sama dan terkejut. Terbeliak mata aku, apabila melihat lelaki itu.


http://www.penulisan2u.my/2011/09/novel-cinta-yang-tiada-kepastiannya-4-5/


Bab 6

Aku menarik salah satu kerusi dengan kasarnya. Menyampah! Belum sihat lagi kaki ini, ada pula kejadian lain yang menyebabkan aku sakit lagi. Sakit hati memikirkan apa yang telah berlaku tadi. Aku mendengus lagi dan meletakkan plastik beg yang dipegang tadi di atas meja dengan perasaan yang tidak puas hati.

Irah dan Afiq memandang antara satu sama lain. Tahu sangat dengan perangai aku bila sudah naik angin.Apabila berasa terlalu marah,ada sahaja barang yang nak ditikam dan dihempas. Mendidih betul darah ini bila kejadian tadi aku ingat semula.

“Awak?!” Ayat pertama yang diucapkan oleh kami berdua. Terkejut bukan kepalang lagi apabila melihat orang yang berdiri di depanku ini.Tidak percaya aku rasakan. Bagaimana pula aku boleh terserempak dengan mamat ni? Ramai-ramai lelaki yang ada di KL ini kenapa mesti aku bertembung sekali lagi dengan BAPAK GAJAH GATAL ini?!

Tersenyum sinis pula dia,apabila mataku tidak lari daripada memandangnya. Mengada betul lelaki ini.Bajet nak tayang muka hensem lah kat aku ni?Geram aku.

“Hai..kecil pula saya rasakan Malaysia ni ya?”Dia mulakan perbualannya yang tidak lekang dengan senyuman kerang busuk nya itu.

“Berjumpa lagi ya kita budak kecik.”

“Mana tak nya kecik,awak tak pernah tengok peta dunia ke? Malaysia memanglah kecik daripada negara-negara lain.”Balasku dengan sindirannya tadi.

“Oh, lupa pula ya. Saya yang tua ni dah malas nak tengok peta dunia . Almaklumlah, Abang ni sibuk bekerja cik adik. Lainlah kalau adik yang masih kena belajar pasal benda-benda ni semua. Orang yang kurang ajar ni kena belajar betul-betullah kan?” Terkedu aku mendengar kata-katanya. Ditekannya perkataan ‘belajar’ itu,ingin menyindirku.Ingin sahaja aku membalas kata-katanya itu tetapi tidak sempat ,apabila namaku dipanggil lagi. Entah dari mana suara itu datang,lalu aku menoleh mencari suara tersebut.

“Erisya! Nur Erisya Binti Kamal!” Alamak!Penuh pula nama aku dipanggil minah sorang ni.Lalu aku menoleh ke sebelah ingin melihat reaksi lelaki itu.Nampak sedikit terkejut juga dia tapi dikawalnya.

“Oh,nama adik ni Erisya ya?Pendek saja macam tuannya.”Amboi, mulut tu memang nak dicili aku rasa.

Sekali lagi aku rasa ingin membalas kata-katanya tapi ketika itu jugalah si Irah ni muncul.Minah yang sorang ni suka potong stim bila aku nak kenakan lelaki ini balik.Heish,geram.

“Kau kat sini rupanya. Eh,ni siapa..?”Belum sempat Irah ingin menyambung pertanyaannya…

“Tiada siapa-siapa.”

“Saya Nick.” Jawab kami berdua serentak.Irah disebelah sudah kehairanan.Aku menoleh lelaki tadi. Nama dia Nick rupanya. Alah tak sedar diri,nama dia juga pendek.Lagi pendek dari aku adalah!

“Em,oh,hai Nick.Kawan Risya ya?”Tanya Irah. Haddoi!Minah sorang ni terlebih mesra pula dah.

“Em, kalau dilihatkan, boleh dianggap kawan juga la.” Tipu! Marahku dalam hati. Aku tak kenal kau pun! Malah aku tak ingin nak kenal dengan kau!

“Dianggap kawan?Maksudnya..”

“Irah, dah jom kita pergi dari sini” aku memotong kata-kata Irah. Tidak ingin rasanya berlama-lama di sini bersama lelaki gatal disebelah aku. Aku teringat kembali insiden yang berlaku di hotel tempoh hari.Malu! Rasanya muka aku sudah berubah merah.

“Kau ni kenapa pula? Kau tak nak layan kawan kau tu? Tak baik tau kau tinggalkan dia macam tu sahaja.” Bisik Irah kepadaku.Aku menarik lengan Irah dan membisik kepadanya.

“Kalau kau nak tau, dia pun aku tak kenal. Dan kalau kau nak tau, mamat Bapak Gajah tu la yang ada kat depan kita ni!” Terkejut Irah apabila mengetahui siapa jejaka di depan kami ini. Tiba-tiba Irah tergelak pula.

“Oh, nilah orang nya ya.” Ucap Irah sedikit kuat. Aku menampar lengannya dengan kuat.

“Sakit lah!”Jerit Irah kecil.

“Em,korang dah nak pergi dah ke? Kalau tak, boleh saya ajak pergi minum-minum dulu ke? Nak?” Pelawa lelaki itu. Aik?Selamba badak pula kau nak ajak kiterang ni pi minum? Lelaki apalah dia ni? Dahlah gatal, sekarang tak tau malu pula,fikirku.

“Tak payah!” jawabku.

“Awak kan orang tua yang ‘busy’?Orang yang bekerja macam awak semestinya banyak benda yang perlu dibuat kan? Tak tau pula saya awak dah jadi orang tua yang ‘busy body’?” jawabku lagi.

Lelaki yang menggelarkan dirinya ‘Nick’ tadi hanya selamba sahaja. Nak buat-buat ‘cool’ lah tu. Senget!Gumamku di dalam hati.

“Tak pe lah kalau macam tu.Mungkin lain kali.” Lain kali? Jangan harap ada lain kali dalihku dalam hati. Dia hanya tersenyum. Irah pula tidak bercakap apa-apa. Tiba-tiba aku melihat dia menunduk pula, mengutip bajunya dan bajuku yang belum sempatku cuba.

“Nah, baju awak. Keciknya badan.” Katanya sambil tersenyum lagi. Aku nampak senyumannya itu seperti senyuman mengejek,aiii..geram!!Ni mesti nak ejek pasal…Heish…Otak pengotor betul lah mamat sorang ni.Teringat lagi adengan di hotel tempoh hari.

“Awak nak cuba kan? Silakan masuk.”ucapnya lagi lalu memberi laluan kepadaku. Irah yang hanya berdiam diri tadi hanya mampu tersenyum.Cis! Apa punya kawanlah.Aku mengambil baju ditangannya dan aku terus memasukki fitting room itu.Pintu bilik itu aku hempaskan sekuat hati. Lantak lah!Aku biarkan Irah bersamanya diluar.Malas mahu memikirkan pasal lelaki diluar itu.

“Em..Maaf lah.Richa tu memang macam tu. Tak kira barang ke pintu ke, memang nak dihempasnya kalau time dah marah.” Aku terdengar Irah berbual dengan lelaki tadi.

“Oh, datang bulan ye? Perempuan memang macam tu,saya faham.Tak ape, tak kisah.”jawabnya. Sewel punya lelaki, kau tau ke aku ni tengah datang bulan ke tak sekarang?Kejap,aku memang tengah ‘bulan mengambang’ sekarang.Gila! Lelaki ni memang nak kena campak kat lombong!
Selepas itu tidak pula aku dengar suara mereka berdua. Mungkin sudah keluar beredar dari situ kot.

Baju tadi sudah dipakaiku. Baju ni cantik dan menampakkan sedikit shape ikut tubuh badanku.Aku membelek-belek diri di depan cermin.Blouse yang berwarna biru muda ini boleh digunakan dengan baju inner hitam yang berlengan panjang kerana lengan blouse ini pendek.Tersenyum puas melihat diri sendiri di cermin.

Tiba-tiba, rupa mat salleh gatal terimbau dalam ingatanku.Senyumanku yang manis tadi sudah berubah monyok.Buat apa aku fikir pasal mamat tu?Tak ada faedah betul!
Selesai mencuba baju, aku keluar dari bilik itu. Aku melihat Irah seorang diri tengah berdiri menantiku.

“Dah sudah?”tanyanya. Aku mengangguk. Hilang sudah lelaki tadi.Bagus! Malas mahu melihat lelaki mat salleh tadi.

“Mat jambu juga lelaki yang namanya Nick tu ya. Betul lah kau cakap, muka macam mat salleh. Macam siapa kau cakap hari tu?”

“Zain Saidin!” jawabku malas.

“Hah, Zain! Eh,dia kirim salam tadi. Dan dia cakap dengan aku, dia nak ucapkan sama-sama. Eh, asal pula sama-sama? Maksudnya kau yang kena ucap terima kasih kat dia ya?” Aku pula yang jadi blur kali ini. Sama-sama? Aku yang kena ucap terima kasih? Asal pula nak berterima kasih kat mamat tu?Nak kata dia selamatkan aku tempoh hari, tak juga, dia yang melanggar aku. Tak ada pula dia nak cakap minta maaf. Senget betul lelaki itu. Tak pandai bahasa Melayu rasanya dia itu. Almaklumlah, mat salleh celup melayu.

Malas mahu memikirkan tentang pertanyaan Irah tadi, aku hanya menjongketkan bahu tanda aku juga tidak faham.Lalu aku beredar ke kaunter untuk membayar baju yang ingin aku beli ini. Setelah di scan, belum sempat aku nak ambil duit di dalam dompet ku, tiba-tiba kakak kaunter itu berkata.

“Adik, baju ini dah dibayar.” Terbeliak mata aku. Dah dibayar? Siapa yang bayar?Aku memandang Irah. Irah menggeleng seperti tahu-tahu sahaja aku ingin menyoalnya, adakah kau yang tolong bayarkan?

“Tadi, ada seorang lelaki kata dia nak bayarkan baju adik.Hensem,macam orang putih. Katanya untuk bayar balik apa yang dia dah buat kat adik. Katanya kain adik pernah terkoyak oleh nya.”Baru aku teringat ketika dia terlanggar aku hari itu, kain baju kurung aku telah terkoyak sedikit. Aku hanya mendiamkan diri dan mengambil plastik beg yang diserahkan oleh kakak kaunter itu.

“Oh, patut lah dia jawab sama-sama ye?” Tanya Irah disebelah. Tiba-tiba kakak kaunter itu memberi kan satu kertas kecil kepadaku. Katanya daripada lelaki tadi.Aku membaca apa yang tertulis di kertas itu. Hm..Kemas juga tulisan lelaki ini, gumamku.




Baju ini saya bayarkan untuk awak since hari tu saya terlanggar awak dan menyebabkan kain awak terkoyak sedikit. Maaf dan sama-sama saya ucapkan. :)
P/s: Adik belajar elok-elok ya,jadilah budak sopan santun tahu bahasa. Kalau terkurang ajar tu, abang maafkan adik. Baju ni khas buat adik. Untuk kenangan. Baju ni mahal juga,kesian adik.Simpanlah duit tu demi masa depan adik ya. Jangan bazirkan duit mak ayah yang mereka bagi tu.Ikhlas dari abang.
XOXO.

Dari abang Nick.


Makin bertambah-tambah mendidih hati ini apabila membaca nota yang ditinggalkan oleh nya untuk aku. Kurang asam betul lah lelaki ini!Ingat aku tak boleh bayar ke?!Memang melampau lelaki ini!

Hanya kerana diriku seperti budak sekolah tak bermakna dia senang-senang sahaja buat kesimpulan sendiri. Aku ni dah 26 tahun! Dah boleh berkahwin pun. Xoxo?Nak muntah pula dengan ayat itu yang bermaksud hugs and kisses.Aku menggenggam kertas kecil itu dan aku buang ke dalam tong sampah yang berdekatan.Aku terjengket-jengket kembali ke kaunter pembayaran.

“Kak, saya rasa, saya nak bayar juga baju yang saya beli ini.”

“Tapi dik, dia dah bayarkan dengan cash pulak.Kalau adik nak ambil balik duitnya,baik adik bayar je kat dia.” Tapi masalahnya aku tak kenal pun lelaki tu! Sekadar kenal nama buat apa!

“Tak ape lah Richa,orang dah tolong bayarkan,kau bersyukur je lah. Kau nak bayar macam mana kalau kau tak tau dia di mana sekarang.” Ujar Irah disebelah. Aku mendengus kegeraman.
Aku tersedar dari lamunanku apabila seseorang telah memetik jarinya di depan mukaku. Aku berkalih ke sebelah. Rupa-rupanya Afiq yang memetik jarinya untuk menyedarkan aku.

“Jauh benar mengelamun nya.”Kata Afiq,Irah disebelah hanya tersenyum.

“Richa,aku dengan Afiq nak pergi solat jap.Kau cuti kan?Kau tunggu je kat sini okay?” Aku mengangguk. Afiq mengalihkan air minuman yang dibelinya di atas meja dan disuanya kepada aku.

“Ni,appa dah belikan cik Richa Cuppucino caramel blanded ni.Minum,sejukkan diri tu.Jangan nak mengelamun je tau.” Aku menjeling ‘appa’ aku itu dan melihat mereka berdua beredar dari sini.

Aku menyedut air yang dibeli oleh Afiq tadi. Wah,sedap nya,segar pula rasanya.Hati ini sudah sejuk semula.Tiba-tiba pandangan aku beralih ke plastik beg yang aku hempas tadi.Teringat lagi insiden ketika di dalam fitting room tadi. Aku mencebikkan mulutku.Dasar lelaki gajah yang gatal. Malas mahu memikirkan tentang lelaki itu,aku mengalih pandangan dan melihat sekeliling café ini.Tak ada yang menarik pun.

Aku berpusing pula ingin melihat ke belakang dan tanpa aku sangka, ada sesuatu yang telah menarik perhatianku. Amboi perempuan itu! Langsung tak ada perasaan malu ke? Berpeluk dengan lelaki yang membelakangiku di depan kaunter order café ini.

Meluat aku rasakan dengan tingkah laku perempuan yang tak tahu malu itu. Lelaki yang membelakangi aku itu tidak pulak menolaknya.Dasar lelaki! Memang takkan melepaskan peluang betul.Kucing kalau dah ada ikan di depan mata memang tanpa segan silu,takkan nak menolak pula kan,fikirku. Menggeleng melihat tingkah laku remaja zaman sekarang. Remaja? Alah,orang yang sudah berumur pun, kalau sudah terlalu mengikut nafsu, sama saja.

“Darling, terima kasih ya belikan I rantai ini.I suka sangat, tapi I lagi sukakan you.”Menggedik pula perempuan tadi. Geli-geliman aku mendengarnya.Kalau nak bermanja-manja tu tak perlulah nak bagitahu dengan seluruh dunia,gumamku. Bercakap macam guna microphone je. Memang sah nak show off kat orang lain.

“Kalau you suka,bagus lah. Ada sesuatu yang I nak bagitahu you.”Terdengar pula suara lelaki itu.Aku yang sudah berpusing ke depan tanpa melihat mereka berdua hanya memasang telinga mendengar perbualan antara mereka.Iya lah,tak salah pun aku nak mendengar.Telinga aku ni memang tajam juga.

“Apa dia darling?”

“You duduklah dulu,I nak ambil order kita tadi.”ucap lelaki tersebut.Mereka duduk tidak jauh dari mejaku.Aku menyedut lagi airku tanpa menghiraukan orang yang ramai di café ini.

“Nah, you minumlah dulu.”Lelaki tadi sudah duduk semula setelah terdengar kembali suaranya.
Aku rasa mereka tengah menikmati minuman yang baru mereka dapat tadi,sebab itu aku tidak mendengar apa-apa perbualan seketika itu, aku membuat kesimpulan sendiri.Masih dengan kedudukan tadi,membelakangi mereka.Tertunggu-tunggu juga apa yang ingin dikatakan oleh lelaki itu.Hahaha, tergelak aku dengan sikap aku yang dikira ‘busy body’ juga ini.

Dalam beberapa minit kemudian,aku terdengar suara lelaki itu.

“I nak you faham dengan apa yang I nak ucapkan ini nanti. Dan ini jugak untuk kebaikan kita berdua.”

“Apa dia darling?Macam serius je I dengar ,kenapa? You nak ajak I kahwin ke?”Aku rasa perempuan itu mungkin sudah teruja apabila kata-kata lelaki tadi cepat-cepat ditungkasnya.

“I sebenarnya…”belum habis lelaki itu ingin berkata,perempuan tadi pula menyampuk lagi.

“I tau, you belikan I rantai ni sebab nak beritahu I yang you nak kahwin ngan I kan?Thanks darling.”

“Linda,I belum habis cakap lagi you dah buat conclusion sendiri. I belikan you rantai Habib ni because tu tanda terakhir dari I untuk you.”

Terkejut aku mendengar kenyataan lelaki tadi. Dia beli rantai Habib Jewels tu sebagai tanda terakhir? Lalu aku terus memusing kebelakang memandang pasangan kekasih tersebut dan tanpa aku sangka, mata aku yang tengah melihat pasangan itu, aku rasakan sudah terbeliak keluar apabila melihat teman lelaki bagi perempuan gedik tu ialah seseorang yang aku kenal.

“What?!” Serentak perkataan itu yang terlintas difikiran aku dan terkeluar juga dari mulut perempuan itu.

“You nak apa? Tanda terakhir? What do you mean by that? You want to break up with me?!”Jerit perempuan itu kepada lelaki itu.

“But why Nick?Why?Apa yang I dah buat? I rasa I tak buat apa-apa salah pun dekat you. I rasa kita berdua happy je.Tak ada pula gaduh-gaduh. Tak ada angin tak ada ribut you nak break up pula dengan I?!” Tanya perempuan itu tidak puas hati. Aku memerhatikan lagi adengan mereka berdua. Aku rasa jeritan perempuan tadi pun mengejutkan orang yang tengah menikmati minuman mereka di café ini.Hm..satu Malaysia lah tau yang dierang ni nak break up rasanya.

“I tak buat apa-apa kesalahan pun dekat you.I ikut you kat mana-mana yang you nak pergi. You tak suruh I buat itu,ini, semua tu,I ikut je arahan you.I patuh dengan segala apa yang you suruh.”

“I rasa, setakat ini sajalah hubungan kita.I don’t see any future when I’m with you Linda. I ‘m sorry..” dan tanpa berlengah, perempuan itu telah menghadiahkan satu tamparan buatnya.Terkedu aku melihat perbuatan perempuan itu yang aku rasakan over sudah.Macam bunyi Stacy pula. Tapi, bagus lah, padan muka lelaki itu. Senang-senangnya dia break up dengan perempuan itu.Ada pula diberinya hadiah terakhir buat kenangan.Ish-ish.

“Sampai hati you Nick.Fine,I’m done with you.Ada ramai lagi lelaki yang lebih hebat daripada playboy macam you ni! And thanks for everything. Hadiah ni I tetap akan ambil!” Perempuan itu mengambil bungkusan plastik di atas meja itu dan beredar. Wah!Perempuan ini memang tak tahu malu.Ambil juga hadiah tu walaupun sudah putus dengan teman lelakinya or should I said ‘Ex-boyfriend’. Aku menggeleng dan aku tergelak.Lucu pula aku tengok mimik muka lelaki yang baru kena penampar perempuan tadi. Puas aku rasa.

Aku menahan gelak dan tiba-tiba terhambur juga ketawa ini.Perasan ada yang menoleh ke arahku, aku juga mengalih pandanganku. Tiba-tiba gelakku tadi berhenti apabila mata aku sudah terarah melihat mata lelaki yang bernama Nick itu.Alamak!Kantoi aku gelakkan dia.Dia pula aku tengok sudah mengetap giginya tanda geram. Lalu aku jelingnya saja.Puas!
Belum habis lagi rasanya gelakku,tiba-tiba, handphone lelaki tersebut berbunyi.

“Hello sayang. You dekat mana ni? I dah lama tunggu you tau. Nanti, I merajuk karang.”Belum apa-apa, dia sudah memanggil ‘sayang’ pada orang yang sedang berbual dengannya di telefon itu.

Takkan baru sekejap gaduh, nak break-up dah berbaik kot?Ada tanda tanya di sini.

“I dekat café ni sayang.You kat mana?” Tidak lama kemudian terdengar suara perempuan lain, “I kat sini lah,kat hati you sayang.” OH MY GOD!Terkejut bukan kepalang aku rasakan apabila sudah ada perempuan lain yang memeluk lelaki itu tanpa segan silu. Perempuan tersebut pun bukan main seksi lagi.Hanya berkemban dan skirtnya,fullamak! Pendek habis, sampai ke betis sahaja.

Kadang-kadang,ada juga aku terfikir.Tak sejuk ke mereka pakai macam tu sahaja.Macam tak berbaju. Baik tak payah pakai baju, lagi bagus! Sempat lagi aku mengejek mereka di dalam hati. Lalu aku memerhatikan cara pemakaianku pula.Aku hanya memakai cardigan hitam berlengan panjang yang menutupi baju t-shirt merah di dalam dan hanya memakai seluar jeans. Tudung pun berwarna hitam, simple sahaja.

“I miss you sayang. Dalam beberapa hari ni I ingat you je.Dah habis dah seminar hari tu?You ada bawa ole-ole tak?”Tanya perempuan tersebut.Lalu lelaki itu mengeluarkan sesuatu di dalam poket seluar jeansnya.

“For you.”Lelaki itu memberi sekotak baldu kecil.Perempuan itu membuka kotak itu dan seutas rantai yang cantik dikeluarkan.

“I beli di Paris khas buat you,sayang.”

“Thanks sayang.I love you so much.” Perempuan itu memeluk lelaki itu dengan eratnya.Makin terbuka luas mulut ini apabila menyaksikan segala adengan yang dilakonkan oleh Nick itu.Seperti tahu-tahu sahaja, Nick berpaling ke arahku dan tersenyum bangga,lalu mengenyitkan matanya.

“OMG!He’s a player!” bisikku.



Bab 7

Aku melihat disekeliling. Hm..Dah lama juga tidak menziarahi dia.Rasanya sudah dekat 2 minggu juga aku tidak pergi ke tempat ini.Aku mendongak dan melihat papan tanda yang terletak di depan pagar yang bertulis, Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua Bahagia. Bahagiakah mereka apabila ditinggalkan ditempat sebegini, lebih-lebih lagi yang menghantar orang-orang tua itu ialah anak mereka sendiri juga.

Mengingati nasib warga emas disini, hati aku tersentuh. Aku sering menziarahi rumah kebajikan ini sejak 5 tahun yang lalu. Ketika umurku 21 tahun, atuk sebelah ibuku telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Dek kerana terlalu sedih, aku mencari tempat rumah-rumah kebajikan orang-orang tua kerana ingin merasakan kehadiran seseorang yang bergelar atuk.Rindu pula dengan arwah.Sempat juga aku sedekahkan Al-Fatihah di dalam hati.Semoga rohnya aman di sana.

Susah juga nak mencari rumah kebajikan sebegini. Tempatnya tidaklah sebegitu jauh dari tempat tinggalku. Aku dapat menemui rumah kebajikan ini pun disebabkan kehadiranku dalam aktiviti sukarelawan.

Aku menjadi sukarelawan pun kerana aku ingin bersama dengan Iz! Tetapi selain itu juga, dengan melakukan aktiviti sebegini,banyak pengalaman yang aku peroleh.Itu yang penting.
Tiba-tiba, aku terdengar bunyi ketukkan pada cermin keretaku.Aku menoleh ke sebelah dan ternyata,tok Idham yang mengetuk cermin keretaku tadi. Rasa sedih yang hadir di dalam hati segera hilang apabila melihat muka tok Idham. Rindu ingin melihat dirinya. Terdapat garis-garis kedutan dimuka tua itu. Sudah tua juga tok Idham,berapalah umurnya ya?Tapi,aku lihat dirinya tetap cergas,tidak pernah pula dia mengadu jika dia berasa sakit-sakit.Sihat sentiasa!

“Tok Idham apa khabar?Rindu sangat dengan tok.”Aku menyalam tangannya dan menghadiahkan dirinya senyuman yang paling manis.

“Alhamdulillah,sihat. Tok pun rindu dengan Isya.Lama dah Isya tak datang ke sini.Sibuk ya?Banyak sangat kerja kat pejabat tu?”Tanyanya.

“Em,maaflah tok.Dalam beberapa hari ni,saya sibuk juga dengan kerja-kerja kat pejabat tu. Tambah kaki ni tak berapa sihat.” Ternyata berubah muka tok Idham apabila mendengar aku mengadu tentang kakiku ini.

“Sakit?Kaki sakit?”

“Ha’ah,terseliuh sikit.” Jawabku. “Macam mana boleh terseliuhnya ni.Hei,budak ni.Isha berjalan tak tengok depan ya.” Aku menggigit bibirku.

“Haa,mesti ada cerita yang nak diberitahu ngan tok kan?Mari kita masuk ke dalam dulu.Pergilah jenguk mereka di dalam.Tentu mereka suka sangat Isha dah datang ke sini.”Aku mengangguk lalu pergi masuk ke rumah kebajikan orang-orang tua tersebut.

Sempat lagi aku menoleh ke arah tempat letak kereta khusus untuk pelawat di situ.Ada juga beberapa kereta yang tidakku kenali siapa pimiliknya.Cuma ada sebuah kereta yang menarik perhatianku,kereta lexus CT 200h!Wah!Ada juga orang kaya yang sanggup menghantar orang tua mereka di sini.Hm..Memang tak ada hati ke mereka ini?Sempat aku mengutuk.

“Tok, ini ada buah tangan yang Isya beli.Tok bagi-bagilah yang lain ya.”Aku duduk di ruang tetamu di rumah kebajikan orang-orang tua itu.Agak besar juga rumah kebajikan ini dan tempatnya selesa, demi menjamin keselesaan orang-orang tua yang berada di sini.

“Susah-susah aje Isha belikan buah tangan ni.Terima kasih ya.”Aku menggangguk dan tersenyum.

“Tak denya susah tok.Isya lagi suka kalau yang lain pun terima buah tangan yang tak seberapa daripada Isha ni.”

“Haa..Pasal kaki Isha tu kenapa pula?”Tok Idham menoleh kearah kakiku.

“Oh,ni,em tak de pape la tok.Terseliuh sikit.Terlanggar orang masa tu.”

“Eh,boleh pulak terlanggar orang.Isya berangan ya masa berjalan tu.” Macam tahu sahaja tok Idham tentang sifat suka berangan aku itu.

“Eh, mane ada.Salah orang yang langgar Isya tu lah.Tergesa-gesa sampai Isya yang kecik ni la dia langgar.”Tok Idham sudah tergelak mendengar ceritaku.Tak ingin aku nak cerita dengan lebih lanjut,nanti aku sendiri yang malu.Malu diejek tok Idham pula.

“Ni,tok Idham nak bagitau dengan Isya tentang aktiviti yang akan kami buat nanti,em..rasanya minggu depan.”

“Aktiviti apa tok?”Tanya aku sambil mengatur tudungku yang sudah senget.Hari ini aku hanya menggunakan tudung putih dan t-shirt kuning bersama cardigan serta berseluar jeans. Mukaku pula aku gunakan bedak asas dan bibir, aku letakkan sedikit lip balm.Selekeh jugak aku ni.Sempat merungut tentang terampilanku dalam hati.

“Kami ni nak buat gotong-royong.Ye lah,dah lama tak bersihkan tempat ni.Taman kat luar tu pun rasanya perlu diubah lagi.”Aku memandang luar dan melihat dekorasi taman tersebut.Cantik saja!

Selalunya apa-apa perubahan di taman itu,pasti kerja tok Idham dan konco-konconya.Tok Idham memang minat tentang pengubahsuian landskap taman. Jadi,dalam 1 bulan, banyak juga perubahan yang dilakukannya.

Kadang kala, rakan-rakannya yang tinggal di rumah kebajikan ini turut menolong mengatur dan mengubah landskap di taman ini. Idea-idea ada juga tercetus daripada mak cik-mak cik di sini.Mereka saling tolong-menolong antara satu sama lain.

Aku menyambung perbualan kami setelah menilik kawasan taman di luar.

“Apa yang nak diubah lagi tok?”

“Nak letak sikit pokok-pokok bunga supaya nampak ceria.Kalau Isha ada masa,sabtu minggu depan Isha datanglah kalau nak tolong-tolong kami ni.Kalau sibuk,tok tak paksa,takut pulak menyusahkan Isha.”

“Eh,tak-tak. Tak menyusahkan pun.Isya lagi bebesar hati nak tolong dierang.Yalah,kerja gotong-royong ni perlu ada orang-orang muda macam Isha jugak nak tolong apa yang patut.Nak harapkan tenaga tok dan mak cik-mak cik serta pak cik-pak cik di sini,rasanya payah jugak tu.Nanti, saya akan ajak sekali kawan-kawan saya ya.Rasanya dierang pun berminat nak buat kerja-kerja amal macam ni.”Selorohku sambil tersenyum.

Tok Idham mengangguk. “Baguslah kalau macam tu. Boleh jugak ringankan beban dierang kat sini.”

“Tok, Isya nak pergi ke dapur sekejap ya. Nak potong buah-buahan tadi.” Tok Idham membenarkan dan aku terus menuju ke dapur.

Sempat pula selisih dengan pegawai yang bekerja di sini yang menggelar dirinya kak Sirah. Kak Sirah sudah lama bekerja di rumah kebajikan orang tua. Baginya, bekerja di sini memang susah,tetapi apabila berhadapan dengan orang-orang tua di sini,hatinya pasti tenang. Tidak sanggup rasanya meninggalkan pekerjaan ini katanya, walaupun ada banyak kerja lain yang mampu dia lakukan selain menguruskan keperluan orang-orang tua di sini.

“Tak senang duduk kalau tak tengok dierang Isya.” Itu kata-kata yang sering dia ungkapkan kepadaku sekiranya dia berjauhan dengan orang-orang tua di sini.

Kak Sirah sebenarnya sudah berumah tangga dan punya anak seramai 5 orang.Walaupun mempunyai tanggungan yang ramai, tetapi bekerja di rumah kebajikan ini tetap tidak mematahkan semangatnya.

Ada juga petugas-petugas lain yang aku kenal dan ada juga yang baru bertugas di sini. Rumah kebajikan ini sangat besar, dari luar seperti rumah banglo pula aku tengok.

Rumah kebajikan ini memang selesa dan di sini lah rumah keempatku. Yalah,pertama rumahku di Miri, kedua, rumah sewaku, ketiga,rumah mak cikku di Aman Perdana dan keempat pula di sini. Kadang-kala, ada juga aku tinggal di sini, 2 hari jika ada kelapangan. Ingin menemani mereka dan menghiburkan hati mereka yang kesunyian di sini.

Ketika dalam perjalanan ke dapur sempat lagi aku menegur mak Imah yang tengah duduk di pangkin berdekatan dengan taman bunga di situ. Dia sering menghabiskan masanya di situ. Katanya, taman bunga di situ mengingatkan dia dengan arwah anaknya.

Mak Imah merupakan seorang yatim piatu sejak kecil lagi dan sudah kehilangan anaknya. Suaminya juga sudah meninggal dunia kerana penyakit kanser. Apabila sudah tiada siapa-siapa lagi, dia pergi ke sini. Sedih apabila mengingati kisahnya. Sayu rasanya apabila dia menyatakan bahawa anak lelaki bujang nya itu amat meminati bunga.

Pernah juga aku bertanya tentang saudara-mara sebelah suaminya. Katanya, mereka kahwin tanpa restu ibu bapa suaminya.Aduh, sedihnya.

Dulu,ketika dia mula-mula datang ke rumah kebajikan ini, dia selalu menyendiri dan kurang bercakap. Aku sering menegurnya dan menolongnya. Pada ketika itulah hubungan kami semakin rapat.

Katanya, apabila dia berborak denganku, seperti merawat rindu kepada anaknya.Dia pernah juga menyatakan kepadaku sekiranya anaknya masih hidup,ingin sahaja dia mengambil aku sebagai menantu. Anaknya dahulu seorang doktor. Wah!Aku digandingkan dengan doktor. Sempat pula aku berangan .Tetapi sudah ajal menjemputnya,dia meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.

Banyak juga kisah-kisah orang-orang tua di sini yang aku tahu. Dan aku tahu pun dari tok Idham yang sudah lama menetap di sini.

Bagi mereka di sini,tok Idham lah ketua keluarga. Tok Idham juga lah yang menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan rumah kebajikan ini. Ada sekali aku bertanya dengannya tentang kisahnya. Bagaimana dia boleh berada di situ.

“Tok ni macam pemilik rumah kebajikan ni pula rasanya.” Pada ketika itu muka tok Idham seperti terkejut mendengar kata-kataku itu terus tergelak seperti menyembunyikan sesuatu.

“Tok ni pemilik rumah kebajikan ni? Rumah banglo ni? Hm..Isha mimpi agaknya. Tok ni bukan siapa-siapa Isha.”

“Tapi tengok gaya tok macam tok saja yang pandai dan tahu mengurus kerja-kerja kat sini. Apa-apa masalah mesti rujuk kat tok Idham.”

“Tak salah kan kalau tok yang masih mampu dan masih bertenaga ni tolong-tolong kat sini. Lagipun tok dulu pun pernah jadi kerani sekolah. Tau lah sikit-sikit kerja-kerja berkaitan urus-mengurus ni.” Sempat lagi tok Idham berdeham.Lalu disambungnya lagi.

“Tok lebih rela menyibukan diri daripada nak ingat anak-anak tok yang selalu fikir pasal kerja mereka saja. Jadi tok relakan diri dihantar ke sini. Apabila bersama mereka pun, mereka bukan selalu sangat melekat kat rumah. Sibuk memanjang.” Katanya sambil mengeluh. Ada juga aku bertanya tentang pekerjaan anak-anaknya.Dia memberitahu kebanyakan anak-anaknya bekerja di pejabat. Kerja apa dia malas nak ambil tahu katanya.

“Biarlah,asalkan halal.” Selorohnya. Anak tok Idham ada 4 katanya. Sudah bercucu juga dan kebanyakannya sudah besar-besar. Tapi, tidak pernah pula dia bercerita tentang cucunya. Pernahkah cucunya menjenguk dirinya? Tahukah mereka tentang atuk yang ditempatkan di rumah kebajikan ini? Kesiannya orang tua ini. Sampai hati anak-anaknya mementingkan kerja berbanding kebajikan ibu bapa mereka. Penting sangatkah harta duniawi ini? Pelik betul dunia ni.

Tentang isteri tok Idham pula, dia sudah meniggal dunia 8 tahun lalu. Disebabkan itu dia berasa sunyi dan menawarkan diri dihantarkan ke rumah ini.

Sempat pula aku mengimbas kembali ingatan-ingatan lalu ketika dalam perjalanan ke dapur. Jauh pula rasanya ke dapur iye?Hehehe.

Setelah mengupas buah-buahan yang aku bawa tadi, aku berikan kepada orang-orang tua di situ. Pantas pula masa berlalu,solat zohor belum aku tunaikan.Aku ingin beredar segera dan pergi ke surau yang ditempatkan di luar kawasan rumah banglo ini.

Aku pergi ke bilik tok Idham sebelum ke surau, ingin menghantar sedikit buah-buahan untuk dirinya.

Apabila memasuki biliknya, tidak nampak pula batang hidungnya disitu.
Aik?Mana pergi tok Idham ni?Aku tertanya-tanya pada diri sendiri.

Aku beredar dan memasuki pejabat rumah kebajikan itu.Aku menjenguk bilik kerani di situ. Eh, tak ada pula tok ni. Aku keluar lagi dan terserempak dengan abang Jamal yang juga merupakan pekerja di situ.

Katanya tok Idham ke surau. Aku mengangguk dan meletakkan pinggan buah-buahan itu ke meja kerja di bilik kerani. Aku memandang sekeliling bilik kerani ini.

Tua-tua tok Idham, dia masih mampu bekerja. Memang cergas. Bilik ini memang khas buatnya. Sebagai ketua bagi pihak orang-orang tua di sini, dia memang seorang yang bertanggungjawab. Kagum aku dengan kesungguhan dirinya walaupun ditinggalkan oleh anak-anaknya. Tidak sedih kah tok Idham?

Ketika ingin keluar dari bilik tok Idham ini, aku sempat melirik kearah mejanya. Tak ada pula foto-foto keluarganya di atas meja tulis ini. Hanya gambar-gambar tok Idham bersama dengan orang-orang tua yang tinggal di sini. Ada juga satu frame yang mempunyai gambarku bersama dengan tok Idham dan juga orang-orang tua di sini.

Masih aku ingat tentang gambar yang diambil ketika menyambut hari jadi tok Idham.Semasa itu, aku yang mencadangkan kepada mereka yang lain untuk menyambut hari jadi tok Idham tanpa pengetahuannya.

Sebelum itu aku pernah bertanya kepadanya.

“Tok, hari jadi tok bila ya?Nak tahu boleh?”Soalku.

“Kalau tok cakap tak boleh macam mana?” ucapnya.Sejurus mendengar ucapannya itu,aku memuncungkan sedikit mulut ni dan membesarkan mataku sambil menggenggam kedua-dua tanganku seperti merayu kepadanya.

“Alah,boleh lah tok.Beritahulah ye?Bila?Nak tau jugak.” Tok Idham sudah tersenyum melihat cara rayuanku itu. Aku masih melakukan perbuatanku tadi, malah, ditambah-tambah pula dengan rengekan seperti budak kecik.Hahaha…Mengada-ngada jugak aku ni.

“Hah…nak buat-buat comel lah tu ye?” Tok Idham tergelak.

“Alah, Isya kan memang comel.Hehehe…” sempat lagi aku ni perasan, memuji diri. Alah, tak salah pun kalau puji diri sendiri.Sebab aku ni, tak ada orang nak puji pun.Muka tak cantik macam ni, jadi aku puji diri aku sendirilah.Nak tunggu orang lain puji, jangan harap!!
Tok Idham tergelak besar dan mengusap kepalaku. Aku tahu dia menyayangiku dan menganggap aku seperti cucunya.

“Baiklah. 10 september.” Jawabnya.

Sempat mengimbas kembali kenangan lama. Aku meletakkan kembali frame gambar tersebut ke atas meja.

Malas mahu membuang masa di situ, lalu, aku bukakan pintu dan menolaknya dengan segera.Tiba-tiba…Buk!! Terdengar sesuatu bunyi dari luar setelah aku membuka pintu itu. Alamak,ada orang ke kat luar tu?Aku menggigit bibir.

Aku tolakkan lagi pintu di depan aku,tetapi, aku rasakan ada sesuatu yang menghalang pintu itu.Lalu aku berdiam diri dalam masa 5 saat.Kalau itu tok Idham macam mana? Lalu aku segera menolak pintu itu.

Dalam kekalutan itu, aku keluar dan melihat ada seorang lelaki yang berT-shirt biru dan berseluar jeans sudah terduduk dan menundukan kepalanya. Sambil itu tangannya memegang kepalanya.

“Aduh! Siapalah yang sampai hati bukak pintu tu laju sangat ni? Tak fikir orang lain lagi ke?” Selorohya kegeraman. Alamak!Habislah aku!Lalu aku turut duduk dan menunduk ingin melihat keadaannya.

“Maaf,saya tak sengaja.Ingat nak cepat-cepat pergi ke surau. Tak tau pula awak ada kat depan pintu ni.Ma..”belum sempat aku menyudahkan ayatku tiba-tiba dia mengangkatkan kepalanya.

“Awak ni tak boleh bersa..” dia juga tidak menyudahkan ayatnya setelah melihatku dan tiba-tiba matanya pun terbeliak tidak percaya seperti aku juga.

“Awak lagi?!!” Serentak juga kami berkata.GILA!!Apa yang terjadi ni?Kenapa dalam banyak-banyak orang, aku ditakdirkan untuk berjumpa dengannya? Takdir? Ahh..!!Malas nak fikir pasal takdir ni sekarang.Ni accidently terjumpa dia ok?Malas nak ada takdir dengan lelaki ni.Lelaki MAT GAJAH GATAL!!!

http://www.penulisan2u.my/2011/09/novel-cinta-yang-tiada-kepastiannya-6-7/


Saya dah post kan bab 1 sampai 7 dalam penulisan2u.

Hope u guys like it...

background

Title bar